projek sivik - pakaian kaum melayu

Upload: imah-ammran

Post on 08-Apr-2018

286 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Projek Sivik - Pakaian Kaum Melayu

    1/9

    Objektif Projek

    Projek ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut :

    a. Mengenalpasti pakaian masyarakat pelbagai kaum di

    Malaysia.

    b. Menghargai keunikan pakaian masyarakat pelbagai kaum

    di Malaysia.

    c. Mendedahkan kepada generasi muda pada kekayaan

    warisan dan budaya masyarakat pelbagai kaum.

    d. Memupuk rasa bangga dan bersyukur terhadap kekayaan

    warisan dan budaya masyarakat pelbagai kaum di

    Malaysia.

    e. Menjadi warganegara yang yang patriotik, prihatin dan

    bertanggungjawab terhadap kekayaan dan keunikan

    warisan dan budaya masyarakat pelbagai kaum.

  • 8/6/2019 Projek Sivik - Pakaian Kaum Melayu

    2/9

    Kaedah Menjalankan Projek

    Projek ini dijalankan dengan beberapa kaedah. Antaranya ialah :

    a. Temu bual

    Kaedah ini dijalankan dengan menemu bual beberapa orang

    Untuk mengetahui jenis-jenis pakaian masyarakat pelbagai

    kaum di Malaysia.

    b. Rujukan

    Kaedah ini dilakukan dengan membuat rujukan daripada

    beberapa buah buku dan rujukan daripada internet. Kaedah

    ini lebih memudahkan kami ketika menjalankan projek ini.

    Baju Melayu

  • 8/6/2019 Projek Sivik - Pakaian Kaum Melayu

    3/9

    Baju Melayu merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum

    Melayu. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan

    seluar panjang. Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain samping

    yang diikat di bahagian pinggang dan songkok. Pemakai Baju Melayu

    kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan samping dan songket.

    Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan sembahyang

    Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera. Baju

    Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu

    Johor dan Baju Melayu Cekak Musang.

    Baju Melayu Johor biasanya lebih terkenal di kawasan selatan

    Malaysia. Baju Melayu Johor biasanya potongan lehernya dijahit secara

    sulaman. Potongan Baju Melayu Cekak Musang lebih terkenal di

    kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu

    bahagian penutup atau rumah butangnya adalah bertindan. Potongan

    tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut. Baju

    Melayu Cekak Musang dipakai dengan samping berada di bahagian

    luar baju manakala Baju Melayu Johor pula dipakai dengan samping di

    bahagian dalam baju.

    Pakaian ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis

    perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan sembahyang

    Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga

    majlis-majlis rasmi

  • 8/6/2019 Projek Sivik - Pakaian Kaum Melayu

    4/9

    Baju Melayu Cekak Musang

    Baju Melayu Johor

    Baju Kurung

  • 8/6/2019 Projek Sivik - Pakaian Kaum Melayu

    5/9

    Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain

    kemban sahaja. Tetapi, setelah kedatangan Islam, mereka mula

    memakai baju kurung yang lebih sopan.

    Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar

    yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain

    panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh,

    memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi

    peraturan berpakaian Islam.

    Baju kurung yang biasa dipakai oleh wanita Melayu terdapat

    dalam beberapa jenis. Antaranya ialah, baju kurung Cekak musang,

    baju kurung Kedah dan baju kurung Pahang. Baju kurung ini berbeza-

    beza mengikut cara jahitan dan cara pemakaiannya.

    Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti

    songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain

    selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai untuk dipakai

    dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian.

  • 8/6/2019 Projek Sivik - Pakaian Kaum Melayu

    6/9

    Baju kurung CekakMusang

    Baju kurungPahang

    Baju kurung

    Kedah

    Baju Kebaya

  • 8/6/2019 Projek Sivik - Pakaian Kaum Melayu

    7/9

    Baju kebaya dipakai oleh wanita kaum Melayu. Ada dua teori

    tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu

    berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian

    labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian

    seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah

    kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu

    tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit

    perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.

    Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut

    ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya

    mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari

    bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar

    sampai ke kaki baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga

    kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus.

    Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang

    yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan

    dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.

    Kebaya ada dipakai dengan pelbagai gaya. Contohnya di

    Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya

    sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di

    zaman sekarang pula ada yang memakai baju kebaya yang

    dipadankan dengan seluar seperti seluar jeans.

    Baju kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian

    pengantin. Bagi pakaian harian, baju kebaya sesuai diperbuat daripada

  • 8/6/2019 Projek Sivik - Pakaian Kaum Melayu

    8/9

    kain kapas dan baldu atau sutera dan dipadankan dengan kain sarung.

    Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah. Bagi pengantin

    pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang

    dengan kain sarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada

    songket.

    Baju kebaya

  • 8/6/2019 Projek Sivik - Pakaian Kaum Melayu

    9/9

    Berbaju kurung dan berbaju melayu ketika Hari Raya

    Berbaju melayu semasa solat Jumaat

    Pengantin lelaki berbaju melayu manakalapengantin perempuan berbaju kebaya