pendidikan multibudaya

32
1.0 PENGENALAN Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir Hasan Dawi, 2002). Tylor (1871) mengatakan bahawa budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat. Bagi tokoh kontemporari Bourdieu, budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan. Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil daripada pengalaman interaksi sosial dengan masyarakat sekeliling. Masyarakat Melayu merupakan kaum terbesar di Malaysia dengan mencapai 60% daripada populasi masyarakat Malaysia. Masyarakat Melayu adalah beragama islam, berbahasa melayu dan amat sinonim dengan politik Negara. Kaum kedua terbesar ialah kaum Cina yang mewakili 25% masyarakat di Malaysia. Kebanyakan kaum Cina berkepercayaan Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. Kaum India membentuk 7% hingga 10% daripada populasi masyarakat Malaysia. Kebanyakan mereka beragama Hindu dan Kristian, berbahasa Tamil, Malayam dan Hindu dan menerokai bidang perguaman. Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Di seolah, kanak-kanak dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat. Pelajar-pelajar sejak mula masuk ke sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorakkan masa depan mereka. Pendidikan nilai amat diutamakan untuk menerapkan niali-nilai material dan bukan material di kalangan 1

Upload: tamil-sri

Post on 25-Jul-2015

698 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: pendidikan multibudaya

1.0 PENGENALAN

Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh

sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir Hasan Dawi, 2002). Tylor (1871)

mengatakan bahawa budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu

pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk

keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat. Bagi tokoh kontemporari

Bourdieu, budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling

berkaitan. Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil daripada

pengalaman interaksi sosial dengan masyarakat sekeliling.

Masyarakat Melayu merupakan kaum terbesar di Malaysia dengan mencapai 60%

daripada populasi masyarakat Malaysia. Masyarakat Melayu adalah beragama islam,

berbahasa melayu dan amat sinonim dengan politik Negara. Kaum kedua terbesar ialah kaum

Cina yang mewakili 25% masyarakat di Malaysia. Kebanyakan kaum Cina berkepercayaan

Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew

dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. Kaum India membentuk 7% hingga 10% daripada

populasi masyarakat Malaysia. Kebanyakan mereka beragama Hindu dan Kristian, berbahasa

Tamil, Malayam dan Hindu dan menerokai bidang perguaman.

Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Di seolah,

kanak-kanak dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat. Pelajar-

pelajar sejak mula masuk ke sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa

yang akan mencorakkan masa depan mereka. Pendidikan nilai amat diutamakan untuk

menerapkan niali-nilai material dan bukan material di kalangan pelajar dan mengelakkan

berlakunya penyelewengan budaya. Multibudaya adalah satu perkataan yang paling sesuai dan

tepat untuk menggambarkan kehidupan masyarakat di Malaysia yang berbilang budaya.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa dan secara tidak

langsung masyarakat di negara ini telah diperkenalkan kepada budaya, bahasa dan pemakaian

yang berlainan di antara satu sama lain. Ciri-ciri kebudayaan ini adalah seperti bahasa, agama,

makanan kebiasaan, agama dianuti dan sebagainya. Sebagai contoh, kaum terbesar di

Malaysia iaitu kaum melayu menuturkan Bahasa Melayu dan menjadikan agama Islam sebagai

pegangan hidup. Manakala kaum India pula menjadikan Bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda

mereka dan pegangan hidup mereka pula adalah agama Hindu. Perbezaan agama dan budaya

1

Page 2: pendidikan multibudaya

yang mewarnai rakyat di negara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak duduk sana di

sekolah atau di tempat kerja mahupun di tempat makan.

Pendidikan Multibudaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan bahawa

setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira jantina, kelas

sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama. (James A.Banks dan Cherry A.

McGee Banks, 2003). Beliau juga menyatakan bahawa pendidikan multibudaya ini adalah satu

pergerakan pembaharuan yang akan mengubah sistem pendidikan institusi pengajian. Ia bukan

sahaja mengubah struktur kurikulum sesebuah institusi tetapi perubahan terhadap persekitaran

dan struktur pentadbiran turut terjadi.

Susulan daripada peristiwa pertumpahan darah yang berlaku melibatkan tiga kaum

utama iaitu Melayu, Cina, dan India pada 13 Mei 1969, kerajaan telah merangka beberapa

dasar yang menekankan kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta

integrasi seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan

Kebangsaan. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), sekolah dianggap sebagai institusi

sosial di dalam masyarakat. Sekolah merupakan tempat pergaulan utama bagi setiap individu

tidak kira samada di sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Di sekolah, pelajar

akan di ajar mengenai kebudayaan kebangsaan seperti lagu kebangsaan negara, bahasa

kebangsaan dan bendera kebangsaan. Oleh sebab itu, sistem pendidikan negara merupakan

agen utama dalam usaha memupuk perpaduan rakyat yang mempunyai pelbagai budaya dan

amalan.

2.0 KONSEP PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

Pendidikan multibudaya adalah satu idea, satu tindakan membentuk semula pendidikan

dan satu proses (Banks,2002). Sebagai satu idea, pendidikan multibudaya cuba mewujudkan

satu peluang yang saksama kepada semua pelajar yang dari golongan, kaum, sosio-ekonomi,

budaya yang berlainan, dengan mengubah persekitaran sekolah agar ia dapat menunjukkan

kepelbagaian kebudayaan dan golongan dalam sekolah dan sosial. Pendidikan multibudaya

adalah satu proses kerana matlamatnya adalah ideal di mana pihak pentadbir dan guru perlu

terus berusaha dan berjuang untuk mencapai maklamat tersebut. Di samping itu, Banks(2002)

juga telah memperkenalkan empat dimensi pendidikan berbilang kebudayaan, iaitu integrasi isi

kandungan yang menginklusifkan bahan bantu mengajar, konsep dan nilai dari pelbagai

kebudayaan dalam pengjaran dan pembelajaran. Proses konstruk ilmu pengetahuan adalah 2

Page 3: pendidikan multibudaya

pengakuan bahawa semua ilmu pengetahuan adalah konstruk sosial, wujud dalam pemikiran

manusia untuk menjelaskan pengalaman mereka yang boleh berubah, dengan mendorong

perubahan sosial.

Pedagogi yang saksama wujud bila guru-guru mengubahsuaikan pengajaran mereka

untuk bersesuaian dengan pelajar yang berlatar belakang yang berlainan dalam mencapai

kejayaan akademik. Memperkasakan budaya sekolah dan struktur sosial untuk membentuk

semula persekitaran sekolah, termasuk sikap, kepercayaan dan tindakan guru-guru dan pihak

pentadbir, kurikulum, prosedur peperiksaan dan strategi pengajaran guru-guru supaya

membolehkan pelajar dari kaum, jantina, golongan yang berlainan mengalami pendidikan yang

saksama. Salah satu konsep yang terserap dalam pendidikan berbilang kebudayaan adalah

konsep kesaksamaan (equity). Menurut American Heritge Dictionary, kesaksamaan dijelaskan

sebagai satu peringkat di mana semua pelajar, tidak kira majoriti atau minoriti, perempuan atau

lelaki, pelajar yang berjaya atau gagal, dan pelajar yang pernah ditolak pada satu masa ketika

mempunyai peluang untuk belajar, menyertai program pendidikan, dan mempunyai penerimaan

yang saksama bagi perkhidmatan yang mereka perlu dalam pendidikan (Pathways Home).

Sebenarnya saksama dan pendidikan berbilang kebudayaan tidak dapat diasing dari

antara satu lain. Ia memerlukan guru-guru memikir dan mengkonsep semula tentang

pengajaran dan pembelajar, dan mengunakan pendekatan mengajarar yang tidak bias untuk

membentuk pengajaran inklusif pada setiap bidang matapelajaran( North Central Regional

Educational Laboratory,2001).

2.1 KONSEP PENDIDIKAN MULTI BUDAYA DI MALAYSIA

Di Malaysia pendidikan multibudaya terbentuk sejak zaman kegemilangan Melaka lagi

iaitu dari negara China dan India berhijrah ke Tanah Melayu samada untuk berniaga dan

menyebarkan agama Islam. Pada masa itu pendidikan adalah berteraskan ajaran Islam dan

kitabnya adalah kitab Al-Quran. Selepas zaman kegemilangan ini berlalu dan Tanah Melayu

dijajah oleh pelbagai bangsa, akhirnya pendidikan di Malaysia diubah mengikut dasar pecah

dan perintah. Dasar yang diperkenalkan oleh British ini menindas kaum Melayu kerana kaum

Melayu hanya diberi peluang pendidikan sekadar untuk membaca dan menulis sahaja.

Selepas kemerdekaan, pendidikan multibudaya dilaksanakan dan ia memfokuskan

terhadap penerapan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar untuk mengintegrasikan rakyat

3

Page 4: pendidikan multibudaya

Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, kebudayaan, agama, ekonomi dan sosial. Setiap

individu berhak mendapat peluang pendidikan yang sama. Nilai serta tata laku seperti saling

faham memahami, saling hormat menghormati, bertolak ansur, menghargai hak-hak asasi

manusia, adil, jujur dan bersatu padu cuba ditanam di dalam diri pelajar melalui pendidikan

multibudaya untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya perpaduan rakyat.

Sistem pendidikan mempunyai objektif untuk menyepadukan empat sifat utama iaitu

JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) dalam melahirkan individu yang berakhlak dan

cemerlang. Apabila setiap individu di Malaysia cemerlang di dalam empat sifat utama yang

ditekankan oleh sistem pendidikan ini, secara tidak langsung perpaduan negara dapat

diwujudkan. Di Malaysia, subjek-subjek yang berkaitan dengan kebudayaan di Malaysia di ajar.

Antara subjek-subjek yang diajar ialah Sejarah Malaysia, Kenegaraan Malaysia dan Tamadun

Islam dan Tamadun Asia. Pengajaran subjek-subjek tersebut dalam pendidikan dapat

meningkatkan kefahaman pelajar pelbagai kaum dan budaya bagi memahami konsep

kepelbagaian masyarakat di negara ini, kepelbagaian budaya, tanggungjawab terhadap negara

dan sebagainya.

Malaysia merupakan sebuah Negara yang berbilang kaum dan bangsa. Secara tidak

langsung, masyarakat Negara ini telah diperkenalkan kepada budaya, bahasa, dan pemakaian

yang tersendiri pada waktu dan masa-masa tertentu. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai

kaum yang membentuk komuniti masyarakat kecil yang mempunyai identiti tersendiri.

Komposisi penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik di semanjung,

Sabah dan Sarawak menyebabkan wujudnya kepelbagaian latar belakang pelajar dalam sistem

pendidikan Negara. Kepelbagaian latar belakang ini membuatkan masyarakat Malaysia

semakin bersatupadu dan semakin memahami kebudayaan dan fahaman bangsa-bangsa lain

dan ia sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Konsep satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6,

Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk memperkenalkan idea satu bangsa tanpa mengira

4

Page 5: pendidikan multibudaya

kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Satu malaysia bertujuan untuk mengekalkan

dan meningkatkan perpaduan anatra pelbagai kaum di Malaysia dan mewujudkan semangat

kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Dari aspek pendidikan, konsep satu

Malaysia ini berfungsi untuk mengurangkan juarang perbezaan antara bandar, luar bandar dan

kumpulan etnik agak mereka mempunyai hak untuk mendapat bantuan kerajaan berbanding

anak-anak dari golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang

terbaik.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, konsep kepelbagaian latar belakang pelajar ini

adalah perkara asas dalam pembentukan pusat pembelajaran dan perkembangan pelajar.

Kepelbagaian latar belakang pelajar ini merangkumi aspek jantina, kaum, budaya, gaya

pembelajaran, status sosio-ekonomi, sosio-politik & sosio- budaya. Menurut Khairul Yusri, 2007,

perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma

kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau

bakat dan aspek aspek lain yang mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan.

Setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang

berbeza-beza yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Dalam

konteks kepelbagaian ini, pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai

kesan yang sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu

imapak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil

pembelajaran mereka di sekolah. Konsep kepelbagaian latar belakang pelajar ini boleh dikaji

dari aspek jantina, kaum dan etnik, bugaya, gaya pembelajaran dan sosio-ekonomi.

Pelaksanaan sekolah integrasi atau sekolah wawasan merupakan salah satu rancangan

kerajaan untuk menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia. Matlamat pembinaan sekolah

wawasan ini adalah:

1. Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa,

latar belakang dan fahaman agama.

2. Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.

3. Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi

demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

4. Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui

perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.

5

Page 6: pendidikan multibudaya

Sekolah Wawasan adalah sekolah integrasi yang menempatkan beberapa buah sekolah

yang berlainan aliran dalam satu kawasan yang sama. Sekolah-sekolah ini akan berada di

bawah satu bumbung tanpa mengira agama dan bangsa. Konsep Sekolah Wawasan adalah

bertujuan menyatukan masyarakat Melayu, Cina dan India melalui satu sistem pendidikan di

dalam satu kawasan.

2.2 KONSEP PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DI LUAR NEGARA

2.2.1 INDONESIA

Di Indonesia, pendidikan multibudaya dikenal sebagai suatu pendekatan yang dianggap

lebih sesuai bagi masyarakat Indonesia yang heterogen, sesuai pada masa autonomi dan

desentralisasi yang baru dilakukan. Pendidikan multibudaya yang dikembangkan di Indonesia

seiring dengan pengembangan demokrasi yang dijalankan sebagai counter terhadap kebijakan

desentralisasi dan autonomi daerah yang sering dilaksanakan kearah menguatnya “sukuisme”

dan “daerahisme”.

Pendidikan multibudaya yang ada di Indonesia merupakan kekayaan yang boleh

menjadi modal untuk mengembangkan kekuatan budaya. Terutama, kepada kanak-kanak perlu

diterapkan dengan sikap toleransi, dan pengajaran itu harus dibuktikan dengan sikap toleransi,

dan pengajaran itu harus dibuktikan dengan sikap, tindakan, dan respek antara satu sama lain.

Pendidikan multibudaya sangat penting kerana Indonesia juga seperti Malaysia mereka

hidup dalam negara yang pelbagai budaya, lebih dari itu Indonesia juga menghadapi berbagai

budaya dari luar keterbukaan dan kerjasama antara negara, mahupun kesan dari teknologi

maklumat yang berkembang pesatt. Oleh sebab itu, tugas menupuk pendidikan multibudaya di

Indonesia lebih berat (ragam, suku, etnis, agama yang cukup banyak), kerana tugas tersebut

memiliki misi bagaimana agar para anak didik memiliki kesedaran multibudaya yang

mengandung erti memiliki kemampuan untuk bersikap toleransi, menerima perbezaan dan

saling menghormati walaupun dengan latar belakang budaya yang berzeda.

Pendidikan multibudaya sangat penting untuk dipupuk, tidak hanya disekolah tetapi juga

dirumah agar pada masa hadapan masyarakat Indonesia tidak lagi menjadi masyarakat yang

dianggap suka dengan tingkah laku kekerasan, konflik, dan sulit menerima perbezaan.

6

Page 7: pendidikan multibudaya

3.0 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA MODEL JAMES A. BANKS

James A. Banks (1994) telah mengenal pasti matlamat pendidikan multibudaya iaitu:

1. Untuk mengurangkan diskriminasi terhadap sesuatu kaum dan memberikan pendidikan

yang adil kepada semua individu.

2. Menghormati di antara satu sama lain tanpa mengambil kira perbezaan kaum dan kelas

sosial. Melalui pendidikan multibudaya ini, pelajar akan mengenali kebudayaan kaum

lain. Dengan ini, pelajar akan lebih menghargai dan menghormati antara satu sama lain.

3. Membantu pelajar membina pengetahuan, sikap dan kemahiran diri agar boleh

membangunkan kaum sendiri dan juga kaum yang lain seterunya membangunkan

negara ke peringkat antarabangsa.

4. Membantu individu memahami kendiri dengan melihat mereka sendiri dari pespektif

budaya lain, dengan andaian bahawa mempunyai fahaman dan pengetahuan

sedemikian akan dapat wujud penghormatan antara satu sama lain.

5. Membekalkan pelajar peluang untuk memilih budaya golongan lain. Keadaan sering

berlaku selama ini iaitu sekolah biasanya mengamalkn budaya golongan majority dan

jarang memperkenalkan budaya lain kepada golongan majoriti. Pada hakikatnya

golongan majoriti perlu mengetahui keunikan dan kecantikan budaya golonagan lain.

6. Membekalkan semua pelajar kemahiran, sikap dan pengetahuan untuk berfungsi dalam

budaya sendiri dan juga budaya kaum lain.

7. Mengurangkan diskriminasi dan derita pengalaman dari ciri-ciri budaya sendiri.

Kajian menunjukkan sesetengah golongan terpaksa menolak budaya sendiri dengan

keinginan untuk berjaya. Membantu pelajar menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan

mengira. Dalam konteks pendidikan berbilang kebudayaan, isi kandungan pengajaran

pembelajaran yang berkaitan dengan kaum, agama sosio-ekonomi pelajar akan lebih memberi

makna dan meningkatkan motivasi pelajar.

Berdasarkan definisi dan konsep pendidikan multibudaya, beberapa prinsip perlu diberi

pertimbangan dalam pelaksanaan program pendidikan berbilang budaya. Menurut Jame A.

Banks(2002) dalam membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik dan mendorong

7

Page 8: pendidikan multibudaya

kemahiran bergaulan antara golongan yang berlainan, Beberapa prisip asas yang perlu diambil

kira semasa merancangkan polisi pendidikan berbilang kebudayaan :-

1. Program perkembangan profesional perlu diadakan untuk membantu guru memafami

ciri-ciri pelbagai kaum negara kita dan unsur-unsur bangsa, kaum, bahasa, sosio-

ekonomi yang saling berkaitan dalam mempengaruhi tingkah laku pelajar.

2. Sekolah perlu memastikan semua pelajar memperolehi peluang yang saksama dalam

pembelajaran.Kurikulum yang disedia perlu membantu pelajar memahami ilmu

pengetahuan harus berasaskan konstruk sosial dan mengambarkan dapatan

penyelidikan yang berkait dengan keadaan sosial, politik, ekonomi negara.

3. Sekolah perlu membekalkan semua pelajar peluang untuk menyertai aktiviti kokurikulum

atau aktiviti luaran yang membantu pengembangan pengetahuan, kemahiran, sikap

serta meningkatkan pencapaian akademik dan mendorong interaksi positif di kalangan

pelajar yang berasal dari pelbagai latar belakang.Sekolah harus menubuh persatuan

yang ahlinya terdiri daripada wakil golongan yang berlainan untuk memperbaiki

perhubungan antara golongan.

4. Pelajar perlu memafami stereotaip dan bias yang mendatangkan kesan negatif terhadap

perhubungan kaum.Pelajar perlu membelajari nilai-nilai yang dikongsi oleh semua

golongan yang berbilang kebudayaan.( contoh : keadilan, kesaksamaan, kebebasan,

keamanan, belas kasihan dan lain-lain.)

5. Guru harus membantu pelajar memperolehi kemahiran sosial untuk berinteraksi secara

berkesan dengan pelajar yang berasal dari kaum, budaya, bahasa yang

berlainan.Sekolah harus membekalkan peluang kepada pelajar yang berlatar belakang

yang berlainan berinteraksi dalam satu keadaan yang tidak berketakutan dan

berkebimbangan.

6. Strategi sekolah harus memastikan keputusan yang dibuat dapat berkongsi bersama

dan semua warga sekolah membelajari kemahiran berkerja sama untuk menghasilkan

satu persekitaran sekolah yang prihatin untuk pelajar.

7. Pemimpin atau pegawai berkaitan perlu membentuk strategi yang memastikan semua

sekolah mendapat peruntukan kewangan yang saksama.Guru harus peka tentang

unsur-unsur berbilang kebudayaan semasa menilai kemahiran kognitif dan kemahiran

sosial pelajar.8

Page 9: pendidikan multibudaya

4.0 MENGAPA PENDIDIKAN MULTIBUDAYA?

Terdapat kajian menunjukkan jika kanak-kanak memahami lebih banyak sterotaip

golongan lain, akan kurang bersikap negatif terhadap golongan lain. Dengan mendedahkan

pelajar kepada pengetahuan tentang pelbagai kaum dan sumbangan mereka dalam pembinaan

dan kemajuan negara, akan dapat mengurangkan ketidaktoleransi dan meningkatkan

kerjasama untuk mencapai kebaikan sejagat (Martin,1985). Pendidik yang mengenal dan

menghormati latar belakang yang pelbagai pelajar mereka juga akan berkewajiban dan

bertanggungjawab berkongsi nilai-nilai sesama dengan pelajar. Walaupun pelajar dan guru-

guru menunjukkan kebudayaan yang berlainan, tetapi terdapat juga budaya yang sama

dikongsi terutamanya budaya kehidupan.

Strategi sekolah harus memastikan keputusan yang dibuat dapat berkongsi bersama

dan semua warga sekolah membelajari kemahiran berkerja sama untuk menghasilkan satu

persekitaran sekolah yang prihatin untuk pelajar. Pemimpin atau pegawai berkaitan perlu

membentuk strategi yang memastikan semua sekolah mendapat peruntukan kewangan yang

saksama. Guru harus peka tentang unsur-unsur berbilang kebudayaan semasa menilai

kemahiran kognitif dan kemahiran sosial pelajar.

5.0 KESIMPULAN

9

Page 10: pendidikan multibudaya

Kepelbagaian latar belakang pelajar dari aspek jantina, kaum, budaya, gaya

pembelajaran dan status sosio ekonomi telah memberi kesan terhadap pengajaran dan

pembelajaran. Perbezaan jantina memberi persepsi berbeza tentang pencapaian pelajar. Begitu

juga dengan latar belakang budaya dan persekitaran pelajar yang memberi impak ke atas

pemikiran perasaan dan tingkah laku seseorang. Pencapaian pelajar turut dipengaruhi oleh

gaya belajar dan status sosio-ekonomi pelajar yang menyebabkan gaya pembelajaran mereka

terjejas akibat faktor persekitaran yang tidak sesuai.

Pendidikan multi-budaya penting untuk memupuk perpaduan di Malaysia terutamanya

dikalangan pelajar. Walaupun sukar untuk melaksanakan pendidikan multi-budaya, semua

pihak hendaklah bekerjasama dalam merealisasikan pendidikan multi-budaya seterusnya

membantu dalam penubuhan gagasan satu Malaysia.

Secara ringkasnya, pendidikan berbilang kebudayaan bertujuan membantu pelajar

memperolehi ilmu pengetahuan dan komitmen dalam membuat keputusan yang menimbangkan

individu, sosial, dan sebagainya untuk mencapai kehidupan harmoni dan demokrasi.

6.0 RUJUKAN

10

Page 11: pendidikan multibudaya

Amir Hassan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Edisi Ketiga. Tanjong Malim:

Quantum Books.

British Association of Advisers and Lecturers in Physical Education (1989). Teaching and

Learning Strategies in Physical Education. Leeds: White Line Press.

Coates, B. (1997). Refining your Style. Sportsteacher. Spring edition.

Jean Piaget (1980). Physical Education in Secondary Schools. Schools Council Research

Studies, London: Macmillan. 20 Januari 2011.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Berita Bahagian Pendidikan Guru (1990). Kearah

Memantapkan Perancangan Program Latihan Guru. p.88. 12 Januari 2011.

Lawson dan Placek (1996). Inside the Primary Classroom. London: Routledge & Kegan Paul.

12 Januari 2011.

Mosston, M. & Ashworth, S. (1986). Teaching Physical Education. Columbus, OH: Merrill. 1

Januari 2011.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.

Physical Education Resources. Retrieved at http://physicaleducationresources.com/ teaching

stylesmosstonpe on 21 December 2010.

Sekolah Sebagai Pembentuk Masyarakat Harmoni. Retrieved at http://otak2sped.blogspot.com/

2009/02/sekolah-sebagai-pembentuk -masyarakat.html?zx=fd6eccbfa3f66503 on 12

January 2011.

Sports-media. Retrieved at http://www.sports-media.org/sportapolisnewsletter23newlook.htm on

12 January 2011.

7.0 LAMPIRAN

11

Page 12: pendidikan multibudaya

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH )

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 3 Orkid

Bilangan Murid : 32 orang

Tema : Pencemaran Alam Sekitar

Tajuk : Pencemaran Udara

Tarikh : 3 Februari 2011

Masa : 40 minit

Objektif: Pada akhir pelajaran murid dapat;

i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka melihat berlakunya pencemaran udara ini secara lisan.

ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai pencemaran udara yang berlaku.

iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai gejala pencemaran dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.

Ilmu : Bahasa Melayu, Alam sekitar

Nilai : Kebersihan, menghayati, menghormati dan menghargai.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori.

Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.

Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.

BBB : Power point, buku latihan dan alat tulis.

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

12

Page 13: pendidikan multibudaya

Murid ditayangkanpower point yangberkaitan denganjenis-jenis pencemaran.

Set Induksi (5 minit)

i)murid diminta untuk melihat paparanpower point dan menghayatinya.

ii)murid diminta untuk membezakan jenis-jenis pencemaran dan menyatakan pengalaman mereka sendiri..

iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dantajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu.

KB : menghubungkait,Inferens

BCB: menonton denganAktif

BBB : power point

Guru memberiteks cerita yang berkaitan dengan

PencemaranUdara melaluipower point.

Langkah 1 (10 minit)

i)murid dikehendaki untuk mengeliksalah satu pautan yang disediakan.

ii)murid diminta membaca petikan itusecara individu dengan kuat danmengikut intonasi serta gaya yang betul.

iii)murid-murid yang lain dikehendakimendengar dan meneliti teks sambilmemahami petikan tersebut.

iv)kemudian guru menanyakan soalankepada murid berkaitan dengan petikan tersebut.

KB : membuat inferens

BCB : ) membaca denganintonansi yang betul.

ii) mendengar dengan aktif.

BBB : teks cerita, powerpoint

GuruMengadakan perbincangankumpulan antaramurid-murid danmelakukanpembentanganmelalui powerpoint.

Langkah 2 (10 minit)

i)murid dibahagikan kepada beberapakumpulan.

ii)murid diminta untuk berada dalamkumpulan dan membuat perbincangan.

iii)murid dikehendaki membentangkan isi-isi penting mengenai pencemaran udara dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka.

iv)guru menanyakan soalan yangberkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka.

KB : menghubungkaitkan,menjana idea

BCB : memprosesmaklumat dan melaporkanmaklumat.

KP : verbal linguistik,visual,intrapersonal, interpersonal

Nilai : kerjasama, hormat-menghormati

BBB : power point

13

Page 14: pendidikan multibudaya

Guru memberilatihan kepadamurid-murid.AktivitiPengayaan:Menulis karanganpendekberdasarkantajuk yang diberi.

AktivitiPemulihan:Menyudahkanpetikan yangdiberikan denganmengisi tempatkosong.

Langkah 3 (10 minit)

i)guru terlebih dahulu menanyakankepada murid sekiranya mereka masihtidak memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut.

ii)guru memberi latihan kepada muridiaitu membuat karangan pendekmengenai perbezaan pencemaran udara dengan mengambil isi-isi penting daripada petikan.

iii)guru membimbing kumpulan muridyang memerlukan pemulihan denganmenyediakan latihan yang perludilengkapkan dengan mengisi tempatkosong.

KB : menjana idea,menghubungkaitkan,membuat inferens.

BCB : mengumpul,memproses, mencatat danmelaporkan maklumat.

KP :intrapersonal;interpersonal,visual, verbal-linguistik.

Nilai : bekerjasama,menghargai,.

BBB : kertas latihan.

Guru membuatRumusan mengenaipengajaran yang telah diajar dan menanyakansoalan kepada murid akan apa yang merekatelah pelajari.

Guru juga menanyakan nilai-nilai murni yangterdapat semasasesi pengajarandan pembelajaran.

Penutup (5 minit)

i)murid digalakkan supaya mengumpulmaklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambanhkan pengetahuan mereka.

ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.

Nilai-nilai murni :-Menghargai-Bersyukur-Menghormati-bekerjasama

14

Page 15: pendidikan multibudaya

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3

Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan

Tunjang : Kesihatan Diri dan Keluarga

Tajuk : Kesihatan Diri

Sub Tajuk : Alatan Kebersihan Diri, Menjaga Kebersihan Diri, Cara Berpakaian, Kesedaran

Tanggungjawab Menjaga Tubuh Badan

Tahap : Satu

Tahun : Tiga

Bilangan Murid : 25 orang

Tarikh : 1/2/2011

Hari : Selasa

Masa : 7.40 hingga 8.20 pagi

Objektif : Di sepanjang proses pengajaran ini diharapkan pelajar dapat menguasai tiga domain di bawah melalui aktiviti yang dirancang:

Kognitif

Pelajar dapat menyatakan bagaimana menguruskan alatan kebersihan diri dan cara berpakaian.

Pelajar dapat menjelaskan tanggungjawab menjaga tubuh badan.

Psikomotor

Pelajar melakukan lakonan bagaimana cara menjaga kebersihan dan kehormatan diri

Afektif

Pelajar dapat bekerjasama dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru.

Pelajar dapat menyedari pentingnya menjaga kebersihan dir.

Penyebatian KBKK : Menghubungkait, mengelas, menjanakan idea

Penerapan nilai : Minat, perihatin, kerjasama

Sumber P&P : Buku rujukan, buku teks

Penggabungjalinan : Agama Islam

15

Page 16: pendidikan multibudaya

Fasa Aktiviti Fokus pembelajaran Organisasi Catatan

Aktiviti 1Permulaan(5 minit)

Soal jawabbersama

murid

- guru bertanyakan khabar kepada murid.- guru bersoal jawab berpandukansoalan-:

i. adakah kamu saying kepada diri kamu?

ii. bagaimana cara menunjukkan kamu sayang diri kamu?

-guru menjelaskan tanggungjawab

menjaga tubuh badan.

KeseluruhanKelas

Petunjuk rajah;

Guru

Pelajar

Verbal

linguistic

Interpersonal

Intrapersonal

Aktiviti 2Perkembangan(5minit)

Perbincanganantara guru danmurid

Perbincanganmurid denganmurid

- perbincangan berdasarkan soalan yang diberi oleh guru -:

- apakah ciri-ciri orang yang sihat

- bagaimana untuk menjadi sihat

- peranan individu dalam menjaga kesihatan diri

Perbincanganguru dengan

murid

Verbal

Linguistic

Interpersonal

Intrapersonal

Aktiviti 3Perkembangan(5minit)

Membuatlatihan

- murid diminta memberikan contoh-contoh bagaimana untuk menjadianak yang baik

individu

Aktiviti 4Kemuncak(10minit)

Lakonan - murid diminta untuk melakonkanwatak seorang anak yang baikkepada keluarga contohnya kepadaibu bapa

Berkumpulan KineticInterpersonalIntra

personal

Aktiviti 5Penutup(5minit)

Refleksikeseluruhan

- guru merumus tajuk pelajaran- perbincangan dengan murid dengan guru bagi masalah yang dihadapidalam pelajaran yang diajar.

16

Page 17: pendidikan multibudaya

ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS

SUBJEK : Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan TAHUN : 3

PENULIS : Abdul Hafidz Bin Haji Omar, Husin Bin Ayob, Zalawati Binti Sufian

PENERBIT : Dewan Bahasa Dan Pustaka

TEMPAT TERBIT : Kuala Lumpur

TAHUN TERBIT : 2004

KETEPATAN KANDUNGAN

KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN

1 2 3 4

A. KESESUAIAN

ISI KANDUNGAN

DENGAN TAHAP

1. Kelengkapan isi kandungan /

2. Keluasan isi kandungan /

3. Kedalaman isi kandungan /

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani kini banyak mengalami perubahan sama ada dari

segi konsep ataupun perkembangan intipati kandungannya.

1. Kelengkapan isi kandungan

2. Keluasan isi kandungan

3. Kedalaman isi kandungan

• Daripada ketiga-tiga intipati kandungan ini maka, kesesuaian isi kandungan adalah

selaras dengan tahap perkembangan pelajar Tahun 3.

17

Page 18: pendidikan multibudaya

B. KETEPATAN

ISI KANDUNGAN

4. Ketepatan konsep, definisi

dan fakta

/

5. Ketepatan contoh, kes,

gambar, diagram dan

ilustrasi

/

6. ketepatan dan konsistensi

istilah dan simbol

/

7. Ketepatan penulisan

mengikut daftar ejaan.

/

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

• Ketepatan keseluruhan dalam isi kandungan ini bersesuaian dengan Huraian Sukatan

Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

• Ia dapat dikukuhkan dengan adanya buku teks PJK tahun 3 yang meliputi kepada

Tunjang Pendidikan Jasmani (Bab 1,2,3) dan Tunjang Pendidikan Kesihatan (Bab 4,5,6).

C.

KEMUTAKHIRAN

ISI KANDUNGAN

8. Kesesuaian kandungan

dengan perkembangan

ilmu dan teknologi

/

9. Kemutakhiran contoh,

gambar, ilustrasi peraturan

dan kes serenar.

/

10. Kemutakhiran daftar ejaan /

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

• Kesesuaian kandungan dengan perkembangan ilmu dan teknologi adalah sangat baik

untuk melahirkan generasi yang sihat dengan melibatkan penggunaan istilah sains

sukan.

• Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi peraturan dan kes sebenar juga sesuai dengan

aktiviti yang dijalankan oleh pelajar.

18

Page 19: pendidikan multibudaya

KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN

1 2 3 4

D. KESESUAIAN

DENGAN

KEHIDUPAN

PELAJAR

11. Sesuai dengan

perkembangan dan

kemampuan pelajar

/ Penerangan isi

kandungan ringkas dan

padat.

12. Sesuai dengan keadaan

dan situasi lingkungan

sosiobudaya pelajar

/

13. Menggunakan contoh,

gambar dan kes tempatan

(Malaysia)

/ Tidak ada kaitkan dengan

kes tempatan

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

• Perkembangan dan kemampuan pelajar melalui aktiviti kecergasan fizikal adalah sesuai

digunakan dalam PJK berdasrkan buku teks ini.

• Keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar juga sesuai kerana dalam tunjang

pendidikan kesihatan banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

• Menggunakan contoh, gambar dan kes tempatan (Malaysia) juga sesuai kerana banyak

menggambarkan cara hidup masyarakat di Malaysia.

E. KEPEKAAN

TERHADAP

NILAI

TEMPATAN

14. Menumbuhkan kepekaan

terhadap nilai-nilai

tempatan (ikut subjek)

/

15. Menumbuhkan kepekaan

terhadap nilai-nilai

gagasan/ wawasan negara

/

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

• Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai tempatan melibatkan domain afektif seperti

berkerjasama, hormat menghormati dan banyak lagi telah diperjelaskan dalam Bab 4

19

Page 20: pendidikan multibudaya

iaitu Kesihatan Diri dan Kekeluargaan.

• Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai gagasan atau wawasan negara diterapkan

dalam domain afektif pembelajaran iaitu menyemai semangat berpasukan serta

menanamkan keyakinan dalam diri pelajar.

F. FOKUS

KANDUNGAN

16. Mendorong perasaan ingin

tahun pelajar.

/ Pembalakan yang

dijalankan

menguntungkan SBUB di

Sabah

17. Memperkembangkan daya

kreativiti

/ Carta organisasi

pentadbiran SBUB di

Sabah

18. Mengembangkan daya

kritikal

/ Terjemahan piagam yang

diserahkan kepada SBUB

oleh Brunei

19. Mengembangkan

kemahiran hidup

/ Kemahiran berorganisasi

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

• Fokus kandungan dalam buku teks tahun 3 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan lebih mendorong perasaan pelajar ingin tahu serta memperkembang dan

meningkatkan daya kreativiti pelajar.

• Selain itu, dalam mengembangkan daya kritikal dan kemahiran hidup juga diterapkan

dalam diri pelajar berdasarkan pembelajaran berdasarkan kandungan buku teks ini.

Secara tidak langsung, pelajar yang dlam proses ke arah lebih matang ini akan terus

berusaha memperbaiki diri dan belajar untuk berdikari.

20

Page 21: pendidikan multibudaya

2. PAPARAN

KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN

1 2 3 4

A. TEKNIK

PENYAJIAN

KANDUNGAN

20. Bab dan sub bab di

paparkan secara

konsistensi dan sistematik

/

21. Ketertiban konsep, definisi

dan fakta

/

22. Bersifat konstekstual /

23. keseimbangan di antara

bab dan sub bab

/

24. Kesinambungan di antara

bab/ sub bab/ topik.

/

25. Keutuhan makna bab/ sub

bab/ topik

/

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

• Pendidikan dalam kelas PJK memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba dan

mengalami proses pembelajaran melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal.

• Oleh itu, ketertiban konsep, definisi dan fakta serta sifat konstekstual, keseimbangan,

kesinambungan dan Keutuhan makna bab/ sub bab/ topik keseluruhannya merangkumi

kepada pendidikan yang menyeluruh meliputi domain psikomotor, kognitif, afektif, sosial

dan emosi (Bucher 1979).

21

Page 22: pendidikan multibudaya

KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN

1 2 3 4

G. PEMAPARAN

KANDUNGAN

PEMBELAJARAN

26. Berpusatkan kepada

pelajar

/

27. Pembelajaran kendiri /

28. Bervariasi /

29. Adil & demokrasi (tidak

bias lokasi, gender, etnik

dll)

/

30. mengembangkan

kemahiran proses

/ Carta organisasi, hasil

tradisi yang menyumbang

kepada kewangan SBUB,

perubahan sosial SBUB di

Sabah

31. mencipta komunikasi

interaktif

/ Tentang hasil bumi yang

terdapat di Sabah

32. Menekankan aspek

keselamatan (bagi subjek

amali/ praktik)

/

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

• Kandungan pembelajaran bagi PJK lebih banyak berpusatkan kepada guru dan hanya

sesetengah kaedah digunakan berpusatkan kepada pelajar.

• Pembelajaran dalam buku teks ini menggalakkan pelajar melakukan pembelajaran

kendiri. Hal ini kerana dalam kandungan buku teks ini terdapat beberapa gambar ansur

maju dalam beberapa aktiviti seperti lontar peluru dan kemahiran dalam lari pecut.

• Ia juga bervariasi kerana banyak aktiviti yang dijalankan dipaparkan dengan variasi

22

Page 23: pendidikan multibudaya

pergerakan dan gambar yang menarik.

• Keadilan & demokrasi tidak menimbulkan bias dalam pembikinan buku teks. Ia

menggambarkan konsep 1 Malaysia.

• Mengembangkan kemahiran proses amat sesuai kerana dalam ilustrasi yang ditunjukkan

banyak meletakkan lukisan berbanding gambar.

• Mencipta komunikasi interaktif amat kurang dalam pembikinan buku teks ini.

• Aspek keselamatan juga ditekankan dalam buku teks ini bagi mengelakkan pelajar

melakukan sesuatu aktiviti tanpa pengawasan guru.

H.

KELENGKAPAN

DOKUMENTASI

33. Pengantar /

34. Definisi istilah /

35. Advance organizer pada

awal bab

/

36. Sumber/ rujukan terkini

untuk teks, gambar,

jadual, diagram, lampiran,

nama, tarikh termasuk

sumber atas talian.

/

37. Rumusan /

38. Tugasan dan contoh-

contoh soalan pada setiap

bab.

/

39. Daftar pustaka /

40. Indeks /

41. Lampiran /

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:

23

Page 24: pendidikan multibudaya

• Definisi istilah menyatakan bahawa pelajar perlu memahami dan menghayati

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani dan Kesihatan agar

dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia.

• Advance organizer pada awal bab menjelaskan segala aktiviti yang melibatkan Tunjang

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang memerlukan keseluruhan konsep dan info

berkaitan dengan sukan.

• Sumber rujukan terkini untuk teks, gambar, jadual, diagram, lampiran, nama, tarikh

termasuk sumber atas talian secara keseluruhannya boleh digunapakai kerana ia dirujuk

pada sumber-sumber yang terbaru iaitu antara tahun 1990an dan 2000.

• Rumusan dalam buku teks ini adalah mengikut setiap bab.

• Tugasan dan contoh-contoh soalan pada setiap bab tidak cukup untuk pengukuhan

minda pelajar kerana dari Bab 1 hingga 6 latihan yang disediakan terlalu sedikit dan

banyak lebih kepada soalan subjektif.

• Daftar pustaka dalam buku teks ini telah mendapat keizinan daripada Ketua Pengarah,

Dewan Bahasa dan Pustaka.

• Indeks tersusun dan diletakkan di belakang sekali buku teks.

• Lampiran dalam buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan melampirkan kepada 4

lampiran iaitu nama-nama otot, prosedur Ujian lompat Squat menegak, Prosedur Ujian

Lari Pecut 40 meter dan Jenis vitamin, sumber dan fungsinya.

24