group multibudaya

Upload: linda-embun

Post on 11-Oct-2015

66 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

mbudaya

TRANSCRIPT

Slide 1

MENGURUS PERUBAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DI MALAYSIA

KPS 6054 : PENDIDIKAN MULTIBUDAYA AHLI KUMPULAN :- NAMANO.MATRIKNOOR AZLINDA BT. ABU SAMAHM20121000810PENSYARAH:DR ABDUL TALIB HASHIM

Pengenalan Pengisian dan pelaksanaan kurikulum mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat, profil bangsa dan warganegara Malaysia yang berkualiti. Bagi Negara kita Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, pelaksanaan kurikulumnya perlulah di berikan secara setara kepada semua. Maka di sinilah pendidikan multibudaya wajar diterapkan dalam kurikulum pendidikan Malaysia untuk membantu meningkatkan lagi pemahaman kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia. unsur kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat heterogen seperti di Malaysia perlu dikembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum pendidikan bagi memberi kefahaman kepada pelajar tentang kedudukan mereka dalam masyarakat, peranan dan sumbangan yang perlu dimainkan dan keutamaan memelihara serta mengukuhkan perpaduan sebagai asas kestabilan dan pengukuhan jati diri bangsa Malaysia.

Konsep dan pengertian perubahan kurikulumKurikulum pendidikan ialah satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). kurikulum turut mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada generasi ke generasi yang lainkurikulum perlu sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Perubahan pendidikan membawa maksud proses melakukan satu bentuk transformasi yang holistic berdasarkan kurikulum persekolahansedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum harus sejajar dengan perkembangan politik, sosioekonomi, sosiobudaya dan arah aliran perkembangan pendidikan tempatan dan antarabangsa.

Sebarang perubahan kurikulum dilakukan bertujuan memenuhi kehendak dan matlamat pembangunan manusia dan Negara.

Perubahan kurikulum merupakan satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat persekolahan yang perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang

Dalam proses perubahan kurikulum, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara-negara maju dengan suntikan kesesuaian di Malaysia bagi memastikan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global.

Keutamaan dalam perubahan kurikukum perlulah dengan keselarasan antara penggubalan dasar dan pelaksanaan program pendidikan merentas rantaian nilai pendidikan.

Kurikulum pendidikan perlu mampu menyumbang kepada penghayatan nilai dan perkongsian aspirasi apabila individu dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik berinteraksi serta belajar memahami dan menerima perbezaan.Ideologi dan dasar pendidikan multibudaya di Malaysia dan realitinyaMultibudaya adalah satu perkataan yang paling sesuai dan tepat untuk menggambarkan kehidupan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada berbilang budaya. Pendidikan Multibudaya di Malaysia adalah dibentuk hasil daripada rentetan kehadiran imigrain dari Negara luar seperti China dan India ke Tanah Melayu ketika zaman kegemilangan Melaka. Setelah itu, pendidikan di Malaysia berubah mengikut dasar pecah dan perintah ekoran situasi Tanah Melayu yang dijajah oleh pelbagai bangsaSetelah Malaysia mencapai kemerdekaan, pendidikan mutibudaya terus diberi nafas baru dengan memfokuskan matlamat bagi memberi peluang yang sama rata kepada setiap individu untuk mendapat peluang pendidikan serta membentuk perpaduan serta pengintegrasian rakyat MalaysiaKomposisi penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik menyebabkan wujudnya kepelbagaian latar belakang pelajar dalam sistem pendidikan Negara

pendidikan multibudaya wajar diberi ruang dan peluang dalam kurikulum pendidikan di Malaysia untuk membantu meningkatkan lagi pemahaman kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar. memberi kefahaman kepada pelajar tentang kedudukan mereka dalam masyarakat, peranan dan sumbangan yang perlu dimainkan dan keutamaan memelihara serta mengukuhkan perpaduan sebagai asas kestabilan dan pengukuhan jati diri bangsa Malaysia.pemupukan perpaduan ke arah integrasi nasional diharap dapat dicapai untuk mengelakkan polarisasi atau perpecahan dalam kalangan kaum dan etnik di MalaysiaPendidikan Multibudaya juga menjadi semacam ideologi dalam pengembangan kebudayaan serta upaya menciptakan masyarakat yang sihat. Potensi multikulturalisme juga dapat dikatakan sebagai upaya memberikan kebebasan berekspresi dalam kehidupan demokrasi

Transformasi kurikulum kebangsaan dan implikasinya kepada kurikulum pendidikan multibudaya

Faktor-faktor mempengaruhi perubahan kurikulum pendidikan multibudaya Kajian kes dan isu-isu berkaitan

RUMUSANbagi Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, penyampaian kurikulum bukan sahaja bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang malahan turut bermatlamat untuk menguatkan hubungan kekeluargaan antara masyarakat majmuk di Malaysia.

Melalui kurikulum pendidikan multibudaya dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum

Apa yang diharapkan adalah pendidikan multibudaya dapat menyemai semangat patriotisme dan semangat cintakan negara dalam kalangan semua lapisan masyarakat.

Ini secara langsung menjamin pembangunan sistem pendidikan berkualiti dan seterusnya melengkapkan agenda pembangunan negara.

Kepelbagaian budaya inilah pencetus warna warni dalam negara kita Malaysia sekaligus membentuk perpaduan yang mantap daripada pelbagai aspek.