isu etika dalam kaunseling pelbagai budaya (multibudaya)

44

Click here to load reader

Upload: mohamad-satir

Post on 04-Jan-2016

3.158 views

Category:

Documents


159 download

DESCRIPTION

Isu Etika

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai BudayaDisediakan Oleh :

Mohamad Satir b HamidMaster Pendidikan

Bimbingan & Kaunseling

Page 2: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Setiap negara mempunyai kod etika dalam amalan kaunseling yang dijalankan dalam negara tersebut, sebagai contohnya di Malaysia badan yang bertanggungjawab mengeluarkan kod etika dan prinsip-prinsip kaunseling dijalankan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA).

Secara amnya semua kod etika yang digariskan oleh persatuan-persatuan kaunseling tersebut mempunyai persamaan iaitu menitikberatkan amalan profesionalisme kaunselor dan hal ehwal kebajikan klien.

Page 3: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Matlamat utama etika ini digubal adalah untuk menjamin perkhidmatan kaunseling agar menjadi lebih cekap, telus, amanah, serta menjamin keselamatan dan kerahsiaan klien.

Secara ringkasnya etika profesional yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling dapat dibahagikan kepada lima prinsip etika yang utama iaitu :

( a ) Autonomy( b ) Nonmaleficence( c ) Beneficence( d ) Justice( e ) Fidelity

Page 4: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Matsumoto (1996) mendefinisikan budaya "sebagai sikap, nilai, kepercayaan, dan tingkah laku yang dimiliki oleh sekelompok orang".

Ogbu (1990) kebudayaan adalah satu pemahaman manusia secara keseluruhan  kepada sosial, fizikal atau kedua-dua sekali.

Budaya juga boleh didefinisikan sebagai sistem kepercayaan dan orientasi nilai, termasuk pakaian, norma, amalan dan institusi sosial (Fiske, Kitayama, Markus dan Nisbett,1998).

Page 5: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Kelompok budaya dibentuk melalui bangsa, etnik, agama, bahasa, negara asal-usul, jantina, orientasi seksual, latar belakang sosioekonomi, politik, pendidikan dan profesion. Budaya menyediakan satu cara berfikir dan berinteraksi (Nanda, 1991), bersifat dinamik (Dean, 2001) dan melibatkan aspek pandangan khusus, adat resam, kaedah berkomunikasi, nilai, idea, skema dan tingkah laku (Fiske, 2002).

Page 6: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Perkataan “budaya” boleh ditakrifkan secara meluas, dan boleh dikaitkan dengan sesuatu bangsa ataupun etnik begitu juga dengan jantina, agama, status ekonomi, kewarganegaraan, kemampuan fizikal atau ketidakupayaan, dan naluri kejantinaan. Pederson (2000) menerangkan budaya dari segi:( a ) Faktor-faktor demografi, contohnya usia, jantina, kawasan tempat tinggal.( b ) Faktor-faktor status , contohnya sosial, pembelajaran, latar belakang ekonomi( c ) Perhubungan secara formal dan tidak formal( d ) Faktor-faktor etnografik seperti kewarganegaraan, kumpulan etnik, bahasa, dan juga agama.

Page 7: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Etnik pula adalah kesedaran identiti yang berpaksikan atau berpunca daripada persamaan dari segi nenek moyang, sejarah, kewarganegaraan, agama dan bangsa. Keunikan dalam sosial dan warisan kebudayaan menghasilkan perhubungan dua hala yang kuat, ia adalah satu faktor perpaduan yang teramat kuat di mana wujudnya suatu perasaan kebersamaan dan perkongsian berdasarkan persamaan (Axelson, 1999; Lum, 2000).

Page 8: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Ethnic minority group (kumpulan etnik minoriti) membawa maksud kepada sebuah kumpulan ‘yang’ dikeluarkan atas sebab perbezaan mereka dan diberi layanan yang berbeza serta hanya dianggap objek untuk diskriminasi secara kolektif.

Page 9: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Multiculturalism adalah satu terma umum yang menunjukkan bahawa sebarang perhubungan yang wujud sama ada perhubungan antara dua kumpulan yang berbeza atau lebih daripada itu. Cross – cultural, transcultural, dan intercultural membawa maksud yang serupa. Kita lebih menerima multicultural kerana ia memberi gambaran dengan lebih tepat tentang betapa mendalamnya maksud budaya tetapi pada masa yang sama menghindari sifat membanding antara satu sama lain. Dari segi perspektif multicultural bagi sektor perkhidmatan dalam pendidikan mengambil kira nilai – nilai yang spesifik, kepercayaan, dan tindakan yang digariskan berdasarkan faktor seseorang seperti etnik, jantina, agama, status sosio ekonomi, pendapat tentang politik, naluri kejantinaan, kedudukan geografi, dan pengalaman sejarah dengan budaya dominan. (Wright, Coley & Corey, 1989)

Page 10: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Cultural diversity membawa maksud kepada perbezaan spectrum yang wujud dalam kalangan manusia secara terang – terangan, dan latar – belakang budaya yang unik.

Multicultural counseling boleh dikaitkan dengan peranan untuk membantu dan proses untuk membantu ini menggunakan pendekatan – pendekatan dan menetapkan matlamat yang jelas dan konsisten disertakan dengan pengalaman hidup dan nilai kebudayaan seseorang, untuk mengimbangi antara individu dengan kumpulan dalam penilaian, diagnosis, dan penyelesaian (Sue & Sue, 2003)

Page 11: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Diversity pula membawa maksud kepada ketaksamaan individu (individual differences) seperti usia, jantina, naluri kejantinaan, agama, dan kemampuan dan ketidakupayaan (kecacatan) fizikal. Manakala Diversity – sensitive counseling ialah satu konsep yang termasuk usia, budaya, jantina, tahap pendidikan, etnik, bahasa, fizikal (physique), bangsa, agama, lokasi kediaman, naluri kejantinaan, situasi sosio ekonomi, dan trauma. (Weinrach & Thomas, 1998).

Page 12: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Cultural empathy merujuk kepada kesedaran therapis terhadap pandangan dunia seseorang yang diiktiraf oleh kesedaran therapis tentang persepsi diri mereka (personal biases)

Culture-centered counseling pula ialah satu perkembangan berperingkat yang terdiri daripada 3 peringkat. (Pedersen, 2000)

Page 13: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Racism ialah sebarang corak atau pola sikap yang disebabkan oleh bangsa atau budaya, menolak akses kepada peluang atau keistimewaan (privilege) untuk satu bangsa dan pada masa yang sama memberi akses kepada peluang atau keistimewaan untuk ahli-ahli bangsa lain. Manakala Cultural racism ialah satu kepercayaan bahawa sejarah, cara hidup, agama, nilai-nilai dan tradisi adalah lebih baik (superior) daripada yang lain (Sue, 2005).

Page 14: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)
Page 15: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)
Page 16: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)
Page 17: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)
Page 18: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

1. Ketua / kaunselor kelompok tidak memahami budaya dan amalan ahli kelompok dari pelbagai bangsa dan etnik serta menghormatinya. Kaunselor perlu berusaha untuk menerima keunikan setiap ahli dan berusaha mempelajari budaya ahlinya.

2. Dalam etika, kaunselor perlu bertanggungjawab menjaga dan melindungi ahli jika ahli-ahli lain menjadikan mangsa atau mengambil kesempatan ke atasnya, termasuklah mempermain-mainkan budaya, agama, kepercayaan dan amalan seseorang ahli.

Page 19: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

3. Corey and Callanan (1993) menyatakan ada kaunselor berasa takut untuk menyatakan ketidakselesaan memimpin kelompok yang bertentangan dengan nilainya. Seorang kaunselor tidak perlu dipaksa atau memaksa dirinya untuk memimpin kelompok yang amalan dan nilai hidup mereka bertentangan dengan nilai hidupnya seperti memimpin kelompok homoseksual.

4. Kaunselor yang memimpin ahli kelompok yang terdiri dari pelbagai bangsa dan etnik perlu memahami beberapa andaian yang boleh menghalang proses kelompok bergerak ke hadapan.

Page 20: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

5. Mencabar kepercayaan stereotaip kaunselor dan ahli kelompok yang boleh menjejaskan proses kelompok. Kesimpulan awal, kepercayaan dan nilai diri dijadikan alat pengukuran kepada tingkah laku ahli kelompok. Misalnya mesej di bawah sedar yang dipelajari atau andaian dijadikan amalan contohnya, individu yang gagal dikatakan tidak mempunyai motivasi diri, orang yang tidak mahu bertentangan mata dikatakan tidak mempunyai keyakinan diri, bercakap berterus terang dikatakan tidak beradab dan sebagainya.

Page 21: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

6. Penggunaan bahasa juga menjadi cabaran kepada kaunselor. Kelompok yang terdiri dari pelbagai kaum memberi cabaran kerana kaunselor perlu mendengar dan memahami dengan teliti apa yang dipercakapkan oleh ahli. Kadang-kadang walaupun mereka menggunakan bahasa melayu tetapi oleh sebab pelat, tidak fasih dan penggunaan bahasa pasar membuatkan seseorang kaunselor menjadi keliru dan terpaksa bertanya beberapa kali.

7. Cabaran membuat intervensi dalam kelompok pelbagai budaya ini termasuklah budaya ini termasuklah cara ahli mengeluarkan pendapat atau perasaan. Budaya Timur tidak menggalakkan bercakap tentang diri kerana takut dianggap angkuh. Dalam sesi kelompok ahli bercakap secara umum tanpa melibatkan diri sendiri walaupun isu itu isu dirinya.

Page 22: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Bahagian A : Perhubungan Menolong A.2.c. Kepekaan terhadap budaya dan perkembangan Kaunselor hendaklah menyampaikan maklumat dengan cara

yang sesuai dari segi tahap perkembangan dan budaya klien. Kaunselor hendaklah mengguna bahasa yang jelas dan mudah difahami sewaktu berbincang mengenai isu yang berkaitan dengan persetujuan termaklum. Apabila klien menghadapi masalah memahami bahasa yang digunakan oleh kaunselor, maka kaunselor hendaklah menyediakan perkhidmatan yang perlu (misalnya mendapatkan seorang jurubahasa atau penterjemah yang terlatih) bagi memastikan klien benar–benar faham. Kaunselor hendaklah mengambil kira implikasi dan tatacara persetujuan termaklum, dan di mana boleh, kaunselor hendaklah membuat penyesuaian kepada amalan mereka dengan sewajarnya.

Page 23: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Bahagian E : Penilaian, Penaksiran dan Pentafsiran

E. 8. Isu multibudaya/kepelbagaian dalam penaksiran

Kaunselor hendaklah berhati-hati apabila mengguna teknik penaksiran yang dinormakan kepada populasi yang berbeza daripada populasi klien. Kaunselor menyedari tentang kesan umur, warna kulit, budaya, ketidakupayaan, kumpulan etnik, gender, ras, bahasa pilihan, agama, kerohanian, dan status sosioekonomi ke atas pentadbiran dan pentafsiran ujian. Kaunselor hendaklah mentafsir hasil ujian tersebut dalam perspektif yang sesuai dengan faktor-faktor di atas.

Page 24: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Bahagian F : Penyeliaan, Latihan dan Pengajaran

F.2. Kompetensi Penyeliaan Kaunselor F.2.b. Isu-isu multibudaya/

kepelbagaian dalam penyeliaan Penyelia kaunseling hendaklah sedar akan

peranan multibudaya/kepelbagaian dalam hubungan penyeliaan, dan hendaklah berbincang mengenainya dengan individu yang diselia.

Page 25: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

F.6. Tanggungjawab Pendidik Kaunselor

F.6.b. Penyerapan isu multibudaya/kepelbagaian

Pendidik kaunselor hendaklah menyerapkan bahan berkaitan dengan multibudaya/kepelbagaian ke dalam semua kursus dan bengkel pembangunan kaunselor profesional.

Page 26: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

F.11. Kompetensi multibudaya/kepelbagaian dalam program pendidikan dan latihan kaunselor

F.11.a. Kepelbagaian pensyarah Pendidik kaunselor hendaklah komited

untuk mengambil dan mengekalkan pensyarah yang kompeten dalam multi budaya/kepelbagaian

Page 27: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

F.11.b. Kepelbagaian pelajar Pendidik kaunselor hendaklah mencuba

bersungguh-sungguh untuk mengambil dan mengekalkan kumpulan pelajar dari pelbagai budaya. Pendidik kaunselor menunjukkan komitmen terhadap kompetensi multibudaya/kepelbagaian dengan mengiktiraf dan menghargai pelbagai budaya dan jenis-jenis kebolehan yang dibawa oleh pelajar ke dalam pengalaman latihan. Pendidik kaunselor hendaklah menyediakan kemudahan penginapan yang sesuai bagi menambah baik serta menyokong prestasi akademik dan kebajikan pelajar yang pelbagai.

Page 28: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

F.11.c. Kompetensi multibudaya/kepelbagaian

Pendidik kaunselor hendaklah menyerapkan secara aktif kompetensi multibudaya/kepelbagaian ke dalam latihan dan amalan penyeliaan mereka. Mereka hendaklah melatih pelajar secara bersungguh-sungguh untuk memperoleh kesedaran, pengetahuan dan kemahiran dalam kompetensi amalan multibudaya. Pendidik kaunselor hendaklah memasukkan contoh-contoh kes, permainan peranan, soalan perbincangan dan aktiviti bilik darjah lain yang boleh memupuk serta mewakili berbagai perspektif budaya.

Page 29: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Penyelidikan dan Penerbitan G.1. Tanggungjawab Penyelidikan G.1.f. Pertimbangan multibudaya/

kepelbagaian dalam penyelidikan Di mana sesuai dengan matlamat

penyelidikan, kaunselor hendaklah memasukkan prosedur penyelidikan yang mengambil kira aspek-aspek budaya. Mereka hendaklah melakukan konsultasi jika perlu.

Page 30: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Kaunselor perlu merangka kerja budaya untuk bekerja dengan pelanggan dari pelbagai budaya dan latar belakang. Keperluan kaunselor untuk mengetahui dan mempunyai kemahiran untuk menilai budaya dan campur tangan termasuk keupayaan kaunselor antaranya ialah : 1. mengiktiraf kepelbagaian budaya, memahami peranan yang dimainkan dalam sosio budaya dan etnik / bangsa, psikologi dan pembangunan ekonomi penduduk etnik dan budaya yang pelbagai.

Page 31: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

2. Memahami bahawa faktor sosioekonomi dan politik ketara memberi kesan kepada psikososial, politik dan pembangunan ekonomi etnik dan budaya yang pelbagai kumpulan.

3. Membantu klien untuk memahami / mengekalkan / menyelesaikan hubungan sosial mereka sendiri dan memahami kebudayaan mereka.

4. Memahami interaksi budaya, jantina dan orientasi seksual kepada tingkah laku dan keperluan.

Page 32: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Antara kompetensi kaunseling pelbagai budaya ialah ;( A )- Kesedaran tentang nilai-nilai bias budaya 1. Kepekaan1.1- Sikap dan keyakinan diwarisinya, menilai dan

menghargai perbezaan.1.2- Kaunselor menyedari bahawa latar belakang

kebudayaan yang dimilikinya, pengalaman sikap, nilai, dan bias akan mempengaruhi proses psikologi.

1.3- Kaunselor mampu mengenali batas kemampuan dan kepakaran.

1.4-. Kaunselor merasa selesa dengan perbezaan yang ada di antara dirinya dan klien dalam bentuk bangsa, etnik, kebudayaan, dan kepercayaan.

Page 33: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

2- Pengetahuan 2.1- Kaunselor mempunyai pengetahuan

tentang bangsa dan budayanya sendiri dan bagaimana hal tersebut mempengaruhi secara personal dan profesional pandangannya tentang rentak, abnormal dan proses dalam kaunseling.

2.2- Kaunselor mengetahui dan memahami bahawa tekanan, ras, diskriminasi, dan stereotaip banyak mempengaruhi mereka secara personal dan dalam pekerjaannya.

Page 34: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

2.3- Kaunselor mengetahui kesan sosialnya terhadap orang lain. Pengetahuan mereka tentang  perbezaan komunikasi, bagaimana gaya komunikasi dan ini mungkin akan menimbulkan  perselisihan atau membantut perkembangan dalam proses kaunseling pada pelanggan minoriti, dan bagaimana cara menjangkau kesan yang mungkin terjadi pada orang lain.

Page 35: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

3- Kemahiran 3.1- Kaunselor mencari pendidikan, perundingan,

dan pengalaman latihan untuk memperbaiki pemahaman dan keberkesanan dalam bekerja dengan penduduk dari budaya yang berbeza. Mengenali keterbatasan mereka dengan mencari perundingan, mencari latihan dan pendidikan lebih lanjut, menjadi individu yang berkelayakan atau berwawasan atau gabungan dari ketiga-tiganya.

3.2- Kaunselor secara konsisten akan mencari pemahaman terhadap diri mereka sebagai bangsa dan kebudayaan dan secara aktif mencari identiti non-bangsa.

Page 36: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

( B ) Kesedaran kaunselor terhadap pandangan pelanggan

1. Sikap dan Keyakinan 1.1- Kaunselor mesti sedar bahawa reaksi

emosional yang negatif terhadap bangsa lain dan kumpulan etnik yang bias akan menggangu klien dalam proses kaunseling. Mereka hendaklah menjauhkan antara sikap dan keyakinan mereka dengan sikap dan keyakinan klien dengan cara yang tidak memberikan nilai.

Page 37: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

2. Pengetahuan 2.1- Kaunselor mesti mempunyai pengetahuan

dan maklumat yang khusus tentang kelompok yang diajak bekerjasama. Mereka menyedari bahawa pengalaman, kebudayaan yang diwarisi, latar belakang sejarah klien daripada kebudayaan yang berbeza.

2.2- Kaunselor yang mahir memahami bagaimana bangsa, budaya, etnik, dan sebagainya mungkin mempengaruhi struktur personaliti, pilihan kerjaya, manifestasi gangguan, psikologi, perilaku mencari bantuan, dan keserasian dan ketidakserasian dari pendekatan kaunseling mempengaruhi yang bergeseran dengan kehidupan ras, etnik minoriti.

Page 38: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

3. Kemahiran 3.1- Kaunselor seharusnya terbiasa dengan

kajian yang relevan dan penemuan terbaru mengenai kesihatan mental dan gangguan mental dari pelbagai kumpulan etnik dan bangsa.

3.2- Kaunselor menjadi aktif apabila terlibat dengan individu yang berasal dari luar setting kaunseling ( aktiviti komuniti, fungsi sosial dan politik, perayaan, pertemaan, berjiran, sehingga perspektif mereka mengenai kaum minoriti tidak hanya sekadar akademik atau latihan sahaja )

Page 39: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

( C ) Strategi campur tangan yang sesuai mengikut kebudayaan

1. Sikap dan Keyakinan1.1- Kaunselor perlu menghargai agama,

kepercayaan dan nilai yang dimiliki oleh klien, termasuk sifat dan hal-hal yang bersifat tabu, kerana hal tersebut mempengaruhi dunia pandangan mereka, fungsi psikososial, dan ekspresi terhadap stress.

1.2- Kaunselor menghargai ketulusan pertolongan dan menghargai rangkaian pertolongan instrinsik kaum minoriti sebagai penghalang dalam kaunseling.

Page 40: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

2. Pengetahuan2.1- Kaunselor mempunyai pengetahuan yang jelas

dan jelas dan memahami ciri-ciri umum dari kaunseling dan terapi dan bagaimana mereka mempunyai pertentangan dengan nilai kebudayaan daripada pelbagai kelompok minoriti lain.

2.2- Kaunselor menyedari hambatan institusi yang menghalang kaum minoriti dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan mental. Penggunaan prosedur dan tafsiran yang ditemui dalam budaya dan ciri-ciri bahasa dari klien, mereka mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai ciri-ciri komuniti dan sumber-sumber komuniti seperti keluarga mempengaruhi kesejahteraan psikologi pada populasi yang diberikan perkhidmatan.

Page 41: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

3. Kemahiran3.1- Kaunselor mampu memberikan respon berupa verbal mahupun nonverbal dalam memberikan pertolongan. Mereka mampu memberikan dan menerima kedua-dua mesej tersebut secara tepat dan tepat.

3.2- Kaunselor mampu melatih kemahiran campur tangan institusi pada pelanggan pada umumnya. Mereka dapat memahami apakah akar permasalahan seperti perkauman atau bias di antara mereka (konsep paranoid) sehingga klien tidak salah dalam mengenali permasalahannya tidak mungkin untuk dilakukan maka mengalihkan kepada yang lain.

Page 42: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)

Dalam mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Fungsi kaunselor dalam negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia ini adalah sangat diperlukan. Kini, telah banyak sektor swasta yang menawarkan perkhidmatan kaunseling untuk masyarakat umum dan perkhidmatan ini digunakan oleh maysrakat yang mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan secara sendiri. Oleh itu, peranan  seorang kaunselor adalah sangat penting.

Page 43: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)
Page 44: Isu Etika Dalam Kaunseling Pelbagai Budaya (Multibudaya)