pendidikan khas

5
14 4.0 PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KHAS DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 Dalam mengharungi persaingan ekonomi bagi mencapai hasrat negara maju menjelang 2020, Malaysia amat bergantung kepada kualiti sumber manusia. Negara seharusnya mempunyai warganegara yang memiliki pengetahuan dan kemahiran yang dapat memenuhi tuntutan abad ke-21. Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Oleh itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah diperkenalkan. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Terdapat 11 anjakan yang dibuat dalam pelan ini. Antaranya ialah :-

Upload: anthony-farmer

Post on 05-Sep-2015

46 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

K

TRANSCRIPT

15

4.0 PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KHAS DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025Dalam mengharungi persaingan ekonomi bagi mencapai hasrat negara maju menjelang 2020, Malaysia amat bergantung kepada kualiti sumber manusia. Negara seharusnya mempunyai warganegara yang memiliki pengetahuan dan kemahiran yang dapat memenuhi tuntutan abad ke-21. Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.Oleh itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah diperkenalkan. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Terdapat 11 anjakan yang dibuat dalam pelan ini. Antaranya ialah :-

Salah satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan di negara kita adalah dengan mencadangkan Pelan Tindakan Pendidikan Khas. Dalam pelan tindakan ini ada dinyatakan untuk meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif. Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudahpun mengamalkan pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu mendapat akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif. Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan.

Kementerian akan terus memastikan murid berkeperluan khas seperti murid pendidikan khas, murid pribumi, dan kumpulan minoriti yang lain seperti Orang Asli dan Penan, murid pintar cerdas, dan murid di sekolah kurang murid, mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang relevan dengan keperluan mereka. .Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini. Gelombang 1 memberikan tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada. Gelombang 2 memberikan tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan penambahan jumlah pakar bagi menangani pertambahan jumlah murid kurang upaya dan juga pelbagai jenis keperluan. Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang berjaya. Dalam melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan organisasi seperti Southeast Asian Ministers of Education Organisation Regional Centre for Special Education (SEAMEO-SEN).

GELOMBANG 1 (2012-2015) : MENGUKUHKAN ASAS SEDIA ADA

Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas yang disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam program pendidikan inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan menyertai SEIP.

Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebihbertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga akan meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas, meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas, menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan murid.

Berdasarkan usaha ini, Kementerian menyasarkan pertambahan enrolmen 15% daripada hampir 50,000 murid pada tahun 2011, kepada 88,000 menjelang 2015. Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan untuk mengikuti program pendidikan inklusif.

GELOMBANG 2 (2016-2020) : MEMPERLUAS INISIATIF

Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan mengarah kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh. Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikan khas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluankhas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan lebih inklusif.

Semasa Gelombang ini, KPM akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi.

GELOMBANG 3 (2021-2025) : MENILAI DAN MENYATUKAN INISIATIF

Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan pada masa depan. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guru-guru dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025.