pendidikan jasmani

7
KERTAS KERJA PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK L12 TAHUN PERINGKAT SK JLN DATO PALEMBANG TAHUN 2015 1 PENDAHULUAN Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang telah dirancang dalam tak Unit Kokurikulum sekolah bagi tahun 2015. Pertandingan ini disertai oleh murid-m tahap 2 mengikut kategori umur lelaki 12 tahun. etiap pasukan menyenaraikan 1! pemain. Pertandingan ini akan diadakan di padang K "ukit elambau. #ktiviti ini diadakan selaras dengan dasar 1$urid 1ukan disamping memenuh kehendak %alsa&ah Pendidikan negara yang ingin mewu'udkan modal insan seimbang dari segi intelek( rohani( 'asmani dan emosi melalui penyertaa kokorikulum. 2.0 MATLAMAT )a bertu'uan untuk meningkatkan keyakinan diri serta mengu'i ketahanan &i*ikal d mental setiap peserta. #ktiviti diadakan dalam program ini agar si&at ker'asama setiap peserta dapat diton'olkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yan mendatang. Program ini 'uga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan dan si'il kecemerlangan. elain daripada itu( diharapkan 'uga melalui aktiviti seperti ini yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola sepak dapat menun'ukkan bakatnya dalam ke'ohanan tersebut dan seterusnya dipilih untuk mewakili sekolah peringkat daerah Kuala $uda+,an dan ke pertandingan-pertandingan yang lebih ting tahapnya.

Upload: mogane-celvam

Post on 04-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Assignment 525

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK L12 TAHUN

PERINGKAT SK JLN DATO PALEMBANG TAHUN 2015

1. PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang telah dirancang dalam takwim Unit Kokurikulum sekolah bagi tahun 2015. Pertandingan ini disertai oleh murid-murid tahap 2 mengikutkategori umur lelaki 12 tahun. Setiap pasukan menyenaraikan 14 pemain. Pertandingan ini akan diadakan di padang SK Bukit Selambau. Aktiviti ini diadakan selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan disamping memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan negara yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.

2.0 MATLAMAT

Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan dan sijil kecemerlangan.Selain daripada itu, diharapkan juga melalui aktiviti seperti ini pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola sepak dapat menunjukkan bakatnya dalam kejohanan tersebut dan seterusnya dipilih untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah Kuala Muda/Yan dan ke pertandingan-pertandingan yang lebih tinggi tahapnya.

3.0 OBJEKTIF

Adalah diharapkan pada akhir kejohanan ini, para peserta dapat:

3.1 Merasai pengalaman, kepuasan dan keseronokan dalam menyertai sesebuah pertandingan.3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan dengan semangat kesukanan.3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi- strategiyang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh pertandingan : 9-13 April 2015Tempoh pelaksanaan: 4 hari

5.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN

Penasihat : En.Kamal Bin Ali Pengerusi : En.Fadzli Hanis Bin Mohd PauziNaib Pengerusi 1 : En. Azhar Bin Yahaya Naib Pengerusi 2 : Pn. Fadzilah Bt ShafieeSetiausaha : En.Mogane celvam A/L PatchappenNaib Setiausaha : En. Zulhezri bin Mohd Nor

Jawatankuasa Pelaksanaan

Pendaftaran & Pencatat;1. Pn.Nor Azrin binti Ithnin (Padang A)2. Pn.Maisara binti Mustafa (Padang B)3. Pn.Noor Asyikin binti Yaakop (Padang C)4. Pn.Yusrina binti Ariffin (Padang D)Peralatan & Persiapan Padang;1. En.Rajis bin Tugiman2. En.Johan Shah bin Jaffar3. Cik Khoo Choon Chang

Venue Koordinator;1. En.Johan Shah bin Jafar (Padang A)2. En.Mohd Jamil bin Sidek (Padang B)3. En.Kamarul Azlan bin Mohamad (Padang C)4. En.Mohamad Aris bin Mohamed Dol (Padang D)Pembantu Padang & Kebersihan;1. En.Jeya Raman A/L Murugasan (Padang A)2. En.Mohd Fadil bin Mustafa (Padang B)3. En.Mohd Azlan bin Sulaiman (Padang C)4. Uztazah Sarimah binti Mahasan (Padang D)

Kecemasan & Keselamatan;1. Cik Khoo Choon Chang & 3 ahli PBSM (Padang A)2. Pn.Norayu binti Nordin & 3 ahli PBSM (Padang B)3. Cik Low Tsae Yun & 3 ahli St.John (Padang C)4. Pn.Norhaslina binti hashim & 3 ahli St.John (Padang D)Pencatat Keputusan;1. Pn.Norazila binti Soib2. Cik Khoo Choon Chang

Hadiah & Sijil;1. Pn.Nor Azrin binti Ithnin2. Pn.Noor Hafizah binti Mohd Mashoti.3. Pn.Noor Asyikin binti Yaakop4.

Pengacara Majlis Penyampaian Hadiah & Penutup;1. Pn.Rushana binti Che MudaBacaan Doa Majlis Penutup;1. Ustaz Hj.Mohd Fauzi bin Muhammad

Buku Program/ Fotografi/ PA Sistem;1. Pn.Adibah Norhashimah binti Rahmat2. En.Sahit bin JumatJuri Rayuan;1. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola2. Pengerusi Teknik3. 3 Pengurus Pasukan yang Berkecuali

6.0 FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan 9 sebelah dimana setiap pasukan perlu mendaftarkan 14 pemain yakni 9 pemain akan bermain dan 5 lagi akan menjadi pemain simpanan. Masa dalam satu perlawanan adalah selama 10 minit separuh masa dengan reahat 1 minit. Format pertandingan adalah setiap pasukan akan diundi bagi menentukan kumpulan (A,B,C dan D) dan akan bermain dalam peringkat liga sepusingan dahulu. Pasukan johan bagi setiap kumpulan akan ditetapkan dalam 2 kumpulan seperti berikut;-

KUMPULAN X KUMPULAN Y1. JOHAN KUMP. A 1. JOHAN KUMP. C 2. JOHAN KUMP. B 2. JOHAN KUMP. D

PERLAWANAN AKHIR

Johan perlawanan 1 vs Johan perlawanan 2

PERLAWANAN TEMPAT KE-3/4

N.Johan perlawanan 1 vs N.Johan perlawanan 2

7.0 TENTATIF PROGRAM

TENTATIFKEJOHANAN BOLA SEPAK LELAKI 12 TAHUNSK BUKIT SELAMBAU 2015

ISNIN/ 9 APRIL 20128.00-8.30 pagi : Pendaftaran Pasukan, Pengurus Pasukan & Pegawai Teknikal.8.30-12.00 tengah hari : Pertandingan dimulakan sesi 1 (pagi) Pusingan awal - rujuk jadual perlawanan12.00-3.00 petang : Rehat3.00-5.30 petang: Perlawanan bola sepak- sesi 2 ( petang) Pusingan awal - rujuk jadual perlawanan

SELASA/10 APRIL 2012

8.00-8.30 pagi : Pendaftaran Pasukan , Pengurus Pasukan & Pegawai Teknikal.8.30-12.00 tengah hari : Pertandingan dimulakan sesi 3 (pagi) Pusingan awal - rujuk jadual perlawanan

KHAMIS/12 APRIL 2012

8.00-8.30 pagi : Pendaftaran Pasukan , Pengurus Pasukan & Pegawai Teknikal8.30-9.30 pagi : Pertandingan dimulakan sesi 4 (pagi) Separuh akhir sepusingan - rujuk jadual perlawanan9.30-10.00 pagi : Rehat10.30-11.30 pagi : Perlawanan bola sepak- sesi 5 (pagi) Separuh akhir sepusingan - rujuk jadual Perlawanan

JUMAAT / 13 APRIL 20128.00-8.30 pagi : Pendaftaran Pasukan , Pengurus Pasukan & Pegawai Teknikal.8.30-9.30 pagi : Pertandingan dimulakan sesi 6( pagi) Tempat 3/4 - rujuk jadual perlawanan9.30-10.00 pagi : Rehat10.30-11.30 pagi : Perlawanan Akhir 11.30-12.00 tgh : Majlis penutup - Ucapan Guru Besar - Penyampaian hadiah - Jamuan - Bersurai

8.0. SYARAT PERMAINAN

9.1 Setiap kumpulan perlu mengikut masa perlawanan yang ditetapkan. Kumpulan yang tidak hadir akan dikira kalah dengan jaringan dua gol.9.2 Pemain yang bermain dalam pasukan itu adalah pemain yang didaftarkan.9.3 Pemain yang dikenakan kad merah akan digantung satu perlawanan. 9.4 Keputusan pengadil adalah muktamat. Sebarang bentuk rayuan dan bantahan tidak akan dilayan melainkan atas budibacara Jawatankuasa Pertandingan. 9.5 Undang-undang:- Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang permainan bola sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh MSSM-Malaysia, Persatuan Bolan Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)

9.0 SUMBER KEWANGAN

Bayaran Pengelolaan Bersama kejohanan bola sepak lelaki 12 tahun SK JLN Dato Palembang 2015 dipersetujui sebanyak RM50.00 bagi setiap pasukan.

12 pasukan x RM100.00 = RM600.00

10.0 ANGGARAN PERBELANJAANBerikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

Bil.PerkaraKuantitiJumlah(RM)

1Hadiah42 (14 pemain x 3 pasukan)42 x RM6.50= RM273.00

2Pengadilan12 perlawanan12 x RM30.00= RM360.00

3Minuman16 kotak air mineral16 x RM10.00= RM160.00

4RencamPerbelanjaan tak terdugaRM 100.00

JumlahRM893.00

11.0 PENUTUP

Program yang terancang seperti ini dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada semua penggerak bola sepak. Semangat sayangkan sekolah, zon, negeri dan negara serta rasa tanggungjawab dapat disemai di kalangan mereka yang terlibat. Selain daripada itu, semangat setiakawan dan toleransi akan dapat dipupuk. Dengan adanya kerjasama dan komitmen yang tinggi di kalangan penggerak bola sepak, program seumpamanya juga dapat dilaksanakan dengan cukup berkesan. Adalah diharapkan cadangan ini dapat berjalan dengan lancar demi merealisasikan matlamat kita iaitu untuk melahirkan pemain-pemain yang berkualiti tinggi untuk mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara amnya.

1Murid 1SukanMAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA