cabaran pendemokrasian di negara-negara timur tengah

23
CABARAN PENDEMOKRASIAN DI NEGARA-NEGARA TIMUR TENGAH ISU POLITIK DUNIA SEMASA

Upload: jason-mathew

Post on 21-Nov-2015

2.070 views

Category:

Documents


68 download

DESCRIPTION

Sekadar perkongsian.

TRANSCRIPT

Slide 1

CABARAN PENDEMOKRASIAN DI NEGARA-NEGARA timur tengahISU POLITIK DUNIA SEMASACampurtangan kuasa asingKebangkitan rakyatPersaingan kuasa Ketidakstabilan politikCabaran pendemokrasian di negara negara di Timur TengahKEBANGKITAN RAKYATKezaliman dan tekanan yang di lakukan oleh pemerintah ke atas rakyat sesebuah negara akhirnya tercetusnya kebangkitan rakyat untuk menyuarakan kebebasan dari sistem zalim yang mencengkam hidup mereka sehingga ada yang mencecah hampir setengah abad.Buktinya,bermula dengan kebangkitan rakyat di Tunisia mencetus revolusi untuk menjatuhkan pemerintahnya,lalu merebakkeMesirkemudianLibya,danberlarutan hingga ke negara-negara arab yang lain. Kebanyakannya mempunyai satu tujuan yang serupa, iaitu menuntut kepada sebuah pimpinan yang adil dan saksama

Pemerintahan yang sedia ada kebanyakannya sudah tidak boleh di terima oleh generasi kini dan akan datang.Pada suatu masa dahulu pemerintahannya adalah berkaliber dan projek atau agenda yang di bawa meraih sokongan daripada rakyat tetapi kini tidak lagi sesuai untuk masyarakat pada era kini yang mana setiap individu mengimpikan satu pemerintahan yang lebih baik dari sebelum ini.Faktor kebangkitan rakyat mencetus revolusi untuk menentang tampuk pemerintahan yang ada, dan mengimpikan satu anjakan paradigma yang bakal berlaku di negara mereka.

CAMPUR TANGAN KUASA ASINGkebanyakan negara-negara barat menginginkan satu perubahan yang mesti di lakukan di timur tengah di sebabkan perancangan mereka agar dapat mempromosikan agenda atau ideologi mereka sama ada dari segi budaya, pemikiran, corak hidup di timur tengahseiringdenganzamanglobalisasikinidimana penyampaian ideologi mereka amat mudah disebarkan melalui kemudahan-kemudahan yang sedia ada. Pada pengakhirannya ideologi barat seperti sekularisme, libralisme, dan sebagainya dapat di serap oleh kesemua penduduk di negara timur tengah yang majoritinya terdiri daripada umat islam.sesungguhnya pelbagai cara telah dan sedang digunakan oleh Barat untuk membentuk arah perubahan ini. Yang terpenting ada lima cara iaitu:Pertama, memanfaatkan para politikus boneka mereka.Kedua, memberi bantuan ekonomi (hutang).Ketiga, melakukan campurtangan ketenteraan. Keempat,mempropagandakan Islam moderat.Kelima, mengendalikan media massa bagi mempengaruhi pandangan umum (public opinion)

Barat kerap memanfaatkan ahli-ahli politik lokal untuk melayani kepentingannya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dari pelbagai campurtangan politik negara-negara Barat di kebanyakan negaradi Timur Tengah.Campurtangan politik ini tidak akan berjalan kecuali kerana adanya peranan aktif para politikus lokal ini yang menjadi tangan-tangan Barat.Timur-timur tengah menjadi imprealis barat.Contoh;Di Tunisia, arah perubahan dikendalikan oleh Eropah (Britaindan Perancis), jauh dari pengaruh Amerika, kerana Tunisia sejak sekian lama memang berada di bawah pengaruh Eropah.

Sementara di Mesir, Amerikalah yang memegang kendali perubahan melalui militer Mesir, kerana tidak ada pengaruh Eropah yang efektifdi sana.

Manakala di Libya dan Yemen, kekuatan Amerika dan Eropah hadir secara bersama meskipun kekuatan Eropah lebih nyata berbanding Amerika.

Di Syria, keadaannya lebih rumit di mana Amerika berkali-kali menegaskan bahawa ia tidak akan melakukan campurtangan. Ini kerana kedudukan Syria yang sentral dan amat signifikan bagi kepentingan Amerika di TimurTengah seperti kepentingan Amerika di Israel dan Iraq.

PERSAINGAN KUASAKes yang jelas ialah protes di Bahrain yang melibatkanwargamajoritiSyiahmenentangrejimpimpinan Raja Hamad bin Isa al-Khalifah beraliran Sunni.

Kedua-dua pihak yang berseberangan memberikan laporan dan analisis yang jelas bertentangan, dengan masing-masing menegaskan perspektif berbeza; media Saudi mempertahankan kerajaan Bahrain dan menegatifkanwargaSyiahmanakalamediaIran menyokong penuh aspirasi rakyat Bahrain dan menolak kekerasan kerajaan dan campur tangan asing (Saudi dan sekutu) di negara itu.

Persaingan naratif ini juga dapat menjelaskan politik di Timur Tengah melibatkankuasa-kuasa terbabit.

KETIDAKSTABILAN POLITIKBerakhirnya enam bulan pertama 2013 menyaksikan politik dunia penuh dengan percaturan, perbalahan, perdebatan dan persaingan kuasa atas nama demokrasi.

Agendakerajaan bertembung dengan agenda rakyat, lantas membangkitkan rasa tidak puas hati yang menyebabkan bantahan jalanan.

Secara umumnya, bantahan jalanan mampu menumbangkan rejim politik secara revolusi, namun dilihat sebagai tidak stabil dan menjejaskan keadaan politik dan sosioekonomi negara.

IKTIBAR KEJADIAN DI MESIRPresiden yang digulingkan, Mohamed Morsi daripada golongan Islamis Ikhwanul Muslimin.Pihak anti-Morsi secara agresif melancarkan demonstrasi besar-besaranyangmembawakepadarampasankuasatentera.Ia mengulangi kejadian 2011 yang membawa kepada kejatuhan Presiden Hosni Mubarak.

WalaupunrejimMubaraksudahtumbang, elemenrejim lama itu masih lagi menguasai polis, tentera, kehakiman dan media.

Keadaan sistem politik dan ekonomi Mesir yang tidak stabil menyebabkan kedudukan Morsi tergugat dan dituduh cuba membawa agenda Islamisasi serta gagal membawakemakmuranekonomiMesir.IKTIBAR KEJADIAN DI TURKITurki juga pada Mei dan Jun 2013 menyaksikan bantahan besar-besaran di Dataran Taksim sebagai menentang kerajaan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP)pimpinan Perdana Menteri, Recip Tayyip Erdogan.

Bantahan bermula apabila Taman Gezi di Istanbul ingin dibangunkan sebuah monumen peringatan Kesultanan Uthmaniyah dan sebuah masjidGolongan sekularis dan liberal menentang perancangan itu kerana dilihat sebagai usaha mengislamisasikan Turki dan menafikan agenda sekularisme yang menjadi jati diri penduduk Turki sejak pemerintahan Mustafa KemalAtaturk. Pihakmediaantarabangsamelihatkejadianitu sebagai cubaan rakyat menggulingkan kerajaan Erdogan. Namun, keadaan kini semakin reda dengan tindakan kerajaan membawa permasalahan tersebut ke mahkamah dan tindakan Erdogan bertemu pemimpin penunjuk perasaan.RUMUSANTuntasnya,cabaran pendemokarasian di negara-negara timur tengah ada berpunca dari dalam dan luar negara,iaitu seperti ketidakstbilan politik, kebangkitan rakyat, campurtangan kuasa asing dan persaingan kuasa.TERIMA KASIHSOALAN 1.Apakah cabaran-cabaran pendemokrasian di negara-negara timur tengahKebangkitan rakyatPendidikanKetidakstabilan politikCampurtangan kuasa asingPersainagan kuasa 2.Apakah yang dibuat oleh rakyat kesan daripada kezaliman dan tekanan yang dilakukan oleh pemerintah?Menyuarakan kebebasan dari sistem zalim yang mencengkam hidup mereka.Memulakan peperangan dengan pemerintah.Berdiam diri dan tidak melakukan sebarang tindakan. 3.Melalui cara apakah negara-negara barat dapat melakukan perubahan di timur tengah,cara tersebut ialah: Memberi bantuan ekonomi.Mempropagandakan islam moderat.Melakukan campurtangan ketenteraan.Memanfaatkan para politikus boneka.Tidak mengendalikan media massa untuk mempengaruhi pandangan umum.

4.Apakah yang terjadi terhadap pemerintah kesan daripada kebangkitan rakyat?