jamin pendemokrasian pendidikan - selangorkini.my · usaha pembasmian kemiskinan. “ia juga teras...

16
Helah politik mansuh TOL Nelayan ISU ms 4 SELANGOR KINI SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA www.selangorkini.my EDISI KHAS No.3 17-23 APRIL 2018 I 1-23 Syaaban1439 H I PERCUMA Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangor selangortv.my www.selangorkini.my www Masyarakat hargai usaha ADN FOKUS DUN ms 6/7 DUN BATU CAVES KINI SUNGAI TUA Sekarang baru nak jadi hero PEDULI RAKYAT ms 10/11 GAGAL GUNA TEMPOH LEBIH 50 TAHUN GULA-GULA KEBAJIKAN PIHAK TERTENTU Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN Imbas kod QR ini untuk muat turun aplikasi tehTARIq Tonton Klik TV Selangor

Upload: ngoduong

Post on 11-Aug-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN - selangorkini.my · usaha pembasmian kemiskinan. “Ia juga teras kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang dapat menjamin kemakmuran

Helah politikmansuh TOLNelayan

ISU ms 4

SELANGOR KINI

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA www.selangorkini.my

EDISIKHAS No.3

17-23 APRIL 2018 I 1-23 Syaaban1439 H I PERCUMAMedia_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

Masyarakat hargai usaha ADNFOKUS DUN ms 6/7

DUN BATU CAVES KINI SUNGAI TUA

Sekarang baru nak jadi hero

PEDULI RAKYAT ms 10/11

GAGAL GUNA TEMPOH LEBIH 50 TAHUN

GULA-GULA KEBAJIKANPIHAK TERTENTU

Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN

Imbas kod QR ini untuk muat turun aplikasi tehTARIq Tonton Klik

TVSelangor

Page 2: Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN - selangorkini.my · usaha pembasmian kemiskinan. “Ia juga teras kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang dapat menjamin kemakmuran

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

2 UTAMA

Kerajaan Negeri memberi jaminan untuk terus mengangkat martabat rakyat Selangor menerusi pelbagai insiatif yang dilaksanakan. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu kerana pimpinan Kerajaan Negeri tidak hanya turun padang, menjelang tarikh keramat 9 Mei ini.

Sebaliknya, beliau berkata, program turun padang dilaksanakan setiap minggu sejak PAKATAN memerintah Selangor.

“Ini agenda mingguan, kita turun setiap minggu bukan kerana sesuatu akan berlaku. Ia tanggungjawab kerajaan dan rakyat akan berasa selamat, di negeri ini.

“Saya mahu orang Gombak berani membuat perubahan dan memperluaskan serta menyampaikan mesej kita, di negeri lain,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan di Kampung Kerdas, di sini, pada 14 April lalu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin mengingatkan pimpinan supaya bertanggungjawab bukan hanya berebut kuasa hingga terlupa masalah rakyat.

Komitmen turun padang yang ditunjukkan secara konsisten pentadbiran Selangor bukan hanya dilaksanakan ketika musim pilihan raya sahaja.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia dilaksanakan secara mingguan bukan hanya membabitkan pimpinan politik PAKATAN, di negeri itu.

Katanya, pembabitan sama turut ditunjukkan pimpinan pegawai tertinggi Kerajaan Selangor.

“Sudah menjadi amalan bila menjelang pilihan raya, maka kerap kali akan ada pertemuan antara pemimpin politik dan rakyat.

ato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed AzminAli berkata,

semangat dan kepelbagaian agama serta kaum dapat dihidupkan menerusi inisiatifitu.

“Ini tidak boleh dinafikan dan Selangor masih negeri maju serta makmur.

“Kita memilih untuk hidup sebagai keluarga kerana dengan konsep ini, maka perpaduan dapat dibangunkan,” katanya ketika Majlis Penyerahan Sumbangan di Kampung Kerdas, di sini, pada 14 April lalu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, kedatangan pelabur asing ke Selangor

PACU PELBAGAI INDUSTRI

Komited bangun negeri penyayangWalaupun Selangor membangun dengan pelbagai industri, namun Kerajaan Negeri tetap komited memacu negeri penyayang berkonsepkan peduli rakyat. OLEH NORHAYATI UMOR [email protected]

meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI), sekali gus peluang pekerjaan dapat diwujudkan.

“Peluang kerja untuk anak muda sangat baik. Bukan

Kita memilih untuk hidup sebagai keluarga kerana dengan konsep ini, maka perpaduan dapat dibangunkan.”

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN DATO’ MENTERI BESAR

buruh kasar tetapi pekerjaan yang berasaskan teknologi dan berkemahiran,” katanya.

Pada program itu, sejumlah RM158,000 disumbangkan Kerajaan Negeri menerusi sumbangan pendidikan, sara hidup dan perubatan.

Seramai 74 penerima menerima sumbangan terbabit yang diserahkan Mohamed Azmin.

Jumlah sumbangan terbabit adalah sebahagian daripada RM967,150 yang diperuntukkan membabitkan empat aktiviti bagi tujuan keperluan agenda berkebajikan dan kemasyarakatan penduduk, di kawasan Parlimen Gombak serta Ampang.

D

Jamin terus angkat martabat rakyat OLEH NORHAYATI UMOR [email protected]

__GOMBAK

__AM

PAN

G

__GOMBAK

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan, politik bukan semata-mata kerana kuasa tetapi pengertian keupayaan apabila diberi mandat dan pemimpin wajib berkhidmat dengan cemerlang.

“Rakyat Selangor memberi sokongan yang besar. Sejak 10 tahun berlalu, kami berjaya melaksanakannya amanah dengan jujur, wibawa dan berintegriti demi rakyat.

“Walaupun diserang setiap hari tetapi masih kuat dan akan terus bangkit demi mempertahankan rakyat,” katanya.

Sejak 10 tahun lalu, sebanyak 42 program di bawah Insiatif Peduli Rakyat dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Konsisten sepanjang masa OLEH ERMIZI MUHAMAD [email protected]

“Namun, ini bukan amalan lazim pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah PAKATAN kerana pertemuan ini sudah banyak dibuat sebagai agenda mingguan kami, sejak saya diberikan tugas sebagai Dato’ Menteri Besar.

“Setiap minggu, pegawai tinggi Kerajaan Selangor turun padang selaras prinsip kami untuk mendengar, menyelami serta menyantuni perasaan rakyat.

“Seterusnya, program turun padang kami dilaksanakan bagi kami mendapatkan gambaran sebenar terhadap keperluan rakyat untuk menggubal dasar yang boleh memenuhi aspirasi rakyat,” katanya.

Dato’ Seri Mohamed Azmin

Ali bergambar bersama penerima sumbangan

kemasyarakatan didewan orang ramai

Kampung Kerdas, Ampang

PERCUMA 17 - 23 April 2018 1 - 7 Syaaban1439HPEDULI

Page 3: Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN - selangorkini.my · usaha pembasmian kemiskinan. “Ia juga teras kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang dapat menjamin kemakmuran

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

3UTAMAPERCUMA17 - 23 April 2018

1 - 7 Syaaban1439H

D

TINGKAT AKSES PENDIDIKAN

RM23 juta perkasa infrastrukturPeruntukan disalurkan Kerajaan Negeri bagi pembiayaan pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan Mubaligh, bagi tempoh 2018. OLEH ERMIZI MUHAMAD [email protected]

__SHAH ALAM

ato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin berkata, pembiayaan

kewangan itu diputuskan selepas mendapat kelulusan Dewan Negeri Selangor, pada Oktober lalu.

Beliau berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi meringankan beban kewangan sekolah untuk meningkatkan kemudahan dan infrastruktur tempatan.

“Bantuan ini adalah hasil daripada perancangan yang rapi dan komitmen Kerajaan Negeri terhadap industri pendidikan.

“Saya ingin menegaskan bahawa bantuan ini adalah sebahagian daripada perancangan Kerajaan Negeri yang komprehensif bukan dijelmakan, menjelang 9 Mei ini,” katanya.

Tarikh 9 Mei merujuk kepada hari proses membuang undi rakyat Malaysia bagi menentukan mandat baru pentadbiran negara.

Bantuan ini adalah

hasil daripada perancangan yang rapi dan komitmen Kerajaan Negeri terhadap industri pendidikan.

DATO' SERI MOHAMED AZMIN DATO’ MENTERI BESAR

Mohamed Azmin berkata, bantuan disalurkan bukan sebagai gula-gula pilihan raya tetapi komitmen berterusan Kerajaan Selangor meningkatkan nadi pendidikan, di negeri itu.

“Pendidikan adalah nadi kemajuan masyarakat dan satu

faktor penting untuk memacu usaha pembasmian kemiskinan.

“Ia juga teras kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang dapat menjamin kemakmuran negeri juga kesejahteraan rakyat.

“Justeru itu, adalah penting untuk anak mendapat akses pendidikan berkualiti demi masa depan yang lebih terjamin,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Sekolah, di Dewan Jubli Perak Sultan

Abdul Aziz, di sini, pada 16 April lalu.

Pada majlis itu, fasa pertama bantuan bernilai RM11 juta diserahkan kepada 221 sekolah yang terbabit, di seluruh Selangor.

Inisiatif baru angkat agenda pendidikanOLEH ERMIZI MUHAMAD [email protected]

Pentadbiran Putrajaya gagal mendepani sebarang usaha untuk mengangkat martabat pendidikan, di negara ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Selangor lebih komited melaksanakan inisiatif baru bagi merancakkan agenda pendidikan terkini.

‘Kita sedia maklum bahawa kos pendidikan hari ini semakin tinggi dan amat membebankan keluarga berpendapatan rendah serta sederhana.

“Tetapi malangnya, Kerajaan Persekutuan tidak melihat pendidikan khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional sebagai satu sektor terpenting.

“Malah, bajet tahunan pendidikan Persekutuan dikurangkan sehingga 30 peratus dan memberi kesan

negatif kepada pembangunan modal insan negara,” katanya.

Namun, Mohamed Azmin berkata, di peringkat Kerajaan Negeri program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) diperkenalkan bagi menjayakan Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang bakal mendukung teras pendidikan

negara.Katanya, pelaksanaan itu

seiring keperluan membekalkan tenaga mahir bagi memenuhi pasaran sedia ada.

Selain itu, katanya, pengajian akademik dan profesional turut diperkenalkan di bawah penjenamaan pendidikan baru, Universiti Selangor, Kolej Antarabangsa INPENS dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

“Kita harus memastikan anak tidak hanya bersekolah atau ke universiti tetapi menerima pendidikan berkualiti yang akan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran abad ke-21,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Sekolah Fasa Pertama, di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, di sini, pada 16 April lalu.

Selangor iktiraf sijil UEC__SHAH ALAM

OLEH ERMIZI MUHAMAD [email protected]

__SHAH ALAM

Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan besar yang dimainkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dalam pembangunan modal insan pendidikan negeri, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, komitmen itu dibuktikan menerusi pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap kelayakan Sijil Unified Examination Certificate (UEC) yang diperkenalkan Gabungan Persatuan Ahli Lembaga-Lembaga Sekolah Cina (Dong Zhong), sejak 2016.

“Statistik menunjukkan seramai lebih 3,000 pelajar menamatkan pelajaran dengan sijil UEC, setiap tahun. Sekali lagi, Kerajaan Persekutuan gagal memberikan komitmen yang positif untuk mengiktiraf UEC.

“Sebaliknya, perdana menteri hanya menabur janji PRU14 untuk memancing undi masyarakat Cina.

"Ia sekadar menyatakan dalam manifesto Barisan Nasional bahawa warganegara yang memiliki sijil peperiksaan luar negara termasuk UEC akan diberikan pertimbangan,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, tindakan itu menguatkan lagi kenyataan bahawa Selangor mendahului komitmen reformasi pendidikan negara.

“Selangor sudah melaksanakan dan dah lama mengiktiraf UEC. Sekali lagi, Selangor mendahului Putrajaya dalam mengangkat martabat pendidikan.

“Pendidikan di Malaysia hari ini berhadapan dengan cabaran yang getir. Jika sistem pendidikan tidak diperbaiki dan direformasi, maka kita tidak akan berjaya untuk melonjakkan Malaysia menjadi negara terunggul, di rantau ini,” katanya.

PEDULI

Page 4: Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN - selangorkini.my · usaha pembasmian kemiskinan. “Ia juga teras kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang dapat menjamin kemakmuran

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

4 UTAMA

EDITORIAL Penasihat Lembaga Editorial CCSB Ketua Pengarang Cecelia Alphonsus Pengarang Nurul Farina Nazlan Penolong Pengarang Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera Wartawan Hafizan Taib [email protected] Nazli Ibrahim [email protected] Afix Redzuan [email protected] Norhayati Umor [email protected]

Ermizi Muhamad [email protected] Sabirah Aziz [email protected] Sheeda Fathil [email protected] Nadiah Zamlus [email protected] Haziq Ismail [email protected] Layout & Design Unit Grafik CCSB

Jurugambar Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman, Fikri Yusof SALES & MARKETING Advertising Executive Nadrah (011-1130 0244) Shafiq (017-790 6759) Communication Corporation Sdn. Bhd. (847095-A) Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No. 1, Persiaran Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

Sidang Redaksi

P E D U L I

__AMPANG

__GOMBAK

__G

OM

BAK

Kerajaan Negeri mengarahkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meningkatkan pemantauan 24 jam, di setiap loji serta sungai.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu bagi mengelakkan berlaku gangguan bekalan air yang membebankan rakyat.

Katanya, usaha berperingkat itu dilaksanakan sejak beberapa bulan lalu termasuk mencegah perbuatan khianat.

“Ini sebagai persiapan sekiranya ada pihak mahu mensabotaj perkhidmatan air, di Selangor.

“Kita tidak mahu rakyat terbeban dengan perkara yang

agaimanapun, katanya, parti berkenaan tidak komited

menyelesaikan kemelut itu, sepanjang tempoh terbabit.

Mohamed Azmin berkata, pentadbiran Umno di Selangor sebelum ini sewenang-wenangnya menswastakan isu penstrukturan air negeri yang menyebabkan rakyat terpaksa menanggung liabiliti tinggi.

“Mereka sudah tandatangan perjanjian bersama syarikat konsesi yang juga kroni Umno

BN GAGAL MANFAAT TEMPOH LEBIH 50 TAHUN

Sekarang mahu jadi heroBarisan Nasional (BN) berpeluang menyelesaikan isu penstrukturan air negeri bagi tempoh lebih 50 tahun ketika memegang tampuk kepimpinan Selangor, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. OLEH ERMIZI MUHAMAD [email protected]

Tingkat pemantauan sumber air

tidak baik.“Justeru, kita mengarahkan

PBT dan LUAS meningkatkan pemantauan di loji serta sungai utama,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas program dialog bersama penduduk di Madrasah Al-Ittihad Jalan Nilam 1, Taman Setia Gombak, di sini, pada 14 April lalu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang menceroboh dan melakukan perbuatan khianat demi kepentingan pihak tidak bertanggungjawab.

“Kita tidak mahu mereka mensabotaj dan mencemarkan sungai dengan bahan kimia terlarang atau bahan lain,” katanya.

BKalau kita ikut cara

Umno seperti yang termeterai dalam perjanjian, maka rakyat terpaksa membayar RM3.19 sen bagi setiap 1000 liter penggunaan air.

DATO' SERI MOHAMED AZMIN DATO’ MENTERI BESAR

“Sejak 2009, PAKATAN tidak benarkan kadar air ditingkatkan. Kalau kita ikut cara Umno seperti yang termeterai dalam perjanjian, maka rakyat terpaksa membayar RM3.19 sen bagi setiap 1000 liter penggunaan air,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, pentadbiran Putrajaya dan Umno-BN tidak perlu memanipulasi fakta tanpa merujuk perjanjian sebenar yang diputuskan pentadbiran parti itu, sebelum ini.

Sebaliknya, beliau menegaskan, pentadbiran PAKATAN kekal optimis mendahului dasar dan inisiatif baru yang membolehkan kemelut berkenaan dimuktamadkan sebagai jaminan kebajikan rakyat.

Terdahulu, Mohamed Azmin berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Dato’ Menteri Besar di Ampang Tambahan, pada 15 April lalu.

hingga membolehkan tiga syarikat itu menaikkan kadar tarif air sesuka hati, bagi tempoh tiga tahun.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, menyarankan masyarakat tidak terpengaruh dengan ‘umpan’ undi yang dilakukan pihak tertentu.

Beliau berkata, ia termasuk pemberian kain pelikat dan pelbagai sumbangan lain bagi meraih undi penduduk tempatan, pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Bila kita berucap, sambutannya cukup meriah. Tapi janganlah bila dapat kain pelikat (dari pihak sana), lain pula jadinya,” seloroh Mohamed Azmin ketika berucap pada satu majlis, di Gombak, pada 15 April lalu.

Dilaporkan, pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) sering memberikan ‘umpan’ pilihan raya berbentuk keperluan dan kelengkapan harian

Jangan terpengaruh umpan undi kain pelikat OLEH ERMIZI MUHAMAD [email protected]

masyarakat. Ia disifatkan umum sebagai

pemberian ‘dedak’ Umno untuk terus meraih kepercayaan dan populariti undi sepanjang tempoh berkempen pilihan raya.

Lebih memalukan, pemberian ‘dedak’ berkenaan turut disertakan dengan logo parti komponen BN dan wajah calon mereka yang bertanding.

Namun, senario sebaliknya berlaku membabitkan kepimpinan PAKATAN dan calon, sepanjang tempoh berkempen.

Mohamed Azmin berkata, pimpinan PAKATAN khususnya di Selangor komited mengadakan program turun padang saban minggu bagi mendengar sendiri sebarang masalah yang dihadapi rakyat.

OLEH NORHAYATI UMOR [email protected]

“Sebab itu apabila menang pada 2008, maka kita batalkan syarikat konsesi ini kerana ia akan terus membebankan rakyat.

PERCUMA 17 - 23 April 2018 1 - 7 Syaaban1439HPEDULI

Page 5: Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN - selangorkini.my · usaha pembasmian kemiskinan. “Ia juga teras kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang dapat menjamin kemakmuran

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

5UTAMAPERCUMA17 - 23 April 2018

1 - 7 Syaaban1439H

B

__GOMBAK OLEH ERMIZI MUHAMAD [email protected]

HARGAI PERANAN MEDIA

Jangan salah lapor!__SHAH ALAM

Saya ingin memberi

penjelasan termasuk kepada editor supaya mereka faham, tidak terkecuali portal berita MalaysiaKini berhubung bagaimana cara melaporkan dasar yang dilaksanakan Kerajaan Selangor

DATO' SERI MOHAMED AZMINDATO' MENTERI BESAR

Dato' Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan pengamal media supaya melaporkan berita secara telus tanpa memutarbelitkan fakta

Giliran Gombak dan Ampang terima sumbangan Kerajaan Negeri

Sebanyak RM967,150 diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi tujuan keperluan agenda berkebajikan dan kemasyarakatan penduduk mengikut laporan terkini, di kawasan Parlimen Gombak dan Ampang.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pembiayaan kewangan itu disalurkan bagi pelaksanaan bantuan pelbagai kos kepada agensi, persatuan penduduk dan masyarakat setempat.

Beliau berkata, bantuan turut disalurkan kepada badan bukan kerajaan, institusi keagamaan,

badan sukan dan agensi setempat.“Jika kita boleh melaksana dan

memberikan bantuan berterusan di Selangor, kenapa tidak di Putrajaya?

“Kalau Selangor boleh, tidak mustahil Putrajaya juga boleh,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Dato’ Menteri Besar yang berlangsung, di Dewan Pangsapuri Hijau, Taman Ukay Perdana, Ampang, pada 14 April lalu,.

Terdahulu, Mohamed Azmin mengadakan program turun padang di dua kawasan Parlimen

berkenaan yang menyaksikan inisiatif peruntukan disalurkan kepada mereka yang layak.

Bagaimanapun, katanya, komitmen itu dilaksanakan atas kapasiti tanggungjawab pentadbiran negeri yang optimis memastikan kebajikan rakyat terus mendapat pembelaan.

“Ia bukan bersifat pilihan raya kerana pentadbiran Selangor sudah bekerja kuat untuk memakmurkan negeri dan mengangkat inisiatif berkebajikan kepada rakyat, sejak awal lagi,” katanya.

PAKATAN sudah buat sebelum BN __

KAJA

NG

OLEH ERMIZI MUHAMAD [email protected]

Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dilancarkan Barisan Nasional (BN) Selangor hanya bersifat kitar semula tanpa wujud agenda pelaksanaan baru.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PAKATAN sudah lebih awal melaksanakan manifesto berkenaan di bawah dasar Inisiatif Peduli Rakyat.

Beliau merujuk kenyataan manifesto BN yang kononnya mahu meningkatkan kelancaran perkhidmatan bas percuma, Bas Smart Selangor, di negeri itu.

“Mereka mahu memperkasakan perkhidmatan Bas Smart Selangor? Nak perkasa apa, kami di Selangor sudah laksanakannya lebih awal (berbanding mereka).

“Inilah mereka, baru turun ‘bekerja’ pada minggu ini (ketika musim pilihan raya). Tetapi pentadbiran Selangor dan pasukan saya sudah bergerak serta bekerja, sejak awal lagi,” katanya ketika berucap pada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017, MPKj di Dewan Seri Cempaka, pada 12 April lalu.

OLEH ERMIZI MUHAMAD [email protected]

eliau berkata, pengamal media khususnya wartawan perlu

mendapatkan fakta dan pemahaman bagi mendapatkan gambaran sebenar terhadap pelaksanaan dasar, di peringkat Kerajaan Negeri,

"Saya ingin memberi penjelasan termasuk kepada editor supaya mereka faham, tidak terkecuali portal berita MalaysiaKini berhubung bagaimana cara melaporkan dasar yang dilaksanakan Kerajaan Selangor.

"Tegasnya, dasar dan bantuan kewangan yang dilakukan ini dibuat dengan peracangan rapi bukan untuk memancing undi pilihan raya," kata Dato' Menteri Besar itu.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk laporan tidak benar sebuah laporan berita di portal MalaysiaKini yang mengaitkan program turun padang dan penyerahan bantuan Kerajaan Selangor di Gombak baru-baru ini sebagai gula-gula pilihan raya.

Dalam laporan berkenaan, terdapat kesalahan jumlah sebenar nilai kewangan dan bantuan yang diserahkan Kerajaan Selangor bagi pembangunan Parlimen Gombak juga Ampang.

Mohamed Azmin mengulas isu berkenaan ketika berucap Majlis Penyerahan Bantuan Sekolah Fasa Pertama, di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, di sini, pada 16 April lalu.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong berkata, laporan bertajuk "Cash, laptops, iPads - Azmin doles out over RM2m worth goodies" itu adalah kesalahan serius dan andaian kurang tepat.

"Kami bertanggungjawab memperbetulkannya kerana ia menjejaskan reputasi dan nama baik beliau," katanya dalam kenyataan.

Shao Loong berkata, antara kenyataan mengelirukan adalah sebutan kononnya cash diagihkan yang memberi gambaran bahawa peristiwa berlaku itu hanya bersifat

politik, sedangkan ia sangat tidak benar.

"Tiada tunai diberi dalam program itu tetapi hanya cek diserahkan. Ia sesuai untuk program rasmi yang diuruskan menerusi saluran betul.

"Selain itu, kenyataan bahawa Mohamed Azmin mengagihkan iPad kepada penerima yang layak sama sekali tidak benar tetapi ia adalah gajet tablet

Samsung mampu milik," katanya. Katanya, kebenaran dan

dokumen rasmi berhubung perkara itu boleh disemak di pejabat kawasan wakil rakyat, Pejabat Daerah Gombak dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang semuanya tertakluk pada audit.

Manakala, laporan MalaysiaKini juga menyatakan daripada empat aktiviti pada 14 April lalu “jumlah bantuan yang diagihkan adalah lebih RM2.24 juta dalam dua aktiviti di Ukay Perdana dan Kampung Kerdas”.

"Kenyataan itu tidak benar sama sekali. Faktanya, jumlah keseluruhan agihan bantuan pada empat aktiviti berkenaan hanya berjumlah RM967,150 iaitu daripada peruntukan kawasan dan program rasmi Kerajaan Negeri.

"Namun, angka yang dilaporkan MalaysiaKini adalah 2.3 kali ganda daripada angka sebenar dan ia amat dikesali kerana tiada sebarang usaha dibuat untuk menghubungi pegawai kawasan bagi pengesahan maklumat berkenaan sebelum penerbitan," katanya.

Mohamed Azmin menyerahkan cek sumbangan kepada penerima pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri, di Gombak dan Bukit Antarabangsa

PEDULI

Page 6: Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN - selangorkini.my · usaha pembasmian kemiskinan. “Ia juga teras kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang dapat menjamin kemakmuran

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

6 FOKUS DUN

D

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves, Amirudin Shari berkata, pihaknya

percaya isu terbabit tidak mendatangkan impak dalam kalangan orang ramai di kawasan terbabit berdasarkan maklum balas yang diterima.

“Isu persempadanan dan penjenamaan semula ini diyakini banyak memberi kesan terhadap sokongan pengundi.

“Ia kembali kepada nama asal seperti pada 1995 yang berkemungkinan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

“Maka, kita perlu menjalankan sesi penerangan kepada orang ramai untuk mengelak perkara ini berlarutan dan dapat diatasi,” katanya.

Amirudin berkata, beliau juga menyerahkan kepada parti berhubung pencalonan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) khususnya, di kawasan DUN itu.

Beliau berkata, hanya KEADILAN berhak menentukan kedudukannya sama ada dicalonkan semula atau sebaliknya.

“Daripada maklum balas, kita mendapat respon positif berhubung khidmat saya sebagai ADN di kawasan DUN Batu Caves dan bersedia jika dicalonkan semula.

“Ini kerana, terdapat beberapa

pembangunan di dalam perancangan yang akan kita teruskan jika sekali lagi diberi mandat oleh rakyat,” katanya.

Antara pembangunan itu, katanya, seperti kemudahan awam di beberapa kawasan seperti pembinaan dewan orang ramai dan padang permainan.

“Kita juga akan meneruskan program sedia ada dan menambahnya dengan yang lain untuk manfaat masyarakat, di DUN ini,” katanya.

alam tempoh dua penggal menjadi ADN, Amirudin bersama Kerajaan

Negeri berjaya membawa pelbagai pembaharuan dan menyelesaikan banyak masalah di kawasan DUN berkenaan.

Antara masalah itu ialah pemilihan tanah, pembuangan sampah haram dan masalah banjir yang dihadapi masyarakat tempatan, dalam tempoh lama.

Amirudin berkata, isu tanah banyak membabitkan penduduk di DUN itu antaranya di Kampung Settlement, Kampung Melayu dan Kampung Nakhoda yang tidak diselesaikan pentadbiran Kerajaan Negeri terdahulu.

“Isu ini berlarutan sekian lama dan sejak mengambilalih pentadbiran negeri, kita memberi tumpuan terhadap masalah ini

termasuk di DUN Batu Caves dan berjaya mengatasinya di banyak kawasan kampung dengan lebih 500 keping tanah.

“Selain itu, masalah banjir juga berjaya diatasi. Sehingga kini, sudah hampir 90 peratus berjaya diatasi di DUN ini dengan kawasan utama seperti Kampung Laksamana, Kampung Nakhoda dan Kampung Arab,” katanya.

Beliau berkata, DUN Batu Caves mengalami perubahan paling ketara dengan masalah pembuangan sampah haram dapat diatasi secara berperingkat dan kini kawasan itu tidak lagi dilabelkan sebagai kawasan sampah haram.

Katanya, ia petanda positif kerana Batu Caves menjadi tumpuan pihak tidak bertanggungjawab yang menjalankan aktiviti berkaitan, sebelum 2008.

“Dengan pemantauan Kerajaan Negeri bersama pihak berkuasa, masalah ini berjaya diatasi dengan tindakan penutupan beberapa kawasan tumpuan bagi pembuangan sampah haram.

“Pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya dan pelbagai kemudahan lain juga turut dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi penambahbaikan

serta naik taraf di berapa kawasan yang dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) sentiasa menjalankan pelbagai program dan aktiviti demi kebaikan dan menjaga kebajikan masyarakat, di DUN berkenaan.

Amirudin berkata, pihaknya menjalankan program mingguan

DUN BATU CAVES KINI SUNGAI TUA

Sokongan rakyat terus kukuh

Kerajaan Negeri selesai pelbagai isu

Saya bersama PKM DUN Batu Caves menjalankan pelbagai program dan aktiviti termasuk Inisiatif Peduli Rakyat untuk disertai penduduk selain menyalurkan bantuan.Kita berjaya membantu.

AMIRUDIN SHARIAHLI DEWAN NEGERI SUNGAI TUA

PERCUMA 17 - 23 April 2018 1 - 7 Syaaban1439HPEDULI

PENJENAMAAN SEMULA Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves kepada Sungai Tua diyakini tidak memberi kesan langsung berhubung sokongan pengundi kepada Pakatan Harapan (PAKATAN), di kawasan itu.OLEH HAFIZAN TAIB [email protected]

Page 7: Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN - selangorkini.my · usaha pembasmian kemiskinan. “Ia juga teras kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang dapat menjamin kemakmuran

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

7FOKUS DUNPERCUMA17 - 23 April 2018

1 - 7 Syaaban1439H

INFOGRAFIK

DEWAN UNDANGAN NEGERI SUNGAI TUA (N16)JUMLAH PENGUNDI : 34,254

KEPUTUSAN 2008

1 Mohan Thangarasu (BN - MIC) 7,3762. AMIRUDIN SHARI (PKR) 11,0153. Azmi Hussain (Bebas) 379PEMENANG : AMIRUDIN SHARI (PKR)% KELUAR MENGUNDI: 74.2%MAJORITI: 3,639

1. Rawisandran a/l Narayanan (BN) 11,2912. AMIRUDIN BIN SHARI (PKR) 14,5523. Suman a/l Gopal (BEBAS) 182 PENYANDANG: AMIRUDIN SHARI (PKR)% KELUAR MENGUNDI: 85.90%MAJORITI: 3,261

21 - 30 5,141

31 - 40 8,62351 - 60 6,871

61 - 70 4,269

Lebih 70 1,898

Melayu 20,535India 7,902Cina 4,458Lain-lain 1,359

41 - 50 7,452

Kaum

MELAYU60%

INDIA23%CINA

13%LAIN-LAIN4%

bertemu masyarakat untuk memberi bantuan diperlukan serta mengenal pasti masalah dihadapi mereka.

“Saya bersama PKM DUN Batu Caves menjalankan pelbagai program dan aktiviti termasuk Inisiatif Peduli Rakyat untuk disertai penduduk selain menyalurkan bantuan.

“Kita berjaya membantu banyak pihak dan mereka memerlukan melalui aktiviti sebegini kerana ia membawa kebaikan kepada golongan berkenaan,” katanya.

Amirudin berkata, pihaknya menghargai sokongan dan kerjasama yang diterima sepanjang tempoh beliau

menjadi wakil rakyat di kawasan itu serta berharap ia berterusan, pada masa hadapan.

“Saya berterima kasih dengan kerjasama orang ramai sepanjang lebih kurang sepuluh tahun menjadi wakil rakyat, di DUN Batu Caves,” katanya.

PEDULI

Had Umur

Keputusan 2008

Keputusan 2013

Amirudin boleh dianggap berjaya meng-galas

tanggungjawab sebagai ADN, dalam tempoh dua penggal ini.“Penerimaan mas-yarakat terhadapnya amat baik. Seperti orang lain, saya juga mudah berurusan dengan beliau ketika memohon bantuan, di pejabatnya.Pentadbiran Kerajaan Negeri hari ini juga tampil dengan imej berbeza iaitu menjaga kebajikan rakyat khususnya golongan sederhana dan berpendapatan rendah,” katanya.

SUNGAI TUA

Sikap mudah mesra menjadi-kan Amirudin

begitu rapat dengan penduduk setempat dan memupuk semangat muhibbah dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa.Beliau mengambil berat kebajikan masyarakat dan setiap minggu mengadakan perjumpaan juga program bantuan di Pusat Khidmat Masyarakat. Kerajaan Negeri melalui IPR banyak membantu golongan sasaran dan saya harap Amirudin kekal di DUN ini, begitu juga PAKATAN, di Selangor.”

Amirudin dilihat seorang wakil rakyat yang

mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat, sepanjang tempoh perkhidmatannya.Ia menyenangkan kerana beliau mendampingi dan memahami apa diperlukan orang ramai, di DUN ini. Amirudin bergerak aktif menganjurkan pelbagai program juga aktiviti untuk disertai masyarakat terutama anak muda."

WAN AZHARAN WAN SAID, 49, DARI TAMAN SELAYANG

R SELVARAY 52, DARI TAMAN SRI BATU CAVES

P PARWATY 51, DARI TAMAN SRI BATU CAVES

Page 8: Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN - selangorkini.my · usaha pembasmian kemiskinan. “Ia juga teras kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang dapat menjamin kemakmuran

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

8 KLIK! MINGGUAN

KejohananBola Tampar

Piala Datuk Bandar Shah Alam dan Piala Timbalan Datuk Bandar

2018

Selangor Mobile Legend Championship

2018 SACC Mall Shah Alam

Pembangunan Upaya

Usahawan India Selangor

2018

PERCUMA 17 - 23 April 2018 1 - 7 Syaaban1439HPEDULI

Foto

: Jur

ufot

o Se

lang

or K

ini

Page 9: Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN - selangorkini.my · usaha pembasmian kemiskinan. “Ia juga teras kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang dapat menjamin kemakmuran

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

9KLIK! MINGGUANPERCUMA17 - 23 April 2018

1 - 7 Syaaban1439H

Menyantuni dan menyampaikan

sumbangan Kerajaan Negeri di Gombak

serta Bukit Antarabangsa

Perasmian Gelanggang

Bola Keranjang Kampung Desa Aman, Sungai

Buloh

Foto

: Jur

ufot

o Se

lang

or K

ini

PEDULI

Page 10: Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN - selangorkini.my · usaha pembasmian kemiskinan. “Ia juga teras kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang dapat menjamin kemakmuran

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

10 PEDULI RAKYAT

Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di bawah

Seksyen 65 Kanun Tanah Negara membabitkan keperluan kebajikan nelayan seluruh Selangor menetapkan suatu kebenaran dalam bentuk lesen bersifat sementara.

Ia diberikan Pihak Berkuasa Negeri menerusi kawalan bidang kuasa Pejabat Tanah dan Galian Selangor yang memberikan kuasa khas untuk satu tujuan tanpa seseorang itu dianggap sebagai penceroboh dan boleh dikenakan tindakan perundangan.

Bersandarkan kadar pembayaran minima RM0.40 semeter persegi setahun di Selangor, namun ia masih disifatkan terlalu rendah berbanding kadar ditetapkan pentadbiran negeri lain dan di peringkat Persekutuan.

Kadar minima itu turut dipersetujui secara bersama di peringkat Kerajaan Negeri dan disahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 15/2016, pada 27 April 2016.

Penilaian itu boleh dibandingkan dengan kadar nilaian diberikan Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) iaitu RM4 semeter persegi, setahun.

Kadar RM0.40 sen itu pada dasarnya sudah terlalu rendah berbanding beberapa negeri lain, contohnya semeter persegi di Perak RM0.60 dan Johor pula pada kadar RM0.50.

Malah, berdasarkan kepada pengiraan dengan keluasan maksima 20,000 meter persegi untuk kadar bayaran TOL sebanyak RM0.40 semeter persegi adalah RM8,000 setahun.

Manakala, jika mengambil kira keseluruhan caj sedia ada yang dikenakan Jabatan Perikanan Selangor untuk

tempoh setahun adalah lebih kurang RM9,070 dan ia tidak termasuk caj levi pekerja asing ditetapkan Kerajaan Pusat.

Retorik politikus tandus ideaNamun, isu itu tiba-tiba sahaja diperdebatkan maha hebat pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan pihak pembangkang Selangor.

Ahli Parlimen Tanjong

Karang, Tan Sri Noh Omar, nampaknya cuba bermain retorik politik apabila mendakwa, Kerajaan PAKATAN yang diterajui pentadbiran berkebajikan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali tidak mempunyai kesungguhan untuk membantu golongan nelayan, di negeri ini.

Janji gula-gula Noh, pentadbiran Persekutuan bersedia untuk menghapuskan bayaran TOL berkenaan jika diberi semula mandat mentadbir negeri ini.

Retorika janji politik itu cuma propaganda tidak berasas yang sengaja dimainkan ketika gendang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin berlegar.

Menyangkal dakwaan Noh, sebagai Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin tampil mempertahankan aspek kebajikan nelayan seluruh Selangor melalui prinsip negeri berkebajikan yang

diperjuangkan komponen PAKATAN, sejak 2008.

“Ini cuma janji pilihan raya. Umno jangan perbodohkan rakyat kerana mereka sudah cukup matang menilai keikhlasan parti politik dan pimpinan yang menjalankan tugas.

“TOL ini sebenarnya dasar awal yang dilaksanakan Kerajaan Barisan Nasional sebelum PAKATAN mengambialih.

“Ketika mereka mempunyai kuasa yang amat luas sebelum ini, mengapa pemansuhan itu tidak dibuat? Sudah tentu tindakan ini hanya untuk memancing undi.

“Tapi, saya cukup percaya rakyat Selangor sama ada nelayan, petani dan penternak dapat menilai apa yang dilakukan Kerajaan PAKATAN selama 10 tahun pentadbiran ini,” katanya kepada SelangorKini pada wawancara khas, di Dewan Negeri Selangor, baru-baru ini.

Namun, Mohamed Azmin berkata, gelagat politikus Umno memancing undi dengan laungan gula-gula pilihan raya sudah menjadi kelaziman pimpinan ketuanan Melayu itu.

Mengakui perkara sama, Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab sepenuhnya memastikan agenda kebajikan nelayan negeri terjamin, Zaidy Abdul Talib, tidak betah atau mudah melatah dengan tohmahan dilemparkan.

Bercakap kepada SelangorKini

Ini cuma janji pilihan

raya. Umno jangan perbodohkan rakyat kerana mereka sudah cukup matang menilai keikhlasan parti politik dan pimpinan yang menjalankan tugas."

DATO' SERI MOHAMED AZMINDATO' MENTERI BESAR

Noh melem-parkan kenyataan melulu tanpa

memahami bahawa pelaksanaan sistem TOL di bawah pentadbiran PAKATAN lebih bersifat umum dan menyeluruh, berbanding ketika Umno mentadbir sebelum ini.

ZAIDY ABDUL TALIB EXCO KEMUDAHAN AWAM, PERMODENAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di bawah Seksyen 65 Kanun

Tanah Negara membabitkan keperluan kebajikan nelayan seluruh Selangor

menetapkan suatu kebenaran dalam bentuk lesen bersifat sementara.

OLEH ERMIZI MUHAMAD [email protected]

HELAH POLITIK PIHAK TERTENTU

Gula-gula kebajikan mansuh TOL Nelayan

PERCUMA 17 - 23 April 2018 1 - 7 Syaaban1439HPEDULI

Page 11: Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN - selangorkini.my · usaha pembasmian kemiskinan. “Ia juga teras kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang dapat menjamin kemakmuran

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

11PEDULI RAKYATPERCUMA17 - 23 April 2018

1 - 7 Syaaban1439H

baru-baru ini, Zaidy selaku Exco Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, bukan mengejutkan apabila pentadbiran Selangor terus diserang.

Katanya, Noh melemparkan kenyataan melulu tanpa memahami bahawa pelaksanaan sistem TOL di bawah pentadbiran PAKATAN lebih bersifat umum dan menyeluruh, berbanding ketika Umno mentadbir sebelum ini.

Katanya, tanpa wujudnya elemen atas angin atau dilaksanakan untuk menekan ekonomi nelayan negeri, maka pentadbiran Selangor tampil dengan kadar yang rendah dan tidak membebankan.

“Pelaksanaan TOL adalah umum dan menyeluruh. Ia sebenarnya dilaksanakan untuk tujuan aktiviti akuakultur, pertanian juga penternakan dengan kadar pembayaran rendah dan minima bagi tujuan pembangunan akan datang.

“Justeru, alasan kononnya Kerajaan Negeri tidak mempunyai kesungguhan untuk bantu golongan ini adalah tidak tepat, sedangkan pelaksanaannya sudah termaktub, di peringkat Persekutuan.

“Untuk nelayan, sudah banyak bantuan disalurkan termasuk pembaikan jeti nelayan, bantuan pukat, jaring dan peralatan tangkapan ikan lain.

“Justeru, kenyataan Noh Omar adalah tidak tepat dan seharusnya isu ini khususnya membabitkan aspek jeti nelayan harus diberi penumpuan lebih ketika mereka mentadbir

Selangor.“Ketika mentadbir dulu,

mereka lepas tangan dan sekarang baru bersuara selepas proses bancian serta penyelerasan di peringkat Kerajaan Negeri dibuat,” katanya.

Bukti agenda kebajikan nelayan diperkukuhTidak mahu sekadar tampil dengan kenyataan berunsur retorik politik, berikut antara pelaksanaan peruntukan kewangan disalurkan Kerajaan Selangor untuk membantu golongan nelayan negeri.

Pada 2016, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.6 juta bagi menyediakan bantuan berbentuk peralatan menangkap ikan kepada nelayan serta makanan ternakan ikan untuk usahawan akuakultur Selangor.

Selain hampir RM1 juta untuk bantuan peralatan, sejumlah RM600,000 diperuntukkan bagi bantuan peralatan kolam ternakan membabitkan 168

penerima.Malah, pendekatan baru

Kerajaan Negeri memberi bantuan berbentuk peralatan kepada golongan nelayan dan banyak memberi manfaat kepada mereka. Untuk rekod, seramai 7,395 nelayan berdaftar, di Selangor.

Daripada jumlah itu, Kerajaan Negeri juga pernah mengumumkan perbelanjaan kewangan kepada nelayan membabitkan peruntukan RM500,000 bagi tujuan pemberian bantuan peralatan berbentuk jaring ikan.

Memudahkan, penerima bantuan tidak perlu beratur panjang dengan tingkah dan gaya seperti menuntut bantuan kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Hanya perlu berdaftar di bawah agensi berkaitan dan mendapat pemantauan Jabatan Perikanan Selangor, maka selayaknya golongan nelayan negeri boleh dibantu jika wujud keperluan terhadap pelaksanaannya.

Namun, kemudahan ini masih dinafikan Noh Omar, yang terus bertindak menjadi juara kampung walaupun hakikatnya pimpinan itu masih gagal mencorak pembaharuan kebajikan rakyat, di peringkat nasional.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, Ng Suee Lim dalam temubualnya bersama SelangorKini baru-baru ini berkata, Noh Omar masih lena dengan kemajuan kebajikan nelayan negeri.

“Berkaitan dakwaan Noh Omar, itu tidak berasas sama sekali. Kerajaan Negeri sejak

Jurang dan komitmen

itu lebih tertumpu kepada pentadbiran kini khususnya di bawah seliaan wakil rakyat Sekinchan dan pentadbiran Dato’ Menteri Besar yang kerap turun padang membantu.”

CHIA TIAN HEEPENGERUSI PERSATUAN NELAYAN SEKINCHAN

awal mengambil pendirian peduli rakyat dengan melaksanakan perancangan masa depan.

“Kita perlu maklum, sebelum ini tiada sebarang akta dipantau secara teliti, namun selepas akta baru diperkenalkan di bawah Enakmen Luas memperlihatkan 50 meter daripada kawasan muara sungai itu adalah penyelenggaraan pihak LUAS,” katanya.

Selangor tampil perancangan baru, mekanisme menyeluruhAhli Dewan Negeri Sekinchan itu berkata, Kerajaan Negeri memikirkan perancangan baru untuk menstrukturkan semula sistem yang ketinggalan ketika zaman pentadbiran Umno selepas LUAS bertanggungjawab menjaga muara sungai supaya tidak terjejas dengan sebarang aktiviti tidak sihat.

“Selepas penstrukturan dibuat, kita dapat melihat pelbagai pembangunan ekonomi nelayan dibangunkan secara komprehensif, tidak seperti pemerintahan terdahulu yang membiarkan sistem ini terus dipinggir.

“Apabila ada akta dan pelaksanaan TOL dikenakan, ianya lebih tersusun. Inilah motif Kerajaan Negeri untuk membantu nelayan secara jangka panjang.

“Tetapi dalam pembelian TOL itu, Selangor mengenakan cas minima supaya aktiviti pemantauan dapat dijalankan dan bayaran ini masih disifatkan terlalu rendah serta diakui nelayan negeri khususnya, di kawasan Sekinchan,” katanya.

SelangorKini turut mendapatkan maklum balas Pengerusi Persatuan Nelayan Sekinchan, Chia Tian Hee, bagi menilai sejauh mana komitmen pentadbiran Selangor membawa reformasi baru kepada kebajikan nelayan negeri.

Tian Hee ketika dihubungi mengakui, wujudnya jurang perbandingan besar membabitkan pelaksanaan dasar baru serta lama yang diperkenalkan, sebelum 2008 dan kini.

“Ada banyak beza, namun tidak dinafikan memang kedua-duanya (Persekutuan dan Negeri) ada memberikan bantuan kepada nelayan Selangor.

“Namun, jurang dan komitmen itu lebih tertumpu kepada pentadbiran kini khususnya di bawah seliaan wakil rakyat Sekinchan dan pentadbiran Dato’ Menteri Besar yang kerap turun padang membantu,” katanya.

PEDULI

Noh Omar masih lena

dengan kemajuan kebajikan nelayan negeri. Kerajaan Negeri sejak awal mengambil pendirian peduli rakyat dengan melaksanakan perancangan masa depan."

NG SUEE LIMAHLI DEWAN NEGERI SEKINCHAN

Page 12: Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN - selangorkini.my · usaha pembasmian kemiskinan. “Ia juga teras kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang dapat menjamin kemakmuran

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

12 HIJRAH Selangor

HIJRAH SELANGOR adalah program Mikrokredit

Bersepadu gagasan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, bagi menggabungkan skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang dilaksanakan Kerajaan PAKATAN, sejak 2008.

Ia bertujuan melonjakkan golongan miskin untuk memasuki tahap berpendapatan menengah.

Hasrat itu diharapkan boleh tercapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga kecil, di negeri itu.

HIJRAH dikendalikan Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YAQS) atau lebih dikenali sebagai Yayasan Hijrah Selangor bagi mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja juga peniaga kecil yang didapati sering menghadapi masalah kekurangan modal serta peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.

HIJRAH SELANGOR

Tingkat taraf hidup penjaja dan peniaga kecilKerajaan Negeri mengambil inisiatif melancarkan Program HIJRAH SELANGOR sebagai penyalur modal kepada peniaga kecil di negeri itu dalam usaha menggalakkan lebih ramai terbabit dalam dunia keusahawanan. OLEH ERMIZI MUHAMAD [email protected] SYAZWANI SUFIAN [email protected]

Manakala pihak Kerajaan Selangor bertindak sebagai penganjur program dan memberi modal pusingan pelaksanaan program sejumlah RM100 juta.

Program ini berteraskan konsep ‘Pinjaman Asas Simpanan’ yang bermaksud pinjaman digunakan sebagai modal tambahan dalam urusan perniagaan.

Sebagai usahawan yang berdaya maju, maka adalah diharapkan mereka yang terpilih dapat menghasilkan pulangan yang lebih tinggi.

Lebihan pulangan ini akan ditabungkan dalam Tabung HIJRAH Selangor untuk manfaat penjaja dan peniaga kecil secara individu juga

kelompok.Sehingga Disember 2017,

Kerajaan Negeri berjaya membantu lebih 47,000 peserta dalam bidang keusahawanan di seluruh Selangor menerusi program itu.

Mohamed Azmin berkata, skim diperkenalkan sejak 2015 itu adalah antara komitmen Kerajaan Negeri membantu rakyat menerusi Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

“Kerajaan Negeri melaksanakan dengan jayanya skim mikrokredit HIJRAH dengan modal pusingan RM100 juta untuk mengupayakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana keluar daripada cengkaman kemiskinan yang mereka alami, selama puluhan tahun.

“Sehingga Disember 2017, seramai 47,761 peserta mendapat manfaat daripada program ini dengan jumlah pembiayaan RM330 juta,” katanya.

Skim dijalankan Yayasan Hijrah Selangor itu bukan sahaja menyalurkan pinjaman tetapi turut menyediakan pusat perkhidmatan profesional bagi tujuan memberi latihan kemahiran dan pemasaran supaya peserta menjadi usahawan berwibawa yang mampu berada di pasaran serta bersaing dengan usahawan lain.

“Keadaan ekonomi negara semakin mencabar ketika ini dan sebagai kerajaan peduli, maka Kerajaan Negeri mengambil beberapa langkah proaktif dengan memberi penekanan kepada usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi lebih rancak juga mampan sebagai

Sehingga Disember 2017,

seramai 47,761 peserta mendapat manfaat daripada program ini dengan jumlah pembiayaan RM330 juta.”

DATO' SERI MOHAMED AZMINDATO' MENTERI BESAR

jaminan masa depan lebih cemerlang.

“Usahawan perlu lebih kreatif dan berinovasi memenuhi citarasa pengguna kerana trend masa kini terhadap produk dan perkhidmatan semakin canggih kerana mereka memerlukan perkhidmatan lebih efisien serta

pantas.“Konvensyen bertema

Usahawan Nadi Ekonomi Negeri adalah bagi menzahirkan fokus Kerajaan Negeri ke arah memberdayakan usahawan demi memperkukuhkan pencapaian ekonomi,” kata Mohamed Azmin.

PERCUMA 17 - 23 April 2018 1 - 7 Syaaban1439HPEDULI

Page 13: Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN - selangorkini.my · usaha pembasmian kemiskinan. “Ia juga teras kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang dapat menjamin kemakmuran

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

13HIJRAH SelangorPERCUMA17 - 23 April 2018

1 - 7 Syaaban1439H

pembiayaan HIJRAH juga dapat meningkatkan pengeluaran modal tambahan kepada peniaga.

“Inilah yang sebaik-baiknya, dapat membantu usahawan. Jika kita menyelesaikan pembiayaan lama dengan kadar segera, maka mereka akan terus membuka tawaran untuk penambahan modal lain.

“Perusahaan saya kini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan jahitan kepada masyarakat, namun selepas memperoleh penyediaan pembiayaan HIJRAH, maka operasi perusahaannya diperlebar,” katanya.

Selepas beberapa tahun mengusahakan perniagaannya, kemajuan perusahaan itu mendorong beliau untuk meneruskan operasi yang lebih besar.

Justeru, beliau memerlukan modal tambahan yang lebih besar bagi menampung kepada perkembangan keperluan itu.

“Selepas operasi jahitan ini bertambah maju, saya mendapat peluang diberi tender untuk membekalkan alat jahitan kepada kolej kerajaan dan swasta. Perkembangan ini mendorong saya untuk membuat penambahan pembiayaan HIJRAH.

“Seperti di peringkat awal, prosesnya sangat mudah apabila mereka menawarkan pembiayaan RM20,000 dengan cepat,” katanya.

Bukan sekadar cerita kosong, kejayaan Nashuha satu lagi bukti kesungguhan Kerajaan Negeri dalam membuka peluang kepada golongan usahawan mengembangkan sayap mereka.

Dilancarkan secara rasmi pada 24 Mac 2015, HIJRAH memberi kemudahan pinjaman modal tambahan kepada usahawan untuk mendapatkan pulangan hasil lebih tinggi.

Ia sekali gus meningkatkan pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan dan menggalakkan anak muda untuk lebih berjaya dalam bidang perniagaan.

Perkembangan ini seterusnya menyumbang kepada kemakmuran ekonomi dan memartabatkan Selangor selaku negeri termaju serta penyumbang terbesar pendapatan negara.

Berpengalaman 30 tahun dalam bidang keusahawanan kecil-kecilan, pengusaha

kemahiran jahitan, Nashuha Abd Aziz berkata, inisiatif berkenaan tidak membebankan usahawan tempatan untuk memulakan perniagaan secara langsung.

“Saya didedahkan kepada pembiayaan HIJRAH yang dulunya dikenali sebagai program MIMBAR. Saya cukup tertarik dengan dasar ini memandangkan tawaran yang diberikan kepada usahawan lebih memudahkan.

“Tanpa wujud sebarang kadar faedah tersembunyi, inisiatif ini tidak membebankan usahawan yang ingin meningkatkan modal perniagaan.

“Berbanding pinjaman dari bank, kadar faedah yang dikenakan adalah terlalu tinggi dan menekan peminjam.

“Malah, untuk membuat pembiayaan bersama HIJRAH, skim ini tidak memerlukan penyediaan dokumen yang merumitkan seperti pinjaman dari bank utama,” katanya kepada SelangorKini.

Nashuha yang memulakan perniagaan jahitan di bawah

Pembiayaan program Hijrah Selangor (HIJRAH) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri diakui memberikan manfaat terbaik kepada usahawan tempatan melebarkan jaringan perniagaan. OLEH ERMIZI MUHAMAD [email protected]

Perusahaan saya kini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan jahitan kepada masyarakat, namun selepas memperoleh penyediaan pembiayaan HIJRAH, maka operasi perusahaannya diperlebar.”

NASHUHA ABD AZIZ, NASHUHA FASHION GALLERY

memang benar tidak dikenakan langsung sebarang kadar faedah atau caj tersembunyi.

“Lebih membantu, HIJRAH juga sangat terbuka untuk menawarkan pernambahan pembiayaan lanjutan selepas proses pinjaman pertama selesai dibuat,” katanya.

Mengakui keberkesanan skim itu, Nashuha berkata, bantuan

perusahaan Nashuha Fashion Gallery secara kecil-kecilan membuat pembiayaan HIJRAH bagi tujuan penambahan modal.

Pembiayaan dibuat bagi menampah kelengkapan peralatan jahitan untuk tujuan operasi perkhidmatan jahitan kelengkapan pakaian.

Awalnya, pembiayaan yang

ditawarkan kepada Nashuha sebanyak RM5,000 tanpa kadar faedah, pada Disember 2015.

“Saya dimaklumkan berkaitan skim ini tidak ada sebarang kadar faedah. Tentu saya terkejut dan tidak percaya langsung ada skim yang tidak dikenakan faedah.

“Tetapi, selepas saya sendiri turut serta dalam skim ini,

PEMBIAYAAN TANPA FAEDAH JANA KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

HIJRAH bantu pengusaha jahitan

PEDULI

Page 14: Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN - selangorkini.my · usaha pembasmian kemiskinan. “Ia juga teras kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang dapat menjamin kemakmuran

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

14 MENARIK DI SELANGORPERCUMA 17 - 23 April 2018

1 - 7 Syaaban1439H

agi yang mahukan kelainan dan gemarkan aktiviti membabitkan alam sekitar ditemani alam flora dan fauna, merasai kesejukan air sungai bersama keluarga juga rakan, enam destinasi menarik di Selangor ini pasti menjadi pilihan anda.

Ia menawarkan pelbagai jenis aktiviti outdoor atau indoor yang boleh dijadikan sebagai kawasan beriadah, menjalankan aktiviti bersama atau perseorangan serta sesuai untuk menenangkan fikiran.

Percutian berasaskan alam semula jadi dilihat semakin menjadi trend kepada mereka yang gemarkan suasana nyaman, berlatar belakangkan kehijauan alam serta ketenangan yang jauh daripada kesibukan kota.

OLEH SABIRAH AZIZ & ZAREEF MUZAMMIL [email protected]

Santuari Ikan Kelah, Sungai

Chiling

Lokasi: Kuala Kubu Bharu, Selangor Waktu Operasi: Jumaat hingga AhadMasa: 8 pagi hingga 6 petang Bayaran Masuk: RM1

Air Terjun Sungai Chiling lebih dikenali dengan

nama Santuari Ikan Sungai Chiling yang sememangnya satu destinasi yang menarik untuk bersantai dan meluangkan masa bersama kawan-kawan serta keluarga, pada cuti hujung

Hutan Lipur Sungai Sendat,

Ulu Yam

Lokasi: Jalan Gurney, Ulu Yam, 48200 Batu Caves, SelangorWaktu Operasi: Jumaat hingga AhadMasa: 8 pagi hingga 6 petangBayaran masuk: RM1

Sungai Sendat yang menawarkan percutian

dalam hutan dara sesuai untuk seisi keluarga warga kota yang ingin lari daripada hiruk-pikuk kesibukan bandar.

Ia mempunyai tiga tingkat iaitu tingkat pertama, kolamnya agak luas dengan kedalaman yang sesuai untuk mandi-manda. Tingkat kedua pula kolamnya cetek tetapi sesuai untuk bersantai, manakala di tingkat tiga kedalamannya sesuai untuk aktiviti berenang dan terjun tiruk.

Selain itu, pengunjung boleh meredah hutan dan mereka berpeluang melihat pelbagai

Sungai Inki, Hulu Selangor

Lokasi: Jalan Pasir Putih 4, Kampung Pasir Putih, 44100 Kerling, SelangorWaktu Operasi: Jumaat hingga Ahad Masa: 8 pagi hingga 6 petangBayaran Masuk: RM10

Sungai Inki cukup sinonim dengan orang Kalumpang

yang menjadi satu lokasi popular untuk percutian bagi mereka yang cintakan alam semula jadi. Ditambah pula, kawasan sungainya yang cantik dikelilingi hutan menghijau amat sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan berkelah.

Di tepi sungai ini turut terdapat beberapa penginapan menarik untuk dijadikan lokasi penginapan. Selain itu, ada juga kolam buatan bersimen mozek yang selamat untuk kanak-kanak bermain air.

Kawasan ini sering

1

2

3menjadi lokasi strategik buat pengunjung yang ingin mengadakan kem bina semangat dan team building.

Ia juga menyediakan kemudahan asas seperti chalet, resort, pusat latihan, titian gantung, parkir kereta, kawasan barbeku, pondok rehat dan tempat makan bagi memudahkan pengunjung.

minggu. Ia amat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti merentas hutan dengan hanya mengambil masa kira-kira 20 minit berjalan kaki melalui denai disediakan.

Tarikan utama kepada pengunjung di sini adalah keadaan sungai yang menjadi habitat dan tempat pembiakan semula jadi kepada spesis ikan melalui limpahan pelbagai saiz ikan kelah dan tengas di sepanjang sungai ini sehingga menghala ke kawasan air terjun utama.

Ia juga diselia Jabatan Perikanan Negeri dan diwartakan sebagai taman alam semula jadi serta tempat perlindungan ikan kelah untuk memelihara spesis tempatan ikan.

Maka, pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa sebarang alat menangkap ikan atau memancing, di sini.

Antara kemudahan disediakan di sini adalah tandas, pondok, surau dan bilik persalinan.

B

__KERLING

__KERLING

__KUALA KUBU BHARU

__KUALA KUBU BHARU

__BATU CAVE

1

2 4

3 5

6

__HULU KLANG

PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI

Tenangnya sungai di Selangor

PEDULI

Page 15: Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN - selangorkini.my · usaha pembasmian kemiskinan. “Ia juga teras kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang dapat menjamin kemakmuran

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

15MENARIK DI SELANGORPERCUMA17 - 23 April 2018

1 - 7 Syaaban1439H

Air Terjun Serendah

Lokasi: Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah, SelangorWaktu Operasi: Isnin hingga Ahad

Lokasi air terjun ini terletak 35 kilometer, dari Kuala

Lumpur. Jika bertolak dari arah Selayang, anda akan melalui

Sungai Congkak,

Hulu Langat

Lokasi: Sungai Congkak, 43100 Hulu Langat, SelangorWaktu Operasi: Isnin hingga AhadMasa: 8 pagi hingga 6 petangBayaran masuk: RM1

Terletak di dalam Hutan Lipur Sungai Congkak,

Hulu Langat. Bagi yang gemarkan aktiviti luar, ini adalah kawasan ideal untuk mereka.

Air Terjun Kemensah,

Hulu Klang

Lokasi: Jalan Kampung Orang Asli, Kampung Kemensah, 68000 Hulu KlangBayaran masuk: RM2

Terletak di kawasan rekreasi alam semula jadi yang

paling hampir dengan bandar Kuala Lumpur iaitu Hulu Klang dan tidak jauh dari Zoo NegaraKawasan ini boleh dijadikan lokasi percutian seisi keluarga bagi yang tiada masa untuk merancang kerana lokasinya yang strategik.

Walaupun tidak mempunyai penginapan menarik dan air terjun yang tinggi dari atas bukit, namun ia cukup untuk menggembirakan hati anak dan ahli keluarga kerana boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, mandi kolam, berkelah, barbeku, jungle trekking dan menunggang all terrain vehicle (ATV).

4

5

6

Selain itu, terdapat beberapa pengusaha chalet di sekitar kawasan ini yang menawarkan penginapan bajet kepada pengunjung untuk disewakan, pada bila-bila masa.

Kemudahan asas turut disediakan termasuk jalan raya hingga ke kawasan air terjun, tandas dan surau.

Tiada restoran atau kedai makan, di sini. Jadi jangan lupa untuk membawa bekalan makanan secukupnya.

spesies flora juga fauna. Di dalamnya terdapat rama-rama Rajah Brooke yang terbesar dan cantik. Bukan itu sahaja, beberapa tapak khas disediakan untuk pengunjung berkhemah dan terdapat tapak perkhemahan yang disimen bagi keselesaan pengunjung.

Kemudahan awam seperti tandas, wakaf, parkir, dewan dan surau turut disediakan, malahan pengunjung dibenarkan melakukan aktiviti barbeku sambil menikmati kedinginan air sungai yang mengalir.

Rawang dan seterusnya ke Pekan Serendah, kira-kira 10 kilometer.

Nama lain bagi Air Terjun Serendah ialah Templer Kai dan Rekreasi Air Terjun Serendah. Ia adalah kawasan tumpuan orang ramai, pada hujung minggu. Walaupun air terjunnya kecil dan rendah, namun deruan air terjun sejuk yang jatuh memercik ketika anda mandi manda berhampiran air terjun mampu memberikan kesegaran.

Selain itu, keindahan dan kebersihan air terjun serta kolam tetap menjadi tarikan pengunjung untuk berkelah juga mandi-manda. Jadi, bagi warga kota yang mencari tempat rekreasi hujung minggu yang tidak begitu jauh, Air Terjun Serendah antara lokasi libur hujung minggu yang mampu mendekatkan diri anda dengan alam sekitar serta masyarakat Orang Asal tempatan.

Antara kemudahan disediakan adalah gerai, bilik persalinan, tandas, pondok, wakaf dan tempat perkhemahan.

Dengan jarak 33 kilometer dari bandar, bersebelahan dusun dan hutan hujan tropika, di sekitar sungai ini juga mempunyai kemudahan berkhemah, berkelah serta berenang.

Mempunyai air sungai yang sejuk, ia adalah salah satu keseronokan utama, di sini.

Di samping itu, ia turut menawarkan kepelbagaian flora dan fauna yang kaya serta antara tempat percutian popular bagi pengunjung tempatan.

Bagi kemudahan fasiliti, terdapat pondok kecil, tandas dan bilik persalinan, di kawasan ini.

1. Sungai Inki 2. Sungai Inki 3. Sungai Chiling 4. Sungai Chiling 5. Sungai Sendat 6. Air Terjun Kemensah7. Sungai Sendat 8. Air Terjun Kemensah9. Sungai Congkak10. Sungai Congkak

__BATU CAVE

__HULU KLANG

__HULU LANGAT

__HULU LANGAT

8 10

7 9

PEDULI

Page 16: Jamin Pendemokrasian PENDIDIKAN - selangorkini.my · usaha pembasmian kemiskinan. “Ia juga teras kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan yang dapat menjamin kemakmuran

Media_Selangor MediaSelangor SMARTSelangorselangortv.mywww.selangorkini.my www

16 KEJAYAAN IPR SELANGOR MASA DEPAN MALAYSIA

M

SELANGORKINIPEDULI diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Orien Group Sdn. Bhd., 15, Jalan 6/118C, Desa Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. Tel : 03-9173 1434 Faks : 03-9173 1412

ula dilancarkan pada 24 Januari tahun lalu, perun-tukan sejumlah

RM125 juta setahun disalur bagi pelaksanaan skim berkenaan dan ditawarkan kepada sejuta rakyat Selangor berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah atau 40 peratus terendah (B40).

Tumpuan itu membabitkan fasa kelompok paling tertekan ekoran kenaikan kos sara hidup yang semakin tidak terkawal, di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Menariknya, pelaksanaan skim berkenaan menjadikan Selangor antara negeri terawal melaksa-nakan skim kesihatan, sekali gus mendahului negeri lain.

Malah, paling menggembira-kan penerima skim berkenaan tidak perlu lagi beratur lama menunggu giliran di Klinik 1Malaysia memandangkan ini-siatif itu menawarkan rawatan kesihatan asas secara percuma di 1,000 klinik swasta Selangor dan Lembah Klang yang berdaftar, di bawah skim berkenaan.

Hampir separuh penerima dapat kad di RawangSejak ia mula dilancarkan, sambutan terhadap program Skim Peduli Sihat di setiap De-wan Undangan Negeri (DUN) amat memberangsangkan dan mendapat sambutan baik dari-pada rakyat negeri ini.

Setakat ini sahaja, sudah 4,058 penerima individu dan keluarga dari DUN Rawang menerima manfaat Skim Peduli Sihat.

Ahli Dewan Negeri Rawang, Gan Pei Nei berkata, ia men-jadikan hampir separuh daripada mereka yang layak di DUN itu sudah menerima kad skim

Rakyat di Selangor amat beruntung apabila Kerajaan Negeri yang peduli rakyat itu menyantuni mereka dengan melancarkan program Skim Peduli Sihat. OLEH SHEEDA FATHIL [email protected]

perlindungan kesihatan asas terbabit.

“Setiap hari di Pusat Khid-mat Masyarakat saya, sentiasa dipenuhi dengan kehadiran orang ramai yang datang untuk memohon Skim Peduli Sihat ini.

“Ia menjadi semakin hangat apabila adanya tambahan skop dalam skim ini iaitu suntikan vaksin pneumokokal membuatkan ramai hadir untuk memohon,” katanya ketika dihubungi Sela-ngorKini.

Pei Nei berkata, skim ber-ke-naan wajar diteruskan kerana ia dapat membantu meringankan beban hidup golongan berpen-dapatan rendah terutama dalam keadaan kos perubatan yang semakin meningkat.

“Penerima kad Skim Peduli Sihat juga boleh berkunjung ke klinik swasta dan ia lebih selesa serta mempunyai servis pantas berbanding Klinik 1Malaysia yang sering dipenuhi orang ramai sehingga terpaksa me-nunggu, pada masa yang lama.

“Malah, maklum balas di-terima daripada orang ramai amat bagus, masing-masing mengharapkan pelbagai skim mesra rakyat dapat dilaksanakan lagi oleh Kerajaan Negeri, pada

masa akan datang,” katanya.Mengulas berhubung cada-

ngan untuk menambah baik Skim Peduli Sihat, Pei Nei berkata, beliau mencadangkan supaya jumlah nilai dan had kad ditingkatkan pada tahun akan datang memandangkan kos pe-rubatan semakin meningkat.

“Saya berharap, skim ini boleh digunakan untuk pemeriksaan kesihatan yang serius supaya kita dapat meningkatkan ke-sedaran rakyat Selangor dalam mengamalkan budaya hidup sihat,” katanya.

Rakyat negeri lain cemburuPelbagai program dilaksanakan Kerajaan Negeri demi menyan-tuni rakyatnya sehingga terda-pat rakyat dari negeri lain mulai cemburu, malahan ada juga yang mahu menjadi sebahagian daripada warga Selangor.

Salah seorang penerima kad Skim Peduli Sihat, Azizah Has-san, 51, berkata, beliau berasa beruntung menjadi rakyat Se-langor memandangkan banyak manfaat diterimanya, sehingga kini.

“Ramai juga dalam kalangan saudara-mara dan rakan taulan

mencemburui saya kerana di negeri yang diduduki mereka tidak memperoleh manfaat sama seperti Kerajaan Selangor me-nyantuni rakyat dengan pelbagai inisiatif.

“Dengan adanya kad Skim Peduli Sihat, ia amat membantu saya mendapatkan rawatan asas dan ubat-ubatan dengan kadar segera tanpa perlu beratur lama untuk menunggu giliran seperti di Klinik 1Malaysia,” katanya.

Azizah yang juga bekas pesa-kit barah payudara berkata, beli-au berharap Skim Peduli Sihat itu dapat diikuti dan dilaksanakan di seluruh negeri, di Malaysia.

Manakala, Dewi Margisin, 40, berkata beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menyediakan Skim Peduli Sihat yang bukan sahaja untuk dirinya, malahan ahli keluarga lain juga boleh mendapatkan rawatan, di klinik swasta.

“Selepas mengetahui kad ini boleh digunakan untuk ahli keluarga yang lain, saya berasa amat terharu kerana ia dapat meringankan beban kami.

“Saya amat gembira apabila Kerajaan Negeri komited melak-sanakan skim ini demi mem-bantu rakyat terutama golongan yang kurang pendapatan seperti kami,” katanya yang mempunyai tujuh anak.

Seorang pesara, Yap Hong, 66, berkata dengan adanya kad Skim Peduli Sihat, maka ia amat me-mudahkan dan beliau tidak perlu membawa wang yang banyak kerana setiap kali habis rawatan secara automatik baki akan dito-lak terus daripada kad berkenaan.

“Perkhidmatan yang diberikan di setiap klinik berdaftar Peduli Sihat amat

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri

Selangor kerana menyediakan Skim Peduli Sihat yang bukan sahaja untuk saya malahan ahli keluarga lain juga boleh mendapatkan rawatan, di klinik swasta.DEWI MARGISIN, 40

Perkhid-matan yang diberikan di setiap

klinik berdaftar Peduli Sihat amat bagus dan pantas berbanding Klinik 1Malaysia yang perlu menunggu masa berjam-jam.”

YAP HONG PESARA, 66

Dengan adanya kad Skim Peduli Sihat, ia

amat membantu saya mendapatkan rawatan asas dan ubat-ubatan dengan kadar segera tanpa perlu beratur lama untuk menunggu giliran seperti di Klinik 1Malaysia.”AZIZAH HASSAN, 51

Skim Peduli Sihat DUN Rawang

4,058 penerima

Penerima di Selangor 1,300,596

Diuruskan Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare

Administrator

Membiayai rawatan kesihatan asas (primary care)

RM500 setahun

PERCUMA 17 - 23 April 2018 1 - 7 Syaaban1439HPEDULI

LEBIH 4,000 TERIMA MANFAAT KESIHATAN

Sambutan baik Peduli Sihat di Rawang

Setiap hari di Pusat Khidmat

Masyarakat saya, sentiasa dipenuhi dengan kehadiran orang ramai yang datang untuk memohon Skim Peduli Sihat ini.

GAN PEI NEI AHLI DEWAN NEGERI RAWANG

bagus dan pantas berbanding Klinik 1Malaysia yang perlu menunggu masa berjam-jam,” katanya.