pendekatan tgfu

3
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Oleh yang demikian, ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan..

Upload: muhamad-hafiza

Post on 10-Nov-2015

17 views

Category:

Documents

0 download

DESCRIPTION

tgfu

TRANSCRIPT

Teaching Games for Understanding (TGfU) adalah satu modelpengajaranyang diubahsuai kepada permainan untukmewujudkan persekitaran perkembangan pembelajaranyang sesuai. Kesedaran tentang permainan taktikal adalah digalakkan melalui soal siasat dan sifat sosial permainan yang ditekankan oleh murid melalui komunikasi dan hubungan kerjasama yang dipupuk (Griffin, Brooker & Patton, 2005).

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan memberi pelajar peluang menyedari akan keadaan dirinya, membuat penyesuaian terhadap masalah-masalah lokomotor seperti koordinasi anggota badan, demi untuk memupuk keyakinan diri. Kegiatan-kegiatan jasmani yang dicadangkan akan membantu memudahkan proses sosiolisasi dengan memberi pelajar peluang berinteraksi di antara satu sama lain, dan berinteraksi dalam masyarakat di sekolah serta di komuniti.

Permainan kanak-kanak terdiri daripada empat kategori iaitu pemukul & pemadang, sasaran, jaring dan serangan. Dalam permainan kanak-kanak, murid-murid dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran dalam permainan asas seperti kriket, boling, badminton, skuasy, bola sepak , bola baling dan sebagainya. Selain itu murid-murid juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam sesuatu permainan selain dapat menjadi lebih kreatif, meningkatkan kesihatan, dapat fokus terhadap sesuatu perkara, meransang otak kiri untuk membuat keputusan dengan cepat dan banyak lagi faedah lain yang boleh kita perolehi melalui permainan kanak-kanak ini. Melalui permainan, kanak-kanak juga dapat mengeluarkan idea yang bernas dan kreatif untuk mencipta sesuatu permainan yang baru dan dapat memanipulasi sesuatu alatan itu kepada suatu permainan yang baru yang lebih menarik.