pendekatan pendidikan moral

17
4.0 PENDEKATAN, KAEDAH DAN KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL Edward M. Anthony merumuskan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran berhubung rapat dengan pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Ia merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik mengajar secara logikal dan sistematik untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. 4.1 Pendekatan Menurut Parera (1986), Pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian). Kamarudin Hj. Husin (1988) pula mengatakan pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Dalam konteks pendidikan pula, pendekatan merujuk kepada bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Pendekatan harus berlandaskan model, prinsip dan teori pembelajaran. Perbincangan bersama guru memberikan saya maklumat bagaimana untuk membuat satu rancangan pengajaran harian (RPH) berkenaan isu ponteng dalam kalangan murid. Pendekatan yang telah kami persetujui dan dirasakan sesuai untuk digunakan ialah pendekatan kepedulian (caring approach – Nodding) dan pendekatan pemupukan nilai. 17

Upload: cyti-wawa

Post on 14-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

Page 1: Pendekatan Pendidikan Moral

4.0 PENDEKATAN, KAEDAH DAN KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN

MORAL

Edward M. Anthony merumuskan bahawa strategi pengajaran dan

pembelajaran berhubung rapat dengan pendekatan, kaedah dan teknik

mengajar. Ia merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam

menentukan pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik

mengajar secara logikal dan sistematik untuk mencapai objektif pelajaran

secara optimum.

4.1 Pendekatan

Menurut Parera (1986), Pendekatan merupakan satu latar belakang

falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak

dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima

umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian). Kamarudin Hj.

Husin (1988) pula mengatakan pendekatan ialah satu kumpulan

andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat

pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Dalam konteks

pendidikan pula, pendekatan merujuk kepada bagaimana sesuatu

mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Pendekatan harus

berlandaskan model, prinsip dan teori pembelajaran.

Perbincangan bersama guru memberikan saya maklumat

bagaimana untuk membuat satu rancangan pengajaran harian (RPH)

berkenaan isu ponteng dalam kalangan murid. Pendekatan yang telah

kami persetujui dan dirasakan sesuai untuk digunakan ialah

pendekatan kepedulian (caring approach – Nodding) dan pendekatan

pemupukan nilai.

4.1.1 Pendekatan Kepedulian (Caring Approach – Nodding)

Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan

kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain.

Kepedulian, atau dalam istilah yang lain ialah ‘ambil peduli’,

‘mengambil berat’ dan ‘menyayangi’, yang melibatkan responsif

17

Page 2: Pendekatan Pendidikan Moral

sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan

perhatian terhadap pengalaman mereka.

Perkataan ‘care’ itu sendiri daripada ‘caring approach’

diambil daripada konteks Anglo Saxon, dimana ia membawa

maksud kesedihan atau keresahan. Oleh yang demikian,

kepedulian bolehlah didefinisikan sebagai perasaan ambil berat

terhadap orang lain.

Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengekal dan

mengukuhkan amalan penyayang di dalam diri sendiri dan

sesiapa sahaja yang seorang individu itu mempunyai

perhubungan dengannya. Ini bermaksud bahawa

perkembangan penyayang seorang individu adalah sesuatu

yang dalaman.

Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah melalui

empat aspek yang berikut iaitu modeling, dialog, praktis dan

kepastian. Modeling ialah tumpuan harus diberikan kepada

perkembangan pelajar sebagai seorang yang memberi sayang (

carer) dan menerima sayang ( cared for ). Konsep penyayang

dapat ditunjukkan dalam tingkah laku melalui teladan di mana ia

boleh diperhati dan diikuti.

Dialog diadakan dengan pelajar tentang konsep

penyayang dengan membimbing pelajar membuat refleksi dan

menganalisis perlakuan dan reaksinya sebagai seorang yang

dapat memberi sayang (carer) dan perhubungannya dengan

orang yang diberikan sayang (cared for).

Praktis dilaksanakan dalam menjalankan usaha

penyayang bersama dengan model dewasa seperti melibatkan

dalam khidmat sosial atau komuniti manakala kepastian pula

boleh didefinisikan sebagai perlakuan yang menggalakkan

sesuatu yang terbaik daripada orang lain (Martin Buber, 1965)

18

Page 3: Pendekatan Pendidikan Moral

Ia juga berfungsi untuk mengesah dan menggalakkan ‘the best

in others’ dalam perhubungan antara individu.

4.1.2 Pendekatan Pemupukan Nilai

Pendekatan pemupukan nilai merujuk kepada penerapan nilai

budi pekerti yang baik pada diri kanak-kanak. Oleh sebab

pendekatan ini digunakan secara sedar dan tidak sedar, maka

ia menjadi pendekatan paling luas yang digunakan dalam

pengajaran moral sekolah rendah.

Objektif pendekatan ini adalah untuk menanam nilai

tertentu yang dianggap baik dan patut dimiliki oleh murid-murid.

Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar

memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima dan

menghayati nilai tersebut yang berlandaskan kepada prinsip

moral.

Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan dengan

cara mengambil contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan

atau luar negara, pengukuhan positif apabila perlakuan yang

baik ditunjukkan dan dendaan yang sesuai apabila berlakunya

tingkah laku negatif serta memberi penjelasan atau

memanipulasi pengalaman yang dialami oleh murid-murid untuk

menerima dengan baik suatu nilai yang dikehendaki.

4.2 Kaedah

Kaedah ialah satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan

sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran

(Ishak Ramly, 2006). Teknik pula ialah cara yang digunakan guru untuk

melaksanakan kaedah, strategi dan pendekatan. Untuk melaksanakan

pendekatan kepedulian dan pendekatan pemupukan nilai yang telah

ditentukan sebelumnya, saya memilih untuk menggunakan kaedah

nyayian, bercerita dan perbincangan untuk digunakan dalam sesi

pengajaran.

19

Page 4: Pendekatan Pendidikan Moral

4.2.1 Kaedah Nyanyian

Nyanyian merupakan salah satu daripada aktiviti pembelajaran

yang amat digemari oleh pelbagai peringkat umur terutama

murid sekolah rendah. Teknik nyanyian amat

menghiburkan pelajar dan dapat mengurangkan ketegangan

setelah berjam-jam berada di sekolah. Nyanyian lagu boleh

digunakan sebagai set induksi, sebagai isi

pembelajaran dan untuk melengkapkan aktiviti penutup.

Untuk melaksanakan kaedah nyanyian, guru perlu

memastikan murid dapat melihat lirik. Lirik boleh ditampal pada

papan hitam, diedarkan kepada murid atau dipancarkan melalui

LCD. Lebih menarik jika guru telah menyediakan rakaman lagu

supaya mudah diikuti murid. Selepas itu, murid boleh diminta

untuk membuat ulasan tentang lagu yang telah dinyanyikan.

4.2.2 Kaedah Bercerita

Bercerita merupakan satu teknik yang boleh menarik minat

kanak-kanak. Biasanya murid-murid akan lebih cepat

memberikan tumpuan terhadap penceritaan guru. Bercerita

menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik

dan berkesan. Pelbagai jenis cerita berunsur moral boleh

didapati dengan mudah daripada akhbar, majalah,internet dan

lisan. Bercerita boleh merangsangkan minda dan menimbulkan

minat murid jika guru melaksanakannya secara berkesan.

Banyak pengajaran dan nilai moral juga dapat dicungkil

daripada cerita-cerita yang mengandungi unsur moral.

Cerita yang dipilih haruslah berkaitan dengan isu moral

yang ingin disampaikan. Guru juga perlu bijak mempelbagaikan

nada suara supaya bersesuaian dengan watak yang

disampaikan dalam cerita. Kad-kad imbasan, ‘puppet’ atau

wayang kulit juga boleh digunakan kerana kanak-kanak lebih

20

Page 5: Pendekatan Pendidikan Moral

mudah tertarik jika bahan maujud digunakan oleh guru dalam

pengajaran.

4.2.3 Kaedah Perbincangan

Kaedah ini dapat menggalakkan murid untuk berbincang secara

dua hala. Di samping itu, ia memberi peluang kepada semua

murid untuk mengutarakan pendapat, saranan dan pandangan

yang bersesuaian. Secara tidak langsung, ia melatih murid

untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Kelebihan kaedah

ini ialah guru sebagai pemudahcara dan murid rasa dihargai

kerana diberi peluang.

Kaedah ini mempunyai kelebihannya dari segi murid

dapat melibatkan diri dalam kumpulan. Murid perlu memainkan

peranan yang aktif dalam mengulas, menganalisisdan memberi

idea mengenai suatu isu yang dibincangkan. Peranan guru amat

penting untuk mengagihkan murid ke dalam kumpulan

berdasarkan kebolehannya.

4.3 Kemahiran

Kemahiran dirujuk sebagai  kepintaran, kepandaian, kecekapan dalam

melakukan sesuatu. Ia juga bermaksud kemampuan untuk mencapai

dengan jayanya sesuatu yang mana memerlukan pengetahuan yang

khusus atau kebolehan tertentu.

4.3.1 Kemahiran Pembelajaran Aktif

Pembelajaran aktif merujuk kepada kaedah di mana pelajar

melakukan sesuatu termasuk memproses, mengguna dan

membuat refleksi terhadap maklumat yang diberi. Kaedah ini

berasaskan kepada dua anggapan pembelajaran secara

tabi'inya adalah satu kegiatan yang aktif dan manusia berlainan

belajar dengar kaedah yang berbeza. Elemen pembelajaran

aktif termasuk bercakap, mendengar, menulis, membaca dan

membuat refleksi. 

21

Page 6: Pendekatan Pendidikan Moral

Schon (1983) menyatakan bahawa sesuatu situasi tidak

wujud dalam keadaan yang sedia ada tetapi dibentuk daripada

peristiwa yang membingungkan, menggangu dan kurang pasti.

Pelajar mesti melakukan sesuatu untuk mencari pengertian

sesuatu situasi yang boleh dikaitkan dengan situasi atau

pengalaman sendiri.

Melalui refleksi, pelajar menggunakan pangkalan data

kognitif yang terdiri daripada contoh, imej, pengalaman dan

tindakan untuk membingkai situasi baru dan menyelesaikan

masalah (Schon, 1987).

4.3.2 Kemahiran Pembelajaran Kontekstualisme

Menurut John Dewey (1916), pembelajaran kontekstual

merupakan satu keadaan di mana pelajar akan belajar dengan

baik jika apa yang dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku

di persekitaran. Pembelajaran ini menekankan pada daya fikir

yang tinggi, pemindahan ilmu pengetahuan, pengumpulan dan

penganalisis data serta pemecahan masalah-masalah tertentu

samada secara individu atau berkumpulan.

Kontekstual dari ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris

(asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud

mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa

maksud keadaan, situasi dan kejadian.

Kaedah kontekstual adalah berasaskan maksud

kontekstual itu sendiri, di mana ia mampu membawa pelajar ke

matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan.

Ringkasnya, pembelajaran kontekstualisme ialah satu kaedah

pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan

pengalaman harian, individu, masyarakat dan alam pekerjaan.

Pembelajaran jenis ini menyediakan pembelajaran secara

konkrit yang melibatkan aktiviti ‘hands-on’ dan ‘minds-on’.

22

Page 7: Pendekatan Pendidikan Moral

PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN MORALProf. Madya Dr. Chang Lee HoonFakulti Pendidikan, Universiti [email protected] beberapa pendekatan pendidikan moral yang telah diperkenalkanmelalui pelbagai program pendidikan moral atau nilai sejak 1960an. Pendekatanpendekatanini telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moralsama ada di negara barat atau timur, termasuklah negara kita. Namun begitu, sepertiyang mungkin disedari bahawa kesemua pendekatan ini boleh dikatakan sesuai jikadiubahsuaikan mengikut konteks budaya negara kita. Oleh itu, telah menjadi satukebiasaan di mana seseorang guru mengabung beberapa pendekatan dan menggunakanpendekatan pendidikan moral secara ekeltik.Antara pendekatan yang telah diusahakan melalui pelbagai program pendidikan moralyang mungkin boleh digunakan dalam konteks Pendidikan Moral di negara kita ialah:1. Pemupukan Nilai2. Perkembangan Moral Kognitif3. Analisis Nilai4. Penjelasan Nilai5. Pendekatan Penyayang (Caring)6. Pendekatan Pembelajaran KooperatifPendekatan tersebut memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaranpendidikan moral yang seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensipenaakulan/pemikiran moral, perasaan/emosi moral dan perlakuan/ tindakan moral.1. Pendekatan Pemupukan NilaiFokus utama dalam pemupukannilai ialah menanamkan set nilai budayamasyarakat ke dalam diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya masyarakat2tersebut. Set nilai inti dianggap sebagai standard tingkah laku mural yang patutdiamalkan dalam kehidupan harian, sama ada secara peribadi atau dalam hubungannyadengan orang lain.Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan melalui cara yang berikut:(a) Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan luar negeri.(b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan yangsesuai bila berlakunya tingkah laku negatif.(c) Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau pengalaman yang dialamaioleh pelajar supaya mereka menerima dengan baiknya sesuatu nilai yangdikehendaki.Pendekatan pemupukan nilai tidak boleh dikaitkan dengan pendekatan indoktrinasi ataupropaganda yang hanya menekankan penerimaan sesuatu doktrin tanpa mengambil kirapemikiran yang rasional. Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar

23

Page 8: Pendekatan Pendidikan Moral

memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima and menghayati nilai tersebutyang berlandaskann kepada prinsip moral, Walaupun pendekatan ini mudah digunakan,ialah lebih cenderung kepada pemusatan guru dalam pengajaran dan pembelajaranpendidikan moral. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan lain yang memberipeluang yang lebih kepada pelajar melibatkan secara aktif dalam pengajaran danpembelajaran pendidikan moral.2. Pendekatan Perkembangan Moral KognitifPendekatan perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teoriperkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologiperkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini bertujuanuntuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitubermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihakyang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialahberasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.3Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilemma moral sebagai rangsangan.Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai danmemerlukan seseorang membuat pilihan nilai dan beri sebab atau justifikasi ke ataskeputusannya. Dilema moral ini boleh terdiri daripada dilemma hipotetikal (direka,kesusasteraan atau isi kandungan sesuatu disiplin) atau yang benar-benar (real-life)berlaku dalam kehidupan seseorang tersebut.Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah seperti yang berikut:(a) Mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe untuk seseorang berfikirtentang beberapa alternative dalam dilemma tersebut.(b) Membuat pilihan moral dan memberi sebab ke atas pilihan tersebut.(c) Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat pertimbanganmoral(d) Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral murid.Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajardengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulanmoral mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur)bukan keputusan (kandungan) penaakulan/pertimbangan. Oleh kerana pendekatan inilebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakanpendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekananyang setara.3. Pendekatan Analisis NilaiFokus utama pendekatan analisis nilai ialah memberi kemahiran pemikiran yanglogik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai seperti isu berkaitan denganpolisi awam (seperti keselamatan negara, dadah), hak individu dan alam sekitar.Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul dan menimbangkan fakta yangreleven sebelum membuat sesuatu keputusan.4Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang berikut.(a) Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai(b) Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai(c) Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif(d) Menguji keputusan tentative dengan situasi yang berbeza, meletakan diri kedalam situasi sebenar atau berdasarkan kepada prinsip moral yang sejagatPendekatan ini akan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses menganalisis nilaisecara objektif yang berasaskan kepada fakta yang relevan. Oleh kerana pendekatan inimenekankan kepada lebih kepada aspek kognitif berbanding dengan aspek emosi/afektifdalam proses analisis nilai, maka guru disarankan agar juga menggunakan pendekatan

24

Page 9: Pendekatan Pendidikan Moral

lain dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.4. Pendekatan Penjelasan NilaiPendekatan penjelasan nilai membimbing pelajar menyedari dan kenal pastitentang perasaan dan nilai peribadi dan orang lain sertai berkomunikasi secara terbukanilainya kepada orang lain. Pendekatan ini melibatkan penggunaan pemikiran rasionaldan kesedaran emosi diri dan orang lain dalam pembentukan sesuatu set nilaiperibadinya.Cara melaksanakan pendekatan penjelasan nilai merangkumi tiga proses menjelaskannilai kendiri seseorang individu seperti yang berikut:I Proses memilih: (i) memilih secara bebas(ii) dari pelbagai pilihan yang sedia ada(iii) menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap pilihanII Proses menghargai (iv) mengharagi setiap keputusan yang telah diambil(v) menyatakan secara terbukaIII Proses bertindak (vi) bertindak ke atas keputusan yang telah diambil(vii) sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secaraberterusan dalam kehidupannya.5Dalam mengendalikan pendekatan penjelasan nilai, guru berperanan sebagai seorangfasilitator atau pembimbing. Guru perlu menerima segala keputusan yang telah diambiloleh pelajar tanpa memihak kepada mana-mana pelajar . Masalah akan timbul sekiranyakeputusan pelajar bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia. Untukmengatasi masalah ini, guru perlu peka dan menggambungkan pendekatan ini denganpendekatan lain (seperti analisis nilai) supaya lebih membimbing pelajar membuatkeputusan yang lebih menepati aspirasi masyarakat dan negara.5. Pendekatan Penyayang (Caring)Pendekatan penyayang atau caring dalam pendidikan moral berasaskan kepadakritikan pendekatan yang memberi tumpuan kepada konsep saling pergantungan danprihatin dalam sesuatu perhubungan dan pertalian dengan orang lain. Pendekatanpenyayang ini bertujuan untuk mengekal dan mengekuhkan amalan penyayang di dalamdiri sendiri dan sesiapa sahaja seorang individu itu mempunyai perhubungan. Inibermaksud bahawa perkembangan penyayang seorang individu adalah sesuatu dalaman.Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah melalui empat aspek yang berikut.(a) Modeling - tumpuan harus diberika kepada perkembangan pelajar sebagaiseorang yang memberi sayang (carer) dan menerima sayang (cared for). Melaluiteladan, maka konsep penyayang dapat ditunjukkan dalam tingkah laku yangmereka boleh memerhati dan mengikuti.(b) Dialog - diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang denganmembimbing pelajar membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan reaksinyasebagai seorang yang dapat memberi sayang (carer) dan perhubungannya denganorang yang memberikan sayang (cared for).(c) Amali - mengadakan amali dalam menjalankan usaha penyayang bersamadengan model dewasa seperti melibatkan dalam khidmat sosial atau komuniti.(d) Pengesahan - mengesah dan menggalakkan “the best in others” dalamperhubungan antara individu.6Pendekatan penyayang ini mengembangkan tingkah laku moral yang mengekalkanprihatin/penyayang dalam masyarakat dengan cara caregiving bukan caretaking. Olehkerana pendekatan ini lebih mengutamakan prinsip penyayang (care), maka gurudisarankan supaya menggabungkan pendekatan yang mengembangkan prinsip keadilandalam pengajaran dan pembelajaran pendidian moral.6. Pendekatan Pembelajaran Secara koperatif

25

Page 10: Pendekatan Pendidikan Moral

Pendekatan pembelajaran secara koperatif akan mewujudkan suasanapembelajaran yang saling pengantungan positif di mana pelajar akan bekerja dan belajarbersama-sama untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu. Pembelajaran secarakoperatif mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang membezakan daripada aktiviti di manamurid berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti seperti yang digambarkan dalamjadual yang berikut:Jadual: Perbandingan antara pembelajaran berkumpulan secara koperatif denganpembelajaran berkumpulan yang tradisionalPembelajaran Berkumpulan SecaraKoperatifPembelajaran Berkumpulan SecaraTradisionalSaling pengantungan positif Tidak ada saling pengantungan positifAkauntabiliti individu Tidak ada akauntabiliti individuKumpulan yang heterogenous Kumpulan yang homogenouesBersama-sama memimpin Seorang pemimpin sahaja yang dilantikBersama-sama bertanggungjawab Bertanggungjawab terhadap diri sahajaPenekanan kepada tugas dan proses Penekanan kepada tugasKemahiran sosial diajar secara langsung Kemahiran sosial diajar secara implisit dankadang kala diketepikanGuru memerhati dan membimbing Guru tidak mementingkan fungsi kumpulanKumpulan menilai keberkesanan kendiri Tidak ada proses berkumpulan(Sumber: Johnson Johnson & Holubee dalam Gunter, Estes & Schwab, 1999.Instruction. A models approach (3rd ed.). Boston: Allyn and Bacon)7Pendekatan pembelajaran secara kooperatif boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktivitiyang berikut:berfikir-berpasangan-berkongsipermainanmain perananprojekjigsawPendekatan pembelajaran secara kooperatif dapat mewujudkan kepekaan terhadapperasaaan dan pandangan ahli kumpulan lain dan seterusnya kesefahaman dan salinghormat antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Segala konflik yang dihadapi olehkumpulan juga akan dapat ditangani secara bekerjasama dan bertanggungjawab bersamauntuk memastikan bahawa kumpulan berjaya. Pendekatan ini amat digalakkan dalampengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.KesimpulanPendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan adalah berasaskan kepadapelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiahindividu. Dengan menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknikpengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalampendidikan moral iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral. Selaindaripada itu, seorang guru harus mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalampembelajaran dan pembelajaran pendidian moral. Iklim atau suasana moral akan wujudjika adanya amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dan guru sendiri.RujukanAbdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan moral. Teori etika dan amalanmoral. Serdang: University Putra Malaysia.Chang Lee Hoon (2001). “Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral dikalangan pelajar tingkatan empat”. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan

26

Page 11: Pendekatan Pendidikan Moral

8kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian (m.s. 155 – 187). Kuala Lumpur: PenerbitUniversiti Malaya.Gilligan, C. (1982). In a different voice: Psychological theory and women’sdevelopment. Cambridge, MA: Harvard University Press.Narvaez, D. (2001). Community voices and character education. MinnesotaDepartment of Children, Families & Learning and University of Minnesota.Noddings, N. (1984). Caring: a feminine approach to ethics and moral education.Berkeley: University of California Press.Nucci, L. P. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: CambridgeUniversity Press.Prillaman, A.R., Eaker, D.J. & Kendrick, D.M. (eds.) (1994). The tapestry ofcaring: education as nurturance. Norwood, N.J.: Ablex Publishing Corporation.Rest, J., Narvaez, D, Bebeau, M., Thoma, S. (1999). Postconventional moralthinkihg: A neo-Kohlbegian approach. Mahwah: NJ, Erlbaum.

27