pendekatan mengajar awal membaca.docx

24
Pengenalan Pengetahuan amat penting dalam mengharungi kehidupan terutama pada zaman globalisasi. Setiap insan berilmu akan mampu bersaing dalam zaman ledakan maklumat ini. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Zumar ayat 9 yang bermaksud Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mngambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” Berdasarkan maksud ayat ini, jelaslah kepada kita hanya orang yang membaca dapat menambah ilmu serta menggunakan ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat. Memandangkan kepentingan membaca, pada peringkat awal pembacaan murid-murid diajar secara mekanis untuk menyebut huruf dan kata dengan suara yang kuat. Dalam KBSR pendekatan-pendekatan mengajar bacaan awal yang disarankan disebut sebagai pendekatan A, pendekatan B, pendekatan C dan pendekatan D. PENDEKATAN A Pendekatan A adalah kaedah campuran yang menggunakan kaedah cerakinan. Pendekatan ini dikenali juga pendekatan analisis. Pendekatan pengajaran ini adalah mendahulukan unsur yang besar, kemudian unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentukkan struktur yang besar tersebut.Dalam pendekatan ini kegiatan pra membaca dilakukan pada peringkat awal. Ia melibatkan tugas mengenalkan huruf-huruf terlebih dahulu dan kemudian dilatih menyebut bunyi huruf-huruf tersebut, Pengenalan kepada nama huruf dilakukan secara tidak langsung dan digalakkan selepas bunyi dikuasai.

Upload: cameron-rice

Post on 18-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

PengenalanPengetahuan amat penting dalam mengharungi kehidupan terutama pada zaman globalisasi. Setiap insan berilmu akan mampu bersaing dalam zaman ledakan maklumat ini. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Zumar ayat 9 yang bermaksud Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mngambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. Berdasarkan maksud ayat ini, jelaslah kepada kita hanya orang yang membaca dapat menambah ilmu serta menggunakan ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat. Memandangkan kepentingan membaca, pada peringkat awal pembacaan murid-murid diajar secara mekanis untuk menyebut huruf dan kata dengan suara yang kuat. Dalam KBSR pendekatan-pendekatan mengajar bacaan awal yang disarankan disebut sebagai pendekatan A, pendekatan B, pendekatan C dan pendekatan D.PENDEKATAN APendekatan A adalah kaedah campuran yang menggunakan kaedah cerakinan. Pendekatan ini dikenali juga pendekatan analisis. Pendekatan pengajaran ini adalah mendahulukan unsur yangbesar,kemudian unsur itudicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentukkan struktur yangbesar tersebut.Dalam pendekatan ini kegiatan pra membaca dilakukan pada peringkat awal. Ia melibatkan tugas mengenalkan huruf-huruf terlebih dahulu dan kemudian dilatih menyebut bunyi huruf-huruf tersebut, Pengenalan kepada nama huruf dilakukan secara tidak langsung dan digalakkan selepas bunyi dikuasai.

Pendekatan ini menekankan kepada kaedah pandang dan sebut dan dibantu oleh kaedah sokongan seperti kaedah suku kata dan kaedah huruf atau bunyi. Pendekatan ini boleh dilaksanakan melalui langkah-langkah berikut.

Contoha) Tunjukkan gambar

b) Tunjuk kad perkataan

baju

c) Tunjuk kad suku kata

juba

d) Gandingkan kad suku kata

e) Bunyi huruf

b (beh) a (a ) (ju); j (jeh) u (u)

f) Bunyi suku kataba jug) Membaca perkataan baju

Kaedah pandang dan sebutKaedah Pandang dan Sebut merupakan kaedah pengajaran yang memerlukan murid-murid menyebut perkataan yang disebut oleh guru terlebih dahulu setelah ditunjukkan gambar atau perkataan tersebut. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan kerana pengajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata.Menurut Juriah Long (1994) perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbasi murid-murid akan menyebut perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.Pada pendapat saya kaedah Pandang dan Sebut melibatkan dua aktiviti utama iaitu membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar dan membunyikan ayat berdasarkan gambar yang mengandungi cerita.Kaedah ini bermula dengan mengeja suku kataperkataan bermakna. Contohnya, ba + ju = baju. Proses mengeja dan membatang perkataan ini perludimulakan dengan mudah iaitu bermula dengan dua suku kata (KV+KV), kemudian dikembangkan menjadi tiga suku kata (KV+KVK) dan seterusnya menjadi empat suku kata (KV+KV+KV+KV), penggunaan diftong(V) dan konsonan berganding (K).

Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil Sebut huruf-huruf di bawah

Sebut nama-nama huruf.

Mengenal dan menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan Sebut nama huruf-huruf vokal dan konsonan

Mengenal dan menyebut pola suku kata v dan kv Sebut suku kata di bawah

Menyebut suku kata, perkataan dan frasa Sebut suku kata, perkataan dan frasa

Suku kata

Perkataan dan frasa

Membaca ayat

Guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid.

Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenal pasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad pada papan tulis berdasarkan apa yang disebut oleh guru. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.

PENDEKATAN BPendekatan ini berasaskan kaedah fonik (bunyi), digabungkan dengan kaedah suku kata serta dibantu oleh kaedah pandang dan sebut. Penggabungan kaedah ini untuk menjelaskan makna perkataan yang dipelajari. Ia dijalankan dalam bentuk binaan dan cerakinan. Pada peringkat permulaan, bunyi huruf diperkenalkan kepada murid. Tujuannya adalah untuk menarik minat murid-murid memahamkan konsep bunyi huruf. Kedua-dua bunyi lambang dianggap mudah dan murid-murid dapat mengaitkan bunyi huruf dengan bentuk huruf.Pendekatan B boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikuta) Perkenalkan huruf fonikb) Sebutkan bunyi huruf Lambang huruf dikaitkan dengan bunyi a dibunyikan aa, t tah, s ss. u uu, c) Gabungkan bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk membentuk suku kata Contoh : ba, da, tu, ka, lu, mid) Suku kata tertutupContoh:kak, tak, dak, dake) Gabungkan suku kata menjadi perkataanContoh:ka kak, ba dak

f) Membaca perkataankakak, badakg) Membaca ayatContoh Ini kakak, itu badak

Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod(lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat.

Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa.

Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris.Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara simbol (huruf) dan bunyi (grapheme phoneme relationship) supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, tetapi diajar bunyi-bunyi huruf. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya a dibunyikan aa, t tah, s ss. u uu, z zz, dan sebagainya. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ba, da, tu, ka, lu, mi dan sebagainya. Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataanperkataan dada, batu, kata, lalu, dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang mudah.Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik,(iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara huruf dan bunyinya), dan oleh sebab suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataanperkataan Melayu.Sekurangkurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan kaedah lain.

Kelebihan Kaedah Fonetik.

Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh murid.Penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat.Murid dapat mengurangkan beban memori.Terdapat huruf-huruf tertentu yang lebih mudah boleh diperkenalkan dahuluDi antara kekuatan fonetik ialah jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa.Bagi kaedah fonetik juga kanakkanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan

Kelemahan Kaedah Fonetik

1.Murid-murid lembap tidak sesuai belajar mengikut kaedah ini.2.Sesuai untuk murid-murid yang pandai.3.Persiapan awal oleh murid perlu dilakukan sebelum aktiviti membaca.4.Murid hendaklah mengetahui bunyi dan bentuk huruf terlebih dahulu.5.Kaedah ini lebih sesuai digunakan kepada murid yang telah mahir menyebut dan mengingat bunyi huruf yang telah diajarkan.6. Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-muridmenghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Biasanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelummereka membaca perkataan-perkataan

Rumusan Kaedah Fonetik.Kaedah Fonetik menggunakan bunyi-bunyian vokal dan konsonan untuk memperkenalkan perkataan. Contohnya bunyi vokal untuk e merupakan furuf vokal untuk perkataan emak. Contoh huruf konsonan pula iaitu huruf l boleh dikaitkan dengan objek lori. Maka, murid akan mengingati bunyi-bunyian vokal dan konsonan itu untuk dikaitkan dengan perkataan dan objek yang lain.

PENDEKATAN CPendekatan ini juga disebut pendekatan bunyi kata. Ia berdasarkan perkara-perkara berikut.a) Sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistematik dan fonemik.b) Suku katanya adalah jelas dan mudah.c) Perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan telah pun diketahui maknanya oleh kebanyakan murid.Pendekatan ini mencadangkan murid-murid diperkenalkan dengan bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan dan kemudia terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna.Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) bagi pengajaran awal Bahasa Melayu berbeza dengan pendekatan fonik/abjad atau seluruh perkataan dalam bahasa Inggeris. KGBK berasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam Bahasa Melayu, yang tidak terdapat dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Bahasa Cina.

a) Ia mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang sistematik dan fonemik: maksudnya, setiap huruf mewakili satu bunyi, kecuali huruf e, di mana terdapat dua bunyi. Misalnya, huruf a bunyinya aa, huruf b bunyinya bh, c bunyinya ch, d bunyinya dh, m bunyi mm dan sebagainya. Hanya e mempunyai dua bunyi, iaitu e taling seperti dalam perkataan emak, enam dan e pepet seperti dalam ekor dan elok.

b) Suku kata Bahasa Melayu jelas, misalnya ba tu,ka ki, ma kan, ka kak, i tu, i tik, se ko lah, jam ba tan, bu nga, ta nya pe nyu su ngai pan tai, kam pung, per ja la nan dan sebagainyac) Tatabahasa Bahasa Melayu lebih mudah berbanding dengan tatabahasa Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Misalnya dalam Bahasa Melayu tidak ada perbezaan bentuk bagi gender (laki- laki atau perempuan) untuk menyatakan banyak (plural), untuk menyatakan perbezaan waktu(past tense, present tense) seperti dalam bahasa Inggeris.Dengan itu pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak (atau kepada sesiapa saja yang mula belajar Bahasa Melayu) boleh dibuat dengan menggabungkana) pengajaran bunyi asas (fonem) beberapa huruf vokal a i u dan bunyi satu atau dua huruf konsonan, misalnya bunyi b, untuk membentuk bunyi suku kata ba bi bu, danb) terus membaca perkataan mudah baba, bibi, bubu, ubi, ibu abu, dan frasa seperti bubu baba, ibu abu yang bermakna, dalam satu atau dua pelajaran saja.Bila kita gabungkan bahagian (a) dan (b) di atas, iaitu mengabung bunyi dengan terus membentuk perkataan dan membacanya, kita sudah mengguna apa yang dipanggil kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), kerana dalam satu set pengajaran-pembelajaran, bunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi perkataan dan dibaca.Dalam kaedah ini murid diberi asas kemahiran untuka) mengesan (attack) sesuatu perkataan, dengan melihat bunyi hurufnya dan suku katanya, jika ia tidak tahu membacanya. Ini penting untuk memberi kemahiran atau kecekapan mereka membaca sendiri perkataan baru. Misalnya setelah murid boleh membaca suku kata ba bi bu dan ca ci cu dan boleh membaca perkataan cucu, baca, cuci mereka sendiri akan boleh membaca cuba dan bucu.b) membaca perkataan yang bermakna serentak dalam suatu pelajaran. Dengan ini mereka mendapati proses belajar membaca itu memberi makna dan berguna. Kajian kami menunjukkan kebanyakan murid bermotivasi untuk mencuba lagi membaca setelah mereka mula tahu membaca beberapa patah perkataan begini.Langkah-langkah asas dalam pengajaran pendekatan bunyi kataa) Perkenalkan huruf vokala, e, i, o, ub) Perkenalkan bunyi huruf konsonanHuruf selain darpada huruf vokalc) Menggabungkan bunyi konsonan dan vokalba, bi, bu, be, boka, ki, ku, ke, kod) Mencantumkan suku kata menjadi perkataan.bu + ku = buku, bu + ka = bukae) Membaca ayatkuku kakiPendekatan ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran-pembelajaran dan peningkatan kemahiran membaca dibuat secara berturutan (sequential) dan berkembang (developmental). Contohnya adalah seperti dalam buku saya Mari Membaca, Utusan Publications, 1982, dan Mudah Membaca Bahasa Melayu, Fajar Bakti, 1990; dan buku Bahasa Malaysia, siri Genius, beserta Panduan Guru, Fajar Bakti, 2003, untuk pra sekolah, dan buku Ceria 2M terbitan Ilmu Bakti.Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) menyatakan bahawa kita boleh menggabungkan proses mengajar mengenal bunyi-huruf dengan membina-dan-membaca perkataan dalam satu atau dua pelajaran, dan kanak-kanak terus membaca perkataan, frasa atau ayat. Ia digubal atas keistimewaan yang terdapat dalam sistem ejaan Bahasa Melayu, di mana sistem ejaannya fonemik dan sistematik, suku katanya jelas, dan tatabahasanya yang mudah berbanding dengan sistem ejaan yang celaru dan tatabahasa yang lebih kompleks dalam Bahasa Inggeris.

PENDEKATAN DPendekatan ini berdasarkan prinsip sintesis atau membina iaitu menyusun bahagian-bahagian kecil menjadi besar. Keadah yang terkandung dalam pendekatan ini ialah kaedah abjad atau kaedah mengeja, kaedah bunyi huruf dan kaedah suku kata.

Langkah-langkah asas dalam pengajaran pendekatan Da) Tunjukkan kad gambar

b) Namakan huruf tunggal yang terlibatb a t u

c) Perkenalkan kad suku katatuba

d) Perkenalkan kad perkataanbatu

e) Mambaca ayatIni batu.

Pendekatan SintesisPendekatan bacaan bagi pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsur yang lebih besar. Murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan suku kata, perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita.Suku kataperkataanHuruf-huruf

Contohnya untuk mengajar;Adik ada baju meraha) Perkenalkan huruf a, b, c, d sehingga z

b) Perkenalkan suku kata ba, a, dik, ju, rah, me, dac) Perkenalkan perkataan baju, adik, merah, adad) Perkenalkan rangkai kataBaju merah, adik adae) Perkenalkan ayatAdik ada baju merah.

Prinsip Kaedah Abjad

RujukanIsahak Haron (1990), Mengajar Membaca Peringkat Awal. Dalam Safiah Osman (ed). Membaca: Satu Pengenalan, Berita Publishing, Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1991), Pedoman umum ejaan rumi Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.