modul pendidikan awal kanak-kanak perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik...

63
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PAKKD2033 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018 PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

Upload: phamquynh

Post on 03-May-2019

297 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PAKKD2033 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)

MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

Page 2: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

i

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cetakan November 2018

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 3: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

ii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak Pengarang

i

Kandungan ii Panduan Pelajar iii Pengenalan iv Agihan Tajuk Kursus v

UNIT 1 KONSEP DAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PAKK

1

UNIT 2 KONSEP PEMBELAJARAN PERMATA 8

UNIT 3 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PAKK TASKA DAN TADIKA

23

UNIT 4 STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PAKK

35

UNIT 5 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PENGAJARAN 40 Bibliografi 56 Panel 58 Simbol 59

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 4: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

iii

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri. SASARAN KURSUS Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran. SUSUNAN UNIT MODUL Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit

2. Sinopsis

3. Kandungan Unit

4. Penulisan berkaitan kandungan unit

5. Latihan

6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

PANDUAN PELAJAR

Page 5: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

iv

PENGENALAN Kursus ini memberi tumpuan tentang konsep dan prinsip pengajaran dan pembelajaran, elemen pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak, pendekatan, strategi, teknik, penggunaan Teknologi Digital serta perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Hasil Pembelajaran 1. Menghuraikan konsep, prinsip, elemen serta pendekatan pengajaran dan

pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.

2. Menyediakan perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat.

3. Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan berdasarkan kurikulum dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Page 6: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

v

AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna

Modul ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Sejumlah 40% dari tajuk tertentu

dalam MK diajar kepada pelajar melalui interaksi bersemuka. Manakala 40% diajar

melalui modul sepenuhnya dan 20% lagi diajar secara bersemuka dalam talian. Jadual

di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk interaksi bersemuka, pembelajaran melalui

modul dan atas talian.

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM

INTERAKSI

BERSEMUKA

60%

KESELURUHAN

45 JAM

KULIAH/

TUTORIAL/

AMALI

40%

18 JAM

DALAM

TALIAN

20%

9 JAM

MODUL

40%

18 JAM

1. Konsep dan prinsip pengajaran dan pembelajaran dalam PAKK.

Konsep pengajaran dan pembelajaran PAKK. (K/M)

Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (K/M)

6

3 3

2. Konsep pembelajaran PERMATA

Belajar sambil bermain(M)

Pembelajaran 3E (Exploring, Experimenting, Experiencing) (K)

8

4 4

3. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran PAKK Taska dan Tadika.

Pendekatan Belajar Melalui Bermain. (M)

Pendekatan Bertema. (K/M)

Pendekatan Bersepadu. (K)

Pendekatan Projek. (DT)

Pembelajaran masa

14

4

5

5

Page 7: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

v

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM

INTERAKSI

BERSEMUKA

60%

KESELURUHAN

45 JAM

KULIAH/

TUTORIAL/

AMALI

40%

18 JAM

DALAM

TALIAN

20%

9 JAM

MODUL

40%

18 JAM

kini

Pembelajaran bermakna (Deep learning). (K)

Kontemporari Pembelajaran Abad 21. (M)

Education 4.0 (M/DT)

4. Strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran PAKK.

Pengelolaan aktiviti kelas, kumpulan dan individu(K/M)

Teknik pengajaran dan pembelajaran. (K/DT)

8

3 1

4

5. Perancangan dan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Pembinaan Bahan Bantu Mengajar. (K/M)

Perancangan Pengajaran dan pembelajaran. (K/M)

Melaksanakan aktiviti Pengajaran dan pembelajaran mikro dan makro. (DT)

9

4

3

2

JUMLAH 45 JAM 18 JAM 9 JAM 18 JAM

Nota: K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian

Page 8: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

Hasil pembelajaran Unit

Pada akhir tajuk ini, pelajar dapat:

i. Menghuraikan konsep pengajaran dalam pendidikan awal kanak- kanak. ii. Menghuraikan konsep pengajaran dalam pendidikan awal kanak- kanak. iii. Menjelaskan prinsip pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan

awal kanak- kanak.

Sinopsis

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai konsep, prinsip

dan elemen pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak. Di

samping pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga turut dibincangkan dalam

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

KERANGKA TAJUK

1.1 Pengenalan

1.2 Konsep pengajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

1.3 Konsep pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

1.4 Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran 1.5 Kesimpulan 1.6. Latihan

UNIT 1

KONSEP DAN PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PAKK

Page 9: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

2

1.0 Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak

1.1 Pengenalan

Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak

tersebut dari waktu dilahirkan sehinggalah ke umur lapan tahun. Menurut ‘The

National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau

Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, istilah awal

kanak-kanak merujuk pendidikan awal kanak-kanak yang memerlukan segala

program pendidikan seperti memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada

kanak-kanak tersebut seawal dari lahir hingga ke umur lapan tahun. Pendidikan

awal kanak-kanak adalah sangat penting dalam perkembangan dan

pembangunan seseorang kanak-kanak itu. Umum mengetahui, sekiranya

seorang kanak-kanak itu mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka

diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan

dilalui pada peringkat yang lebih tinggi dan juga kerjayanya di masa hadapan.

1.2 Konsep Pengajaran

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu

pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian,

bimbingan dan penilaian. Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan

menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan

standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk

belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi optimum. Pengajaran

boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan

pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.

Faktor terpenting dalam pengajaran ialah guru perlu menilai keperluan–

keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasi strategi-strategi serta

aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Walaubagaimanapun pengajaran

membawa maksud yang meluas iaitu :

Pengajaran ialah menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang

hayat.

Menghormati kanak-kanak dan remaja.Berkongsi pengetahuan.

Membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang.

Menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid.

Menghadapi cabaran diri dan profesional.

Menyalurkan budaya dan nilai nasional.

Page 10: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

3

Seterusnya pengajaran juga ditarikan sebagai semua perkara yang diajar oleh

guru dalam usaha untuk membantu kanak-kanak memperoleh ilmu, kemahiran,

nilai-nilai dan sikap yang baru dengan menggunakan kaedah dan pendekatan

pengajaran yang berbeza. Antara perkara yang diambil kira dalam pengajaran

kanak-kanak ialah:

i. Kanak-kanak (latar belakang)

ii. Isi kandungan

iii. Pendekatan, kaedah dan teknik

iv. Persekitaran bilik darjah.

1.3 Konsep Pembelajaran

Slavin mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan dalam seseorang

individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan

dan semua pembelajaran ini berkait rapat dengan pengalaman. Pembelajaran

tidak semestinya terhad di sekolah.

Pembelajaran boleh berlaku dalam pelbagai cara sama ada disengajakan

atau tidak. Murid sentiasa belajar tetapi guru lebih mengutamakan pengetahuan,

kemahiran dan konsep-konsep yang boleh digunakan oleh murid pada masa

depan. Walaubagaimanapun, pembelajaran membawa maksud yang meluas

antaranya :

Mengikut Hill (2002) pembelajaran berlaku apabila pengalaman

menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan

atau tingkah laku seseorang. Perubahan ini mungkin secara sengaja atau

tidak sengaja, untuk lebih baik atau lebih buruk, betul atau salah dan

sedar atau tidak sedar.

Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (TeukuIskandar, 1986)

yang berlaku dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk,

pembelajaran melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian

pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan tingkah laku.

Bagi Gagne, pembelajaran merupakan perubahan dari segi

kecenderungan atau kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa

yang panjang dan bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses

pertumbuhan seseorang.

Page 11: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

4

1.4 Prinsip Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Awal Kanak- Kanak

Prinsip merupakan hukum atau asas yang menjadi dasar pemikiran ataupun

tindakan sesuatu perkara. Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran

prasekolah bermaksud hukum atau asas dalam mendidik kanak-kanak berumur

empat hingga enam tahun. Terdapat beberapa prinsip-prinsip asas yang perlu

ditekankan dalam prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah tetapi dengan

berdasarkan tajuk tugasan, kami akan menekankan kepada tiga prinsip-prinsip

perkembangan kanak-kanak iaitu :

i. Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh.

Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan

kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang perlu diberi

pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana

pengalaman prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak

seterusnya. Justeru, program prasekolah perlu menjamin perkembangan

intelektual, sosial, akhlak, emosi dan jasmani kanak-kanak dijalankan dengan

sebaiknya supaya kanak-kanak boleh berkembang secara optima.

Perkembangan menyeluruh bermaksud perkembangan kanak-kanak dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelek atau kognitif. Dalam pengajaran dan

pembelajaran, semua aspek ini adalah saling berkait. Contohnya, kanak-

kanak menyanyi lagu bertemakan binatang akan melibatkan fungsi jasmani

seperti pergerakan, emosi seperti menyanyi dengan penuh semangat, rohani

seperti menghayati, dan intelektual seperti berfikir di samping melibatkan

aspek seperti sosial dan kreatif terutama dalam berkumpulan. Oleh itu, guru

perlu fokus pada perkembangan kanak-kanak hendaklah secara menyeluruh

bukannya terpisah dan pelaksanaan kurikulum prasekolah dapat membantu

bagi mencapai aspek ini.

ii. Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan yang standard.

Perkembangan kanak-kanak adalah berurutan dan perubahan

perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza-beza daripada semasa

ke semasa mengikut aturan yang tertentu. Semua kanak-kanak akan

menghadapi corak perkembangan yang sama yang meliputi semua aspek

perkembangan. Dalam perkembangan kanak-kanak, urutan standard yang

berlaku didapati berkait rapat dengan pergerakan seorang kanak-kanak.

Contohnya, untuk bergerak dari satu ke satu tempat yang lain, bayi mulanya

Page 12: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

5

belajar mengangkat kepala, kemudian mereka akan untuk duduk, berdiri

dengan bantuan yang ada disekeliling mereka, merangkak, berdiri tanpa

bantuan, kemudian berjalan dan berlari.

Selain itu juga, kanak-kanak yang mula belajar memegang pensil dan

menulis di atas kertas akan cuba membentukkan cakaran sebelum mula

menulis. Kemudian, kanak-kanak akan beralih kepada pengulangan

pergerakan, membentuk daripada satu huruf kepada perkataan,

menggabungkan huruf untuk tujuan mengeja sehingga menjadi pelbagai

ejaan yang standard.

Perubahan yang berlaku terhadap kanak-kanak selalunya tidak akan sama

keadaannya. Seorang kanak-kanak selalunya memerlukan sama ada lebih

ataupun kurang masa bagi mencapai sesuatu perubahan tingkah laku.

Kanak-kanak berkemungkinan akan bergerak ke hadapan dan ke belakang

sedikit, dan akan ke depan semula. Ada juga kanak-kanak yang mungkin

tidak mengikut urutan seperti sedemikian kerana tidak sesuai dengan

keadaanya dan perkembangan kanak-kanak juga adalah berbeza-beza.

iii. Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza sama ada

dalam dirinya sendiri (interpersonal) ataupun antara kanak-kanak lain

(intrapersonal).

Setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza-beza

peringkatnya, ini adalah kerana setiap kanak-kanak berkembang mengikut

masa biologikalnaya sendiri, kerana tidak semua kanak-kanak mencapai titik

perkembangan yang sama pada umur yang sama. Antara faktornya adalah

faktor kelahiran. Mereka mungkin lahir pada tahun yang sama tetapi bulan

yang berlainan. Oleh sebab itu, kanak-kanak ketika dialam prasekolah,

mereka tidak mempuyai pemikiran dan keserasian yang sama, mereka

berbeza sekali dan oleh itu juga guru tidak sepatutnya memarahi mereka

dengan alasan yang tidak betul.

Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi,

kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Menurut Ee Ah Meng (2005),

prinsip perkembangan kanak-kanak dapat dikelaskan kepada 8 bahagian.

Prinsip yang pertama ialah mengikut arah tertentu. Arah -arah itu seperti arah

Page 13: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

6

kepala ke kaki (cephalocaudal) yang mana struktur dan fungsi berlaku di

bahagian kepala terlebih dahulu sebelum bahagian badan dan kaki. Arah

kedua ialah arah tengah ke tepi (proximodistal). Perkembangan berlaku dari

bahagian tengah menghala ke bahagian luar badan dan ke bahagian hujung

anggota. Prinsip kedua ialah berlaku secara berterusan yang mana

perkembangan berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga mati.

Perkembangan ini juga berlaku pada kelambatan atau kecepatan yang

berbeza-beza. Prinsip yang ketiga adalah susun atur yang tersendiri. Corak

perkembangan bayi adalah sama daripada satu peringkat ke peringkat yang

lain. Sebelum berjalan, lazimnya seorang kanak-kanak berdiri terlebih

dahulu.

1.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak

dalam mencapai perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dari aspek

kognitif, bahasa, fizikal, sosial dan emosi yang optimum, begitu juga dalam

mencapai perkembangan kanak-kanak mengikut urutan standard serta

perkembangan kanak-kanak mengikut urutan yang berbeza-beza. Jadi, guru

mestilah merancang aktiviti untuk murid-murid dengan efektif sebagaimana yang

telah disarankan. Selain itu, guru perlulah membimbing murid-murid dengan

sebaiknya untuk mencapai semua aspek perkembangan ini.

Page 14: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

7

1.6 Latihan

Perincikan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk kepada prinsip-prinsip berikut :

Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh

Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan yang standard.

Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza sama ada

dalam dirinya sendiri (interpersonal) ataupun antara kanak-kanak lain

(intrapersonal).

LATIHAN

Rujuk laman web http://www.ship.edu/~cgboeree/bandura.html Untuk maklumat tambahan.

Page 15: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

8

Hasil pembelajaran Unit

Pada akhir tajuk ini, pelajar dapat:

i. Menghuraikan konsep, prinsip, elemen serta pendekatan belajar sambil bermain dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak.

ii. Melaksanakan aktiviti belajar sambil bermain dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak. iii. Menjelaskan kaedah 3E dalam pengajaran dan pembalajaran pendidikan awal

kanak-kanak. Sinopsis

Pembelajaran Permata berkonsepkan tiga elemen yang utama iaitu menyeronokkan,

bermakna dan fleksibel. PERMATA Negara memberi tumpuan kepada pendekatan

belajar sambil bermain sebagai salah satu pendekatan untuk pembelajaran kanak-kanak

umur 0-4 tahun. Bermain dijadikan sebagai teras dalam pembelajaran untuk keenam-

enam bidang pembelajaran PERMATA. Di samping itu kaedah 3E (Exploring,

Experimenting, Experiencing) juga menjadi teras pedagogi yang turut diberikan

penekanan dalam kurikulum PERMATA Negara.

KERANGKA TAJUK

2.1 Pengenalan

2.2 Konsep Belajar Melalui Bermain 2.3 Jenis-jenis Permainan 2.4 Kepentingan Bermain 2.5 Peranan Guru Prasekolah dalam Menjayakan Aktiviti Belajar Sambil Bermain 2.6 Pelaksanaan Aktiviti Belajar Sambil Bermain 2.7 Faktor Keberkesanan Aktiviti Belajar Sambil Bermain 2.8 Kesimpulan 2.9 Latihan

UNIT 2

KONSEP PEMBELAJARAN PERMATA

Page 16: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

9

2.0 Bermain Sambil Belajar

2.1 Pengenalan

Bermain boleh didefinisikan sebagai perbuatan atau tingkah laku terhadap sesuatu kerja

yang melibatkan proses penerokaan, penemuan, pemahaman, penjelmaan tingkah laku

spontan yang memberi kesan terhadap penguasaan fizikal, idea, motivasi dan perasaan

(Sheridan 2011, Sharifah et al. 2009 dan Moyles 2005). Penerokaan kanak-kanak

tentang dunia di sekeliling mereka dapat dipelajari dengan lebih berkesan melalui

bermain. Hal ini kerana sesuatu pembelajaran itu dapat diterima dengan baik apabila

keperluan dan sifat semula jadi mereka dipenuhi. Aktiviti bermain sememangnya

memberi keseronokan dan sangat diminati kanak-kanak selaras dengan fitrah mereka.

Oleh sebab itu, pendekatan belajar sambil bermain juga turut disarankan dalam

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

2.2 Konsep Belajar Sambil Bermain

Kepentingan penggunaan konsep bermain pada peringkat kanak-kanak telah disokong

dan diakui oleh penyelidik-penyelidik dari pelbagai bidang termasuklah psikologi,

pendidikan, falsafah, sosiologi dan juga kesihatan. Hal ini kerana, dalam kehidupan

kanak-kanak, bermain merupakan faktor penting dalam membantu proses pembelajaran

dan perkembangan. Proses meningkatkan kualiti dalam aktiviti bermain kanak-kanak

dapat dijalankan melalui pemahaman konsep bermain yang sebenar. Penelitian tentang

konsep bermain yang sebenar dapat dilihat menerusi keberkesanan aktiviti bermain

yang dijalankan terhadap kanak-kanak. Antara konsep belajar melalui bermain yang

perlu difahami oleh setiap pengamal pendidikan dan juga ibu bapa ialah :

1. Bermain merupakan sesuatu yang memberi keseronokan dan kegembiraan serta

peluang kepada kanak-kanak untuk melahirkan perasaan. Malah sesuatu

permainan dikatakan bermain apabila ia mampu memberi keseronokan kepada

kanak-kanak.

2. Aktiviti bermain yang ditekankan dalam konsep pendidikan yang bermakna juga

melibatkan aktiviti yang menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan

kemahiran secara semulajadi dan spontan. Hal ini penting kerana ingatan

terhadap pembelajaran dan pengalaman bermain itu kemudiannya dapat

dikaitkan dalam pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada

untuk membina pengetahuan dan kemahiran yang baru. Situasi ini bertepatan

dengan teori Piaget iaitu proses asimilasi yang mengadaptasi pengetahuan

Page 17: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

10

baharu kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Oleh itu kanak-kanak

juga dapat mengaitkan sebab akibat bagi sesuatu perkara. Senario juga sudah

tentu memberi kredit kepada kualiti bermain semasa sesi pembelajaran kanak-

kanak.

3. Konsep belajar melalui bermain juga merujuk kepada aktiviti yang membenarkan

kanak-kanak memenuhi keperluan perasaan ingin tahu, di samping

meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka. Ini kerana

melalui aktiviti belajar melalui bermain wujudnya penerokaan, percubaan, dan

peningkatkan penguasaan kemahiran. Apabila kanak-kanak sendiri melibatkan

diri secara aktif semasa bermain akan mendorong mereka untuk berfikir bagi

mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat

interpretasi dan membuat kesimpulan.

4. Selain itu, belajar melalui bermain juga merangsang kanak-kanak untuk memberi

tumpuan dan pemerhatian. Ini kerana menerusi pendekatan ini kanak-kanak

akan diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang menyeronokkan.

Oleh itu, kanak-kanak akan mudah memahami sesuatu perkara apabila mereka

terlibat secara langsung dalam aktiviti tersebut.

5. Konsep belajar melalui bermain juga dapat dilihat apabila ia membantu murid

mengembangkan pertumbuhan dari segi kognitif dan psikomotor. Selain itu,

aktiviti bermain juga dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari

aspek sosial, kognitif, afektif dan motor.

6. Di samping itu, bermain juga seharusnya memberi peluang kepada kanak-kanak

untuk mencuba idea sendiri. Kualiti bermain juga dapat dilihat apabila ia mampu

meningkatkan keyakinan kanak-kanak. Keyakinan kanak-kanak dapat

ditingkatkan apabila mereka diberi peluang untuk membina kefahaman tentang

sesuatu perkara tanpa ada unsur paksaan. Oleh itu, mereka lebih yakin untuk

melontarkan idea sendiri dan berani untuk menyelesaikan masalah menghadapi

cabaran dalam situasi baru.

7. Konsep belajar melalui bermain juga merangkumi aspek sosial dan interaksi

kanak-kanak semasa bermain. Kemahiran sosial merupakan salah satu

kemahiran yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Page 18: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

11

8. Aktiviti yang memberi kebebasan dan berpusatkan kanak-kanak serta terancang

dan selamat juga merupakan salah satu konsep belajar melalui bermain. Aktiviti

bermain wujud dengan pilihan kanak-kanak itu sendiri tanpa paksaan. Oleh yang

demikian mereka belajar untuk bertanggungjawab kepada pilihan mereka.

9. Konsep belajar melalui bermain juga merujuk kepada permainan yang memberi

motivasi intrinsik. Motivasi intrinsik adalah motivasi dalaman yang wujud dalam

diri kanak-kanak itu sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor sosial, motivasi luaran

atau faktor-faktor yang lain. Semasa bermain, kanak-kanak didorong oleh

motivasi intrinsik dalam menentukan tindak balas untuk meneroka dan

menyelesaikan tugasan yang diberi.

2.3 Jenis-Jenis Permainan

Di prasekolah aktiviti bermain merupakan salah satu aktiviti yang kerap dijalankan dalam

mengimplimentasikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini kerana bermain

merupakan fitrah semulajadi kanak-kanak dan sesi pembelajaran akan lebih menarik

dengan adanya aktiviti bermain. Untuk itu setiap guru perlu mengetahui jenis-jenis

permainan sekiranya mereka ingin melaksanakan pendekatan belajar melalui bermain.

Jenis-jenis permainan yang perlu diketahui oleh guru antaranya ialah seperti berikut :

a. Permainan fizikal

Merupakan permainan motor yang berupaya meningkatkan kemahiran motor kasar dan

motor halus. Melalui aktiviti fizikal, kemahiran motor yang melibatkan pergerakan otot-

otot kasar dan halus dapat dikembangkan. Permainan motor kasar melibatkan aktiviti

seperti berlari, melompat, memanjat, mengimbang dan bergolek serta berguling. Pada

kebiasaannya aktiviti motor kasar kerap dijalankan di luar kelas. Manakala permainan

motor halus pula melibatkan aktiviti bermain dengan objek-objek kecil seperti menguntai,

mengoyak, mengutip, menampal, mencantum dan mengasingkan objek kecil mengikut

ciri tertentu. Kemahiran motor halus memerlukan kemahiran koordinasi mata dan tangan

di samping kemahiran memanipulasi dan berfikir. Kebiasaannya aktiviti yang berkaitan

dengan motor halus adalah berorientasikan permainan yang menggunakan deria seperti

aktiviti bermain air, pasir dan bahan pelbagai tekstur. Menerusi permainan ini kanak-

Page 19: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

12

kanak dapat mengasah daya cipta dan kreativiti mereka, contohnya seperti aktiviti

mengayam, bermain lego dan origami.

b. Permainan Kognitif

Permainan kognitif adalah merujuk kepada aktiviti permainan yang berorientasikan

penggunaan daya kognisi untuk mendapatkan maklumat. Kanak-kanak akan mengenal

pasti, mengamati, menyiasat dan mengingati pengalaman lepas serta membina

pengalaman baru berdasarkan maklumat yang diperolehi semasa bermain. Semasa

bermain, kanak-kanak menggunakan pemikiran untuk melakukan aktiviti secara

berulang, berimaginasi, mencipta sesuatu dan mematuhi peraturan. Menurut ahli

psikologi Smilansky terdapat beberapa kategori permainan kognitif yang boleh

digunakan untuk mengukur keupayaan kognisi kanak-kanak. Kategori tersebut adalah

seperti berikut :

i. Bermain Secara Fugsian (Functional Play)

Permainan yang meneroka fungsi sesuatu objek. Permainan ini juga merupakan

aktiviti motor yang dilakukan oleh kanak-kanak secara berulang bagi menguasai

dan memahami sesuatu konsep dengan baik. Peringkat bayi aktiviti bermain

kerap dijalankan secara berulang dan kanak-kanak belajar fungsi atau kegunaan

sesuatu objek. Penerokaan fungsi objek tersebut seterusnya dapat dijadikan

panduan untuk digunakan bagi aktiviti permainan yang lebih mencabar. Antara

contoh aktiviti bermain secara fungsian ialah menggoncang objek, menuang air,

menggunakan alat muzik dan membaling objek.

ii. Permainan Konstruktif (Constructive Play)

Permainan ini memerlukan kanak-kanak untuk membina dan mencipta serta

menghasilkan sesuatu dengan objek dengan menggunakan kemahiran sedia

ada mereka. Menurut Piaget menerusi permainan ini kanak-kanak dapat belajar

pelbagai konsep kuantitatif dan ruang. Antara contoh permainan konstruktif ialah

perminan bongkah, doh, pasir, kotak dan sebagainya. Melalui permainan ini

kanak-kanak akan membina sesuatu untuk membentuk objek seperti bangunan,

rumah dan kapal terbang. Pengalaman melalui aktiviti permainan fungsian turut

membantu dalam meningkatkan kemahiran mereka semasa bermain permainan

konstruktif.

Page 20: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

13

iii. Permainan Dramatik (Dramatic Play)

Permainan yang berorientasikan lakonan dan memberi peluang kepada kanak-

kanak untuk memahami dunia sebenar berdasarkan minat dan keinginan

mereka. Menerusi permainan ini kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran

interaksi dan komunikasi dengan lebih berkesan semasa lakonan serta

mewujudkan hubungan sosial di antara kanak-kanak. Selain itu, permainan ini

juga merupakan salah satu saluran untuk kanak-kanak mempamerkan emosi

dan memahami emosi orang lain di samping memberi faedah dari segi

perkembangan bahasa, fizikal, kognitif, sosial dan emosi.

iv. Permainan Berperaturan (Games with Rules)

Kebiasaannya permainan ini dijalankan secara berkumpulan dan dilaksanakan

berdasarkan penerimaan bersama anggota kumpulan. Piaget (1962)

menyifatkan permainan berperaturan adalah akitviti yang mempunyai ciri logikal

dan sistematik. Permainan ini didasari kepada peraturan yang perlu diikuti oleh

satiap ahli kumpulan. Untuk itu, ia memerlukan kanak-kanak untuk berfikir secara

abstrak dan sikap bekerjasama adalah sangat penting bagi menjayakan

permainan ini. Menerusi permainan ini kanak-kanak belajar tentang konsep

bekerjasama, bertolak ansur, berinteraksi serta peraturan sosial. Permainan ini

biasanya dilakukan oleh kanak-kanak yang dewasa atau setelah kanak-kanak

mencapai tahap pemikiran secara abstrak bagi mematuhi perturan yang telah

ditetapkan.

c. Permainan Sosial

Berdasarkan ahli psikologi Mildred Parten (1932) permainan sosial kanak-kanak di

antara umur 2 tahun hingga 5 tahun terdiri daripada beberapa kategori (Stephanie et.al

2013) seperti berikut :

i. Bermain tanpa Penglibatan (Unoccupied Play)

Kategori ini memperlihatkan kanak-kanak bermain dan bergerak dari satu

tempat ke satu tempat dan bertindak sebagai pemerhati sahaja tanpa

terlibat dengan permainan tersebut.

Page 21: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

14

ii. Bermain Bersendirian (Solitary Play)

Kanak-kanak bermain seorang diri dan tidak terlibat serta tidak

menghiraukan rakan-rakan di sekeliling.

iii. Bermain Sambil Memerhati (Onlooker Play)

Kanak-kanak hanya memerhati dan berdiri berhampiran dengan

rakannya yang sedang bermain, akan tetapi tidak turut sama bermain.

iv. Bermain Secara Selari (Parallel Play)

Kategori ini menunjukkan aktiviti bermain kanak-kanak secara

berseorangan dengan menggunakan peralatan dan cara yang sama

dengan rakan sepermainan tetapi mereka tidak berinteraksi di antara satu

sama lain.

v. Bermain Secara Turut Serta (Associative Play)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula berinteraksi dan berkongsi alat

permainan tetapi tidak mengikuti aktiviti main yang sama.

vi. Bermain Secara Kerjasama (Cooperative Play)

Kanak-kanak lebih matang dengan peningkatan umur dan boleh bermain

bersama-sama serta berkongsi aktiviti yang sama.

d. Permainan Simbolik

Permainan simbolik juga dikenali sebagai permainan fantasi. Permainan simbolik

mengajar kanak-kanak kemahiran berimaginasi. Permainan ini dilakukan sama ada

dengan menggunakan peralatan atau tanpa peralatan. Ianya dilakukan secara simbolik

dan mengikut imaginasi kanak-kanak. Semasa bermain simbolik kanak-kanak dapat

memahami dunia persekitaran mereka dan belajar menggambarkan suasana serta

karekter berdasarkan imaginasi dan pengalaman mereka. Selain itu, permainan ini juga

meningkatkan kreativiti kanak-kanak dengan mengubah idea menjadi fantasi. Mereka

juga turut menggunakan bahasa untuk menyatakan idea dan konsep yang tersendiri

berdasarkan keinginan mereka.

Page 22: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

15

Lakonan dalam permainan simbolik menunjukkan kanak-kanak berangan-angan

menjadi orang lain dan cuba melakukan sesuatu dalam situasi baru. Hal ini secara tidak

langsung membantu kanak-kanak untuk memahami pertalian kompleks antara orang

lain dengan dunia sebenar. Antara permainan simbolik yang sesuai dijalankan di

peringkat awal kanak-kanak ialah seperti tema perkhelahan, melawat hospital,

angkasawan dan sebagainya.

2.4 Kepentingan Bermain

Aktiviti bermain sangat digalakkan di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.

Penekanan terhadap aktiviti bermain dalam kurikulum prasekolah sama ada di dalam

atau di luar negara adalah berasaskan kelebihan dan kepentingan bermain terhadap

perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti bermain merupakan saluran yang boleh

mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optima dalam semua

aspek. Antara kepentingan bermain terhadap kanak-kanak ialah:

a. Menggalakkan Pekembangan Kognitif

Proses kognitif merujuk kepada aktiviti mental dan manipulasi terhadap sesuatu untuk

membina ilmu dan kefahaman melalui panca indera lalu membentuk pemikiran,

penaakulan, penilaian dan tingkah laku. Perkembangan kognitif juga mempunyai

hubung kait dengan pemikiran yang merujuk kepada keupayaan memahami sesuatu

konsep serta peningkatan ilmu pengetahuan. Semasa bermain kanak-kanak akan

menggunakan pemikiran untuk memahami sesuatu konsep yang diajar sama ada

secara langsung atau tidak. Proses penaakulan yang telibat semasa kanak-kanak

bermain adalah seperti mengingat, menggambar, merancang, mengkategori,

merancang, menyusun dan menyelesaikan masalah.

b. Menggalakkan Perkembangan Fizikal

Melalui aktiviti bermain kanak-kanak bukan sahaja mendapat pengalaman yang

menyeronokkan tetapi turut membantu meningkatkan perkembangan fizikal mereka.

Kanak-kanak berupaya melakukan pelbagai aktiviti fizikal semasa bermain dan mereka

cenderung untuk terlibat secara aktif. Keadaan ini turut membantu perkembangan otot-

otot badan kanak-kanak semasa menggunakan keseluruhan anggota fizikal dan tenaga

mereka untuk bergerak semasa menjalankan aktiviti bermain. Di prasekolah aktiviti

fizikal menekankan kepada kemahiran motor kasar dan motor halus.

Page 23: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

16

c. Menggalakkan Perkembangan Sosioemosi

Melalui bermain kanak-kanak belajar tentang peraturan sosial dan cara untuk

berinteraksi dengan rakan dan guru. Proses interaksi tersebut juga mengajar kanak-

kanak untuk mengenal emosi marah, sedih, gembira, takut, disayang dan dihargai. Di

samping itu perasaan tanggungjawab juga dapat diterapkan apabila kanak-kanak dapat

memahami dan mengawal emosi. Kanak-kanak juga menyedari perasaan mereka

sendiri dan orang lain serta mampu untuk mengambil perspektif orang lain semasa

bermain.

d. Menggalakkan Perkembangan Kemahiran Sosial

Menerusi bermain dapat memberi gambaran dan pemahaman yang mendalam bukan

hanya terhadap minat dan keinginan kanak-kanak tetapi juga terhadap pemikiran kanak-

kanak dan bagaimana mereka membina hubungan dengan orang lain. Keadaan ini

adalah disebabkan bermain dapat menggalakkan interaksi sosial kanak-kanak.

Perkembangan sosial kanak-kanak merujuk kepada keupayaan mereka untuk

berinteraksi dan bergaul dengan orang lain.

e. Menggalakkan Perkembangan Bahasa

Mainan dikatakan menjadi bahasa kepada kanak-kanak ekoran minat dan fitrah

semulajadi kanak-kanak yang suka dengan aktiviti permainan. Kesukaaan kanak-kanak

tersebut mendorong mereka untuk menyatakan perasaan mereka. Oleh itu, ia

merangsang perkembangan bahasa mereka melalui interaksi dan komunikasi.

Perkembangan komunikasi sangat penting kerana ia merupakan medium utama dalam

penyaluran maklumat dan pengetahuan. Menurut Vygotsky bahasa ialah alat pemikiran

dan tahap perkembangan bahasa dan mental kanak-kanak berlaku seiring.

f. Menggalakkan Perkembangan Kreativiti

Kanak-kanak dilahirkan kreatif dan memiliki daya kreativiti yang tersendiri. Senario ini

adalah disebabkan sifat semula jadi kanak-kanak yang memiliki perasaan ingin tahu

yang tinggi di samping gemar meneroka sesuatu. Daya kreativiti kanak-kanak lebih

terserlah semasa mereka berfikir dan menyelesaikan masalah semasa mereka bermain

dengan alat permainan dan rakan sepermainan. Daya imaginasi kanak-kanak juga

mendorong mereka untuk mencuba perkara baru dan mencipta kelainan.

Page 24: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

17

2.5 Peranan Guru Prasekolah dalam Menjayakan Aktiviti Belajar Sambil Bermain

Dalam merealisasikan harapan serta visi dan misi dalam pendidikan awal kanak-kanak,

guru merupakan egen pelaksana utama. Ini kerana, kejayaan program pendidikan itu

sendiri banyak bergantung kepada penghayatan, kemahiran dan sikap guru. Oleh itu,

selaku individu yang bertanggungjawab dalam memastikan keberkesanan program

pendidikan di peringkat awal kanak-kanak khususnya dari segi pelaksanaan aktiviti

belajar sambil bermain, guru pendidikan awal kanak-kanak perlulah memainkan peranan

seperti berikut:

a. Penyediaan Persekitaran yang Berkualiti

Guru seharusnya menyediakan ruang belajar atau bilik darjah yang mendorong kanak-

kanak untuk berinteraksi dengan persekitaran bagi merangsang perkembangan kognitif

kanak-kanak. Bagi tujuan ini, guru perlu menyediakan persekitaran fizikal, emosi dan

komunikasi yang bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dijalankan. Dari segi

persekitaran fizikal guru perlu memastikan ruang dan kelengkapan yang disediakan di

setiap pusat pembelajaran adalah lengkap dengan keperluan dan bahan yang sesuai

dengan tahap kanak-kanak.

b. Penyediaan Bahan Bantu Mengajar

Penggunaan alat bantu mengajar yang menarik dan interaktif akan menarik minat

kanak-kanak untuk memahami pelajaran dengan mudah. Malahan, penggunaan alat

bantu mengajar juga merupakan salah satu faktor utama yang membantu keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Amalan pengajaran guru yang berkesan

adalah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar

yang sesuai dan mendalami isi kandungan yang hendak diajar.

Hal ini adalah kerana penggunaan alat bantu mengajar dapat merangsang

pemikiran dan perkembangan kanak-kanak seterusnya meningkatkan kualiti dan

keberkesanan pengajaran guru. Antara bahan bantu mengajar yang sesuai untuk

digunakan oleh guru prasekolah ialah bahan maujud dan konkrit seperti buah-buahan

sebenar,bola, lego, puzzle, puppet, carta, kad-kad bergambar, video dan bahan audio.

Penggunaan video dan bahan audio di dalam bilik darjah prasekolah juga memberikan

impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.

Page 25: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

18

c. Penyediaan Pengalaman Berorientasikan Penerokaan dan Penemuan Pengalaman belajar sangat memberi kesan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Manakala aktiviti penerokaan dan penemuan merupakan medium yang sangat

bermakna dalam memberi input dan pengalaman pembelajaran yang berkualiti di

prasekolah. Berdasarkan kepentingan dan keperluan tersebut, guru perlu bijak untuk

mencipta aktiviti pembelajaran yang dapat menghubungkan pengalaman lama dengan

pengetahuan baru. Contohnya aktiviti bermain air dapat memberi idea kepada kanak-

kanak untuk mengenal pasti objek yang tenggelam dan timbul sebagai pembinaan

pengetahuan baru dalam diri mereka. Hal ini juga akan memperkukuhkan lagi

pengetahuan sedia ada kanak-kanak. Di samping itu, menurut Bruner pengalaman ini

juga dapat membantu kanak-kanak menghadapi masalah yang lebih kompleks pada

masa hadapan.

d. Menjadi Role Model yang Terbaik

Keperibadian dan sifat guru amat berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran di bilik

darjah. Semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran di prasekolah guru perlu

menunjukkan contoh yang terbaik. Keikhlasan dan kasih sayang yang lahir dari lubuk

hati seorang guru akan sampai ke dalam jiwa kanak-kanak. Dalam hal ini, Imam Al-

Ghazali telah merumuskan di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin bahawa guru perlu memiliki

tujuh keperibadian dan sifat yang baik iaitu menyayangi pelajar seperti anak sendiri,

ikhlas menyampaikan ilmu, sentiasa memberi nasihat yang baik kepada pelajarnya,

menjauhi perbuatan dan akhlak yang buruk, tidak menghina guru lain di hadapan

pelajar, pandai menyesuaikan diri dengan tahap umur pelajar dan beramal dengan ilmu

yang dimiliki. Oleh itu, guru prasekolah perlu sentiasa mempunyai keperibadian dan sifat

yang baik untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka terhadap kanak-

kanak. Sikap ikhlas dan sifat keibuan yang penuh dengan kasih sayang akan

mendorong minat kanak-kanak terhadap pendidikan yang diajar di prasekolah.

e. Menjadi Pemudahcara

Sebagai seorang yang paling hampir dengan kanak-kanak di sekolah, guru seharusnya

peka dengan sifat kanak-kanak yang aktif dan sentiasa berinteraksi secara sosial

dengan persekitaran. Guru seharusnya bertindak sebagai pemudahcara dengan

memberi galakan dan dorongan serta bimbingan semasa proses penerokaan dan

pembinaan pengetahuan dalam diri kanak-kanak. Tindakan tersebut juga membantu

guru untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang dan disusun di

prasekolah. Seseorang guru dapat mengubah tingkah Iaku pembelajaran kanak-kanak

Page 26: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

19

dengan memerhati permainan mereka dan menanya soalan yang menggalakkan

mereka berfikir.

2.6 Pelaksanaan Aktiviti Belajar Sambil Bermain

Belajar sambil bermain merupakan aktiviti yang terancang dan berstruktur bagi memberi

peluang kepada kanak-kanak belajar dalam suasana yang menggembirakan dan

bermakna. Pengajaran dan pembelajaran yang mantap adalah bermula dengan strategi

pelaksanaan dari segi pemilihan, penyusunan dan pengurusan sesuatu perancangan

dengan tujuan untuk menghasilkan pencapaian yang optimum. Perancangan

perlaksanaan aktiviti sesuatu permainan mestilah mencakupi perancangan sebelum

dijalankan dan selepas aktiviti itu dijalankan sama ada di dalam atau luar bilik darjah.

Manakala persiapan pengajaran dalam melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain

oleh guru prasekolah perlulah sekurang-kurangnya sehari sebelum pengajaran

dijalankan. Perincian pelaksanaan aktiviti belajar sambil bermain dapat dilihat dengan

lebih jelas melalui empat bahagian iaitu persiapan pengajaran, permulaan pengajaran,

perkembangan pengajaran dan penutup pengajaran. Aspek-aspek pelaksanaan yang

perlu ditekankan oleh guru adalah seperti berikut :

I. Persiapan pengajaran :

Menentukan objektif pembelajaran yang sesuai dengan kandungan aktiviti permainan.

Mengenal pasti pengalaman sedia ada kanak-kanak.

Mengenal pasti minat kanak-kanak.

Mengenal pasti kemahiran dan kecerdasan yang dimilki oleh kanak-kanak.

Memilih dan memastikan aktiviti permainan yang akan dijalankan itu boleh memberi keseronokan kepada kanak-kanak.

Mengambil kira peruntukan masa untuk aktiviti bermain

Menyepadukan aktiviti pembelajaran yang khusus dengan permainan

Menyediakan, memilih dan menentukan peralatan serta bahan permainan yang sesuai.

Menyediakan persekitaran yang sesuai untuk aktiviti bermain.

Menentukan lokasi main.

Memastikan aktiviti permainan yang akan dijalankan itu berupaya membantu kanak-kanak mempelajari konsep-konsep tertentu.

Merancang strategi-strategi perlaksanaan.

Memastikan langkah-langkah keselamatan.

Page 27: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

20

II. Permulaan pengajaran :

Membuat set induksi

Memberi penerangan atau arahan dengan jelas.

Menentukan sama ada permainan dilakukan secara individu atau berkumpulan, bergantung kepada kesesuaian objektif dan hasil pembelajaran permainan.

Menunjuk contoh atau cara bermain. III. Perkembangan pengajaran :

Memberi bimbingan dan galakan kepada kanak-kanak untuk lebih fokus dan menumpukan perhatian terhadap aktiviti.

Memastikan kanak-kanak terlibat secara aktif.

Memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin sepanjang aktiviti dijalankan.

Sentiasa bersoal jawab dengan kanak-kanak untuk menguji pemahaman kanak-kanak tentang aktiviti yang dijalankan.

Memberikan masa yang secukupnya untuk murid meneroka idea.

Membantu kanak-kanak dengan berbeza stail dan cara.

IV. Penutup pengajaran :

Mengulas pelajaran yang telah diajar.

Membuat refleksi pengajaran dan meminta kanak-kanak untuk menceritakan semula apa yang telah dipelajari.

Mengajak kanak-kanak untuk mengemas dan menyimpan semua peralatan yang telah digunakan.

Oleh itu, selaku pelaksana aktiviti belajar sambil bermain guru perlulah mengetahui peranan mereka dalam mewujudkan aktiviti pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

2.7 Faktor Keberkesanan Aktiviti Belajar Sambil Bermain

Faktor utama keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di peringkat kanak-kanak

adalah :

masa yang cukup untuk pengajaran,

suasana pembelajaran yang tenteram,

peralatan pengajaran yang mencukupi,

pengesanan kemajuan murid, dan

penyeliaan pengajaran yang berkesan.

berasaskan amalan selaras perkembangan (ASP),

menghormati perbezaan individu bagi setiap kanak-kanak,

guru mengambil kira keupayaan kognitif kanak-kanak dan cara kanak-kanak belajar dan

pendidik mempunyai sikap positif, menggalakkan, mesra, memberi penuh perhatian dan berminat.

Page 28: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

21

Dari segi pelaksanaan aktiviti belajar sambil bermain, secara khususnya untuk

memastikan ia adalah berkualiti dan berkesan permainan atau aktiviti tersebut mestilah :

menyeronokkan,

menceriakan,

mempunyai kelainan pada setiap hari,

terdapat idea baru,

terdapat nyanyian dan pergerakan badan,

dapat mengekalkan tumpuan murid,

tidak membosankan,

interaktif dan

melibatkan semua murid.

2.8 Kesimpulan

Selaku guru pendidikan awal kanak-kanak seseorang itu perlu sentiasa peka

dengan perubahan semasa dan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dalam

mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Dalam

konteks belajar sambil bermain guru seharusnya bijak merancang dan melaksana aktiviti

dengan lebih kreatif dan menarik. Selain itu, dalam mewujudkan aktiviti pengajaran

berkualiti guru pendidikan awal kanak-kanak juga perlu sentiasa membuat refleksi diri

dalam pengajarannya. Amalan membuat refleksi dalam pengajaran membolehkan

seseorang guru itu menilai keberkesanan dirinya sebagai seorang guru di samping

menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan profesionalisme.

Page 29: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

22

2.9 Latihan

Nyatakan contoh aktivti bermain yang sesuai mengikut tahap umur kanak-kanak.

Bincangkan penerapan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan nilai yang boleh diterapkan dalam aktiviti belajar sambil bermain.

LATIHAN

Page 30: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

23

Hasil Pembelajaran Unit;

Pada akhir tajuk ini, pelajar dapat:

i Menjelaskan tujuan dan kepentingan Pendekatan Bertema dalam pengajaran dan pembelajaran di PAKK.

ii Menerangkan faktor pemilihan tema dalam pengajaran dan pembelajaran di

PAKK. iii Menghuraiakan cara pelaksaan pendekatan bertema semasa mengajaran dan

pembelajaran.

vii. Menjelaskan cara penyediaan kelas abad ke 21 dalam kelas PAKK

viii. Menerangkan Ciri-Ciri Murid Yang diharapkan hasil pembelajaran abad ke-2.

SINOPSIS

Modul ini akan membantu pelajar cara menyediakan perancangan pengajaran

berdasarkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak

di TASKA dan Tadika. Di samping melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara

kumpulan, kurikulum dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak serta Pembelajaran masa

kini juga akan diberi penekanan.

KERANGKA TAJUK

3.1 Pengenalan

3.2 Tujuan dan kepentingan Pendekatan Bertema 3.3 Faktor-faktor pemilihan tema 3.4 Pelaksanaan

3.5 Kesimpulan 3.6 Latihan

UNIT 3

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PAKK TASKA DAN TADIKA

Page 31: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

24

3.7 Pengenalan

3.8 Definisi Pembelajaran Abad Ke 21

3.9 Ciri-Ciri Pembelajaran Abad Ke-21

3.10 Kemahiran 4c Dalam Pembelajaran Abad Ke-21

3.11 Bilik Darjah Abad Ke-21

3.12 Ciri-Ciri Murid Yang Diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21

3.13 Latihan

3.0 Pendekatan Bertema

3.1 Pengenalan

Antara pendekatan yang terdapat dalam (KSPK) ialah pendekatan bertema.

Pendekatan bertema adalah pengurusan kurikulum dan pembelajaran melalui

satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, latar

belakang dan tahap perkembangan murid. Pendekatan bertema adalah cara

pelaksanaan pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau

topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, dan latar belakang

murid. Tema-tema berlainan dipilih setiap bulan sepanjang tahun bermula

dengan perkara yang hampir dengan kanak-kanak seperti anggota badan,

keluarga, makanan sehingga kepada perkara yang lebih jauh seperti pekerjaan,

kenderaan dan cekerawala.Tema-tema yang dipilih akan dijadikan saluran untuk

murid menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca,

menulis, asas metamatik, berfikir dan emosi serta sosial.

Selain itu pendekatan ini memberi peluang kepada murid meluaskan

pengetahuan melalui tema yang dipilih. Pendekatan tema atau bertema

menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema ataupun unit

menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran

dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina

kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih

luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan

dengan tema pembelajaran.

Page 32: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

25

Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk

susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran

kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut

tahap umur kanak-kanak.

Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai

bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu

dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu

dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang

pengalaman dan tahap perkembangan mereka.

Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan

perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan

bidang yang luas tetapu tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan

tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke

arah pembelajaran.

3.2 Tujuan dan kepentingan Pendekatan Bertema

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah

kepada kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak:

- Tema yang dipilih dijadikan alat/wahana untuk menggabungjalinkan

komponen dan hasil pembelajaran.

- Pemilihan tema membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan

menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Membantu guru

mencetus idea yang lebih menarik.

- Pembelajaran lebih meluas kerana aktiviti pembelajaran berfokus kepada

tema. Pelbagai aktiviti pembelajaran boleh dijalankan bersesuaian dengan

tema yang dipilih.

- Tema yang dipilih dijadikan alat untuk menguasai sesuatu kemahiran

bertutur, membaca, menulis, asas matematik dan berfikir.

- Ada kesinambungan. Semua aktiviti dikaitkan dengan tema membolehkan

kanak-kanak mengikuti dengan mudah.

- mewujudkan suasana yang menyeronokan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan,

Page 33: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

26

3.3 Faktor-faktor pemilihan tema ialah

- Satu tajuk yang boleh merentas semua komponen.

- Berkaitan dan bersesesuaian dengan pengalaman sedia ada, pengalaman yang

akan diperolehi dan kehidupan murid.

- Berkaitan dengan kehidupan dan persekitaran murid.

- Bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa.

- Memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman sebenar (hand on

experience) melalui aktiviti pembelajaran.

- Kemudahan mendapat sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

- Membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada dan

memberi pengetahuan baru kepada murid.

- Mengikut prinsip-prinsip pengajaran iaitu bermula dari yang dekat kepada yang

jauh, dari yang mudah kepada yang sukar dan mencabar, dan daripada yang

umum kepada yang spesifik.

3.4 Pelaksanaan

- Aktiviti K-W-L.

K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini?

W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini?

L (learn) --- Apa yang saya belajar dari tajuk ini?

- Murid-murid diminta membuat sumbangsaran berdasarkan topik.

- Kenalpasti subtopik, pilih aktiviti yang sesuai supaya dapat membantu kanak-

kanak mempelajari isi kandungan dan menggunakan atau mengaplikasikan

kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna.

- Mencipta peta minda ‘web’ tema.

- Rancang dan keluarkan idea, galakkan kemahiran berfikir.

- Guru perlu fikirkan objektif setiap aktiviti dan hubungkaitkan dengan setiap hasil

pembelajaran. Jika aktiviti itu tidak membantu mencapai matlamat, aktivti itu

hendaklah ditamatkan.

- Iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai hiasan atau suasana yang

berkaitan dengan tema.

- Memilih tema mengikut musim atau peristiwa.

Page 34: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

27

3.5 Kesimpulan

Bagi memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai dan masa yang

diperuntukkan digunakan dengan sebaiknya, guru perlu bijak merancang,

mengurus dan mengelola pengajaran. Transformasi kurikulum pendidikan

prasekolah melalui KSPK 2010 menyeru guru memfokus proses pengajaran dan

pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna kepada kanak-kanak.

Pendekatan bertema terbukti sebagai amalan terbaik dalam pendidikan awal

kanak-kanak. Oleh itu, pengetahuan berkenaan pendekatan berkesan

berdasarkan fitrah kanak-kanak perlu diketahui guru bagi menjawab soalan

paling penting, iaitu apakah yang terbaik untuk kanak-kanak supaya segala hasil

pembelajaran dapat dicapai dengan cemerlang.

3.6 Latihan

Senaraikan lima cara memukan pelajaran menggunakan pendekatan bertema untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid.

3.7 Pengenalan Kontemporari Pembelajaran abad 21

Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan ledakan

globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia

perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti perkara-perkara yang

perlu dilaksanakan dan berusaha untuk menjayakan usaha tersebut. Bersesuaian

dengan matlamat dan zaman, KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21

(PAK21) bermula pada tahun 2014.

LATIHAN

Rujuk laman web http://www.ship.edu/~cgboeree/bandura.html Untuk maklumat tambahan.

Page 35: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

28

Kini, Kontemporari Pembelajaran Abad 21 telah menjadi satu isu yang hangat

dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada

masa kini, di samping membawa perubahan baru dalam dunia

pendidikan. PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan

kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi,

kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen

ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21.

3.8 Definisi Pembelajaran Abad Ke 21

Terdapat banyak pendapat mengenai definisi pendidikan abad ke-21. Istilah yang

digunakan juga pelbagai iaitu sama ada “kelas abad ke-21”, “pendidikan abad ke-21”,

“pembelajaran abad ke-21” mahupun “pembelajaran dan pengajaran abad ke-21”.

Walau apa pun definisi yang diberikan ianya mempunyai ciri sepunya iaitu satu konsep

yang diperkenalkan untuk menyediakan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar

dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif serta pelajar belajar secara

kolaboratif sama ada dengan bahan bantu belajar, sesama rakan, guru dan

persekitaran. Guru pula bertindak sebagai fasilitator yang sentiasa memberi galakan

kepada pelajar berfikir sehingga mampu menyelesaikan masalah dan membuat

keputusan seterusnya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.

3.9 Ciri-Ciri Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan

haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga

keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan

penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia.

Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan:

i. Berpusatkan pelajar

- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing

- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

Page 36: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

29

ii. Penggunaan komputer

- alat penting untuk kelas abad 21

- sangat membantu dalam pdp

iii. Pembelajaran aktif

- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan,

atau pun penggunaan komputer

iv. Pembelajaran kendiri

- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran

v. Persekitaran yang kondusif

- tidak terlalu sesak

- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd

projektor

vi. Pelajar faham dan mematuhi arahan

- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun

- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi

memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul

vii. Saling hormat menghormati

- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar

- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai

pendapat mereka

- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

viii. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka

- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka

mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka

ix. Penilaian berasaskan pencapaian

- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat

dengan sesuatu bentuk ujian sahaja

Page 37: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

30

x. Pembelajaran kolaboratif

- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan

dalam pembelajaran

3.10 Kemahiran 4c Dalam Pembelajaran Abad Ke-21

3.10.1 Komunikasi Secara umumnya, komunikasi merupakan suatu proses pertukaran maklumat daripada

individu kepada individu yang lain. Dalam konteks pendidikan, komunikasi merujuk

kepada perbualan yang berlaku di antara guru dan murid atau murid dan murid untuk

berkongsi ilmu yang difahami bersama rakan-rakan lain. Ini yang dikatakan sebagai

komunikasi berpusatkan murid. Namun begitu, jika guru tidak memainkan peranannya

dengan baik, komunikasi yang berkesan tidak akan terhasil semasa proses

pembelajaran berlangsung.

Sebagai contoh, guru ingin mewujudkan komunikasi dua hala dalam kalangan

murid-muridnya melalui pembentangan mengenai tajuk yang diberi dan meminta murid-

murid untuk berbincang di dalam kumpulan masing-masing sebelum memulakan

pembentangan di hadapan kelas. Pada masa yang sama, guru juga perlu memainkan

peranannya sebagai fasilitator kepada muridnya. Guru hendaklah memantau cara

penyampaian murid-muridnya supaya pembentangan tersebut menjadi pembentangan

yang berkesan serta dapat memberikan maklumat yang berkualiti kepada murid lain.

3.10.2 Pemikiran Kritis Pemikiran kritis merujuk kepada keupayaan individu untuk membuat penilaian mengenai

sesuatu perkara, termasuk kebaikan dan kelemahannya. Dari sudut pendidikan,

pemikiran kritis berlaku apabila murid-murid mula meneroka pemikiran mereka untuk

Page 38: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

31

menilai idea-idea yang diterima secara rasional dan membuat pertimbangan mengenai

idea tersebut melalui penggunaan alasan-alasan yang wajar. Pemikiran kritis boleh

terhasil dengan berkesan melalui beberapa cara, seperti penggunaan sumber yang

meluas. Sumber yang meluas merujuk kepada maklumat yang diperoleh oleh murid-

murid. Oleh itu, guru perlu memantau sama ada maklumat yang dicari oleh murid

bersesuaian dengan topik pembelajaran ataupun tidak. Guru juga perlu memastikan

muridnya mahir untuk mencari maklumat yang berkaitan dan menilai sama ada

maklumat yang diperoleh itu cukup atau tidak untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

Kemudian, pemikiran kritis yang berkesan boleh terhasil sekiranya guru tidak

mengehadkan idea dan pendapat murid-muridnya. Di dalam kelas abad ke-21, guru

seharusnya menggalakkan murid untuk memberi pandangan tentang sesuatu topik yang

sedang dibincang. Pandangan yang tidak tersasar daripada topik perbincangan harus

diterima oleh guru supaya murid-murid berasa selesa dan seronok untuk mengutarakan

idea-idea mereka. Dari situ, guru boleh menilai tahap pemikiran muridnya terhadap

sesuatu perkara. Adakah mereka melihat sesuatu perkara daripada sudut yang

berbeza? Jika ya, ini bermakna murid tersebut telah berfikir secara kritis. Murid yang

berfikiran krits adalah murid berfikiran terbuka, dimana mereka mudah menerima

pandangan atau idea yang dikemukakan oleh rakan-rakan lain serta tidak merendah-

rendahkan idea yang diteriam. Dengan ini, gugu perlu mengenali setiap muridnya

supaya elemen ini lebih diterapkan semasa PdPc dijalankan.

3.10.3 Kolabaratif Kolaboratif merujuk kepada sesuatu yang dilakukan secara bersama-sama atau

berkumpulan. Kolaboratif dalam dunia pendidikan pula adalah kerjasama yang wujud

antara guru dan murid atau murid dan murid secara aktif dan menyeluruh, di mana, ia

melibatkan pertukaran idea, pendapat atau pengetahuan antara murid-murid. Bagi

elemen ini, guru perlu memahami gaya pembelajaran muridnya. Terdapat murid yang

tidak suka membuat tugasan secara berkumpulan disebabkan beberapa faktor.

Sesetengah murid tidak selesa membuat perbincangan bersama rakan-rakan kerana

ideanya seringkali dipandang sepi oleh ahli kumpulannya, di samping hubungan antara

ahli kumpulan yang tidak begitu mesra antara satu sama lain.

Oleh itu, guru perlu menarik perhatian mereka supaya tugasan berkumpulan

kelihatan lebih seronok pada pandangan mereka. Ada sesetengah murid pula seronok

jika diberi tugasan berkumpulan kerana mereka tidak perlu mengerah otak untuk

Page 39: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

32

memikirkan idea-idea yang bernas, sebaliknya dibiarkan rakan-rakan sahaja

menyelesaikan tugasan yang diberi. Dalam hal ini, guru bertanggungjawab untuk

menyelesaikan masalah-masalah sebegini kerana jika elemen ini dapat dilaksanakan

dengan berkesan, ia dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan pencapaian

mereka dari masa ke masa.

3.10.4 Kreativiti Kreativiti pula merupakan suatu elemen yang terpenting dalam kehidupan seharian

kerana dengan ada kekreativitian sahaja yang boleh memacu kejayaan seseorang itu

dalam bidang yang mereka ceburi. Dunia hari ini adalah dunia untuk orang-orang yang

kreatif. Jika tiada kreativiti yang tinggi, Ikea tidak mampu menjual produknya dengan

harga yang sangat kompetitif. Facebook dann Google pula akan bankrap dengan

sewaan server dan data yang sangat mahal.

Penyediaan pelajar dalam aktiviti di dalam kelas yang mana pelajar dibimbing

untuk mencipta sesuatu yang baharu dapat membantu peningkatan kekereativitian

generasi baharu di Malaysia dan kreativiti ini sangat penting dalam memastikan negara

kita sentiasa dapat berdaya saing dengan rakyat-rakyat dari luar seperti Korea dan

Jepun. Dengan penghasilan produk baharu ataupun pengubahsuaian produk sedia ada,

hatta hanya di atas kertas sahaja, guru telah berjaya merangsang nilai kreativiti daripada

pelajar mereka.

3.11 Bilik Darjah Abad Ke-21

Susun atur bagi kelas abad ke 21 mesti mempunyai beberapa ciri yang penting,

iaitu membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan pdp yang berlangsung,

membina ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran

fizikal dengan ruang pembelajaran mental.

Page 40: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

33

3.12 Ciri-Ciri Murid Yang Diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21 3.13 Kesimpulan

Cabaran pendidikan abad 21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang

menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik

darjah atau ruang pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran utama

adalah bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan

teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

Page 41: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

34

yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa. Untuk

mendepani cabaran ini, guru secara berterusan perlu mengemaskini

pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya

kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.

3.14 Latihan

Secara berpasangan dalam satu kumpulan, anda diminta menghuraikan 6C dalam

Pembelajaran Abad ke-2 iaitu enam kemahiran yang perlu diterapkan dalam diri murid

oleh guru-guru melalui proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) sama ada di

dalam mahupun di luar bilik darjah.

A..Media Digunakan

i. WhatsApp

ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi

satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk: Education 4.0

i. Definisi Education 4.0 (rujuk dalam Agihan Tajuk)

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)

ii. Masa Depan Sistem Pendidikan Tinggi Di Malaysia

LATIHAN

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

http://www.curriculum.edu.au/verve/_resources/Contemp_Learning_Final.pdf

Page 42: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

35

iii. Cabaran dalam Pendidikan Tinggi

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

Hasil pembelajaran Unit:

Pada akhir tajuk ini, pelajar dapat:

i. Menghuraikan konsep, prinsip, elemen serta pendekatan pengajaran dan

pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.

ii. Menerangkan cara pengelolaan aktiviti secara kelas, kumpulan dan individu dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sinopsis

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai strategi dan

teknik pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep, prinsip, elemen serta

pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Perbincangan menfokuskan kepada kebijaksanaan guru dalam mengatur strategi

UNIT 4 Strategi dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran PAKK

Page 43: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

36

dengan memilih kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan tahap Kanak-kanak bagi

mencapai hasil pembelajaran yang maksimum.

KERANGKA TAJUK

4.1 Pengelolaan Aktiviti secara kelas

4.2 Pengelolaan Aktiviti secara kumpulan 4.3 Pengelolaan Aktiviti secara individu 4.4 Latihan

4.0 Pengelolaan Aktiviti

4.1 Pengelolaan Aktiviti Kelas Konsep Melibatkan seluruh kelas menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama

secara serentak. Aktiviti kelas dapat memupuk kemahiran bersosial. Aktiviti ini juga

mampu memupuk nilai murni seperti kerjasama, hormat-menghormati, keadilan dan

semangat bermasyarakat. Dalam masa yang sama juga aktiviti kelas mampu

memupuk kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif

Prinsip- Prinsip aktiviti kelas

i. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama secara serentak

ii. Aktiviti ini digunakan apabila guru menyampaikan maklumat, memberi

arahan, penerangan, bercerita, bersoal jawab dan membuat refleksi pada

akhir pembelajaran.

Contoh-contoh aktivit kelas

Bercerita

Circle time (perbualan pagi, pesanan hasil kerja, rumusan selepas

pembelajaran, penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan.

nyanyian dan gerakan

Page 44: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

37

field trip / lawatan

4.2 Pengelolaan Aktiviti Kumpulan

Merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membahagikan murid

kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan boleh menjalankan aktiviti yang

sama atau berbeza di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Setiap ahli

dalam kumpulan perlu bekerja secara kolaboratif untuk memperolehi hasil yang sama.

Kanak-kanak dapat belajar melalui rakan sebaya dalam aktiviti ini. Aktivit kumpulan

dapat memupuk kemahiran sosial dan penyelesaian masalah. Aktivit kumpulan boleh

menerapkan nilai-nilai murni.

Contoh aktiviti kumpulan

Cantuman puzzle

capan

main pondok-pondok

menyusun huruf

berkebun

kolaj

menyusun gambar

Aktiviti lawatan

Aktiviti bercerita

Page 45: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

38

Menyusun huruf

Permainan pondok-pondok dan permainan rakyat

4.3 Pengelolaan Aktiviti Individu

Merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana murid berpeluang untuk

menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersendirian. Murid lebih banyak berinteraksi

dengan bahan di pusat-pusat pembelajaran. Aktiviti individu juga turut memberi peluang

kepada murid mendapat perhatian secara personel daripada guru. Aktiviti individu

memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengukuhkan nilai murni seperti berdikari

Page 46: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

39

dan kerajinan adalah tinggi. Aktiviti individu turut memberi peluang kanak-kanak

menumpukan kebolehan istimewa yang ada padanya begi meningkatkan kefahaman

tentang sesuatu konsep. Kanak-kanak adalah bebas untuk mencuba dan meneroka

dengan gaya yang tersendiri. Kanak-kanak berpeluang untuk mengaplikasi akan

kemahiran berfikir seperti membuat perbandingan, menganalisis dan menyelesaikan

masalah. Kanak-kanak dapat bergiat secara aktif untuk menjalankan aktiviti binaan dari

bongkah, bermain dengan doh atau bermain suai pasang

Contoh-contoh aktiviti individu

melukis gambar

menggunting dan menampal

menguntai manik

membaca buku kecil

menyusun bongkah

Mewarna gambar Melukis gambar

4.4 Latihan

Secara berkumpulan bincangkan aktiviti yang boleh dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan dengan menggunakan tema yang sama. A. Media Digunakan

iii. WhatsApp

iv. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi

satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

LATIHAN

Page 47: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

40

B. Tajuk: Teknik pengajaran dan pembelajaran.

i. Jenis-jenis teknik pengajaran dan pembelajaran (rujuk dalam Agihan Tajuk)

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)

ii. Contoh aktiviti pembejalaran dan pembelajaran yang sesuai di PAKK.

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

v. Semakan kehadiran

vi. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

vii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

viii. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian

Hasil Pembelajaran Unit:

Pada akhir tajuk ini, pelajar dapat:

i. Menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan teknik, pendekatan dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat pendidikan awal kanak- kanak.

ii. Mencipta bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap dan peringkat umur kanak-kanak. iii Membina bahan bantu mengajar yang kreatif dan inovatif untuk membantu kanak-kanak memahami sesuatu konsep dengan lebih mudah.

Sinopsis

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai perancangan

dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Pengetahuan dan amalan guru semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

sangat penting dan perlu merangkumi keseluruhan aspek bermula daripada peringkat

perancangan, perkembangan dan penutup serta penggunaan sumber yang

UNIT 5

Perancangan dan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak

Page 48: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

41

bersesuaian. Guru juga perlu mengambil kira aspek pembinaan bahan bantu mengajar

yang bersesuaian dengan pendekatan, strategi dan teknik yang dipilih serta sesuai

dengan peringkat pendidikan awal kanak-kanak.

KERANGKA TAJUK:

5.1 Pengenalan

5.2 Pembinaan Bahan Bantu Mengajar

5.3 Prinsip pemilihan dan pembinaan bahan bantu mengajar

5.4 Kepentingan Serta Tujuan Alat Bantu Mengajar (ABM)

5.5 Kemahiran Pemilihan Dan Aplikasi Alat Bantu Mengajar (ABM)

5.6 Kepentingan serta tujuan

5.7 Kelemahan yang Terdapat Pada Alat Bantu Mengajar (ABM) dan Cara

Mengatasinya

5.8 Kesimpulan

5.7 Latihan

5.1 PENGENALAN

Pengajaran memerlukan sesuatu untuk ia mudah disampaikan. Manakala

pembelajaran pula memerlukan rangsangan untuk memudahkan pelajar menerima isi

pelajaran. Rangsangan yang sukar ditanggapi tidak akan dapat diproses dan tidak akan

menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia,

jika kurang mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan

kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.

Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan alat-alat bantu

pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana alat-alat itu merupakan

media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak

Page 49: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

42

memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Dari itu, guru-guru disarankan

supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran

mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan

bahan-bahan bantu pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan

terhadap prestasi para pelajar. Di samping itu alat bantu mengajar (ABM) juga dapat

memainkan peranan ke arah peneguhan dan pemahaman pelajar.

5.2 Pembinaan Alat Bantu Mengajar (Abm) Alat bantu mengajar (ABM) bukanlah sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses

pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan alat yang sangat berguna kepada guru

semasa mengajar. Pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar (ABM)

dapat memastikan pelajar mengikuti serta dapat memberikan pelajar kefahaman yang

berkesan dan juga dapat menarik minat mereka terhadap mata pelajaran yang

diajarkan.

Secara dasarnya, alat bantu mengajar (ABM) adalah alat yang dapat membantu

seseorang guru dalam proses pengajaran. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku

teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang

digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan,

dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Alat mengajar merupakan apa-apa saja yang

dialami oleh murid. Atan long (1981) membahagikan alat bantu mengajar (ABM) kepada

tiga kumpulan, iaitu:-

Alat pendengaran,

1. Alat pandangan

2. Alat pandang dengar.

Noraziah abdul hamid (1981) menggolongkan alat itu kepada dua kumpulan, iaitu:-

1. Media elektronik

2. Media bukan elektronik,

Hanapiah sudin (1979) menggolongkan kepada dua, iaitu:

1. Bahan- bahan software

2. Bahan-bahan hardware.

Bahan Bantu kreativiti

Page 50: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

43

Buku bercetak

Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian dengan tahap

kebolehan perkembangan intelek kanak-kanak semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dapat merangsang minat kanak-kanak agar terus bermotivasi untuk terus

belajar. Abdul Rasid (2011) menyokong bahawa penggunaan bahan bantu mengajar

yang optimum akan menghasilkan pembelajaran yang dapat memberikan kesan yang

positif dalam diri kanak-kanak.

Hasil kajian Azlan & Nurdalina (2014) telah mendapati bahawa penggunaan

Bahan Bantu Mengajar(BBM) yang pelbagai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

dapat meningkatkan kefahaman dan dapat menarik minat untuk lebih fokus dan

memahami apa yang diajarkan. Disamping itu juga penggunaan bahan yang pelbagai

akan membantu guru dalam mempermudahkan kefahaman konsep dalam

penyampaian. Hal ini telah disokong oleh penyelidik lain yang turut menyatakan

penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan kemampuan akan

memberikan kelebihan dalam proses penyampaian dan memudahkan kefahaman apa

yang disampaikan.

5.3 PRINSIP PEMILIHAN DAN PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR Terdapat beberapa garis panduan pemilihan dan pembinaan bahan bantu mengajar: 1. Sesuai Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuaian dengan perkara-perkara

seperti berikut :

a) objektif dan matlamat pengajaran bahasa

b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

c) Keadaan kanak-kanak

d) Suasana pembelajaran

e) Minat kanak

Page 51: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

44

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan objektif

pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu

sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh

memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu kearah pencapaian objektif

tersebut. Bahan yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan

Negara dan juga bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan

situasi tempatan.

Guru juga sepatutnya mengambil kira keadaan kanak-kanak yang datang

daripada pelbagai latar belakang pengalaman sosial, pendidikan, ekonomi, taraf

pencapaian dan sebagainya ketika menyediakan bahan. Bahan-bahan yang sesuai

dengan segolongan kanak-kanak, mungkin tidak sesuai dengan segolongan pelajar

yang lain. Faktor lain adalah suasana pembelajaran, dimana bahan yang sesuai dengan

suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik. Elemen penting dalam

suasana pembelajaran ialah pelajar, isi pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses

pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya

mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga konsep yang penting.

2. Mencabar

Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu

rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih

dapat memberikan rangsangan untuk kanak-kanak berfikir dan mendorong mereka

untuk terus belajar.

Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar

pemikiran kanak-kanak ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan-

bahan yang mengandungi ciri-ciri berikut :

a) bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.

b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks.

c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai

hubungan yang bersepadu.

d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif)

e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif)

f) Bahan yang umum kepada teori.

g) Bahan masakini kepada masa akan datang.

Page 52: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

45

3. Menepati

Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran

yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan pengajaran yang dipilih

mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan, proses pembelajaran dan

pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran adalah

berdasarkan ciri-ciri yang berikut:

a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak kanak-kanak.

b) Susunan bahan

c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.

d) Maklumat yang kemaskini

e) Perbendaharaan kata yang sesuai

f) Bahan pengajaran yang diperakui

4. Menarik

a. Reka letak ; peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah

disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan

memudahkan kanak-kanak membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.

b. Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur kanak-

kanak.

c. Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi

berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat

menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.

d. Kualiti bahan

e. Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.dan berfungsi.

5. Jimat dan mudah

Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak semestinya

mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya

dengan menggunakan bahan terbuang

6. Praktikal

Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya

praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran seharusnya sederhana

Page 53: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

46

dan mudah digunakan.berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu kanak-kanak

menggunakan bahan secara lebih bermakna. Selain itu, bahan tersebut seharusnya

tahan lasak jika digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya digunakan untuk lebih dari

satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata pelajaran lain.

7. Mudah alih

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-

mana dan tidak terlalu berat atau besar.

Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada

bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada tiga perspektif

iaitu perspektif komunikatif atau fungsional, perspektif struktural dan perspektif

kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke atas kanak-kanak itu

sendiri.

5..4 KEPENTINGAN SERTA TUJUAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan alat bantu mengajar (ABM)

amat penting bagi guru untuk memastikan proses pengajarannya dapat berjalan dengan

lancar kerana isi pengajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh murid

dengan bantuan alat bantu mengajar (ABM). Oleh itu, antara kepentingan alat bantu

mengajar (ABM) dapat disenaraikan seperti berikut:

Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dapat mengawal serta mengatasi

masalah kekurangan tenaga pengajar kekurangan masa.

Dapat mempertingkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

Dapat mempertingkatkan keghairahan untuk belajar.

Dapat memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar.

Dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi pengajaran.

Dapat berasakan keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu terhadap

pengajaran guru.

Alat bantu mengajar (ABM) menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan

kefahaman dan corak pemikiran, oleh itu ia mengurangkan berbagai-bagai gerak

balas lisan daripada murid

Alat bantu mengajar (ABM) membekalkan satu dasar untuk perkembangan

pembelajaran murid dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.

Page 54: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

47

Alat bantu mengajar (ABM) menolong menjadikan pembelajaran murid-murid

lebih mendalam tentang kefahaman isi pengajaran.

Alat bantu mengajar (ABM) menawarkan pengalaman yang sebenar dan

menjadikan pengajaran lebih menarik

Pembelajaran yang diperoleh akan lebih bermakna.[3]

Bahan itu dapat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun

pelajar.

Melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar

dengan pelajar.

Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa

yang singkat.

5..5 KEMAHIRAN PEMILIHAN DAN APLIKASI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) Kemahiran adalah kecekapan atau kepandaian seseorang untuk membuat

sesuatu. Tanpa kemahiran agak sukar bagi seseorang itu mengendalikan

sesuatu. Begitu juga dalam bidang perguruan, kemahiran amat diperlukan. Seperti

kemahiran dalam memilih serta mengaplikasikan alat bantu mengajar (ABM) yang telah

dipilih.

Dalam memilih alat bantu mengajar (ABM), guru seharusnya berkemahiran dalam

menilai dan menimbang akan keperluan atau sumbangan alat bantu dalam

pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertimbangan seharusnya

menekankan semua aspek atau kriteria-kriteria dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kriteria-kriteria dalam memilih alat bantu mengajar (ABM) itu, di antaranya:-

Alat bantu mengajar (ABM) haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik

yang hendak diajarkan.

Alat bantu mengajar (ABM) harus mengandungi idea-idea dan reka bentuk yang

asli dan tersendiri.

Alat bantu mengajar (ABM) boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau

boleh juga digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Dengan perkataan lain guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah,

Page 55: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

48

tepat dan cepat lagi dengan adanya alat bantu mengajar (ABM). Murid-murid

pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal

dalam ingatan.

Reka bentuk alat bantu mengajar (ABM) hendaklah menarik dan berkesan untuk

menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, alat ini harus disediakan

dengan menggunakan gambar yang berwarna.

Alat bantu mengajar (ABM) harus disediakan dengan perbelanjaan yang rendah

dan dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya membuat Alat bantu mengajar

(ABM) dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang

lama untuk menyediakannya.

Alat bantu mengajar (ABM) harus disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai

supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Alat bantu mengajar (ABM) yang

terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran penyampaian guru atau

penggunaan murid.

Sumber pengajaran-pembelajaran haruslah mengandungi nilai-nilai murni yang

tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan-bahan seperti gambar yang tidak

sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata atau menggunakan bahan-

bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok.

5..6 KESAN DARI PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) Jika guru dapat menguasai kemahiran memilih dan aplikasi alat bantu mengajar (ABM)

dengan berkesan, beberapa kesan yang baik dapat diperlihatkan, seperti :

Kanak-kanak akan dapat memahami sesuatu konsep, fakta atau idea dengan

lebih jelas.

Pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

Pelajar akan dapat terus mengikuti setiap perkembangan proses pengajaran

yang dijalankan.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagaikan.

Pelajar menaruhkan keyakinan terhadap pengajaran guru.

Aktiviti pembelajaran akan lebih menarik.

Konsep, fakta dan idea yang diterima akan lebih kekal dalam ingatan.

Page 56: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

49

5..7 Kelemahan yang Terdapat Pada Alat Bantu Mengajar (Abm) Dan Cara Mengatasinya

Jika kita perhatikan, alat bantu mengajar (ABM) sememangnya tidak mempunyai

kelemahan secara langsung, kerana tujuan utama alat bantu mengajar (ABM)

adalah untuk menutup sebahagian kelemahan yang terdapat dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Tetapi kelemahan itu dapat dilihat melalui perkara

berikut:-

Kurangnya kemahiran guru dalam memilih jenis alat bantu mengajar (ABM) yang

sesuai.

Kurangnya kemahiran guru dalam pengaplikasian alat bantu mengajar (ABM).

Kesukaran dalam penyediaan alat bantu mengajar (ABM). Seperti kurangnya

alat pelaksanaannya, bahan atau rujukan dalam menyediakan, keperluan masa

yang mempengaruhi guru dalam menyediakan alat bantu mengajar ABM.

Kadang kala faktor pelaksanaannya yang mempunyai halangan. Berikut merupakan

cadangan untuk mengatasi segala kelemahan ;:

Guru seharusnya lebih prihatin dan memahami kehendak pelajar yang diajarkan.

Guru harus muhasabah dan meningkatkan segala kemahiran dalam proses

pengajarannya terutama dalam menggunakan segala alat bantu mengajar ABM,

seperti kemahiran menggunakan Teknologi maklumat, Multimedia dan

sebagainya.

kerjasama semua pihak dalam merancang dan menyusun proses pengajaran

dan pembelajaran dapat membantu guru dalam penyediaan alat bantu mengajar

(ABM)

Merancang dengan sistematik. Perkara yang harus diambil perhatian adalah alat

bantu mengajar adalah alat sokongan bukan sebagai pengganti guru

sepenuhnya. Yang mengendalikannya adalah guru. Jika guru dapat merancang

segala-galanya dengan baik, maka segala kelemahan akan dapat diatasi.

5..8 KESIMPULAN Teknik pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru bukan sekadar chalk and talk

tapi lebih dari itu, seperti penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) perlu

dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan

Page 57: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

50

berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan

pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan ini menjelaskan kepada kita

betapa pentingnya penggunaan alat bantu mengajar (ABM) kepada guru-guru dalam

menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang guru harus mahir

mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih alat bantu mengajar (ABM) yang

berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang

dirancang ketika dalam pengaplikasiannya. Ini kerana penggunaan alat bantu mengajar

(ABM) amat penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan

memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan.

Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses

pengajaran dan pembelajaran guru. Alat bantu mengajar (ABM) memudahkan para guru

memindahkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial

antara guru dan pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru

sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses

interaksinya dengan pelajar-pelajarnya.

Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung pada

keberkesanan guru memilih dan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai.

Di sekolah, pusat sumber sekolah merupakan tempat yang boleh menjadi rujukan

kepada guru-guru dalam mendapatkan sumber pengajaran. Walau bagaimanapun,

sesebuah sekolah yang mempunyai pusat sumber yang dilengkapi lat bantu mengajar

(ABM) tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya jika gurunya tidak

menggunakan bahan itu dalam pengajarannya. Adalah menjadi tanggungjawab guru

untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi membantu kefahaman pelajar-

pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak disampaikan.

Page 58: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

51

5..8 Latihan

Secara berkumpulan bincangkan aktiviti yang boleh dilaksanakan secara individu , kelas dan kumpulan untuk menghasilkan bahan bantu yang bersesuaiaan mengikut ABP.

B. Media Digunakan

v. WhatsApp

vi. Masa 3 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi

satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk: Perancangan Pengajaran dan pembelajaran

i. Membincangkan komponen- komponen penting dalam rancangan pengajaran

LATIHAN

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 59: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

52

harian (rujuk dalam Agihan Tajuk)

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)

ii. Komponen dalam RPH

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

ix. Semakan kehadiran

x. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk

xi. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

xii. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

BIBLIOGRAFI Ahmad Mohd Salleh, 2008. Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi dan Pedagogi

Pendidikan, Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn Bhd. Ahmad Mohd Salleh,2008. Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi dan Pedagogi

Pendidikan, Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn Bhd.

Beaty, J. 2018.Preschool appropriate practices: environment, curriculum and development. (5t ed). USA : Cengale Learning.

Cara A. Marlowe. 2012. The Effect Of The Flipped Classroom On Student Achievement And Stress. Montana: Montana State University.

Essa. L. E. 2010.Introduction to early childhood education. (6th Ed). NY: Thomson Delmar Learnin

Gallahue, D.L. 1982. Development Movement Experiences for Children.New York: Wiley [20 September 2014] Gallahue, D.L. (1993),Development Physical Education for Today’sChildren.Madison,

WI: Brown and Benchmark [20 September 2014] Gardner, H. 1999. Intelligence reframed.Multiple intelligence for the 21stcentury.New

York: Basic Books[20 September 2014] Halimah Abdul Rahman. 1994. Pengajaran Bertema di Pusat Prasekolah.Kuala

Lumpur.Fajar Bakti Sdn. Bhd. [17 Oktober 2014]

Page 60: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

53

Hyson, M.& Tomlinson, H.B. 2014.The Early Years Matter: Education, Care & the Well Being of Children Birth to 8.New York: Teachers Collage Culombia University.

Jabatan Perdana Menteri. 2011. Kurikulum PERMATA negara (3rd Ed.) Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA. Putrajaya : Perbadanan Percetakan Negara.

Johnson, Graham Brent. 2013. Student Perceptions Of The Flipped Classroom. Columbia: The University Of British Columbia.

Lioe, Luis Tirtasanjaya, Teo Chin Wen, dkk. 2012. Assessing the effectiveness of flipped classroom pedagogy in promoting students’ learning experience. NYGH Research Journal.

Kementerian Pendidikan Malaysia 2017. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Semakan 2017. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Putrajaya, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Morrison, G.S. 2014.Early childhood education today. (13th ed.). Boston: Pearson Education Inc.

Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah .2003. Panduan Pendidikan Prasekolah. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Pierce, Richard EdD and Jeremy Fox, PharmD. 2012. Instructional Design And

Assessmentvodcasts And Active-Learning Exercises In A “Flipped Classroom” Model Of A Renal Pharmacotherapy Module. American Journal of Pharmaceutical Education 2012; 76 (10) Article 196.

Putri Zabariah, Bustam Kamri, Raja Hamiza. 2006. Tadika Berkualiti. PTS Pubications & Distributors Sdn. Bhd. Pahang.

Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad 2007. Panduan

kurikulum Prasekolah.Kuala Lumpur:PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. [15 Oktober 2014]

Rubin, K.H. & Watson, K. S.1978. Free play behaviors in preschool and kinderarten

children.Society for research in Child Development. 49,534- 536. [17 Oktober 2014].

Shimamoto, Dean N.2012. Implementing a Flipped Classroom: An Instructional

Module. Hawai Amerika Serikat: Department of Educational Technology University of Hawaii Manoa.

Whitebread, D. 2015.Teaching and learning in the early years. (4th ed). New York: Routledge

Page 61: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

54

PENYELARAS MODUL PDPM (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)

Nama Pegawai Akademik

Dr. Siti Iwana Sharizah Abu Samah

Bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak

PANEL PENGGUBAL PAKKD2033 PENGAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

Bil. Nama Kelayakan Akademik

1 Dr. Sheal Valakshemi a/p Palaniappan

Ed.D. (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UNISEL Sarjana (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UPSI, Sarjana Muda dengan Kepujian, (Pendidikan Awal Kanak-kanak),UM. Sijil Pendidikan (Bahasa Tamil, Maktab Perguruan Lembah Pantai) KL.

2 Pn. Norliza bt. Ahmad

Sarjana (Pendidikan Prasekolah ) UKM Sarjana Muda dengan Kepujian (Pendidikan Awal Kanak-kanak) UM.

Page 62: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

55

SIMBOL PEMBELAJARAN

Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Page 63: MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perancangan pengajaran berdasarkan pendekatan, strategi dan teknik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan merujuk pelbagai sumber maklumat. 3. Melaksanakan

56

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).

Aktiviti Tutorial

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.