pendekatan cara mengajar

17
Pendekatan,kaedah serta cara mengajar penulis 1.0 PENDAHULUAN Penulisan juga satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada pembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik penulisan yang sesuai. Ramai pakar bidang penulisan bahasa berpendapat bahawa menulis adalah satu kemahiran yang memerlukan penulis mengeluarkan idea, merancang dan menyiapkan teks penulisan mengikut peratusan lazim penulisan standard (Graham 1982; Graham & Harris 1989; Graham, Harris & Sawyer 1987; Graham, Harris, MacArthur & Schwartz 1991; MacArthur & Graham 1987). Menurut Tindal & Marston (1990), menulis memerlukan kemahiran bahasa seperti bertutur, membaca, mengeja dan seterusnya. Penulisan juga memerlukan integrasi pelbagai peraturan, kemahiran dan proses seperti tingkah laku kompleks yang lain (Johnson & Grant 1989). Menurut Kamarudin Hj.Husin (2002) konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan sekolah menengah mempunyai beberapa tujuan. Antaranya membolehkan pelajar bercerita dan berhujah tentang sesuatu kejadian ,cerita atau tajuk bagi perbincangan. Selain itu membolehkan pelajar menulis pengalaman sendiri, cerita ,penerangan atau laporan dan menulis surat kiriman formal atau tidak formal. Menurut Zainol Ismail(2003:7), bentuk penulisan dibahagikan kepada dua jenis iaitu berformat dan bebas. Penulisan berformat terdiri daripada surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, dialog, berita dan catatan. Penulisan tidak berformat terdiri daripada penulisan

Upload: zeeyan

Post on 25-Nov-2015

27 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pendekatan, cara mengajar

TRANSCRIPT

Pendekatan,kaedah serta cara mengajar penulis

Pendekatan,kaedah serta cara mengajar penulis

1.0 PENDAHULUAN Penulisan juga satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada pembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik penulisan yang sesuai.Ramai pakar bidang penulisan bahasa berpendapat bahawa menulis adalah satu kemahiran yang memerlukan penulis mengeluarkan idea, merancang dan menyiapkan teks penulisan mengikut peratusan lazim penulisan standard (Graham 1982; Graham & Harris 1989; Graham, Harris & Sawyer 1987; Graham, Harris, MacArthur & Schwartz 1991; MacArthur & Graham 1987). Menurut Tindal & Marston (1990), menulis memerlukan kemahiran bahasa seperti bertutur, membaca, mengeja dan seterusnya. Penulisan juga memerlukan integrasi pelbagai peraturan, kemahiran dan proses seperti tingkah laku kompleks yang lain (Johnson & Grant 1989).Menurut Kamarudin Hj.Husin (2002) konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan sekolah menengah mempunyai beberapa tujuan. Antaranya membolehkan pelajar bercerita dan berhujah tentang sesuatu kejadian ,cerita atau tajuk bagi perbincangan. Selain itu membolehkan pelajar menulis pengalaman sendiri, cerita ,penerangan atau laporan dan menulis surat kiriman formal atau tidak formal. Menurut Zainol Ismail(2003:7), bentuk penulisan dibahagikan kepada dua jenis iaitu berformat dan bebas. Penulisan berformat terdiri daripada surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, dialog, berita dan catatan. Penulisan tidak berformat terdiri daripada penulisan rangsangan bergambar, pengalaman/cerita, jenis fakta, perbincangan, melengkapkan cerita, jenis autobiografi dan peribahasa.Salleh Mohd Akib (dalam Kamarudin Hj Husin,1988:198) pula membahagikan penulisan kepada tiga jenis, iaitu penulisan lisan, bertulis dan terkawal. Secara umumnya supaya lebih mudah difahami,penulisan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penulisan lisan dan bertulis.1. Penulisan Lisan: Aktiviti latihan bercakap untuk menulis dengan menggunakan bahasa yang diajar turut dipraktikkan dalam bilik darjah. Menurut Kamarudin Hj. Husin (2001:281) antara teknik-teknik pengajaran yang boleh dijalankan dalam kelas ialah: Bersoal jawab perkara-perkara yang dialami pelajar dalam kehidupan hariannya. Menceritakan semula cerita yang pernah didengar daripada ibu bapa,guru, orang lain, buku, majalah atau bahan bacaan lain. Teknik ini mengalakkan kanak-kanak untuk meluaskan pengalaman mereka tanpa batasan. Membuat draf, menyemak dan menyelesaikan cerita mereka sendiri Penulisan bergambar iaitu latihan bercakap mengenai gambar atau carta aliran yang disediakan.2. Penulisan BiasaPenulisan ini adalah kesinambungan daripada penulisan lisan (Pg. Mahmud Pg. Damit,1997).Penulisan ini dilakukan setelah pelajar menjalani latihan praktikal dalam bahasa lisan.Penulisan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penulisan terkawal dan penulisan bebas. i. Penulisan TerkawalMenurut Salleh Mohd Akib (dalam Kamarudin Hj Husin,2001:283), dalam penulisan terkawal segala isi dan penulisan dikawal oleh guru.Guru mengawasi susunan dan bahasa dalam penulisan ini untuk mengurangkan berlakunya kesilapan. Penulisan terkawal dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sepenuhnya terkawal, separuh terkawal dan hampir terkawal.ii .Penulisan BebasPengajaran dan penulisan jenis ini hanya dapat dilakukan setelah pelajar boleh menguasai bahasa dengan baik. Guru lebih banyak bertindak sebagai pembimbing dan memberikan perhatian kepada kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam perbendaharaan kata, isi dan pembinaan ayat berdasarkan tajuk penulisan yang diberi. Bahan bantu mengajar banyak membantu guru dalam aktiviti pengajaran mereka. Ini membolehkan pelajar membina struktur ayat yang gramatis dan menghasilkan penulisan wacana tatabahasa yang berkualiti.2.0 SOALAN TUGASAN Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting dalam memastikan pelajar dapat memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan. Penulisan wacana sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Namun pendapat mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan, kaedah atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah, kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikandengan tajuk penulisan yang hendak diajar.Berdasarkan kenyataan di atas berikan pandangan anda dengan berpandukan soalan berikut :2.1 Kaitkan Pandangan Tersebut Dengan Dua Pendekatan Pengajaran Penulisan Yang Dikemukakan oleh RaimesMenurut Abdullah Hassan (1987:412) , pendekatan merupakan satu kumpulan prinsip atau andaian yang berkaitan dengan bahasa, pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sesuatu pendekatan itu harus mencerminkan pandangan mengenai apa sebenarnya bahasa itu, cara bahasa itu diperolehi, bagaimana bahasa itu dilahirkan serta perkara-perkara yang mengawal bahasa itu. Terdapat dua bentuk penulisan wacana di sekolah rendah dan menengah. Pertama penulisan wacana berformat. Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan berformat yang tidak ditulis mengikut format yang ditetapkan, maka boleh menjejaskan konsep wacana ( Sulaiman Masri,1998 ). Kedua penulisan wacana tidak berformat. Wacana tak berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu dimaksudkan sebagai penulisan yang bebas daripada sebarang ikatan penggunaan format ( Kamarudin Hj.Husin, 1988 ).Dalam pengajaran penulisan wacana terdapat pelbagai pendekatan yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tidak ada satu pun pendekatan yang paling sesuai digunakan di bilik darjah, melainkan ianya perlu disesuaikan dengan topik penulisan yang hendak diajar.Raimes ( dalam Jurian Long, dan rakan-rakan,1990-214 ) berpendapat bahawa terdapat beberapa pendekatan pengajaran penulisan. Antaranya ialah :A. Pendekatan Terkawal;B. Pendekatan Bebas;C. Pendekatan Pola Perengganan;D. Pendekatan Tatabahasa Sintaksis-organisasi;E. Pendekatan Komunikatif; danF. Pendekatan Proses. Dua pendekatan yang saya pilih untuk pengajaran penulisan ialah1. Pendekatan Terkawal2. Pendekatan Pola-Perenggan2.1.1 Pendekatan Terkawal Pendekatan terkawal ialah pendekatan yang dirancang secara berurutan supaya murid-murid menguasai suatu unsur penulisan dan ketatabahasaan. Murid-murid dikehendaki menyudahkan tugasan berdasarkan bahan serta mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan.Pendekatan ini mula digunakan pada tahun 50-an dan 60-an, iaitu pada zaman pendekatan audio-lingual.Menerusi pendekatan ini, semasa pengajaran penulisan murid-murid dipandu atau dikawal supaya pelajar tidak membuat kesilapan. Pendekatan terkawal juga merupakan latihan penulisan yang isi kandungan dan bentuknya disediakan dan disudahkan murid berdasarkan arahan yang ditetapkan. Pada peringkat permulaan kawalan yang diberi oleh guru lebih banyak, tetapi kawalan ini beransur-ansur kurang pada peringkat selanjutnya. Walau bagaimanapun , mereka mempunyai kebebasan untuk memilih penbendaharaan kata dan menggunakan struktur ayat mereka sendiri.Dalam pendekatan terkawal, guru merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti secara berurutan dalam langkah pengajarannya supaya murid dapat menguasai sesuatu unsur penulisan dan ketatabahasaan. Pendekatan ini menekankan ketepatan daripada kemahiran dan keaslian.Meliputi pengajaran yang bersistem dan beransur-ansur; daripada kegiatan meniru hingga penulisan bebas. Murid-murid dikehendaki membuat latihan berdasarkan gambar serta mematuhi arahan-arahan yang diberikan. Guru perlu memastikan penggunaan bahan pengajaran pembelajaran adalah fleksibel dan sesuai dengan peringkat kebolehan dan kefahaman murid.Penggunaan bahan-bahan pengajaran /pemelajaran yang fleksibel yakni boleh menerapkan pelbagai jenis karangan,boleh disesuaikan dengan peringkat kelas,boleh merentas kurikulum, dan sebagainya.Antara aktiviti-aktiviti yang sesuai dalam pendekatan ini ialah: Menyusun perkataan atau frasa Melengkapkan ayat atau mengisi tempat kosong Menyusun ayat Menukar dialog kepada karangan Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap. Menysun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan lengkap berstruktur.bersturuktur Dalam aktiviti mengisi tempat kosong atau melengkapkan ayat, bentuk kawalan yang dilakukan oleh guru adalah seperti berikut :a. Murid-murid mengisi tempat kosong dengan perkataan-perkataan, contohnya penyambung dan frasa. Kadang-kadang guru memastikan perkataan-perkataan atau frasa yang perlu digunakan.b. Guru memberi senarai frasa atau perkataan yang ada kaitan dengan sesuatu tajuk,murid-murid perlu membuat ayat untuk melengkapkan frasa itu. Frasa atau perkataan disediakan oleh guru,bertujuan mengurangkan kesilapan dalam penulisan.c. Guru memberikan satu petikan atau teks yang menggambarkan satu peristiwa atau kejadian kepada murid-murid, kemudian menyuruh murid-murid mengambarkan keseluruhan pengalaman.Contoh :1. Kalau saya seorang angkasawn .2. Surat yang di tanganku jatuh, dan dengan tidak disedari air mata membasahi pipiku..3. . rupa-rupanya saya bermimpid. Guru membincang rangka karangan bersama-sama murid. Murid menulis karangan berdasarkan rangka karangan tadi.Semasa membuat latihan penulisan murid-murid tidak memikirkan tentang kandungan ,struktur atau gaya bahasa. Mereka mengikut arahan yang diberikan oleh guru .Antara teknik-teknik yang boleh digunakan ialah Karangan terkawal Karangan berpandu Teknik soal jawab Teknik gabung ayatKaedah, teknik, alat bantu mengajar dan aktiviti yang dijalankan oleh guru berbeza bagi setiap kali pengajaran dijalankan. Ianya bergantung kepada subjek, tajuk , alam persekitaran dan kebolehan murid itu sendiri.Contohnya untuk menulis karangan antara gambar tunggal dan gambar bersiri teknik antara keduanya adalah berbeza.2.1.2 Pendekatan Pola- Perengganan Perenggan merupakan satu kumpulan ayat tentang isi atau idea yang sama. Dalam penulisan, pembinaan perenggan adalah penting untuk membahagikan isi yang ingin disampaikan. Setiap kali perubahan sesuatu isi atau fokus berlaku, kita perlu memulakan perenggan baru. Untuk menghasilkan perenggan yang baik dan berkesan:a. Tentukan ayat-ayatnya berkait.b. Ada kesatuan dan pertautan isi.c. Kesatuan hanya dapat dicapai jika isi berkait sahaja dipilih.d. Pertautan pula dapat dicapai dengan menggunakan penanda wacana.Contoh penanda:Selain itu, tambahan lagi, di samping itu, juga, oleh yang demikian ,namun begitu ,seterusnya dan selanjutnya. Pendekatan pola-perenggan ini memberi keutamaan kepada ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik dalam sesebuah karangan. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur. Oleh itu pelajar dapat membentuk perenggan yang baik dan penyampaian isinya mengikut urutan.Pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik. Antara latihan yang dapat diaplikasikan dalam pendekatan ini ialah ;1. Latihan menyusun ayat-ayat yang disediakan oleh guru dalam satu perenggan yang kemas.2. Latihan menyusun ayat-ayat yang diberikan oleh guru supaya membentuk sebuah karangan yang kemas yakni perenggan yang mengandungi ayat-ayat yang saling melengkapi bagi membentuk satu kesatuan.Contoh :Murid-murid dikehendaki menyusun ayat-ayat berikut supaya membentuk satu perenggan memerihalkan Wau Bulan.a. Bentuk jenis wau ini menyerupaibulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.b. Wau bulan merupakan antara jeniswau yang paling popular di Malaysia. Kepopularannya didominasi oleh rakyat pantai timur di Semenanjung Malaysia.c. Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya, yang mengikut legenda, mula digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda.d. Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter.e. Bentuk wau bulan ini menjadi lambang syarikat kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).3. Latihan ini membolehkan murid-murid mengenalpasti isi-isi penting dan isi bantu dalam seseuatu perenggan.4. Latihan untuk memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan.Soalan 2Pilih satu tajuk penulisan yang sesuai dan rangkakan satu model pengajaran berdasarkan kaedah bergambar dan carta. Penggunaan alat bantu mengajar atau audio visual yang sesuai perlu disertakan sebagai lampiran.3.0 KAEDAH BERGAMBAR DAN CARTA Kaedah pengajaran merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objektif pembelajaran dalam jangka masa pendek. Dengan kata lain kaedah pengajaran ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Penggunaan kaedah bergambar dan carta bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah berdasarkan gambar yang dilihat dan dipamerkan.Gambar bersiri akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan perisitiwa yang terdapat dalam gambar-gambar dijadikan bahan untuk murid-murid menyiapkan sebuah penulisan. Kaedah ini juga boleh dilaksanakan menerusi teknik penyampaian yang menggunakan slaid. Teknik slaid dapat menarik minat murid kerana menyeronokkan,ditambah lagi dengan iringan muzik yang bersesuaian.Contoh tayangan slaid tentang majlis perkahwinan,iringan irama muzik ialah muzik ialah selamat pengantin baru.Namun teknik memerlukan peralatan tertentu seperti komputer , LCD dan speaker. Beberapa langkah menggunakan kaedah bergambar dalam menyampaikan pengajaran, antaranya :1. Gambar yang digunakan mestilah sesuai dan menarik sebagai ABM dan mengikut umur atau tahap murid.2. Guru mengarahkan murid-murid meneliti gambar yang dipamerkan dan meminta murid-murid memikirkan perkara-perkara yang dapat diperkatakan tentang gambar .3. Pelajar diminta mencatat isi-isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan gambar yang dilihat.4. Aktiviti sumbangsaran dijalankan, iaitu murid-murid diberi peluang untuk menyuarakan pendapat dan idea secara lisan, dan guru mencatat pada papan tulis, sambil menyemak kegramatisan ayat-ayat yang dikemukakan oleh murid-murid.5. Guru mengadakan sesi perbincangan dengan murid-murid tentang isi-isi yang dikemukakan dan membuat rumusan dan penyusunan isi-isi penting.6. Pelajar menulis berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan.Teknik carta aliran bermaksud guru mengedarkan atau menunjukkan sebuah cartaberdasarkan proses-proses penghasilan bahan atau produk.Teknik ini bersistematik mengikut kronologi peristiwa.Teknik ini hampir sama dengan teknik gambar bersiri. Peringkat-peringkatnya boleh ditunjukkan menggunakan penanda anak panah.3.1 Rancangan Pelajaran Harian.Penulisan : KeperihalanTarikh : 01 Mac 2010Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagiKelas : 5 BestariMata Pelajaran : Bahasa MelayuTajuk : Penulisan- KeperihalanTopik : Adat Perkahwinan Melayu ObjektifPada akhir pelajaran, murid dapat :i. Murid dapat menyoal dengan menggunakan pelbagai kata tanya untuk mendapatkanMaklumat.ii. Pelajar dapat memberikan gambaran dan mengumpulkan isi-isi penting tentang tajuk karangan tersebut.iii. Pelajar dapat menulis suatu karangan yang baik bertajuk Adat Perkahwinan Melayu Di Malaysia dalam buku latihan penulisan.Hasil Pembelajaran :Fokus Utama:6.1 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.Aras 1i). Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaanFokus Sampingan :1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusilaAras 1i) Mengemukakan soalan dengan menggunakan kata tanya dan tanpa kata tanya untuk mendapatkan penjelasan lanjut.8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan bagi sesebuah karangan.Aras 1 ii) Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam ayat.Kemahiran Bahasa : Mendengar , bertutur , membaca dan menulis.Sistem Bahasa : Kosa kata : merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan persandinganPengisian Kurikulum : Ilmu : Budaya, Pendidikan Islam Penerapan Nilai : Kerjasama, Sopan-santun , Hormat-menghormati Tatabahasa : Penanda Wacana dan Kata Tanya Kemahiran Berfikir : Menjana idea dan menyenarai Kajian Masa Depan : 1) Pengumpulan maklumat Proses Kilasan Persekitaran2) Ramalan dan Analisis Roda Masa Hidup Kemahiran Bernilai Tambah :i. Kemahiran Berfikirii. Teknologi maklumat dan Komunikasiiii. Kemahiran Belajar Cara Belajar. Kecerdasan Pelbagai : Verbal-linguistik,Intrapersonal, Kecerdasan Muzik, Kecerdasan Imaginasi.Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah lihat suasana majlis perkahwinanBahan Bantu Mengajar : a. Kaset dan radio b. Gambar-gambar aktiviti/ slaid c. Lirik Lagu d. Lembaran Pengurusan Grafik e. Lembaran Kerja f. Sambungan Internet