pen gurus an konflik dan stres

Upload: syi-shaoyi

Post on 19-Jul-2015

98 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pengurusan Konflik Dan Stres Setiap hari laporan akhbar memaparkan kejadian-kejadian jenayah yang

membimbangkan. Di akhir-akhir ini, kadar jenayah semakin meningkat di dalam negara. Kes-kes pembuangan bayi, penderaan, rompakan, samun, ragut dan penyalahgunaan dadah adalah manifestasi daripada apa yang dipanggil kegagalan dalam menghadapi tekanan hidup (stres). Kehidupan kita sekarang yang serba cepat menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang stres. Tekanan kerja, masalah rumahtangga, jiran, kesesakan jalan raya dan macam-macam lagi adalah punca stres. Hasil kajian Kementerian Kesihatan mendapati pelajar di negara kita mengalami tahap stress yang tinggi. Dapatan itu diperoleh menerusi projek rintis Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid sekolah bagi mengenal pasti tandatanda stres, keresahan dan kemurungan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada 6,540 orang murid yang telah disaring, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus kemurungan yang teruk dan 4.8 peratus stres yang teruk. Banyak sebab yang menjadi penyumbang kepada masalah pelajar dalam hal ini terutama sekolah, peperiksaan, keluarga dan sebagainya tetapi apa yang penting ialah melakukan persediaan awal mengenai kemahiran menangani stres, katanya kepada pemberita (http://mforum2.cari.com.my). Kesihatan mental melibatkan proses pemikiran termasuk pembelajaran, menghadapi dan menyelesaikan masalah, serta merancang dan membuat keputusan. Stres dan konflik yang timbul daripada perubahan fizikal, fisiologi dan persekitaran sosial, boleh mengganggu gaya hidup sihat dari aspek mental dan emosi. Stres ialah reaksi badan kepada sebarang perubahan yang memerlukan penyesuaian respons. Dari aspek mental dan emosi, stres menyebabkan seseorang berasa risau, gelisah, bimbang dan cepat marah. Dari aspek fizikal pula, stres menyebabkan perubahan berlaku pada sistem tubuh badan (Aminudin bin Yusof et al. 2006). Reaksi fisiologi terhadap stressor ialah kadar nadi bertambah, tekanan darah meningkat, otot menjadi tegang, hormon dirembes dan meningkatkan gelombang otak (Mohd Nasir & Rokiah 1997).

Terdapat beberapa situasi dalam kehidupan harian yang boleh menyebabkan stres. Antaranya peperiksaan (bagi pelajar), kerja (bagi yang bekerja) serta perhubungan dengan rakan dan keluarga. Pengurusan stres terdiri daripada tiga jenis kemahiran, iaitu mengelakkan stressor luaran, mengawal dan mengurangkan reaksi stres diri. Antara strategi menguruskan stress termasuk pengurusan masa, bersenam, mengamalkan pemakanan seimbang, bersikap positif serta asertif, mengamalkan teknik relaksasi, mendapatkan sokongan sosial dan menyelesaikan masalah secara kreatif (Aris Fazil et al. 2004). Stres adalah halangan normal dalam kehidupan seharian kita. Stres boleh dijana untuk mendapatkan hasil kerja yang lebih baik, menepati masa atau meningkatkan prestasi seperti mencipta rekod kejohanan sukan. Kita perlu mengenal pasti stressor dan menguruskan stres dengan cara yang betul supaya tidak memberi kesan negatif. Pelbagai strategi menguruskan stres perlu diamalkan mengikut situasi masing-masing supaya tingkah laku kita dapat dikawal. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak. Rehat Yang Cukup Rehat yang cukup adalah asas kepada kesihatan yang baik. Rehat boleh membantu mencegah keletihan yang akan memudaratkan kesihatan. Tidur juga merupakan rehat yang sempurna. Tidur bererti keadaan apabila seseorang tidak sedar dengan mata terpejam dan bertujuan untuk berehat. Tidur merupakan bahagian yang penting dalam hidup ini, sejak dilahirkan hinggalah usia lanjut. Satu pertiga daripada hidup manusia dihabiskan untuk tidur (Rachmat 1996). Tidur membolehkan sistem tubuh badan termasuk otak berehat dan selepas dapat tidur yang cukup, sistem tersebut dapat berfungsi dengan lebih berkesan (Wee 2009). Apabila kita tidak cukup tidur, kesan yang menonjol ialah keletihan fizikal dan tidak berupaya untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu.

Walaupun fakta telah mengatakan bahawa kita belanjakan kira-kira 1/3 hidup kita tidur, sehinggalah baru-baru ini telah perhatian yang agak sedikit yang dibayar kepada masalah-masalah tidur. 40 juta sesetengah rakyat Amerika mengalami penyakit kronik tidur dan wakefulness. Malangnya, sering kekal yang tidak dikenali dan yang tidak dikenal pasti oleh pesakit dan doktor yang sama (Pusat Perubatan University of Maryland, http://ms.yourwebdoc.com/insomniatreatment.php). Insomnia merupakan penyakit gangguan terhadap pola tidur. Mereka yang menderita akibat insomnia bukanlah tidak boleh tidur sama sekali dan tidak semestinya di kalangan pesakit psikosis atau kemurungan. Pesakit insomnia ialah orang yang susah untuk tidur, lalu dapat tidur sebentar, kemudian terbangun dan tidak boleh tidur lagi. Lebih kurang 30 peratus penduduk normal mengadu mengalami insomnia (Rachmat 1996).Jika dalam tempoh seminggu tidur anda terganggu dan ia bukan berpunca

daripada faktor-faktor seperti tertekan, masa tidur yang tidak menentu atau tabiat suka minum minuman yang mengandungi caffein seperti kopi atau teh selepas pukul 4 petang. Atau keadaan tempat tidur, tabiat merokok, minum caffein, persekitaran di luar rumah atau jadual kerja yang sering berubah-ubah, maka anda perlu berjumpa doktor,'' kata Profesor dan Pakar Perunding Kanan Neurologi dan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Penyelidikan), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali. Menurut beliau, seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam dikategorikan sebagai mereka yang menghidap insomnia. (www.utusan.com.my) Banyak faktor yang boleh mengakibatkan insomnia. Antaranya ialah kesihatan tubuh yang terganggu, masalah sekitaran atau ketidaktenteraman fikiran, umur yang semakin meningkat atau perubahan irama biologi tubuh, dan pengubatan dengan mengambil dadah tertentu. Terdapat hubungan rapat antara kebimbangan dan insomnia. Jika kita bimbang, misalnya di tempat kerja, masalah anak-anak tidak maju dalam pelajaran, penyakit atau kepincangan rumahtangga, hal-hal ini sering bermain di fikiran bawah sedar kita, dan akibatnya kita tidak dapat tidur (Barnard et al. 1984).

Satu senaman yang berfaedah yang sering boleh mendatangkan tidur ialah dengan berbaring: tangan di sebelah, kaki renggang sedikit. Otak sepatutnya menumpukan kepada penarikan nafas dan badan seharusnya relaks sama sekali. Apabila tubuh seseorang itu letih, dia akan tidur serta-merta. Berjalan-jalan selepas makan malam atau waktu petang, atau bermain untuk memperolehi keletihan fizikan yang sihat dan menghilangkan ketegangan. Senaman ubat yang paling mujarab untuk ketegangan emosi dan setelah ketegangan lenyap tidur pasti datang. Senaman Kita mencari pelbagai alasan untuk tidak mahu bersenam: kemudahan terhad, seperti rumah pangsa yang kecil, menyukarkan kita untuk bersenam. Senaman akan meletihkan kita; menyebabkan sakit kepala, sakit belakang. Orang menjadikan umur sebagai alasan untuk tidak aktif. Mereka mengatakan, Saya terlalu tua untuk bersenam. Sepatutnya mereka berkata, Saya tidak terlalu tua untuk bersenam. (Llewellyn-Jones 1993). Seseorang itu boleh bersenam pada bila-bila usia pun dan senaman mendatangkan kebaikan. Senaman sangat penting untuk kesihatan. Malahan, ramai doktor menganggap senaman sebagai faktor penting untuk kita terus hidup (Barnard et al. 1984). Kita memerlukan badan yang sihat dan cergas untuk hidup dengan yang sempurna. Senaman dapat meningkatkan daya ketahanan dan taraf kesihatan kita dari aspek fizikal. Aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi, serta mengurangkan tekanan mental yang kita hadapi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Cara ini bersesuaian dengan cogan kata Badan cergas otak sihat. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.

Senaman adalah perlu untuk menjaga kesihatan dan pengekatan tahap kecergasan yang tinggi. Antara kelebihan senaman untuk kesihatan (dari aspek fizikal) adalah seperti berikut: (1) Mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetis; (2) Menambah kekuatan jantung dan paru-paru; (3) Memperkuatkan tulang dan mencegah osteoporosis; (4) Membakar lemak untuk mengawal berat badan berlebihan: (5) Meningkatkan kolestrol baik di dalam darah; (6) Membantu untuk tidur dengan baik; dan (7) Mengurangkan ketegangan dalam diri (Wee 2009). Perkara penting tentang senaman ialah senaman mesti dilakukan secara tetap. Seseorang itu sepatutnya mula sedikit dahulu dan perlahan-lahan meningkatkan kekerapannya. Jika senaman yang cergas dilakukan secara mengejut, pantas dan tidak secara tetap, ini mungkin lebih membahayakan dan bukannya memberi kebaikan (Barnard et al. 1984; Mustafa Ali Mohd 1991). Senaman adalah satu cara yang baik untuk mengisi masa lapang. Melakukan senaman memberikan satu keadaan yang berbeza berbanding dengan membaca atau menonton televisyen. Senaman termasuk berbasikal, berjoging, berkayak, memanjat bukit dan sebagainya. Selain daripada membentuk kesihatan yang baik, permainan juga membentuk peribadi seseorang itu dari aspek sosial. Semasa bermain, kita dilatih supaya mematuhi peraturan, berdisiplin dan bekerjasama. Melalui permainan juga kita dapat melatih diri kita menghargai pendapat dan perasaan orang lain serta memperolehi ramai sahabat. Menyertai satu-satu pertandingan boleh melatih kita mengasah bakat dan mencuba bersungguh-sungguh. Kita juga boleh belajar membuat keputusan dengan baik. Ini menunjukkan kebaikan senaman (gaya hidup sihat) dari aspek sosial. Aktiviti senaman lebih menyeronokan sekiranya dilakukan bersama-sama keluarga atau kawan-kawan. Secara tidak langsung kita boleh mengeratkan hubungan silatulrahim. Mungkin selama ini ibu bapa sibuk bekerja hingga tiada masa untuk bersama keluarga. Ibu bapa boleh menggunakan peluang ini untuk bermesra dengan anak-anak dan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Hubungan yang erat

sesama ahli keluarga seperti isi dengan kuku dapat melahirkan keluarga yang harmonis dan mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja.

Rujukan Aminudin bin Yusof, Anuar bin Din dan Enson binti Din. 2006. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Aris Fazil bin Haji Ujang, Mohd. Khairi bin Zawi, Salleh bin Mohamed Sheh dan Teh, Lah Hoong. 2004. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Barnard, C., Parkinson, C. N. dan Rustomji, M.K. 1984. Kesihatan Sempurna. Terjemahan 1994. Shah Alam: Federal Publications Sdn Bhd. Llewellyn-Jones, Derek. 1993. Rahsia Kesihatan. Terjemahan 1996. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Mohd Nasir Mohd Taib dan Rokiah Mohd Yusof. 1997. Modul Gaya Hidup Sihat. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Mustafa Ali Mohd. 1991. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 1 KBSM. Cetakan ke-3. Kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn Bhd. Rachmat, Sam. 1996. Amalan Hidup Sihat: Nasihat Perubatan dan Kesihatan untuk Anda, Keluarga dan Semua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wee, Eng Hoe. 2009. Pendidkan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Edisi ke-2. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd. Laman Web http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=601625 http://ms.yourwebdoc.com/insomniatreatment.php