pemusatan perorangan

7
Teori Pemusatan Perorangan CARL ROGERS Carl Rogers dilahirkan pada 8 hb. Januari 1902, di Oak Park, Illinois dan meninggal dunia pada tahun 1987. Dilahirkan dalam keluarga yang kuat berdisiplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi. Rogers mula belajar di Universiti Wisconsin dalam bidang pertanian, tetapi dua tahun kemudian dia menukar pengajiannya kepada bidang keagamaan di Union Theological Seminary di New York. Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan. Dikenali sebagai teori konsep kendiri/ teori fenomenologi (kemanusiaan) Kemudian memperkenalkan teori pusatan PERORANGAN Mencabar teori yang mengandaikan kaunselor semua tahu. Mencabar teknik dan tatacara berbentuk nasihat, saranan, arahan kaunselor, pujukan, pengajaran, diagnos, pentafsiran oleh kaunselor. Menurut Rogers,

Upload: hidayah-musa

Post on 18-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

teori

TRANSCRIPT

Teori Pemusatan PeroranganCARL ROGERS

Carl Rogers dilahirkan pada 8 hb. Januari 1902, di Oak Park, Illinois dan meninggal dunia pada tahun 1987.Dilahirkan dalam keluarga yang kuat berdisiplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi.Rogers mula belajar di Universiti Wisconsin dalam bidang pertanian, tetapi dua tahun kemudian dia menukar pengajiannya kepada bidang keagamaan di Union Theological Seminary di New York.Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan.Dikenali sebagai teori konsep kendiri/ teori fenomenologi (kemanusiaan)Kemudian memperkenalkan teori pusatan PERORANGANMencabar teori yang mengandaikan kaunselor semua tahu.Mencabar teknik dan tatacara berbentuk nasihat, saranan, arahan kaunselor, pujukan, pengajaran, diagnos, pentafsiran oleh kaunselor.Menurut Rogers,Manusia adalah baik, boleh dipercayai dan berupaya memahami diri sendiriJika manusia dilibatkan dalam perhubungan kaunseling, manusia boleh mencapai penentuan kendiri

Rogers juga telah cuba menjelaskan dengan lebih khusus bahawa di dalam teorinya harus juga di fahami tiga unsur (Konsep Utama) penting iaitu:1. FenomenologiSatu konsep yang dipertahankan oleh Rogers ialah pandangan fenomenologinya.Menurut Rogers,Seseorang individu mempersepsikan dunia mengikut pandangan uniknya tersendiri, dan persepsi-persepsi ini menjadi latar fenomenologinya. Seseorang individu bertindak balas kepada persekitaran sebagaimana yang dilihatnya.Jika dilambangkan, ia akan disedari oleh organisma dan jika tidak dilambangkan, ia tidak akan disedari oleh organisma.

2. OrganismaOrganisma adalah pusat segala pengalaman.Pengalaman melibatkan segala yang dialami oleh individu dalam kesedaran bagi sesuatu masa.Organisma ini boleh melambangkan pengalaman-pengalamannya, atau pun menyangkal pengalaman-pengalaman tertentu dan terus tidak melambangkannya atau mengabaikannya terus.

3. KendiriMewakili ciri-ciri aku dan persepsi terhadap hubungan diantara aku dengan orang lain dan pelbagai aspek kehidupan, bersama dengan nilai-nilai yang tersemat dengan persepsi ini.

PANDANGAN TERHADAP MANUSIA1. Manusiapada asasnya baik/ positif, kerana sifat semulajadi yang ada dalam dirinya memang baik.2. Manusia mempunyaikemampuan untuk berkembangbaik dari segi emosi mahupun intelek.3. Manusia berupayamendapat celik akalmengenai masalahnya, berupaya dan bersedia untuk berubah.4. Manusia memerlukan perhubungandan interaksi dengan orang lain5. Tingkahlaku dan penyesuaian diri terhadap keadaan persekitaran adalahbergantung kepada persepsikepada diri dan persekitaran.6. Manusiamempunyai maruah dan harga diri.7. Manusia mempunyaikuasa menentukan haluan hidup, bebas mengejar keinginan tanpa menggugat hak orang lain.8. Manusia bergerak untukmencapai kesempurnaan kendiri.9. Manusiaboleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan percaya-mempercayai, hormat-menghormatiyang boleh dirasai oleh klien.

PUNCA KERISAUAN1. Tidak kongruen di antara konsep kendiri dengan pengalaman (ideal self dan ideal self).2. Gangguan tentang syarat nilai.3. Kekecewaan untuk mendapatkan penghargaan kendiri (self regard).4. Kadangkala penilaian positif dan negative tidak sealiran dengan desakan yang wujud secara tidak disedari.

MATLAMAT KAUNSELING1.Matlamat kaunseling bukan sekadar menyelesaikan masalah tetapi lebih diutamakan ialah untuk mencapai perasaan bebas dan sepadu bagi diri individu.2.Tujuan kaunseling ialah untuk membantu klien dalam proses perkembangannya agar ia dapat menghadapi dan mengatasi masa kini dan masa depan3. Klien:a.kesediaan menerima dan merasai realiti sebenar, klien bersedia menerima dirinya sendiri.b.klien akan dipandu dan di arah oleh perasaan dan pemikiran sendiri.c.ia harus bersifat inner directed.d.membina kepuasan berdasarkan perkembangan sendiri.e. klien harus bersedia untuk berkembang. Dari sini ia akan bersedia membuat ketetapan baru untuk dirinya.

PERANAN KAUNSELOR1. Berfungsi sebagai fasilitator2. Mewujudkan suasana sesuai dan selesa supaya klien merasa bebas3. Membantu klien supaya tidak bersifat membela diri @ defensif pada tingkahlakunya.4. Memperlihatkan dirinya dengan klien adalah sama taraf dan bersama berusaha.5. Kaunselor tidak mendiagnos masalah klien

KEADAAN-KEADAAN BAGI MENGHASILKAN PERUBAHAN PERSONALITIRogers, 1967, 6 keadaan yang perlu dan mencukupi bagi menghasilkan perubahan personaliti1.2 orang berhubung secara psikologi2.Klien dalam keadaan tidak kongruen3.Kaunselor dalam keadaan kongruen4.Kaunselor menerima klien tanpa syarat5.Kaunselor dapat merasai apa yang dirasai, dipersepsi dan dialami oleh klien dan berusaha menyampaikan perasaannya, persepsinya kepada klien6.Klien hendaklah dapat merasai, mempersepsi dan mengalami yang kaunselor memang sedia menerima tanpa syarat.

3 SIFAT PENTING KAUNSELOR BAGI MENJAMIN WUJUDNYA PERHUBUNGAN MENOLONG1.Kejujuran, keikhlasan dan ketulinan2.Menerima tanpa syarat3.Empati

PROSES KAUNSELING1. Kaunselor bermula dengan menghormati klien, membenarkan mereka meneruskan apa-apa yang mungkin disampaikan secara yang selesa.2. Pertemuan pertama kaunselor akan cuba memahami dunia baru klien.3. Menerima klien sama ada secara perbincangan, perasaan negative dan positifatau kesenyapan4. Jika klien bertanya, kaunselor akan cuba merespon kepada perasaan yang dinyatakan.5. Kaunselor perlu menyediakan diri dengan klien sama ada dalam keadaan keliru dan selesa6. Kaunselor perlu menghormati kemampuan klien tetapi membantu membimbing klien dalam keadaan yang tidak mengancam klien7. Pujian diberi sepanjang perbincangan8. Dalam banyak isu, klien dianggap sebagai pakar.9.Daripada penerokaan klien akan bertemu dengan celik akalnya sendiri

TEKNIK DAN TATACARA KAUNSELING PUSATAN KLIENTiada teknik atau tatacara yang khususPerkembangan yang dapat memperlihat sifat-sifat ketulusikhlasan, kejujuran, ketulenan, kesediaan menerima tanpa syarat dan keupayaan empati dengan tepat boleh menolong klienTerdapat penggunaan1.kemahiran refleksi,2.parafrasa,3.penafsiran,4.semakan persepsi,5.kesenyapan,6.dorongan minima