pemusatan bahan

4
CORAK PENGAJARAN MUZIK DI PRASEKOLAH (PEMUSATAN BAHAN)

Upload: aisyahjen

Post on 08-Sep-2015

31 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

muzik

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

CORAK PENGAJARAN MUZIK DI PRASEKOLAH(PEMUSATAN BAHAN)Bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan manakala murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru.

Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh dikategorikan kepada dua iaitu:Bahan pengajaranBahan yang digunakan oleh guru seperti carta, model, graf, peta, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor.Bahan pembelajaranBahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti kad aktiviti, kad cantuman, lembaran kerja, pembilang, bahan bercetak dan komputer.

Contoh bagi corak pengajaran muzik di prasekolah berdasarkan pemusatan bahan adalah:Alat muzik moden : Gitar, kibod, pianoAlat muzik perkusi : Kayu Tik Tok, kerincing, loceng, tamborine, marakasAlat muzik improvisasiCiriCiri Strategi Pemusatan BahanDalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran memainkan peranan yang penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.Lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.Dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas di samping memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru.Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran.Mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit