pemikiran neo hinduisme

Upload: kkwei93

Post on 08-Oct-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

History of India

TRANSCRIPT

PEMIKIRAN NEO HINDUISME Pengaruh aliran pemikiran barat seperti humanisme, sekularisme, individualisme, kritikal dan sebagainya telah membawa kelahiran ajaran Neo Hinduisme. Ia merupakan suatu pemahaman semula terhadap ajaran agama Hindu dan lebih cenderung kepada usaha pemodenan dan pembaharuan. Ia lebih memberi penekanan kepada usaha perubahan atau reformasi dari aspek sosial iaitu budaya dan agama Wujud setelah berlakunya pertembungan antara budaya dan agama Hindu dengan pengaruh pemikiran barat yang juga berkait rapat dengan kemasukan agama dan pemikiran Kristian di India. Kehadiran barat dan para reformasi India sekitar abad ke 19 menyebabkan kemunculan Neo Hinduisme di India yang menukarkan Hindu Ortodok (Hindu Lama) kepada Hindu Baru (Neo Hinduisme). Di samping itu, Neo Hinduisme juga dikatakan berlaku disebabkan oleh ideologi kepada penguasaan Eropah di India.PERUBAHAN ATAU KESAN NEO HINDUISME1. Dalam ajaran Neo Hinduisme, golongan intelek turut menolak amalan ritualistik dan filosofik yang diamalkan sejak turun- temurun dalam agama hindu. Sebagai contoh, seorang tokoh reformasi agama Hindu iaitu Swami Dayanda Saraswati yang telah mengasaskan Arya Samaj telah menolak bahawa kitab Veda hanya untuk golongan Brahmin. Beliau telah menegaskan bahawa beberapa aspek dalam agama Hindu perlu disemak semula dan turut menegaskan bahawa kitab Veda adalah untuk semua golongan tidak kira daripada kelas mana mereka berada. Beliau juga mengatakan bahawa kitab-kitab seperti Purana dan kitab lain yang menyatakan hanya sekelompok orang saja yang berhak mempelajari Veda adalah satu kitab yang bohong.2. Dalam ajaran Neo-Hinduisme juga melihat bahawa perlunya masyarakat India mengamalkan sikap rasional. Terdapat golongan intelektual India yang cenderung kepada pengasingan agama daripada ilmu pengetahuan dan menekankan kepentingan pencapaian kerasionalan melalui ilmu pengetahuan daripada agama. Mereka menegaskan agama tidak h ditolak secara mutlak, tetapi mereka keberatan untuk menerima supernaturalisme yang terkandung dalam agama, kerana ia merupakan penghalang kepada toleransi, kebebasan dan penemuan ilmiah. Ini terbukti melalui permasalahan sosial akibat daripada sistem kasta yang terkandung dalam ajaran Hindu, begitu juga dengan adat-istiadat Hindu yang jelas tidak memberikan keadilan kepada masyarakat seperti pengalaman sistem Sati, perkahwinan kanak-kanak, kedudukan balu wanita telah memberi kesan kepada pembangunan di India. Konsep rasional ini mula mendapat perhatian masyarakat India terutamanya golongan elit yang menerima pendidikan barat.. Golongan ini menjadikan Neo Hinduisme sebagai suatu proses intelektual iaitu suatu percubaan pemikiran secara rasional untuk merombak serba sedikit nilai-nilai Hindu yang berkaitan konsep penglibatan sosial dalam keadaan zaman moden hari ini.

3. Dengan ini wujud dua golongan yang mula berkembang di India selari dengan kehadiran reformer-reformer India pada sekitar abad ke 19 iaitu aliran yang mahukan perubahan dan cabaran yang digelar modenis dan satu lagi aliran yang cuba mempertahankan nilai dan tradisi Hindu iaitu golongan Tradisionalis. 4. Golongan modernist mengaitkan Neo Hinduisme sebagai liberation while living atau pembebasan manusia sementara masih hidup.5. Kedua-dua golongan ini mahukan pemulihan kepada agama Hindu supaya lebih sesuai dan progresif. 6. Walau bagaimanapun, kedua-dua aliran ini masing-masing mempunyai pendekatan tersendiri dalam melakukan reformasi ke atas agama Hindu ke arah Hindu yang lebih baik