pemikiran aras tinggi dalam pembelajaran berasaskan pemikiran

24
1 | Page

Upload: zaleha

Post on 19-Jan-2016

55 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

1 | P a g e

Page 2: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

2 | P a g e

SKP 6014TUGASAN 5 :

THINKING BASED LEARNING (TBL)

PROMOTING HIGHER ORDER THINKING SKILLS (HOTS)

AMONG STUDENTS IN THE 21ST CENTURY .

Page 3: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

1.0 PENGENALAN

Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM ) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir

aras tinggi (KBAT) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritis dan

kreatif .Pendekatan ini baru diperkenalkan untuk mencapai matlamat utama pendidikan

sains adalah menghasilkan lebih banyak pelajar yang mempunyai keupayaan kognitif

aras tinggi melalui pedagogi secara pembelajaran aktif di dalam pengajaran dan

pembelajaran. Namun, matlamat masih belum tercapai sepenuhnya maka pelbagai

pendekatan telah diperkenalkan untuk menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif

dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di

persada dunia.

Menurut (Stein & Lane, 1996) :-

“ Jika inginkan pelajar yang berpotensi untuk berfikir dan mampu menyelesaikan

masalah kita perlu mula menyediakan tugasan–tugasan yang kompleks yang berkognitif

tinggi ”.

(Gilbert,2006) menurut pandangannya untuk mencapai matlamat ini pendekatan

pembelajaran konsep secara saintifik perlu ditekankan dan diaplikasikan secara terus

dengan masalah kehidupan sebenar.Maka, lahirlah satu pendekatan ke arah melahirkan

generasi hebat yang mampu bersaing di dunia antarabangsa iaitu KBAT yang kini

hangat diperkatakan yang membawa pengertian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Berdasarkan konsep Taksonomi Bloom, terdapat beberapa hirarki kemahiran yang

dipetik dari Taksonomi Bloom yang perlu dipraktikkan di kalangan pelajar iaitu

kemahiran untuk menjana idea serta cara baru , kemahiran membuat keputusan atau

tindakan yang wajar , kemahiran mengenalpasti dan mengkelaskan maklumat ,konsep

atau teori, kemahiran mengaplikasi maklumat atau idea dalam satu situasi lain,

kemahiran untuk menerangkan idea atau konsep dan kemahiran mengingat kembali

maklumat atau idea . Domain – domain kognitif ini merupakan elemen penting dalam

mengamalkan konsep KBAT dalam pendekatan pembelajaran secara berfikir atau

dikenali sebagai Thinking based Learning(TBL). Dalam kemahiran berfikir aras tinggi

ini pada kebiasaannya dirujuk kepada empat aras tertinggi dalam Taksonomi Bloom ;

yang digunapakai dalam meningkatkan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu

mengaplikasi ,menganalisa , menilai dan mencipta , dimana pelajar dapat menguasai

dan merasai pengalaman sendiri menggunakan kemahiran –kemahiran ini dalam sesi

pembelajaran .

3 | P a g e

Page 4: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

2.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN PEMIKIRAN (TEACHING BASED LEARNING)

Pembelajaran berasaskan pemikiran (Thinking - Based Learning) merupakan satu teori

yang unik apabila pengajaran kandungan (content) dan pengajaran kemahiran

berfikir disebatikan. Maka, pembelajaran berasaskan pemikiran dapat menghasilkan

serta memupuk kemahiran berfikir secara aras tinggi dan berfikir dengan cekap

dikalangan pelajar. Terdapat strategi utama dalam pengajaran berasaskan pemikiran

yang dapat menggalakkan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran dan boleh

diklasifikasikan kepada beberapa kategori iaitu strategi pemusatan pelajar , strategi

berasaskan sumber atau bahan dan strategi berasasan tugasan atau aktiviti (Mok Soon

Sang,2010) .

a) Strategi Pemusatan Pelajar

Program KBSR menekankan penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti

pembelajaran .Oleh itu, dalam strategi ini pelajar berperanan penting dalam

proses pembelajaran . Pengajaran dalam bilik darjah melalui aktiviti pemusatan

pelajar menggalakkan pemikiran aras tinggi apabila matlamat utama pengajaran

merangkumi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal . Antara teknik

pengajaran yang boleh digunapakai untuk meningkatkan KBAT dalam

pembelajaran berfikir adalah melalui kaedah kumpulan , inkuiri-

penemuan ,perbincangan, penyelesaian masalah , bermain, simulasi, main

peranan dan aktiviti sumbang saran. Kaedah-kaedah ini akan menggalakkan

pelajar lebih berfikir dengan sendirinya dan dapat melahirkan pelajar generasi

abad ke-21 yang berfikrah , bijak berkomunikasi, mudah bersosial ,

berketrampilan dan berkeyakinan tinggi.

b) Strategi berasaskan sumber/bahan

Bahan pelajaran yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran

biasanya bleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan

bahan pembelajaran .Bahan pengajaran adalah bahan yang dibunakan oleh guru

seperti carta, graf, peta minda, pengurusan grafik,model, spesimen,slaid ,

radio ,video cakera padat dan komputer .Bahan pembelajaran pula aterdiri

daripada buku teks, kad kerja, bahan bercerita, radas, alat-alat ujikaji dan

komputer .Penggunaan alat terkini seperti multimedia, CD ROM,internet ,E-

mail ,laman web dan pelbagai software boleh diguna di dalam kelas pengajaran

4 | P a g e

Page 5: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

untuk perkembangan minda dan daya intelektual pelajar . Untuk melahirka

genersai abad ke-21 yang celik IT yang berkemahiran dalam teknologi maklumat

dan media .Dalam menjalankan aktiviti menggunakan sumber aktiviti

pembelajaran boleh dilakukan oleh pelajar sendiri tanpa melibatkan guru maka,

dengan ini menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif untuk

membantu menyelesaikan masalah secara kendiri sekaligus meningkatkan

pelajar yang mampu berfikir dengan kemahiran berfikir aras tinggi .

c) Strategi berasaskan tugasan atau aktiviti oleh guru

Aktiviti melibatkan tgasan yang disediakan oleh guru dan dilaksanakan oleh

pelajar untuk mencapai objektif pelajaran .Melalui aktiviti ini, pelajar berpotensi

dari segi intelek, rohani , sosial dan jasmani mereka dapat dikembangkan

secara menyeluruh dan seimbang . Di samping itu, pelajar dapat belajar dengan

lebih berkesan melalui aktiviti berasaskan tugasan . Terdapat beberapa aktiviti

yang menggalakkan pelajar berfikir dan meningkatkan kemahiran berfikir aras

tinggi ialah berbincang, membina model , menyelesaikan masalah dan

sebagainya.

3.0 APA ITU KBAT

KBAT bermaksud Kemahiran befikir Aras Tinggi merupakan salah satu komponen

utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). Pemikiran peringkat

tinggi memerlukan seseorang memanipulasi informasi dan idea-idea yang diperoleh

dengan memberi makna yang berlainan dan implikasi yang berbeza daripada

kebiasaan. Gabungan fakta dan idea untuk membuat sintesis, generalisasi, penerangan,

hipotesis, interpretasi dan kesimpulan sendiri. Proses ini menemukan makna serta

kefahaman baru untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang tepat.

Secara umumnya, pemikiran peringkat tinggi dalam Taksonomi Bloom adalah

kemahiran berfikir yang melibatkan hirarki proses kognitif empat teratas menganalisis,

menilai, mensintesis ilmu baru dan mengaplikasi .

Proses ini melibatkan pembelajaran yang kompleks yang terdiri daripada kemahiran-

kemahiran berfikir secara kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah. Kemahiran-

kemahiran ini sukar dipelajari tetapi hasil pembelajarannya sangat bernilai tinggi kerana

boleh digunapakai dalam aplikasi kehidupan seharian. Berikut adalah rajah berkaitan

elemen-elemen kemahiran berfikir aras tinggi melalui pemikiran kritikal dan kreatif :-

5 | P a g e

Page 6: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

Rajah 1.0 : Higher Order Thinking Skills

4.0 PENERAPAN JENIS-JENIS PEMIKIRAN DALAM MENINGKATKAN KBAT

DALAM GENERASI ABAD KE-21.

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah termasuk pemikiran kritikal, logikal,

metakognitif dan kreatif. Kesemua kemahiran tercetus apabila murid berhadapan

dengan masalah yang tidak biasa dihadapi, ketidakpastian, persoalan dan dilema.

Kejayaan mengaplikasi kemahiran-kemahiran ini akan membuahkan penjelasan,

membuat keputusan, pencapaian serta hasil yang sah dalam konteks pengetahuan dan

pengalaman yang diperoleh, serta dapat menggalakkan peningkatan pemikiran aras

tinggi di samping kemahiran intelektual pelajar. Untuk melahirkan pelajar yang berfikir

aras tinggi ini Bernie Trilling dan Charles Fidel, (2009) menyarankan bahawa pelajar

abad ke 21 memerlukan menguasai kemahiran-kemahiran berikut :-

a) Pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah

b) Kreativiti dan Inovasi

c) Kolaborasi,kerja berpasukan dan berkepimpinan

d) Berkemahiran komunikasi, maklumat ,media dan teknologi

6 | P a g e

Page 7: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

4.1 PEMIKIRAN KRITIS/KRITIKAL

Berfikir secara kritis bemaksud kecekapan dan keupayaan seseorang itu

menggunakan minda untuk menilai kewajaran sesuatu idea , meneliti kebernasan

kesahan atau kelemahan hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan

menggunakan alas an dan bukti yang munasabah .Aspek utama pemikiran kritis adalah

aspek pengujahan. Selain itu, dalam Kamus Dewan (1984), perkataan kritis ditakrifkan

sebagai “tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu malah

menimbangkan buruk dan baiknya dahulu ”.

Pelajar yang mengaplikasi KBAT dalam pembelajaran dapat berfikir secara kritis supaya

mereka lebih bersedia menghadapi masalah yang lebih konkrit dan lebih rumit atau

dipanggil masalah bukan rutin . Soalan bukan rutin adalah memerlukan tahap kognitif

yang tinggi dan diperlukan dalam melaksanakan pemikiran aras tinggi (KBAT) dalam

pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat membantu pelajar tersebut mempunyai

kebolehan diri untuk bertindak secara efektif melalui pemikiran kritis . Penekanan

kepada soalan bukan rutin kerana dapat membentuk modal insan yang berfikrah dan

merealisasikan hasrat negara untuk mencapai satu pertiga teratas dalam TIMSS dan

PISA .Mengikut data TIMSS 2007[5] , prestasi pelajar di Malaysa adalah di bawah paras

“TIMSS average achievement ” dalam subjek matematk dan domain kognitif . Maka,

wajarlah kementerian pendidikan Malaysia menekankan konsep KBAT dalam

pengajaran dan pembelajaransupaya pelajar generasi abad ke-21 yang berfikir secara

kritis dapat dihasilkan menjelang masa akan datang..Terdapat pelbagai cara untuk

berfikir secara kritis seperti menggunakan konsep membanding beza dalam

pembelajaran topik sains tertentu untuk menggalakkan pelajar menjana idea dan

membuat perbandingan berdasarkan masalah yang diberi oleh guru . Selain itu, konsep

mengklasifikasikan sesuatu idea kepada kumpulan berdasarkan ciri-ciri tertentu juga

menggalakkan pelajar lebih berfikir secara kritis . Konsep menganalisis masalah perlu

ditekankan dalam pembelajaran di mana pelajar dapat menentukan pilihan untuk

menyelesaikan masalah tertentu dengan tepat . Pemikiran kritis juga bersifat tidak bias

atau tidak berat sebelah . Generasi abad ke-21 akan lebih bersedia dan mantap melalui

pemikiran kritis dapat melahirkan modal insan yang lebih kreatif dan inovatif dan mampu

menjadi penyelesai masalah yang terbaik bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar

negara dapat bersaing di persada dunia. Melalui pemikiran penyelesaian masalah akan

menggalakkan pelajar berfikir aras tinggi untuk menyelesaikan masalah yang kompleks

dan masalah bukan rutin.

7 | P a g e

Page 8: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

4.2 PEMIKIRAN KREATIF

Menurut Dr.Edward de Bono mendefinisikan bahawa kreatif dan kreativiti sebagai :

“ At the simplest level ‘creative’ means bringing into being something that was not there

before . Creative thinking includes processes as such as new ways of looking at things ,

new ways of organizing things and new ideas about ideas ”.

Rollo May pula menyatakan bahawa :

“ Creativity is the encounter of the intensively conscious human being with his world”.

Maka sebagai rumusan pemikiran kreatif bermaksud kecekapan atau keupayaan

menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan , menghasilkan sesuatu

yang baru ,asli, luar biasa bernilai sama ada bersifat maujud atau abstrak . Melalui

pemikiran kreatif, pelajar berpeluang membina idea baru , dapat menghasilkan sesuatu

yang bermanfaat kepada sesuatu institusi pengajian dan apabila pelajar ini bekerja

maka akan melahirkan pekerja yang kreatif dan berinovasi .

Peranan guru adalah penting untuk membimbing pelajar menjadi kreatif dengan

menggunakan salah satu kaedah seperti pembelajaran berasaskan projek . Guru

akan memberi arahan serta penjelasan tentang projek yang agak kompleks dan

mencabar , yang perlu dilaksanakan oleh pelajar . Pelajar dikehendaki melaksanakan

projek secara ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ serta dengan melakukan sedikit kajian tentang

projek mereka . Melalui kaedah projek ,pelajar akan belajar menyelesaikan masalah

melalui proses inkiuri ,berkomunikasi serta berkolaborasi , berkemahiran untuk

mengakses maklumat melalui internet ,selain menggunakan pemikiran kritikal dan

amalan refleksi untuk memastikan projek terlaksana dengan baik. Pelajar akan lebih

berminat untuk belajar di mana pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam konteks

dunia sebenar dan mampu berfikir aras tinggi dalam penyelasaian masalah .

Berikut adalah ciri-ciri pemikiran kreatif yang menjadi elemen penting dalam

perlaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi iaitu KBAT.:-

1) Menjana idea yang asli, luar biasa , provokatif dan mencabar .

2) Melihat perhubungan atau corak dan pola .

3) Mengaitkan idea dengan konsep yang dipelajari

4) Membuat analogi

5) Mensintesis maklumat

6) Merumus dan membuat kesimpulan

7) Mencipta metafora

8 | P a g e

Page 9: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

8) Membuat hipotesis, generalisasi, memberi pandangan

9) Membanding beza

10) Menganalisis maklumat

11) Membuat urutan

4.3 PEMIKIRAN LOGIKAL

Pemikiran logikal ditandai oleh daya usaha bagi mengenalpasti apa yang betul dan apa

yang salah dari segi logiknya .Terdapat dua jenis logik; yang pertama adalah logik

ciptaan akal semata-mata contohnya logik seperti ini ialah matematik yang dikatakan

sebagai logik akal . Manakala yang kedua ialah logik yang berdasarkan realiti alam

sebenar seperti logik alam .Logik adalah alat dan berguna untuk memperjelas perkara

yang tersirat . Logik akal bersifat nyata dan langsung oleh itu maka tidak dapat dilihat .

Proses berfikir berlaku pada dua tahap. Tahap yang pertama iaitu berlaku apabila kita

membuat sebarang tanggapan atau persepsi sama ada positif atau negatif. Maka, tahap

yang kedua ialah tahap memproses di mana otak menggunakan logik . Aspek utama

pemikiran logik ialah memerlukan maklumat dan fakta dan mempunyai hubungkait

dengan pemikiran analitikal dan kritikal . Pemikiran logikal mementingkan pelajar agar

mencari perkaitan sebab –akibat antara satu perkara dengan perkara lain . Pelajar juga

perlu mahir membuat kesimpulan dan deduksi dalam pembelajaran terutama dalam

subjek sains . Dengan pemikiran logikal pelajar mampu mempertahan hujah-hujah bagi

menyokong ataupun menolak satu cadangan , idea atau pandangan . Melalui pemikiran

kreatif ini pelajar generasi abad ke-21 akan mampu berkomunikasi dengan berkesan di

mana pelajar lebih berketrampilan dan berani menyuarakan pendapat masing-masing .

Melalui pemikiran logikal yang menggalakkan pelajar berfikir aras tinggi akan melahirkan

pelajar generasi abad ke-21agar yakin berkomunikasi dengan baik sekaligus mampu

bekerja dengan orang lain dan berhadapan dengan masyarakat .

4.4 PEMIKIRAN REFLEKTIF

Menurut DeweyJ (1910), pemikiran reflektif didefinisikan sebagai satu proses yang

bersifat aktif , belaku secara berulang-ulang dan melibatkan pertimbangan yang teliti

dan penilaian teori secara berterusan membantu seseorang pelajar memahami sesuatu

isu atau permasalahan . Pemikiran reflektif memerlukan masa membolehkan seseorang

pelajar berfikir secara rasional sebelum bertindak .Ia juga membantu menjangkakan

implikasi dan alternatif untuk mengatasi masalah tersebut .Melalui pemikiran reflektif

9 | P a g e

Page 10: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

yang disemai. Melalui pemikiran reflektif akan meningkatkan pelajar berfikir aras tinggi

untuk menyelesaikan masalah rumit atau kompleks yang dihadapi . Sekaligus ,di

kalangan pelajar abad ke 21 maka mereka akan dapat menjadi penyelasai masalah

yang baik , berani mencuba, tidak mudah berputus asa dan sanggup mengambil risiko

3.5 PEMIKIRAN META-KOGNITIF

Wilson et al (1998), dalam Rajagopal Ponnasamy(2003) mendefinisikan metakognisi

sebagai suatu pengetahuan dan kesedaran seseorang mengenai proses pemikiran

strategi –strategi , dan berkebolehan untuk menilai dan mengawal proses pemikirannya .

Pembelajaran yang memikirkan mengenai bagaimana dan mengapa sesuatu itu berlaku.

Metakognitif mengandungi tiga elemen asas :-

(i) Pembinaan satu rancangan tindakan

(ii) Memantau atau menyelenggara rancangan tersebut

(iii) Menilai rancangan tersebut

Pelajar generasi abad ke-21 berkebolehan memahami ,mengawal dan

mengeksploitasikan proses-proses kognitifnya sendiri dan seterusnya menggunakan

untuk mendapatkan kesimpulan mengenai tindakan yang dilakukan . Refleksi meta-

kognitif memerlukan pelajar agar memberi fokus untuk memikirkan tindakan, berupaya

membuat hubung-kait dan dapat menentukan keputusan . Penambahbaikan akan

sentiasa berlaku sehingga dapat menyelesaikan masalah tersebut . Melalui pemikiran

secara meta-kognitif , pelajar mampu berfikir secara aras tinggi dalam pembelajaran

sehingga mereka dapat menyelesaikan masalah dengan baik .

3.6 PEMIKIRAN PENYELESAIAN MASALAH

Pemikiran penyelesaian masalah adalah proses penyelesaian masalah yang tidak dapat

dihafal ianya memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dengan perancangan strategi

dan kaedah yang sesuai . Terdapat pelbagai langkah atau cara yang kita akan lakukan

apabila kita menghadapi suatu masalah . Menggunakan pendekatan ini, pelajar

mempelajarisecara eksplisit strategi atau kemahiran dalam menyelesaikan masalah .

Pelajar diberi peluang untuk berlatih menggunakan strategi –strategi penyelesaian

masalah dan memilih strategi yang sesuai kepada masalah yang dihadapi . Proses

penyelesaian masalah (problem-solving process) mendorong pelajar menggunakan

pemikiran untuk berfikir untuk cuba sedaya upaya mencari jalan penyelesaian masalah .

10 | P a g e

Page 11: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

5.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN PEMIKIRAN DAPAT MENINGKATKAN KBAT

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR

GENERASI ABAD KE -21

KBAT diperkenalkan untuk memperkayakan pelajar yang berfikiran secara

kreatif dan kritis melalui pelbagai strategi pengajaran . Guru atau pendidik berkewajipan

untuk mengamalkan konsep KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran .Pengajaran

yang dapat melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam bilik darjah hanya dapat

dilakukan setelah guru berjaya mewujudkan pembelajaran tumpuan pelajar (student

centered-learning) dan dapat merancang kerangka pengajaran dengan

mengintegrasikan kemahiran berfikir. Seterusnya guru boleh memikirkan tentang

kaedah yang dapat menggalakkan kebolehan kemahiran berfikir aras tinggi :-

Strategi yang berkesan membantu meningkatkan kemahiran pelajar untuk

berfikir aras tinggi dalam pemikiran sains contohnya menghubungkaitkan

pembelajaran sains dengan keadaan sebenar yang dialami oleh mereka sendiri

di luar bilik darjah supaya pelajar dapat memahami konsep sains dengan lebih

dekat .Di samping itu, guru berperanan untuk membuka minda pelajar dengan

mengadakan perbincangan di dalam kumpulan mengenai sesuatu topik sains

dan sepanjang berlangsung guru bertindak sebagai fasilitator di mana pelajar di

beri kebebasan untuk berfikir untuk menyelesaikan masalah dengan bimbingan

guru.Pelajar juga dapat berkomunikasi dan berkolaboratif dengan baik.

Pihak yang berwajib haruslah menyediakan atau mengubahsuai eksperimen

yang sedia ada kepada yang lebih bersifat meningkatkan keupayaan kognitif

iaitu pembelajaran yang menekankan sifat ingin tahu sekaligus dapat memupuk

semangat dan minat ketika melaksanakan eksperimen . Pelajar generasi abad

ke-21 akan mampu berfikir secara sendiri.

11 | P a g e

Page 12: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

Guru juga perlu menyediakan suasana pembelajaran yang aktif di mana pelajar

diberi peluang untuk memberi pendapat serta menyuarakan persoalan yang

berbangkit dengan mengadakan sesi soal jawab setiap kali tamat sesi

pengajaran di dalam kelas .Guru ditekankan untuk menggunakan kaedah

penyoalan untuk menggalakkan pelajar generasi abad ke-21 dapat berfikir aras

tinggi.

Guru mahupun pendidik disarankan menyediakan soalan-soalan , tugasan dan

aktiviti yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi untuk membolehkan

pelajar untuk mengaplikasi, menganalisa , mensintesis dan menilai sesuatu

maklumat daripada hanya menyatakan maklumat supaya dapat menggalakkan

pelajar agar lebih berfikir secara berterusan dan mampu menilai pemikiran

individu lain.Contohnya menggunakan pengurusan grafik seperti ‘banding beza’

dan sebagainya .

Guru digalakkan mengubah cara pengajaran dan melaksanakan transformasi

dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran . Contohnya seperti guru perlu

berubah dari segi cara berfikir dengan memberi ruang kepada diri sendiri untuk

mengamalkan pemikiran kreatif dan kritis tidak hanya bergantung pada idea

lama. Guru perlu lebih bersedia dalam pembaharuan dan penambahbaikan isi

kandungan pelajaran agar tidak ketinggalan dan mengikut arus peredaran

semasa . Guru juga perlu ‘celik IT’ supaya kaedah pengajaran lebih sistematik

dan terkini agar dapat menarik minat pelajar untuk belajar dalam suasana yang

ceria .

Guru perlu mengurangkan kaedah ‘chalk and talk’ malah memperbanyakkan

aktiviti yang bersifat ‘ hands-on ’ dan ‘minds-on’ secara tidak langsung untuk

menggalakkan pelajar lebih berfikir aras tinggi dengan lebih pantas dan lebih

fokus di dalam kelas. Dengan Ini akan dapat menyediakan suasana

pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan .

12 | P a g e

Page 13: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

Guru juga ditekankan untuk sentiasa mengamalkan kaedah ‘inquiry –based

learning’ dengan sentiasa menyoal pelajar di dalam kelas agar dapat

mencungkil idea pelajar , sentiasa memotivasikan pelajar yang lemah agar

terus berusaha dengan gigih dan meningkatkan tugasan berkualiti yang diberi

kepada pelajar serta sentiasa memberi peluang pelajar agar bertanya,

berbincang dan memberi pendapat . Inkiuri bermaksud pelajar belajar konsep

sains berdasarkan penemuan yang mereka sendiri perolehi . Ini berlaku apabila

terdapat perkaitan antara konsep sains dengan soalan yang pelajar kemukakan

dan pelajar mencari jawapan melalui penyiasatan . Ini akan menggalakkan

pelajar abad ke-21 menjadi penyelesai masalah yang terbaik kerana sifat ingin

tahu dalam diri mereka serta kemampuan mereka untuk berfikir aras tinggi.

Guru perlu menggunakan strategi komunikasi arahan yang diperlukan untuk

meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi .Guru perlu menyelaraskan

objektif , konten, kemahiran ,tugasan , aktiviti dan bahan pengajaran dan

pembelajaran. Guru disarankan merancang aktiviti dan tugasan yang

berkemahiran aras tinggi yang tersusun dan diatur mengikut masa yang

diperuntukkan . Guru perlu menyediakan masalah atau soalan yang

memerlukan pelajar berfikir menjangkau dari kebiasaan . Guru perlu bersikap

sebagai pemudahcara dengan menerangkan tugasan dengan jelas dan

perincikan dengan menunjuk carta alir perlaksanaan serta memberikan contoh

produk yang terbaik . Guru memberikan maklum balas secara berkala yang

dapat menjelaskan perkara yang betul atau kurang betul .Kaedah ini akan

menyediakan suasana pembelajaran lebih terancang dan pelajar juga lebih

berminat dalam melaksanakan tugasan sekaligus pelajar mampu menggunakan

prinsip KBAT.

Di permulaan pengajaran seelok-eloknya guru perlu menggunakan perancah .

Perancah ialah yang melibatkan pemberian sokongan kepada pelajar pada awal

pengajaran.Kemudian , secara beransur-ansur guru menyerahkan

tanggungjawab kepada pelajar untuk meneruskan pembelajaran dan

menyelesaikan masalah atau tugasan sendiri (Slavin, 1995). Walau

bagaimanapun, menurut Kauchak dan Eggen (1998) perancah seharusnya

13 | P a g e

Page 14: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

terbatas kepada pemberian ala kadar sahaja supaya pelajar mampu bergerak

maju dengan sendirinya. Elakkan daripada memberi sokongan apabila pelajar

tidak memintanya kerana hal itu akan mendorong mereka untuk menjangkakan

bahawa mereka tidak dapat melakukan sendiri. Guru memberi contoh serta cara

penyelesaiannya. Contoh yang tepat akan dapat mengurangkan

kebergantungan pelajar kepada guru. Seterusnya , berikan pelajar tugas

lanjutan yang berkait dengan pelajaran secara kerap dan cuba mengaitkan

dengan situasi dunia sebenar . Dengan kaedah ini menggalakkan pelajar

berdikari .

Guru juga dibataskan menggunakan kaedah pengajaran secara langsung malah

digalakkan mengabungjalinkannya dengan latihan berpandu dan kemahiran

secara berstruktur untuk mengajar isi kandungan supaya pelajar tidak merasa

bosan di dalam kelas (Crowl dan rakan-rakan ,1997) . Elakkan sesi kuliah

panjang tetapi kuliah pendek dan ringkas sambil diselang-selikan dengan

soalan, tunjuk cara, perbincangan, tayangan berkaitan atau kuiz untuk

mengelakkan kebosanan. Gunakan alat-alat berfikir seperti pengurusan grafik

atau peta minda (Buzan, 2006) dan i-think thinking map(Agensi Inovasi

Malaysia) yang digunapakai kini untuk memudahkan proses pembelajaran

pelajar untuk menggalakkan pelajar berfikir aas tinggi dengan cepat dan

mudah.Selepas itu ,guru perlu membuat beberapa kesimpulan pendek sambil

menekankan isi-isi utama pelajaran yang dipelajari .

Penyediaan soalan haruslah lebih awal di mana jawapan yang dihasilkan

menarik, di luar jangkaan dan belum diketahui untuk menjana proses berfikir

aras tinggi. Ketika sesi pengajaran pelajar diberi peluang mengemukakan

soalan dan menyoal pelajar lain bermula dari soalan yang berkognitif rendah

hinggalah ke aras tinggi .Guru perlu memberikan sedikit masa kepada pelajar

untuk menjawab soalan . Teknik ini akan menghasilkan generasi abad ke-21

yang bersifat pemikir masalah yang baik dan cekap .

14 | P a g e

Page 15: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

Sebagai guru adalah merupakan tanggungjawab kepada pelajar untuk memberi

maklum balas tentang kemajuan mereka . Maklum balas perlulah

segera ,spesifik dan bersifat pembetulan dan elakkan yang tidak jujur atau

memuji pelajar secara berlebihan .Guru hendaklah memberi maklum balas yang

positif bukannya yang mengecewakan malahan memberikan semangat untuk

pelajar lebih bertanggungjawab dan gigih berusaha lagi agar tidak mudah

berputus asa .

Pelajar perlu membentuk kumpulan yang berkesan dapat menjana pemikiran

aras tinggi termasuklah pembelajaran koperatif, tutor rakan sebaya,

perbincangan kumpulan kecil. Perbincangan kumpulan yang diselia dengan baik

akan membolehkan pelajar terlibat dengan pemikiran aras tinggi. Pembelajaran

koperatif akan meningkatkan motivasi dan penyertaan pelajar dan menggalakkan

kolaboratif dan komunikasi yang baik dalam proses pembelajaran. Penerapan

melalui pembentukan kumpulan pelajar melahirkan generasi abad ke-21 yang

bersifat warganegara yang bertanggungjawab dan mampu membina kerjaya

yang cemerlang melalui pergaulan sosial yang baik .

Guru perlu mendedahkan pelajar dalam penggunaan komputer di mana pelajar

dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis . Pelajar abad ke-

21 lebih bersedia untuk menjadi generasi ‘celik IT’ yang mampu bersaing di

dunia antarabangsa . Berkemahiran dalam menguasai bidang maklumat ,media

dan teknologi agar tidak ketinggalan supaya dapat bersaing hebat di pasaran

kerja antarabangsa .

15 | P a g e

Page 16: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

5.0 KESAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) TERHADAP GENERASI

ABAD KE-21

Pembelajaran untuk mencapai kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan perubahan

atau transformasi kurikulum, kaedah pengajaran dan pentaksiran.Di dalam

persidangan ,seminar ,penyelidikan dan wacana seringkali diutarakan . Tiga perkara

penting ini perlu dititikberatkan untuk melahirkan pelajar generasi abad ke-21 yang

memiliki semua kemahiran abad ke-21 seperti inovasi, integriti, informasi, imaginasi,

inkuiri , intention, kreatif , berkemahiran komunikasi, kolaboratif , literasi maklumat ,

warganegara bertanggungjawab dan kesemuanya memerlukan kemahiran berfikir aras

tinggi untuk memastikan anak bangsa Malaysia memiliki ilmu pengetahuan serta

kepakaran yang tinggi bagi penyediaan tenaga kerja dalam pelbagai bidang pekerjaan

dalam abad ke-21 ini. Justeru itu, modal insan ini perlu dilengkapi dengan kemahiran

komunikasi berkesan, kebolehan mengunakan ICT dengan cekap, keupayaan berfikir

secara kreatif dan kritis serta berkemampuan untuk bertindak secara rasional. Di

samping itu, perlu juga dipupuk amalan pembelajaran sepanjang hayat, penerapan nilai

kerohanian yang suci dan murni serta mempunyai ketrampilan tinggi dan gaya

kepimpinan yang berkesan.

Selain meningkatkan KBAT ,pembelajaran berasaskan pemikiran (TBL) juga memberi

manfaat kepada pelajar generasi abad ke-21 dari pelbagai sudut. Menurut Robert

Swartz (2007),pengetahuan yang didapati melalui pembelajaran berasaskan pemikiran

membantu pelajar untuk memahami isi kandungan dengan lebih mendalam dan dapat

mengingati maklumat pengetahuan tadi dengan lebih lama. Lama-kelamaan , pelajar

lebih bermotivasi dengan sendirinya untuk mendapatkan pengetahuan dengan

kemahiran berfikir yang dimiliki oleh pelajar itu sendiri . Pembelajaran berasaskan

pemikiran selalunya dilaksanakan melalui pembentukan kumpulan maka, akan

mengeratkan hubungan antara pelajar dan menyelesaikan tugasan secara kolaboratif

dengan berkongsi pandangan dan dapat menyuarakan pendapat masing-masing .

Sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar . Secara keseluruhan,

pembelajaran berasaskan pemikiran melalui KBAT dilaksanakan,akan merubah

suasana pendidikan. Kemahiran yang dipelajari semasa pembelajaran berfikir seperti

banding beza , menjelaskan sesuatu idea dan lain-lain lagi akan meningkatkan

kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan pelajar (Coote,2007) . Pelajar juga dapat

diterapkan dengan konsep ‘pembelajaran sepanjang hayat ‘ dan ‘tabiat minda’ dalam

16 | P a g e

Page 17: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

pembelajaran. Secara keseluruhannya, penerapan pembelajaran berasaskan pemikiran

melalui Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat melahirkan generasi abad ke-21

yang mempunyai kriteria –kriteria kemahiran tertentu yang diperlukan. Menurut 250

penyelidik dari 60 institusi di seluruh dunia mengkategorikan kemahiran-kemahiran yang

perlu ada bagi generasi abad ke-21 terbahagi kepada empat kategori yang besar iaitu

melalui :-

a) Cara pemikiran seperti pemikiran kreatif dan kritikal , penyelesaian masalah dan

membuat keputusan pembelajaran .

b) Cara bekerja seperti komunikasi berkesan dan bekerjasama dalam kumpulan atau

kolaboratif .

c) Kemahiran menggunakan alat untuk bekerja seperti Teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) dan literasi maklumat

d) Kemahiran untuk hidup di dunia seperti kemahiran kehidupan dan kerjaya, kemahiran

sosial dan silang budaya ,warganegara yang bertanggungjawab dan berkepimpinan .

6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pendekatan KBAT yang dikenali sebagai Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi memerlukan pelajar memahami dan mengaplikasi pemikiran kritikal, logikal,

dan kreatif . Kesemua kemahiran tercetus apabila pelajar berhadapan dengan masalah

yang tidak biasa dihadapi ,persoalan dan dilema .Kejayaan mengaplikasi kemahiran ini

dalam pengajaran dan pembelajaran akan membuahkan penjelasan ,keputusan yang

tepat, pencapaian serta hasil yang sah dalam konteks pengetahuan . Sekaligus dapat

meningkatkan intelektul pelajar . Pendidik dan pihak kementerian pendidikan perlu

mengatur strategi dan melaksanakan metodologi pembelajaran berasaskan pemikiran

(TBL) dalam institusi pendidikan langkah demi langkah disertai dengan panduan yang

sempurna supaya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dapat ditingkatkan terhadap generasi

abad ke-21. Selain itu, mendapat sokongan dari pihak berwajib seperti pihak sekolah ,

guru ,ibu bapa , masyarakat sekeliling dan diri pelajar itu sendiri dengan melengkapkan

diri dengan segala kemahiran dan pengetahuan yang meluas melalui pengaplikasian

KBAT dalam pembelajaran di mana matlamat utama negara adalah melahirkan pelajar

generasi abad ke- 21 yang berfikrah dan mampu bersaing di persada dunia

antarabangsa .

17 | P a g e

Page 18: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

RUJUKAN

1. Stein,M.K,& Lane, S.(1996).Instructional tasks and the development of student capacity to think and reason:An analysis of the relationship between teaching and learning in reform mathematics project .Educational Research and Evaluation ,2(1),50-80

2. John K.Gilbert (2006).Children’s science and its consequences for teaching :Science Education(Vol.66July 2006,623-633)

3. Thinking tools, The Art and Science Thinking .[2 September 2013]Available from :http://www.edwdebono.com/lateral.htm

4. Dewey J (1910) ,How we Think ; Published on 1st Jan 2008 .pg 5 .5. Robert E.Slavin, Cooperative learning :Theory, research and Practise (Sept 1995)6. Kauchak & Eggen (1998) ,Effective Teaching: Preparation and Implementation.7. European Journal of Engineering Education-Promoting higher order thinking skills

using inquiry-based learning(Vol.37,No.2,May 2012,117-123)

8. B .Miri . BC David, Z Uni-Research in science education ,2007-Springer9. Madhuri.G.V and Goteti.2011 ,Madrid,Spain-Imparting transferable skills and

creating awareness among students on non-conventional energy sources using problem based learning .

10. Miller,R.Osbone,J.1998 .Beyond 2000 [Accessed on 8 September 2013]Available from:http://www.kcl.ac.uk/content/1/b2000.pdf

11. Bhg. Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2012,Higher Order Thinking Skills in Science & Mathemaics (HOTsSM) ,[ Accessed on 15 September 2013]

Available from : http://www.moe.gov.my/bpk/v2/download/HOTs/HOTs%20SAINS.pdf

12. MohdAzhar .Ab.Hamid (2001), Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif Skudai, Penerbit UTM .h 91

13. Helmi, (1994) Pelbagai Istilah berfikir [Accessed on 10 October 2013] Available from : http://pts.com.my/index.php/berita/pelbagai-istilah-berfikir

14. Kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaiaan masalah dalam sains ,Siti Rahayah Ariffin , [Accessed on 10 October 2013]

Available from :http://www.ukm.my/p3k/images/sppb08/d/1.pdf 15. Strategi meningkatan kemahiran berfikir aras tinggi

Available from : http://shamsina-urupendidikanislam.blogspot.com/2013/05/strategi [Accessed on 20 November]

18 | P a g e

Page 19: Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

19 | P a g e