ekonomi -teori neo-klasik

15
MODEL NEO KLASIK Model Neo-klasik cuba menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi tidak semestinya tidak stabil seperti yang ditunjukkan oleh Harrod. Model ini diasaskan oleh Solow dan Swan. Menurut pendekatan Neo-klasik, pada tingkat teknologi tertentu, ekonomi cenderung untuk bertumbuh pada gunatenaga penuh.

Upload: nur-az

Post on 07-Jun-2015

1.053 views

Category:

Economy & Finance


42 download

DESCRIPTION

Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 2

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi -Teori Neo-Klasik

MODEL NEO KLASIK Model Neo-klasik cuba menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi tidak semestinya tidak stabil seperti yang ditunjukkan oleh Harrod.

Model ini diasaskan oleh Solow dan Swan. Menurut pendekatan Neo-klasik, pada tingkat teknologi tertentu, ekonomi cenderung untuk bertumbuh pada gunatenaga penuh.

Page 2: Ekonomi -Teori Neo-Klasik

Had pertumbuhannya adalah ditentukan oleh kadar pertumbuhan tenaga kerja.

Sekiranya terdapat gangguan ke atas keseimbangan gunatenaga penuh, ekonomi cenderung untuk berbalik kepada keadaan keseimbangan, dengan itu, keseimbangan adalah stabil

Page 3: Ekonomi -Teori Neo-Klasik

Dalam membincangkan Model Neo-klasik, terdapat enam andaian penting yang digunakan:

 

1. Output, Y, terdiri daripada barangan homogen yang boleh digunakan untuk dua tujuan iaitu, sebagai barangan pengguna C, atau sebagai barangan pelaburan, I. Maka,

Y = C + I

 

Page 4: Ekonomi -Teori Neo-Klasik

Dari Y = C + I

Harga relatif antara C dan I tidak tinggal tetap seperti yang diandaikan oleh Harrod. Sebaliknya berubah-ubah dan perubahannya mempengaruhi tindak balas ekonomi. Misalnya perubahan dalam kadar pembentukan modal adalah sebagai tindak balas kepada perubahan harga faktor relatif melalui perubahan kadar untung.

Page 5: Ekonomi -Teori Neo-Klasik

Sekiranya persamaan ini dibahagikan dengan jumlah buruh, kita akan memperolehi keluaran purata atau per kapita buruh, iaitu,

Y/L = (C/L) + (I/L)

Di mana

L = tenaga buruh

C/L = penggunaan per kapita

I/L = pelaburan purata atau perubahan

stok modal bagi setiap buruh

Page 6: Ekonomi -Teori Neo-Klasik

2. Masyarakat akan menabung sebahagian daripada pendapatan mereka dan fungsi tabungan ialah,

S = sY

Di mana :

S = tabungan

s = kecenderungan menabung sut atau

purata.

Page 7: Ekonomi -Teori Neo-Klasik

3. Tabungan sama dengan pelaburan atau

S = I.

Andaian ini mempunyai dua implikasi. Pertama, apabila jumlah tabungan menyamai jumlah pelaburan, andaian selanjutnya ialah pelaburan akan menghasilkan output yang boleh dipasarkan.

Kedua, untuk melakukan pelaburan dengan menggunakan tabungan yang ada, diandaikan ia tidak melibatkan sebarang kos sama ada dalam bentuk kewangan atau masa.

Page 8: Ekonomi -Teori Neo-Klasik

4. Tiada susut nilai, iaitu pelaburan kasar sama dengan pelaburan bersih. Ini juga bermakna

I = K = S.

 5.Tenaga kerja bertumbuh pada kadar tetap iaitu,

L/L = n

  Jika sekiranya tenaga kerja dan stok modal bertumbuh pada kadar yang sama, maka nisbah modal-buruh, K/ L, menjadi tetap.

Page 9: Ekonomi -Teori Neo-Klasik

6. Pada tingkat teknologi tertentu, terdapat fungsi pengeluaran agregat yang menghubungkan tingkat nisbah modal-buruh dengan output. Modal dan buruh juga diandaikan bersifat homogen.

Terdapat beberapa sifat fungsi pengeluaran Neo-klasik iaitu:

Page 10: Ekonomi -Teori Neo-Klasik

a. Pulangan tetap ikut bidangan, output per kapita, Y/ L, bergantung kepada nisbah modal-buruh, K/ L, dan tidak bergantung kepada stok modal atau buruh semata-mata.

Y=F(K,L) dan Y/L = f(K/L) atau

y = f(k)

b. Nisbah modal-buruh adalah berbeza-beza di sepanjang fungsi pengeluaran. Pada setiap tingkat nisbah modal-buruh yang berbeza, terdapat tingkat output per kapita.

Page 11: Ekonomi -Teori Neo-Klasik

c. Fungsi pengeluaran tertakluk kepada hukum pulangan bertammbah kurang iaitu pertambahan dalam output kurang daripada pertambahan dalam nisbah modal-buruh.

Dengan kata lain keluaran sut modal adalah positif tetapi selepas satu titik tertentu menurun sehingga menjadi negatif. Pulangan bertambah kurang bukanlah disebabkan oleh penurunan dalam produktiviti faktor tetap, tetapi disebabkan oleh modal dan buruh diandaikan pengganti tidak sempurna.

Page 12: Ekonomi -Teori Neo-Klasik

Dengan andaian-andaian di atas ia memberi implikasi bahawa nisbah modal-output adalah berubah dan bukannya tetap seperti andaian dalam Model Harrod.

Y/K = Y/L ÷ K/L

  Disebabkan Y / L bertambah pada kadar yang

lebih rendah daripada K/ L, maka Y / K menurun apabila K/ L meningkat.

Page 13: Ekonomi -Teori Neo-Klasik

d. Faktor pengeluaran dibayar mengikut keluaran sut. Kadar untung sama dengan keluaran sut modal. Maka apabila nisbah modal-buruh naik, kadar upah jatuh.

Page 14: Ekonomi -Teori Neo-Klasik

PERSAMAAN ASAS MODEL NEO-KLASIK

Persamaan asas Model Neo-klasik berbeza daripada Model Harrod. Persamaan asas Model Harrod melihat kepada kadar pertumbuhan output, manakala persamaan asas Model Neo-klasik melihat kepada perubahan nisbah modal-buruh, k, dan impaknya ke atas kadar pertumbuhan.

Page 15: Ekonomi -Teori Neo-Klasik

Sekiranya stok modal, K, dan tenaga kerja, L, bertumbuh pada kadar yang sama, maka kadar pertumbuhan k adalah kosong atau dengan kata lain k tidak berubah.

Sekiranya kadar pertumbuhan stok modal lebih besar daripada kadar pertumbuhan tenaga kerja maka kadar pertumbuhan nisbah modal-buruh meningkat.

Sebaliknya jika kadar pertumbuhan stok modal lebih rendah daripada kadar pertumbuhan tenaga kerja, maka kadar pertumbuhan nisbah modal-buruh menurun.