pemerhatian

12
PEMERHATIAN TERHADAP KELAS PENDIDIKAN JASMANI TAHUN SATU AL-KHINDI SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7 BANDAR BARU BANGI Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat ilahi kerana telah selesainya program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semester yang ketiga selama lima hari di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Selangor dengan jayanya. Saya telah memilih di sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal dan menjalani kursus wajib ini secara bersendirian. Alhamdulillah kerana semuanya dapat berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Rasa syukur saya panjatkan buat Ilahi sekali lagi kerana pengalaman ini banyak membantu saya untuk manambah ilmu pengetahuan dan memberikan saya pendedahan sebenar tentang situasi di dalam alam pendidikan. Pada semester ini, tugasan yang diberikan ialah secara individu dan soalan tugasan kali ini dibawah Jabatan Pendidikan Jasmani iaitu mata pelajaran PJ3103 iaitu Anatomi dan Fisiologi. Hal ini kerana, pada semester yang lalu, tugasan kami ialah dibawah Jabatan Ilmu Pendidikan yang melihat perkembangan kanak-kanak dan melihat sejauh mana keberkesanan sistem pendidikan baru KSSR yang dilaksanakan. Bermula dari hari pertama melaporkan diri, saya telah diberikan panduan bagaimana untuk memperolehi maklumat dan apakah yang diperlukan untuk melengkapkan tugasan mengikut kriteria yang diinginkan. Berdasarkan tugasan yang diberi, saya dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap berkenaan dengan aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi kelas pendidikan 1

Upload: melatidesaku

Post on 21-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pemerhatian

TRANSCRIPT

Page 1: PEMERHATIAN

PEMERHATIAN TERHADAP KELAS PENDIDIKAN JASMANI

TAHUN SATU AL-KHINDI

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7 BANDAR BARU BANGI

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat ilahi kerana telah selesainya program

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semester yang ketiga selama lima hari di Sekolah

Kebangsaan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Selangor dengan jayanya. Saya telah memilih di

sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal dan menjalani kursus wajib ini secara

bersendirian. Alhamdulillah kerana semuanya dapat berjalan dengan lancar tanpa berlaku

sebarang perkara yang tidak diingini. Rasa syukur saya panjatkan buat Ilahi sekali lagi kerana

pengalaman ini banyak membantu saya untuk manambah ilmu pengetahuan dan memberikan

saya pendedahan sebenar tentang situasi di dalam alam pendidikan.

Pada semester ini, tugasan yang diberikan ialah secara individu dan soalan tugasan

kali ini dibawah Jabatan Pendidikan Jasmani iaitu mata pelajaran PJ3103 iaitu Anatomi dan

Fisiologi. Hal ini kerana, pada semester yang lalu, tugasan kami ialah dibawah Jabatan Ilmu

Pendidikan yang melihat perkembangan kanak-kanak dan melihat sejauh mana keberkesanan

sistem pendidikan baru KSSR yang dilaksanakan. Bermula dari hari pertama melaporkan diri,

saya telah diberikan panduan bagaimana untuk memperolehi maklumat dan apakah yang

diperlukan untuk melengkapkan tugasan mengikut kriteria yang diinginkan.

Berdasarkan tugasan yang diberi, saya dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap

berkenaan dengan aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)

bagi kelas pendidikan jasmani. Selain itu, saya perlu menjawab beberapa soalan tugasan yang

diberikan berkaitan dengan asas anatomi dan fisiologi melalui pemerhatian yang saya jalankan

terhadap kelas pendidikan jasmani. Sebagai bukti tugasan saya perlu mengambil beberapa

keping gambar semasa aktiviti dan menemubual guru yang mengajar kelas tersebut.

Berdasarkan pemerhatian, temu bual, soal selidik dan interaksi di antara guru-guru di sekolah

tersebut, saya dapati bahawa aktiviti pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar.

1

Page 2: PEMERHATIAN

Soalan Tugasan

1.0 Semasa Aktiviti Memanaskan Badan

i. Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan?

Ya,

Sebelum memulakan aktiviti permainan guru telah membimbing murid untuk

melakukan aktiviti memanaskan badan. Aktiviti pemanasan badan ini dilakukan

dengan pergerakan asas bermula dari anggota bahagian kepala hingga ke

bahagian kaki. Guru telah memainkan lagu untuk mengiringi aktiviti pemanasan

badan supaya murid lebih seronok dan bersemangat untuk memulakan sesi

pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan jasmani. Guru telah memilih

lagu yang sesuai dengan pergerakan untuk pemanasan badan.

Gambar 1 : aktiviti

pemanasan badan

2

Page 3: PEMERHATIAN

ii. Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan

diberikan kepada pelajar?

Aktiviti pemanasan badan ini sangat penting kepada sistem tubuh sebelum

melakukan aktiviti sukan atau permainan. Oleh itu guru perlu memberi

penerangan tentang kepentingan aktiviti pemanasan badan kepada murid agar

murid jelas dan faham tujuan melakukan aktiviti pemanasan sebelum

memulakan aktiviti pergerakan yang lain. Semasa melakukan permerhatian

dalam sesi PdP pendidikan jasmani bagi kelas tahun satu Al-Khindi saya dapati

guru pendidikan jasmani telah memberi penerangan terlebih dahulu mengenai

kepentingan aktiviti pemanasan badan kepada murid. Guru menyatakan kesan

buruk ke atas tubuh badan jika aktiviti pemanasan badan tidak dilakukan

sebelum memulakan sebarang aktiviti.

3

Page 4: PEMERHATIAN

Gambar 2 : Guru Memberi penerangan kepada murid

iii. Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan?

Ya. Otot-otot besar seperti otot Bisep, Trisep dan Quardisep telah diberi tumpuan

semasa aktiviti pendidikan jasmani dijalankan. Hasil temubual dengan guru

pendidikan jasmani saya dapati guru kelas 1 Al-khindi telah memberi tumpuan

terhadap otot-otot tersebut semasa melakukan aktiviti permainan.

iv. Adakah

aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota

badan?

Tidak, aktiviti yang diberikan semasa pemanasan badan tidak membayakan otot-

otot sendi dan lain-lain anggota badan kerana guru telah membimbing murid

untuk melakukan pergerakan otot dan sendi dengan pergerakan yang ringan.

Murid diajak melakukan pergerakan sambil menyanyi dan mengikut iringan

muzik sambil mengangkat kepala dan memandang ke arah kanan dan kiri. Untuk

pergerakan bahagian anggota tangan seperti otot Bisep guru melakukan aktiviti

menghayun tangan ke ahdapan dan ke belakang serta melipat siku ke atas.

4

Page 5: PEMERHATIAN

2.0 Adakah Keperluan ‘warm down’ dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar?

Keperluan ‘warm down’ telah dijalankan dan guru pendidikan jasmani telah memberi

penerangan kepada pelajar mengenai cara pergerakan warm down yang betul. Guru

juga memberi penjelasan tentang kepentingan melakukan warm down selepas aktiviti

sukan atau permainan. Kepentingan warm down kepada sistem tubuh selepas sesuatu

aktiviti perlu dititikberatkan oleh guru pendidikan jasmani kerana peredaran darah yang

tidak stabil ke seluruh sistem badan akan memberi kesan yang buruk kepada sistem

tubuh seperti kekejangan dan sesak nafas. Masalah ini berlaku kerana proses

peredaran darah yang membawa oksigen gagal sampai ke otak.

5

Page 6: PEMERHATIAN

3.0 Adakah peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang

dirancang?

Sebelum melakukan aktiviti pendidikan jasmani guru pendidikan jasmani perlu

merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap kebolehan dan kemahiran pelajar.

Peralatan yang digunakan juga perlu sesuai dengan setiap aktiviti yang dirancang serta

selamat digunakan. Hasil pemerhatian yang saya jalankan saya dapati guru pendidikan

jasmani Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Bangi telah menggunakan peralatan yang

sesuai dengan aktiviti dan tahap kemahiran pelajar. Antara peralatan yang digunakan

ialah gelung rotan, bola, dan bakul. Saya dapati juga guru pendidikan jasmani ini telah

menggunakan kertas terpakai untuk dijadikan bola kecil yang digunakan semasa aktiviti

permaianan. Kreativiti guru ini bertujuan untuk keselamatan semasa menggunakan

peralatan.

6

Page 7: PEMERHATIAN

Gambar 4 : peralatan yang digunakan

4.0 Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang

dirancang?

Hasil pemerhatian saya terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan

jasmani bagi tahun 1 Al-Khindi ini pembahagian masa untuk setiap aktiviti adalah

bersesuai dengan masa yang diperuntukkan. Susunan bagi setiap aktiviti mengikut

masa yang diperuntukkan. Hasil temubual bersama guru pendidikan jasmani iaitu cik

Nur Hafizah saya dimaklumkan setiap aktiviti telah diperuntukkan masa antara 10

hingga 15 minit.

5.0 Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran

tersebut.

7

Page 8: PEMERHATIAN

Pada pemerhatian saya ada beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan

oleh guru tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani antaranya

ialah penambahbaikan dari aspek pengurusan susun atur kedudukan murid semasa

aktiviti permainan dijalankan. Ini kerana saya dapati jarak kedudukan antara murid

terlalu rapat dan menyukarkan pergerakan mereka.

Selain itu, penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah dari aspek memberi

arahan kepada murid sebelum memulakan aktiviti. Saya dapati guru tersebut tidak

memberi arahan yang lebih jelas dari segi peraturan-peraturan dalam permainan.

Keadaan ini menyebabkan murid keliru dengan peranan masing-masing semasa aktiviti

permainan.

Penambahbaikan yang seterusnya ialah dari aspek penggunaan peralatan

semasa aktiviti pendidikan jasmani. Alat yang digunakan semasa aktiviti pendidikan

jasmani kurang efektif kerana bola yang digunakan tidak kondusif. Sepatutnya guru

perlu memastikan peralatan berada dalam keadaan kondusif dan sesuai untuk murid

tahun satu.

8

Page 9: PEMERHATIAN

9