laporan pemerhatian perbicaraan kes

Upload: nadra-fatima-binti-mannan

Post on 13-Oct-2015

127 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

LM 2022 Bahasa Melayu PerundanganLaporan Pemerhatian Perbicaraan KesMahkamah Kuala Lumpur

TRANSCRIPT

Perundangan

SEM II, 2010/2011DISEDIAKAN OLEH:Nadra Fatima binti Mannan1016122Nadiah Khairi binti Khairuddin1013660DISEMAK OLEH:Hajah Sabariah Hassan

LM 2022: Bahasa Melayu PerundanganSEKSYEN 4LAPORAN PEMERHATIAN PERBICARAAN KES

Laporan Pemerhatian Perbicaraan KesMRCB Selborn Corporation Sdn Bhd lwn. Tahan Insurans Malaysia Berhad

Nama kes:MRCB Selborn Corporation Sdn Bhd lwn. Tahan Insurans Malaysia Berhad

No. Kes:No. 3 S2-7363-06

Jenis kes:Sivil

Kaitan Kes:Kontrak Tunggakan Sewa Pejabat

Statut Berkaitan:Akta Kontrak 1950

Nama Makhamah:Makhamah Sivil Seksyen 7 Kompleks Makhamah Kuala Lumpur, Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur.

Nama Hakim:Puan Noridah binti Adam

Nama Peguam Plaintif:P. Vaskaran

Nama Peguam Defendan:Muhgil Selamat

Plaintif:MRCB Selborn Corporation Sdn Bhd

Defendan:Tahan Insurance Malaysia Berhad

Tarikh perbicaraan:Rabu, 16 Februari 2011

Masa perbicaraan:2.30 petang 4.30 petang

Prosiding makhamah dijalankan pada hari Rabu bersamaan 16 Februari 2011 yang bermula tepat pada pukul 2.30 petang apabila polis makhamah meminta semua hadirin berdiri ketika hakim kes ini, Puan Noridah binti Adam masuk ke makhamah. Keadaan dalam makhamah agak lenggang dan hanya dihadiri pihak yang berkenaan. Peguam defendan meminta izin makhamah untuk memanggil semula salah seorang daripada saksi plaintif, Encik Wong untuk memberi keterangan bagi sesi ke-2 dalam pemeriksaan balas bagi menyambung perbicaraan. Encik Wong telah hadir dalam perbicaraan ini dan duduk dalam kandang saksi setelah namanya dipanggil. Bailif membaca tuntutan saman difailkan oleh plaintif atas kemungkiran kontrak oleh defendant kerana tunggakan sewa pejabat. Plaintif memahami kandungan tuntutan tersebut, maka perbicaraan pun dimulakan dengan pemeriksaan balas oleh peguam defendan.Dalam pemeriksaan balas ini, peguam defendan telah bertanyakan beberapa soalan kepada Encik Wong selaku saksi plaintif. Ini merupakan kali kedua Encik Wong dipanggil untuk memberi keterangan mengenai isu-isu berbangkit dalam kontrak perjanjian antara plaintif, MRCB Selborn Corporation Sdn. Bhd. dan defendan, Tahan Insurance Malaysia Berhad. Sepanjang pemeriksaan balas ini, peguam defendan tersebut, Encik Muhgil Selamat telah menimbulkan banyak persoalan kepada Encik Wong di mana kadangkala kelihatan Encik Wong tidak memberi respons ataupun tidak selesa ketika ditanya soalan-soalan tertentu. Malah, hampir kesemua keterangan yang diberi oleh Encik Wong adalah dalam bahasa Inggeris, sedangkan peguam defendan bertanyakan soalan kepadanya dalam bahasa Melayu.Apabila tiada lagi soalan lagi daripada pihak peguam, maka giliran peguam plaintif, iaitu Encik P. Vaskaran untuk membuat pemeriksaan semula kepada saksi utamanya itu. Sebelum memulakan persoalan, Encik P.Vaskaran telah meminta izin makhamah untuk bertanyakan soalannya dalam bahasa Inggeris. Soalan-soalan peguam plaintif lebih fokus kepada kandungan dalam perjanjian antara kedua-dua pihak. Encik P.Vaskaran meminta Encik Wong membaca semula perenggan tertentu dan kemudian memintanya juga menerangkan semula maksud perenggan tersebut kepada makhamah.Kami dapat memerhatikan juga dalam proses prosiding ini bahawa peguam plaintif hanya perlu membalas persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh peguam defendan dalam pemeriksaan balas kepada saksi plaintif berdasarkan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua pihak. Jikalau tidak, pihak defendan boleh membantah soalan yang diberikan oleh peguam plaintif dengan izin makhamah. Dalam prosiding ini, kebanyakan rujukan peguam plaintif berdasarkan perjanjian tersebut di luar skop persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh peguam defendan menyebabkan beberapa bantahan daripada peguam defendan itu sendiri. Setiap bantahan peguam defendan mendapat kelulusan hakim dan kesannya peguam plaintif terpaksa mengubah bentuk soalannya. Walau bagaimanapun, tiada hujah penggulungan dibuat oleh kedua-dua pihak peguam mahupun hujah daripada hakim untuk sesi prosiding yang kami hadiri ketika itu. Pada akhir sesi prosiding, pihak defendan meminta izin mahkhamah untuk memanggil saksi defendan bagi sesi perbicaraan seterusnya, Encik Muhammad Hayazid bin Daud untuk memberi keterangan isu-isu perundangan tentang pemakluman notis. Prosiding pada hari tersebut tamat pada pukul 4.30 petang. Makhamah ditangguhkan pada hari Isnin bersamaan 21 Februari 2011.

Berikut merupakan perincian perbicaraan dari awal sehingga tamat perbicaraan:-(Hakim masuk makhamah. Jam menunjukkan tepat pada pukul 2.30 petang)

Polis Makhamah:Makhamah bangun!

(Semua berdiri dan duduk sebaik sahaja hakim duduk di atas kerusi penghakimannya.)

Hakim:Baiklah, hari ini makhamah akan mendengar keterangan saksi plaintif dan pemeriksaan balas dibuat oleh peguam defendan, betul?

Peguam defendan:Ya, hari ini saya ingin membuat pemeriksaan balas terhadap keterangan saksi plaintif, Encik Wong bagi sesi kedua kes perbicaraan ini.

(Encik Wong tampil ke hadapan dan duduk di kandang saksi. Bailif membacakan kandungan tuntutannya terhadap defendan, Tahan Insurance Malaysia Berhad. Encik Wong menggangguk faham akan kandungan tuntutan tersebut. Perbicaraan dimulakan dengan soalan daripada peguam defendan kepada Encik Wong).

Peguam defendan:Encik Wong, perjanjian jual beli pada tahun 2006 telah dibuat dengan Bank Rakyat dan perjanjian bertulis pada 15 Mac 2007. Rujuk P12, muka surat 5, letter of offer (surat tawaran), sila beritahu makhamah tarikh MRCB telah menawarkan property (hartanahnya) kepada Bank Kejasama Rakyat Malaysia?

Encik Wong:(menyebut tarikh yang dimaksudkan)

Peguam defendan:Setujukah dengan saya, selepas tarikh ini negotiation (perundingan) telah dilakukan sehingga surat dokumen perjanjian bertanda P12 ditandatangani? Dan perjanjian P12 ini ialah perjanjian menjual keseluruhan bangunan atau menara MRCB kepada Bank Rakyat?

Encik Wong:Yes (Ya)

Peguam defendan:Setujukah dengan saya bahawa semasa kes ini difailkan pada 13 Julai 2007, bangunan atau menara MRCB bukan lagi dimiliki MRCB?

Encik Wong:Yes (Ya)

Peguam defendan:Selepas itu, mengenai agreement, iaitu perjanjian bertulis. Jadi, Encik Wong, perjanjian bertulis antara MRCB dan Bank Rakyat dibuat pada tarikh 15 Mac 2007. Betul?

Encik Wong:Yes (Ya)

Peguam defendan:Beritahu makhamah, adakah perjanjian dimasuki selepas kira-kira 6 bulan selepas perjanjian P12?

Encik defendan:Yes, it is completed after condition precedent by both parties(Ya, setelah kedua-dua pihak memenuhi prasyarat perjanjian itu)

Peguam defendan:Jadi tarikh 15 Mac 2007, Bank Rakyat telah menjadi owner (pemilik) bangunan tersebut manakala MRCB ialah penyewa? Betul atau tidak?

Encik Wong:Yes (Ya)

Peguam defendan:Setujukah dengan saya, tiada sebarang notis dikemukakan kepada Tahan Insurance Malaysia Berhad (defendan) berkenaan perjanjian jual beli P12 dan penyewaan P13?

Encik Wong:Not sure about that. (Tidak pasti tentang perkara itu.)

Peguam defendan:Sila rujuk P4 muka surat 45 dan 46, dengan khusus perenggan 3 baris 2, Tingkat 13A, 15, 16 dan 17 merupakan tingkat di mana Tahan (defendan) masih menyewa, betul?

Encik Wong:Yes. (Ya)

Peguam defendan:Kalau Tahan (defendan) masih menyewa, kenapa MRCB berani berunding dengan beberapa agensi kerajaan?

Encik Wong:(Diam membisu sambil melihat dokumen bukti)

Peguam defendan:Tahan (defendan) telah memaklumkan hasrat berpindah ke bangunan sendiri di Medan Tuanku Kuala Lumpur melalui Encik Hayazid seawal Oktober 2006. Adakah Encik Wong setuju?

Encik Wong:Not sure about that. (Tidak pasti tentang perkara itu.)

Peguam defendan:Tahan (defendan) juga telah memaklumkan mereka akan pindah ke bangunan kecil atas sebab staf yang makin sedikit dan sewa tinggi?

Encik Wong:Cannot remember. (Tidak ingat.)

Peguam defendan:Setuju dengan saya, katakan dalam kes P4, iaitu surat yang dirujuk, Encik Wong berani berunding dengan government agency (badan-badan kerajaan) sebab saya katakan MRCB telah dimaklumkan atau ada knowledge to negotiate (pengetahuan untuk berunding) sebab Tahan Insurance akan pindah.

Encik Wong:Maybe. (Mungkin)

Peguam defendan:Surat P5 yang ditujukan kepada Muhammad Hayazid bin Daud yang telah ditandatangani oleh Encik Wong sendiri, setuju?

Encik Wong:Setuju.

Peguam defendan:Kenapa bagi perhatian itu kepada Hayazid?

Encik Wong:Because he is the person in charge for that company. (Orang yang bertanggungjawab dalam perhatian untuk syarikat)

Peguam defendanBukan setakat perhatian sahaja tetapi ada perbincangan mengenai pertukaran tenant (penyewa), betul?

Encik Wong:I cant remember personally. (Saya sendiri pun tidak dapat ingat.)

Peguam defendan:Rujuk pada muka surat 43 dan 44 iaitu D9 dan D10, setiap kali Hayazid bagi pihak Tahan menghantar surat, mereka tujukan kedua-dua surat pada Encik Wong, betul?

Encik Wong:(Diam tanpa memberi jawapan dan masih membaca dokumen yang dimaksudkan.)

Peguam defendan:Encik Wong, setuju atau tidak?

Encik Wong:Yes. (Ya)

Peguam defendan:Jadi Encik Wong, setujukah dengan saya, untuk bayar sewa bulanan dari Mei sehingga Disember 2006, defendan telah membayar RM2.50 sekaki per segi?

Encik Wong:Yes. (Ya)

Peguam defendan:Dan setiap bayaran dibuat, MRCB tidak pernah membuat apa-apa pun surat ataupun nota mengesahkan sewa yang dibayar sepanjang bulan Mei sehingga Disember 2006 adalah tidak cukup, setuju?

Encik Wong:Tidak setuju.

Peguam defendan:Kalau tidak setuju, di mana surat mengatakan jumlah bayaran yang telah dibayar tidak mencukupi? Tiada bukan?

Encik Wong:13 April.

Peguam defendan:Encik Wong, April tidak termasuk, hanya Mei sehingga Disember 2006.

Encik Wong:(Sambil membelek fail dokumen bukti) Not sure but supposed to be here. (Tidak pasti tetapi surat itu sepatutnya ada.)

Peguam defendan:Saya katakana tiada, setuju?

Encik Wong:Tiada.

Peguam defendan:Rujuk saksi WSP2 keterangan dalaman plaintif, secara khususnya soalan 12. Dulu, sebelum ini, semasa saya soal-balas, saya ada bertanya surat P2 muka surat 41, dan 42 khususnya perenggan atau kurungan 6, Encik Wong dalam surat tersebut mengatakan kalau Tahan (defendan) tidak setuju rate (kadar) baru yang dicadangkan akan menjadi monthly basis (sewa bulanan) dan Encik Wong telah tidak bersetuju. Sekarang Encik Wong boleh setuju atau tidak selepas 1 Mei 2006, kadar sewa akan menjadi sewa bulanan?

Encik Wong:Tidak setuju.

Peguam defendan:Rujuk jawapan 12, lepas 1 Mei 2006, Tahan tidak setuju menjadikannya sewa bulanan. Sekarang setuju atau tidak?

Encik Wong:Tidak juga.

Peguam defendan:Dengan izin makhamah, rujuk P1 perjanjian secara khususnya jadual muka surat 15 item no. 6. Encik Wong, ingat tak pada sesi lepas, Encik Wong tidak ada dokumen daripada mana-mana laporan atau evaluation (penilaian) MRCB yang menunjukkan kadar pasaran semasa?

Encik Wong:There is prevailing market rate (Ada kadar pasaran semasa) (mengulangi ayatnya dengan tidak jelas)

Hakim:Ada atau tidak ada?

Encik Wong:Tidak ada, you dont need it (tidak perlu dokumen tersebut).

Peguam defendan:Jadi, jawapan soalan 13 WSP2, adalah tidak benar. Setuju tak?

Encik Wong:Soalan 13? (Sambil memandang peguam defendan)

Peguam defendan:Saya ulang balik, sebab prevailing market rate tidak ditunjukkan.

Encik Wong:Yes (Ya)

Peguam defendan:Dengan izin makhamah, rujuk saksi ini P5, mukasurat 38, D8 surat yang sama. Minta maaf, (kemudian bertanyakan mengenai kesilapan teknikal tentang bukti dokomen-dokumen tertentu dalam perbicaraan)

Hakim:Kekal sahaja. Guna P5 dahulu.

Peguam defendan:Muka surat 38. Encik Wong pernah tengok surat ini?

Encik Wong:(Tidak memberi respons sambil melihat dokumen dimaksudkan)

Peguam defendan:Encik Wong, ini adalah surat notis untuk menamatkan penyewaan Tahan, betul?

Encik Wong:Yes. (Ya)

Peguam defendan:Apabila kamu dapat notis ini, Encik Wong ada tak MRCB sendiri jawab surat ini? Saya kata MRCB tidak jawab, setuju tak?

Encik Wong:Not immediately. (Tidaklah dengan serta-merta)

Peguam defendan:Encik Wong atau MRCB tahu bahawa satu bulan notis diberi kerana defendan akan pindah ke bangunan sendiri. Betul?

Encik Wong:Betul.

Peguam defendan:Notis expired (luput) pada 31 Mac 2007. Sebelum notis itu berakhir, MRCB telah menjadi penyewa bukan tuan tanah. Kemudian, dengan izin, rujuk saksi kepada muka surat 48 yang ditanda sebagai P3. Encik Wong juga dapat notis ini, betul?

Encik Wong:Yes. (Ya)

Peguam defendan:Dan semasa notis ini diterima oleh MRCB, Bank Rakyat selaku tuan rumah bangunan atau menara MRCB, surat P5 dan P3 tidak pernah dimaklumkan kepada Bank Rakyat, betul?

Encik Wong:Not sure about that. (Tidak pasti tentang perkara itu)

Peguam defendan:Sebenarnya Encik Wong, pihak MRCB tidak peduli Tahan nak keluar pun, memang pihak MRCB telah bersiap-sedia terima tenant (penyewa) baru dengan siap lantai baru.

Encik Wong:Tidak setuju.

Peguam defendan:Saya katakan jawapan kepada soalan 23 WSP2 tidak betul, sebab nak tuntut sewa sampai tahun 2012, kerana Tahan telah menyewa secara bulanan dari Mei 2006 sehingga April 2007 dan Encik Wong setuju tiada bukti boleh dikemukakan yang menunjukkan tingkat Tahan selepas pada tahun 15 April 2007 dibiarkan kosong sehingga 1 September 2007. Lihat jawapan soalan 25, tiada bukti presmis kosong.

Encik Wong:Kenapa tidak ada bukti pula kalau presmis kosong? (sambil muka berkerut menunjukkan tidak berpuas hati dengan soalan tersebut)

Peguam defendan:Saya cadangkan tiada bukti. Setuju saya katakan rujuk saksi muka surat 26, daftar dokumen defendan, surat defendan, Tahan pada tahun 2006. Pihak Tahan Insurance ada menyerahkan salinan surat ini nak pindah ke Medan Tuanku sebagai pemberitahuan awal yang juga merupakan hasrat pindah mereka kepada Encik Wong.

Encik Wong:Not aware of this. (Tidak tahu mengenai ini)

Peguam defendan:Encik Wong, Tahan ada membayar deposit apabila bayaran sewa dan jumlahnya adalah RM 625, 875. Betul? Duit itu disimpan oleh MRCB sampai sekarang. MRCB tidak pernah keluarkan notis atau surat kepada Tahan, betul tak? Kalau setuju, kenapa tiada dalam perjanjian?

Encik Wong:(Berkerut wajah dan tidak memahami soalan)

Peguam defendan:Setujukah dengan saya, ikut perjanjian P1, D7 apabila berlaku penamatan seperti kes ini dibawah klausa 11.3, pihak landlord (tuan tanah), iaitu MRCB tidak berhak atau hendaklah memulangkan segera deposit kepada tenant (penyewa). Setuju tak?

Encik Wong:Tak setuju.

Peguam defendan:Jadi tak setuju, setuju tiada sebab MRCB perlu simpan deposit Tahan?

Encik Wong:Tak setuju.

Peguam defendan:Tahan semasa nak keluar, dia ada minta MRCB untuk sewa bulan 1, 2, dan 3 sehinggalah 15 April 2006, hendaklah ditolak terus daripada deposit yang dipegang oleh MRCB dan diberi kadar yang diminta masih RM 2.50 kaki persegi. Betul? Tiga bulan setengah darab RM 2.50 kaki persegi bersamaan RM 630, 175.40.

Encik Wong:Betul.

Peguam defendan:Saya katakan juga, apa yang kamu kata mengenai particular (perkara dalam perjanjian) tidak betul, setuju?

Encik Wong:Tidak setuju.

Peguam defendan:Saya katakan juga apa yang anda tuntut pada soalan 27A, B, C WSP2 ada particular (perkara) sendiri dan juga D adalah tidak benar kerana Tahan telah memberi notis mengenai sewa yang cukup kepada MRCB.

Encik Wong:Tidak setuju.

Peguam defendan:Itu sahaja

(Peguam defendan duduk sementara peguam plaintif berdiri untuk gilirannya dalam membuat pemeriksaan semula terhadap saksi utamanya itu)

Peguam plaintif:Dengan izin makhamah, boleh saya ingin bertanya kepada plaintif dalam Bahasa Inggeris?

Hakim:Baiklah.

Peguam plaintif:Refer page 16, P1. Schedule to the tenancy agreement, annual term of tenancy, what was the agreed rate? (Rujuk saksi muka surat 16, P1. Jadual berkenaan perjanjian penyewaan, syarat-syarat penyewaan tahunan, apakah kadar sewa yang telah dipersetujui?)

Encik Wong:Rent is according to the prevailing market rate but not less than the ceiling market rate.(Kadar sewa adalah mengikut kadar pasaran semasa tetapi tidak kurang daripada kadar pasaran siling.)

Peguam plaintif:Decision agreed by both parties?(Keputusan itu disetujui oleh kedua-dua pihak?)

Encik Wong:Yes. (Ya)

Peguam plaintif:Page 10, P1 particular 7.4, in the event of terminated, the landlord can claim all the maximum renewal term for every three years. Page 12, P1, particular 11.1, tell the court, what is the option or what manner in renewal tenant?(Muka surat 10, P1 perkara 7.4, dalam keadaan penamatan penyewaan, tuan tanah boleh menuntut semua tempoh pembaharuan paling tinggi untuk setiap tiga tahun. Muka surat 12, P1, perkara 11.1, beritahu makhamah, apakah pilihan atau cara dalam pembaharuan penyewa?)

Encik Wong:The option to renew is automatic, provided that the tenant observed the terms and conditions.(Pilihan untuk memperbaharui penyewaan adalah secara automatik, dengan penyewa tersebut memenuhi syarat-syarat dipersetujui bersama.)

Peguam plaintif:P2, page 42. Is this letter of offer is accepted by the defendant?(P2, muka surat 42. Adakah surat tawaran ini diterima oleh defendan?)

Encik Wong:No. (tidak)

Peguam plaintif:What was the rental rate proposed in this letter?(Berapakah cadangan kadar sewa dalam surat tersebut?)

Encik Wong:RM 2.90

Peguam plaintif:Third last paragraph, the RM 2.90 was not accepted by the defendant and what was the prevailing rate at that time?Perenggan ketiga terakhir, kadar RM2.90 tidak diterima oleh pihak defendan dan apakah kadar pasaran semasa pada ketika itu?

Encik Wong:RM 3.25

Peguam plaintif:What happen to this letter of offer?Apakah yang terjadi pada surat tawawan ini?

Encik Wong:No acceptance, so it has lapsed.(Tiada penerimaan, maka berlakunya peluputan tawaran.)

Peguam plaintif:What happen to the tenancy agreement of it has lapsed?(Apakah berlaku kepada perjanjian penyewaan yang sudah luput?)

Encik Wong:Tenancy agreement should have been prevailed(Perjanjian penyewaan sepatutnya terbuka kepada pihak lain.)

Peguam plaintif:P3, page 48, from the letter, how long or until when did the defendant use the premises?P3, muka surat 48 merujuk surat itu, berapa lama atau sampai bilakah defendan telah menggunakan premis tersebut?

Encik Wong:Until 15th April 2007.(Sehingga 15 April 2007.)

Peguam plaintiff:Did they pay the rental until 15th April 2007?(Adakah mereka telah membayar sehingga 15 April 2007?)

Encik Wong:No. (Tidak)

Peguam plaintif:So, clause 12.11, page 15, particulars 4 what do you understand that landlord has absolute title?(Jadi, klausa 12.11, muka surat 15, perkara 4, apakah yang kamu faham tentang tuan tanah mempunyai hak milik mutlak?)

(Peguam defendan terus berdiri untuk membuat bantahan kepada soalan tersebut.)

Peguam defendan:Saya ingin membantah kerana setahu saya tidak buat soalan mengenai hal ini dan tiada cross-reference (rujukan balas).

Peguam plaintif:Clause 11.1? (Klausa 11.1?)

Hakim:Tiada cross-reference (rujukan balas) untuk klausa 11.1, kenapa rujuk?

(Peguam plaintif menerangkan tujuannya kepada makhamah dengan tidak jelas)

Peguam defendan:Saya tak tanya soalan ini, saya tak setuju dengan soal-saksi ini. (Sambil berdiri)

(Peguam plaintif terdiam seketika sebelum memulakan pertanyaan baru )

Peguam plaintif:On the grounds for notification were given or not, as whether the defendant has notifies the plaintiff, By page 39, please explains what letter if this as any notice from MRCB to Tahan? Is the notice fallible to defendant at this point of time?(Dalam persoalan sama ada pemberitahuan telah diberikan kepada plaintif oleh defendan atau tidak, rujuk muka surat 39, tolong jelaskan apakah surat ini pemberitahuan daripada MRCB kepada Tahan? Adakah notis ini gagal disampaikan kepada defendan pada masanya?)

Encik Wong: No. (Tidak)

Peguam defendan:Saya tak ingat saya tanya pasal itu sebab memang tak rujuk langsung. Jadi, saya bantah kerana memang tiada cross-reference (rujukan balas).

Hakim:Setahu saya, tiada mengenai notis tetapi yang ada pasal monthly basis (sewa bulanan).

Peguam defendan:Ya. Saya hanya rujuk P1 tidak ada P2.

Peguam plaintif:I rephrase. Mr. Wong, refer page 13 particularly clause 11.3, how long is the notice to be given to the plaintiff about monthly tenancy agreement? Is this tenancy a monthly tenancy? Why?(Saya memperbaiki soalan saya. Encik Wong, rujuk muka surat 13, P1 klausa 11.3, berapakah tempoh untuk sesuatu notis berkenaan perjanjian penyewaan bulanan diberikan kepada plaintiff? Adakah ini perjanjian penyewaan bulanan?)

Encik Wong:No. (Tidak.)

Peguam plaintif:Why so?(Kenapa begitu?)

Encik Wong:Not accepted. Which brings to refer page 41, April 2006, I wrote to Tahan from this renewal not accepted.(Tidak diterima. Ini merujuk kepada muka surat 41, April 2006, saya menghantar surat kepada Tahan bahawa pembaharuan penyewaan tidak diterima)

Peguam plaintif:The rental rate is RM3.25. What is the increment rate from RM2.50?(Kadar penyewaan ialah RM3.25. Berapakah kadar peningkatannya daripada RM2.50?

Encik Wong:30%

Peguam plaintif:Is there any other method of evaluation?(Adakah terapat kaedah lain untuk penilaian kadar tersebut?)

Encik Wong:Yes. (Ya)

Peguam plaintif:Refer page 6 of P1, clause 3.3.3, whether the facts MRCB has enforced the paid deposit fundable to the defendants or not?(Merujuk muka surat 6, P1, klausa 3.3.3, sama ada bahawa fakta menunjukkan MRCB telah menguatkuasakan bayaran deposit boleh diberi balik atau tidak?)

Encik Wong:No. (Tidak)

Peguam plaintif:No further questions.(Tiada lagi soalan)

Hakim:Baik, seterusnya makhamah akan mendengar lagi keterangan daripada saksi pihak defendan jika ada?

Peguam bela:Ada, Encik Muhammad Hayazid bin Daud sebagai saksi pihak defendan untuk menjawab isu notis. Beliau yang menandatangani notis tersebut. Dan pihak defendan akan membuat permohonan pembelaan yang pendek.

Hakim:Baiklah, makhamah ditangguhkan pada hari Isnin, 21 Februari 2011 diadakan pada waktu 2.30 petang

Ulasan Pelajar 1oleh Nadra Fatima binti Mannan Pada pandangan saya, kes ini menarik kerana saya dapat melihat dan mengetahui cara satu prosiding dijalankan di makhamah menghasilkan prosedur yang teratur dan sistematik. Perkara ini sangat penting agar sistem kehakiman di Malaysia dapat dilaksanakan mampu memberi keadilan sewajarnya. Di samping itu juga, saya dapat mengetahui teknik-teknik ataupun kaedah-kaedah tertentu dalam bertanyakan soalan dan meminta izin makhamah untuk sesuatu hal dengan sopan-santun terutamanya bagi pihak peguam. Hal ini demikian, prinsip kesantunan sangat dititikberatkan ketika perbicaraan dalam makhamah kerana boleh disabitkan menghina makhamah bagi seseorang itu dianggap telah berkelakuan tidak sopan atau menghina makhamah. Bahasa Melayu merupakan bahasa makhamah berdasarkan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 merujuk kepada Seksyen 8:-8. Segala prosiding (melainkan keterangan yang diberi oleh seseorang saksi) dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris atau sebahagiannya dalam bahasa kebangsaan dan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris; Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding dan selepas menimbangkan kepentingan keadilan dalam prosiding itu, memerintahkan supaya prosiding itu (melainkan keterangan yang diberi oleh seseorang saksi) dijalankan sama ada kesemuanya dalam bahasa kebangsaan atau kesemuanya dalam bahasa Inggeris. Maka, saya telah dapat menyaksikan sendiri perjalanan prosedur ketika peguam plaintif dalam kes ini telah meminta izin daripada hakim makhamah sebelum bertanyakan soalan kepada plaintif dalam bahasa Inggeris memandangkan hampir keseluruhan keterangan yang diberikan oleh saksi dalam bahasa Inggeris. Selain itu, saya juga dapat mengetahui kaedah-kaedah pertanyaan soalan yang digunakan oleh kedua-dua peguam dalam kes ini. Kedua-dua peguam dalam kes ini mempunyai cara pengendalian yang berbeza terutamanya peguam defendan dalam usahanya membela anak guamnya telah banyak menimbulkan persoalan-persoalan yang berhubung kait kemungkiran kontrak adalah disebabkan oleh pihak plaintif itu sendiri. Soalan-soalan yang dilontarkan dalam bentuk sifat cadangan dan pilihan untuk mendapatkan pengesahan tentang sesuatu perkara. Proses ini sangat penting dalam mendapatkan dan menentukan fakta-fakta material kes ini bagi menimbulkan isu-isu perundangan yang relevan. Kesimpulannya, pemerhatian kes adalah wajar dijalankan khususnya bagi pelajar yang mengambil kursus perundangan bagi menambah pengetahuan dan meluaskan pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebagai peguam. Hal ini penting untuk membiasakan dengan aturcara dan prosiding makhamah agar tidak menimbulkan kecelaruan atau percanggahan yang boleh mengganggu sistem kehakiman negara.

Ulasan Pelajar 2oleh Nadiah Khairi binti KhairuddinMelalui perbicaraan ini, saya telah memahami dengan lebih dalam lagi bagaimana sesuatu kes kontrak dibicarakan dalam mahkamah. Kes ini mengenai tunggakan sewa pejabat dan saya dapat mengetahui bahawa isu bayaran sewa bukanlah satu isu yang dipandang remeh-temeh dalam undang-undang negara. Sebaliknya, perkara ini boleh manjadi isu yang besar sekiranya salah satu pihak telah melanggar kontrak serta tidak memenuhi syarat-syarat yang dipersetujui bersama. Kes ini boleh dijadikan iktibar bagi semua pihak agar tidak mengambil ringan dengan kontrak yang telah ditandatangani bagi mengelakkan ketidakadilan dan permasalahan yang ditmbulkan oleh satu pihak yang lain.Selain daripada itu, saya juga telah mendapati bahawa mahkamah membenarkan peguam untuk meneruskan hujah dalam bahasa Inggeris. Hal ini adalah kerana saya sudah sedia maklum bahawa bahasa yang patut digunakan ketika perbicaraan dalam mahkamah, ialah bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Kes ini jelas menjadi bukti bahawa mahkamah di Malaysia bersifat fleksibel kerana membenarkan perkara ini berlaku dengan syarat peguam perlu meminta izin mahkamah dahulu sebelum berhujah dalam bahasa inggeris.Mengikut Akta Kontrak 1950, setiap perjanjian antara dua pihak yang telah ditandatangani perlu dipatuhi dan dimuliakan melainkan atas faktor-faktor tertentu. Dalam Akta Kontrak 1950, ada juga menyebut tentang pampasan yang akan diberikan kepada pihak yang menjadi mangsa keadaan atas kemungkiran kontrak tersebut. Justeru, ini menunjukkan undang-undang di Malaysia merupakan undang-undang yang adil dan saksama.Pada pendapat saya, kerja kursus seperti ini perlu untuk pelajar undang-undang kerana dapat memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang prosedur mahkamah. Selain itu, sebarang kelemahan yang didapati semasa kes dibicarakan akan dapat dielakkan pada masa hadapan kerana pelajar-pelajar tidak akan mengulanginya kesilapan yang sama setelah menjadi peguam satu hari nanti. Contohnya dalam kes ini, peguam plaintif sepatutnya hanya menanyakan soalan mengenai perkara yang ditimbulkan dalam pemeriksaan balas oleh peguam defendan. Sekiranya tidak, soalan tersebut boleh dibantah oleh peguam defendan dengan izin makhamah. Prosedur ini adalah mengikut Seksyen 138(1) dan Seksyen 138(2) dalam Akta Keterangan 1950:-

Susunan pemeriksaan dan arahan mengenai pemeriksaan semula138. (2) Pemeriksaan dan pemeriksaan balas mestilah berhubung dengan fakta berkaitan, tetapi pemeriksaan balas tidak perlu dihadkan kepada fakta yang telah diberikan sebagai keterangan oleh saksi itu dalam pemeriksaan utamanya. (3) Pemeriksaan semula hendaklah tertumpu kepada penghuraian perkara yang disebut dalam pemeriksaan balas; dan jika, dengan kebenaran mahkamah, perkara baru dikemukakan dalam pemeriksaan semula, pihak menentang boleh selanjutnya memeriksa balas atas perkara itu.Kesimpulannya, perbicaraan kes ini telah memberikan saya pendedahan tentang prosedur mahkamah dan membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Maklumat Tambahan KesPihak plaintiff, iaitu MRCB Selborn Corporation Sdn. Bhd. adalah pemilik dan pengurus dua buah hartanah mercu tanda yang terkemuka di Shah Alam. Hartanah tersebut merangkumi Menara MRCB yang merupakan sebuah blok pejabat 21 tingkat dengan ruang boleh disewakan seluas lebih 200,000 kaki persegi dan Plaza Alam Sentral yang merupakan sebuah pusat membeli-belah terbesar di Shah Alam dengan ruang boleh disewakan seluas lebih 420,000 kaki persegi. [footnoteRef:2] [2: MALAYSIAN CORPORATION RESOURCES SDN BHD; Laporan Tahunan 2004, m/s 43.]

Manakala defendan dalam kes ini, iaitu Tahan Insurance Malaysia Berhad (TIMB) merupakan salah satu agensi kerajaan yang telah dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia untuk mengendalikan Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA). Skim ini menyediakan perlindungan akibat kemalangan di tempat kerja dan penyakit berkaitan dengan pekerjaan yang tertakluk di bawah seksyen 26(2) Akta Pampasan Pekerja 1952 dan juga perlindungan bagi kemalangan selepas waktu bekerja dan perbelanjaan repatriasi akibat kemalangan atau keilatan kekal keseluruhan.[footnoteRef:3] [3: Risalah TAHAN INSURANCE MALAYSIA BERHAD]

Pada tahun 2004, Menara MRCB telah 100% disewakan, berjaya mengatasi kebiasaan pasaran yang sedang menghadapi lebihan bekalan ruang pejabat. Pihak defendan, Tahan Insurance merupakan antara penyewa-penyewa luar yang menghuni lebih 50% daripada ruang yang boleh disewakan.[footnoteRef:4] Tahan Insurance telah menyewa Tingkat 16 Menara MRCB 2 yang beralamatkan Jalan Majlis 14/10, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.[footnoteRef:5] Penyewa lain Menara MRCB juga meliputi Bank Bumiputra Commerce dan Bank Islam.[footnoteRef:6] [4: MALAYSIAN CORPORATION RESOURCES SDN BHD; Laporan Tahunan 2004, m/s 43.] [5: Risalah TAHAN INSURANCE MALAYSIA BERHAD] [6: MALAYSIAN CORPORATION RESOURCES SDN BHD; Laporan Tahunan 2004, m/s 43.]

Kes ini antara MRCB Selborn Corporation Sdn Bhd dan Tahan Insurans Malaysia Berhad pernah dibawa ke Makhamah Tinggi pada tahun 2007 tetapi diselesaikan oleh pihak defendan, Tahan Insurans dengan membayar pampasan sebanyak RM 300,000.00 kepada pihak plaintif. Pihak plaintif telah menerima cadangan bayaran tersebut.[footnoteRef:7] Pada tahun yang sama juga, pihak plaintif telah juga menyaman beberapa penyewa-penyewa lain, iaitu PICT Solution Sdn Bhd dan V Idaman unggul Berhad atas isu yang sama, iaitu tunggakan sewa pejabat. Malah, kesemua kes ini telah dimenangi oleh pihak plaintif.[footnoteRef:8] [7: Bursa Malaysia Berhad, General Announcement melalui ] [8: Ibid.]

LAMPIRAN

2