pemerhatian dan penilaian kanak su

36
1.0 Penilaian ialah proses mendapat,menentukan dan memberi maklumat yang berguna ataupun menganalisis hasil pengukuran, bagi tindakan selanjutnya. Dalam proses pembelajaran penilaian adalah proses mengumpul maklumat, membuat analisis dan keputusan berkenaan perubahan tingkah laku ataupun perkembangan kanak-kanak. Kini di prasekolah, istilah pentaksiran sering digunakan bersilih ganti dengan istilah penilaian. Namun,pentaksiran adalah proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian. Penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat, merekodkan, menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang diperoleh. Di prasekolah, penilaian dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi memudahkan guru mengambil tindakan susulan. Mengumpul maklumat berkenaan perkembangan kanak-kanak selepas ataupun semasa melakukan aktiviti kumpulan ataupun individu. Mengenal pasti kekuatan ataupun kelemahan setiap kanak-kanak. Menentukan pencapaian objektif pembelajaran dan keberkesanan pengajaran guru. Merekodkan maklumat bagi tujuan sewajarnya. PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK PENGENALAN

Upload: farhah-amieyra

Post on 27-Jun-2015

16.525 views

Category:

Documents


204 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

1.0

Penilaian ialah proses mendapat,menentukan dan memberi maklumat yang

berguna ataupun menganalisis hasil pengukuran, bagi tindakan selanjutnya.

Dalam proses pembelajaran penilaian adalah proses mengumpul maklumat,

membuat analisis dan keputusan berkenaan perubahan tingkah laku ataupun

perkembangan kanak-kanak. Kini di prasekolah, istilah pentaksiran sering

digunakan bersilih ganti dengan istilah penilaian. Namun,pentaksiran adalah

proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian. Penilaian

pula melibatkan pengumpulan maklumat, merekodkan, menganalisis dan

melaporkan berdasarkan data yang diperoleh. Di prasekolah, penilaian

dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi memudahkan guru

mengambil tindakan susulan.

Mengumpul maklumat berkenaan perkembangan kanak-kanak selepas

ataupun semasa melakukan aktiviti kumpulan ataupun individu.

Mengenal pasti kekuatan ataupun kelemahan setiap kanak-kanak.

Menentukan pencapaian objektif pembelajaran dan keberkesanan

pengajaran guru.

Merekodkan maklumat bagi tujuan sewajarnya.

Mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi bagi dipertingkatkan

ataupun diberi pengukuhan.

Merancang dan mengubahsuai aktiviti pengajaran

Melapor kepada ibubapa.

Menjalankan langkah-langkah pencegahan.

Merujuk kepada professional.

PEMERHATIAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

PENGENALAN

TUJUAN PENILAIAN

Page 2: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

1.1

ASPEK PENILAIAN FORMATIF PENILAIAN SUMATIF

KONSEP Mengesan penguasaan kanak-

kanak pada suatu hasil

pembelajaran melalui

pengujian yang dapat dibina

danditadbir secara formal

ataupun tidak formal

Mengesan pencapaian

kanak-kanak dalam

tempoh tertentu

persekolahan melalui

pengujian yang

dijalankan secara formal

WAKTU

PENILAIAN

Sepanjang proses pengajaran

dan pembelajaran

berlangsung

Pada pertengahan

ataupun akhir

penggal/semester

persekolahan

KAEDAH Formal:Pensel,Kertas.

Tidak formal:Pemerhatian,soal

jawab,latihan.

Dibuat secara individu ataupun

berkumpulan

Dibuat secara formal:

Ujian pensel dan kertas,

Lisan.

Dijalankan secara

berkumpulan.

SELEPAS

PENILAIAN

DIJALANKAN

Menjalankan tindakan susulan

ke atas kanak-kanak:

a.Aktiviti bimbingan bagi

kemahiran yang belum

dikkuasai.

b.Aktiviti pengukuhan yang

sudah mula dikuasai.

c.Aktiviti pengayaan bagi

memperkembangkan

penguasaan kemahiran.

Mengubahsuai proses

pengajaran dan pembelajaran.

Memperbaiki kurikulum

sdia ada.

Mengumpulkan kanak-

kanak mengikut tahap

penguasaan.

PERBEZAAN ANTARA FORMATIF DAN SUMATIF

Page 3: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

1.2 Banyak kaedah boleh digunakan oleh seseorang penyelidik ke atas kanak-kanak

di persekolahan.tetapi kaedah yang kerap diguna di prasekolah ialah pemerhatian.

Perkataan pemerhatian membawa maksud perbuatan melihat perilaku seseorang

atau sesuatu tanpa perlu menyertainya. Pemerhatian dilakukan bagi mendapat

informasi, bukan hanya melihat dengan pandangan yang kosong. Sebagai contoh,

sekiranya kita memerhati pada jam dinding,sebenarnya kita bukan hanya melihat

ukiran ataupun corak, tetapi bagi menentukan ataupun mengetahui berkenaan

masa. Begitu juga apabila memerhati kanak-kanak yang sedang bermain blok kayu.

Apakah yang kita perhatikan? Adakah warna-warna blok kayu atau pun perasaan

kanak-kanak itu semasa bermain? Kekuatan tanganya? Idea kreatifnya? ataupun

cara mereka bersosial bersama rakan?

Setiap pemerhatian memerlukan interpretasi tersendiri pada maksud perlakuan

kanak-kanak.Interpretasi penilaian akan memberikan keputusan sama ada tidak

membuat apa-apa ataupun bertindak. Pemerhatian mungkin ada kalanya tidak

signifikan walaupun ia dikesan. Namun, tidak mustahil akhirnya ia berguna bagi

menginterpretasikan sesuatu maksud apabila berlaku insiden yang tidak dijangka.

Melalui pemerhatian ,guru dapat memahami tingkah laku kanak-kanak serta menilai

perkembangan mereka.

Manakala penilaian adalah proses pengumpulan maklumat berkenaan kemajuan

dan perkembangan murid. Proses penilaian dilakuakn melalui pemerhatian dengan

menggunakan pelbagai kaedah. Dengan adanya penilaian,guru dapat mengenal

pasti potensi, kekuatan ataupun kelemahan kanak-kanak dalam pembelajaran dari

semasa ke semasa.Seterunya dapat melakukan tindakan susulan jika perlu. Guru

juga dapat mengembangkan potensi murid ke tahap optima dalam domain

kognitif,afektif dan psikomotor.

KONSEP PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

Page 4: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

Perlu berikan bantuan

Pembelajaran tambahan

Penilaian

Megukur pencapaian

Komunikasi bersama kanak-kanak

Pengubahsuaian Strategi P&P

Komunikasi bersama ibu bapa

Minat / potensi

Mengetahui intervensi

Apabila guru melakukan pemerhatian, segala data dan informasi dikumpul serta

dinilai.Penilaian dibuat bukan hanya pada perkembangan kanak-kanak secara

keseluruhan, tetapi juga perkembangan individu secara kursus. Ia digunakan bagi

membuat tindakan susulan keatas kanak-kanak itu. Tindakan yang dibuat

berdasarkan pemerhatian yang sudah dilakukan. Pemerhatian dilakukan bagi

memahami tingkah laku kanak-kanak serta menilai perkembangan mereka. Oleh itu,

tujuan pemerhatian dalam membuat penilaian adalah supaya guru dapat :

Pemerhatian dapat memberikan petunjuk sekiranya bantuan perlakuan. Sebagai

contoh semasa aktiviti mengunting ,seorang kanak-kanak tidak dapat memegang

gunting dengan betul. Guru akan membantu dengan memegang tangan kanak-

kanak itu serta menunjukkan cara mengunting dengan betul.

MENGAPA PEMERHATIAN PERLU SEBAGAI PENILAIAN?

MEMBERI BANTUAN SEGERA

Page 5: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

Pemerhatian menolong guru mengetahui minat dan kecenderungan kanak-kanak.

Contohnya seorang kanak-kanak yang kerap melukis gambar kenderaan,mungkin

meminati bidang automotif. Ini memberi peluang kepada guru memupuk dan

memperkembangkan minat itu. Apabila guru menghargai hasil kerja kanak-

kanak ,peningkatan harga diri kanak-kanak terserlah. Ada banyak lagi perkara yang

dapat dikaitkan dengan pemerhatian seperti peningkatan hubungan antara rumah

dan sekolah ataupun ibubapa dan sekolah apabila perbincangan berkenaan kanak-

kanak dijalankan oleh kedua-dua pihak. Selain itu, dengan pengetahuan ini,minat

dan kecenderungan kanak-kanak juga dapat diasah melalui pembanitan dalam

pertandingan – pertandingan tertentu.

MELAKUKAN AKTIVITI PEMULIHAN ATAUPUN PENGUKUHAN

Melalui pemerhatian, guru boleh membuat penilaiian sama ada memberikan

pemulihan ,latihan ataupun pengayaan. Kanak-kanak yang dilihat tidak dapat

menulis huruf dengan betul akan dilatih menulis mengikut titik-titk dan diajar

memegang alat tulis dengan betul berulang kali sehingga ia mencapai kemahiran

yang perlu dikuasainya. Manakala kanak-kanak yang dilihat sudah dapat menulis

dengan baik akan diberilatihan tambahan sebagai aktiviti pengkuhuan. Setelah itu,

aktiviti pengayaan yang lebih mencabar boleh diberikan bagi mengasah minda dan

bakat kanak-kanak.

MELAKUKAN INTERVENSI

Keselamatan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah perlu dititik baratkan. Melalui

pemerhatian yang rapi, intervensi segera dapat menyelamatkan keadaan. Sebagai

contoh, kanak-kanak yang sedang membuat tugasan dan, tetapi dikacau oleh

rakanya,yang cuba mengambil pensel warna kanak-kanak itu. Dalam keadaan

marah,kanak-kanak tadi mengeluarkan kata –kata kesat sambil mencuba merebut

kembali pensel warna. Dengan pantas guru perlu campur tangan sebelum kejadian

MENGETAHUI MINAT DAN POTENSI

Page 6: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

yang tidak diingini berlaku. Melalui pemerhatian ini penilaian ke atas kanak-kanak

dapat dilakukan. Guru juga menyelidik status emosi kanak-kanak tersebut sekiranya

perkara sedemikian melakukannya.

MENGUKUR PENCAPAIAN DAN MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-

KANAK

Melalui pemerhatian tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak dapat diukur.

Sebagai contoh, kanak-kanak yang pada mulanya hanya tahu memegang berus dan

menconteng akhirnya dapat melukis serta melakar gambar ibu dan ayahnya. Guru

dapat melihat perkembangan motor halus serta tahap emosi kanak-kanak semasa

melukis.Sebenarnay pelbagai jenis perkembangan dapat dikenal pasi semasa

menjalankan aktiviti ini.Melalui inilah,pencapaian dalam perkembangan kanak-kanak

dapat diukur dengan alat penaksiran yang ssesuai.

MEMBUAT PENILAIAN

Penilaian adalah proses mengumpul maklumat. Ia dapat dilihat melalui pelbagai

cara. Pemerhatian adalah cara penilaian yang bermakna. Informasi dikumpulkan

bagi mengukur perkembangan kanak-kanak mengikut tahap atau norma yang

diteapkan. Ia mengukur tahap pencapaian kanak-kanak pada masa itu, dan

mengenal pasti tahap selanjutnya yang dapat dicapai.

BERKONGSI MAKLUMAT BERKOMUNIKASI BERSAMA IBU BAPA

Pemerhatian yang direkodkan memperjelaskan kepadsa ibubapa berkenaan

pencapaian anak-anak mereka. Pemerhatian yang dilakukan bukan perbandingan,

tetapi lebih kepada kemahiran atau kemampuan yang sudah dan sepatutnya

dicapai. Dengan adanya penilaian ini, ibubapa merasakan anak mereka berada di

bawah pengawasan yang rapi. Guru yang prihatian pada setiap perkembangan

kanak-kanak, bukan hanya member markah Kepada setiap ujian, malah mampu

berkongsi idea dan pengalaman dalam mendidik kanak-kanak.

Page 7: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

BERKONGSI MAKLUMAT DAN BERKOMUNIKASI BERSAMA KANAK-

KANAK

Kadangkala pendapat kanak-kanak sering diketepikan. Semasa menjalankan

pemerhatian, guru boleh menyoal kanak-kanak apa yang sudah mereka lakukan.

Sebagai contoh dalam aktiviti mewarna, kanak-kanak disoal supaya membuat

perbandingan antara aktiviti yang sama sebulan dahulu dengan apa yang dilakukan

sekarang. Dengan menunjukkan hasil kanak-kanak itu, guru bertanya apakah

persamaan dan perbezaan warna yang digunakan.Kanak-kanak bebas

menyampaikan pendapat dan ini meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak itu.

MENGUBAHSUAI STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Semasa pemerhatian dilakukan,guru boleh mengubahsuai aktiviti dengan melihat

pendekatan yang sesuai dengan kanak-kanak. Adakah kanak-kanak itu lebih sesuai

dengan pendekatan trial and error, arahan lisan ataupun diberi contoh. Dengan

membuat refleksi pada proses pembelajaran,ia dapat membantu guru

mengaplikasikan pengajaran yang sesuai dengan kehendak dan keperluan kanak-

kanak.

Untuk tugasan ini penyelidik akan memilih kaedah pemerhatianke atas kedua

dua orang kanak-kanak yang berumur antara 4-6 tahun. Tujuan pemerhatian

ke atas kedua-dua kanak-kanak itu adalah untuk mendapat dan mengetahui

perkembangan kognitif dan berubahan tingkahlaku pada mereka.

Page 8: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

2REKOD MAKLUMAT KANAK-KANAK

Untuk tujuan kajian ini penyelidik telah memilih dua orang kanak-kanak iaitu

Clatina a/p clerence dan Naves a/l Ravi .Mereka masing –masing 6 tahun.

Page 9: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su
Page 10: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

2.1 Sebab –sebab penyelidik memilih Clatina a/p Clerence.

2.1.1 Sebab pilih Clatina

Untuk kerja kursus ini saya memilih Clatina yang berumur enam tahun untuk

membuat pemerhatihan dan penilaian.Saya memilih dia kerana dia selalu tidak

menyiapkan kerja sekolah dan tinggalkan buku-buku di rumahnya.Kadang-kadang

dia datang ke sekolah lambat dan memakai pakaian biasa.Dia juga cepat rasa

bosan dan mengantuk.Dia juga selalu memberitahu bahawa ibu-bapanya tidak

sayang dia dan kurungkan di bilik.Ibunya adalah seorang pekerja kilang dan

setiausaha belia Melaka.Dia jarang duduk di rumah dan banyak keluar.Ayahnya

bekerja di kilang tetapi dia mengambil berat tentang anaknya.Clatina juga mudah

menangis.Kadang-kadang dia memberitahu dia takut dengan guru.Dia sentiasa diam

dan suka marah.Apabila guru dokong dan sayang murid lain,Clatina asyik

memerhatikan sahaja.Clatina juga seorang kanak-kanak yang mudah marah orang

lain.Dia juga seorang penyayang.Dia suka mengambil berat tentang adiknya.Apabila

guru telah mengambil strategi pengajaran dan membuat dia mengembangkan

potensi dia.Dia ada banyak perubahan dalam tingkahlaku dia.Penyelidik juga dapat

mengetahui masalah dia,dan dapat tolong dia.Segala perubahan Akid dapat

membantu guru untuk membetulkan cara pengajaran dan menjadi guru yang

berpengetahuan dan penyayang.

Page 11: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

2.1.2 Sebab penyelidik memilih Naves a/l Ravi

Saya telah memilih Naves a/l Ravi iaitu enam tahun untuk membuat penilaian dan

pemerhatian kerja kursus ini.Saya memilih dia kerana dia seorang pemalu,penakut

semasa lima tahun.Apabila enam tahun penyelidik mendapati banyak perubahan

pada diri Naves dan tingkahlakunya.Selain itu,Penyelidik memilih Naves kerana

ibunya adalah seorang suri rumah dan sentiasa mengambil berat tentang

dirinya.Ibunya selalu mengantar Naves lalu suka bertanya tentang perkembangan

dia.Selain diatas faktor makanan naves juga sebab utama penyelidik memilih dia.Dia

tidak makan seperti kanak-kanak lain.dia hanya makan roti,ikan &

goreng,kokoranch,dan minum susu sahaja.dia selalu memberitahu bahawa dia

sayang ibubapanya.dan guru.Dia juga suka kawan –kawan di kelas dan adik-beradik

dia.Dia tidak suka membuat kerja kumpulan kerana kawan-kawanya membuat

kerjanya lambat dan kadang-kadang kumpulanya tidak dapat bintang yang

banyak.Dia juga sentiasa memberitahu bahawa dia nak jadi macam Vijay iaitu

pelajar tahun lepas yang cemerlang dalam semua aspek.Penyelidik pilih dia untuk

mengetahui apa berubahan yang ada pada dia tahun ini.Selain itu penyelidik juga

ingin mengaji kanak-kanak yang ibubapanya yang mengambil berat dan kurang

mengambil berat.segala perubahan Naves tahun ini membuktikan bahawa

penyelidik menjalankan tugas sebagai guru yang ada potensi .

Page 12: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

2.2 INSTRUMEN PEMERHATIAN

Terdapat beberapa instrument yang digunakan dalam pemerhatian.Ianya

bargantungkepada tujuan,aktiviti dan lokasi pemerhatian dijalankan.Instrumen

pemerhatian boleh dikategorikan kepada penerangan ,persempelan,skala kadar dan

senarai semak.Setiap kategori pula mempunyai cara masing-masing seperti yang

dipamerkan dalam kotak dibawah.

Penerangan

Rekod anekdot Rekod berterusan

Persampelan

Persampelan masa Persampelan peristiwa

Skala Kadar

Angka Abjad Grafik Semantik

Senarai Semak

Perkembangan

Page 13: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

Instrumen pemerhatian yang digunakan oleh penyelidik untuk membuat pemerhatian

dan penilaian ke atas kedua-dua kanak-kanak ialah rekod anekdot dan senarai

semak.

2.2.1REKOD ANEKDOT

Dalam pengajaran seharian di tadika ,anda mungkin dapat mengesan tingkahlaku

kanak-kanak yang luar jangkaan.Rekod yang anda lakukan mengenai peristiwa ini

dikatakan sebagai rekod anekdot.

Rekod anekdot ialah catatan yang dibuat oleh pengasuh atau guru secaa

tidak formal mengenai sesuatu peristiwa yang berkaitan

dengan,perkembangan bahasa,pola interaksi sosial,kemahiran

menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Merekod ppemerhatian yang tertumpu kepada individu.

Merekod peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang.

Membuat catatan ringkas mengenai tingkahlaku yang luar dari kebiasaan

sama ada positif atau negatif

Anda harus mengelak daripada menggunakan perkataan yang agak

mengelirukan seperti pandai,nakal,kurang ajar,baik,cemerlang.

Guna ayat pendek tetapi padat seperti:

i) Mengambil bahagian dengan aktif

ii) Ambil masa terlalu lama untuk menyiapkan

iii) Mempunyai masalah menyebut

Rekod ringkas menceritakan tentang satu insiden atau peristiwa yang

menunjukkan tingkahlaku penting dan signifikan kepada aspek

perkembangan kanak-kanak yang boleh dijadikan rujukan tingkahlaku yang

akan dating.

Rekod anekdot menceritakan maklumat tingkahlaku dan peristiwa pada masa

tertentu.

Rekod anekdot merupakan rekod yang menerangkan peristiwa pada masa

yang singkat,sesingkat beberapa saat atau minit.

Rekod anekdot memastikan rekod tentang peristiwa,bila,di mana,siapa dan

apa yang berlaku

Laporan individu ini boleh dikongsi dengan ibubapa

Page 14: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

Kelebihan Rekod Anekdot

Pemerhati tidak perlu latihan yang khusus.

Pemerhatian ini berbentuk terbuka.

Pemerhati boleh menulis apa yang dilihat

Pemerhati boleh menyaksikan peristiwa dan insiden yang tidak

dijangkakan pada bila-bila masa.

Pemerhati boleh melihat dan merekod tingkahlaku yang ketara

Kelemahan Rekod Anekdot

Tidak memberi gambaran yang jelas kerana rekod sesuatu

peristiwa atau insiden hanya menarik minat pemerhati sahaja.

Ia bergantung kepada terlalu banyak memori pemerhati dan ia

direkodkan selepas peristiwa berlaku.

Peristiwa atau insiden dikhuatiri disalah ertinya.

Sukar untuk analisa dan tidak membuktikan secara saintifik

Tips penulisan:

Merekod pemerhatian amat penting kerana perkara yang diperhatikan

berlaku,bergerak atau bercakap terlalu pantas.Berikut adalah panduan kepada anda

untuk merekod pemerhatian agar pemerhatian anda lebih tepat.

Maklumat yang perlu direkod adalah:

Ekspresi muka

Bahan interaksi

Interaksi dengan rakan dan guru

Pergerakan badan

Bahasa tubuh

Bahasa yang diucapkan

Masa tumpuan

\

Page 15: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

2.2.2 SENARAI SEMAK

Kaedah pemerhatian ini adalah merujuk pada senarai tingkahlaku atau

perkembangan kanak-kanak.

Kaedah yang paling mudah dalam merekod perkembangan kanak-kanak.

Senarai semak atau inventori juga mestilah berasaskan kepada tujuan dan

perkembangan yang boleh dikaitkan dengan kemahiran yang dilihat.

Senarai semak yang disusun biasanya mengikut urutan.

Pemerhati mestilah memastikan kewujudan tingkahlaku yang diperhatikan.

Senarai semak tidak menunjukkan darjah kemajuan tingkahlaku yang

diperhatikan.

Pemerhati hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan

maklumat/amalan yang lebih tepat.

Senarai semak digunakan dengan berbagai cara bergantung kepada objektif

dan tujuan yang dilakukan.

Untuk penilaian secara individu kemungkinan senarai semak yang berbeza

digunakan kepada kanak-kanak yang berbeza tetapi senarai semak yang

sama boleh digunakan sekiranya melibatkan semua kanak-kanak ,Perkara

yang penting adalah tarikh dan masa tingkahlaku itu berlaku.

KELEBIHAN :

Mudah dan berkesan

Boleh memerhati ramai kanak-kanak pada satu masa.

Memberi gambaran yang jelas mengenai perkembangan kanak-kanak.

KELEMAHAN:

Maklumat yang diperolehi tidak terperinci.

Tidak member tahap penguasaan.

Tidak menyatakan bagaimana perkembangan berlaku.

Hanya bergantung pada senarai yang disediakan.

Page 16: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

2.0 PROSES PEMERHATIHAN

Proses pemerhatian telah dibuat oleh penyelidik dengan menggunakan borang

anekdot keatas kedua-dua kanak-kanak tersebut.Penyelidik juga mencatat

bilaperistiwa itu berlaku ,tarikh.Penyelidik dapat mengkaji kanak-kanak tersebut

dengan mengguna dengan bahan bercetak.

3.0.1 Cara membuat pemerhatian

Kanak-kanak diberikan aktiviti.Setiap tingkahlaku kedua kanak-kanak

penyelidik dapat mencatat dalam borang senarai semak.setiap tingkahlaku

Clatina dan Naves telah dicatat dalam borang tersebut.

3.2 Laporan Pemerhatian

Setelah saya membuat kajian terhadap Clatina dan Naves,Penyelidik dapat

mengetahui bahawa kanak-kanak memang ada ciri kebaikan dalam diri

mereka.Pada keseluruhannya kanak-kanak ini telah menunjukkan peningkatan dari

semua aspekdi atas dari tahun lepas dan tahun ini.Mereka telah menunjukkan

keyakinan diri dalam semua aspek.walau begaimanapun mereka perlukan

bimbingan dan galakan untuk mencapai ke peringkat yang lebih optima.Dari laporan

memerhatian di atas penyelidik dapat mengetahui bahawa Clatina hanya

mempunyai masalah kasih sayang di rumah.Dia tidak dapat kasih sayang yang

secukupnya dan pemerhatian dari ibu.selain itu,dia juga seorang penyayang keatas

adik beradik dia.Naves pula menunjukkan sikap,yang berlainan dari tahun lepas.Dia

sangat berani dan ada cirri kepimpinan.Beliau juga menunjukkan sifat toleransi dan

kerjasama.Dia menunjukkan bayak sikap positif di kelas.Dia mula suka tolong

kawan-kawanya di kelas.Dia juga sudak minat membuat aktiviti kumpulan.Pada

keseluruhanya penyelidik mendapati bahawa apabila adanya kasih sayang dan

pemerhatian yang sepenuhnya kanak-kanak ini dapat dibentuk menjadi insan yang

berguna kepada keluarga,masyarakat dan Negara.Yang paling utamanya ialah guru

tadika .Beliau yang sangat berdekatan dengan mereka dan merekalah mencorakkan

Page 17: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

kanak-kanak ini.Setiap berubahan tingkahlaku kanak-kanak dipengaruhi faktor

persekitaran,keluarga,masyarakat,sekolah dan Negara.

3.0 TINDAKAN SUSULAN

Penilaian keatas setiap kanak-kanak yang bersifat formatif memerlukan guru

melakukan tindakan susulan bagi memastikan sejauh mana kanak-kanak dapat

menerima pembelajaran yang disampaikan.Seperti yang kita sedia maklum,di

dalam sesebuah kelas kanak-kanak tadika terdiri daripada kebelbagaian

lingkungan sosioekonomi dan budaya.Kadar perkembangan dan pembelajaran

setiap individu adalah berbeza.Selepas menilai,guru boleh mengenalpasti

kanak-kanak yang belum menguasai dan yang telah menguasai.Melalui aktiviti

bimbingan dan pengayaan dalam tindakan susulan,guru boleh

mempertingkatkan penguasaan kanak-kanak dalamperkembangan dan

pembelajaran.

Tindakan susulan ialah aktiviti yang dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan

perkembanagn dan pembelajaran kanak-kanak dikenalpasti selepas penilaian

dianalisis.Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti bimbingan dan

pengayaan.

TUJUAN

Tindakan susulan dilakukan untuk:

Memastikan kelemahan kanak-kanak tidak terhimpun sehingga terjejas

perkembangan dan pembelajaran seterusnya:

Kanak-kanak ini perlu bimbingan.Pencapaian kanak-kanak yang tidak

sampai ke tahap perkembangan yang sebenar mengikut umur yang sama

denganya memerlukan bentuk aktiviti yang berbeza.Aktiviti itu hendaklah

dibentuk sesuai dengan masalah pembelajaran yang dihadapinya.

Mempertingkatkan kekuatan pembelajaran kanak-kanak:

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan

mencabar untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan

lagi sifat ingin tahu,semagat berdikari,daya cipta serta bakat kepimpinan

mereka.

Page 18: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

Mencadangkan kepada ibubapa pakar rujuk yang berkaitan dengan

keistimewaan yang ada pada kanak-kanak itu.

4.1 Penyelidik telah menyediakan aktiviti pengayaan,pengukuhan dan bimbingan

dalam pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak yang dia memerhati dan

membuat penilaian.

Aktiviti bimbingan

Ada kalanya hasil penilaian menunjukkan kedua-dua kanak-kanak itu belum dapat

menguasai kemahiran yang dibelajari.Dalam keadaan ini,bimbingan telah diberikan

bagi membantu kanak-kanak mengatasi masalah ini supaya kelemahan mereka

tidak terus terkumpul.Penyelidik telah merancang aktiviti-aktiviti yang dapat

membantu mereka sesuai dengan aras penguasaan semasa

mereka.Contohnya,apabila mereka masih belum dapat menbaca suku kata dengan

betul selepas empat bulan berada di tabika.Penyelidik menggunakan kaedah-

kaedah lain seperti membaca terus suku kata tanpa mengeja.Tindakan ini dapat

memastikan proses pembelajaran tidak terencat dan boleh diteruskan.Penyelidik

telah kreatif dalam memilih aktiviti bimbingan supaya kedua kanak-kanak itu tidak

menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran atau pengetahuan yang

dirancang.

Penyelidik juga member bimbingan secara personal kerana kelemahan itu mungkin

kesan pada emosi kanak-kanak.Kanak-kanak akan mudah rasa rendah diri

sekiranya beliau mengetahui dirinya mempunyai kelemahan berbanding rakan

sebaya.Bimbingan secara personal juga memudahkan kanak-kanak menguasai

kemahiran yang diajar kerana penyelidik dapat mengenal pasti aspek sebenar

bantuan yang diperlukan olek kanak-kanak itu.Proses penilaian perlu dilaksanakan

semula selepas aktiviti bimbingan dijalankan.Ini bagi menetukan sejauh mana

tindakan susulan yang dijalankan membantu kanak-kanak.Penilaian semula ini juga

bakal menentukan tindakan susulan yang seterusnya dan dapat memberikan

maklumat yang baru ataupun tidak.

Page 19: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

AKTIVITI PENGUKUHAN

Apabila Clatina dan Naves mula menguasai kemahiran atau pengetahuan yang baru

dipelajari,aktiviti-aktiviti pengukuhan telah diberi.Ini dilakukan supaya kemahiran dan

pengetahuan yang mula dikuasai mereka berdua akan memberikan kesan yang

berpanjangan.Sebagai contoh apabila mereka berdua mula minat membuat aktiviti

dalam kumpulan dengan minat,aktiviti pengukuhan bagi menguatkan minat aktiviti

kumpulan seperti kolaj,lengkapkan puzzle,membuat persembahan dalam

kumpulan,menyanyi,menari,telah diberikan.Selain itu kumpulan terbaik telah diberi

hadiah ataupun ganjaran.Tujuanya supaya penglibatan mereka dalam aktiviti

kumpulan dapat meningkat dan kanak-kanak berasa lebih berminat.Maka aktiviti

pengukuhan diberi supaya aspek yang sudah dibelajari diperkukuhkan dan

penghasilannya berlaku secara semula jadi.

AKTIVITI PENGAYAAN

Selepas kemahiran atau aspek yang sepatutnya dibelajari sudah dikuasai oleh

mereka,maka penyelidik menyediakan aktiviti yang lebih mencabar telah

diberi.aktiviti pengayaan adalah aktiviti-aktiviti yang dapat membawa mereka ke

tahap kebolehan yang lebih tinggi menggunakan kemahiran atau pengetahuan yang

sudah mereka kuasai.Selain itu,penyelidik dapat mengembangkan dan

memperluaskan sifat ingin tahu mereka,aktiviti pengayaan juga memberi peluang

kepada Clatina dan Naves untuk berdikari dan menunjukkan kreativiti

mereka.Contohnya apabila mereka berdua sudah menguasai kemahiran mengeja

dan menilis suku kata ,aktiviti berbentuk teka silang kata yang menggunakan

gambar sebagai pembayang boleh diberi.Aktiviti ini kemahiran sedia ada mereka

kerana bagi melaksanakan aktiviti ini.mereka perlu memikirkan jawapan

berpandukan gambar,diikuti dengan membunyikan sukukata dan

perkataan,kemudianya Menulis jawapan di petak yang betul.Aktiviti pengayaan ini

menginterasikan kemahiran menulis dan membaca mereka berdua.

Page 20: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

4.2 Maklum balas: perbincangan dengan ibubapa

Semasa melaksanakan penilaian dan pemerhatian terhadap Clatina dan Naves

penyelidik juga membuat temu bual dengan ibubapa kedua –dua kanak-kanak

tersebut.Selain itu beliau juga sering menelifon ibupaba mereka untuk mengetahui

berubahan yang ada pada mereka.Penyelidik juga meminta ibubapa mereka

mencatat perubahan ada pada anak mereka dalam satu kertas.ini juga dapat

membantu penyelidik mengetahui perubahan mereka lebih mendalam lagi.Untuk

ibubapa mengetahui perkembangan anak-anak mereka dalam pembelajaran dan

kemehiran lebih mendalam lagi maka penyelidik juga men gadakan perjumpaan

dengan ibubapa iaitu hari terbuka Tabika .Segala komitmen daripada ibubapa dapat

membantu lagi penyelidik membuat penilaian dengan senag dan mudah.Lebih lagi

penyelidik dapat mengetahui lagi tentang dan perkembangan kanak-kanak lebih

mendalam lagi.

Page 21: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

4.3 PENGUBAHSUAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penyelidik mengambil banyak tindakan untuk menambahkan perasaan minat

dan ingin belajar dalam hati Clatina dan Naves.Pada mulanya penyelidik

memastikan kedua-dua murid tersebut sentiasa memenuhi masa mereka dengan

tugasan yang berfaedah,iaitu dengan memberi kerja tambahan kepada mereka dan

member layanan individu kepada mereka.Dengan cara ini,mereka tidak akan berasa

bosan dan tidak mungkin menimbulkan masalah dalam pembelajaran.Selain

itu,penyelidik juga mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat supaya proses

pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin.Penyelidik juga

mempelbagaikan kaedah pengajaran dan banyak mengunakan alat bantu

mengajar,dan seperti radio,televisyen,dan slaid untuk menarik minat

belajar.Penyertaan kedua dua kanak-kanak tersebut dalam proses pengajaran

pembelajaran hendaklah sentiasa digalakkan supaya mereka tidak berasa bosan

atau gelisah.Selain itu,penyelidik juga menghormati kedua kanak-kanak itu seperti

manusia biasa.Layanan baik yang diberikan telah merapatkan hubungan guru dan

murid.Hubungan rapat seperti ini dapat mewujudkan perasaan selesa dan ingin

belajar dikalangan pelajar.Pujian telah diberikan kepada murid yang menyiapkan

tugasan dengan baik.Perasaan Berjaya dan diiktiraf akan menimbulakan perasaan

belajar.

Teknik pengajaran yang berpusatkan guru berubah kepada teknik berpusatkan

murid-murid agar keperluan mereka dapat dilayani.Aktiviti yang dirancangkan

hendaklah menarik minat mereka dan menyeronokkan kanak-kanak.Di samping

itu,pembelajaran akan menjadi lebih bermakna.Murid-murid berasa gembira dan

tidak ada masalah dalam pembelajaran.Bahan pengajaran yang disediakan oleh

guru perlulah sesuai dengan kebolehan murid-murid ,tidak terlalu susah sehingga

mengecewakan mereka dan tidak terlalu mudah sehingga tidak mencabar

langsung.Dengan ini,keperluan murid yang lemah dan murid yang cerdas akan

dapat dipenuhi.Murid-murid yang kehendak mereka dipenuhi kurang cenderung

untuk menimbulkan masalah dalam pembelajaran.Penggunaan alat bantu mengajar

perlu digiatkan oleh guru.Alat-alat mengajar seperti slaid,pita

rakaman,radio,televisyen,carta,kad imbasan dan gambar berwarna perlu digunakan

dengan meluas.Penggunaan alat-alat tersebut akan mewujudkan suasana yang

menyeronokkan murid-murid.Perhubungan guru dan murid dan antara murid dengan

Page 22: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

murid juga akan bertambah rapat.Situasi seperti ini akan menyebabkan murid-murid

ingin ke sekolah dan dengan itu mengurangkan masalah dalam pembelajaran.

Seperti pengajaran rakan sebaya,perbincangan,kumpulan berlaku secara semula

jadi.Guru memainkan peranan sebagai fasilitator dan pembimbing.Apabila kanak-

kanak belajar dan bermain bersama,masalah dan kekeliruan sering berlaku.Guru

boleh membantu menyelesaikan masalah,membimbing mereka bercakap mengikut

giliran,mencungkil perasaan dan sikap,merumuskan isi dan membuat

kesimpulan.Tajuk-tajuk yang dibincagkan boleh terdiri daripada aktiviti yang akan

dijalankan.peristiwa yang berlaku atau bercerita.Perbincangan secara kelas atau

kumpulan kecil boleh dijalankan.Bagi setiap jawapan yang diberikan kanak-kanak

ucapkan “Terima Kasih”.

Penggunaan computer di kalangan kanak-kanak bukanlah merupakan

pengganti guru atau tambahn pada kurikulum.Tetapi computer adalah behagian

yang penting di dalam kurikulum bersepadu jika penggunaanya dirancang di dalam

kurikulum menyeluruh,jika kanak-kanak menggunakannya secara aktif dan jika

bahan “software”yang sesuai dipilih.Kecerdasan (IQ)kanak-kanak boleh dikukuhkan

dengan penggunaan computer jika guru menyediakan pelbagai

pengalaman,pelbagai kecekapan,peluang pembelajaran dan melahirkan

perasaan.Kajian terdahulu menunjukkan kepentingan computer di dalam

menggalakkan kemahiran kognitif dan bahasa.Komputer boleh juga memupuk

pelbagai kecekapan seperti menggalakkan potensi imaginative,kreatif,emosi dan

pemikiran logic dan kritikal.Misalnya,kanak-kanak boleh menggunakan computer

sebagai pelukis,bercerita,penulis,mereka bentuk dan pemikiran logic.Penggunaan

computer boleh disepadukan dengan penggunaan multimedia.

Guru seharusnya cuba meluangkan masa untuk mendengar masalah

murid.Sesi kaunseling yag dijalankan oleh guru boleh meliputi aspek

akademik,kerjaya dan peribadi.Dengan cara ini,masalah murid dapat dikurangkan

dan perasaan kkecewa tidak mungkin dialami.Guru perlu mengambil cara yang

paling berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran di kelas dapat berkesan dan

dapat melahirkan insane yang berguna kepada sekolah,keluarga,masyarakat dan

Negara.

Page 23: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

4.4 Apabila mengadakan berubahan dalam pengajaran dan pembelajaran kedua

dua kanak-kanak dapat menunjukkan sikap minat untuk datang ke sekolah dan

belajar dengan penuh bersemangat.Selain itu,kanak-kanak juga tidak menghadapi

kesukaran dalam menguasai kemahiran atau pengetahuan yang dirancang.Apabila

adanya berubahan maka kanak-kanak bersedia bagi menerima pengajaran dalam

masa yang berpanjangan.Kanak-kanak mengembangkan lagi sifat ingin

tahu,semangat berdikari,daya usaha serta bakat kepimpinan mereka.Perubahan

dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat mengalakkan kanak-kanak dapat

menyoal guru tentang aspek pelajaran yang belum difahami.Murid-murid dapat

melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajran sebagai pelajar pelajar yang

aktif.Murid dapat peluang untuk mengemukakan pendapat mereka.Keyakinan diri

murid-murid dapat dipupuk melalui interaksi.sifat kepimpinan murid dapat dibina

ketika terlibat dalam perbincangan kumpulan.Kemahiran bersosialisasi dapat dibina

dan dikembangkan.Nilai-nilai murni seperti kerjasama,bertoleransi,tolong-menolong

dan bertimbang rasa dapat dipupuk.Guru lebih memehami masalah murid dan

dengan itu lebih berupaya membantu mereka sama ada dari segi akademik

mahupun peribadi.Melalui interaksi juga penyelidik dapat mengenal pasti kelemahan

murid-muridnya.Harga diri murid dapat ditingkatkan apabila dibenarkan

mengemukakan idea.Interaksi menggalakkan pembentukan kemahiran

berkomunikasi murid-murid.keseluruhannya Perubahan dalam pengajaran dan

pembelajaran membantu mengembangkan potensi kanak-kanak.

Page 24: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

4.0 KESIMPULAN

Melalui kerja kursus ini saya dapat meningkatkan pengetahuan tentang

Pemerhatian.Pemerhatian merupakan satu kaedah penilaian di mana apa yang

dilakukan oleh seorang kanak-kanak.Kita sebagai guru akan memerhatikan

begaimana kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti atau bagaimana mereka

menguruskan diri mereka sendiri.Selain itu saya juga dapat belajar cara menyedia

dan nyatakan maklumat kanak-kanak.Seterusnya saya juga dapat belajari

menggunakan instrument pemerhatihan terhadap kanak-kanak.Selain itu,saya juga

dapat membelajari merancang dan mengelolaaktiviti susulan dan tindakan susulan

yang sesuai bagi meningkatkan lagi perkembangan kanak-kanak.

Selain itu memahami tentang aspek-aspek pemerhatihan dan penilaian kanak-

kanak secara mendalam lagi.Selain ini kerja kursus ini memberi banyak pengajaran

seperti cara pengumpulan maklumat menggunakan pendekatan terus dan

pendekatan tidak langsung.Kerja kursus ini juga meliputi instrument pemerhatian

dan instrument lisan yang boleh digunakan di kalangan kanak.Selain itu,saya juga

dapat membelajari cara membuat penilaian secara menyeluruh yang merangkumi

domain kognitif,afektif dan psikomotor.Terdapat beberapa aspek perkembangan

dalam setiap domain.Saya baru mengetahui bahawa hasil kerja kanak-kanak adalah

himpunan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang mereka berada di tabika.Selain di

atas saya juga mengetahui maksud tindakan susulan dan bagaimana

mengaplikasikan tindakan susulan.

Dengan adanya kerja kursus ini baru saya mengetahui menulis cara pelaporan

dilakukan dan memastikan portfolio setiap kanak-kanak dikemskinikan sebelum

menyampaikan kepada ibubapa atau penjaga. Selain tindakan guru ibu bapa dan

masyarakat di kawasan tersebut juga memainkan peranan penting untuk kejayaan

seseorang kanak-kanak.Ibu bapa dan guru mempunyai tugas utama ataupun model

untuk mengenal pasti dan berusaha membantu perkembangan anak-anak.semua

pihak harus memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi yang bijak

pandai dan beraklah mulia.

Page 25: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

Refleksi

Saya amat berbangga kepada kerana memberi tugasan ini kepada saya. Sebelum saya memulakan tugasan ini saya menganggapkan membuat Pemerhatian dan penilaian terhadap kanak-kanak adalah satu kerja yang senang tetapi di sebaliknya ia adalah satu kerja yang sukar untuk saya. Setelah balik dari kurusus saya pun mula mencari bahan untuk tugasan saya. Saya mulakan tugasan saya untuk mendapatkan bahan rujukan. Pada mulanya saya beranggapan senang untuk membuat Pemerhatian dan Penilaian tetapi sebaliknya saya terpaksa selalu menelifon kawan saya..Banyak kali saya telifon kawan saya sampai dia adakalanya marah,ini kerana bimbang kerjanya tidak dapat siap.Tapi saya cuba kumpulkan segala maklumat.Kawan saya tidak membenarkan saya pergi rumah dia kerana dia sibuk dengan program jabatan dia.Keesoknya saya pula pergi keperpustakaan untuk mencari bahan rujukan untuk meyiapkan tugasan.

Dan akhirnya kawan saya dan saya bercadang pergi ke rumah kawan saya iaitu di Duria Tunggal sahaja.Awal pagi kami pun pergi Durian Tunggal iaitu ke tadika dia dan merangka kertas kerja kami dengan bahan yang kami cari. Kami juga berkongsi maklumat untuk meyiapkan tugasan. Setelah perbincangan saya pun mula menaip tugasan kami yang telah di rangka.saya berasa sangat letih ini kerana saya terpaksa membuat tugasan lain juga.Kadang-kadang kala saya berasa bersalah kerana saya tidak memberi tumpuan untuk meyiapkan tugasan saya.Tetapi semasa saya membuat tugasan ini,banyak cabaran telah saya hadapi.Saya tidak pernah masalah untuk membuat tugasan tugasan sebelum ini.Selepas balik dari kursus saya habertungkus- lumus untuk menyiapkan tugasan ini.Tetapi setiap hari saya terpaksa membuat persediaan untuk penyampaian hari kanak-kanak di tadika kami. 7..Selain itu saya juga terpaksa mengajar anak sya Maheshvara keran dia akan menduduki peperiksaan U.P.S.R. tidak lama lagi. Saya terpaksa berhenti membuat tugasan ini,supaya menjelaskan kerja itu.Saya juga terpaksa menyiapkan Manual (sejarah Tadika saya),Ini kerana Hari penyampaian sijil adalah sambutan terakhir untuk tadika kami bagi tahun ini.Waktu itu,saya memang sibuh dan,kadang-kadang saya lupa untuk makan.Waktu itu memang hati saya takut kerana belum siap tugasan,tetapi saya rasa penat lalu tidak buat kerja.Saya berasa penat sanggat kerana semua kerja di tadika saya seorang sahaja membuat ,pembantu saya kurang memberi pertolongan dan kerjasama.Walaubagaimanapun saya curi masa juga untuk pergi rumah kanak-kanak yang saya membuat pemerhatian dan penilaian.Saya membuat berbincangan dengan ibubapa kanak-kanak itu.Baru saya memahami bahawa kanak-kanak saya sayang saya dari ibubapa mereka.Setiap kali ibubapa memberitahu bahawa anak-anak mereka selesa di sisi saya, membuatkan saya terkilan lalu menangis.Waktu itu baru saya sedar bahawa anak murid saya anggap saya sebagai ibu mereka dan saya juga boleh melahirkan insan yang berguna dan pengajaran pembalajaran yang saya adakan di tadika merangsang kedua kanak-kanak itu.Apabila habisnya segala program saya telah berniat menyiapakan tugasan saya.Walaupun saya telah menghadapi pelbagai rintangan

Page 26: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su

namun atas usaha saya dan kerajinan saya serta sokongkan kawan saya serta tidak lupai tuhan yang amat menyayangi saya yang selalu bersama saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Apabila saya mendapat input yang baru saya dapat menambah ilmu dan kadang-kala berasa salah kerana ingat anak murid saya yang cinta saya. Baru saya sedar kejayaan dan perkembangan anak murid saya adalah di tangan saya.Saya akan menggunakan segala nasihat ,cadangan yang diberi untuk melicinkan lagi proses pengajjaran dan pembelajaran di kelas saya.Saya anggap segalanya sebagai panduan dalam hidup saya.Saya baru sedar bahawa untuk membuat penilaian dan pemerhatiann bukanlah kerja yang senang. Saya akan jadikan tugasan saya sebagai panduan untuk masa depan nanti.Saya ingin mengucapkan berterima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk meyiapkan tugasan saya.

Sekian Terima Kasih.!!!!!

Disediakan Oleh : Gayathry a/p Jayapragasam

790111 – 04- 5308

Page 27: Pemerhatian Dan Penilaian Kanak Su