laporan pemerhatian pnp muzik

22
Latar Belakang Sekolah Tengku Mahmood Iskandar 1, Pontian. Sejarah sekolah ini mula terukir apabila Govenrnmet English School, Pontian dibuka pada 9 Januari 1949. Pengasas sekolah ini adalah tokoh-tokoh berpengaruh di Pontian pada ketika itu seperti Dato’Abdul Rahman Musa, Tuan Hj Abu Bakar Hassan dan Tuan Hj Ismail Ali di samping beberapa tokoh yang lain. Pada awal penubuhannya sekolah ini ditadbir oleh Encik V. Krishnan sebagai guru besar pertamanya. Bangunan asal Government English School (GES) ini ialah bekas pejabat dan markas Johor Volunteer Reserve yang dipohon kurnia kepada DYMM Sultan Ibrahim untuk dijadikan bangunan sekolah. Tahun 1957 menyaksikan penubuhan dua aliran di sekolah ini iaitu aliran rendah dan juga menengah. Sekolah menengahnya kekal dengan nama GES manakala sekolah rendahnya diberi nama Sekolah Rendah Sultan Ibrahim. Pada tahun 1961 nama Sekolah Rendah Sultan Ibrahim ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar. Disebabkan penambahan bilangan murid yang semakin meningkat, pada tahun 1966, SRK. Tengku Mahmood Iskandar dibahagi dua dan diletakkan di bawah dua pentadbiran yang berbeza tetapi masih kekal di satu bumbung dengan sesi

Upload: hassain-abdul-rahim

Post on 26-Jun-2015

275 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik

Latar Belakang Sekolah Tengku Mahmood Iskandar 1, Pontian.

Sejarah sekolah ini mula terukir apabila Govenrnmet English School, Pontian

dibuka pada 9 Januari 1949.

Pengasas sekolah ini adalah tokoh-tokoh berpengaruh di Pontian pada

ketika itu seperti Dato’Abdul Rahman Musa, Tuan Hj Abu Bakar Hassan dan

Tuan Hj Ismail Ali di samping beberapa tokoh yang lain.

Pada awal penubuhannya sekolah ini ditadbir oleh Encik V. Krishnan

sebagai guru besar pertamanya. Bangunan asal Government English School

(GES) ini ialah bekas pejabat dan markas Johor Volunteer Reserve yang

dipohon kurnia kepada DYMM Sultan Ibrahim untuk dijadikan bangunan sekolah.

Tahun 1957 menyaksikan penubuhan dua aliran di sekolah ini iaitu aliran

rendah dan juga menengah. Sekolah menengahnya kekal dengan nama GES

manakala sekolah rendahnya diberi nama Sekolah Rendah Sultan Ibrahim.

Pada tahun 1961 nama Sekolah Rendah Sultan Ibrahim ditukar kepada

Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar. Disebabkan

penambahan bilangan murid yang semakin meningkat, pada tahun 1966, SRK.

Tengku Mahmood Iskandar dibahagi dua dan diletakkan di bawah dua

pentadbiran yang berbeza tetapi masih kekal di satu bumbung dengan sesi

persekolahan pagi dan petang. Maka wujudlah SRK. Tengku Mahmood Iskandar

(1) dan SRK. Tengku Mahmood Iskandar (2).

Pada tahun 1995 satu lagi catatan sejarah tertulis apabila SRK. Tengku

Mahmood Iskandar (2) telah berpindah ke bangunan barunya yang terletak

bersebelahan dengan SRK. Tengku Mahmood Iskandar (1).

1

Page 2: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik

LAGU SEKOLAH

Sekolah Tengku Mahmood Iskandar Satu Pontian

Berdiri dengan megah lambang ilmu pengetahuan

Indah permai sekolah penuntut tekun belajar

Melayu, Cina, India, bersatu tuntut ilmu

Cerdik pandai dan juga sarjana

Harapan nusa bangsa

Belajar teruslah belajar untuk capai cita-cita

Semoga diberkati Ilahi sehingga akhir nanti

Ilmu juga agama

Didikan guru kita

Hormati ibu bapa

Agar hidup berjasa

Amal Rukun Negara

Berdisplin dan berbudi

Didikan penuh mesra

Belajar dan berbakti

Oleh: Encik Saharudin bin Husin

2

Page 3: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik

ENROLMEN SEKOLAH:

Jumlah murid : 576 orang

Jumlah Kelas : 18 Kelas normal

7 kelas Pendidikan Khas

1 kelas Pra Sekolah

Jumlah Guru : 54 orang

Jumlah Guru Mengajar Muzik : 5 orang

Nama Guru Muzik : 1. Encik Saharudin bin Husin

Opsyen Muzik

2. Puan Noraini binti Haron

Opsyen Muzik ( Convert PPSMI Sains )

3. Puan Zalinah binti Mohamad

4. Puan Saariah binti Mohamad

3

Page 4: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik

LAPORAN PENGAJARAN DAN PENGAJARAN MUZIK DI SEKOLAH BERDASARKAN PEMERHATIAN TERHADAP PELAKSANAAN MUZIK DALAM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar (1), Pontian terletak

bersebelahan dengan Pejabat Pelajaran Daerah di tengah-tengah Bandar

Pontian. Sebuah sekolah yang asalnya terkenal dengan aliran Inggerisnya pada

era 50 an sehingga 70 an sebelum aliran SRK ditukar kepada aliran sekolah

kebangsaan.

Pada masa ini, sekolah ini mempunyai enam blok bangunan utama yang

didirikan pada era yang berlainan iaitu tiga bangunan zaman Inggeris, dua

bangunan pada era 70 an dan satu bangunan tiga tingkat pada tahun 2000.

Bangunan baru tiga tingkat inilah yang menempatkan Bilik Muzik, Sekolah

Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar (1), yang terletak di tingkat tiga.

Sebuah bilik luas yang mengandungi pelbagai khazanah muzik, mengandungi

bilik untuk setor Bahan Bantu Mengajar dan juga sebuah bilik untuk proses

rakaman.

Secara amnya bilik ini memang sesuai untuk proses pembelajaran dan

pengajaran muzik. Mengandungi alat-alat muzik seperti kibod, melodian, gitar,

drum, dan pelbagai alat akustik yang lain. Juga terdapat carta-carta muzik yang

disusun dengan rapi di dinding bilik. Terdapat juga beberapa jurnal, majalah dan

sukatan dan huraian sukatan yang disusun pada sebuah rak.

PERMASALAHAN

Namun begitu setelah dibuat pemerhatian dengan teliti, bilik ini

sebenarnya tidak diuruskan dengan baik. Bilik ini tidak dirawat dengan sempurna

berdasarkan habuk atau debu yang terdapat di atas lantai, meja guru,rak-rak,

apatah lagi di dalam setor. Carta-carta yang digantung menarik tetapi tidak

pernah bertukar sejak beberapa tahun kebelakangan. Alat seperti organ tidak

4

Page 5: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik

berfungsi. tali gitar yang putus tidak berganti dan organ yang telah rosak

terperosok dalam bilik setor.

Bilik ini juga tidak mempunyai peraturan bilik, jadual waktu penggunaan

bilik, buku penggunaan bilik dan peralatan. Juga tidak kelihatan buku stok

perabut dan juga peralatan muzik, carta organisasi bilik muzik serta jawatan

kuasa Panitia Pendidikan Muzik.

Berdasarkan tinjauan saya juga semasa proses pembelajaran dan

pengajaran dijalankan kebanyakan guru ( bukan opsyen muzik ) hanya mengajar

Pendidikan Muzik di kelas-kelas sahaja, berpandukan buku teks dan juga

sebuah pemain cakera padat. Guru memainkan muzik dari cakera padat dan

murid-murid menyanyikan lagu mengikut alunan muzik yang didengar dengan

panduan guru. Apa yang saya lihat murid-murid berasa seronok, apatah lagi

guru yang mengajar. Murid memanglah seronok kerana mereka sukakan muzik

tetapi apakah nilai-nilai yang dapat dipupuk dan diberi kepada murid-murid

tersebut untuk bekalan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Di manakah

proses 5P yang sepatutnya digabung di dalam proses pembelajaran dan

pengajaran tersebut?

Guru-guru ini terutamanya guru yang bukan beropsyen muzik sebenarnya

tidak pun mendapat latihan yang secukupnya untuk mengajar Pendidikan Muzik.

Mereka hanya diarahkan untuk mengajar mata pelajaran tersebut sekadar

melengkapkan jadual waktu atau pun mencukupkan jumlah masa pengajaran

guru tersebut dalam seminggu. Murid langsung tidak diajar bermain alatan muzik

seperti rekoder atau akustik yang lain. Apatah lagi memainkan muzik mengikut

not-not yang sepatutnya mereka pelajari.

Bagi guru-guru muzik ( opsyen muzik ) sedikit kelainan di dalam proses

pembelajaran dan pengajaran mereka. Mereka mengajar dan murid-murid

belajar bermain alat-alat muzik berpandukan not yang diajar. Mereka diajar not

dan memainkan alat muzik terutamanya rekoder dengan penggabungan mata

pelajaran lain seperti Matematik,Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris tetapi

jarang menggunakan bahan akustik yang lain dalam proses tersebut.

5

Page 6: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik

Murid-murid ini belajar dengan lebih seronok kerana mereka dapat

memainkan alatan muzik sambil menghayati lagu yang dipelajari. Ilmu yang

mereka dapat adalah lebih dari rakan-rakannya yang diajar oleh guru bukan

beropsyen muzik.

Apa yang lebih malang lagi dalam proses pembelajaran dan pengajaran

Pendidikan Muzik terutamanya murid-murid tahun enam, mereka telah dinafikan

hak untuk belajar muzik. Pada masa mereka sepatutnya belajar Pendidikan

Muzik mereka telah diajar dengan subjek lain seperti Sains, Bahasa Inggeris dan

juga Matematik, komponen utama di dalam peperiksaan UPSR. Apa yang

sangat memelikkan perkara ini mendapat restu daripada pihak pentadbiran.

Kenapakah perkara ini berlaku?

Pemantauan yang dilakukan oleh pihak pentadbir terutama pemantauan

semasa proses pembelajaran dan pengajaran, dan juga pemantauan buku

latihan dan prestasi murid dalam subjek Pendidikan Muzik juga tidak dilakukan.

Pihak pentadbir hanya memantau empat subjek teras sahaja. Perkara sebegini

sepatutnya tidak berlaku dalam sistem pendidikan yang telah disusun dan

digarap dengan baik demi perkembangan murid-murid yang dituntut dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

1. Bilik Muzik hendaklah sentiasa dibersihkan dari masa ke semasa. Susun

atur yang kemas dan harmonis dapat menimbulkan minat murid dan iklim

yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Carta peraturan Bilik Muzik, carta organisasi, AJK Panitia, jadual waktu

penggunaan bilik, buku penggunaan bilik dan bahan perlu diadakan dan

diletakkan ditempat yang sesuai.

3. Pihak Kementerian Pelajaran hendaklah melatih guru-guru muzik dengan

baik dan ditempatkan di semua sekolah dengan secukupnya. Guru-guru

6

Page 7: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik

muzik ini sebaik-baiknya tidak dibenarkan mengajar mata pelajaran lain.

4. Pihak pentadbir sekolah seharusnya memantau proses pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Muzik dari masa ke semasa. Begitu juga

dengan pihak Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan

juga pihak Nazir Sekolah.

5. Pihak yang berwajib juga disaran agar dapat menambah peruntukan

kewangan untuk muzik dan juga menghantar peralatan muzik yang

sesuai. Kebanyakan peralatan yang ada di sekolah sudah terlalu uzur.

6. Nilai-nilai yang baik hendaklah dinyatakan dengan jelas kepada murid-

murid di akhir proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka

berada dilandasan yang betul sesuai dengan agama, bangsa dan budaya

masyarakat Malaysia.

RUMUSAN:

Tugasan yang diberikan kepada saya dalam membuat pemerhatian ini

membuatkan saya sedar bahawa sebagai seorang pendidik yang mengajar

Pendidikan Muzik di sekolah, kita mempunyai satu tanggung jawab yang begitu

besar mendidik pelajaran tersebut walaupun tanggapan ramai beranggapan

mata pelajaran tersebut hanya sebagai mata pelajaran kelas ke dua ( tidak

termasuk dalam UPSR ). Tanggapan tersebut hendaklah dikikis dan dibuang

jauh-jauh.

Muzik dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Ibu-ibu mendodoikan

anak dibuaian atau dipangkuan dengan irama yang mendayu-dayu hanya untuk

menenangkan anak mereka yang masih merah. Anak yang kecil itupun dapat

merasakan keindahan muzik dodoian ibu mereka sehingga mereka dapat

melelapkan mata. Anak yang kecil ini pun dapat menghilangkan rasa kebosanan

dalam diri mereka apabila mendengar muzik. Bagaimana pula bagi kanak-kanak

7

Page 8: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik

yang meningkat umurnya, terutama mereka yang belajar di sekolah rendah ?

Impak yang besar dapat dilihat kepada diri murid-murid sekiranya kita

sebagai seorang pendidik dapat mendidik murid-murid dengan betul dan

bertanggung jawab. Pendidikan Muzik memainkan peranan yang besar. Pada

peringkat rendah sepatutnya mereka tidak disogok dengan keputusan

peperiksaan yang membanggakan pihak sekolah, ibubapa dan juga guru yang

mengajar, tetapi diperingkat inilah sebenarnya persediaan yang cukup diberikan

kepada mereka dalam menghadapi persekolahan di peringkat menengah dan

juga institusi yang lebih tinggi.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digarap begitu rupa seolah-olah

hanya menjadi falsafah yang dilekatkan di dinding sekolah dan juga buku-

buku.Falsafah yang menginginkan setiap individu itu mendapat pendidikan yang

sempurna, seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek dan

sosial telah dinafikan oleh setiap lapisan bidang perguruan apabila keputusan

peperiksaan diumumkan. Apa yang pasti hanya cabang intelek sahaja yang

dititik berat dan dipertaruhkan kepada murid-murid dalam menghadapi cabaran

yang lebih mencabar di masa mereka dewasa kelak.

Pihak yang bertanggung jawab hendaklah mengkaji semula Pendidikan

Muzik di sekolah-sekolah. Sebagai contoh, Negara Jepun yang maju telah

memperuntukkan masa Pendidikan Muzik sebanyak 120 minit seminggu untuk

murid-murid tahun satu hingga ke tingkatan tiga. Manakala di Jerman pula 90

minit masa Pendidikan Muzik diperuntukkan untuk murid-murid yang berumur

antara 7 hingga 14 tahun. Negara kita pula memperuntukkan masa 90 minit

untuk tahap satu ( 60 minit untuk KSSR- bermula tahun 2011) dan 60 minit untuk

tahap dua. Adakah masa yang diperuntukkan itu mencukupi untuk membentuk

seorang murid yang dapat berkembang dengan seimbang.

Penglibatan murid dalam pendidikan muzik akan dapat memelihara aspek

perasaan, kreativiti, nilai estetika, memperkembangkan kecerdasan mental,

psikomotor dan juga nilai sosialisas.

8

Page 9: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik

Mengikut pendapat para ahli antropologi, semua tamadun dan kelompok

manusia sepanjang zaman telah menghayati dan mengamalkan aktiviti-aktiviti

muzik. Orang-orang Yunani purba percaya melalui pelbagai aktiviti dan latihan

muzik, jimnastik serta peraturan, individu-individu yang berakhlak mulia boleh

dihasilkan. Plato (dalam bukunya Republic) juga berpendapat bahawa sahsiah

seseorang itu amat dipengaruhi oleh seni halus seperti muzik, sastera dan

lukisan. Dengan ini akhlak seseorang itu boleh diperbaiki jika beliau didedahkan

kepada muzik, bidang seni yang lain dan juga acara jimnastik yang sesuai.

Aristotle (dalam bukunya Politics) pula mengatakan bahawa muzik boleh

mempengaruhi niat manusia. Mengikut beliau, jika seseorang itu mendengar

muzik yang menggambarkan sesuatu sifat manusia seperti kelembutan,

kemarahan, keberanian, ketabahan hati, atau sifat-sifat yang sebaliknya, individu

berkenaan akan memperlihatkan sifat-sifat berkenaan dalam perwatakannya. Ini

bermakna peribadi seseorang itu boleh diperbaiki atau dirosakkan berdasarkan

jenis muzik yang didengarnya.

Dalam buku “Pendidikan Muzik Semasa” (Johami Abdullah, 1993), Lowell

Manson, seorang tokoh pendidikan muzik yang pernah digelar “Bapa Pendidikan

Muzik” di Amerika berpendapat bahawa semua pelajar boleh menyanyi dan

berhak untuk mempelajari muzik. Beliau juga telah berhujah bahawa muzik boleh

membawa banyak kebaikan kepada individu. Muzik mempunyai potensi untuk

membantu seseorang individu:

(a) menyedari keesaan Tuhan dengan lebih mudah

(b) mendapat dan merasai ketenangan jiwa di paras yang lebih tinggi.

(c) menjadi warganegara yang lebih gembira dan harmoni.

Dalam buku “The Kodaly Method I: Comprehensive Music Education Third

Edition: (Choksy, 1999, p. 17), Professor Zoltan Kodaly, seorang tokoh

pendidkan muzik mengatakan, “Muzik kepunyaan manusia dan literasi muzik

harus dijadikan hak asasi semua rakyat dunia”. Di bawah kepimpinan beliau,

para pendidik muzik Hungary telah memperkembangkan suatu sistem

pendidikan muzik yang begitu berkesan sehingga semua rakyat Hungary adalah

9

Page 10: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik

dianggap sebagai “music literate” dan mereka boleh memainkan sekurang-

kurangnya sejenis alat muzik atau dapat menyanyi dalam koir (dengan membaca

notasi muzik). Pada masa kini, ahli muzik dari pelbagai negara di benua

Amerika, Eropah dan Asia termasuk Malaysia sendiri telah mengkaji “kaedah

Kodaly” dan cuba mengimplementasikannya di negara mereka sendiri.Selain

daripada ini, beberapa kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat (Begley,

2000), telah menunjukkan bahawa pembelajaran muzik boleh meningkatkan

pencapaian pelajar dalam bidang lain. Contohnya, kajian Shaw, Irvine dan

Rausher (1977) telah menunjukkan bahawa pembelajaran muzik akan menolong

pelajar dalam bidang matematik.

Oleh yang demikian kita sebagai pendidik, samada yang membuat dasar

atau melaksanakannya, mesti bermuhasabah diri dan berfikir apa yang kita telah

lakukan. Banyak perkara yang masih kita boleh perbetulkan sebelum terlambat.

Pihak Kementerian seharusnya peka dengan keadaan ini. Latihan-latihan

dalam perkhidmatan patut diberikan kepada guru-guru yang mengajar

pendidikan muzik dari masa kesemasa. Guru-guru opsyen muzik hendaklah

membantu memberikan latihan samada diperingkat dalaman atau luaran.

10

Page 11: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik

Gambar-Gambar Lampiran Bilik Muzik SKTMI (1) Pontian

Bilik Muzik

Page 12: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik
Page 13: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik
Page 14: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik
Page 15: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik
Page 16: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik
Page 17: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik
Page 18: Laporan Pemerhatian Pnp Muzik

KANDUNGAN

Latar Belakang Sekolah 1

Lagu Sekolah 2

Enrolmen Sekolah 3

Laporan Pengajaran dan Pembelajaran/permasalan 4

Cadangan Penambahbaikan 6

Rumusan 7

Gambar-gambar Bilik Muzik 10-17