kemahiran menemuduga dan pemerhatian

19
Soalan 2 : Huraikan kemahiran temuduga dan contoh-contohnya berdasarkan teks perbualan dua orang. Fokus kepada : -Parafrasa -Soalan terbuka dan Soalan tertutup -Memberi fokus -Mendorong -Ringkasan

Upload: wiwin-ajiseri

Post on 29-Jun-2015

5.026 views

Category:

Education


11 download

DESCRIPTION

slide untuk pembentangan kemahiran menemuduga..diharapkan ia dapat memberikan informasi kepada anda semua..-wiwin-ums-

TRANSCRIPT

Page 1: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Soalan 2 : Huraikan kemahiran temuduga dan contoh-contohnya berdasarkan teks perbualan dua orang.

Fokus kepada : -Parafrasa-Soalan terbuka dan Soalan tertutup-Memberi fokus-Mendorong-Ringkasan

Page 2: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Biasanya kemahiran ini dilakukan apabila kaunselor memilih satu

perkataan atau ayat pendek daripada percakapan klien dan memberi penekanan kepada perkataan tersebut. Dengan

adanya kemahiran memfokus, kaunselor boleh mengarahkan aliran perbualan klien kepada

bidang yang diingininya.

Memberi Fokus

Page 3: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Contoh Kemahiran Memberi Fokus

Wartawan: “Jadi mungkin ustaz boleh terangkan atau bagi respon dengan Nurhidayah…”(fokus kepada orang lain)

Page 4: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Terdapat 6 dimensi dimensi memberi fokus mengikut pendapat Ivey dan Simek Morgan (1997) :

a) Fokus kepada klien: “Ali, dulu awak mengatakan yang awak mengambil berat tentang masa depan awak…”b) Fokus kepada masalah atau tema: “Boleh anda beritahu saya tentang pemecatan kerja anda. Apa yang terjadi?”c) Fokus kepada orang lain: “Jadi, anda dengan Tijah bermasam muka. Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai Tijah…”

Page 5: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

d) Fokus kepada kaunselor: “Pengalaman saya bersama Tijah ialah…”e) Fokus kepada isu yang sama atau kumpulan: “Kita akan berusaha ke arah itu. Bagaimana kita boleh bekerja bersama-sama dalam isu ini?”f) Fokus kepada konteks budaya/persekiran/keadaan: “Bagaimana awak mengendalikan kewangan awak?”

Page 6: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Teknik ini digunakan oleh kaunselor dengan

menyatakan semula pernyataan klien

menggunakan ayat yang lebih ringkas tanpa menambah

apa-apa idea.

Kemahiran Parafrasa

Page 7: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Contoh Kemahiran Parafrasa

Nurhidayah: “ …jika ada perjumpaan antara ibu bapa dan guru-guru di sekolah maka guru-gurulah yang akan dipersalahkan…”(petikan)Ustaz: “…memang benar kalau ibu bapa marah dia akan menyalahkan sekolah…”

Page 8: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Soalan Tertutup

Soalan tertutup adalah soalan yang khas yang cukup sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan padat. Ia lebih spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua perkataan sahaja, seperti ‘ya’ atau ‘tidak’. Soalan ini berguna kerana mengambil masa yang singkat sekali untuk mendapatkan jawapan yang tepat dan padat.

Page 9: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Contoh Kemahiran Memberi Soalan Tertutup

Ustaz: “Mungkin yang bertanya ini seorang guru?”Wartawan: “Ya, seorang guru…”

Page 10: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Penggunaan soalan tertutup adalah bertujuan mengecilkan skop perbualan kepada topik tertentu

dan menghalang klien daripada keluar daripada topik utama yang sedang dibincangkan (Ivey dan

Downing, 1987).

Contoh-contoh soalan adalah seperti berikut:a) Adakah ayah awak juga merokok di rumah?b) Tidakkah ayah awak marah jika awak merokok di

depannya?c) Selalukah awak merokok dengan kawan-kawan?

Page 11: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Soalan Terbuka

Soalan jenis ini bertujuan menjemput perbincangan,

penjelasan dan huraian yang panjang lebar. Ia

tidak memerlukan jawapan yang khusus

sekaligus dapat menimbulkan rasa selesa pada diri klien dan rasa

diterima.

Page 12: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Contoh Kemahiran Memberi Soalan Terbuka

Nurhidayah: “Apakah yang menyebabkan remaja-remaja berkelakuan seperti ini?” (petikan)

Page 13: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Keberkesanan dan Kesesuaian Soalan Terbuka

a) Membantu untuk memulakan sesi,b) Membantu klien menghuraikan atau

menjelaskan sesuatu isi atau maksud daripada percakapannya,

c) Membantu klien menumpukan perhatiannya kepada perasaannya.

Page 14: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Memberi Galakan

Galakan/encourages bermakna pelbagai bentuk bahasa verbal dan non verbal yang boleh digunakan oleh kaunselor untuk berinteraksi dengan klien secara pantas bagi

meneruskan perbualan. Ini termasuklah anggukan kepala,

frasa seperti ‘uh-huh’, dan pengulangan kata kunci dalam

kenyataan klien.

Page 15: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Contoh Kemahiran Mendorong/Memberi Galakan

Ustaz: “Kadang-kadang ada juga pelajar yang bijak tapi tidak mempunyai…”Wartawan: “Tidak mempunyai akhlak yang baik...?”Ustaz: “Ya, tidak mempunyai akhlak yang baik,kasar,kuat menengking…”

Page 16: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Membuat Ringkasan

Meringkas adalah pernyataan atau pengikatan semula

bahagian isi dan perasaan penting yang telah dikatakan

oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut. Ringkasan adalah lebih

meluas jika dibandingkan dengan parafrasa.

Page 17: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Contoh Kemahiran Meringkas

Nurhidayah: “…ada di antara ibu bapa yang menganggap bahawa gurulah yang mendidik dan membentuk anak itu seperti…dan ada yang tidak percaya kepada guru-guru…” (ringkasan pada permulaan)

Page 18: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Kemahiran meringkas ini boleh digunakan pada permulaan (menjelaskan isu yang kompleks), pertengahan (iaitu peralihan

kepada topik yang baru) dan akhir temuduga (ringkasan akhir).

Tujuannya adalah untuk menyedarkan klien dan mengimbas kembali apa yang telah

dibincangkan semasa sesi kaunseling itu.

Page 19: kemahiran menemuduga dan pemerhatian

Sekian Terima Kasih...

Ada Soalan???