analisis pemerhatian

31
5.1 Analisis Pemerhatian Pembelajaran Murid ( Nota Lapangan ) Pemerhatian terhadap murid dari kumpulan sasaran telah dijalankan pada sesi pertama memandangkan pengajaran dan bimbingan guru hanya berlaku pada sesi pertama. Sesi pertama dijalankan selama kira-kira 1 jam dan murid telah diterangkan secara eksplisit berkenaan cara-cara mengenalpasti anu dan membina ayat-ayat matematik daripada suatu pernyataan atau soalan berayat yang diberi. Pemerhatian dijalankan dengan melihat kepada beberapa aspek utama iaitu dari segi respon pelajar terhadap intervensi yang dijalankan, pemahaman murid dalam menentukan anu dan membina ayat matematik selepas intervensi, serta kesan intervensi terhadap murid. Sesi pengajaran dimulakan dengan saya cuba untuk guru merangsang semula pengetahuan sedia ada murid tentang topik sasaran. Saya Guru menggunakan soalan terbuka bagi membolehkan murid dapat menjawab soalan secara bebas dan lebih selesa untuk mengutarakan pendapat mereka mengenai anu. Kemudian, saya guru menjelaskan topik sasaran secara terperinci berdasarkan pendapat atau jawapan yang telah diberikan oleh murid Di sini, murid dilihat mempunyai sedikit sebanyak pemahaman tentang anu. Hal

Upload: mohd-azfarin

Post on 04-Dec-2015

304 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

bacalah

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Pemerhatian

5.1Analisis Pemerhatian

Pembelajaran Murid ( Nota Lapangan )

Pemerhatian terhadap murid dari kumpulan sasaran telah dijalankan pada sesi pertama

memandangkan pengajaran dan bimbingan guru hanya berlaku pada sesi pertama. Sesi pertama

dijalankan selama kira-kira 1 jam dan murid telah diterangkan secara eksplisit berkenaan cara-

cara mengenalpasti anu dan membina ayat-ayat matematik daripada suatu pernyataan atau soalan

berayat yang diberi. Pemerhatian dijalankan dengan melihat kepada beberapa aspek utama iaitu

dari segi respon pelajar terhadap intervensi yang dijalankan, pemahaman murid dalam

menentukan anu dan membina ayat matematik selepas intervensi, serta kesan intervensi terhadap

murid.

Sesi pengajaran dimulakan dengan saya cuba untukguru merangsang semula

pengetahuan sedia ada murid tentang topik sasaran. SayaGuru menggunakan soalan terbuka bagi

membolehkan murid dapat menjawab soalan secara bebas dan lebih selesa untuk mengutarakan

pendapat mereka mengenai anu. Kemudian, sayaguru menjelaskan topik sasaran secara

terperinci berdasarkan pendapat atau jawapan yang telah diberikan oleh murid Di sini, murid

dilihat mempunyai sedikit sebanyak pemahaman tentang anu. Hal ini dapat dibuktikan melalui

pemerhatian yang telah dilakukan di mana pada mulanya apabila dikehendaki untuk memberi

pengertian kepada anu, murid hanya berdiam diri. Namun begitu, murid mula memberikan

jawapan yang baik dan memberangsangkan apabila guru memberikan satu contoh pernyataan di

papan putih. Kemudian, guru mula mengenalkan teknik model bar kepada murid secara

berperingkat.

Page 2: Analisis Pemerhatian

Pada mulanya, guru saya memperkenalkan istilah-istilah bagi komponen-komponen

yang terlibat di dalam sebuah ayat matematik penolakan dengan berpandukan contoh pernyataan

di papan putih .Istilah-istilah ini akan digunakan kemudiannya dalam pembinaan model bar. Di

dalam ayat matematik penolakan, pada kebiasannya terdapat 3 komponen atau elemen yang

terlibat di dalam pembinaan sebuah ayat matematik iaitu nilai asal atau jumlah, berapa yang

diambil atau dibuang dan juga hasil tolak atau baki. Dengan menggunakan istilah-istilah ini,

Sayaguru kemudiannya membandingkan membuat perbandingan di antara istilah-istilah tersebut

dengan contoh yang bersesuaian berdasarkan pernyataan yang ditunjukkan di atas papan putih..

Pernyataan yang ditulis pada papan putih pada sesi tersebut adalah seperti berikut : -

“Ahmad ada 5 ekor ikan.2 ekor ikan mati dan bakinya masih hidup”

Berdasarkan pernyataan tersebut, guru bertanya kepada murid tentang ayat manakah

yang menunjukkan nilai asal atau jumlah, berapa yang diambil dan hasil tolak atau baki. Murid

berjaya menentukan setiap ayat yang mewakili komponen yang ditanya di mana mereka

menyatakan 5 ekor ikan yang dipunyai oleh Ahmad sebagai jumlah atau nilai asal, 2 ekor ikan

yang telah mati sebagai berapa yang diambil dan seterusnya, ayat “ bakinya masih hidup” yang

juga merupakan anu adalah hasil tolak atau baki. Selepas itu, guru mula melukis model bar pada

papan putih dan menerangkan cara pembinaan model bar tersebut kepada para murid.

Page 3: Analisis Pemerhatian

Dalam pembinaan model bar ini, murid pada awalnya diarahkan untuk melukis sebuah

bar terlebih dahulu. Bahagian dalam bar ini pula dibahagikan kepada dua bahagian. Seterusnya,

panjang seluruh bar itu dijelaskan oleh guru sebagai jumlah dan nilainya dicatatkan di situ.

Manakala setiap bahagian di dalam bar tersebut masing-masing dilabel sebagai berapa yang

diambil dan hasil tolak atau baki.Guru menerangkan nilai bagi setiap bahagian berapa yang

diambil dan hasil tolak atau baki akan ditulis sepanjang panjang bahagiannya pada bar tersebut.

Kemudian , guru merujuk semula kepada pernyataan dan menuliskan semula nilai-nilai serta

ayat yang mewakili jumlah, hasil tolak dan berapa yang diambil ke dalam bar yang telah dilukis.

Hasilnya adalah seperti berikut : -

Oleh kerana bilangan ikan yang masih hidup merupakan nilai yang tidak diberi di dalam

pernyataan tersebut iaitu anu, maka panjang bahagian tersebut dilabelkan dengan simbol “ ? “

2 ?

5

Ikan mati Ikan hidup

Page 4: Analisis Pemerhatian

bagi mewakili nilai anu tersebut. Seterusnya, guru menerangkan langkah pembinaan ayat

matematik berdasarkan model bar tersebut dengan cara berikut :-

Jumlah/Nilai Asal – Berapa yang diambil = Hasil Tolak/ Baki

Dalam masa yang sama, guru menjelaskan bahawa berapa yang diambil boleh menjadi

baki atau hasil tolak dan sebaliknya. Maka, ayat matematik yang boleh dibina daripada

pernyataan tersebut adalah :-

5 – 2 = dan, 5 - = 2

Semasa guru memberi penjelasan berkenaan model bar ini, murid dilihat dapat

memberikan respon yang baik dan sangat memberangsangkan. Sebagai contoh, apabila guru

bertanya kepada murid tentang ayat matematik yang sesuai untuk pernyataan di atas berdasarkan

penerangan yang telah diberi, salah seorang daripada murid tersebut berjaya memberikan salah

satu daripada ayat matematik yang diinginkan manakala satu lagi murid berjaya menemukan

ayat matematik lain yang juga bersesuaian dengan pernyataan yang diberi. Murid juga

memberikan perhatian yang baik terhadap pengajaran guru dan dilihat agak teruja untuk

mencuba menggunakan kaedah yang telah diterangkan oleh guru. Guru kemudiannya

mengedarkan lembaran kerja bagi membolehkan murid mempraktiskan semula apa yang telah

mereka ketahui dengan menyelesaikan soalan di dalam lembaran kerja tersebut. Sebelum

menjawab, murid diberikan penerangan tentang kehendak soalan pada lembaran kerja. Murid

kemudiannya diarahkan untuk cuba menjawab soalan pertama pada lembaran kerja dan

kemudiannya disusuli dengan sesi perbincangan sesama rakan dan guru.

Page 5: Analisis Pemerhatian

Daripada gambarajah di atas,atas, dapat dilihat bahawa murid sedang cuba untuk

menjawab soalan pertama pada lembaran kerja. Pada mulanya, sebahagian daripada mMurid-

murid tersebut dilihat agak keliru tentang cara untuk melukis bar memandangkan ini pertama

kali mereka menggunakan kaedah tersebut. Oleh itu, pada masa ini, murid banyak bertanya

kepada guru dan guru terpaksa memberi penerangan secara individu bagi menjelaskan

kekeliruan murid.

Page 6: Analisis Pemerhatian

Berdasarkan Gambarajah di atas menunjukkan, didapati murid sedang cuba untuk

menjawab soalan di dalam lembaran kerja yang telah diedarkan. Ternyata murid memberikan

perhatian yang baik semasa di dalam kelassesi pengajaran dan di mana ini membolekan mereka

Page 7: Analisis Pemerhatian

dapat melaksanakan teknik model bar dengan baik semasa diarahkan untuk menjawab soalan.

Namun begitu,seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, masih ada yang memerlukan sedikit

bimbingan bagi memperjelaskan sedikit kekeliruan yang ada pada mereka kerana kekeliruan dari

aturcara peletakan nilai,pembinaan bar dan sebagainyamemandangkan teknik ini masih baru

buat mereka. Guru dan murid kemudiannya berbincang mengenai soalan pertama yang telah

mereka selesaikan. Guru mendapati bahawa 3 daripada 4 orang murid berjaya menjawab dengan

baik tanpa sebarang kesalahan manakala seorang lagi masih melakukan sedikit kesalahan di

dalam membina ayat matematik. Namun begitu, setelah berbincang, murid menyedari tentang

kesalahan yang telah dilakukannya dan menunjukkan perubahan yang positif apabila diarahkan

untuk menyelesaikan soalan-soalan lain pada lembaran kerja tersebut. Secara tuntasnya, murid-

murid berjaya menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan sesi intervensi dapat

memberikan impak yang positif kepada para murid.

Jadi, secara keseluruhannya,

bBerdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan semasa dan selepas intervensi dijalankan

terhadap murid-murid dari kumpulan sasaran, didapati ada berlakunya beberapa perubahan

positif pada murid. Dari segi aspek respon pelajar terhadap intervensi yang digunakan iaitu

teknik model bar, perkara pertama yang guru dapat lihat adalah pelajar selesa dan tidak

mengalami banyak kesulitan di dalam menggunakan teknik model bar ini. Hal ini dapat

diperhatikan ketika murid membuat soalan pertama pada lembaran kerja yang diberikan. Hampir

semua murid dapat melukis model bar yang tepat berdasarkan pernyataan yang diberikan di

dalam soalan pertama. Mereka juga dapat menjelaskan dengan baik apabila ditanya mengenai

mengapa mereka melabel model bar tersebut dengan nilai-nilai tertentu yang diambil dari

pernyataan yang diberi di dalam soalan. Dari segi pemahaman murid dalam penentuan anu dan

pembinaan ayat matematik pula, penggunaan model bar ini dilihat membolehkan murid untuk -

Page 8: Analisis Pemerhatian

Murid dapat menyatakan atau menjelaskan berkenaan nilai anu berdasarkan bukti daripada

model bar yang telah dilukis.

:-

Page 9: Analisis Pemerhatian

Selain itu, murid juga dapat mengenalpasti anu dan membina ayat matematik daripada

soalan berayat dengan lebih pantas serta efisyen. Sebelum teknik model bar ini dijalankan, murid

kerap tertanya-tanya dan tidak pasti di dalam pengenalpastian anu serta pembinaan ayat

matematik. Namun begitu, apabila mereka sudah diperkenalkan dengan teknik tersebut, murid

dapat mengenalpasti anu dan membina ayat matematik dalam masa yang singkat dan jawapan

yang dihasilkan lebih tepat.

Dari segi kesan teknik model bar ini terhadap pembelajaran murid pula, - muridPelajar

dilihat lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan berkenaan topik yang dipilih

iaitu penggunaan anu dalam penolakan secara lisan dan bertulis. Mereka dapat menjawab dan

menjelaskan cara pengenalpastian anu dan pembinaan ayat matematik daripada suatu pernyataan

dengan lebih baik.

- Murid jugaPelajar boleh mengesan kesalahan yang dilakukan oleh rakan lain dan

menegur antara satu sama lain dengan berkesan. Penggunaan teknik ini juga menjadikan

- sSuasana pembelajaran lebih memberangsangkan dan murid kelihatan seronok untuk

belajar.

- Murid dapat mengenalpasti anu dan membina ayat matematik daripada soalan berayat dengan

lebih pantas serta efisyen

- Murid dapat menyatakan anu berdasarkan bukti daripada model bar

- Murid juga dilihat lebih selesa untuk menjawab soalan berkenaan topik penggunaan

anu dalam penolakan dan .

Page 10: Analisis Pemerhatian

- Murid dapat memahami intipati di dalam sebuah soalan berayat dengan lebih baik di

mana murid kini boleh menyatakan komponen-komponen penolakan daripada suatu soalan

berayat yang diberi.. Hal ini seterusnya secara tidak langsung

-Murid dapat memperbaiki pemahaman mereka tentang cara membina ayat matematik

penolakan daripada soalan berayat atau pernyataan yang diberi. Di samping itu,

-mMurid dapat menyatakan jalan kira yang betul dan sistematik di dalam membina ayat

matematik yang sesuai bagi sesebuah pernyataan atau soalan berayat. pernyataan atau soalan

berayat.

- Murid dapat menyesuaikan pemahaman mereka berkenaan model bar tersebut kepada

bentuk atau tahap soalan yang berbeza.

- Murid juga dapat menambahbaik pemahaman tentang pembinaan ayat matematik yang

mana teknik model bar ini dapat membantu mereka menyedari bahawa terdapat banyak ayat

matematik yang boleh dibina daripada sesuatu pernyataan yang diberi

Pengajaran guru ( Refleksi )

Berdasarkan rakaman video yang telah saya lakukan semasa sesi pengajaran saya

menggunakan teknik model bar, saya telah mendapati terdapat beberapa perubahan positif dari

segi gaya pengajaran yang telah saya laksanakan. Pemerhatian kepada pengajaran guru ini dibuat

pada beberapa aspek iaitu kesan penggunaan teknik model bar terhadap pengajaran guru dan

implikasi teknik model bar ini terhadap guru. Dari segi kesan intervensi ini terhadap pengajaran

guru, terdapat beberapa perkara yang dapat diperhatikan.Pertamanya, pada awal kelas, saya

menggunakan pengetahuan sedia ada murid untuk mengenalkan topik penggunaan anu dalam

penolakan kepada para murid. Hal ini menggalakkan kemahiran berfikir di kalangan murid saya

yang mana ini mendatangkan suasana yang memberangsangkan untuk memulakan pembelajaran

hari tersebut seterusnya menyediakan ruang untuk guru dan murid belajar secara efisyen. Hal ini

Page 11: Analisis Pemerhatian

dapat dilihat di dalam klip rakaman video yang mana murid memberikan penglibatan yang baik

dan aktif di awal sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain daripada itu, penggunaan contoh yang saya tulis di papan putih membolehkan

murid untuk menyesuaikan pemahaman mereka tentang apakah itu anu dan menggalakkan

mereka untuk berinteraksi dengan guru apabila ditanya. Buktinya, daripada rakaman yang

dibuat, apabila ditanya berkenaan dengan anu pada awal kelas, murid masing-masing sudah

mempunyai jawapan sendiri berdasarkan gerak bibir mereka yang cuba memberikan pendapat

tetapi tidak jelas. Namun begitu, apabila diberikan contoh pernyataan atau soalan berayat di

papan putih, kesemua murid dapat memberikan respon yang baik dan dapat memberikan contoh

anu daripada contoh soalan tersebut dengan tepat.

Gaya bahasa yang saya gunakan semasa menerangkan berkenaan cara

pembinaan ayat matematik juga dilihat mudah diterima dan difahami oleh para murid. Istilah

yang saya gunakan dalam menerangkan tentang pembinaan ayat matematik adalah jumlah atau

nilai asal, berapa yang diberi atau dibuang dan hasil tolak atau baki. Daripada pemerhatian

daripada video, murid didapati dapat memahami istilah-istilah tersebut dan dapat mengaitkan

istilah-istilah tersebut ke dalam contoh soalan berayat atau pernyataan yang telah saya tulis di

papan putih. Hal ini membolehkan murid lebih bersedia untuk diperkenalkan dengan teknik

model bar di dalam membina ayat matematik.

Saya juga mendapati bahawa pengajaran saya dengan menggunakan teknik

model bar adalah lebih disenangi dan mudah difahami oleh para murid. Pengajaran saya juga

dapat meningkatkan kefahaman murid berkenaan cara membina ayat matematik daripada suatu

soalan berayat atau pernyataan. Hal ini kerana, suatu soalan berayat atau pernyataan dapat

diwakilkan semula ke dalam bentuk model bar dan perkara ini membolehkan murid untuk

memahami suatu pernyataan dengan lebih baik. Berdasarkan pemerhatian, murid didapati dapat

menyesuaikan diri dengan teknik model bar ini dengan pantas serta dapat menjelaskan

Page 12: Analisis Pemerhatian

komponen-komponen yang perlu di dalam membina ayat matematik dengan lebih baik. Oleh itu,

jika dahulunya, murid daripada kumpulan sasaran ini agak sukar untuk membina ayat matematik

daripada suatu soalan berayat atau pernyataan, murid-murid tersebut kini dapat membina ayat

matematik dengan lebih pantas dan tepat. Murid juga dilihat dapat menjelaskan semula tentang

cara mereka mendapatkan ayat matematik yang telah mereka temui serta dapat menegur rakan

apabila mereka membuat kesalahan.

Dari segi implikasi teknik model bar ini terhadap saya, saya mendapati bahawa dengan

menggunakan teknik model bar ini, saya menjadi lebih mudah dan selesa untuk mengajar topik

penggunaan anu dalam penolakan ini. Hal ini kerana, sebagai guru, saya memerlukan bukti yang

konkrit dan jelas di dalam menerangkan sesuatu perkara yang telah saya ajar kepada para murid

saya. Oleh itu, melalui model bar ini, sebagai guru, saya berasa “selamat” dan bersedia di dalam

menerangkan dengan sebaik mungkin berkenaan penentuan anu dan pembinaan ayat matematik

kepada murid-murid saya. Saya juga berasa lebih yakin untuk menjawab apa jua bentuk soalan

yang diberikan oleh murid saya kerana saya boleh menggunakan bukti-bukti atau jalan kerja

yang dapat dilihat oleh murid saya dengan jelas.

Page 13: Analisis Pemerhatian

Analisis Dokumen

Saya telah menjalankan ujian pada sesi ke-2 pengajaran saya memandangkan murid-

murid dari kumpulan sasaran telah berjaya menguasai teknik model bar ini pada sesi yang

pertama. Ujian dijalankan selama 30 minit.Murid diberikan 6 soalan dari aras yang berbeza dan

dikehendaki untuk menjawab tanpa bantuan daripada guru mahupun rakan-rakan lain. Hasil

daripada analisis ujian ini akan digunakan untuk menilai penguasaan murid di dalam

menentukan anu serta membina ayat matematik daripada soalan berayat dengan berbantukan

teknik model bar. Berikut adalah kategori analisis peratusan markah murid dalam ujian tersebut.

Markah (%) Gred Pencapaian

80 – 100 Cemerlang

60 – 79 Baik

50 – 59 Sederhana

0 – 49 Gagal

Dapatan daripada ujian yang dilakukan menunjukkan setiap murid berjaya menjawab

soalan yang diberikan dengan cemerlang. Keempat-empat murid daripada kumpulan sasaran

berjaya menjawab kesemua soalan yang diberikan di dalam ujian dengan betul dengan

menggunakan teknik model bar.

Bil Nama Murid Skor ( %) Gred Pencapaian Catatan Analisis

Page 14: Analisis Pemerhatian

1 Amar 100 Cemerlang Telah mencapai

tahap

2 Ali 100 Cemerlang Telah mencapai

tahap

3 Fitrah 100 Cemerlang Telah mencapai

tahap

4 Jamilah 100 Cemerlang Telah mencapai

tahap

Markah yang diperolehi oleh mereka ini juga menunjukkan bahawa murid sudah

menguasai kemahiran menentukan anu serta membina ayat-ayat matematik yang bersesuaian

daripada soalan berayat.. Murid dilihat telah berjaya menambahbaik tahap pencapaian mereka di

dalam penggunaan topik penggunaan anu ini di mana terdapat peningkatan yang sangat ketara

dari segi gred pencapaian mereka setelah menjalani pengajaran dengan menggunakan teknik

model bar ini. Jadual dan gGraf di bawah menunjukkan dapatan markah murid di dalam topik

penggunaan anu dalam penolakan ini semasa tinjauan awal dan perbandingan di antara markah

murid dari kumpulan sasaran sebelum dan selepas menjalani intervensi.

Bil

Nama Murid

(Bukan Nama

Sebenar)

Markah kerja rumah

Menentukan anu Membentuk ayat

Matematik (%)

Page 15: Analisis Pemerhatian

1. Amar 6 3 75

2. Ali 6 3 75

3. Fitrah 6 3 75

4. Jamilah 5 1 50

Amar Ali Fitrah Jamilah0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Keputusan Ujian Murid Sebelum & Selepas Intervensi

Sebelum Intervensi Selepas Intervensi

Page 16: Analisis Pemerhatian

Amar Ali Fitrah Jamilah0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Keputusan Ujian Murid Sebelum & Selepas Intervensi

Sebelum Intervensi Selepas Intervensi

Didapati, semua murid telah berjaya mempertingkatkan pemahaman mereka di

dalam topik ini dan murid dilihat berjaya memperolehi pencapaian yang baik selepas menjalani

intervensi. Jika dilihat cara murid-murid ini menjawab soalan yang diberikan pula selepas

menjalani intervensi, terdapat beberapa perkembangan yang dapat dilihat dari segi strategi dan

kaedah yang mereka gunakan untuk menjawab soalan di dalam topik penggunaan anu dalam

penolakan ini.

Page 17: Analisis Pemerhatian

Gambarajah di atasatas menunjukkan jalan kerja yang ditunjukkan oleh murid A di

dalam menjawab salah satu soalan di dalam ujian yang telah dijalankan. Daripada soalan ini ,

dapat dilihat bahawa murid ini dapat menentukan anu bagi pernyataan yang diberi dengan baik

di mana murid tersebut menyatakan ayat “ beberapa bahagian dicat” sebagai anu bagi pernyataan

tersebut. Kemudian, murid tersebut telah menggunakan teknik model bar bagi membina ayat

matematik yang bersesuaian bagi pernyataan tersebut. Murid A telah berjaya membina dua ayat

matematik yang sesuai berdasarkan lukisan model bar yang telah dilakukannya.

Gambarajah di atas pula menunjukkan hasil kerja yang ditunjukkan oleh murid B yang

mana didapati murid ini juga tidak mengalami masalah di dalam menentukan anu daripada

pernyataan yang diberi. Murid tersebut telah menggunakan teknik model bar di dalam membina

ayat-ayat matematik daripada pernyataan tersebut. Kedua-dua ayat matematik yang dihasilkan

pula adalah dilihat sebagai sesuai dan menepati pernyataan yang diberikan. Maka dapat dilihat di

sini bahawa murid B juga telah berjaya menguasai teknik model bar ini dan ternyata ianya

berjaya membantu murid tersebut di dalam menjawab soalan seumpama ini.

Page 18: Analisis Pemerhatian

Gambarajah di atas menunjukkan hasil kerja murid C di dalam menjawab soalan terakhir

yang telah saya sediakan di dalam ujian mereka. Soalan terakhir ini berbentuk KBAT

( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dan memerlukan murid untuk berfikir dan benar-benar

menguji pemahaman murid tentang penggunaan teknik model bar. Daripada hasil kerja di atas

didapati murid faham di dalam menentukan anu daripada soalan tersebut. Soalan ini

mengandungi 2 anu yang mana perkara ini adalah bukan suatu situasi yang berbeza daripada

soalan-soalan yang pernah saya berikan kepada mereka sebelum ini. Namun begitu, murid ini

berjaya menjawab soalan ini dengan baik di mana dia dapat melukis model bar yang tepat dan

juga ayat matematik yang sesuai dengan soalan tersebut. Perkara ini turut dilakukan oleh murid

A, B dan D di mana mereka juga berjaya menentukan anu serta membina ayat matematik yang

bertepatan daripada soalan ini. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa kesemua murid dalam

kumpulan sasaran telah berjaya menguasai teknik model bar ini dan berjaya menambahbaik

mutu pembelajaran mereka khususnya di dalam topik penggunaan anu dalam penolakan ini.

Page 19: Analisis Pemerhatian

Analisis Temubual

Temubual telah dijalankan dalam 2 sesi yang mana sesi pertama adalah untuk pasangan

murid lelaki 4tmanakala sesi ke-2 adalah untuk pasangan murid perempuan.Temubual ini

dijalankan bagi mendapatkan respon daripada para murid dari kumpulan sasaran tentang

pendapat mereka mengenai intervensi yang telah dijalankan kepada pembelajaran mereka dan

kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Dengan menggunakan temubual secara separa

berstruktur, murid diajukan soalan dan perbualan antara guru dan murid telah direkodkan dengan

menggunakan perakam suara. Temu bual ini kemudiannya telah ditulis semula dalam bentuk

transkripsi bagi memudahkan menganalisis data. Dapatan daripada kedua-dua sesi temubual ini

adalah agak konsisten yang mana kesemua murid rata-rata menyuarakan pendapat yang hampir

sama. Berikut adalah salah satu petikan daripada hasil temubual dengan murid :-

iaitu :-

Daripada petikan yang diambil daripada hasil temubual di atas menunjukkan bahawa

murid-murid mendapati bahawa tTeknik model bar ini sememangnya dapat membantu mereka di

Guru : Baik. Bagus. Seterusnya, cuba bandingkan cara cikgu mengajar

menggunakan kaedah model bar ini berbanding cara cikgu mengajar sebelum ini

di kelas?Adakah model bar ini mudah difahami?

Murid : Senang dan lebih mudah menggunakan kaedah ini berbanding sebelum

ini ( kaedah yang cikgu gunakan di kelas )

Guru : Jadi kaedah ini sememangnya dapat membantu kamu?

Murid : Ya,membantu

Guru : Bagaimana kaedah ini membantu kamu?

Murid : Lebih cepat untuk mengetahui dan memahami anu

Page 20: Analisis Pemerhatian

dalam menentukan dan memahami anu daripada suatu soalan berayat. Perkara ini seterusnya

akan membawa kepada kefahaman yang lebih baik di kalangan murid terhadap cara pembinaan

ayat matematik.

dan membina ayat matematik dengan lebih cepat

Berdasarkan petikan transkripsi temubual di atas, didapati mMurid berasa seronok dengan cara

pengajaran yang digunakan oleh guru. Hal ini adalah kerana murid-murid mendapati teknik

model bar yang digunakan memudahkan mereka untuk menjawab soalan di dalam topik

penggunaan anu dalam penolakan ini seterusnya membolehkan mereka menyelesaikan soalan

tersebut dengan lebih teratur dan sistematik.

Guru : Adakah pengajaran yang cikgu lakukan semalam itu menyeronokkan?

Kalau seronok kenapa?

Murid : Seronok sebab cikgu buat lawak dan teknik ini macam seronok untuk

digunakan. Tak pening kepala sangat

Guru : Okay bagus. Lagi?

Murid : Kaedah serta bahasa atau istilah yang digunakan lebih mudah difahami. Contohnya

seperti jumlah, nilai..

Guru : Oh, lagi?

Murid : Baki

Guru : Adakah penggunaan istilah-istilah ini memudahkan pemahaman kamu dalam

pengajaran cikgu?

Murid : Ya*Menganggukkan kepala

Guru : Pada pandangan kamu, adakah arahan dan penerangan yang cikgu berikan jelas

semasa mengajar kaedah model bar ini?

Murid : Jelas. Tetapi mungkin agak kurang sedikit dari segi penerangan berkenaan tajuk atau

perkara yang harus saya isikan di dalam kotak. Saya tidak tahu mana satu yang

harus diletakkan di sini ( pemberian tajuk kepada bahagian di dalam model bar )

Page 21: Analisis Pemerhatian

Selain daripada itu, berdasarkan petikan transkripsi temubual di sebelah, murid juga

menyatakan bahawa gaya bahasa atau istilah yang digunakan oleh saya semasa mengajar lebih

mudah difahami oleh murid walaupun mereka akui masih memerlukan sedikit penambahbaikan

dari segi penyampaian berkenaan langkah pembinaan model bar. Hal ini berikutan istlah-istilah

yang saya gunakan semasa sesi pengajaran seperti jumlah atau nilai asal, berapa yang diambil

atau dibuang serta hasil tolak atau baki adalah tidak asing bagi mereka. Tidak asing di sini

bermaksud, mereka pernah belajar atau menemui istilah-istilah tersebut sebelum ini dan hal ini

membolehkan mereka lebih mudah memahami apa yang ingin disampaikan oleh saya.Namun

masih ada perkara yang perlu diperbaiki dari segi penerangan saya mengenai pemberian tajuk

kepada setiap bahagian di dalam model bar tersebut supaya ianya lebih mudah difahami oleh

murid.

Murid juga menyatakan bahawa teknik model bar ini membolehkan mereka untuk membuat

penjelasan terhadap jawapan yang mereka hasilkan iaitu dalam menentukan anu dan pembinaan

ayat matematik. Hal ini dapat dibuktikan melalaui petikan transkripsi temubual di bawah

Berdasarkan petikan tersebut, murid mengatakan bahawa mereka dengan sedikit

sebanyak, dapat menyampaikan semula pengetahuan mereka berkenaan teknik model bar ini

kepada rakan mereka sekiranya telah membuat latih tubi. Di sini, dapat dilihat bahawa teknik

Guru : Jika selepas ini kamu diberi peluang untuk menjelaskan berkenaan kaedah ini kepada

rakan lain, adakah kamu boleh menjelaskannya kepada rakan lain (selepas membuat

latih tubi) ?

Murid : Boleh ajar sikit-sikit.

Page 22: Analisis Pemerhatian

model bar ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid tentang cara untuk menentukan anu

dan membina ayat matematik secara terancang.Hal ini seterusnya dapat merangsang murid ke

arah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) apabila mereka dikehendaki untuk menjelaskan

tentang teknik ini kepada rakan mereka. Oleh itu, teknik model bar ini dilihat dapat

meningkatkan gaya pemikiran dan cara pembelajaran murid.Istilah atau gaya bahasa yang

digunakan semasa guru mengajar mudah untuk difahami oleh murid namun perlu sedikit

penambahbaikan dari segi penyampaian berkenaan langkah pembinaan model bar

Murid boleh menggunakan model bar pada bentuk soalan yang berbeza.

- Murid boleh menerangkan semula kaedah ini kepada rakan lain sekiranya telah

membuat banyak latih tubi

Gaya pembelajaran guru lebih mudah diterima dan difahami oleh murid.

Bagi merumuskan dapatan daripada temubual ini, didapati para murid daripada kumpulan

sasaran dapat menerima teknik model bar dengan baik dan bersependapat bahawa teknik ini

sememangnya dapat membantu mereka di dalam menjawab soalan di dalam topik penggunaan

anu ini. Gaya pengajaran yang ditunjukkan oleh guru pula dapat membantu mereka kerana

istilah-istilah dan gaya bahasa yang digunakan oleh guru untuk sesi pengajaran pada kali ini

lebih mudah difahami. Teknik yang dianjurkan juga diajar dengan terperinci dan murid dapat

belajar dengan lebih baik dan menyeronokkan.