bab 6 menggunakan pemerhatian ujian lisan dan portfolio

Upload: taufek-ahmad

Post on 10-Feb-2018

364 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    1/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    1

    Dalam bab lepas kita membincangkan projek dan amali dalam pentaksiran

    pembelajaran pelajar. Dalam bab ini, kita akan memperincikan tiga lagi jenis alat

    mentaksiran yang biasa digunakan untuk mentaksir pembelajaran pelajara dalam

    mata-mata pelajaran tertentu. Alat-alat pentaksiran itu adalah senarai semak

    pemerhatian, ujian lisan dan pentaksiran portfolio. Pendidik selaltu memerhati

    perlakuan dalam bilik darjah dan membuat keputusan berdasarkan pemerhatian

    mereka. Ujian Lisan yang selalu digunakan dalam seni bahasa merupakan teknikpenilaian yang semakin terkenal dalam mata-mata pelajaran lain. Juga, pentaksiran

    portfolio semakin bertambah penting sebagai strategi pentaksiran yang cuba

    mempersembahkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang pembelajaran pelajar.

    BAB SEPINTAS LALU

    6.0Pengenalan6.1 Apa itu Pemerhatian?

    6.2 Mentaksir Perlakuan MelaluiPemerhatian

    6.3 Mentaksir Pelajar Melalui

    Persembahan Lisan

    6.4 Contoh 1: Persembahan Lisan

    Dalam Sains Sekolah Rendah

    6.5 Contoh 2: Persembahan Lisan Dalam

    Ekonomi

    6.6 Pentaksiran Portfolio

    6.7 Ringkasan

    Istilah Penting

    Rujukan

    BBBaaabbb 666:::

    MMMEEENNNGGGGGGUUUNNNAAAKKKAAANNN PPPEEENNNTTTAAAKKKSSSIIIRRRAAANNN SSSEEENNNAAARRRAAAIII SSSEEEMMMAAAKKKPPPEEEMMMEEERRRHHHAAATTTIIIAAANNN,,, UUUJJJIIIAAANNN LLLIIISSSAAANNN DDDAAANNN PPPOOORRRTTTFFFOOOLLLIIIOOO

    Di akhir bab ini, anda akan harus boleh:

    Menjelaskan bagaimana pemerhatian boleh digunakan sebagai teknikpentaksiran

    Membincangkan apa dan bagaimana membuat pemerhatian dalam bilik darjah Menjustifikasi peranan persembahan lisan dalam mata-mata pelajaran lain

    selain bahasa

    Membincangkan bagaimana persembahan lisan mungkin digunakan untukmentaksir pembelajaran dalam berbagai mata pelajaran

    Menjelaskan peranan pentaksiran portfolio sebagai pentaksiran strategialternatif

    Bab 1: Pengenalan

    Bab 2: Memutuskan apa yang akan

    ditaksir

    Bab 3: Mentaksir Hasil Pembelajaran

    Menggunakan Ujian ObjectifBab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran

    Menggunakan Ujian Karangan

    Bab 5: Mentaksir Hasil Pembelajaran

    Menggunakan Projek dan Amali

    Bab 6: Mentaksir Hasil Pembelajaran

    Menggunakan Pencerapan, Ujian

    Lisan, dan Portfolio

    Bab 7: Kebolehpercayaan dan Kesahan

    Kaedah Pentaksiran

    Bab 8: Analisis Item

    Bab 9: Analisis Pemarkahan U ian dan

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    2/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    2

    6.1 APA ITU PEMERHATIAN?

    Apa itu pemerhatian? Umumnya, ia merujuk kepada proses mendapatkanmaklumat melalui salah satu deria, terutama daripada melihat dan mendengar.

    Pemerhatian perlakuan merujuk kepada pemerhatian tingkahlaku selain daripada apa

    yang diperolehi daripada ujian kertas-dan-pensil (seperti sebuah ujian sains atau suatu

    skala sikap). Terdapat dua pendekatan utama kepada pemerhatian kualitatif dan

    kuantitatif.

    Pemerhatian kualitatifpada asasnya adalah deskriptif. Pemerhati bermula tanpasuatu idea yang dibina terlebih dahulu tentang apa yang diperhatikan dan

    menjelaskan perlakuan yang nampak penting. Pemerhati boleh terlibat secara aktif

    (i.e. pemerhati aktif) dan menyertai kumpulan yang sedang diperhatikan dan

    mengambil bahagian dalam aktiviti-aktivinya. Selain itu, pemerhati sekadarmelihat apa yang sedang berlaku. Tidak kira yang mana satu, teknik ini

    memerlukan waktu yang panjang untuk pemerhatian. Pemerhatian kualitatif

    mungkin dapat menyerlahkan pemahaman yang mendalam tentang subjek

    pemerhatian tetapi ianya sukar untuk dilaksanakan kerana ia memerlukan

    pemerhati yang canggih dan terlatih, analisis data yang dikumpul mengambil

    masa yang lama; nota yang disimpan oleh pemerhati mungkin susah untuk

    diinterpretasi dan diringkaskan; serta yang lebih penting adalah sukar untuk

    memastikan objektiviti dan kebolehpercayaannya (Suen dan Ary, 1989).

    Pemerhatian Kuantitatif melibatkan penentuan perlakuan yang akandiperhatikan. Masa dan tempat untuk pemerhatian dipilih dengan cermat danditentukan. Selalunya, kekerapan berlakunya sesuatu perlakuan direkod

    menggunakan suatu rubric yang dibina terlebih dahulu. Kritikan utama terhadap

    pendekatan kuantitatif ialah bahawa, ia mungkin meremehkan makna dan

    interpretasi sesuatu perlakuan. Walaupun terdapat kritikan tersebut, analisis

    perlakuan secara kuantitatif telah terbukti berguna untuk membina teori dan

    amalan yang berkaitan bagi mengubah perlakuan manusia.

    6.2 MENTAKSIR PERLAKUAN MELALUI PEMERHATIAN

    Sebagai manusia, kita selalu memantau perlakuan orang lain. Berapa kerap

    kita menerangkan perlakuan seorang rakan sekerja sebagai tidak munasabah,

    temperamental atau menjijikkan berdasarkan pemerhatian kita! Guru sentiasa

    memantau pelajar mereka. Kadang kala mereka sekadar meninjau apa yang berlaku

    untuk memastikan bilik darjah teratur atau sekadar mengikuti apa yang berlaku.

    Selalunya mereka akan perasan perlakuan atau situasi yang nampak penting dan

    memerlukan perhatian mereka. Sebagai contoh, Radzi sedang berkeliaran dalam bilik

    darjah, Kumar sedang tidur, Chee Seng sedang merenung ke luar tingkap dan

    sebagainya. Dalam situasi-situasi lain, guru mencari perlakuan yang khusus untuk

    diperhatikan seperti tingkahlaku sosial yang harus diperkukuhkan (e.g. untukmengatakantolong), memberi tumpuan kepada tugasan (e.g. lihat peta di dinding),

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    3/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    3

    Kelambatan

    Kekerapan

    Kekuatan

    perlakuan suatu kemahiran dan sebagainya. Maklumat yang diterima daripada

    pemerhatian boleh digunakan untuk membuat keputusan akademik dan pengajaran

    sebagai contoh, merancang pengajaran untuk pelajar yang Nampak kurang berminat

    dalam matematik. Terdapat dua sistem pemerhatian: obtrusif dan tidak obtrusif.

    Pemerhatian Obtrusif: Dalam jenis pemerhatian ini, pelajar sedar merekadiperhatikan. Contohnya, guru mempunyai sebuah senarai semak pemerhatian

    dan memerhati bagaimana pelajar bertindak semasa menjalankan aktiviti

    kumpulan atau dalam makmal sains. Dengan jenis pemerhatian ini, pelajar

    yang sedar mereka diperhatikan mungkin berkelakuan baik dan merespon

    dengan penuh minat untuk mengambil hati guru.

    Pemerhatian Tidak Obtrusif: Dalam jenis pemerhatian ini, pelajar tidaksedar mereka diperhatikan. Contohnya, pemerhati boleh duduk di belakang

    atau di tepi bilik darjah, dan mereka dapat mengelak bertentang mata sertainteraksi lisan dengan pelajar. Lama kelamaan, semua pelajar menjadi kurang

    peka kepada pemerhati apabila pemerhati menjadi sebahagian daripada

    persekitaran mereka.

    DIMENSI PERLAKUAN

    Perlakuan dapat diperhatikan dan perlakuan boleh diukur daripada segi ciri-

    ciri yang boleh diperhatikan. Salvia dan Ysseldyke (1995) mencadangkan bahawa

    perlakuan boleh diukur berdasarkan empat dimensi: jangka waktu, kelambatan,

    kekerapan dan kekuatan (lihat Gambarajah 6.1).

    Gambarajah 6.1 Dimensi Pentaksiran Perlakuan Dalam Bilik Darjah

    Jangka Waktu: Jangka waktu sesuatu perlakuan dapat ditaksir sekiranya iamempunyai permulaan dan penyudah yang jelas. Contohnya, dalam sebuah

    aktiviti selama 30 minit, Shalin berjalan-jalan selama 10 minit.

    Jangka

    Waktu

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    4/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    4

    Kekerapan: Sama juga, kekerapan sesuatu perlakuan dapat ditaksir sekiranyaia mempunyai permulaan dan penyudah yang jelas. Ia merujuk kepada

    kejadian berlakunya sesuatu jenis perlakuan. Contohnya, dalam suatu

    pengajaran 45 minit, Kumar berjalan ke belakang kelas sebanyak empat kali.

    Kelambatan: Istilah kelambatan merujuk kepada jangka waktu di antara suatuarahan diberi dan permulaan perlakuan itu. Sebagai contoh, seorang guru

    mungkin meminta pelajar mengeluarkan buku teks sejarah. Latency Teik

    Leong untuk tugasan itu adalah jangka waktu di antara arahan guru itu dan

    Teik Leong meletakkan buku di atas meja.

    Amplitude: Istilah kekuatan merujuk kepada kekuatan sesuatu perlakuan.

    KENAPA MENGGUNAKAN PEMERHATIAN?Teknik-teknik pemerhatian selalu digunakan untuk mentaksir perlakuan, sikap,

    konsep atau proses pelajar secara informal. Nota perceritaan, senarai semak, video,

    rakaman audio atau gambar mungkin digunakan untuk memformulasi dan

    mendokumen pemerhatian yang telah dibuat.

    Pemerhatian digunakan untuk:

    Mengumpul data tentang perlakuan yang sukar ditaksir dengan kaedah-kaedahlain (e.g., sikap terhadap penyelesaian masalah, pemilihan dan penggunaan

    strategi dalam cara tertentu, merumus suatu konsep dengan kemahiran

    manipulatif, keupayaan bekerja dalam kumpulan dengan berkesan, kecekalan,

    tumpuan dan sebagainya).

    Memerhati dan merekod cara seorang pelajar menyelesaikan masalah danmenyelesaikan tugasan.

    Menentukan samada pelajar (dalam kumpulan atau secara individual)mencapai objektif-objektif yang diinginkan dengan alat pemerhatian (Adakah

    saya perlu mengajar semula? Adakah pelajar bersedia untuk meneruskan

    pembelajaran?).

    BAGAIMANAKAH MENGGUNAKAN PEMERHATIAN UNTUK

    MENTAKSIR PELAJAR?

    Rekod dan catatkan tarikh pemerhatian semasa dan sejurus selepaspemerhatian. Bina suatu sistem trengkas dan berhati-hati supaya jangan membuat

    SEMAK KENDIRI 6.1

    a) Apakah perbezaan di antara pemerhatian perlakuan dalambilik darjah obtrusif dan tidak obtrusif?

    b) Bincangkan EMPAT dimensi mentaksir perlakuan melaluipemerhatian.

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    5/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    5

    inferens atau pertimbangan tetapi sekadar merekod apa yang anda lihat. Adalah

    terbaik untuk memerhati dalam keadaan kelas yang asli supaya anda dapat melihat

    bagaimana pelajar respon dalam keadaan yang normal. Adalah lebih mudah untuk

    memerhati perlakuan pelajar sekiranya mereka sedang bekerja dalam kumpulan kecil

    berbanding berseorangan. Buatkan suatu pelan pemerhatian, tetapi ia biarlah cukup

    fleksibel untuk dapat memasukkan perlakuan lain yang penting. Anda mungkiin

    mendapati berguna untuk merekod samada banyak perlakuan untuk seorang pelajar

    atau satu perlakuan untuk banyak pelajar.

    KRITERIA Pelajar A Pelajar B Pelajar C

    Perlakuan yang ditunjukkan:Membuat pemerhatian terperinci

    Boleh membuat inferens daripadapemerhatian

    Menggunakan unit-unit ukuran yang betul

    Mengukur dengan tepat

    Mendengar dengan teliti

    Berkomunikasi dengan jelas

    Dapat mengenal pasti corak

    Mengawal variable

    Menginterpret dapatan dengan cermat

    Membuat ramalan berasaskan data

    Sikap:Yakin menggunakan sains

    Fleksibel dalam menjalani sains

    Refleksi diri dalam pemikiran saintifik

    Cekal membuat tugasan sains

    Jadual 6.1 Senarai Semak Pemerhatian Untuk Kemahiran dan Sikap Proses

    Sains [sumber: Alaska Department of Education & Early Development.

    Curriculum Framework. June. 1996]

    Jadual 6.1 merupakan suatucontoh Senarai Semak

    Pemerhatian yang mungkin

    digunakan dalam mentaksir

    perlakuan dalam makmal sains.

    Perhatikan bahawa DUA jenis

    perlakuan pelajar diperhatikan,

    iaitu; perlakuan sebenar yang

    ditunjukkan dan sikap mereka

    (yang diinferens daripada

    perlakuan mereka).

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    6/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    6

    6.3 MENTAKSIR PELAJAR MELALUI PERSEMBAHAN LISAN

    APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BERCAKAP

    Pelajar selalu menggunakan bahasa lisan sebagai kenderaan utama untuk

    mereka menerangkan, menjelaskan (dengan bertanya soalan), memberi pendapat,

    meluahkan perasaan dan sebagainya. Ekspresi lisan merupakan proses teras dalam

    memformulasi dan berkongsi pengalaman manusia (Marzano, 1992, diterjemah). Ia

    merupakan kaedah pedagogi yang penting yang melaluinya pelajar membina maknadengan menyatakan dalam perkataan sendiri, apa yang telah mereka pelajari. Apabila

    SENARAI SEMAK UMUM UNTUK PERLAKUAN PELAJAR

    Ini adalah sebuah senarai semak yang mungkin digunakan untuk memerhati

    perlakuan pelajar dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, bukan semua

    pernyataan yang disenaraikan akan berlaku.1. Pelajar yang manakah nampaknya menjadi pemimpin? Catitkan perlakuan yang

    menunjukkan ini.2. Pelajar yang mana yang pertama menghabiskan kerjanya? Apa mungkin

    menyumbang kepada perlakuan ini dan apakah nampaknya hasilnya?3. Pelajar yang manakah menghabiskan kerjanya terkemudian? Apa yang mungkin

    menyumbang kepada perlakuan ini dan apakah nampaknya hasilnya?4. Apakah pelajar buat dengan masa lapang mereka? Bagaimanakah aktiviti-aktiviti

    ini distruktur?5. Apakah perlakuan yang menunjukkan tahap penyertaan pelajar dalam kerja yang

    diberi aktiviti-aktiviti yang tidak berstruktur?6. Pelajar yang manakah selalu dengan mudah terlepas daripada membuat tugasan?

    Dalam keadaan apakah perlakuan ini diperhatikan?7. Pelajar yang manakah yang selalu menyertai dalam aktiviti-aktiviti kumpulan?

    Dalam keadaan apakah perlakuan ini diperhatikan?8. Pelajar yang manakah nampak teragak-agak menyertai aktiviti-aktiviti kumpulan?

    Dalam keadaan apakah perlakuan ini diperhatikan?9. Pelajar yang manakah nampak bergantung kepada masa dan tumpuan guru?

    Perlakuan apakah yang menunjukkan ini?

    6.1 AKTIVITI

    a) Dengan menggunakan Senarai Semak Pemerhatian

    umum di atas, perhatikan perlakuan pelajar dalam satu

    daripada kelas-kelas yang anda ajar.

    b) Bincangkan dapatan anda dengan rakan sekelas anda.

    c) Perubahan-perubahan apakah anda terpaksa buat kepada

    senarai semak itu untuk dapat digunakan dalam bidang

    anda?

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    7/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    7

    pelajar berbuat demikian, mereka mendemonstrasi keupayaan bercakap dengan jelas

    (daripada segi sebutan), keupayaan mengadaptasi bentuk-bentuk pertuturan bagi

    menyesuaikan dengan keadaan, keupayaan untuk mengekspresi idea tanpa teragak-

    agak dan pemahaman yang mendalam tentang pengetahuan yang diperoleh.

    Keupayaan untuk mengekspresi diri secara lisan ini tidak dapat diteliti melalui ujian

    kertas-dan-pensil.

    PENTAKSIRAN LISAN DALAM MATA-MATA PELAJARAN BAHASAKebanyakan orang sedar yang ujian lisan digunakan dengan meluas dalam

    bilik darjah bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa

    Tamil, Bahasa Arab dan sebagainya) dengan menumpukan kepada keupayaan pelajar

    berkomunikasi idea dan mengungkapkan dengan jelas. Macintosh dan Hale (1976)

    mencadangkan agar pentaksiran lisan harus menumpu kepada tiga bahagian

    pentaksiran: Kecemerlangan Teknikal: Ini termasuk factor-faktor seperti kejelasan

    sebutan, kelancaran, mutu suara, sejauhmana dan kepelabgaian kosa kata,

    penekanan dan intonasi yang betul serta bebas daripada kesalahan-

    kesalahan nahu bahasa yang serius.

    Keupayaan berkomunikasi: Ini termasuk, misalnya, jeupayaan untukmengikuti, membina dan mempertahankan sesuatu hujah, dan keupayaan

    untuk menyampaikan idea kepada seseorang dalam bentuk yang jelas dan

    koheren.

    Faktor Manusia: Ini termasuk misalnya, aliran idea yang alamiah, buktiboleh berjenaka, tanda-tanda keaslian dan keikhlasan, tanda-tanda minat

    kepada orang lain dan kepada dunia di sekeliling pelajar.

    Pentaksiran bahasa secara lisan boleh dibuat dengan berstruktur atau secara

    bandingan, kurang berstruktur. Apabila pentaksiran lisan terlalu berstruktur, ia

    mungkin akan hilang elemen ketulenan dan situasi ujian mungkin menjadi tidak asli.

    Ukuran keupayaan bertutur adalah sukar kerana anda perlu mengalihkan aktiviti

    harian yang biasa seperti bertutur, kepada konteks ujian. Cabarannya adalah untuk

    mendapatkan keseimbangan di antara ketulenan dan objektiviti. Sekiranya suatu

    situasi ujian adalah tidak berstruktur, ia mungkin tulen tetapi anda mungkin

    mengorbankan objektiviti dan sebaliknya. Menurut Frith dan Macintosh (1984),

    teknik yang paling selalu digunakan dalam pentaksiran bahasa berbentuk lisan adalah:

    o Membaca sebuah prosa, puisi atau dramao Membaca sebuah buku yang pelajar gemaro Ujian berasaskan gambaro Main peranano Sebuah ceramah pendek, berdasarkan pengalaman pelajaro Menjawab soalan yang ditanya oleh pemeriksa, atau oleh pelajar lain dalam

    situasi kumpulan

    o Temubual individu yang masih menjadi teknik yang terkenal dalamkebanyakan situasi peperiksaan

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    8/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    8

    PENTAKSIRAN LISAN DALAM MATA PELAJARAN LAINDalam bentuk yang paling mudah, bertutur boleh ditakrifkan sebagai

    menyatakan perkataan-perkataan. Walau bagaimanapun, apabila menggunakan

    pertuturan sebagai alat pentaksiran, kebanyakan guru akan menumpukan kepada

    takrifan takrif sempit, iaitu pidato yang mana pelajar bercakap dihadapan penonton.

    Dengan menggunakan takrifan yang lebih sempit ini, pentaksiran pertuturan menjadi

    lebih tertumpu hanya kepada mekaniks memberi ucapan seperti penyampaian,

    penyusunan, penonton, dan sebagainya.

    Di sini, kita ingin

    memperluaskan takrifan bercakap

    untuk memasukkan syarahan lisan.

    Syarahan lisan adalah lebih daripada

    bercakap tetapi termasuk juga

    bercakap tentang sesuatu kandungan(Marzano, 1988). Guru selalunya

    menumpukan kepada aspek-aspek

    bahasa dalam ujian lisan dan tidak

    menghiraukan aspek kandungan ujian.

    Sekiranya kandungan dimasukkan

    sebagai suatu komponen penting

    dalam ujian lisan, makan jenis

    penilaian ini mungkin dapat

    digunapakai dalam mata-mata

    pelajaran dalam kurikulum seperti

    sains, geografi, sejarah, pengajianagama, pendidikan moral dan

    sebagainya (lihat Gambarajah 6.2).

    Satu daripada pendekatan-pendekatan yang digunapakai oleh ramai guru ialah

    untuk meminta pelajar bangun di depan kelas dan memberi sebuah laporan lisan

    tentang sesuatu perkara. Bagaimanakah tugasan laporan lisan menjadi suatu saluran

    bagi pelajar menunjukkan kefahaman kandungan mereka? Dua contoh berikut

    menunjukkan bagaimana pentaksiran lisan mungkin dapat digunakan dalam

    pentaksiran hasil pembelajaran sains dan ekonomi.

    6.4 CONTOH 1:

    PENTAKSIRAN LISAN DALAM SAINS SEKOLAH RENDAH

    Mungkin

    menghairankan untuk

    guru memasukkan

    pertaksiran lisan sebagai

    strategi pengajaran-

    pembelajaran dalam

    sains. Mungkin lebihmenghairankan untuk

    Gambarajah 6.2 Pentaksiran Lisan

    dalam Sains Pada Tahap Rendah

    Aduhai.. Aku

    kena buat

    persembahan lisan

    eks erimenku

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    9/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    9

    menggunakannya sebagai suatu teknik pentaksiran. Secara tradisinya, ramai pendidik

    mengaitkan pentaksiran lisan dengan seni bahasa. Berikut adalah contoh bagaimana

    seorang guru telah memasukkan pentaksiran lisan dalam pengajaran sains [sumber:

    Oregon State Education Department, 2004, Content Standards for Primary School

    Science]. Kelas ini terdiri daripada pelajar Tahun Tiga yang diberikan tugas

    mengumpul maklumat dalam perpustakaan tentang haiwan pilihan mereka (lihat

    Jadual 6.2).

    Pelajar diarahkan menulis nota-nota mereka atas kad tentang perkara-perkara

    asas tentang haiwan tersebut dan menyediakan sebuah syarahan lebih kurang 3-4

    minit untuk dibentangkan di hadapan kelas. Penekanan utama tugasan ini ialah

    bagaimana berdiri di hadapan sebuah kumpulan, bertentang mata, dan melontarkan

    suara. Pelajar diberi sebuah senarai pendek soalan-soalan untuk dijawab yang juga

    menumpukan kepada kandungan syarahan tersebut.

    Sains Sekolah Rendah: Arahan untuk Persembahan Lisan

    Ini tugasan anda:

    Pilih suatu haiwan daripada senarai berikut. Pilih haiwan yang anda rasamenarik dan yang anda ingin tahu lebih lagi.

    Katak, Labah-labah, Beruang, Harimau, Kupu-kupu, Kucing, Ikan Paus, Ikan Lumba,Burung Enggang, Ular Tedung, Burung Pipit, Burung Gagak, Kerbau, Anjing.

    Cari sebanyak mungkin tentang haiwan yang anda telah pilih. Cari maklumatdaripada buku, majalah, orang lain dan internet. Pakar media akan juga dapat

    membantu anda menggunakan Internet bagi mencapai lebih maklumat.

    Tumpukan kepada yang berikut:o Bagaimana rupa haiwan ini berubah daripada ia bayi sehingga iamenjadi dewasa?o Di manakah habitat haiwan ini? Bagaimana rupa rumah haiwan ini?o Apakah yang dimakan oleh haiwan ini semasa ia bayi? Semasa ia

    muda? Semasa ia dewasa?

    o Apakah yang dibuat oleh haiwan ini dalam musim-musim berbeza(musim bunga, musim panas, musim sejuk, dan musim luruh)?

    Bagaimanakah haiwan ini berubah berdasarkan cuaca?

    Sambil anda mencari maklumat tentang haiwan anda, tuliskan nota tentang apa

    yang anda telah pelajari di atas kad-kad nota.

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    10/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    10

    Sediakan sebuah syarahan tentang haiwan anda. Syarahan itu haruslah lebihkurang 34 minit panjangnya. Gunakan maklumat pada kad-kad nota anda

    untuk menyediakan syarahan itu.

    Jadual 6.2 Garispanduan Tentang Apa Pelajar Diminta Buat

    Pelajar diberitahu yang mereka boleh menggunakan alat bantuan untuk membantu

    mereka semasa mereka membuat persembahan lisan. Sebagai contoh, mereka boleh

    menggunakan gambar haiwan yang mereka ingin terangkan. Mereka boleh merujuk

    kepada nota-nota pada kad-kad nota tetapi mereka harus cuba untuk tidak membaca

    daripada nota-nota tersebut. Pelajar juga diberitahu bahawa mereka boleh meminta

    seorang lain untuk mendengar mereka berlatih memberi syarahan serta memberikanmaklumbalas tentang bagaimana dia boleh memperbaiki syarahannya. Kemahiran

    apakah anda rasa sedang dikembangkan oleh arahan-arahan ini kepada pelajar?

    Sains Sekolah Rendah:Contoh Panduan Pemarkahan UntukPersembahan Lisan

    Saya telah

    membuat

    yang

    terbaik

    dalam

    bahagian

    ini

    Saya

    membuat

    OK dalam

    bahagian

    ini

    Saya perlu

    memperbaiki

    bahagian ini

    Pengetahuan Tentang Haiwan Saya

    Saya memberitahu bagaimana rupahaiwan saya semasa dewasa.

    Saya memberitahu bagaimana rupahaiwan saya semasa bayi bagi

    menunjukkan perubahan yang

    dialaminya.

    Saya memberitahu di mana haiwan sayatinggal dan bagaimana rupa rumahnya.

    Saya memberitahu apa yang haiwan sayamakan semasa ia bayi, semasa ia muda

    dan semasa ia dewasa.

    Saya memberitahu apa haiwan saya buatdalam musim-musim berlainan (musim

    bunga, musim panas, musim sejuk, dan

    musim luruh) dan bagaimana ia berubah

    mengikut cuaca.

    Saya telah menjawab soalan daripadapenonton.

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    11/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    11

    Penyampaian

    Saya bertentang mata dengan penonton. Saya bercakap dengan cukup kuat

    sehingga semua mendengar saya.

    Saya bercakap dengan jelas. Saya bercakap pada kadar yang sesuai,

    tidak terlalu laju dan tidak terlalu

    perlahan.

    Penyusunan

    Saya telah memulakan syarahan sayadengan baik.

    Idea-idea saya munasabah danmempunyai aliran yang baik.

    Saya telah menamatkan syarahan sayadengan baik.

    Jadual 6.3 Kriteria Pemarkahan untuk Persembahan Lisan

    Perhatikan yang pelajar juga diberitahu tentang bagaimana persembahan lisan

    mereka akan ditaksir (lihat Jadual 6.3), Tumpuan adalah kepada penyampaian,

    penyusunan dan pengetahuan kandungan; dan pelajar diberitahu bahawa syarahan

    yang baik mempunyai permulaan, pertengahan dan penyudah yang baik.

    6.2 AKTIVITI

    a) Adakah persembahan lisan digunakan dengan meluas di

    sebagai alat pentaksiran di sekolah atau institusi anda?

    b) Adakah anda merasakan ujian lisan adalah sesuai

    sebagai suatu teknik pentaksiran dalam bidang anda?Jelaskan.

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    12/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    12

    6.5 CONTOH 2:

    PENTAKSIRAN LISAN EKONOMI DI SEKOLAH MENENGAH

    Berikut adalah suatu contoh

    menggunakan persembahan lisan sebagai kaedah

    pentaksiran mata pelajaran di sekolah menengah

    [sumber: Oregon State Education Department,

    2004, Content Standards for Secondary School].

    Di dalam kelas ekonomi bersama pelajar

    berumur 15 tahun, pelajar menganalisis sebuah

    topic tentang Tanggungjawab Sosial dan

    Persekitaran dalam Perniagaan.Strategi pengajaran yang digunapakai

    adalah berlainan dengan dalam Contoh 1.

    Berbanding dengan membuat persembahan

    berdasarkan kajian mereka, pelajar membuat

    kajian, menulis sebuah laporan dan berdebat. Di

    dalam kumpulan empat sehingga lima orang,

    pelajar mengkaji sebuah syarikat yang dipilih

    oleh guru seperti syarikat mengeluarkan

    minuman ringan atau peralatan sukan (lihat

    Jadual 6.4). Di dalam tugasan untuk

    persembahan lisan, dua kumpulan yang mengkaji syarikat yang sama berhujahmenyokong atau menentang rekod sosial dan persekitaran syarikat itu (lihat

    Gambarajah 6.3).

    Ekonomi Sekolah Menengah:

    Garispanduan untuk Topik Tentang Tanggungjawab Sosial dan

    Persekitaran

    Nama _______________________ Tarikh ________________

    Ahli-ahli kumpulan saya adalah __________________________________

    Kumpulan saya akan mengkaji syarikat ini_________________________________

    Kajian

    Setiap orang dalam kumpulan akan mengkaji syarikat ini untuk menjawab

    soalan-soalan berikut:

    1. Apakah yang kita maksudkan apabila menyebut tanggungjawabsosial? Tanggungjawab persekitaran?

    2.

    Apakah yang syarikat ini buat dan pasarkan?

    Gambarajah 6.3 Persembahan

    Lisan Digunakan Dengan Meluas

    Sebagai Tenik Pentaksiran di

    Sekolah di Amerika Syarikat

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    13/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    13

    3. Apakah jualan keseluruhan dan keuntungan bagi lima tahun yanglepas?

    4. Berapa ramai pekerjakah yang syarikat ini gajikan?5. Bagaimanakah syarikat ini beroperasi (franchais, korporat awam,

    etc.)?

    6. Siapakah memiliki syarikat ini? Syarikat-syarikat lain manakah yangsyarikat ini miliki?

    7. Dimanakah lokasi syarikat ini, dan adakah ia sebuah syarikattempatan, daerah, kebangsaan, multinational?

    8. Adakah syarikat ini mempunyai tanggungjawab sosial? Kenapa ataukenapa tidak?

    9. Adakah syarikat ini bertanggungjawab kepada persekitaran? Kenapaatau kenapa tidak?

    Setelah menyiapkan kajian individu anda, anda boleh bekerjasama sebagai

    sebuah kumpulan untuk menggabung dan memperkuatkan idea-idea anda

    untuk debat kumpulan tentang syarikat ini yang akan diadakan. Anda perlu

    bersedia member syarahan samada menyokong atau menentang rekod sosial

    dan persekitaran syarikat ini. Anda akan perlu merujuk sekurang-kurangnya

    lima sumber bagi menyokong pendirian anda. Anda juga akan perlu merujuk

    kepada sekurang-kurangnya lima sumber untuk menolak atau menyangkalpendirian itu.

    Persembahan Lisan

    Sehari sebelum persembahan, kumpulan yang akan bersyarah dahulu akan

    dipilih secara rawak, menyokong usul tersebut dan kumpulan kedua akan

    menentang usul tersebut. Format persembahan adalah seperti berikut:

    Kedua-dua kumpulan: Merespon dengan ringkas kepada soalan 1 hingga 7

    bagi memperkenalkan kumpulan anda kepada kelas (67) minit.

    Kumpulan Satu: Persembahkan kes anda dengan merujuk kepada sumber

    bagi menunjukkan bahawa syarikat ini adalah bertanggungjawab denganpersekitarannya dan dengan secara sosial (5 minit).

    Kumpulan 2: Persembahkan kes anda dengan merujuk kepada sumber bagi

    menunjukkan bahawa syarikat ini adalah tidak bertanggungjawab dengan

    persekitarannya dan dengan secara sosial (5 minit).

    Kumpulan Satu: Cabar hujah kumpulan 2 dan perkukuhkan pendirian anda

    (3 minit).

    Kumpulan Dua: Cabar hujah kumpulan 1 dan perkukuhkan pendirian anda (3

    minit).

    Kumpulan Satu: Nyatakan rumusan anda (35 minit).

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    14/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    14

    Kumpulan Dua: Nyatakan rumusan anda (35 minit).

    Kedua-dua Kumpulan: Respon kepada soalan yang ditanya oleh penonton(67 minit).

    Menyiapkan Kerja Tersebut

    Anda akan menyiapkan tugasan ini dalam tiga minggu mendatang, dengan

    bekerja di dalam dan di luar kelas.

    Semua orang di dalam kumpulan anda mesti menyertai debat ini dengan

    mempersembahkan sekurang-kurangnya satu hujah menyokong atau hujah

    menentang. Anda akan juga diminta merespon kepada soalan daripada guru

    tentang sumber-sumber anda: di mana anda mendapatkannya, samada ianya

    sumber primer atau sekunder, dan samada anda menganggapnya boleh

    dipercayai.

    Anda akan diberi waktu untuk bekerja dalam perpustakaan. Anda akan juga

    berpeluang mencari maklumat di World Wide Web. Kumpulan anda mesti

    membuat perancangan untuk menggunakan waktu kumpulan dan untuk

    merekod serta menyusun data.

    [sumber: Oregon State Education Department, 2004, Content Standards for

    Secondary School].

    Jadual 6.4 Panduan Tentang Apa Pelajar Perlu Buat

    MEMBERI MARKAH UNTUK PERSEMBAHAN LISANPelajar diberi sebuah skema pemarkahan untuk persembahan lisan mereka (i.e.

    pelaksanaan debat mereka). Garispanduan untuk Pemarkahan persembahan

    ditunjukkan dalam Jadual 6.5.

    Ekonomi Sekolah Menengah:Kriteria Pemarkahan untuk Persembahan Lisan TentangTanggungjaw ab Sosial dan Persekitaran

    Nama _________________________ Tarikh _________________________

    Tandakan lajur berkenaan: ya atau tidak. Suatu markah keseluruhan antara 6

    hingga 1 akan diberi di bawah Kotak Markah Keseluruhan. Markah bernilai 6

    adalah untuk persembahan yang kukuh; markah bernilai 1 mewakili persembahan

    yang lemah.

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    15/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    15

    Kandungan

    Ya Tidak

    Adakah soalan-soalan fokus terjawab dalam persembahan

    ini?

    Adakah lima sumber dikenal pasti bagi menyokong atau

    menentang isu tersebut?

    Adakah respon kepada hujah bertentangan ditangani dengan

    baik?

    Adakah idea-idea disokong oleh bukti-bukti kukuh?

    Adakah terdapat tanda pelajar membuat kajian, ataupun

    adakah persembahan berdasar kepada pengalaman atauandaian peribadi?

    Adakah soalan-soalan daripada penonton ditangani dengan

    baik?

    Markah Keseluruhan Kandungan

    Penyusunan

    Ya Tidak

    Dapatkah idea-idea utama dikenal pasti dengan mudah?

    Adakah persembahan ini disusun supaya ia menjadi mudah

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    16/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    16

    untuk difahami oleh penonton?

    Adakah butiran diberikan dalam syarahan bagi memberi

    impak yang optima?

    Adakah persembahan ini mempunyai permulaan yang

    meyakinkan?

    Adakah persembahan ini mempunyai penyudah yangmeyakinkan?

    Markah Keseluruhan Penyusunan

    Bahasa

    Ya Tidak

    Adakah bahasa dipilih dengan teliti bagi member penekanan

    kepada hujah utama dan mengambil hati penonton?

    Adakah penggunaan bahasa dan nahu bahasa betul?

    Adakah bahasa yang ringkas, jelas, dan berbagai

    digunakan?

    Markah Keseluruhan Bahasa

    Penyampaian

    Ya Tidak

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    17/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    17

    Adakah temu mata diteruskan sepanjang persembahan?

    Adakah penggunaan gerak isyarat, pergerakan, dan teknik-

    teknik bukan verbal lain berkesan?

    Adakah orang yang membuat persembahan bercakap dengan

    jelas dan fasih?

    Markah Keseluruhan Penyampaian

    Jadual 6.5 Rubric Pemarkahan untuk Persembahan Lisan

    [sumber: a) Oregon State Education Department, 2004, Content Standards for

    Secondary School

    b) R.J. Marzano, D. Pickering, and J. McTighe, (1993),Assessingstudent outcomes, Performance assessment using the Dimensions of

    Learning model(p. 30), Alexandria, VA: ASCD]

    Walaupun kaedah debat telah digunapakai, pentaksiran persembahan lisanmasih menekankan EMPAT aspek, iaitu; Kandungan, Penyusunan, Bahasa dan

    Penyampaian.

    .

    6.6 PENTAKSIRAN PORTFOLIO

    APAKAH ITU PORTFOLIO?Portfolio selalunya dikaitkan dengan seni, di

    mana pelajar menyimpan hasil kerjanya dalam

    sejenis fail untuk dipersembahkan untuk dinilai. Ada

    juga orang yang mengaitkan portfolio dengan

    6.3 AKTIVITI

    a) Komen tentang kesesuaian Senarai Semak Ujian Lisan

    di atas berkaitan bidang anda.

    b) Apakah kemahiran lisan yang anda akan uji dalam matapelajaran anda?

    c) Cadangkan suatu Senarai Semak Ujian Lisan untukmenguji kemahiran lisan dalam mata pelajaran anda.

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    18/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    18

    Menurut Paulson, Paulson and Meyer (1991), portfolio menawarkan suatu cara

    mentaksir pembelajaran pelajar yang berlainan daripada kaedah tradisional.

    Pentaksiran portfolio memberi guru dan pelajar suatu peluang untuk memerhati

    pelajar dalam konteks yang lebih luas: mengambil risiko, Membina penyelesaian

    kreatif, dan belajar membuat pertimbangan tentang prestasi mereka sendiri (p.

    63 diterjemah).

    pasaran saham di mana seorang atau sebuah organisasi menyimpan portfolio saham

    yang dimiliki. Hart (1994) mentakrifkan portfolio sebagai suatu bekas yang

    mengandungi bukti kemahiran, idea, minat dan pencapaian individu. Sebuah portfolio

    merupakan koleksi bermatlamat tentang kerja yang dihasilkan oleh seorang pelajar

    yang mencerminkan usaha, kemajuan dan pencapaian mereka dalam berbagai bidang

    kurikulum.

    APAKAH PENTAKSIRAN PORTFOLIO?Suatu koleksi kerja yang dibuat oleh pelajar ditaksir dan dengan itu digelar

    pentaksiran portfolio. Portfolio itu memberi pentaksiran berterusan (i.e. pentaksiran

    formatif) dan juga pentaksiran pada akhir semester atau tahun (i.e. pentaksiran

    sumatif). Penekanan adalah lebih kepada memantau kemajuan pelajar ke arah

    mencapai hasil pembelajaran suatu mata pelajar, kursus atau program yang khusus.

    Pentaksiran portfolio dijelaskan sebagai multidimensi sebab ia membenarkan pelajar

    memasukkan berbagai aspek kerja mereka seperti esei, laporan projek, pencapaian

    dalam ujian objektif, objek atau barang mereka telah hasilkan, puisi, laporan makmal

    dan sebagainya. Dalam erti kata lain, portfolio mengandungi contoh-contoh kerja

    yang dilaksanakan sepanjang semester, sesi atau tahun, dan bukan pada suatu ketikasahaja (seperti semasa minggu peperiksaan sahaja).

    Pentaksiran portfolio menjadi bukti penting perubahan pemikiran tentang

    peranan pentaksiran dalam pendidikan. Guru yang menggunakan strategi ini dalam

    bilik darjah telah beralih pegangan falsafah tentang pentaksiran daripada sekadar

    membandingkan pencapaian (berdasarkan gred, markah ujian, peratusan darjat) ke

    arah mempertingkatkan pencapaian pelajar melalui maklumbalas dan refleksi.

    MENGAPA PENTAKSIRAN PORTFOLIO?

    Sering dikatakan bahawa ujian kertas dan pensil (ujian objektif dan esei) tidak

    boleh mentaksir semua hasil pembelajaran dalam suatu bidang. Sebagai contoh,

    kebanyakan kemahiran kognitif tahap tinggi dan domain afektif (perasaan, emosi,sikap, nilai) tidak dapat ditaksir dengan secukupnya menggunakan kaedah pentaksiran

    Portfolio menyampaikan suatu cerita. Ianya merupakan cerita tentang mengetahui.

    Mengetahui tentang benda-benda... Mengetahui tentang diri sendiri... Mengetahui

    tentang penonton... Portfolio adalah cerita pelajar sendiri tentang apa yang mereka

    tahu, mengapa mereka yakin mereka mengetahuinya, dan mengapa orang lain

    harus juga bersependapat dengannya. Sebuah portfolio adalah pendapat yang

    disokong oleh fakta... Pelajar membuktikan apa yang mereka tahu dengan contoh-

    contoh kerja mereka. (Paulson & Paulson, 1994, p.2 diterjemah)

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    19/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    19

    tradisional. Pentaksiran portfolio membenarkan penilaian kemahiran dan pengetahuan

    yang lebih pelbagai dan lebih penting lagi, ia memberikan peluang untuk guru

    mengikuti atau memantau perubahan dan perkembangan sepajang suatu jangka masa

    tertentu. Kerana pentaksiran portfolio merupakan proses berterusan, ia memberikan

    peluang untuk pelajar membuat refleksi tentang pembelajaran dan pemikiran mereka

    sendiri. Mereka berpeluang memantau pemahaman dan pendekatan mereka terhadap

    penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan (Paulson, Paulson dan Meyer, 1991).

    Setelah membuat refleksi, pelajar boleh mengenal pasti kesalahan mereka atau

    bagaimana mereka dapat memperbaiki diri.

    Epstein (2006), Introduction to Portfolios, Synapse Learning Design, disebut

    dalam Teachervision.com, berhujah bahawa pentaksiran portfolio:

    Membenarkan guru melihat pelajar sebagai seorang individu, setiapnyadengan ciri-ciri unik, keperluan dan kekuatannya sendiri.

    Menekankan peningkatan pencapaian pelajar dan bukan pendarjatan pelajarmengikut prestasi mereka dalam ujian.

    Membantu pelajar menjadi lebihbertanggungjawab ke atas kerja

    mereka sendiri

    Membenarkan adaptasi pengajarankepada gaya pembelajaran pelajar

    Melibatkan pelajar dalam prosespentaksiran

    Mengajak pelajar membuat refleksike atas perkembangan dan prestasi

    diri mereka sebagai pelajar

    Walau bagaimanapun, Epstein (2006) juga

    menyenaraikan bebarapa masalah dengan

    pentaksiran portfolio. Pentaksiran portfolio

    mungkin mempunyai kurang

    kebolehpercayaan kerana mereka selalunya

    kualitatif dan bukan kuantitatif. Masyarakat

    masih berorientasi kepada gred dan markah

    ujian, dan tambahan lagi kebanyakan

    university dan kolej masih menggunakan

    markah ujian dan gred sebagai criteria utama

    kemasukan. Dan juga, pentaksiran portfolio

    mungkin mengambil masa yang lama untuk

    guru dan data daripada pentaksiran portfolio kadang kala sukar dianalisis.

    ADAKAH TERDAPAT JENIS-JENIS PORTFOLIOS BERLAINAN?Terdapat dua jenis portfolio yang umum: portfolio berorientasikan proses dan

    berorientasikan produk.

    Portfolio Orientasikan Proses: Portfolio jenis ini menceritakan tentangpelajar dan bagaimana dia telah berkembang. Ia memasukkan deraf-derafterdahulu dan bagaimana deraf-deraf ini telah diperbaiki. Sebagai contoh,

    Gambarajah 6.4 Guru mungkin

    meletakkan kriteria pada apa yang

    harus dimasukkan dalam portfolio

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    20/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    20

    deraf pertama sepotong puisi dinukil oleh pelajar Tahun Tiga diperbaiki

    berdasarkan komen-komen guru dan refleksi pelajar itu tentang kerjanya.

    Semua deraf dan perubahan yang dibuat disimpan dalam portfolio. Dengan

    cara ini, kerja pelajar boleh dibandingkan, yang menyediakan bukti tentang

    bagaimana kemahiran pelajar telah berkembang.

    Portfolio Berorientasikan Produk: Portfolio jenis ini mengandungi kerja-kerja pelajar yang dia rasakan adalah terbaik. Matlamatnya adalah untuk

    mendokumentasi dan membuat refleksi tentang mutu produk akhir dan bukan

    proses yang menghasilkannya. Pelajar dikehendaki mengumpul semua

    kerjanya pada akhir semester, dan memilih kerja-kerjanya yang paling

    bermutu. Pelajar mungkin dibiarkan membuat keputusan itu sendiri ataupun

    guru boleh meletakkan kriteria tentang apa yang portfolio harus ada dan mutu

    kerja yang harus disertakan (lihat Gambarajah 6.4).

    BAGAIMANAKAH PORTFOLIO DIBANGUNKAN?Reka bentuk dan pembangunan sebuah portfolio melibatkan EMPAT langkah

    utama: Pengumpulan, Pemilihan, Refleksi dan Kaitan (Epstein, 2006. Introduction to

    Portfolios, Synapse Learning Design, disebut dalam Teachervision.com).

    Pengumpulan: Langkah ini memerlukan pelajar mengumpul dan menyimpansemua kerjanya. Pelajar perlu membiasakan diri dengan mendokumentasi dan

    menyimpan kerja mereka yang dahulunya mereka tidak lakukan.

    o Bagaimana harus kerja disusun? Mengikut mata pelajaran, mengikuttema?o Bagaimana kerja harus direkod dan disimpan?o Bagaimana mendapatkan pelajar membentuk tabiat mendokumentasi

    bukti?

    Pemilihan: Ini bergantung kepada samada ianya suatu portfolio proses atauproduk dan kriteria yang ditentukan oleh guru. Pelajar akan mengimbas kerja-

    kerja yang dikumpulkan dan memilih hanya beberapa kerja untuk portfolio.

    Ini mungkin termasuk: kertas peperiksaan dan kuiz, rakaman audio & video,

    laporan projek, jurnal, kerja komputer, esei, puisi, kerja seni dan sebagainya.

    o Bagaimana seseorang membuat pilihan? Apakah asas pemilihan?o Siapakah yang harus terlibat dalam proses pemilihan?o Apakah kesan kegagalan menyiapkan portfolio?

    Refleksi: Ini merupakan langkah yang paling penting dalam proses portfolio.Ia adalah membuat refleksi yang membezakan portfolio daripada sekadar

    sebuah koleksi kerja pelajar. Refleksi selalunya dibuat secara bertulis tetapi

    boleh juga dibuat secara lisan. Pelajar ditanya mengapa dia telah memilih

    produk atau kerja tertentu (e.g. esei); dan bagaimana dengan kerja-kerja lain,

    apa kemahiran dan pengetahuan khusus yang telah digunakan untuk

    menghasilkannya (e.g. esei tadi) dan bagaimana ia boleh diperbaiki lagi.

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    21/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    21

    o Haruskah pelajar membuat refleksi tentang bagaimana dan mengapamereka harus memilih kerja-kerja tertentu?

    o Bagaimanakah harus pelajar melakukan proses refleksi Kaitan: Hasil daripada refleksi, pelajar mula bertanya diri mereka,

    Mengapa kita membuat perkara ini?. Mereka digalakkan mengaitkan kerja

    sekolah mereka dengan nilai apa yang mereka pelajari. Mereka juga

    digalakkan mengaitkan kerja-kerja yang dimasukkan dalam portfolio mereka

    dengan dunia di luar bilik darjah. Mereka belajar menunjukkan kepada

    komuniti apa yang mereka telah lakukan.

    o Bagaimanakah kesan terkumpul portfolio dinilai?o Haruskah pelajar mempamerkan kerja mereka?

    6.7 PORTFOLIO ELEKTRONIK

    Dengan perkembangan pesat dalam teknologi digital dan internet, portfolio

    elektronik semakin popular di kebanyakan kolej dan universiti serta sistem-sistem

    sekolah. Walau bagaimanapun, penggunaannya lebih meluas sekiranya guru danpendidik mempunyai pemahaman yang lebih tentang bagaimana portfolio elektronik

    boleh digunakan untuk pentaksiran formatif bagi memperbaiki pembelajaran pelajar.

    Seperti yang dikatakan lebih awal, sebuah portfolio adalah koleksi kerja pelajar bagi

    menunjukkan pemahaman dan perkembangannya serta refleksi pelajar tentang kerja

    atau artefak individu.

    Apakah itu portfolio elektronik? Portfolio elektronikmenggunakan teknologi

    elektronik sebagai bekas seperti CD, DVD atau web, membolehkan pelajar

    mengumpul dan menyusun artefak dalam berbagai jenis media (audio, video, grafik

    dan teks) dan menggunakan hubungan hypertextuntuk menyusun bahan, mengaitkan

    bukti kepada hasil, matlamat dan standard yang berkenaan (Barrett, 2006, p.3

    diterjemah).Bagaimanakah portfolio elektronik berbeza daripada portfolio tradisional?

    Menurut Barrett dan Wilkerson (2004), elektronik merupakan arkib digital kerja

    pelajar yang menggunakan suara tulen pelajar dan menjadi database bagi mengumpul

    pentaksiran keluaran guru berdasarkan tugasan dan rubrik. Ciri-ciri portfolio

    elektronik ini dapat berinteraksi di antara satu sama lain.

    PELAKSANAAN PORTFOLIO ELEKTRONIKAdalah penting semasa melaksanakan initiatif portfolio elektronik, untuk

    setiap sekolah atau daerah atau negeri menentukan daripada mula tujuan utama

    menyuruh pelajar membuat sebuah portfolio elektronik. Tujuan dan matlamatmenggunakan portfolio akan menentukan kandungan untuk dimasukkan, proses

    6.4 AKTIVITI

    a) Sejauhmanakah pentaksiran portfolio assessmentdigunakan di institusi anda?

    b) Adakah anda berpendapat pentaksiran portfolio boleh

    digunakan sebagai teknik pentaksiran dalam bidang anda?

    Jelaskan.

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    22/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    22

    pembuatan dan sistem pentaksiran (Barrett, 2006). Apabila matlamat dan tujuan telah

    ditetapkan, langkah seterusnya adalah untuk memilih alat-alat yang diperlukan dalam

    pembinaan dan pengurusan portfolio elektronik.

    Apakah alat-alat yang sedia ada? Pembangunan alat-alat yang selalu

    digunakan adalah perisian memproses kata (Microsoft Office, OpenOffice, Adobe

    Acrobat). Alat-alat ini membolehkan pelajar menerbitkan portfolio mereka dalam CD

    atau pelayan rangkaian kawasan setempat ataupun dalam Internet. Penerbitan pada

    web memerlukan pelajar menjadi pembina web seperti mempelajari HTML atau

    menggunakan perkakasan penulisan web seperti Dreamweaver, FrontPage dan lain-

    lain. Institusi-institusi juga boleh membeli perisian portfolio elektronik dan

    kemudahan penyimpanan komersial.

    KEBAIKAN PORTFOLIO ELEKTRONIK

    Dengan menggunakan teknologi dapat memotivasi dan menggalakkan pelajarmembina portfolio secara elektronik atau digital. Generasi muda hari ini membesar

    dengan teknologi digital di sebelah katil mereka! Kita dapat melihat bagaimana

    pelajar dimotivasi dengan jaringan atas talian seperti MySpace, FaceBook dan laman

    web jaringan sosial yang lain. Portfolio elektronik boleh menangkap tahap motivasi

    dan kecenderungan yang tinggi dalam meneruskan matlamat pembelajaran dan

    refleksi yang mendalam.

    Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menyedari bahawa portfolio

    elektronik bukanlah replikasi atau versi digital artefak berasaskan kertas. Ia juga

    bukannya sistem portfolio berasaskan data yang membolehkan pelajar mengisi tempat

    kosong pada borang dalam web (Barrett, 2006). Portfolio The elektronik adalah lebih

    daripada itu! Bagaimana? Bagi betul-betul melibatkan pelajar, teknologi-teknologibaru harus digunakan untuk memotivasi dan melibatkan pelajar meluahkan suaranya

    sendiri dan mengukir identity mereka dalam portfolio mereka. Contohnya, pelajar

    diberi peluang menyampaikan sebuah cerita secara digital, membangunkan dan

    memuat naik artefak multimedia, menggunakan fail media digital dan blog serta

    mengekalkan jurnal reflektif atas talian untuk mempamerkan keperibadian, kreativiti

    dan pemilikan mereka (Barrett, 2006).

    RINGKASAN

    Pemerhatian secara umumnya merujuk kepada suatu proses mendapatkanmaklumat melalui deria seseorang khususnya, daripada melihat dan mendengar.

    Dalam pemerhatian kualitatif, pemerhati bermula tanpa tanggapan awal tentangapa yang akan diperhatikan dan menerangkan perlakuan yang nampak penting.

    Dalam pemerhatian kuantitatif, perlakuan yang akan diperhatikan ditentukanmelalui sebuah senarai semak.

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    23/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    23

    Dalam pemerhatian obtrusif, pelajar sedar mereka sedang diperhatikan manakaladalam pemerhatian tidak obtrusif, pelajar tidak sedar mereka sedang diperhatikan.

    Perlakuan mungkin diperhatikan dan diukur berdasarkan empat dimensi: jangkamasa, kelambatan, kekerapan dan kekuatan.

    Pemerhatian digunakan untuk mengumpul data tentang perlakuan yang sukarditaksir menggunakan kaedah-kaedah lain, bagi memerhatikan dan merekod cara

    pelajar menyelesaikan masalah dan menyiapkan tugasan, dan bagi menentukan

    samada pelajar (secara individu atau dalam kumpulan) sedang mencapai objektif

    yang diinginkan menggunakan alat-alat pemerhatian.

    Ekspresi lisan merupakan proses utama dalam memformulasi dan berkongsipengalaman manusia.

    Syarahan Lisan adalah lebih daripada sekadar bercakap tetapi juga termasukbercakap tentang sesuatu kandungan.

    Pentaksiran lisan selalunya terbatas kepada seni bahasa. Takrif pentaksiran lisan telah diperluaskan bagi memasukkan pentaksiran

    kandungan.

    Pentaksiran lisan boleh dilaksanakan dalam pentaksiran mata-mata pelajaranseperti sains dan ekonomi.

    Sebuah portfolio merupakan suatu koleksi kerja-kerja yang dihasilkan olehpelajar, yang mencerminkan usaha, kemajuan dan pencapaian mereka dalam

    bahagian-bahagian berlainan dalam kurikulum.

    Sebuah portfolio elektronik merupakan sebuah arkib digital tentang kerja pelajardengan menggunakan suara tulen pelajar.

    ISTILAHPENTING

    Pemerhatian Senarai semak pemerhatian Portfolio

    Pemerhatian kualitatif Pemerhatian perlakuan pentaksiran

    Pemerhatian kuantitatif Pentaksiran lisan Portfolio elektronik

    Pemerhatian obtrusive Bercakap

    Pemerhatian tidak obtrusif Pertuturan Lisan

  • 7/22/2019 Bab 6 Menggunakan Pemerhatian Ujian Lisan Dan Portfolio

    24/24

    Bab 6: Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian, Ujian Lisan dan

    Portfolio

    24

    RUJUKAN:

    Alaska Department of Education & Early Development.Curriculum Framework. June. 1996.

    Barrett, H.C. (2006). The reflect initiative researching electronic portfolios:Learning, engagement and collaboration through technology. Connected

    Newsletter.

    Barrett, H. and Wilkerson, J. (2004). Conflicting Paradigms in ElectronicPortfolio Approaches. [Retrieved April, 21, 2008 from:

    http://electronicportfolios.org/systems/paradigms.html]

    Hart, D. (1994). Authentic Assessment: A Handbook for Educators. MenloPark.CA: Addison-Wesley Publishing Co. Epstein, J. (2006). Introduction to Portfolios, Synapse Learning Design, cited

    in Teachervision.com

    Macintosh H. and G. Firth (1986). A teachers guide to assessment. NelsonThornes Ltd.

    Marzano, R. J. (1992). A different kind of classroom: Teaching withdimensions of learning. Alexandria VA: Association for Supervision and

    Curriculum Development.

    Marzano, R.J. and D. Pickering, and J. McTighe, (1993), Assessing studentoutcomes, Performance assessment using the Dimensions of Learning model

    (p. 30), Alexandria, VA: ASCD]

    Paulson, F.L. Paulson, P.R. and Meyer, CA. (1991), February. What Makes aPortfolio a Portfolio? Educational Leadership. 60-63.

    Paulson, F.L. & Paulson, P. (1994) Assessing Portfolios Using theConstructivist Paradigm in Fogarty, R. (ed.) Student Portfolios. Palatine: IRI

    Skylight Training & Publishing. 1-22.

    Oregon State Education Department, 2004, Content Standards for PrimarySchool Science.

    Young, J. (2002). Creating online portfolios can help students see 'BigPicture,' Colleges Say. February 21

    Suen, H.K., & Ary, D. (1989). Analysing quantitative behavioural observationdata. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum.

    Salvia, J and Ysseldyke, J. (1995). Assessment. New York: John Wiley.