14 tajuk 3 - · pdf filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... kecerdasan pelbagai...

57
15 Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi model-model rekabentuk pengajaran (Instructional Design), peranan rekabentuk pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta membina objek pembelajaran (LO – Learning Object) dan prinsip grafik. Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat: 1. Merancang pengajaran dengan menggunakan pelbagai sumber dalam persekitaran teknologi. 2. Membangunkan media pengajaran yang baik dan bersesuaian. 3. Mengaplikasi dan mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengenalan Pembangunan Media Pengajaran memerlukan seseorang guru menguasai teori teori pembelajaran, model-model pengajaran dan kemahiran menggunakan perisian komputer untuk menghasilkan bahan media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3.1 Rekabentuk Pengajaran (Instructional Design) Instructional Design (ID - rekabentuk pengajaran) merupakan satu model yang boleh membantu kita untuk merancang dan merekabentuk sama ada proses pembelajaran atau pun bahan/media yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam e-pembelajaran . Lihat Rajah 1. Tajuk 3 Pembangunan Media Pengajaran

Upload: dangtram

Post on 30-Jan-2018

269 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

15

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi model-model rekabentuk pengajaran

(Instructional Design), peranan rekabentuk pengajaran dalam proses pengajaran dan

pembelajaran serta membina objek pembelajaran (LO – Learning Object) dan prinsip

grafik.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1. Merancang pengajaran dengan menggunakan pelbagai sumber dalam

persekitaran teknologi.

2. Membangunkan media pengajaran yang baik dan bersesuaian.

3. Mengaplikasi dan mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Pengenalan

Pembangunan Media Pengajaran memerlukan seseorang guru menguasai teori

teori pembelajaran, model-model pengajaran dan kemahiran menggunakan perisian

komputer untuk menghasilkan bahan media yang boleh digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

3.1 Rekabentuk Pengajaran (Instructional Design)

Instructional Design (ID - rekabentuk pengajaran) merupakan satu model yang

boleh membantu kita untuk merancang dan merekabentuk sama ada proses

pembelajaran atau pun bahan/media yang akan digunakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran, terutamanya dalam e-pembelajaran . Lihat Rajah 1.

Tajuk 3 Pembangunan Media Pengajaran

Page 2: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

16

Rajah 1 : Gambaran Reka bentuk Pengajaran Seorang Guru (Sumber : http://www.nwlink.com/~donclark/hrd/sat4.html )

Rekabentuk pengajaran merupakan pembangunan spekfikasi instruksional yang

sistematik menggunakan teori pembelajaran dan instruksional bagi memastikan kualiti

pengajaran. Ia melibat keluruhan proses analisis matlamat dan keperluan pembelajaran

dan pembangunan sistem penyampaian untuk memenuhi keperluan tersebut. Ia

termasuk pembangunan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti instruksional; dan pelaksanaan

dan penilaian seluruh instruksional dan aktiviti-aktiviti pembelajaran.

Sistem instruksional merupakan penyelarasan prosedur-prsedur dan sumber-

sumber untuk menggalakkan pembelajaran. Rekabentuk pengajaran adalah proses

sistematik membangunkan sistem instruksional dan pembangunan instruksional adalah

proses melaksanakan sesuatu sistem atau rancangan. Rekabentuk pengajaran

merupakan bidang yang boleh menjelaskan secara spesifik tindakan instruksional untuk

mencapai kehendak sesuatu hasil instruksional; proses menentukan kaedah

instruksional yang terbaik bagi menjayakan kehendak perubahan dalam kemahiran dan

ilmu pengetahuan untuk pelajar bagi sesuatu kandungan pelajaran yang tertentu

(spesific content).

Page 3: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

17

Rajah 2: Peta Konsep Reka Bentuk Sistem Pengajaran (Sumber: http://ged578.pbworks.com/w/page/7309897/Instructional_Design)

Secara amnya proses ID mempunyai keperluan seperti berikut; 1. Untuk mengenalpasti hasil-produk atau hasil-pembelajaran dari sesuatu

"pengajaran", 2. Sebagai panduan untuk membangunkan kandungan pengajaran" (urutan/proses

dan skop), 3. Untuk memantapkan bagaimana keberkesanan "pengajaran" boleh dinilaikan.

Page 4: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

18

Model ASSURE

Tidak seperti model pembelajaran yang lain, Model Heinich, Molenda,

Russell dan Smaldino tidak mempunyai perwakilan visual atau gambar rajah. Ia

dijelaskan dengan penggunaan akronim iaitu ASSURE.

A Analyze Learners Analisis Pelajar

• General character • Specific entry competencies • Learning Style

S State Objectives Nyatakan Objektif

• Learning outcomes • Conditions of performance • Degree of acceptable performance

S Select Methods, Media and Materials Pilih Kaedah dan Bahan

• Select available materials • Modify existing materials • Design new materials

U

Utilize Media and Materials Guna Media dan Bahan

• Preview the materials • Prepare the materials, environment • Provide the learning experience

R

Require Learner Participation Perlu Penyertaan Pelajar

• In-class and follow-up activities so learner can process the information

E Evaluate and Revise Menilai dan Semak Semula

• Before, during and after instruction • Assess learner, media methods

Rajah 3: Struktur Model ASSURE

Page 5: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

19

1. Analyse learner (Analisis pelajar)

Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan

dengan tajuk yang dihendak ajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf

ekonomi pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku.

2. State Objective (nyatakan objektif)

Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang

dirancangkan. Objektif patut mengandungi formula “ABCD” seperti rajah

3 di bawah .

Rajah 4 : Formula Pembinaan Objektif

3. Select Methods, Media and Materials (pilih, kaedah dan bahan)

Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan

objektif pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah

dibaiki terlebih dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian

dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru

bersesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran.

Heinich et al., menggunakan formula ABCD

untuk membina pembelajaran yang jelas.

A = Audience

(Peserta/pelajar)

B = Behavior

(Tingkah Laku)

C = Conditions

(Syarat)

D = Degree

(Darjah)

Page 6: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

20

4. Utilize Media and Materials ( Guna Media dan Bahan)

Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat

kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik

minat murid murid serta yang memberi motivasi kepada murid supaya murid

murid merasa senorok. Adakan juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.

5. Require Learner Participation (Perlu Penyertaan Pelajar)

Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari

pembelajaran yang berlaku. Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas

yang betul diperolehi.

6. Evaluate and Revise ( Menilai dan Semak Semula)

Penilaian semasa proses dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran

membolehkan guru membuat pembetulan, penambahbaikan, dan tindakan

susulan yang sesuai. Penilaian boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Bentuk

Penilaian pembelajaran terbahagi dua, iaitu penilaian formal dan penilaian

informal. Penilaian formal merujuk kepada ujian. Penilaian informal dibuat

melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan,

pembentangan dan seumpamanya. Penilaian pembelajaran boleh dibuat

sepanjang proses P&P.

MODEL ADDIE Terdapat lima langkah umum dalam merekabentuk sesuatu pengajaran: Rajah 5: Rajah Model ADDIE

(Sumber: www.nwlink.com/~donclark/history_isd/addie.htm)

Page 7: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

21

Analyse (Analisis)

Pembangunan konsep, penyataan tujuan, kenalpasti pengguna sasaran,

perbincangan, pemerhatian dan pembacaan.Pada peringkat ini, masalah pengajaran

dijelaskan, objektif dan matlamat pengajaran ditetapkan. Persekitaran pembelajaran

dan pengalaman sedia ada murid juga dikenal pasti. Soalan-soalan berikut boleh

digunakan sebagai panduan menganalisis.

• Siapakah kumpulan sasaran dan apakah ciri-ciri mereka?

• Apakah hasil pembelajaran?

• Apakah pilihan strategi penyampaian?

• Berapakah tempoh pelaksanaan?

Design (Rekabentuk)

Pembangunan spesifikasi perkakasan, perisian, untuk mendapat maklumat

terperinci, sistem penyebaran, elemen yang dimasukkan contohnya audio dan video.

Kebolehgfungsian: elemen navigasi yang digunakan hendaklah boleh membantu

pengguna akhir contohnya pengguna boleh mengklik butang dan pintu terbuka dan

kemudian loceng berbunyi dan antara muka pengguna: rekabentuk skrin, objek

disusun, bagaimana pengguna berinteraksi dan mengemudi di dalam aplikasi.

Develop (Pembangunan )

Proses pembangunan antara muka. Penyediaan papan cerita, apa yang

pengguna lihat pada skrin dan bagaimana ia dihubungkan antara satu sama lain.

Guna Powerpoint supaya senang untuk mengedit dan paparan satu slaid satu papan

Pembangunan isi kandungan: maklumat atau bahan yang berkaitan dengan projek

yang akan dibangunkan - proses pengumpulan, penterjemahan, pengubahsuaian

elemen yang digunakan.

Implement (Pelaksanaan)

Proses pengujian sebelum dilaksanakan bagi memastikan tiada pepijat, tepat,

beroperasi. Mengikut peruntukan masa dan kehendak pelanggan. Turut juga

bergantung kepada konfigurasi sistem tersebut. Pengujian dipelbagai platform untuk

memastikan projek tersebut boleh digunapakai.

Evaluation (Penilaian)

Fasa ini terdiri daripada penilaian (1) formatif dan (2) penilaian sumatif.

Penilaian formatif adalah hadir dalam setiap peringkat proses ADDIE. Penilaian

Page 8: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

22

sumatif terdiri daripada ujian yang direka untuk kriteria yang berkaitan yang dirujuk

dan menyediakan peluang untuk mendapatkan maklum balas dari pengguna.

Semakan dibuat seperti yang diperlukan.

3.1.2 Peranan Rekabentuk Pengajaran Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Membina Objek Pembelajaran (LO – Learning Object)

Richey (1986) telah mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai

sains untuk mencipta spesifikasi terperinci bagi pembangunan, penilaian dan

penyenggaraan terhadap situasi yang membantu pengajaran dari unit yang

kecil dan besar dari ‘subject-matter’. Dick dan Carey (1996) pula mengaitkan

proses pengajaran sebagai satu sistem. Kaedah sistem itu boleh dirujuk

sebagai pembangunan sistem pengajaran (“Instructional System

Development”). Dari segi proses lebih cenderung kepada fasa-fasa

pembangunan dari proses reka bentuk pengajaran generik; analisis, reka

bentuk, pembangunan, implementasi dan penilaian (contoh oleh Seels dan

Glasgow, 1990).

Secara khususnya reka bentuk pengajaran adalah satu sistem yang

boleh membantu golongan pendidik atau pembangun perisian pendidikan

untuk 76 menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran.

Objek Pembelajaran (LO)

Objek Pembelajaran (OP), di ambil dari perkataan bahasa inggeris

“Learning Object’’ (LO). Istilah ini wujud dari dua bidang amalan profesional:

1. “Object-oriented programming (OOP)” yang mana mengelompokkan

kod-kod kepada kelompok kod yang boleh diguna semula,

mempunyai fungsi tersembunyi dan ciri-ciri yang mudah.

2. “Objektif pembelajaran” yang menawarkan pernyataan mudah

terhadap pencapaian atau hasil sesebuah pembelajaran yang

mengambikira perlakuan yang dilaksanakan terhasil dari aktiviti

pembelajaran

Page 9: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

23

Definisi Objek Pembelajaran (LO)

Objek Pembelajaran merupakan koleksi bahan-bahan digital-gambar,

dokumen, simulasi yang diiringi oleh objektif pembelajaran yang jelas dan

boleh diukur bagi menyokong sebarang aktiviti pembelajaran (Johnson, 2003

hlm. 4 diadaptasi oleh NMC, 2004 hlm.1)

Ciri-ciri Objek Pembelajaran

Terdapat beberapa ciri-ciri objek pembelajaran dan antaranya:

1. Mempunyai objektif pembelajaran yang jelas dan boleh diukur

2. Bersifat digital

3. Boleh diedarkan atau diakses melalui internet atau sistem rangkaian

4. Mengandungi aktiviti yang boleh mengundang pelajar membuat

eksperimen dan berinteraksi dengan kandungan

5. Mengandungi kandungan (“subject matter”) dan antaramuka

6. Mengandungi metadata

Kelebihan Menggunakan Objek Pembelajaran

1. Fleksibel

Menawarkan akses kepada pelbagai mod pembelajaran kepada

pelajar.

2. Kos efektif

Sumber percuma (punca terbuka)- bahan ini boleh digunakan

berulangkali.

3. Kesesuaian

Guru boleh memilih OP yang boleh disesuaikan dengan bahan sedia

ada dan stail pembelajarannya.

Rasional Membina Objek Pembelajaran

1. Tidak menemui bahan pengajaran yang boleh memenuhi keperluan

objektif pembelajaran

2. Menambah (supplement) kepada bahan pengajaran yang sedia ada.

Penghasilan Objek Pembelajaran

1. Tulis objektif pembelajaran yang jelas

2. Pilih kandungan yang sesuai yang boleh menyokong matlamat pendidikan

3. Sistem penyampaian yang sesuai (PPT, Internet dll)

Page 10: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

24

4. Pilih struktur aktiviti yang sesuai (Task anaysis)

5. Berikan pilihan kepada pelajar terhadap ‘laluan’ dalam OP (Skill Hierarchy)

6. Berikan pelbagai ruang aktiviti yang boleh menangani pelbagai mod

pembelajaran (cth: ‘permainan’ dalam aktiviti di internet)

7. Maklumbalas yang konstruktif

8. Pertimbangkan isu penilaian

3.2 Merancang Pengajaran (Instructional Planning) 3.2.1 Keperluan merancang pengajaran

Kelebihan yang boleh didapati daripada rancangan pembelajaran

boleh dilihat daripada penggunaan rancangan pembelajaran sebelum,

semasa dan selepas sesuatu pembelajaran (Borco & Livingston, 1992;

Kauchak & Eggen, 1989; Reynolds, 1992)

Sebelum Pembelajaran

Bridge

• Perancangan Pembelajaran menghubungkan matlamat kurikulum

dengan pelajar

• Perancangan pembelajaran yang menghubungkan dengan objektif,

aktiviti pembelajaran, dan penilaian.

Checklist

• Menjangka bahan yang specifik, kemudahan dan peralatan yang

dikehendaki. Keperluan ini untuk memastikan bahan ini cukup untuk

semua pelajar.

Schedule

• Perancangan Pembelajaran membolehkan guru untuk menentukan

apakah aktiviti yang akan digunakan untuk membantu pelajar belajar

dan untuk meletakkan mereka dalam turutan yang logik dan

memperuntukkan masa yang mencukupi untuk aktiviti-aktiviti yang

berbeza.

Page 11: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

25

Semasa Proses Pembelajaran

Road Map

• Perancangan Pembelajaran menerangkan destinasi yang hendak

dicapai dan jalan-jalan yang dirancang untuk sampai ke destinasi.

• Perancangan Pembelajaran memastika kita berada dilandasan yang

betul, memantau pelajar untuk sampai ke matlamat.

Outline

• Perancangan Pembelajaran menyadiakan set panduan untuk diikuti di

dalam bilik darjah, membenarkan guru untuk berinteraksi dengan

pelajar daripada untuk mengingat apa yang akan dilakukan selepas

itu.

Compass

• Perancangan Pembelacaran menyediakan arah tuju yang jelas dan ini

meningkatkan keyakinan. Ini penting bagi guru-guru yang kurang

pengalaman.

Selepas Proses Pembelajaran

Diary

• Menyediakan tempat untuk merekod apa yang berlaku ketika proses

pembelajaran (McCutcheon, 1980).

• Tempat untuk merekod pemerhatian dan komen apa yang berjaya

dan gagal.

Briefing Book

• Ia penting kerana untuk memberi maklumat kepada rakan apa yang

berlaku dalam bilik darjah.

3.2.2 Merancang aktiviti pembelajaran berasaskan teori pembelajaran

dan teknologi pengajaran. (proses integrasi teknologi diberi penekanan)

Page 12: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

26

CONTOH INTEGRASI RANCANGAN PENGAJARAN DENGAN TEKNOLOGI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM

Tarikh :7 April 2006

Masa :8.45 - 9.45 pagi

Tahun/Ting. :1 Bestari

Topik :Bersuci daripada hadas keciI

Bidang :Ibadah

Hasil Pemb. :Murid dapat mengenal,menyebut dan menunjukkan anggota wuduk

dengan sempurna.

Pakej/Modul :

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

Aras i.Menyatakan pengertian wuduk dengan betul

Aras ii.Menyatakan anggota-anggota wuduk dengan betul

Aras iii.Menjawab latihan secara bertulis berdasarkan soalan

yang disediakan pada slaid Ms Power point dengan betul

Aktiviti P& P :

1.Guru menunjukkan slaid perkataan wuduk dan bersoaljawab

dengan murid-murid tentang pengertian wuduk

2.Memperkenalkan anggota wuduk yang wajib melalui slaid.

3.Memperkenalkan anggota wuduk yang sunat.

4.Menjawab soalan latihan yang disediakan.

Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik

Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif, Kontekstual

Kemahiran Generik :Kemahiran berfikir

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP):

• Bahan elektronik / bahan bercetak / bahan autentik:Komputer

• Kad tugasan :

• Templat pelajar :

• Borang penilaian aktiviti p&p :

Page 13: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

27

Pengetahuan Sedia Ada:

• Pelajar telah mengenali anggota badan.

• Pelajar biasa menyaksikan perlakuan wuduk.

Penerapan Nilai : Berdisiplin, menjaga kebersihan.

Gabungjalin : Sains, Matematik, PJK

PROSEDUR PELAKSANAAN PENGURUSAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

(PI)

Langkah Isi pelajaran Aktiviti Catatan

Set induksi 3 Minit

Slaid air mutlak 1.Guru menayangkan slaid Air mutlak 2.Guru menerangkan jenis dan kegunaan air mutlak.

Langkah 1 15 Minit

Pengertian wuduk 1.Bersoaljawab mengenai pengetahuan murid berkaitan wuduk . 2. Guru menerangkan pengertian wuduk melalui slaid.

Langkah 2 20 minit

Pengenalan anggota wuduk

1.Guru menunjukkan anggota wuduk melalui slaid. 2. Guru menerangkan anggota wajib dan sunat.

Langkah 3 19 minit

Menjawab soalan 1.Guru memaparkan slaid soalan. 2. Murid menjawab soalan dengan bimbingan guru.

Penutup 3 Minit

Nasyid tentang anggota wuduk.

1. Guru memperdengarkan nasyid dan meminta pelajar menasyidkan bersama.

Catatan/Refleksi: Murid dapat menyatakan semula anggota wuduk dengan betul.

3.3 Prinsip Dan Peranan 3.3.1 Grafik, foto, animasi, audio dan video

Pengenalan

Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang , simbol-

simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang yang dijadikan satu

media untuk memberi satu konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya

dalam proses menyampaikan maklumat.

Page 14: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

28

Prinsip-Prinsip Grafik

Walaupun seni grafik memerlukan kebolehan senilukis, tetapi untuk

menghasilkan bahan-bahan pengajaran tidak semestinya seorang itu pelukis.

Seorang guru dapat menghasilkan bahan pengajaran jenis visual untuk

pembelajaran dengan berpandukan kepada beberapa prinsip seni grafik.

Dalam menghasilkan sesuatu media pendidikan kita memerlukan grafik.

Grafik adalah berupa huruf, angka, gambarajah, carta dan sebagainya. Oleh

itu kita harus dan perlu mempelajari kaedah-kaedah dan prinsip grafik yang

betul supaya media-media pendidikan yang kita terbitkan itu bermutu. Untuk

mengeluarkan bahan-bahan pengajaran seperti carta, gambar kepingan

lutsinar, slaid dan sebagainya, prinsip-prinsip rekabentuk dipatuhi supaya

bahan itu nanti bukan sahaja akan berkesan tetapi juga menarik.

A. Prinsip Mudah

1. Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea

yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.

Perkara Utama : Menunjukkan cecair di masukkan ke dalam botol.

1. Tidak perlu dilukis tiga buah botol, dilukis sebuah botol lebih mudah

untuk difahami.

2. Visual yang mengandungi sedikit elemen adalah lebih baik , kerana mudah

dilihat.

3. Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah

perkataan sahaja dalam satu visual tayangan.

Page 15: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

29

Contoh Transparensi

4. Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar ( outline ) hendaklah dibuat

dengan garisan tebal. Garisan-garisan kecil harus ditinggalkan kerana

garisan-garisan kecil yang terlalu banyak akan mengelirukan.

B.Prinsip Penyatuan

Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual

apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan.

Dengan kata lain, elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain

hendaklah saling melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan

idea dasar yang hendak disampaikan. Penyatuan dapat diperolihi dengan

menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan

sebagainya.

Page 16: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

30

C. Prinsip Penegasan

1. Tegaskan satu elemen atau satu idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat

dan pusat perhatian

Tajuk Carta : Bola Sepak. Tidak perlu dilukis gambar permainan lain

2. Gunakan warna, penghurufan tertentu, saiz, ruang dan sebagainya untuk

menegaskan idea tersebut.

D.Prinsip Seimbang

Kesemua elemen-elemen dalam sesuatu visual dari elemen penghurufan

hingga ke elemen gambar dan garisan haruslah seimbang pada keseluruhanya dan

tidak berat sebelah. Dengan kata lain, semua elemen visual itu adalah dalam kedaan

yang sama berat.

Page 17: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

31

Seimbang Formal Seimbang Tak Formal

E.Keperluan Visual

F. Prinsip Rekabentuk

Untuk memenuhi prinsip dalam rekabentuk , perkara – perkara berikut perlu

diambil kira :

1. Garisan

Fungsi garisan dalam rekabentuk ialah untuk menghubungkan bersama -

sama elemen – elemen visual dan untuk mengarahkan pemerhatian supaya melihat

visual tersebut dengan urutan tertentu.

Page 18: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

32

2. Bentuk

Tiap-tiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhan

sama ada bentuk itu nyata atau tidak. Pada keseluruhanya ada empat jenis bentuk

yang biasa digunakan iaitu I , S , T dan Z. Bentuk – bentuk lain yang luar biasa akan

menambahkan minat pemerhati.

Ada Ruang

Tiada Ruang Ada Ruang

Page 19: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

33

3. Ruang

Ruang – ruang kosong haruslah ditinggalkan juga dikeliling perkataan dan

elemen – elemen visual yang laian untuk mengelakkan perasaan sesak dikalangan

pemerhati. Keadaan sesak tersebut boleh mengelirukan.

4. Warna

4.1 Kontras

Tujuannya untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual.Lazimnya

perbezaan warna antara latar ( elemen negatif ) dengan visual ( elemen positif ) akan

menimbulkan kontras yang baik.

G. Perancangan

Sebelum memulakan kerja – kerja grafik untuk menghasilkan sesuatu media

pengajaran, kita harus ada perancangan yang teliti terlebih dahulu. Perancangan

bagi menentukan jenis yang akan diterbitkan berdasarkan :

1.Bahan yang sedia ada atau bahan yang diperlukan hendaklan

disenaraikan.Misalnya pena , pensil , pembaris , pemadam . pemotong kertas , gam ,

dakwat , marker dan lain – lain keperluan.

2. Sebelum kita memulakan penerbitan kita harus tentukan objektif terbitan dan

beberapa ramai murid yang menjadi sasaran kita. Ini adalah penting untuk

kesesuaian dalam penggunaan dan untuk menggelakkan pembaziran.

3. Begitu juga dalam membuat terbitan , kita harus tahu tujuan terbitan itu. Adakah

ianya untuk tayangan , bukan tayangan , atau pameran.

Page 20: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

34

Contohnya :

3.1 Untuk tayangan seperti lutsinar / transperensi , slaid , filem Jalur , video dan

VCD.

3.2 Untuk bukan tayangan seperti carta , buku dan pena.

3.3 Untuk pameran seperti poster dan lukisan.

4. Perancangan “ Art Work “

Ada empat ‘art work ‘ yang diperlu dirancang dengan mengambil kira saiz dan

dimensi kawasan kerja , perbandingan bahan visual , reka bentuk dan susunatur ,

latarbelakang , sumber , kemahiran , teknik , bahan – bahan dan kemudahan –

kemudahan yang boleh digunakan.

H. Saiz Kawasan Kerja Adalah sangat penting memilih ‘cardboard ‘ atau saiz kertas yang boleh

diperlakukan dengan mudah. Keperluan-keperluan berikut perlu diambil perhatian

bila menentukan permukaan kerja :

1. Perhurufan dan lukisan boleh dibuat dengan mudah.

2. Ruang tepi perlu di sediakan disekeliling visual.

3. Bahan – bahan art work senang disimpan.

J. Warna

Walaupun lukisan – lukisan dan gambar – gambar hitam putih sememangnya

menarik tetapi penggunaan warna yang betul akan menimbulkan perasaan , mood

dan minat. Kegunaan warna dalam menghasilkan bahan pengajaran adalah sangat –

sangat diperlukan untuk menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran

didalam bilik darjah yang kurang beraneka warna. Tetapi perlu dingatkan

penggunaan warna untuk bahan – bahan visual adalah tertakluk kepada prinsip –

prinsip grafik dan batasan – batasan tertentu.

1. Panduan AM Warna

1.1 Gunakan warna untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elemen

tumpuan.

1.2 Gunakan warna yang berharmoni seperti warna monokromik , warna

berhampiran atau pun warna penggenap.

1.3 Gunakan warna supaya visual kelihatan mudah dilihat dan mudah difahami

serta tidak kelihatan sukar.

1.4 Permukaan hitan akan kelihatan lebih jelas jika warna putih digunakan.

Dengan berlatar belakangkan warna hitam , warna putih akan kelihatan lebih atau

Page 21: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

35

paling jelas. Ini diikuti dengan warna kuning , oren, hijau , merah , dan ungu

mengikut tertib jelas kelihatan.

1.5 Sebaliknya , jika warna putih merupakan warna latar belakang , warna yang

paling jelas kelihatan ialah warna hitam. Ini dikuti oleh warna merah , oren , hijau ,

biru , unggu dan kuning.

1.6 Rancangkan penggunaan warna untuk melahirkan kesan tertentu. Jangan

sekali – kali menggunakan warna mengikut sesuka hati sehingga kesan yang

diperolehi tidak terkawal dan lari jauh dari rancangan awal.

2. Skim Warna

Warna-warna diklasifikasikan ke dalam carta warna.

2.1 Skim Warna Monokromik

Warna monokromik berharmoni adalah sangat popular. Ia terdiri dari satu

warna yang muda membawa kepada warna tua. Satu contoh skim monokromik ialah

warna ungu; dari ungu muda hingga ke ungu tua. Begitu juga warna biru, dari biru

muda hingga ke biru tua.

2.2 Skim Berhampiran (atau Analogus)

Warna berhampiran berharmoni terdiri dari warna-warna yang berhampiran

dalam carta warna. Misalnya, skim berhampiran ialah warna hijau, hijau-biru, begitu

juga warna kuning, kuning-oren dan oren.

2.3 Skim Penggenap ( berlawanan atau komplimentari)

Warna penggenap berharmoni terdiri dari warna-warna yang bertentangan

dalam carta warna. Misalnya, warna kuning-oren digunakan bersama dengan warna

biru-ungu.

K. Kegunaan Grafik Dalam Visual

Huruf angka dan perkataan memainkan pernan yang penting dalam

komunikasi, kita patut berhati-hati bila menggunakan bahan visual. Perkataan dan

angka mestilah senang dibaca.

1. Huruf Bahan Visual

Bahan visual untuk pengajaran yang disediakan oleh guru hendaklah boleh

dilihat oleh semua murid sama ada yang duduk di depan atau pun di belakang bilik

darjah. Dengan itu perkara-perkara kecil di dalam visual seperti tulisan atau

Page 22: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

36

perhurufan haruslah boleh dilihat dengan jelas oleh semua murid. Penglihatan

penghurufan bergantung kepada:

a. Saiz huruf yang digunakan.

b. Jenis atau stail penghurufan yang dipilih.

c. Cara atau kaedah penghurufan.

Pemilihan saiz, jenis atau satail huruf bergantung juga kepda ciri-ciri bilik, di mana

visual digunakan seperti bentuk bilik panjang, lebar serta keadaan cahaya gelap atau

terang. Jenis skrin atau layar yang digunkan untuk bahan tayangan sama ada skrin

tayang depan atau skrin tayang belakang. Skrin tayang belakang tidak begitu cerah

dan dengan itu memerlukan huruf-huruf yang lebih besar.

2. Cara Menulis Huruf dan Angka / Jenis-jenis Penghurufan

2.1 Tulisan bebas ( free hand)

Sham

Huruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas dengan menggunakan

berus dan dakwat atau cat berwarna. Cara ini setiasa digunakan untuk grafik yang

besar seperti carta dan poster. Lain-lain jenis tulisan bebas boleh dibuat dengan

menggunakan beberapa jenis pen dan mata pen seperti mata pen skrip. Pensel

lukisn arang, kapur dan feltpen atau pen marker juga boleh digunakan. Berikut

beberapa petua untuk melukis penghurufan.

Penghurufan yang ditulis dengan tangan

Page 23: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

37

Menulis dengan menggunakan garisan pandu bagi mempastikan huruf sentiasa lurus

dan sama tegak.

A A B B C C

Pastikan huruf – huruf keseluruhannya mempunyai ketebalan yang sama. 2.2 Penghurufan dari komputer dan stail penghurufan

CUBAAN Gunakan garisan luar untuk mendapatkan rasa kekuatan kepada huruf-huruf.

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Pusat Sumber Lukiskan garisan di atas atau di bawah huruf untuk penegasan. Kadangkala dua

garisan tebal dan garisan halus.

Page 24: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

38

Huruf – huruf besar boleh digunakan dalam ruang kecil dan bertindih – tindih

huruf – huruf berkenaan. Ini adalah jenis penghurufan yang menarik dan mudah

membuatnya. Penghurufan juga boleh dibuat dengan kaedah tampalan.

SEKOLAH

Penghurufan yang menggunakan bayang. 2.3 Penghurufan yang dipotong dari bahan lain.

A A

Huruf Asal Salin

A A

Potong Tampal

Page 25: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

39

2.4 Huruf Pindah Kering.

Bahan pindah kering ini boleh dibeli dalam bentuk huruf , simbul , angka

dalam berjenis-jenis saiz , bentuk dan warna. Saiz hurufnya ditetapkan dalam tiap-

tiap kepingan yang dibeli mengikut pointnya. Saiz biasa ialah 6 point hingga 192

point. Bahan pindah kering ini senang diperolehi dan senang digunakan.

Huruf Pindah Kering Tanggalkan 3. Mudah Dilihat

Huruf yang digunakan mestilah mudah dilihat dan senang dibaca.

Perkataan dan angka serta lain-lain data yang dibuat untuk maklumat penonton,

mestilah berhati-hati supaya ianya senang dibaca.

3.1 Ukuran Huruf

Saiz huruf ini mengikut jenis grafik , jenis penonton dan jarak grafik itu akan

dilihat sesuai dengan peringkat umur murid.

3.2 Keterangan Huruf

Huruf itu mesti dibuat dengan terang dan senang dibaca.

3.3 Bentuk Huruf

Jenis bentuk huruf mengikut jenis kerja grafik itu, pembaca dan jarak

membaca. Bentuk huruf itu boleh menarik dan juga menjadikan grafik itu senang

atau susah untuk dibaca.

3.4 Susunan Grafik

Bahan-bahan untuk dibaca patut disusun supaya pembaca itu dapat

membacanya dengan mudah. Bahan yang mudah dibaca dan menarik terpulanglah

pada susunan grafik itu , warnanya yang dipilih dan latar belakangnya.

Page 26: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

40

L. Lukisan Dan Gambar Foto

Lukisan dan gambar foto memainkan peranan penting untuk menarik perhatian

penonton. Satu gambar boleh memberi keterangan dan makna yang sesuai. Gambar

itu boleh dibuat dalam bentuk dalam bentuk benar ( life like drawing ) bentuk garis

kasar ( outline ) bentuk gambar rajah ataupun dalam bentuk effect dan abstrak.

M. Warna Dan Grafik

Kepentingan warna adalah untuk menarik perhatian dan menunjukkan bahan-bahan

yang lebih penting di dalam visual itu. Bila warna digunakan untuk tulisan tajuk

utama visual , kita mesti berhati-hati dan pilih warna yang sesuai untuk latar

belakang grafik itu. Warna itu patut berturut-turut atau bertentangan seperti tulisan

hitam di atas kertas putih atau kuning. Tetapi tulisan kuning di atas kertas putih

adalah tidak sesuai.

N. Kertas

Pilihan jenis-jenis kertas untuk grafik juga sama penting dengan pilihan warna kerana

ada banyak jenis kertas yang boleh digunakan dalam grafik. Kertas boleh dipilih

mengikut kilat mukanya (gloss) kasar atau licin mukanya (texture) dan lain-lain.

Pilihan jenis kertas ini bergantung kepada kegunaan dan tempat kegunaan.

O. Panduan Am Penghurufan.

Untuk panduan guru di dalam bilik darjahnya di mana keadaan bilik darjah itu

memang sudah diketahui oleh guru , tumpuan ialah untuk memastikan bahawa murid

yang duduk di belakang bilik darjah dapat melihat dengan jelas. Berikut diberikan

panduan penghurufan untuk semua jenis visual , dari panduan penghurufan carta ke

penghurufan untuk ditayangkan seperti slaid dan kepingan lutsinar / transparensi.

1. Pilih stail penghurufan yang mudah dilihat seperti jenis tanpa serif. Elakkan dari

mengguna jenis yang berbunga-bunga atau bersambung ( jenis skrip dan inggeris

lama)

Huruf Mudah

Penghurufan Yang Mudah Dibaca

Page 27: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

41

Prinsip Grafik

Huruf Mudah

Prinsip Grafikrinsip Grafikrinsip Grafikrinsip Grafik

Prinsip GrafikPrinsip GrafikPrinsip GrafikPrinsip Grafik

cÜ|Çá|Ñ ZÜty|~cÜ|Çá|Ñ ZÜty|~cÜ|Çá|Ñ ZÜty|~cÜ|Çá|Ñ ZÜty|~

Penghurufan Yang Tidak Sesuai Untuk Sekolah Rendah

2. Untuk tajuk-tajuk yang pendek (enam perkataan atau lebih sedikit) gunakan huruf

besar kesemuanya. Untuk tajuk-tajuk yang paling panjang yang melebihi enam

perkataan,gunakan huruf-huruf kecil atau biasa yang didahului dengan huruf-huruf

besar dipermulaan perkataan. Huruf-huruf kecil lebih mudah dilihat.

3. Jarakkan huruf dengan cara optik atau menggunakan penghilatan mata. Dengan

kata lain sebenar di antara huruf adalah tidak sama, tidak kelihatan hampir

menyentuh. Yang penting ialah semua kekosongan diantara huruf-huruf hendaklah

seimbang dan kelihatan sama.

4. Jarak di antara perkataan hendaklah sekurang-kurangnya 1 ½ x lebar huruf M.

Jarak di antara semua perkataan hendaklah kelihatan sama. Ini adalah bersesuaian

untuk bahan batu yang bersaiz besar seperti carta dan untuk jumlah murid seramai

40 orang.

Page 28: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

42

Ini buku

saya 1 ½ lebar huruf M

5. Jarak di antara akhir ayat kepermulaan ayat baru, dibarisan yang sama hendaklah

sekurang-kurangnya 3 x lebar huruf “ M “. Jarak di antara semua hujung ayat

ke permulaan ayat baru hendaklah kelihatan sama juga.

Buku Biru Buku Hijau

3 lebar huruf “ M “

Buku Biru

Buku Hijau

1 ½ Tinggi huruf “ M “

6. Warnakan penghurufan dengan warna yang akan menyebabkan penghurufan tersebut kelihatan lebih jelas. Warna latar penghurufan haruslah warna yang boleh menyebabkan penghurufan itu lebih jelas. P. Keluarga Penghurufan Terdapat tiga keluarga ( kategori) Penghurufan. 1. Keluarga Huruf Serif 2. Keluarga Huruf Senserif 3. Keluarga Huruf Pelbagai

Page 29: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

43

Air Sejuk Huruf Tanpa Serif

Air Sejuk Huruf Moden Yang Bersirif Sedikit

Air SejukAir SejukAir SejukAir Sejuk Huruf Skrif

Air SejukAir SejukAir SejukAir Sejuk Huruf Inggeris Lama

Q. Penyusunan Barisan Huruf.

Memohon Kebenaran Keluar

Sejajar Di Pangkal

Sejajar Di Hujung

Memohon Kebenaran Keluar

Seimbang Formal

Memohon KebenaranKeluar

Page 30: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

44

R. Pengenalan Grafik Dalam Komputer

Dalam era masa kini, penggunaan komputer menuntut manusia memilih untuk

melakukan kerja dengan lebih mudah lagi. Pelbagai perisian digunakan untuk

membina kerja-kerja yang melibatkan grafik.

Penggunaan komputer dalam penghasilan bahan P&P dapat memudahkan

kerja dalam jangkamasa yang singkat. Walaubagaimanapun pengguna harus

mengetahui mengenai prinsip-prinsip asas grafik supaya hasil yang diciptakan dapat

difahami dan menarik perhatian pengguna.

Dalam bab ini anda didedahkan dengan penggunan asas grafik MS-Words.

Anda haruslah mengetahui asas penggunaan MS-Word dan telah kenal Bar Alat

yang dipaparkan di skrin.

S. Bagaimana Mengendali Grafik

Anda boleh mencipta dan menyerikan lagi dokumen word dengan

menggunakan gambar tersedia dari koleksi Microsoft ClipArt Gallery atau menyisip

fail imej yang dihasilkan dengan program lain.

Anda boleh juga melukis bentuk untuk dimasukkan ke dalam penghasilan.

Setiap grafik atau bentuk yang ditambah ialah satu objek. Objek boleh dipindahkan

dan diubah saiznya mengikut kehendak.

Anda akan belajar menggunakan peralatan grafik dalam Word. Anda juga

ditunjukkan cara melukis bentuk asas, menyisip gambar, menghasilkan

imej WordArt, dan mengendali objek grafik. T. Menyisip Grafik Tersedia

Satu cara untuk menambah keberkesanan visual ialah dengan menggunakan

gambar clipart, iaitu lukisan atau imej tersedia yang mencakupi pelbagai topik dan

kategori. Anda boleh menyisipkan gambar tersedia ini ke dalam sebarang dokumen

anda. Microsoft Word menyediakan koleksi imej tersedia termasuk imej dan gambar

foto hitam putih dan berwarna. Selain gambar dalam galeri Microsoft, anda boleh

mencari gambar lain di Jaringan Web Sedunia (WWW).

Page 31: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

45

1. Membuka Kotak Dialog

Klik tetikus pada lokasi yang anda ingin menyisipkan gambar. Buka menu Insert dan

pilih picture, Clip Art untuk membuka kotak dialog insert clipArt.

2. Melihat Kategori Gambar

Dari tab picture, tinjaulah kategori gambar yang ada. Gunakan bar tatal untuk melihat

semua kategori yang ada. Klik pada objek yang dipilih.

3. Melihat Gambar

Paparkan senarai gambar yang tersedia. Sesetengah kategori mempunyai

pautan Keep Looking yang boleh diklik untuk memaparkan gambar lain. Jika anda

tidak mendapati gambar yang diperlukan, klik butang back untuk mencari kategori

Page 32: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

46

lain ( klik Forward untuk melihat set gambar sebelumnya setelah mengklik

butang back ).

4. Memilih Gambar

Apabila menemui gambar yang sesuai digunakan, klik pada gambar tersebut.

Klik butang Insert . Untuk pra pandang gambar itu, klik butang Preview Clip.

5. Gambar Muncul

Gambar itu akan muncul di dalam fail anda bersama bar alat picture. Anda

boleh mengubah saiz atau memindah imej. Tutup kotak dialog dengan mengklik

butang tutup ( X ).

Page 33: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

47

U. Menyisip Fail Gambar

Jika anda mempunyai fail gambar dari program lain, anda boleh menyisipnya

ke dalam dokumen anda. Anda boleh juga memasukkan objek seperti imej terimbas,

hamparan Excel dan objek visual yang lain.. Anda boleh mengubah saiz,

memindahkan dan disalin. 1. Membuka Kotak Dialog

Paparkan menu Insert dan pilih object untuk membuka kotak dialog object.

Klik tab Create from file.

Page 34: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

48

2. Membuka Kotak Dialog Browse Untuk mencari fail objek yang hendak disisipkan, klik butang Browse untuk membuka kotak dialognya.

3. Memilih Fail Objek

Cari gambar fail yang dikehendaki. Pilih fail itu dan klik Insert untuk kembali ke kotak

dialog object. Klik OK untuk menyisipkan objek itu. Objek yang dipilih itu boleh

dikecilkan saiznya dan boleh dipindahkan.

Page 35: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

49

V. Mencipta Teks Dengan Wordart

Salah satu alat grafik popular Microsoft yang dibekalkan bersama Word ialah

aplikasi WordArt. WordArt membolehkan anda menukarkan teks ke objek grafik yang

pelbagai bentuk dan pelbagai kesan menarik. 1. Membuka Menu Buka menu insert dan pilih picture, WordArt. Ini membuka kotak dialog WordArt Gallery.

Pilih satu kesan ( stail ) WordArt yang sesuai. Contoh yang diperagakan

menunjukkan bentuk dan kesan itu. Klik OK

2. Menaip Teks Dalam kotak Edit WordArt Text, taipkan teks yang hendak digunakan untuk

membentuk objek WordArt itu.

Page 36: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

50

3. Menukar Bentuk Font

Gunakan kotak naik turun Font untuk memilih bentuk dan stail Font. Anda juga boleh

menukar saiz Font.

Klik OK, objek WordArt anda akan muncul dalam dokumen bersama bar

alat WordArt. Gunakan bar alat ini untuk mengubahsuai objek WordArt sama ada

mengecil atau membesarkannya.

Page 37: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

51

4. Melukis Bentuk Asas

Anda boleh melukis pelbagai bentu dengan menggunakan Word Drawing. Anda

boleh mendapatkan alat Drawing ini di bar yang terpapar di bawah skrin komputer.

Pelbagai bentuk lukisan disediakan dengan mengklik pada bar alat. Antaranya

garisan lurus, petak segiempat, bulat, anak panah, segitiga dan sebagainya. Anda

juga boleh mengklik butang AutoShapes untuk mendapatkan pelbagai bentuk yang

diingini.

Page 38: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

52

5. Bagaimana hendak melukis?

Klik pada bar alat Drawing untuk memilih bentuk lukisan. Gerakkan penuding tetikus

ke lokasi untuk anda mula melukis. Klik dan seret tetikus untuk melukis bentuknya.

Apabila bentuk yang dikehendaki diperolehi, lepaskan butang tetikus. Anda boleh

mengubah saiz, memindah atau memformat objek itu. 6. Melukis bentuk tidak sekata

Gunakan alat Freeform untuk melukis poligon atau bentuk tidak sekata. Untuk

menggunakan alat ini, klik butang AutoShapes di bar alat Drawing, kemudian pilih

kategori Lines dan pilih alat Freeform.

W. Melilit Teks disekililing Grafik

Anda boleh menambah objek ke dalam dokumen yang mempunyai teks.

Anda boleh merancang dan menentukan kedudukan teks di dalam teks. Misalnya

anda mungkin mahu teks disusun sehingga tepi objek, atupun meninggalkan sedikit

ruang putih antara objek dengan teks. Kawalan lilitan teks word membolehkan anda

menentukan cara teks dan objek diperagakan bersama.

1. Memilih Objek

Pilihlah objek yang dikehendaki. Klik butang Text Wrapping di bar

alat picture. Gunakan menu naik turun untuk memilih lilitan teks yang sesuai.

Word akan melilitkan teks di sekeliling objek berdasarkan opsyen yang dipilih. Dalam

contoh ini lilitan Tight telah digunakan.

Page 39: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

53

X. Menambah Teks Ke Dalam lukisan

1. Lukisan yang dibuat dengan menggunakan butang Drawing boleh dimasukkan

teks dengan menggunakan Text Box.

Page 40: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

54

Klik butang Text Box yang ada pada bar alat Drawing. Klik pada objek lukisan

dan taipkan teks yang ingin dimasukkan.

2. Menukar warna

Klik kanan objek itu untuk memaparkan menu pintas dan pilih perintah Format di

bahagian bawah menu. Nama perintah ini berbeza bergantung pada jenis objek

dipilih. Misalnya jika anda telah klik kanan pada satu bentuk, namanya ialah Format

AutuShape. Jika anda klik kanan pada kotak teks, namanya ialah Format Text Box.

Page 41: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

55

Kotak dialog Format muncul. Klik tab Colors and Lines untuk melihat opsyen bagi

menukar warna dan stail garis objek.

3. Menambah Kesan Bayang

Satu lagi cara untuk menambah kesan khas pada objek ialah dengan menggunakan

bayang ( shadow ). Ini dapat memberi kesan 3D pada kotak teks, bentuk, gambar,

objek WordArt dan sebagainya. Anda boleh mengawal dengan tepat lokasi bagi

bayang yang akan muncul serta warnanya. 1 Memasukkan Kesan Bayang

Klik pada objek yang dipilih. Klik butang Shadow di bar alat Drawing untuk

memaparkan palet kesan bayang. Klik pada kesan yang dikehendaki. Kesan bayang

yang dipilih dengan serta-merta muncul pada objek.

Page 42: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

56

2. Membuka Bar Alat Khas

Untuk kawalan yang lebih rapi terhadap kesan bayang, gunakan bar alat Shadow

Setting. Klik butang Shadow dan pilih Shadow Setting pada palet yang muncul.

Animasi

Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik.

Ianya juga merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar

kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada

dasarnya adalah statik. Animasi merupakan antara elemen multimedia yang

paling diminati serta mendapat perhatian ramai kerana ianya mampu

menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti. Ianya juga

membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan dengan

menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan dengan lebih

mudah dan berkesan.

Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan maklumat juga

dapat menceriakan proses penyampaiannya. Ia juga membolehkan sesuatu

persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik

berbanding penggunaan teks semata-mata. Di samping itu, animasi juga

mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi

membolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan

yang ingin disampaikan.

Page 43: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

57

Kepentingan Animasi dalam Pendidikan

Ramai penyelidik mengatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran

akan menjadi lebih berkesan sekiranya ia dilaksanakan dalam keadaan yang tidak

formal. Elemen-elemen yang menghibur atau menggembirakan juga perlu diselitkan

di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan kesan yang lebih

positif. Animasi digital merupakan salah satu media komunikasi yang boleh

digunakan bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran yang merangsang dan

menyeronokkan seperti mana yang telah dicadangkan. Dalam menyelesaikan suatu

masalah matematik misalnya; adalah lebih menyeronokkan dengan adanya keratan

yang berwarna-warni serta berterbangan di skrin komputer daripada menggunakan

sehelai kertas putih yang statik sifatnya.

Animasi yang menggambarkan pergerakan planet di dalam sistem suria juga

akan lebih digemari oleh para pelajar serta mampu menerangkan konsep yang ingin

disampaikan dengan lebih mudah berbanding paparan imej planet-planet yang

bersifat statik. Animasi, seperti media-media lain mempunyai peranan yang tersendiri

dalam bidang pendidikan khususnya bagi membantu meningkatkan lagi kualiti

pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan antara beberapa kepentingan

atau kelebihan animasi sekiranya digunakan dalam bidang pendidikan :

• Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual

dan juga dinamik. Ini membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan

mengenai suatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk

dipetakan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses

pemahaman.

• Animasi digital mampu menarik perhatian pelajar dengan mudah. Ianya juga

mampu menyampaikan sesuatu mesej dengan lebih pantas berbanding

penggunaan media yang lain. Pelajar juga mampu memberi tumpuan yang lebih

lama kepada media yang bersifat dinamik berbanding media yang bersifat statik.

• Animasi digital juga boleh digunakan bagi membantu menyediakan persekitaran

pembelajaran secara maya. Ini terutamanya bagi menangani keadaan di mana

persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan,

membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi.

Page 44: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

58

• Sekiranya digunakan dengan berkesan, animasi mampu menawarkan satu

persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Ianya juga mampu

menarik perhatian, meningkatkan motivasi serta merangsang pemikiran pelajar

dengan lebih berkesan. Ini semuanya akan membantu dalam proses

mengurangkan beban kognitif pelajar dalam menerima sesuatu isi pelajaran

atau mesej yang ingin disampaikan oleh para pendidik.

• Persembahan secara visual dan dinamik yang disediakan oleh teknologi animasi

mampu memudahkan proses penerangan konsep atau pun demonstrasi

sesuatu kemahiran. Ianya membolehkan seseorang pelajar memanfaatkan lebih

banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat. Ini secara tidak langsung

mempercepatkan proses pemahaman serta mengekalkan maklumat tersebut

dalam tempoh masa yang lebih lama di dalam ingatan.

Audio

Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu suatu daya penarik yang

berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem

multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara

latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Di dalam sesuatu sistem

multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses

penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain dari

itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar

lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat. Di samping itu

juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik

dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin

dipersembahkan

Page 45: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

40

Panduan Menggunakan Audio dalam Aplikasi Multimedia atau

Laman Web Pendidikan

Walau pun penggunaan audio di dalam sesebuah aplikasi atau persembahan

multimedia mempunyai pelbagai kelebihan, penggunaannya perlu dirancang dengan

teliti serta dikawal penggunaanya. Ini adalah kerana tanpa perancangan yang teliti

serta apabila ianya digunakan ditempat yang tidak sesuai atau pun digunakan secara

keterlaluan mampu mencacatkan keseluruhan persembahan. Berikutnya merupakan

beberapa panduan asas bagaimana audio dapat digunakan dengan berkesan di

dalam sesebuah aplikasi multimedia :

I. Audio hanya digunakan jika ianya didapati bersesuaian dengan isi kandungan

aplikasi atau program.

II. Audio hanya digunakan sekira ianya diperlukan atau pun terdapat rasional

mengapa ianya digunakan.

III. Sekiranya audio digunakan, pastikan pengguna mempunyai kuasa kawalan

terhadapnya. Kuasa kawalan di sini merujuk kepada kuasa mengawal

ketinggian audio, memberhentikan audio dan sebagainya.

IV. Elakkan menggunakan terlalu banyak kesan audio yang sama di dalam

sesebuah aplikasi bagi mengelakkan kebosanan. Sebagai contoh, pelajar

mungkin akan merasa kagum atau seronok apabila mendengar kesan audio

yang tertentu apabila mereka bergerak dari satu skrin ke satu skrin yang

baru. Namun demikian mereka pastinya akan mula merasa bosan apabila

kesan audio yang sama terus digunakan berulang-ulang setiap kali mereka

memasuki skrin baru.

V. Gunakan saiz sampel atau kadar sampel yang tidak terlalu tinggi bagi tujuan

rakaman atau semasa menyimpan fail audio. Selain dari mengurangkan saiz

fail audio, kualiti audio yang terhasil juga sudah memadai bagi digunakan di

dalam sesebuah aplikasi multimedia.

VI. Elakkan daripada menggunakan audio sekiranya ia didapati boleh

mengganggu persembahan.

Page 46: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

41

Video Video merupakan salah satu daripada media bergerak yang menghasilkan

imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej

kepada penonton.

Jenis-Jenis Kamera Video

1. Kamera video analog

2. Kamera video digital

Kamera video analog

• Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk

analog.

• Kamera ini menggunakan tape magnetik dalam bentuk kaset video dalam

pelbagai format seperti format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic. Saiz kaset ini

berbeza-beza dan hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai

dengannya sahaja seperti dalam jadual di bawah.

Kaset Video Format

VHS

VHS-C

HI 8

U-matik

Page 47: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

42

Kamera video digital

• Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk

digital.

• Kamera ini menggunakan kaset video dalam saiz yang kecil biasanya dalam

format DVC (Digital Video Cassette).

• Kamera video ini boleh disambungkan terus ke komputer dengan

menggunakan kabel firewire.

• Imejnya boleh disunting menggunakan perisian-perisian video secara digital

melalui komputer.

Bahagian-bahagian penting kamera video

Page 48: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

43

Jenis-jenis Pergerak Kamera

Jenis Shot Foto

Full Length Shot (FLS)

Medium close-up shot

Close Up Shot (C/UP)

Knee Shot (KS)

Long Shot (LS)

Waist Shot

Big Close Up (BC/U)

Page 49: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

44

Panning

Sebelum memulakan aksi panning, cari point permulaan dan poin akhir, iaitu

dari mana bermulanya image yang anda ingin rakamkan dan di poin mana rakaman

itu berakhir. Biasanya imej yang dirakamkan dengan menggunakan teknik ini ialah

imej objek yang bergerak laju seperti pergerakan kereta lumba.

Tilting

Pergerakan ini sangat berguna untuk menunjukkan ketinggian bangunan, pokok

atau membanding beza dua objek yang berlainan saiz. Jika anda merakam

bangunan KLCC, bermula dari puncak dan menurun perlahan-lahan ke bawah anda

telah melakukan tilting down. Jika anda memulakan pergerakan kamera bermula dari

bawah hingga ke puncak bangunan KLCC anda telah menggunakan teknik tilting Up.

Pergerakan Dolly

Pergerakan Dolly memerlukan anda menolak (dolly in) dan mengundur (dolly out)

kamera yang dipasangkan di atas tripod beroda. Bagi menghasilkan pergerakan

yang licin, lantai hendaklah rata.

Page 50: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

45

Pergerakan truck

Anda boleh menggunakan kerusi beroda dan sudah tentu seorang pembantu

diperlukan untuk menolak anda ketika membuat penggambaran. Lensa hendaklah

berada dalam fungsi sudut luas (wide angle) dan guna mod fokus automatik. Seperti

teknik dolly, anda dinasihatkan membuat tanda dengan pita di atas lantai, dari mana

anda bermula trucking dan di mana anda merancang akan berakhir. Pergerakan ini

hendaklah licin dan ulang shot beberapa kali untuk mendapat shot yang terbaik.

Biasanya kita gunakan teknik ini bagi merakamkan objek yang sedang bergerak atau

berjalan.

Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran;

1. Tetapkan Tujuan dan Objektif

2. Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan

3. Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai

4. Menulis Skrip

5. Bersedia Membuat Penggambaran

6. Sediakan Bahan-Bahan Grafik

7. Sediakan Bahan dan Peralatan

8. Mulakan Penggambaran

9. Menyunting

10. Membuat Rakaman Audio

11. Prebiu

12. Gunakan Dalam Pengajaran

13. Penilaian

Penerbitan Video Pendidikan

1. Tetapkan tujuan dan objektif

2. Penyelidikan bagi tujuan mengumpul bahan

3. Pilih bahan-bahan yang sesuai

4. Menulis skrip

5. Bersedia membuat penggambaran

6. Sediakan bahan-bahan grafik

7. Sediakan bahan-bahan dan peralatan

8. Mulakan penggambaran

9. Menyunting

10. Membuat rakaman audio

11. Prebiu

Page 51: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

46

12. Gunakan dalam pengajaran

13. Penilaian dan pengubahsuai.

3.3.2 Keperluan dan kepentingan

Kepentingan grafik, foto, audio dan video telah diterangkan seperti tajuk

sebelum ini.

3.3.3 Perkakasan Dan Perisian

Perisian-perisian yang selalu digunakan untuk menghasilkan bahan

media terbahagi kepada beberapa jenis seperti:

a. Ispring

b. Exe. Learning

c. SCORM

d. Dan sebagainya.

3.4 Membangun media

Membangunkan atau membina media ialah menghasilkan bahan

pengajaran dengan menggunakan sumber-sumber perisian yang terdapat

secara terbuka di internet. Ini telah diterangkan seperti sub tajuk 3.1 di atas.

3.4.1 Mengurus media dan sumber 1. video 2. Moodles 3. DocsTeach 4. Media Sosial 5. e-pembelajaran 6. Kandungan Multimedia

3.4.2 Aplikasi rekabentuk pengajaran

1. Membina asas dan konsep rangka kerja bagi proses reka bentuk

pengajaran.

2. Membangunkan strategi pengajaran dan kemahiran untuk

memudahkan pembelajaran.

3. Menggunakan media pendidikan dan teknologi untuk

meningkatkan pembelajaran pelajar dewasa.

Page 52: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

47

3.4.3 Model rujukan/piawaian (SCORM, IMS)

Kandungan Sharable Content Object Reference Model

(SCORM) adalah koleksi piawaian dan spesifikasi bagi

e-pembelajaran berasaskan web. Pembangunan projek menggunakan

open source iaitu aplikasi eXe untuk mengarang bahan pembelajaran

berasaskan web. Aplikasi eXe dapat membantu guru-guru dan ahli

akedemik untuk menerbitkan kandungan web tanpa perlu kepada

kemahiran HTML atau XML markup.

Pengenalan kepada exelearning

Exelearning adalah mudah untuk digunakan, perisian percuma untuk mereka

bentuk kursus-kursus pembelajaran dalam talian. Program exe adalah disediakan

untuk dimuat turun dari www.exelearning.org. Aplikasi exelearning boleh digunakan

secara terus adalah juga tersedia untuk dimuat turun kepada memory stick yang

digunakan pada hampir semua komputer. Sistem kerja-kerja yang terbaik dengan

aplikasi Mozilla Foxfire. Firefox adalah juga boleh dimuat turun dengan percuma,

boleh didapati di www.mozilla.com/firefox/.

Bagaimana Ia Berfungsi

Gambar di bawah adalah skrin halaman utama exelearning . Sistem ini

dianjurkan menggunakan modul yang berbeza yang dikenali sebagai iDevices. Ini

adalah iDevices banyak seperti kapsul HubPages. IDevice masing-masing

mempunyai fungsi yang berbeza. Terdapat 18 aktiviti iDevices disediakan, kajian

kes, aktiviti melengkapkan ayat, laman web luar, teks percuma, galeri imej,

pembesar imej, java applet, pelbagai pilihan kuiz, kuiz pelbagai pilihan, objektif,

preknowledge, RSS, aktiviti membaca, renungan , SCORM (Sharable Content

Object Reference Model) kuiz, soalan betul salah dan artikel wiki.

Page 53: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

48

Halaman Utama Exelearning.

Sampel iDevice Case Study

Page 54: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

49

Kuiz SCORM dengan gambar

3.4.4 Metadata objek/sumber

Metadata (metacontent) ditakrifkan sebagai menyediakan data maklumat

tentang satu atau lebih aspek data, seperti:

1. Cara penciptaan data

2. Tujuan data

3. Masa dan tarikh penciptaan

4. Pencipta atau pengarang data

5. Lokasi pada rangkaian komputer di mana data telah diwujudkan

6. piawaian yang digunakan

Page 55: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

50

Paparan Laman Metadata

TUGASAN TERARAH 1. Dapatkan sumber daripada internet dan hasilkan bahan

media berdasarkan satu tajuk di dalam sukatan

matapelajaran major atau minor anda. Bahan media yang

dihasilkan mestilah mengambil kira model reka bentuk

pengajaran yang digunakan, teori pembelajaran dan sumber

penghasilan bahan seperti ispring,scorm dan sebagainya.

LAMAN WEB http://www.nwlink.com/~donclark/hrd/sat4.html http://ged578.pbworks.com/w/page/7309897/Instructional_Design www.nwlink.com/~donclark/history_isd/addie.htm www.personal.psu.edu/wxh139/Dick_Carey.htm web2.uwindsor.ca/courses/edfac/morton/instructional_design.htm

Page 56: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

51

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

RUJUKAN

Newby, T.J., Stepich,D.A., Lehman,J.D. & Russell,J.D. (2000). Instructional technology for teaching and learning.(2nd ed). New Jersey: Prentice Hall.

Priscilla, N. & Karin, M.W. (2003). Teaching with technology: Designing opportunities to learn. (2nd ed.).Canada:Thomson Wadsworth. Roblyer,M.D. & Edwards,J. (2000). Integrating Educational Technology into

Teaching. (2nd ed). ). New Jersey: Prentice Hall.

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

Page 57: 14 Tajuk 3 -  · PDF filememastikan projek tersebut boleh digunapakai. ... Kecerdasan Pelbagai :Kinastetik, logik matematik Strategi Pengajaran :Direktif, Pemerhatian, Generatif,

52

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat