i penilaian pengajaran pensyarah program ......i penilaian pengajaran pensyarah program kemahiran...

35

Upload: others

Post on 19-Mar-2021

41 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA
Page 2: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA
Page 3: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

i

PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP,

FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH

(PERDANA)

SYARINA AZURA BT NONG CHIK

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

ii

Page 5: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

iii

Untuk ayah dan ibu tersayang

Page 6: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan ribuan terima kasih

kepada penyelia projek sarjana muda, Prof. Madya Dr Othman Md Johan di atas bimbingan

dan tunjuk ajar serta dorongan padu yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini

disiapkan.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan–rakan 4 SPH (perdana) kerana memberi

kerjasama sepanjang tempoh pengedaran soal selidik, amatlah dihargai.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada

secara langsung atau tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan

idea dalam menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 7: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai pengajaran pensyarah program

kemahiran hidup di Fakulti Pendidikan yang merangkumi empat aspek iaitu tahap

persediaan pensyarah, tahap penyampaian pensyarah, tahap kesesuaian bahan bantu

mengajar, keperibadian dan ikhtisas pensyarah. Dalam kajian ini semua pelajar 4 SPH

(perdana) iaitu seramai 71 orang terlibat sebagai responden. Instrumen kajian

digunakan adalah satu set soal selidik dengan nilai indeks kebolehpercayaan item

bersamaan dengan 0.820. Perisian SPSS 15.0 digunakan untuk mendapatkan

kekerapan, peratusan dan nilai min bagi item–item yang telah dikemukakan. Hasil

kajian ini menunjukkan pelajar memberikan penilaian yang baik terhadap pengajaran

pensyarah dalam keempat aspek yang di nilai. Secara keseluruhannya nilai purata min

bagi keempat-empat aspek tersebut ialah 3.92. Min bagi tahap persediaan pensyarah

ialah 4.01, manakala bagi tahap penyampaian pensyarah, tahap kesesuaian bahan bantu

mengajar, keperibadian dan ikhtisas pensyarah ialah 3.93, 3.82 dan 3.92. Berdasarkan

dapatan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan kualiti

pengajaran pensyarah.

Page 8: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to evaluate the lecturers’ teaching in living skill

programmes, from the perceptive of lecturers’ preparation, lecturers’ delivering skills,

the suitability of teaching aids and lecturers’ personality and professionalism. A total of

71 4th year SPH student participated in the study. The research instrument used was a

questionnaire with a reliability index 0.820. SPSS version 15.0 was used to analyze the

data in terms of frequencies, percentages and means. The result showed that the student

have good evaluation of their lecturers’ teaching in all the four aspects being studied

with the overall mean 3.92. The mean for lecturers’ preparation is 4.01, where as the

mean for the suitability of teaching aids, lecturers’ personality and professionalism is

3.93, 3.82 and 3.92 respectively. Based on the research finding, several suggestion

were forwarded to improve the quality of lecturers’ teaching.

Page 9: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 10

1.4 Objektif kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 12

Page 10: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

viii

1.7 Batasan Kajian 13

1.8 Definisi Kajian 13

1.9 Penutup 18

2 SOROTAN PENULISAN

20

2.1 Pengenalan 20

2.2 Kepentingan Penilaian Pengajaran Pensyarah 21

2.3 Tahap Persediaan Pensyarah 25

2.4 Tahap Penyampaian Pensyarah. 26

2.5 Tahap kesesuaian Bahan Bantu Mengajar 33

2.6 Keperibadian dan Ikhtisas Pensyarah 37

2.7 Penutup 39

3 METODOLOGI KAJIAN

41

3.1 Pengenalan 41

3.2 Rekabentuk Kajian 41

3.3 Lokasi Kajian 43

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 43

3.5 Instrumen Kajian 43

3.6 Prosedur Kajian 46

3.7 Kajian Rintis 46

3.8 Analisis Data 48

3.9 Penutup 49

4 ANALISIS DATA

50

4.1 Pendahuluan 50

4.2 Analisis Bahagian A 51

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan 51

Page 11: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

ix

Jantina

4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan

Status Perkahwinan

52

4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan

Bangsa

52

4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan

Kelayakan Pendidikan

53

4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan

Keputusan CGPA

54

4.3 Analisis Bahagian B 54

4.3.1 Persoalan Kajian 1: Apakah tahap

persediaan pensyarah sebelum

memulakan pengajaran?

55

4.3.2 Persoalan kajian 2: Apakah tahap

penyampaian pensyarah semasa sesi

pengajaran

58

4.3.3 Persoalan kajian 3: Apakah tahap

kesesuaian bahan bantu mengajar

(BBM) yang digunakan oleh

pensyarah?

63

4.3.4 Persoalan kajian 4: Bagaimanakah

keperibadian dan Ikhtisas pensyarah

membantu dalam proses pengajaran

dan penbelajaran pelajar?

66

4.4 Rumusan 70

5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN CADANGAN

72

5.1 Pendahuluan 72

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 73

Page 12: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

x

5.2.1 Tahap Persediaan Pensyarah 73

5.2.2 Tahap Penyampaian Pensyarah 75

5.2.3 Tahap Kesesuaian Bahan Bantu

Mengajar

77

5.2.4 Keperibadian dan Ikhtisas Pensyarah 79

5.3 Implikasi Kajian 81

5.3.1 Pensyarah 81

5.3.2 Pusat Pengajaran dan Pembelajaran

Universiti

82

5.3.3 Kementerian Pengajian Tinggi 82

5.3.4 Institut Pengajian Tinggi (IPT) 82

5.4 Cadangan 83

5.4.1 Tahap Persediaan Pensyarah 83

5.4.2 Tahap Penyampaian Pensyarah 84

5.4.3 Tahap Kesesuaian Bahan Bantu

Mengajar

84

5.4.4 Keperibadian dan Ikhtisas Pensyarah 85

5.5 Cadangan untuk kajian akan datang 86

5.6 Penutup 87

RUJUKAN 89

LAMPIRAN 93

Page 13: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Kandungan Instrumen Kajian 44

3.2 Taburan Skor mengikut Skala Lima Mata 45

3.3 Skala Lima Mata kepada Tiga mata 45

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 51

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Status

Perkahwinan

52

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 53

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Kelayakan

Pendidikan

53

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Keputusan CGPA 54

4.6 Skala 5 mata kepada 3 mata 55

4.7 Skala Min 55

4.8 Taburan mengikut kekerapan, peratusan dan skor

min bagi tahap persediaan pensyarah

57

4.9 Taburan mengikut kekerapan, peratusan dan skor

min bagi tahap

penyampaian pensyarah semasa sesi pengajaran

61

4.10 Taburan mengikut kekerapan, peratusan dan skor

min bagi tahap kesesuaian bahan bantu mengajar

(BBM) yang digunakan oleh pensyarah

65

4.11 Taburan mengikut kekerapan, peratusan dan skor 68

Page 14: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

xii

min bagi keperibadian dan ikhtisas pensyarah

membantu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran pelajar

4.12 Taburan mengikut kekerapan, peratusan, skor min

dan tahap bagi satu penilaian pengajaran pensyarah

bagi mata pelajaran kemahiran hidup di

Fakulti Pendidikan, berdasarkan persepsi pelajar 4

SPH (perdana)

70

Page 15: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

xiii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

BBM Bahan Bantu Mengajar

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

IPT Institut Pengajian Tinggi

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

UTM Universiti Teknologi Malaysia

UNIPEN Unit Pengajaran dan Pembelajaran

P&P Pengajaran Dan Pembelajaran

SPSS Statistical Package of Sosial science

Page 16: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal selidik 91

B Pengesahan soal selidik 100

Page 17: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pensyarah memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan kejayaan

sesuatu sistem pelajaran. Pensyarah adalah nadi kepada proses pengajaran dan

pembelajaran. Matlamat universiti adalah mahu melahirkan ahli teknologi yang terlatih

dan mahir sejajar dengan keperluan negara di mana memerlukan tenaga mahir dalam

pelbagai bidang. Pekerja mahir yang lengkap dan cekap dari pelbagai bidang dapat

diwujudkan, jika tenaga pensyarah sendiri lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran

yang diperlukan. Pensyarah perlu terlatih dan mengajar dalam bidang atau mata

pelajaran pengkhususannya untuk menimbulkan keberkesanan dalam pengajaran.

Keberkesanan dalam pengajaran dapat di ukur dengan melahirkan siswazah–siswazah

yang profesional dan bertanggungjawab ke atas pembangunan sumber manusia dan

pembangunan negara.

Page 18: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pula ditentukan oleh para pengajar

atau pendidik. Pengajaran yang berkualiti perlu mengaplikasi prinsip–prinsip pedagogi

yang bermaksud ilmu mengajar secara saintifik dalam pendidikan formal seperti Institut

Pengajian Tinggi (Esah sulaiman, 2003). Dengan kata lain, peranan utama pendidik ialah

memastikan penuntut dapat menguasai ilmu, kemahiran, nilai dan yang lain– lainnya

dengan berkesan.

Dengan pertambahan pengambilan penuntut pendidikan tinggi semenjak dua

dekad lalu, jawatan–jawatan akademik baru di IPTA telah diwujudkan dan seterusnya

pengambilan pensyarah–pensyarah baru telah berlangsung dengan pantas di IPTA dan

IPTS. Pensyarah–pensyarah baru ini juga perlu mengendalikan kumpulan penuntut yang

lebih ramai dalam hampir semua bidang ilmu dan program pengajian. Tradisi

perbincangan dalam kumpulan toturial yang kecil seperti yang pernah diamalkan di IPT

pada tahun 1960-an telah digantikan dengan kaedah kuliah yang lebih bercorak sehala

kepada kumpulan penuntut yang lebih ramai.

Demi keberkesanan pembelajaran dan perkembangan optimum potensi intektual

para penuntut pendidikan tinggi, para pensyarah perlu dipersiapkan dengan pelbagai

kemahiran pengajaran–pembelajaran peringkat pendidikan tinggi. Pada masa yang sama

IPT juga perlu mempunyai keupayaan dan kemahiran mengenal pasti dan menyediakan

profil latar budaya, khususnya gaya pembelajaran para penuntut, untuk dimanfaatkan

oleh para pensyarah dalam kegiatan pengajaran mereka.

Menurut Ee Ah Meng (1997), pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang

berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia

meliputi perkara–perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian

bimbingan dan penilaian, dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran

kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan.

Page 19: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

Keberkesanan pengajaran pula di ukur berdasarkan sejauh mana hasil objektif

pelajaran telah di capai melalui proses pengajaran yang di rancang dan dilaksanakan

(Shahabuddin Hashim dan Rohizani Yaakub, 2003).

Bagi menjamin keberkesanan penyampaian ilmu atau maklumat, pensyarah

hendaklah memastikan bahawa pengajarannya adalah efektif. Dalam pengajaran efektif,

seseorang pensyarah hendaklah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan

penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar–pelajar. Ini

bermakna pendekatan sistematik kepada pengajaran hendaklah ditekankan (Ee Ah Meng,

1997).

Menurut Yaxley, (1991, dalam Esah Sulaiman, 2003), pengajaran adalah

merupakan satu tindakan bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan,

nilai dan makna. Jadi pengajaran adalah bersangkut paut dengan pengesahan, perubahan,

peninjauan semula, penilaian, dan penghuraian kepercayaan, nilai–nilai serta pengertian.

Beliau juga berpendapat bahawa pengajaran itu merupakan satu aktiviti intelek. Ia

melibatkan pemikiran, perasaan serta penilaian. Interaksi antara guru dengan pelajar–

pelajar serta pelajar dengan pelajar. Kesemuanya merupakan satu siri tindakan intelek.

Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mengungkapkan,

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah

lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

Page 20: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

kemakmuran masyarakat dan Negara.” (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 2001).

Bagi mencapai hasrat murni yang dinyatakan dengan jelas dalam FPK di atas

terutamanya daripada segi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu, para pendidik perlulah lebih prihatin pada perbezaan individu. Para pendidik

harus memikirkan dan berusaha menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang

lebih menjurus kepada perbezaan individu. Proses pengajaran dan pembelajaran haruslah

lebih menarik, berkesan dan kondusif untuk setiap pelajar. Perkembangan potensi

individu dan kesesuaian ciri–ciri pelajar harus di ambil kira. Penyataan hasrat FPK di

atas menunjukkan pendidikan di Malaysia pada hari ini menuju haluan yang jelas iaitu ke

arah pengindividuan pengajaran dan pembelajaran (Shahabuddin Hashim dan Rohizani

Yaakub, 2003).

Ini dapat di lihat melalui kemasukkan pelajar peringkat Sarjana Muda ke IPTA

pada tahun 2005 berjumlah 25, 940 orang, berbanding pada tahun 2000 pula hanya

seramai 16, 578 orang. Kemasukkan pelajar peringkat Sarjana Muda ke IPTA mengikut

bidang pendidikan pada tahun 2005 berjumlah 5, 688 orang, manakala pada tahun 2000

hanya 2,833 orang. (Sumber: Sektor Pengurusan IPTA, Jabatan Pengurusan IPT)

Oleh yang demikian, sebagai seorang pensyarah dan guru, kemahiran dan

pengetahuan yang tinggi amat diperlukan bagi memastikan objektif pengajaran dapat di

capai, sejajar dengan Matlamat Pengajaran Negara, untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia.

Page 21: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata,

jumlah pensyarah berkelulusan ijazah kedoktoran (Ph.D) yang sesuai untuk mengajar

pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sangat sedikit, manakala secara amnya ramai

pensyarah di IPT kurang berkualiti. Menurutnya lagi, daripada jumlah kecil berkelulusan

kedoktoran itu pula, kebanyakannya tidak begitu terdedah kepada persekitaran dunia luar.

Beliau berkata, jika masalah kualiti pensyarah tidak diatasi segera, ia mampu

memberikan kesan ke atas kualiti graduan yang dilahirkan oleh IPT. Sehubungan itu,

katanya, sudah tiba masanya para pensyarah mewujudkan rangkaian kerjasama peringkat

antarabangsa dan tidak hanya mengajar di Malaysia tetapi juga di luar negara. Hanya

dengan kaedah itu, mereka dapat mempertingkatkan kemahiran mengajar dan

pengetahuan dalam bidang masing-masing (Utusan Malaysia, 3 April 2006).

Untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pengetahuan pensyarah,

sejumlah RM1.2 bilion daripada RM17.6 bilion peruntukan Rancangan Malaysia

Kesembilan (RMK-9) di buat bagi pembangunan insan terutama membabitkan kerjaya

pensyarah. Datuk Mustapa Mohamed berkata, melalui program itu, pensyarah IPTA

akan di hantar melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat PhD di beberapa universiti

dalam dan luar negara. Langkah berkenaan, adalah selaras matlamat kementerian

melahirkan seramai mungkin tenaga pengajar IPTA yang mampu bersaing pada peringkat

antarabangsa. Langkah itu bertujuan untuk memastikan pensyarah mendapat pendidikan

yang terbaik dan sekali gus membuktikan mereka setanding graduan luar negara (Berita

Harian, 22 April 2006).

Page 22: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

Menurut Professor Ir. Dr. Hasanan Md Nor berkata aktiviti tentang pengajaran

dan pembelajaran adalah sangat mustahak kerana peranan utama setiap Institut Pengajian

atau pendidikan adalah pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang berkesan serta

proses pembelajaran yang bermakna dapat menyokong kepada aktiviti penguasaan ilmu

yang diperlukan oleh pelajar (Buletin Pusat Pengajaran & Pembelajaran, Universiti

Teknologi Malaysia, Jun 2007).

Dalam Pembangunan Sumber Pendidikan, penekanan peningkatan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran amat dititikberatkan dengan memastikan tenaga

pengajar yang berkualiti dan berwibawa perlu disediakan. Justeru, usaha daripada semua

golongan pendidik harus berfokus ke arah merelisasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Sebagai seorang pendidik yang melaksanakan Dasar Pendidikan

Kebangsaan pada peringkat IPT, setiap pensyarah harus berusaha meningkatkan taraf

profesional dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk merancang

dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh memanfaatkan para

pelajar.

Sehubungan dengan itu sebagai seorang pensyarah seharusnya memahami

strategi dan pendekatan pengajaran mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar. Setiap

kaedah yang diaplikasi itu hendaklah dilaksanakan dengan berkesan. Pemilihan dan

pengamalan strategi pengajaran tertentu di kalangan pensyarah membawa gaya atau cara

yang berbeza antara seorang dengan seorang yang lain (Esah Sulaiman, 2003).

Pemilihan kaedah pengajaran dalam sesuatu pengajaran yang hendak

dilaksanakan juga mengambilkira matlamat pengajaran itu sendiri. Matlamat pengajaran

yang berbeza setiap kali pensyarah mengajar akan menimbulkan minat dan menarik

perhatian pelajar. Jika mengaplikasikan strategi dan kaedah yang sama sahaja dalam

Page 23: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

pengajaran, tentulah pelajar –pelajar boleh menjangkakan apa yang akan berlaku dalam

kelas. Strategi pengajaran tidaklah memerlukan perubahan yang besar tetapi jika

mengadakan sedikit kelainan akan menjadikan pengajaran lebih menarik (Esah

Sulaiman, 2003).

Pada peringkat universiti sesorang pensyarah di beri kebebasan dalam

melaksanakan pengajaran mengikut kemahiran masing–masing. Kaedah pengajaran yang

biasa diaplikasikan di universiti, walaupun dalam zaman perkembangan teknologi

maklumat adalah kaedah kuliah. Kaedah kuliah masih lagi merupakan kaedah

pengajaran yang berpengaruh dan berkesan kerana mempunyai kekuatannya sendiri

(Esah Sulaiman, 2003).

Mengikut Hale (1964, dalam Robiah Sidin, 1998), kuliah ialah satu masa

pengajaran yang digunakan oleh pensyarah untuk mendedahkan sesuatu perkara tertentu

kepada pelajar dengan cara berterusan. Pelajar yang mengikuti kuliah pernah di beri

peluang untuk menyoal dan berbincang. Sistem ini jika dikelolakan dengan baik, boleh

memberikan pengajaran yang berkesan. Pelajar biasanya belum begitu matang untuk

belajar dengan cara membaca sahaja. Pensyarah boleh menyampaikan idea baru yang

belum terdapat dalam buku. Sistem ini adalah cara yang paling ekonomi dari segi masa

pensyarah untuk menyampaikan bahan pengajaran kepada pelajar.

Selain itu, pengajaran juga boleh dilakukan melalui penerangan, tunjuk cara,

eksperimen atau gabungan kesemua tindakan itu. Ia juga mungkin melibatkan sumber-

sumber, pengetahuan dan kemahiran guru atau mungkin bergantung pada bahagian

pengajaran seperti filem, slaid atau perisisan komputer (Ee Ah Meng, 1997).

Page 24: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

Gaya pengajaran juga penting, ini kerana ia memerihalkan tingkah laku atau

tindakan guru atau pensyarah dalam mengurus dan melaksanakan pengajarannya.

Anthony Grasha (1996, dalam Esah Sulaiman, 2003), menghuraikan gaya pengajaran

sebagai orientasi dan strategi yang digunakan oleh sesuatu institusi. Ada empat kelompok

gaya pengajaran yang menggambarkan ciri–ciri seseorang pengajar atau professor

merekabentuk pengajaran mereka. Grasha mengkategorikan gaya pengajaran kepada

empat kelas iaitu Expert/ formal authority yang cederung kearah pengajaran berpusatkan

guru. The personal model /expert / formal authority yang cederung kepada berpusatkan

guru dan menekankan modeling dan tunjukcara. Pendekatan ini menggalakkan pelajar

memerhati proses dan juga kandungan. The facilitator/ personal model cenderung kepada

berpusatkan pelajar. Guru merekabentuk aktiviti, interaksi sosial, penyelesaian masalah

yang memberi peluang kepada pelajar mengaplikasi kandungan dalam mempraktikkan

proses. The delegator/ Facilitator yang meletakkan beban pembelajaran ke atas pelajar.

Guru sediakan tugas yang rumit untuk menggalakkan inisiatif pelajar dan biasanya

menggunakan kerja kumpulan untuk menyiapkan kerja.

Dari segi kaedah pengajaran pensyarah pula, Peter (1988) menerangkan gaya

pengajaran sebagai satu set ciri– ciri peribadi dan tret yang menunjukkan dengan jelas

seseorang individu sebagai seorang guru yang unik. Faktor peribadi yang menjadikan

sesorang guru itu berbeza antara satu sama lain ialah pakaian, bahasa, suara, bahasa

badan (gestures), aras tenaga, eksperisi muka, motivasi, minat kepada manusia, bakat

dramatik dan kesarjanaan.

Menurut Joseph (1984), seseorang pensyarah itu hendaklah merupakan seorang

tukang cerita yang baik yang sentiasa memasukkan suasana dramatik mengenai apa

sahaja perkara yang dibincangkan. Ciri–ciri tukang cerita dapat membantu pensyarah

menjadikan kuliahnya mempunyai unsur cepat, spontan dan suspend dalam

pengajarannya. Menurut beliau walaupun pengajaran di peringkat tinggi cenderung

kepada cabaran intelektual yang tinggi dan lebih kompleks persoalannya berbanding

Page 25: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

dengan bercerita tetapi selalunya pensyarah yang berjaya adalah tukang cerita yang

mahir.

Highet (1950), melihat pengajaran adalah seperti berikut:

“Scholarship must be accurate, whether is interesting or not. But teaching

must be interesting even it is not 100 percent accurate”

Beliau mengatakan bahawa kesarjanaan hendaklah tepat sama ada ianya menarik

atau tidak. Tetapi pengajaran hendaklah menarik walaupun tidak seratus peratus tepat.

Walau bagaimanapun sebagai guru atau pensyarah, perlu mempunyai nilai yang di

pegang iaitu pengajaran hendaklah betul dan tepat. Jika tersilap hendaklah segera

dibetulkan.

Oleh yang demikian, tahap pengajaran pensyarah perlulah di nilai dan diadakan

pemantauan agar mutu pengajaran dapat dipertingkatkan sejajar dengan keperluan

negara. Penilaian ini dijalankan oleh pelajar, kerana pelajar merupakan manusia yang

paling hampir dengan pensyarah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku,

malah pelajar mengalami sendiri bagaimana sesuatu pengajaran dilaksanakan oleh

seseorang pensyarah. Pelajar juga lebih mengetahui sama ada pengajaran yang

disampaikan oleh pensyarah dapat difahami, dilaksanakan atau diaplikasi dalam

kehidupan seharian. Maka pelajar berhak, di beri peluang untuk menilai pengajaran

pensyarah.

Page 26: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

1.3 Penyataan Masalah

Dalam kajian ini penyelidik akan mengkaji mengenai penilaian pengajaran

pensyarah bagi kursus Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan, berdasarkan persepsi

pelajar yang mengikuti jurusan Kemahiran Hidup dalam tahun empat. Antara

permasalahan yang akan di nilai adalah:

i. Tahap persediaan pensyarah sebelum memulakan pengajaran

ii. Tahap penyampaian pensyarah semasa sesi pengajaran.

iii. Tahap kesesuaian bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh pensyarah

iv. Keperibadian dan ikhtisas pensyarah.

Kajian ini cuba mengenalpasti sejauh mana ke empat aspek di dalam pengajaran

iaitu tahap persediaan pensyarah, tahap penyampaian pensyarah, tahap kesesuaian bahan

bantu mengajar (BBM) serta keperibadian dan ikhtisas pensyarah dengan pelajar semasa

sesi pengajaran. Penggunaan aspek–aspek tersebut akan dikenalpasti melalui penilaian

oleh pelajar tahun 4 SPH (Perdana), setelah 3 ½ tahun mempelajari hampir semua mata

pelajaran kemahiran hidup.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini di rangka bagi tujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar

mengenai pengajaran pensyarah kursus Kemahiran Hidup di Fakulti Pendidikan yang

merangkumi beberapa aspek untuk:

Page 27: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

i. Mengetahui tahap persediaan pensyarah sebelum memulakan pengajaran.

ii. Mengetahui tahap penyampaian pensyarah semasa sesi pengajaran.

iii. Mengetahui tahap kesesuaian Bahan Bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh

pensyarah.

iv. Mengetahui keperibadian dan ikhtisas pensyarah.

1.5 Persoalan Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa

persoalan mengenai perlaksanaan pengajaran pensyarah bagi mata pelajaran kemahiran

hidup, fakulti pendidikan. Antara persoalan yang ditimbulkan ialah:-

i. Apakah tahap persediaan pensyarah sebelum memulakan pengajaran?

ii. Apakah tahap penyampaian pensyarah semasa sesi pengajaran?

iii. Apakah tahap kesesuaian Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunakan oleh

pensyarah?

iv. Bagaimanakah keperibadian dan Ikhtisas pensyarah membantu dalam proses

pengajaran dan pembelajaran pelajar ?

1.6 Kepentingan Kajian

Setiap kajian yang dijalankan mempunyai kepentingan tertentu. Begitu juga

dengan kajian ini, di mana hasil kajian yang dijalankan ini, dapat membantu

Page 28: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu hasil kajian

yang dijalankan diharapkan dapat :

i. Memberi peluang kepada pelajar untuk menilai pengajaran pensyarah, di

samping itu pelajar dapat mengenal pasti kelemahan –kelemahan pengajaran

pensyarah.

ii. Dijadikan panduan kepada pensyarah–pensyarah yang terlibat dengan pengajaran

di dalam program pengajian, terutama di dalam menilai semula keberkesanan

pengajaran pensyarah dan mengenalpasti kelemahan – kelemahan pensyarah

dalam pengajaran. Ini akan menjadi asas kepada peningkatan kualiti pengajaran

di masa akan datang.

iii. Memberi maklumat kepada Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Universiti,

melalui dapatan hasil kajian yang dijalankan bagi menilai, meneliti dan seterusnya

merangcang kursus–kursus yang dapat mempertingkatkan mutu pengajaran

pensyarah.

iv. Memberi maklumat kepada Kementerian Pengajian Tinggi terutamanya Bahagian

pendidikan Guru, mempertingkatkan lagi kualiti tenaga pengajar agar mereka

yang terpilih adalah mereka yang benar–benar berkeupayaan dan bersungguh–

sungguh ingin menjadi seorang pendidik yang berkualiti dari segi pengajaran dan

pengetahuan.

v. Memberi maklumat kepada Institut Pengajian Tinggi (IPT), untuk membantu

pensyarah merangka satu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap

dan menyeluruh yang dapat memberi panduan tentang bagaimana sesuatu kursus

itu dapat dijalankan dengan jayanya.

Page 29: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini adalah tertumpu kepada penilaian pengajaran pensyarah kursus

Kemahiran Hidup di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Aspek

pengajaran pensyarah yang di nilai ialah tahap persediaan pensyarah, tahap penyampaian,

tahap kesesuaian bahan bantu mengajar serta keperibadian dan ikhtisas pensyarah.

Kajian ini hanya melibatkan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup). Kajian ini dijalankan berdasarkan persepsi pelajar

terhadap pengajaran pensyarah, diharapkan penilaian yang dilakukan oleh pelajar berlaku

dalam keadaan yang jujur dalam mencapai pengajaran berkesan dan berkualiti. Ini

kerana, kajian yang dijalankan adalah terhad kepada 2 semester pengajian di Fakulti

Pendidikan, UTM Skudai. Manakala sampel kajian ini akan di analisis melalui kaedah

statistik iaitu melalui Perisian Statistical Package for Sosial Science Window 15.0

(SPSS). Hasil dapatan kajian dapat digunakan di Fakulti pendidikan dalam membangun

pengajaran dan pembelajaran yang berkualti.

1.8 Definisi Istilah

Definisi istilah atau konsep yang diterangkan dalam bahagian ini adalah

berdasarkan kesesuaian kajian yang dijalankan. Definisi istilah ini diberi dalam dua

bentuk iaitu secara umum dan secara tertumpu.

Page 30: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

1.8.1 Penilaian

Menurut Kamus Dewan (2003), penilaian didefinisikan sebagai perihal atau

perbuatan menilai, pentaksiran: (judging) (aluation) pentaksiran, perihal menilai.

Melalui kajian yang di kaji oleh penyelidik, penilaian berdasarkan persepsi

penyelidik adalah satu aktiviti untuk menilai pengajaran pensyarah dari segi tahap

persediaan pensyarah, tahap penyampaian, tahap kesesuaian bahan bantu mengajar serta

keperibadian dan iktisas pensyarah. Penilaian ini dijalankan dalam bentuk soal selidik.

1.8.2 Persepsi

Dalam persepsi merujuk kepada tanggapan pelajar terhadap penilaian pengajaran

pensyarah yang digunapakai, adalah satu usaha untuk mengetahui tahap persediaan,

penyampaian, penggunaan bahan bantu mengajar serta keperibadian dan ikhtisas

pensyarah.

1.8.3 Pengajaran

Merujuk kepada tanggapan penyelidik terhadap pengajaran pensyarah adalah

kemampuan pensyarah dalam penyampaian semasa sesi pengajaran, di nilai dari segi

Page 31: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

bahasa, suara, keyakinan, penguasaan bahan, pendekatan pengajaran dan juga sistem

pengurusan dalam bilik darjah serta hubungan pensyarah dengan pelajar.

Manakala menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara, Dewan Bahasa dan Pustaka

Brunei (2003), pengajaran didefinasikan sebagai proses (perihal, perbuatan) mengajar

atau mengajarkan1 dan juga segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar atau

mengajarkan2.

1.8.4 Pensyarah

Melalui kajian ini, pensyarah yang di nilai terdiri daripada pensyarah yang berada

di dalam Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Pensyarah ini

adalah yang terlibat secara langsung dalam mengajar ke semua mata pelajaran

Kemahiran Hidup.

Pensyarah didefinisikan sebagai memberi syarahan dan menjalankan kursus

pengajian di universiti atau kolej dalam pelbagai subjek: Menyediakan dan memberi

syarahan kepada penuntut menurut kurikulum yang telah ditetapkan. Menjalankan

penyelidikan dan kajian, berdasarkan punca dokumentar dan punca lain berkaitan dengan

bidang yang disyarahkan. Mengadakan kelas serta mendorong dan memandu

perbincangan tentang tajuk terpilih dalam bidang pelajaran mereka. Menjalankan

demonstrasi sebagai sebahagian daripada pengajaran penuntut dan menyelia kerja amali

mereka. Menyediakan atau mengambil bahagian dalam penyediaan kertas peperiksaan

dan menyemak latihan bertulis dan kertas peperiksaan penuntut. Boleh mengelola dan

mengarah latihan praktikal kegiatan luar untuk penuntut dalam bidang atau pengajian

Page 32: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

mereka. Boleh menjadi tutor kepada penuntut dengan memandu dan menyelia pengajian

dan penyelidikan mereka. Digelar sebagai professor dalam bidang berkenaan menurut

tahap tanggungjawab (Kamus Pengkelasan Pekerjaan, Jabatan Tenaga Rakyat,

Kementerian Sumber Manusia, m/s 93).

1.8.5 Pelajar

Pelajar dalam kajian ini merujuk kepada pelajar tahun akhir iaitu pelajar 4 SPH, di

Fakulti pendidikan UTM Skudai. Pelajar ini diminta menilai pengajaran pensyarah yang

mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Manakala Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara, Dewan Bahasa dan

Pustaka Brunei (2003) pelajar didefinisikan orang yang belajar (di sekolah, maktab dsb).

1.8.6 Tahap Persediaan Pensyarah

Melalui kajian yang dijalankan ini, tahap persediaan pensyarah berdasarkan

persepsi penyelidik adalah persediaan yang mencukupi untuk menyampaikan kuliah

dengan mengikuti kandungan kursus yang telah di rangka terlebih dahulu serta sentiasa

memastikan isi pengajaran yang di ajar oleh pensyarah program kemahiran hidup

bersesuaian dengan kandungan kursus. Selain itu pensyarah program kemahiran hidup

perlu mahir dalam subjek yang diajarnya dan berkebolehan dalam menyampaikan ilmu

Page 33: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

pengetahuan dengan berkesan, di samping itu pensyarah juga perlu menyediakan bahan

pengajaran yang mencukupi kepada para pelajar.

1.8.7 Tahap Penyampaian Pensyarah

Merujuk kepada tanggapan penyelidik terhadap tahap penyampaian pensyarah

adalah memulakan pengajaran dari mudah kepada susah, konkrit kepada abstrak, proses

pengajaran berlaku dalam keadaan yang menyakinkan, penggunaan bahasa dan intonasi

yang sesuai, pensyarah memberikan contoh yang mudah difahami dengan menyediakan

pelbagai ransangan dan stimulus bagi mengukuhkan pemahaman pelajar. Selain itu

pensyarah juga perlu mendorong para pelajar berfikir dengan pentanyaan yang

dilontarkan sepanjang pengajaran berlangsung, di samping menggalakkan proses

perbincangan dan bertukar pendapat sesama pelajar. Pensyarah juga perlu menyediakan

tugasan dan ujian bagi membantu meningkatkan kefahaman para pelajar

1.8.8 Tahap Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar

Melalui kajian yang dijalankan ini, tahap kesesuaian bahan bantu mengajar

(BBM) berdasarkan persepsi penyelidik adalah nota edaran yang di reka oleh pensyarah,

jelas dan mudah difahami. Bahan yang digunakan oleh pensyarah berfungsi dan

bersesuaian dengan objektif pengajaran serta membantu meningkatkan pemahaman para

pelajar Dari segi nota dalam slaid power point yang disediakan oleh pensyarah adalah

jelas dan membantu dalam proses P&P pelajar. Manakala penggunaan warna dalam nota

Page 34: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

slaid powe point membantu memfokuskan maklumat yang penting. Selain itu pensyarah

juga perlu menekankan penggunaan papan putih dan penggunaan e-learning sebagai satu

alat menyampaikan nota pengajaran.

1.8.9 Keperibadian dan Ikhtisas pensyarah

Melalui kajian yang dijalankan oleh penyelidik, keperibadian dan ikhtisas

pensyarah adalah merujuk kepada sikap pensyarah yang mementingkan penampilan

sebagai seorang pendidik, berkebolehan mengurus dan mengawal bilik kuliah, prihatin

dengan setiap keperluan pelajar dan berusaha mewujudkan hubungan yang mesra dengan

pelajar dengan memastikan dirinya, sebagai seorang pensyarah bersikap terbuka dalam

pergaulan dan menerima dengan terbuka setiap pandangan para pelajar. Di samping itu

pensyarah juga perlu mudah dihubungi bagi membolehkan perjumpaan diadakan, bagi

membincangkan masalah pengajaran.

1.9 Penutup

Pensyarah mempunyai tugas penting dalam mengajar sesuatu mata pelajaran,

tanggungjawab itu tidak setakat mengajar sahaja malah merancang pengajarannya supaya

pada akhir pengajaran, pelajar akan dapat menguasai kemahiran yang diajarnya. Dalam

hal demikian, pensyarah perlu menpunyai kepakaran dalam matapelajaran yang di ajar

serta berpengetahuan dalam mata pelajaran tersebut agar ilmu yang disampaikan dapat

mendidik dan membentuk perlakuan manusia agar pengajaran yang disampaikan itu

Page 35: i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM ......i PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP, FAKULTI PENDIDIKAN,UTM. BERDASARKAN PERSEPSI PELAJAR 4 SPH (PERDANA) SYARINA

memainkan peranan dalam pembangunan sumber manusia dan pembangunan negara.

Oleh yang demikian, penilaian pengajaran pensyarah perlu dijalankan adalah untuk

memberi gambaran sejauhmanakah keberkesanan corak pengajaran pensyarah.