pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri … fileuntuk melukis bagi mata pelajaran lukisan...

24
PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI GARISAN DAN PERALATAN PENTING; DAN BULATAN DAN BANTUAN UNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER SYAHIDEE BIN OMAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lynhu

Post on 05-May-2019

280 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI

GARISAN DAN PERALATAN PENTING; DAN BULATAN DAN BANTUAN

UNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN

LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER

SYAHIDEE BIN OMAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

i

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya SYAHIDEE BIN OMAR

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

Tarikh: Tarikh:

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI

GARISAN DAN PERALATAN PENTING; DAN BULATAN DAN

BANTUAN UNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN

LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER

(HURUF BESAR)

DR MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD

1153-P, KAMPUNG BANGGOL TOK KU, SERADA, 20050, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

Page 3: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

ii

 

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI

GARISAN DAN PERALATAN PENTING; DAN BULATAN DAN BANTUAN

UNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN

LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER

SYAHIDEE BIN OMAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2009

Page 4: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

iii

 

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ………………………………..

Nama Penyelia : Dr Muhammad Sukri bin Saud

Tarikh : ………………………………...

Page 5: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

iv

 

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penulis : Syahidee bin Omar

Tarikh : ………………………………….

Page 6: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

v

 

DEDIKASI

KHAS BUAT

Ayahanda dan Bonda

Omar bin Ibrahim

Norlida binti Mohamad

Sekalung Terima Kasih

Dr Muhammad Sukri bin Saud

Pensyarah Penyelia

Pensyarah-pensyarah

Sahabat-sahabat

Semoga Allah S.W.T. meredhai kehidupan kita

Terima kasih, Amin…….

Page 7: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

vi

 

PENGHARGAAN

 

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya

penyelidikan dan juga pembinaan modul yang dijalankan ini dapat disiapkan

sepenuhnya mengikut masa yang telah ditetapkan.

Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Muhammad Sukri bin Saud yang telah banyak

membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan

serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.

Penyelidik juga ingin merakamkan sekalung budi buat Pensyarah Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia dan rakan-rakan yang turut membantu dalam penyiapan

penyelidikan dan juga pembinaan modul ini.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat Professor Madya Dr

Shaharom bin Noordin yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga

dalam memastikan penyelidikan dan juga pembinaan modul ini berjalan dengan lancar.

Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini

secara langsung mahupun tidak langsung.

Akhir sekali, terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi, serta

keluarga yang banyak memberi dorongan dalam menjalankan penyelidikan ini. Semoga

Allah s.w.t. memberkati usaha dan pertolongan mereka. Amin…..

 

Akhir sekali, harapan saya semoga MPK ini dapat memberi manfaat kepada

pelajar kelak.

Page 8: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

vii

 

ABSTRAK

Pada masa kini, terdapat pelbagai bentuk bahan Pembelajaran dan Pengajaran

(P&P) yang digunakan dalam proses P&P. Modul Pengajaran Kendiri (MPK) semakin

popular penggunaannya tetapi masih belum meluas kerana keberkesanannya masih

diragui. Justeru Projek Sarjana Muda (PSM) ini dihasilkan bertujuan membina dan

menilai kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Garisan dan Peralatan Penting; dan

Bulatan dan Bantuan Untuk Melukis bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu

Komputer. MPK ini adalah bahan pengajaran yang menitikberatkan pembelajaran secara

individu dengan membolehkan pelajar membuat latihan serta merangsang minda dan

semangat pelajar untuk lebih berusaha. MPK ini dibina menggunakan Model Teras

Cabang Shaharom (1994) dan status kesesuaiannya ditentukan menggunakan Jadual

Pemeringkatan Kesesuaian MPK (Shaharom, 1994). Alat kajian dalam penyelidikan ini

ialah Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Shaharom Noordin,

1994). Seramai empat orang pensyarah yang mengajar subjek Lukisan Kejuruteraan

Berbantu Komputer terlibat dalam penyelidikan ini. Hanya seorang pensyarah yang

terlibat dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) manakala tiga orang lagi

terlibat dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Hasil kajian ini

menunjukkan bahawa kedua-dua MPK iaitu MPK Garisan dan Peralatan Penting; dan

juga MPK Bulatan dan Bantuan Untuk Melukis sesuai digunakan sebagai bahan P&P

dalam subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer.

Page 9: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

viii

 

ABSTRACT

There are wide range of Teaching and Learning (T&L) materials used in today’s

T&L process. Self-Instructional Module (SIM) is getting famous but its efficiency is still

doubted. Hence the aim of this study is to design and evaluate the suitability status of

two Self-Instructional Modules (SIM) entitled Lines and Essential Tools ; and Circles

and Drawing Aids for Computer Aided Drawing subject by using “Teras-Cabang”

Model by Shaharom, 1994. SIM is design to emphasize individual learning by allowing

students to try out practice designed to stimulate and encourage them to study

independently. The suitability of SIM is referred to a table named “Jadual

Pemeringkatan Kesesuaian MPK” by Shaharom, 1994. Instrument of this study is a set

of questionnaires designed by Shaharom (1994) called as “Soal Selidik Kesesuaian

Modul Pengajaran Kendiri (MPK)”. About four lectures that experienced in Computer

Aided Drawing subject involved. Only one lecture involved in One To One Formative

(PFSS) evaluation while the three lectures involved in Small Group Formative (PFKK)

evaluation. The results of this study shows that both SIM titled Lines and Essential

Tools ; and Circles and Drawing Aids is suitable to use as T&L materials for Computer

Aided Drawing subject.

Page 10: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

ix

 

KANDUNGAN

BAB PERKARA

HALAMAN

BORANG PENGESAHAN TESIS i

JUDUL ii

PENGESAHAN PENYELIA iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI RAJAH xii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Masalah

1.2 Penyataan Masalah

1

3

5

Page 11: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

x

 

1.3 Objektif

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Rangka Kerja

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Pensyarah

1.6.2 Pelajar

1.7 Skop Kajian

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Modul Pengajaran Kendiri

1.8.2 Penilaian Formatif

1.8.3 Penilaian Formatif Satu dengan

Satu (PFSS)

1.8.4 Penilaian Formatif Kelompok

Kecil (PFKK)

1.8.5 AutoCAD 2D

1.8.6 Pelajar

6

6

7

8

8

9

9

10

10

10

11

11

12

12

2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan

2.1 Teori-Teori Berkaitan

2.2.1 Model Burns

2.2.2 Model Klingstedt

2.2.3 Model Eijl

2.2.4 Model De Vito-Krockever

2.2.5 Model Meyer

2.2.6 Model Teras-Cabang Shaharom

2.2 Rasional Pengggunaan Model Teras-Cabang

Shaharom Noordin

13

13

14

16

18

19

21

24

31

Page 12: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

xi

 

2.3 Penilaian Formatif

2.3.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

(PFSS)

2.3.2 Penilaian Formatif Kumpulan Kecil

(PFKK)

2.3.3 Penilaian Formatif Percubaan Luar

(PFPL)

2.4 Kajian Tentang Penilaian Status Kesesuaian

MPK Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional

2.5 Rumusan

33

34

35

35

36

37

3 PENGKAEDAHAN

3.0 Pendahuluan

3.1 Kandungan Modul Pengajaran Kendiri

3.1.1 MPK 1: Garisan dan Peralatan Penting

3.1.2 MPK 2: Bulatan dan Bantuan Untuk

Melukis

3.2 Subjek Kajian

3.3 Alat Kajian

3.4 Tatacara Kajian

3.4.1 Kajian Tahap Satu: Pembinaan MPK

3.4.2 Kajian Tahap Dua

3.4.2.1 Kajian Rintis

3.4.2.2 Penilaian Formatif

3.4.3 Kajian Tahap Tiga: Analisis Data

3.5 Andaian Kajian.

3.6 Batasan Kajian

3.7 Rumusan

38

38

39

39

39

40

41

43

45

45

45

47

48

49

49

Page 13: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

xii

 

4 KEPUTUSAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan

4.1 Kajian Rintis

4.2 Penilaian Formatif Terhadap Kesesuaian

MPK

4.2.1 Persoalan Kajian Satu

4.2.2 Persoalan Kajian Dua

4.3 Rumusan

51

52

53

53

56

58

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.0 Pendahuluan

5.1 Perbincangan

5.2 Kesimpulan

5.3 Implikasi

5.4 Cadangan

5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan

5.5 Rumusan

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

59

59

63

64

65

66

67

68

71

Page 14: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

xiii

 

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

Rajah 1.1 Rangka Kerja Konsep 7

Rajah 2.1 Model Teras Cabang Shaharom (1994) 25

Rajah 2.2 Carta Aliran Model Teras Cabang Shaharom 30

Rajah 3.1 Rangka Kerja Keseluruhan (Ubahsuai Shaharom

Noordin, 1994)

42

Rajah 3.2 Rangka Kerja Tahap Satu (Ubah suai Shaharom

Noordin, 1994)

43

Rajah 3.3 Rangka Kerja Kajian Pembentukan MPK (Sumber

Shaharom, 1994)

44

Rajah 3.4 Rangka Kerja Penilaian Formatif 46

Page 15: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

xiv

 

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 2.1 Model-model Pengajaran Kendiri 33

Jadual 3.1 Skala Pemeringkatan MPK (Sumber: Shaharom,1994) 47

Jadual 4.1 Data Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) 54

Jadual 4.2 Penilaian Formatif Satu dengan Satu 55

Jadual 4.3 Data Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) 56

Jadual 4.4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 57

Page 16: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

xv

 

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN

MPK - Modul Pengajaran Kendiri

SIM - Self-Instruction Module

AutoCAD - Computer Aided Design

PB - Pengajaran Bermodul

PFKK - Penilaian Formatif Kumpulan Kecil

PFSS - Penilaian Satu dengan Satu

X - Min

= - Sama Dengan

∑ - Jumlah

X₁ - Jumlah Setiap Markah

n - Bilangan Responden

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

Page 17: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

xvi

 

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal Selidik Kesesuaian Pengajaran Kendiri

(MPK) 72

B Pengesahan Modul Pengajaran Kendiri

(MPK) 76

C Skala Pemeringkatan MPK (Sumber:

Shaharom,1994) 78

D Huraian Sukatan Pelajaran Lukisan

Kejuruteraan Berbantu Komputer 79

E Surat Kebenaran daripada Fakulti 81

F Pengesahan MPK oleh Professor Madya Dr

Shaharom bin Noordin 82

Page 18: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia sedang mengalami perubahan teknologi dari segi

pengajaran dan pembelajaran ekoran terdapatnya peningkatan penggunaan teknologi

maklumat masa kini. Menerusi teknologi inovasi, dunia reka bentuk dimajukan

dengan kewujudan sistem perisian khas atau perisian AutoCAD yang dihasilkan oleh

syarikat Autodesk Inc. Syarikat tersebut merupakan peneraju dan penyedia perisian

bagi tujuan penghasilan rekaan dengan lebih tepat, mudah dan cepat. Proses rekaan

menjadi lebih teliti dan mampu diubah-ubah menggunakan kemudahan peralatan

yang disediakan bagi tujuan meringkaskan proses berkenaan.

Pada peringkat awal, Autodesk mewujudkan perisian AutoCAD yang

merupakan perisian pertama direka bagi tujuan menghasilkan rekaan 2D

menggunakan komputer. Hasil daripada penemuan teknologi baru, sistem perisian

Autodesk ditingkatkan dengan penghasilan perisian yang mampu menghasilkan

rekaan berbentuk tiga dimensi (3D). Evolusi tersebut sekali gus membuatkan dunia

reka bentuk melangkah setapak maju dan ini memberi impak yang besar terhadap

bidang perekaan. Kewujudan perisian ini nyata memudahkan para pereka untuk

Page 19: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

 

 

berinteraksi dengan rekaan yang cuba dihasilkan. Gambaran yang lebih jelas serta

keputusan yang lebih tepat dapat dilakukan menerusi perisian tersebut. Rekaan

infrastruktur yang dihasilkan berpandukan perisian ini juga dikatakan lebih efisien

kerana rekaan boleh diperbaiki dengan mudah dan pantas.

AutoCAD ataupun lukisan berbantu komputer adalah perisian yang

digunakan untuk melukis lukisan teknikal menggunakan komputer. AutoCAD

digunakan secara meluas di dalam industri rekabentuk dan pengeluaran. AutoCAD

telah menjadi program standard untuk menghasilkan pelbagai jenis lukisan teknikal

tidak kira di dalam 2-D ataupun 3-D. Subjek AutoCAD kini telah menjadi

sebahagian daripada mata pelajaran untuk pelajar-pelajar universiti.

Perubahan yang berlaku di dalam perisian AutoCAD adalah sangat cepat.

Hampir setiap tahun perisian AutoCAD ini dikeluarkan iaitu sejak dari tahun 1982

hinggalah sekarang. Perubahan-perubahan yang berlaku setiap tahun ini adalah

bertujuan untuk meningkatkan fungsi perisian AutoCAD tersebut supaya setiap

perekabentuk dapat menghasilkan rekabentuk yang lebih baik untuk memenuhi

pasaran semasa. Dalam pada itu, satu kajian sebuah syarikat perunding di United

Kingdom (UK), menunjukkan bahawa pengguna perisian AutoCAD 2006

memperoleh kenaikan produktiviti yang tinggi berbanding pengguna AutoCAD

2002. Kajian itu yang dijalankan oleh Cambashi Ltd. di Cambridge mendapati

pengguna AutoCAD 2006 dapat melengkapkan rekaan mereka dengan purata masa

29 peratus lebih cepat. Ini jelas menunjukkan, selain mampu mempertingkatkan

produktiviti ia juga mampu memudahkan penghasilan dilakukan. Oleh itu, perubahan

terkini yang berlaku dalam perisian AutoCAD ini perlu sentiasa dititik beratkan

supaya dapat disesuaikan dengan subjek yang diambil oleh pelajar dan juga untuk

dijadikan bahan rujukan kepada tenaga pengajar.

Modul yang digunakan dalam sesuatu pembelajaran merupakan sesuatu

penduan bercetak yang dibentuk untuk memimpin pelajar dalam mempelajari sesuatu

Page 20: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

 

 

topik atau mata pelajaran. Ia mengandungi bahan pelajaran yang disusun dalam

bentuk yang senang difahami oleh pelajar. Modul Pengajaran Kendiri (MPK) adalah

pakej pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan pelajar belajar sendiri pada

tahap keupayaan mereka sendiri. Menurut Burns (1971), Pengajaran Bermodul ialah

untuk para pelajar meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kecekapan.

Konsep MPK ini lebih berpusatkan pelajar dimana pensyarah hanya mendorong

pelajar tersebut. Antara model yang terdapat dalam MPK ialah Model Teras-Cabang

(Shaharom Noordin, 2000). Dalam Model Teras-Cabang Shaharom, komponen-

komponen seperti pengenalan, isi kandungan, penilaian kendiri, pengukuhan,

maklum balas dan rujukan cuba diketengahkan. Kompenen-komponen yang

disebutkan tadi perlu diberi penekanan dan penilaian yang sewajarnya ketika

menghasilkan buku oleh mana-mana penulis yang ingin menghasilkan modul.

Di dalam pengajaran berasaskan modul, pelajar-pelajar bergantung

sepenuhnya terhadap MPK yang diberi oleh tenaga pengajar. Bentuk modul sebagai

rujukan utama kebiasannya bertujuan untuk dijadikan panduan di dalam proses P&P.

Proses pengajaran berpandukan MPK ini lebih bebas dan modul-modul ini bertujuan

untuk menunjukkan maklumat yang betul kepada pelajar dan juga tenaga pengajar.

1.1 Latar Belakang Masalah

Kebelakangan ini, pelbagai subjek baru yang diperkenalkan di dalam bidang

pendidikan di negara kita tidak kira di sekolah, institut kemahiran, kolej, universiti

dan macam-macam lagi. Pada masa kini, penggunaan perisian AutoCAD banyak

digunakan di institusi pendidikan di negara kita. Tetapi, masalah yang timbul

sekarang ialah ketiadaan buku rujukan ataupun modul yang dikeluarkan bersama

dengan perisian tersebut. Masalah ini menjadi satu beban kepada pelajar untuk

Page 21: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

 

 

mendapatkan bahan-bahan rujukan untuk digunakan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mereka.

Disamping itu juga, penghasilan modul AutoCAD yang dihasilkan dalam bahasa

Inggeris adalah lebih banyak di pasaran berbanding dengan modul yang dihasilkan

dalam bahasa Malaysia. Ini akan menyukarkan pelajar untuk memahami modul

tersebut.

Selain itu, di dalam perisian AutoCAD ini terdapatnya satu bahagian yang

membekalkan maklumat serta arahan yang berkaitan dengan perisian ini tetapi

maklumat yang diberikan tersebut tidak memberi penjelasan yang terperinci (Gary R.

Bertoline, 1994). Oleh itu, modul AutoCAD seperti ini perlu diwujudkan untuk

menangani masalah tersebut dan juga memberi penerangan dari satu tajuk ke satu

tajuk yang lain dengan lebih jelas dan terperinci.

AutoCAD adalah perisian yang digunakan untuk melaksanakan lukisan 2-D

dan 3-D menggunakan komputer. Penggunaannya kini sangat meluas dalam pelbagai

sektor daripada perindustrian sehinggalah kepada syarikat-syarikat pembinaan.

Keupayaannya dalam merekabentuk produk tidak terbatas dan memberi dimensi baru

dalam sektor kejuruteraan rekabentuk masa kini.

Perubahan atau pun perkembangan yang berlaku dalam perisian AutoCAD

adalah sangat cepat dan hampir setiap tahun produknya dikeluarkan. Dalam

perkembangan tersebut, perubahan yang kebiasaannya dibuat oleh pengeluar perisian

tersebut ialah seperti penambahbaikkan dalam fungsi untuk menghasilkan lukisan

yang lebih baik daripada perisian yang terdahulu.

Page 22: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

 

 

Pengajaran Bermodul adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang

menggunakan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) sama ada pada sebahagian atau

keseluruhan sesuatu mata pelajaran. Ianya boleh dilaksanakan sama ada dengan

kehadiran pendidik ataupun sebaliknya. Daripada aspek yang dinyatakan, jelas

menunjukkan bahawa buku rujukan yang terdapat di pasaran khususnya untuk

perisian AutoCAD ini tidak membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran.

Kebanyakan buku rujukan yang terdapat di pasaran tidak meletakkan sasaran yang

jelas dalam aktiviti penyampaiannya menyebabkan persembahannya tidak terancang

dan sistematik.

1.2 Pernyataan Masalah

Pengajaran bermodul (PB) ditakrifkan sebagai kaedah pengajaran yang

menggunakan MPK sama ada pada sebahagian atau keseluruhan mata pelajaran

tertentu. ( Creager & Murray, 1971). Penggunaan kaedah PB ini bukanlah sekadar

untuk mata pelajaran tertentu sahaja, malahan ia boleh digunakan pada semua mata

pelajaran dan di semua peringkat pengajian; daripada sekolah rendah hinggalah ke

peringkat universiti (Shaharom, 2000). Oleh yang demikian, penyelidik ingin

mengenal pasti adakah pembinaan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Garisan Dan

Peralatan Penting ; dan Bulatan Dan Bantuan Untuk Melukis berpandukan Model

Teras-Cabang (Shaharom Noordin, 1994) melalui penilaian formatif; Penilaian

Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)

sesuai digunakan sebagai bahan P&P bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Berbantu Komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 23: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

 

 

1.3 Objektif

Objektif dalam kajian ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:

1.3.1 Membina Modul Pengajaran Kendiri (MPK) berdasarkan Model Teras-

Cabang (Shaharom Noordin, 1994) bagi mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan Berbantu Komputer bagi tajuk Garisan Dan Peralatan

Penting ; dan Bulatan Dan Bantuan Untuk Melukis.

1.3.2 Menilai kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Garisan Dan

Peralatan Penting ; dan Bulatan Dan Bantuan Untuk Melukis bagi mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer untuk tujuan

pengajaran melalui Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) .

1.3.3 Menilai kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Garisan Dan

Peralatan Penting ; dan Bulatan Dan Bantuan Untuk Melukis.bagi mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer untuk tujuan

pengajaran melalui Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK).

1.4 Persoalan Kajian

Di dalam membina MPK ini beberapa aspek diambil kira bagi memastikan

maklumat dapat disalurkan dengan berkesan:

1.4.1 Adakah Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Garisan Dan Peralatan Penting ;

dan Bulatan Dan Bantuan Untuk Melukis sesuai digunakan sebagai bahan

Page 24: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … fileUNTUK MELUKIS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER ... adalah memadai dari segi skop dan mutu utnuk tujuan

 

 

P&P dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer melalui

Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS)?

1.4.2 Adakah Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Garisan Dan Peralatan Penting ;

dan Bulatan Dan Bantuan Untuk Melukis sesuai digunakan sebagai bahan

P&P dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer melalui

Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)?

1.5 Rangka Kerja

Rangka kerja yang dibuat adalah sebagai langkah kerja yang akan dilakukan

sepanjang tempoh menghasilkan modul pengajaran. Rangka kerja ini melibatkan

topik yang dipilih untuk dijadikan sebagai modul.

BAHAN

MPK 1 MPK 2

MUTU

BAHAN

HASIL

Rajah 1.1 : Rangka Kerja Konsep