pembelajaran kooperatif.pptx

12
PEMBELAJARAN KOOPERATIF NAMA AHLI KUMPULAN : SELVASANGEETHA A/P SELVARAJAN MANGALAMAIGAI A/P LETCHMANAN ANBARASI A/P RAMACHANDRAM SATHIAVANI A/P RAMAN NAMA PENSYARAH : PUAN NORAINI

Upload: selvasangeetha-selvarajan

Post on 16-Jan-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBELAJARAN KOOPERATIF.pptx

PEMBELAJARAN KOOPERATIF

NAMA AHLI KUMPULAN :SELVASANGEETHA A/P SELVARAJANMANGALAMAIGAI A/P LETCHMANAN

ANBARASI A/P RAMACHANDRAMSATHIAVANI A/P RAMAN

NAMA PENSYARAH : PUAN NORAINI

Page 2: PEMBELAJARAN KOOPERATIF.pptx

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah

pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai

kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk

mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982).

Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum

bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-

rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran

koperatif adalah:

PEMELAJARAN KOOPERATIF

Page 3: PEMBELAJARAN KOOPERATIF.pptx

Saling bergantung antara satu sama lain secara

positif,

Saling berinteraksi secara bersemuka,

Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri

sendiri,

Kemahiran koperatif, dan

Pemprosesan kumpulan

LIMA UNSUR ASAS DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF

Page 4: PEMBELAJARAN KOOPERATIF.pptx

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan

kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan

kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza

bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan

digalakkan.

Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh

tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-

tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division),

Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor

(Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table)

Page 5: PEMBELAJARAN KOOPERATIF.pptx

JENIS- JENIS PEMELAJARAN KOOPERATIF

Page 6: PEMBELAJARAN KOOPERATIF.pptx

Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti

sekolah untuk mendapatkan maklumat.

Ini memerlukan pelajar mengenalpasti suatu topik yang disiasat,

merancang serta menjalankan penyiasatan.

Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara

terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan

menarik.

Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan komunikasi

dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik.

PENYIASATAN BERKELOMPOK (GROUP INVESTIGATION) 

Page 7: PEMBELAJARAN KOOPERATIF.pptx

Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan

menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu

cabang pengetahuan.

Mereka saling membantu di antara satu sama lain

melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan. 

2. STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISION' (STAD) 

Page 8: PEMBELAJARAN KOOPERATIF.pptx

Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar.

Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan

akademik (yang telah disediakan oleh guru).

Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan

asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan

sekumpulan.

Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan

menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk

ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.

3. Jigsaw

Page 9: PEMBELAJARAN KOOPERATIF.pptx

Model TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang

berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan

visual.

Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru.

Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh

guru untuk menguasai konsep.

Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik

darjah. Bagi setiap pertandingan, meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga

4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.

4. TEAM GAMES TOURNAMENT' (TGT)

Page 10: PEMBELAJARAN KOOPERATIF.pptx

Struktur perbincangan meja bulat boleh digunakan untuk menyumbang saran idea dan

untuk menerbitkan beberapa tindakbalas terhadap satu soalan sahaja atau satu siri

soalan:

a.Guru mengemukakan soalan

b.Sehelai kertas dan sebatang pen disediakan untuk setiap kumpulan

c.Pelajar pertama menuliskan satu tindak balas dan menyebutnya dengan lantang

d.Pelajar pertama tadi menyerahkan kertas tersebut kepada pelajar di sebelah

kirinya,pelajar itu(kedua)menuliskan tindakbalasnya,begitulah seterusnya.

e.Lanjutkan aktiviti itu disekeliling kumpulan sehingga sampai masa yang ditetapkan.

f.Pelajar boleh menyebutkan”pass” pada bila-bila masa

g.Kumpulan berhenti apabila masa tamat dimaklumkan

5. PERBINCANGAN MEJA BULAT

Page 11: PEMBELAJARAN KOOPERATIF.pptx

Kuncinya di sini ialah soalan atau masalah yang dikemukakan oleh guru

untuk dipertimbangkan pelajar.

Ia sepatutnya sesuatu yang mempunyai potensi untuk beberapa

jawapan yang betul.

Kaitkan soalan dengan isi pelajaran,tetapi pastikan ia mudah supaya

setiap pelajar boleh mendapatkan sedikit maklumat.

Sebaik –baik sahaja masa tamat,dimaklumkan,tentukan apa yang guru

mahu pelajar lakukan dengan senarai tersebut.

Mereka mungkin mahu membincangkan kepelbagaian jawapan atau

penyelesaian atau mereka mungkin mahu berkongsi senarai dengan

rakan-rakan sekelas yang lain.

Page 12: PEMBELAJARAN KOOPERATIF.pptx

TERIMA KASIH