pembelajaran motor

23
Pembelajaran Kemahiran atau Pembelajaran Motor atau Pembelajaran psikomotor. Skills Learning, Motor Learning, Psychomotor Learning, Sensory Motor Learning, Perceptual - Motor Learning, Movement Behavor Learning Pembelajaran adalah bertujuan untuk memperolehi kemahiran, pengetahuan dan membentuk sikap. Pembelajaran Kemahiran melibatkan proses dalam saraf deria dan proses motor. Pembelajaran ini adalah bertujuan untuk memperolehi maklumat, menggunakan maklumat, belajar sesuatu dan membuat sesuatu. Cara untuk mencapai tujuan ini memerlukan kemahiran prosedur (Merrieuboer, ) juga dikenali sebagai kemahiran deklaratif. Kemahiran prosedur dan deklaratif juga dikenali sebagai kemahiran motor (Movement Skill). Pandangan ini berasaskan kepada kemahiran melihat apa yang perlu dilakukan dan akan laksanakan. Sebagai contoh kes mendiagnosis dan merawat pesakit. Pegawai Perubatan perlu kemahiran persepsi untuk mengesan simpton atau masalah kesihatan pesakit; kemudian dengan menggunakan kemahiran motor, doktor cuba merawat pesakit. Oleh itu pembelajaran kemahiran memerlukan penggunaan persepsi mental sebelum bertindak. Contoh aktiviti yang memrlukan pembelajaran kemahiran seperti mengambilgambar foto, bermain alat muzik, menggunakan komputer peribadi, memasukkan benang ke dalam jarum dan memanjat tangga. Pembelajaran kemahiran adalah aktiviti kognitif yang melibatkan banyak perkara dalam satu masa (White dan 1

Upload: ravi2377

Post on 10-Jun-2015

4.204 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembelajaran motor

Pembelajaran Kemahiran atau Pembelajaran Motor atau Pembelajaran psikomotor.

Skills Learning, Motor Learning, Psychomotor Learning, Sensory Motor Learning, Perceptual - Motor Learning, Movement Behavor Learning

Pembelajaran adalah bertujuan untuk memperolehi kemahiran, pengetahuan dan

membentuk sikap. Pembelajaran Kemahiran melibatkan proses dalam saraf deria dan

proses motor. Pembelajaran ini adalah bertujuan untuk memperolehi maklumat,

menggunakan maklumat, belajar sesuatu dan membuat sesuatu. Cara untuk mencapai

tujuan ini memerlukan kemahiran prosedur (Merrieuboer, ) juga dikenali sebagai

kemahiran deklaratif. Kemahiran prosedur dan deklaratif juga dikenali sebagai

kemahiran motor (Movement Skill). Pandangan ini berasaskan kepada kemahiran

melihat apa yang perlu dilakukan dan akan laksanakan. Sebagai contoh kes

mendiagnosis dan merawat pesakit. Pegawai Perubatan perlu kemahiran persepsi

untuk mengesan simpton atau masalah kesihatan pesakit; kemudian dengan

menggunakan kemahiran motor, doktor cuba merawat pesakit. Oleh itu pembelajaran

kemahiran memerlukan penggunaan persepsi mental sebelum bertindak. Contoh

aktiviti yang memrlukan pembelajaran kemahiran seperti mengambilgambar foto,

bermain alat muzik, menggunakan komputer peribadi, memasukkan benang ke dalam

jarum dan memanjat tangga.

Pembelajaran kemahiran adalah aktiviti kognitif yang melibatkan banyak perkara

dalam satu masa (White dan Gunstone, 1992). Pembelajaran kemahiran juga

dikatakan sebagai proses (Hall, 1995; Barr, 1994; Helgeson, 1994; Roth dan

Roychoudhury, 1993; Millar, 1991; Selley, 1989). Membuat hipotesis dan

pemerhatian (Hall, 1995; Barr, 1994; Helgeson, 1994; Roth dan Roychoudhury, 1993)

merupakan dua contoh kemahiran. Dalam proses pembelajaran ini juga melibatkan

prosedur dan aktiviti. Aktiviti penyiasatan (Miller dan Driver, 1987) juga salah satu

proses dalam pembelajaran kemahiran; juga dikenali sebagai teknik inkuari. Terdapat

lima proses penyiasatan iaitu pertama membuat hipotesis; kedua meramal; ketiga

memerhati, keepat merekod dan kelima menyimpul. Pelajar sendiri akan membuat

keputusan. Dikatakan bahawa keputusan pelajar membuat sesuatu lebih penting

daripada membuat sesuatu. Situasi inilah dikatakan sebagai jantung pembelajaran

kemahiran. Pembelajaran kemahiran juga merupakan proses pemahaman pelbagai

pandangan.

1

Page 2: Pembelajaran motor

Semenjak tahun 1960an kajian berkaitan pembelajaran motor telah berkembangan

melalui gabungan penyelidikan, pengetahuan, aplikasi dan penyampaian ilmu dalam

bidang tingkah laku motor (Motor Behavior). Setengah berpendapat pembelajaran

kemahiran motor ini berasal daripada bidang Sains Biologi yang dipelopori oleh

seorang penulis Milani Comparetti melalui teori dan model Mekanistik terhadap

fungsi sistem saraf. Buku pertama yang relevan dengan bidang pembangunan motor

(Motor Development) ialah Espenschade and Eckerts. Pengetahuan ini telah

berkembang kepada lain-alain disiplin ilmu seperti Terapi Fizikal dan Tingkahlaku

Motor Dewasa (Aldult Motor Behavior)

Dalam Teori Kecerdasan Pelbagai (MI) oleh Howard Gardiner mencadangkan

bahawa kemampuan yang berbeza boleh dibina secara berasingan. Tahap kemahiran

yang dikuasai oleh individu sukar disahkan. Ada kemahiran yang dikuasai secara

automatik atau bertukar ganti dengan kkemahiran yang lain. Latihan merupakan satu

cara memperolehi kemahiran; di mana latihan ini perlu dipimpin dan diselia supaya

pengukuhan dan motivasi berterusan dan berkekalan.

Pembelajaran psikomotor berfokus kepada kemampuan fizikal dan penguasaan

kemahiran. Domain ini boleh ditinjau dalam pendidikan vokasional, pendidikan

jasmani, pendidikan seni dan pendidikan muzik. Goldberger, et.al., (1982)

menghuraikan hierarki pergerakan manusia dan kemampuan manusia dalam

pembelajaran psikomotor serta mengulas Model Mosston's Three - Dimensional dan

Model of Development Movement. Kemp, Morrison dan Ross (1998) merujuk

pembelajaran psikomotor kepada penggunaan kemahiran dan koordinasi otot sebagai

aktiviti fizikal seperti pergerakkan, memanipulasi dan mengkonstruk. Antara contoh

yang terdapat dalam kemahiran dalam pembelajaran psikomotor ialah pergerakan

tubuh; bercakap; koordinasi halus otot dan komunikasi non-verbal.

Pembelajaran psikomotor dilihat melalui kemahiran fizikal iaitu bagaimana

keupayaan mengkoordinasikan pergerakkan dari segi kekuatan atau kederasan.

Tindakan ini menampakkan kemahiran yang tinggi. Contoh penari dan seorang atlit.

Menurut Model Pembangunan Kemahiran (Model Development Skill) oleh Dave

(1975) dan Reynolds (1965) ada menyimpulkan bahawa pembelajaran psikomotor

2

Page 3: Pembelajaran motor

melibatkan pergerakkan fizikal (motor) dan mental (Psiko). Oleh itu domain

psikomotor terdiri daripada 3 aktiviti iaitu;

Objek : menaip, berbasikal, bermain tenis, mengendalikan mesin.

Bahasa : menulis, membaca, trengkas, belajar bahasa asing.

Perasaan : bermain alat-alat muzik, berlakon, menari dan melukis

Mengikut pandangan seorang lagi pengkaji iaitu Romiszowski mengatakan terdapat

lima (5) tahap perkembangan kemhiran. Tahap itu adalah seperti berikut:

1. Kepekaan persepsi; apa, kenapa, bagaimana sesuaru perkara seperti di atas.

2. Mengalikasikan perkara yang diketahui betul. Tunjukkan sama lengkap

3. Prestasinya yang menglankau, langkah demi langkau

4. Tumpukan kepada mutu kemhairan atau secara automatik.

5. Aktiviti Varieti; aktiviti yang kreatif

.

Terdapat empat (4) tahap cara penguasaan kemahiran. Tahap 4 ialah penyesuaian

(adaptation) merupakan kemahiran yang dikuasi amat sempurna. Tahap 3 pula pada

peringkat berlatih (trainning) iaitu mengikut urutan dan masih cuba mencari

penyelarasan antara bahagian dalam sesuatu kemahiran. Tahap 2 ialah peniruan

(imitation). Kemahiran mengikut dan cuba meniru apa yang dilakukan oleh orang lain

dengan bimbingan. Hanya sebahagian sahaja daripada urutan kemahiran yang dibuat.

Itupun mengikut mood tanpa mengikut susunan yang sistematik. Manakala tahap

paling asas sekali iaitu tahap 1 ialah memerhati (perception); belajar kemahiran

dengan melihat individu lain yang berpengalaman. Ada juga pengalaman kemahiran

ditimba dengan membaca buku atau merujuk video.

Menurut Moore, D.Kenneth. (1989), semua profesion mempunyai kemahiran

tersendiri dan sentiasa berusaha meningkatkan ke tahap yang lebih pakar. Namun

begitu tiada satu profesion pun yang boleh mengakui bahawa pihaknya telah tamat

dan sempurna berjaya menjadi pakar dalam kemahirannya. Oleh itu semua pihak akan

terus belajar dan berlatih bagi meningkatkan kecekapan. Pihak profesional umunnya,

tidak puas akan kepakaran yang mereka miliki lalu sentiasa beriktiar bagi

mempertajamkan kemahiran mereka.

3

Page 4: Pembelajaran motor

Pembelajaran psikomotor mengikut Moore, D.Kenneth. (1989), merupakan

pemerolehan ilmu pengetahuan bermula daripada kemahiran asas sehingga menguasai

tahap kemahiran yang kompleks. Terdapat tiga (3) tahap iaitu;

Peniruan (Imitation): mempeolehan kemahiran asas dengan petunjuk dan

penyeliaan.

Manipulasi (Manipulation): pamerkan kemahiran secara bersedirian

Penghalusan (Precision): pamerkan kemahiran dengan lebih tepat lagi.

Peniruan (Imitation)

Individu mempamerkan kemahiran asasnya dengan penyeliaan dan berpandukan

kepada garis panduan. Individu cuba meniru apa yang dilihatnya. Contoh kemahiran

ialah guna, ikut, tukar, cuci.

Manipulasi (Manipulation)

Keupayaan individu menunjukan kemahiran secara bersendirian. Kemahiran ini

dilakukan secara urutan dengan hanya menggunakan sedikit tenaga sahaja. Contoh

kemahiran ialah sambung, ketatkan, reka, buat, lakar, timbang.

Penghalusan (Precision)

Keupayaan individu menghasilkan pergerakkan yang tepat, berkesan dan harmoni.

Dapat melengkapkan koordinasi pemerolehan kemahiran yang kompleks. Contoh

kemahiran ialah fokus, ubahsuai, selaras, kalibrasi, bina, konstruk dan manipulasi.

Prinsip Teori Struktur Intelek oleh J.P.Guilford

Bagi Guiford, J.P. (1967), pembelajaran motor lebih kepada gabungan latihan dan

pengalaman. Kedua-dua elemen ini akan membawa pemindahan pembelajaran secara

relatifnya kekal dalam bentuk pergerakkan (movement) dan kecedasan. Beliau

meninjau kemahiran motor dalam tiga aspek iaitu operasi (operations), kandungan

(contents) dan produ (product). Oleh itu J.P. Guilford (1950) lebih cenderung

mengkaitkan pembelajaran kemahiran itu dengan kreativiti Baginya pembelajaran

motor berdasarkan prinsip seperti berikut:

4

Page 5: Pembelajaran motor

1. Kemahiran penyelesaian masalah dan mencari Sebab (Reasoning and

problem-solving skills)

2. Operasi ingatan (memory operations)

3. Kemahiran membuat keputusan (Decision making skills)

4. Kemahiran berbahasa (Language related skills)

Mengikut pendapat pendapat Schmidt, R.A. (1982), pembelajaran motor merupakan

satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau

pergerakkan yang kekal. Pembelajaran telah berlaku berdasarkan maklum balas

mengikut prestasi pengetahuan (knowledge performance) dan pencapaian keputusan

(knowledge result). Tahap pembelajaran dibahagikan kepada lima (5) peringkat.

Pertama pencapaian ketika praktikal, kedua ialah melalui ingatan jangka pendek dan

ketiga juga mellaui ingatan tetapi jangka panjang. Manakala peringkat keempat

adalah kemahiran membuat generalisasi dan kelima pula ialah kemahiran membuat

pengubahsuaian mengikut keadaan.

Pembelajaran motor juga merupakan satu proses tindakan yang bermatlamat

menyelesaikan suatu tugasan; di mana memerlukan pergerakkan badan atau otot.

Samalah seperti kata-kata hikmat ini. "Beritahu saya sesuatu, mungkin saya lupa;

Tunjukkan saya sesuatu saya akan ingat; Biarlah saya buat sendiri, saya mula

belajar". Pembelajaran psikomotor boleh dilihat dari dua (2) segi iaitu kebolehan

motor (produk) atau proses berubah (proses).

Klasifikasi Kemahiran Psikomotor

Model Simpson, E.J. (1972) membahagikan pembelajaran psikomotor kepada tujuh

(7) tahap penguasaan kemahiran

1. Persepsi (perception)

Pelajar peka kepada rangsangan lalu memeberi perhatian. Dia merasakan perlu

mempelajari kemahiran berkenaan; baginya tanggapan kemahiran itu bermakna

padanya. Keadaan ini menunjukkan kemampuan deria memandu aktiviti. Motor

5

Page 6: Pembelajaran motor

dirangsang oleh deria lalu membuat pilihan berakhir dengan menterjemahkannya.

Contoh kemahiran adalah sepeerti berikut.

Mengenalpasti jangkamasa sejarah menerusi kesan bunyi.

Mengesan kiu komunikasi non - verbal.

Mengkaitkan rasa makanan dengan keperluan perasa.

Menjangka cara menangkap bola daripada balingan pitcher

Menentukan bola ke lokasi yang betul apabila membaling.

Mengubahsuai api dapur gas supaya suhu betul mengikut bau dan rasa

masakan.

Mengubahsuai ketinggian jeracak forklif dengan membanding aras jeracak

dengan pallet

2. Bersedia (set)

Mengandungi unsur motivasi. Mereka mula nak belajar sesuatu dan peka kepada

fenomena alam; bersedia dengan mental, fizikal dan emosi. Contoh penguasaan

kemahiran seperti berikut:

Mengetahui susunan sistematik langkah kaedah sainstifik.

Mengakui limitasi diri.

Menunjukkan sikap akur kepada kehendak etika kumpulan.

.

3. Gerak balas Terbimbing (Guided Response)

Tahap awal mempelajari kemahiran yang kompleks. Mereka belajar melalui

peniruan, secara cuba jaya atau mengikut ketepatan kriteria. Ketepatan kebolehan

boleh ditingkatkan melalui latihan. Contoh

Menunjukkan persamaan matematik di papan hitam

Mendemonmtrasikan cara membuat rawatan pertolongan kepada mangsa.

Menentukan masa terbaik memindahkan pokok bunga hiasan.

Menyelesaikan persamaan matematik seperti yang ditunjukkan.

Mengikut arahan membina model

Memahami isyarat tangan jurulatih ketika belajar memandu forklif.

4. Mekanisme (Mechanism)

Merupakan tahap pertengahan dalam pembelajaran kemahiran yang kompleks.

Semua Gerak balas dah mula menjadi habit. Beberapa pergerakkan yang dibuat

6

Page 7: Pembelajaran motor

dengan yakin dan mencapai tahap kecekapan yang dikehendaki. Mereka berlatih,

ulang belajar apabila sesuatu kemahiran itu perlu.. Contoh kemahiran pada tahap

ini seperti berikut:

Menaip nota menggunkan komputer peribadi.

Membaiki sinki yang bocor.

Memandu kereta.

Menulis dengan lancar dan kemas.

Memperlihatkan kecekapan dalam kemahiran hubungan manusia.

5. Gerak balas Kompleks Terbuka (Complex Overt Response)

Melibatkan pelbagai bentuk pergerakkan. Boleh melakukan kemahiran yang rumit

tanpa mengambil masa yang panjang untuk berfikir. Tak perlu menyemak kerana

yakin pasti berjaya melakukan gerak balas yang betul. Perlakuan adalah

automatik. Indikatornya ialah kederasan, ketepatan, dan menggunakan tenaga

yang minimum. Contoh kemahiran dalam tahap ini seperti berikut:

Menggunakan mesin kira dengan cepat dan tepat.

Membuat penilaian dan rawatan kepada individu yang perlukan therapi.

Menunjukkan cara mengambil nota.

Mempamerkan kebolehan bermain violin.

6. Penyesuaian (Adaptation)

Meminda bentuk pergerakkan mengikut keperluan dan situasi yang spesifik.

Kemahiran telah terbina sempurna; di amana individu boleh boleh pinda ubah

bentuk pergerakkan mengikut keperluan tertentu atau menyelesaikan masalah

mengikut situasi. Cohoh kemahiran seperti berikut:

Mengkaitkan sumber sejarah purba mengikut zaman dan masyarakat pada

masa itu.

Mengubah pinda program dan rawatan mengikut keperluan pelanggan.

Bertindak balas kepada sesuatu berdasarkan pengalaman lalu.

Kebolehan berkomunikasi mengikut situasi dan keperluan audien.

7. Keaslian (Origination)

Kebolehan mencipta benntuk pergerakkan baru untuk disesuaikan dengan situasi

tertentu atau mengikut proses yang spesifik. Semua gerakan hebat, terbaru, tulen

7

Page 8: Pembelajaran motor

dan kreatif. Mereka mampu merekacipta cara terbaru bagi memanupulasi bahan

mengikut kefahaman dan kebolehan kemahiran diri sendiri.

Kepetahan berpidato dengan gaya tersendiri dan memukaukan penonton.

Mengubah lirik dan lagu dalam muzik dengan ilham sendiri.

Menghasilkan teori pemikiran baru dan dikagumi oleh orang ramai.

Menyediakan pelan rawatan pesakit yang komprehensif.

Pemikiran Beaudry, M.et.al., (1999) menyusun semula tahap kemahiran psikomotor

Simpson, E.J. (1972) menjadi lapan (8) tahap seperti brikut:

1. Persepsi (perception); peka kepada objek, kualiti atau hubungan, dapat membeza

tanda yang berkait atau tidak.

2. Memetakan mental (Cognitive Mapping); mengetahui keperluan tugasan lalu

merangka keperlua strategi pergerakkan.

3. Bersedia (set); berdsarkan pengalaman lepas.

4. Gerakbalas Terbimbing (Guided Response); sedang berlatih, mencuba, ada kala

membuat silap tetapi terus berlatih dengan bimbingan model, bahan manual atau

kiu verbal.

5. Gabung Gerakbalas (Associative Response); Gerakbalas menjadi habit. Perlukan

sedikit sahaja pemetaan minda/mental.

6. Gerak balas Kompleks Terbuka (Complex Overt Response); melakukan tindakan

dengan kemahiran yang tinggi meyakikan.

7. Penyesuaian (Adaptation); menukar tindakan, sesuai dengan situasi baru atau

persekitaran.

8. Keaslian (Origination); menghasilkan tindakan sendiri yang asli.

Model Fitts dan Posner (1972) pula membahagikan tahap penguasai kemahiran

kepada tiga (3) tahap. Tahap kemahiran itu adalah seperti berikut:

1. Tahap Kognitif

Merupakan tahap yang baru dan awal. Operasi mental merupakan asas

pergerakkan neuro. Individu cuba memahami apa yang perlu dibuat. Proses

verbal kognitif mendahului apa-apa tindakan. Mereka mula belajar bahagian demi

bahagian kemahiran.

8

Page 9: Pembelajaran motor

2. Tahap Associative

Individu mula tahu cara menjalankan praktikal yang lebih efektif. Mereka mula

membuat penyesuaian atau pindaan. Pergerakkan atau tindakan lebih

memfokuskan kepada cara meningkatkan prestasi kemahiran lalu mereka akan

cuba menghubungkan bahagian tertentu dalam kemahiran agar matlamat tercapai.

Oleh yang demikian mereka akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga

mencapai kriteria penguasaan kemahiran tahap tinggi.

3. Tahap Automonus

Pada tahap ini, individu telah menguasai tahap kemahiran tertinggi tanpa sebarang

masalah. Malah mereka boleh dan mampu menyelesaikan dengan menggunakan

kemahiran secara automatik. Mereka juga terus berusaha secara ekstensif agar

prestasi kemahiran akan terus tekal seolah - olah segala kemahiran itu 'hidup'.

Satu lagi domain pembelajaran psikomotor (Dave's, R.H., 1970) yang agak sama

dengan Moore, D.Kenneth (1989) tetapi domain ini diluaskan lagi kepada lima (5)

tahap. Tahap penguasaan kemahiran adalah seperti berikut

1. Peniruan (Imitation)

Mengulangi apa yang dilihat atau mendapat penerangan daripada pihak kedua.

Mereka mencuba gerak balas yang sama seperti yang dilihat. Kesilapan dan

kesalahan sering berlaku sehingga mereka berjaya membuat yang gerak balas

yang serupa. Contoh meniru hasil karya seni

2. Manipulasi (Manipulation)

Mereka berlatih urutan dalam sesuatu kemahiran sehingga menjadi habit. Pada

tahap ini mereka mula cekap dan yakin dengan apa yang dilakukan. Namun begitu

mereka masih belum mampu kawal diri. Contohnya menghasilkan produk setelah

merujuk buku atau menghadiri kursus atau kelas tuisyen.

3. Penghalusan (Precision)

Pada tahap ini, prestasi tindakan atau pergerakkan akan diperhalusi lagi dari segi

kecepatan, kesempurnaan dan ketepatan. Perbuatan ini dilakukan dengan sedikit

9

Page 10: Pembelajaran motor

usaha sahaja tanpa sebarang tekanan dari mana pihak. Hasil kerja menjadi lebih

kemas. Kesilapan kurang dan mula mencapai kriteria tahap terbaik.

4. Artikulasi (Articulation)

Pada tahap ini proses pemindahan pembelajaran telah berjaya. Kebolehan atau

kemahiran telah dimilki. Cuma mereka akan mengawal bentuk-bentuk

pergerakkan dalam mana-mana kemahiran yang telah dikuasai itu mengikut

situasi masalah dan memenuhi keperluan. Siri pergerakkan yang dilakukan

konsisten dan harmoni. Contoh merakam video yang mengandungi muzik, warna,

dan bunyi .

5. Peneutralan (Natruralization)

Dengan kebolehan dan kemahiran mereka mula bergerak balas secara automatik

seolah-olah dah menjadi darah daging. Tindakan yang dihasilkan secara semulajadi

tanpa berfikir. Mereka mula mengumpul pengalaman, mencipta pergerakan yang

terbaru dan berpotensi serta mampu memanipulasikan bahan

Mengikut Harrow's, Anita (1972), terdapat 6 tahap menguasai kemahiran

psikomotor. Tahap-tahap itu ialah

1. Pergerakan Reflek; REAKSI di mana individu boleh bergerak balas kepada bunyi

bising.

2. Pergerakan Asas; ASAS di mana berupaya merangkak dengan tangan dan lutut.

3. Kemampuan membuat persepsi, SR di mana berupaya berjalan dengan betul.

4. Kemampuan fizikal; STAMINA di mana boleh menangkap bola yang dipukul.

5. Pergerakan yang berkemahiran, LANJUTAN, di mana boleh tunjukkan tarian

yang rutin.

6. Gabungan semua aspek komunikasi (No Discursive Communication); BAHASA

BADAN EFEKTIF; di mana individu boleh berlakon satu pentomin.

Singer (1972) menghuraikan domain psikomotor mengikut kemampuan motor (motor

abilities), ciri-ciri afektif dan kemampuan kognitif . Domain psikomotor terbahagi

kepada tiga komponen seperti berikut:

Kemahiran motor (motor abilities)

10

Page 11: Pembelajaran motor

Kemahiran halus (Fine Skills) seperti bertenun, bermain piano yang

memerlukan koordinasi tangan dan mata, kemahiran biasa (Manual skills)

Mnipulasi mata, lengan dan tangan dan berulang menggunakan alat,

bahan atau objek. Kemahiran keseluruhan (Gross Skills) melibatkan

sebahagian besar otot dan pergerakan tubuh.

Tugasan fizikal (Physical Tasks).

Kecergasan fizikal kombinasi aktiviti kognitif dan pergerakan tubuh dan

kenahiran refleks (nonvolitional)

Tingkahlaku persepsi motor (Perceptual-Motor Behavior)

Implikasi kepada pengajaran

Kefahaman tentang tahap-tahap pembelajaran kemahiran motor ini dapat membantu

proses pengajaran dan pembelajaran.

Cara gaya pengajaran praktikal mestilah disesuaikan mengikut tahap kemahiran

pelajar.

Kaedah demontrasi disyorkan sebagai saluran pilihan menyampaikan maklumat

bagi menguasai bahagian demi bahagian dalam suatu kemahiran.

Pembelajaran secara praktikal lebih baik daripada secara teoritikal kerana

perubahan tindakan dalam kemahiran mengikut tahap demi tahap. Unsur

peneguhan dan dorongan boleh diamalkan secara langsung atau setelah tamat sesi

praktikal tersebut.

Pengurusan masa amat penting. Walaupun masa dapat diurus dengan jaya tetapi

ianya seharus disokong oleh penguasaan kualiti masa.

Memerlukan jurulatih atau fasilatator dalam pengajaran.

Proses penyeliaan dan maklumbalas penting. Maklumbalas mengenai teknik atau

kaedah dan produk.

Kepentingan perancangan adalah kunci kejayaan pengajaran di makmal/bengkel.

Melalui perancangan akan membantu guru tahu apa yang dilakukan oleh pelajar

dan perjalanan kerja mencapai objektif.

Utamakan Keselamatan di makmal/bengkel : menunjukkan teladan yang baik,

patuh kepada peraturan, mengetahui tahap kemampuan pelajar untuk

menunjukkan kebolehan atau menyempurnakan kerja dengan selamat,

11

Page 12: Pembelajaran motor

menyediakan garis panduan keselamatan supaya dapat mengelakkan kecuaian,

amalan penyelenggaraan jentera, alatan dan bahan yang tersimpan di tempat yang

selamat dan boleh digunakan, menentukan semua peralatan bahan boleh dan

selamat digunakan, mengurus bahan mengikut arahan lebel sama ada digunakan

atau simpan serta musnah.

Strategi

Strategi pengajaran mestilah mengambilkira perkara berikut:

Aspek kognitif merupakan sebahagian kemahiran motor.

Matlamat akhir kemahiran itu menjadi automatik

Pembelajaran mesti ada prosedur dan ikut langkah demi langkah.

Memahami bahawa aktiviti rutin akan membawa kepada pergerakkan automatik.

Menyedari bahawa urutan gerakbalas juga akan bertambah mengikut pertambahan

masa.

Kekuatan dalaman individu merupakan kuasa utama memantau prestasi.

Sumber luar diri atau persekitaran akan menentukan kemahiran yang betul.

Kesempatan memberi maklum balas atau komen

Open Loop skill; komen setelah selesai praktikal.

Closed Loop Skill; komen ketika kemahiran ditunjukkan.

Pamerkan pergerakkan yang betul dan tepat supaya proses perolehan kemahiran

benar memenuhi kriteria kemahiran yang hendak dikuasai.

Pelajar yang telah mencapai tahap kriteria kemahiran terbaik boleh dilantik

sebagai penyemak.

Elakkan amalan melabel pelajar kerana prestasi mereka lemah.

Komen dan bimbingan berfokus kepada penyelesaian masalah.

Teruskan memberi dorongan dan peneguhan.

Menggerakan pelajar berprestasi lemah supaya terus berusaha mencapai kriteria

terbaik kemahiran.

Masalah Pembelajaran kemahiran/ motor/ psikomotor/ sensory - motor/

perceptual - motor/movement behavior.

1. Stamina

12

Page 13: Pembelajaran motor

2. Ketepatan

3. Halaju/kederasan

4. Kebiasaan/habit

5. Penmaship

Penilaian Hasil Pembelajaran Psikomotor

1. Melalui Mastering Learning

Melalui tahap demi tahap"mastery" untuk mendapat kemahiran sempurna.

Terdapat empat (4) pendekatan bagaimana menilai pembelajaran psikomotor.

Skala berkadar; kriteria menentukan skor, bandingkan hasil dengan

kriteria, skor diberitahu semasa menyiapkan projek.

Senarai semak/ujian kebolehan; pelajar beritahu bersedia diuji, ujian

formal atau tak formal, melengkap proses dalam kemahiran yang nak diuji.

Penulisan; membuat eksperimen, menulis keputusan, pemerhatian,

kesimpulan, gred mengikut keperluan komponen laporan.

Ujian kecerdasan.

2. Kesan pemindahan pembelajaran (Ibrahim Mamat, 1996)

Positif

Kesan ini menyatakan bahawa pembelajaran yang berlaku di sesuatu tempat

akan memudahkan pembelajaran di tempat lain. Mempelajari sesuatu tugas,

misalnya mempelajari Tugas 1 akan memudahkan pembelajaran Tugas 2.

Contoh seorang setiausaha yang sudah mahir menaip dengan menggunakan

mesin taip akan mudah belajar menaip dengan menggunakan komputer.

Kemahiran menaip dengan mesin taip dan menaip dengan komputer adalah

saling membantu dan serasi.

Negatif

Kesan ini wujud apabila sesorang telah mempelajari sesuatu yang boleh

menyukarkannya mempelajari sesuatu ilmu atau kemahiran baru. Misalnya

seorang pemain badminton selalu mengalami kesukaran untuk mempelajari

permainan tenis. Kesukaran ini berlaku kerana teknik pikulan bulu tangkis

berbeza dan bertentangan dengan cara memukul bola tenis. Untuk

13

Page 14: Pembelajaran motor

memahirkan pukulan bola tenis, pemain terpaksa terlebih dahulu mencairkan

kemahiran ayunan pukulan bulu tangkis. Mereka terpaksa melupakan

kemahiran lama sebelum mempelajari kemahiran baru. Proses melupkan

kemahiran lama untuk membolehkan penguasaan kemahiran baru dianggap

sebagai kesan pemindahan negatif kerana ia menyukarkan penguasan

kemahiran baru.

Zero/neutral

Pengalaman lalu yang dimiliki tidak memberi sebarang kesan kepada apa yang

akan dipelajarinya. Contoh pengalaman memancing yang dimiliki tidak

mempengaruhi kebolehannya untuk belajar berenang.

Rujukan

1. Moore, D.Kenneth (1989), Classroom Teaching Skills: A Primer, Rrandom

House, New York.

2. Guilford, J.P. (1950), Creativity, American Psychologist, 5, 444-454.

3. Guilford, J.P. (1967), The nature of Human Intelligence. McGraw-Hill, New

York.

4. Schmidt, R.A. (1982), Motor Control and Learning: A Behavioral Emphasis.

Human Kinetics, Champaign.

5. Simpson, E.J. (1972). The Classification of Educational of Objective in the

Psychomotor domain. The Psychomotor Domain, Gryphorn House, Washington

D.C.

6. Goldberger, Michel, Moyer dan Steve (1982). A Schema For Classifying

Educational Objectives In The Psychomotor Domain, Quest, 34(2), 134 - 142.

7. Ibrahim Mamat (1996). Reka Bentuk Dan pengurusan Latihan: Konsep dan

Amalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

8. Singer, Robert.N. (1975). Motor Learning and Human Performance: An

Application To Physcal Education Skills. 2nd Edition. Macmillan Publishing Co.

Inc., New York.

9. Harrow, Anita.J. (1971). A Taxonomy of the Psychomotor Domain, David

McKay Co. Inc., New York.

14

Page 15: Pembelajaran motor

10. Fitts, Paul.M. dan Posner, Michael (1967), Human Performance, Brooks/Cole

Publishing Co, Belmont California.

11. Cratty, Bryant J. (1966). A Three-Factor Lever Theory of Perceptual-Motor

Behavior, Quest, 6:3-10.

12. Adam, Jack A. (1968). Respone Feedback and Learning, Psychological Bulletin,

70:486-504.

13. _____________. (1971). A Closed-Loop Theory of Motor Behavior, Journal of

Motor Behavior, 3:111-149.

14. Gentile, A.M. (1972). A Working model of Skill Acquisition with Application to

Teaching, Quest, 17:3-23.

15