pemindahan pembelajaran

26
Pemindahan Pembelajaran Oleh : Siti Norbaya bt Abdul Rahman SK Pasir Panjang, Port Dickson

Upload: ctnorbaya81

Post on 21-Jun-2015

3.149 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemindahan Pembelajaran

Pemindahan Pembelajaran

Oleh : Siti Norbaya bt Abdul RahmanSK Pasir Panjang, Port Dickson

Page 2: Pemindahan Pembelajaran

Definisi

• Kecekapan dan kebolehan menggunakan pengalaman, pengetahuan atau kemahiran yang sedia ada dalam ingatan untuk diaplikasikan kepada proses pembelajaran atau situasi baru yang berkaitan.

Page 3: Pemindahan Pembelajaran

Proses Pembelajaran Gagne

• Antara 8 fasa proses pembelajaran Gagne, fasa generalisasi merupakan fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi.

• Pada fasa ini, individu berusaha mengingat kembali maklumat-maklumat berkaitan dalam stor ingatan panjang untuk diaplikasikan.

Page 4: Pemindahan Pembelajaran

• Fasa kefahaman juga merupakan fasa proses pemindahan pembelajaran.

• Pada fasa ini, individu berusaha menggunakan konsep sedia ada serta ingatannya untuk memahami maklumat yang diterima dari rangsangan luar untuk membentuk satu konsep baru.

Page 5: Pemindahan Pembelajaran

Fasa proses pembelajaran Gagne

• Fasa motivasi• Fasa kefahaman – berlaku proses pembelajaran• Fasa penyimpanan• Fasa ingatan• Fasa generalisasi – berlaku proses pembelajaran• Fasa prestasi• Fasa maklum balas

Page 6: Pemindahan Pembelajaran

• Terdapat 3 proses pembelajaran lama yang mempengaruhi pembelajaran baru iaitu :a) pengkategorisasib) generalisasic) gangguan proaktif

• Pemindahan pembelajaran berlaku dalam 2 keadaan iaitu :a) pemindahan positif (positive transfer)b) pemindahan negatif (negative transfer)

Page 7: Pemindahan Pembelajaran

Positive Transfer• Satu keadaan dimana hasil pembelajaran lama

dapat membantu pembelajaran baru.

Negative Transfer• Satu keadaan apabila pembelajaran lama

menganggu atau menghalang pembelajaran baru.

Page 8: Pemindahan Pembelajaran

Jenis-jenis Pemindahan Pembelajaran

• Pemindahan positif (Positive Transfer) dapat diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu :

a) Pemindahan mendatar (lateral transfer)b) Pemindahan menegak (vertical transfer)

Page 9: Pemindahan Pembelajaran

Pemindahan Mendatar

• Merujuk kepada pengalaman seseorang dan individu tersebut dapat mengaplikasikannya kepada suatu situasi yang serupa atau peringkat kesukaran yang sama.

• Contoh : Kanak-kanak mempelajari maksud perkataan untuk memperolehi lebih banyak pengetahuan.

Page 10: Pemindahan Pembelajaran

Pemindahan Menegak• Merujuk kepada penambahbaikan

pengalaman sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi.

• Melibatkan pembelajaran yang melibatkan prinsip, hukum dan teorem.

• Contoh : Murid-murid mempelajari konsep sisiempat, maka murid-murid dapat menyelesaikan konsep segiempat sama sisi, segiempat tepat dan segiempat selari.

Page 11: Pemindahan Pembelajaran

Jenis-jenis Pemindahan Pembelajaran Yang Lain

• Pemindahan bilateral• Pemindahan pengantara• Pemindahan set pembelajaran

Page 12: Pemindahan Pembelajaran

Pemindahan Bilateral

• Dikenali sebagai pendidikan bersilang (cross education)

• Melibatkan pemindahan pembelajaran dalam bidang dan latihan kemahiran seperti pendidikan jasmani.

• Contoh : Latihan menggunakan tangan kiri dipercayai boleh membantu latihan tangan kanan.

Page 13: Pemindahan Pembelajaran

Pemindahan Pengantara

• Pemindahan pengantara (mediated transfer) berlaku setelah menguasai satu tindak balas dan menggunakannya sebagai pengantara untuk membentuk satu tindak balas baru.

• Contoh : Selepas menguasai sebutan suku kata, murid lebih mudah mempelajari ejaan perkataan.

Page 14: Pemindahan Pembelajaran

Pemindahan Set Pembelajaran

• Set pembelajaran (learning set) ialah teknik pembelajaran yang diperoleh hasil pengalaman pembelajaran yang berulang-ulang.

• Contoh : Murid diberi latih tubi berkaitan topik mendarab dan murid dapat menguasai operasi mendarab dengan baik.

Page 15: Pemindahan Pembelajaran

Pemindahan Pembelajaran Negatif

• Sebab-sebab berlaku pemindahan pembelajaran negatif ialah :a) gangguan proaktifb) ganggunan retroaktifc) gangguan tabiat

Page 16: Pemindahan Pembelajaran

Gangguan Proaktif

• Pembelajaran sebelum menganggu pembelajaran berikutnya.

• Contoh : Mempelajari Fizik menganggu pelajaran Kimia

Page 17: Pemindahan Pembelajaran

Gangguan Retroaktif

• Pembelajaran berikutnya menganggu pembelajaran sebelumnya.

• Contoh : Selepas belajar Bahasa Inggeris melupai struktur Bahasa Melayu yang dipelajari sebelumnya.

Page 18: Pemindahan Pembelajaran

Gangguan Tabiat

• Tabiat lama mengganggu tabiat baru.

• Contoh : Murid yang mempunyai tabiat menulis tangan kiri akan mengganggu pembentukan tabiat menulis tangan kanan.

Page 19: Pemindahan Pembelajaran

Pemindahan Sifar

• Pemindahan sifar bermaksud TIDAK berlaku sebarang pemindahan.

• Seseorang berusaha menggunakan kemahiran atau konsep untuk pembelajaran baru tetapi tidak mendatangkan sebarang kesan.

Page 20: Pemindahan Pembelajaran

• Berlaku kerana penggunaan konsep atau kemahiran sedia ada tidak mempunyai perkaitan langsung dengan konsep baru.

• Contoh : Menggunakan konsep operasi tambah untuk mempelajari operasi bahagi.

Page 21: Pemindahan Pembelajaran

Prinsip-prinsip Pemindahan Pembelajaran

• Beberapa prinsip pemindahan pembelajaran adalah seperti berikut:a) Prinsip unsur kesamaanb) Prinsip banyak latihan asasc) Prinsip kepelbagaian rangsangand) Prinsip pengukuhan konsepe) Prinsip celik akalf) Prinsip pembelajaran untuk belajar

Page 22: Pemindahan Pembelajaran

Strategi & prinsip meningkatkan pemindahan pembelajaran positif

dalam p&p• Cadangan beberapa strategi dan prinsip untuk

meningkatkan pembelajaran positif dalam p&p, antaranya :1. Menentukan pencapaian objektif eksplisit2. Mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran berfikir3. Pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik4. Mengajar konsep dengan contoh sesuai

Page 23: Pemindahan Pembelajaran

Menentukan pencapaian objektif eksplisit

• Mengikut kajian Ausubel (1957) didapati bahawa pelajar yg diberitahu objektif pembelajaran dan bentuk peperiksaan sblm pembelajaran mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding diberitahu selepas pembelajaran.

• Ini kerana pelajar mempunyai persediaan mengingat fakta atau konsep penting.

Page 24: Pemindahan Pembelajaran

Mengutamakan pemerolehan konsep & memupuk kemahiran berfikir• Untuk mengingati sesuatu perkara, kita dapat

memikirkan sesuatu prinsip untuk mewakilinya. Oleh itu, perkara yang tidak bermakna akan boleh menjadi sesuatu yang bermakna.

• Contoh : Untuk mengingat nombor “19572020” dengan lebih mudah, kita boleh gunakan perkataan yang bermakna “Merdeka, Wawasan”

Page 25: Pemindahan Pembelajaran

Pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik

• Sekiranya berlaku pembelajaran negatif, iaitu pengalaman lama yang dikuasai kurang tepat untuk pembelajaran baru maka 2 prinsip berikut perlu dilaksanakan :a) Pengalaman disusun secara sistematik iaitu dari pengalaman asas kepada yg lebih kompleks.b) Mengaitkan antara matapelajaran2 contohnya konsep Matematik dikaitkan dengan konsep Fizik

Page 26: Pemindahan Pembelajaran

Mengajar konsep dengan contoh sesuai

• Dalam aktiviti p&p, huraian konsep dengan contoh yang sesuai akan memudahkan pelajar memahami konsep tersebut.

• Contoh : Guru menerangkan konsep tuas dan memberikan contoh dacing, jongkang-jongket, rod pemancing dan penukul sebagai contoh tuas.