pakej pembelajaran

24
BAHASA MELAYU TAHUN 4 TAJUK: BANJIR KILAT Tarikh : 20 Ogos 2012 ( Isnin ) Masa : 0900 – 1000 ( 60 minit ) Tahun : Tahun 4 Orkid Tema : Sentiasa Berhemat Kita Selamat Tajuk Pelajaran : Banjir Kilat Bilangan Murid : 20 orang

Upload: jata-unjah

Post on 02-Jun-2015

800 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

  • 1. Tarikh: 20 Ogos 2012 ( Isnin )Masa: 0900 1000 ( 60 minit )Tahun : Tahun 4 OrkidTema: Sentiasa Berhemat Kita SelamatTajuk Pelajaran : Banjir KilatBilangan Murid: 20 orang

2. Hasil Pembelajaran:1.1 Aras 1 (i),5 .1 Aras 3 (i),8.1 Aras 2 (i)Pengetahuan Sedia Ada :i)Murid-murid pernah mengelami atau menyaksikan sendiri sendiri fenomena banjir.ii) Murid-murid telah menguasai kemahiran menulis dan kemahiran membaca peringkat awal.Objektif : Pada akhir pembelajaran ini murid-murid dapat:1.Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami, atau yang dilihat atau ayang dibaca.2.Membaca kuat petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.3.Membina dan menulis ayat majmuk dengan kata hubung.Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulisSistem Bahasa :Tatabahasa: Ayat majmukKosa kata : melampaui, dilanda, faktor, telap, infrastruktur, pemusnahan, tadahan, fungsinya,cetek, melimpah 3. Pengisian Kurikulum :i)Ilmu : Pendidikan Alam Sekitar, Kajian Tempatan, Pendidikan Moralii) Nilai murni: Bertanggungjawab, bekerjasama, mencintai alam sekitarKemahiran Bernilai Tambah:i)Kemahiran Berfikir: Menghubung kait, menjana idea, membuat inferensii) Belajar Cara Belajar: Bacaan mentalis dan mekanis, mencatat, melaporkan maklumatdan berbincangiii)Teori Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, intrapersonal, verbal linguistik.Bahan Sumber Mengajar: i. Petikan teks ii. Komputer riba & LCD projektor iii. Slaid gambar banjiriv. Lembaran kerjav.Kamus Dewanvi. Video Berita Banjir Kilat 4. SET INDUKSILANGKAH 1 LANGKAH 2LANGKAH 3PENUTUP LATIHAN 5. 1. Guru menayangkan gambar melalui paparan slaid dan meminta murid memerhatikan gambar tersebut.2. Murid diminta untuk menyatakan apa yang mereka lihat dalam slaid tersebut.3. Murid digalakkan berbual dengan kawan berdasarkan tayangan slaid gambar. 4. Murid-murid diberi penghargaan atas jawapan dankerjasama mereka dalam set induksi. 5. Guru mengaitkan sesi soal jawab dengan tajuk dan isipelajaran yang akan dipelajari. 6. 1. Apakah yang telah anda perhatikan di dalam paparan slaid tadi?2. Pernahkah anda mengalami atau melihat keadaan seperti itu?3. Bilakah kejadian itu berlaku?4. Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu dilambil semasa berlakunya banjir? 7. 1. Guru menayangkan video berita banjir kilat dan meminta murid memerhatikantayangan tersebut.2. Murid diminta untuk menyatakan apa yang mereka lihat dalam tayangan.3. Murid berbual dengan kawan berdasarkan tayangan video.4. Murid-murid diminta menceritakan kejadian yang mereka lihat.5. Guru bersoal jawab dengan dengan murid mengenai maklumat dalam tayangan video dengan menanyakan beberapa soalan. 8. 1. Apakah yang anda lihat dalam video yang ditayangkan tadi? Ceritakan.2. Berdasarkan video tadi, negeri manakah yang dilanda banjir?3. Sebutkan kawasan-kawasan yang telah ditenggelami air.4. Siapakah yang terlibat membantu mangsa banjir dalam video tadi?5. Apakah tindakan pihak kerajaan sekiranya keadaan banjir menjadi lebih buruk? 9. 1. Guru mengedar petikan kepada murid dan meminta mereka membaca petikan dengan senyap.2. Kemudian murid diminta membaca secara kelas dan individu dengan sebutan dan intonasi yang betul.3. Guru membimbing murid lemah membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.4. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai maklumat dalam petikan.5. Murid diminta membaca dan menulis kosa kata yang digariskan di dalam petikan.6. Murid diminta berbincang dalam kumpulan untuk mencari jawapan soalan pemahaman dan makna perkataan.7. Wakil setiap kumpulan membentang hasil perbincangan mereka. 10. Banjir KilatBanjir kilat terjadi apabila aliran air di sebuah saliran samaada sungai atau sebagainya melampaui had aliran danmelimpah serta membanjiri kawasan sekitarnya. Banjir kilatbiasanya berlaku dan surut dalam masa yang singkat.Di Malaysia, banjir kilat banyak berlaku di kawasan bandar.Kuala Lumpur misalnya merupakan bandar raya yang seringdilanda banjir kilat, seperti yang pernah berlaku pada awal Jun1983. Dalam kejadianterburukyang berlaku selepas 11tahun, sebanyak 18 buah kawasan di sekitar Kuala Lumpur danPetaling Jayaturut terlibat. Antaranya ialahKampungPasir, Kampung Pauh dan Kampung Kassipilay.Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunyabanjir kilat. Pembangunan infrastruktur yang begitu pesatmerupakan salah satu faktor yang terpenting sekali. 11. Samb......Pembinaan permukaan yang tidak telap air seperti pembinaanjalan raya, tempat letak kereta, bangunan-bangunan perniagaanatautempat kediaman, kompleksdan sebagainyabolehmenghalang air daripada meresap ke dalam tanah apabilaberlaku hujan lebat. Pemusnahanhutan sewaktupenerokaan untuk tujuanpembangunan juga turut menyumbangkan ke arah berlakunyabanjir kilat. Penebangan pokok secara berleluasa menyebabkankehilangan kawasan tadahan air hujan. Penerokaan hutan untuktujuan petempatan turut menyebabkan tanah-tanih terdedahkepada hakisan dan pemendapan sungai-sungai. Begitu jugadengan aktiviti pembalakan dan aktiviti pembangunan di kawasanlereng-lereng bukit. 12. 1. Bagaimanakah banjir kilat terjadi?2. Di Malaysia banjir kilat berlaku di mana?3. Apakah yang menghalang air daripada meresap ke dalam tanah?4. Apakah faktor yang menyebabkan banjir kilat berlaku?5. Apakah kesan daripada aktiviti pembalakan dan pembangunan di lereng-lereng bukit? 13. 1. Guru meminta murid mengecam dan membaca ayat majmuk yang terdapat di dalam petikan.2. Guru menerangkan maksud ayat majmuk dan kemudian memberikan beberapa contoh ayat majmuk.3. Guru minta beberapa orang murid membaca ayat majmuk yang ditunjukkan.4. Murid diminta membina ayat majmuk.5. Guru mengedarkan lembarankerja mengikut tahap kecerdasan murid-murid 14. Majid membaca suratkhabar sementara menunggubas sekolah tiba.Perlawanan bola sepak itu ditangguhkan keranahujan lebat.Kakak asyik menjahit baju hingga tidak sedar nasiyang dimasaknya hangit.Zarina seorang murid yang pandai tetapi malasbelajar. 15. Murid membuat rumusan dengan menyatakan isi pelajaran dannilai-nilai murni yang telah dipelajari. Guru membing murid semasa membuat rumusan. Minta murid bertepuk tangan dan mengucapkan terima kasihkepada rakan kerana telah bekerjasama dalam menyiapkantugasan. Aktiviti ini juga memupuk semangat kerjasama antara ahlikumpulan 16. LEMBARAN KERJA KUMPULAN ALEMBARAN KERJA KUMPULAN BLEMBARAN KERJA KUMPULAN CPENGAYAAN PEMUILHAN 17. Lembaran Kerja Kumpulan A dan BNama: Tarikh : ..Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan kata hubung yang sesuai.1. Johan ___________ Samad bermain gasing.2. Mereka bersorak __________ menepuk-nepuk tangan.3. Ganesh dimarahi ayahnya __________ ponteng sekolah.4. Salim bangun___________ membuka tingkap.5. Para belia diingatkan ____________ menjauhkan diri daripada dadah.6. Semua murid hadir__________ Rahman.7. Pak Man sudah tua_______ masih kuat.8. Agak mustahil ___________ beliau memenangi pilihan raya itu.9. Encik Lee bercakap _________merenung pekerjanya.10. Kamu boleh makan nasi __________ mi. 18. Lembaran Kerja Kumpulan CNama: Tarikh : ..Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan kata hubung yang sesuai. dan, atau, lalu, serta, kecuali, sambil, tetapi, kerana, untuk, supaya1. Johan___________ Samad bermain gasing.2. Mereka bersorak__________ menepuk-nepuk tangan.3. Ganesh dimarahi ayahnya __________ ponteng sekolah.4. Salim bangun ___________ membuka tingkap.5. Para belia diingatkan ____________ menjauhkan diri daripada dadah.6. Semua murid hadir__________ Rahman.7. Pak Man sudah tua_______ masih kuat.8. Agak mustahil ___________ beliau memenangi pilihan raya itu.9. Encik Lee bercakap _________ merenung pekerjanya.10. Kamu boleh makan nasi __________ mi. 19. Berdasarkan gambar, bina ayat-ayat majmuk denganmenggunakan kata hubung yang diberikan di dalam buku tulis. Walaupun sambilsupayakerana danlalu 20. Bina ayat majmuk daripada tiap-tiap pasangan ayat tunggal di bawah ini dengan menggunakan kata hubung yang diberikan.1. Adik saya manja. Adik saya kuat merajuk. ( dan ) .2. Emak baring di atas kerusi Emak terlelap di atas kerusi. ( lalu ) .3. Encik Rosli peramah orangnya. Isterinya sangat pendiam. ( tetapi ) 4. Suhaila menangis. Suhaila sakit perut. ( kerana )