majalah niaga

Click here to load reader

Upload: truongdieu

Post on 28-Jan-2017

337 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • http://www.majalahniaga.com/pemasaran-online/

  • Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada para pembaca setia Majalah Niaga yang disayangi. Pertama-tama, kami in-gin memanjatkan kesyukuran amat kepada Allah atas kur-niaan tenaga idea dan spiritual, telah membantu kami melancarkan e-Majalah Majalah Niaga untuk edisi buat kali ke 26. Kami sentiasa berusaha keras untuk menyediakan isi kand-ungan yang kukuh dan berkualiti tinggi kepada anda semua. Malah modal tenaga dan wang telah dikeluarkan sehingga mencecah 5 an-gka sebulan, semata-mata mahu mengekalkan kualiti, agar isinya dan kualiti disanjung tinggi, walau hanya diedar percuma. Justeru, edisi kali ini kami memilih satu kelainan dari kebi-asaan di mana mentor pelaburan saham diangkat sebagai ikon usa-hawan dan pelaburan. Dipilih atas kepercayaan kerana telah mem-bantu ramai pelabur-pelabur baru yang pada mulanya, buta tentang pelaburan sehingga berjaya menjadikan saham sebagai sumber pen-dapatan sampingan. Mohd Asri Bin Ahmad atau lebih popular dikenali dengan panggilan Haji Asri merupakan individu yang tidak asing dalam dunia pelaburan saham. Seorang pelabur serta usahawan yang berpegang kepada prinsip akar iaitu menambah nilai kehidupan orang ramai dengan ilmu. Dalam temubual kali ini, tuan puan akan menerima puluhan petua, tip dan formula kejayaan dalam pelaburan saham dari tuan Haji Asri. Di luar, maklumat ini mungkin dijual dengan harga RM30 dan jarang dikongsikan secara percuma. Ditambah lagi dengan nasi-hat akibat kegagalan dan kerugian puluhan ribu yang pernah dicatat sejak bergiat aktif dalam industri pelaburan. Ya, temuramah kali ini sangat luar biasa! Kami mengalu-alukan dan berbesar hati jika anda hebah-kan edisi ini kepada rakan-rakan di Facebook. Anggaplah hebahan ini sebagai tanggungjawab komuniti bagi membangunkan kelompok usahawan kita. Mudah-mudahan, Allah deraskan rezeki, gandakan pulangan dan permudahkan urusan perniagaan tuan puan atas ban-tuan dan sahutan kami untuk turut serta dalam tanggungjawab sosial ini.

    SHIKIN KHALIL

    EDITOR MAJALAH NIAGA

    NOTA EDITOREmail: [email protected]

    Shikin

    Mohd Asri Ahmad:Jurulatih Pelaburan Saham

    PENASIHAT

    CEO

    EDITOR

    PENULIS

    PEREKA GRAFIK

    PENGURUS WEB

    EKSEKUTIF PENGIKLANAN

    EKSEKUTIF PEMASARAN

    DITERBITKAN OLEH

    Idris Husin, Hasbul Arif, Adly Mukhtar

    Hasbul Aqill Hassan Zaki

    Shikin Khalil

    Hasbul Aqill, Aqif Azizan,Hasbul Ariff, Hazlam Anuar,Zahrul Azua, Saufi Karim,Pakdi, Nazri Kadir,

    Marlia Muhamad

    Ridhwan Razak & Marlia Muhamad

    Hasbul Aqill

    Hasbul Aqill & Hasbul Ariff

    INNOVATIC SOLUTION(Part Of Flarebiz Network)18-3-1 Jalan Semarak Api 3,Dimond Square Business Centre,53000 Setapak Kuala Lumpur.Tel: +603-4023 4641Email: majalahniaga.com www.facebook.com/MajalahNiaga www.twitter.com/majalahniaga

    Hak Cipta Terpelihara:Dilarang sama sekali menerbit semula dalam

    lain-lain bentuk atau mempergunakane-majalah ini untuk tujuan keuntungan kecuali

    dengan kebenaran bertulis dari pihak Majalah Niaga.com. Namun begitu, anda dibenar bahkan digalakkan menyebar e-majalah ini untuk tujuan ke-

    baikkan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.

    1 Majalah Niaga Edisi 26

  • ISI KANDUNGANEDISI 26

    Berita Bisnes10 CEO Terkaya Di Dunia2013

    TIP PEMASARAN ONLINE

    TIP PERNIAGAAN ONLINE

    PELABURAN HARTANAH

    TIP PELABURAN

    TIP PENJENAMAAN

    TIP PERNIAGAAN

    Tip PemasaranRahsia Publisiti Bisnes Percuma Alam Maya

    Tip BloggingApple dan Dunia Blog-3 Elemen Menjadikan Blog Berpengaruh

    DekorasiBisnesDekorasi Ruang Lobi Pejabat

    Motivasi Bisnes6 Senjata Kejayaan Dari Steve Kaufer

    Tip JualanPenyalahgunaan Senjata Jualan,Satu Pengani-ayaan Terhadap Pengguna

    10

    192021222425

    12

    13

    14

    15

    17

    09 TESTIMONIProgram Haji Asri

    03WAWANCARA

    EKSKLUSIFJurulatih Pelaburan Saham-

    Mohd Asri Ahmad

    2 Majalah Niaga Edisi 26

  • 3 Majalah Niaga Edisi Khas 2013

    untuk menjadiusahawan

    berjaya sertamenjadi seorang

    pelabur yangbijak, perkara

    pertama adalah ilmu

    3 Majalah Niaga Edisi 26

  • A ssalamualaikum wrt , saya tuan Hasbul Ariff dan editor, tuan Mohd Faisal mewakili tim Majalah Ni-aga. Bersama kami ketika ini adalah ikon pelaburan saham Malaysia, yang tidak lain tidak bukan, Haji Mohd Asri bin Haji Ahmad. Berusia 36 tahun dan berke-lulusan Diploma Analisa Pelaburan dari UiTM Segamat & Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Univer-siti Putra Malaysia. Kini beliau se-dang menyiapkan thesis Ijazah Doktor Falsafah. Dalam bidang saham Bursa Saham Kuala Lumpur, beliau mempu-nyai pengalaman lebih 15 tahun seb-agai pelabur tegar yang berjaya.

    Alhamdulillah, pertama saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mengangkat saya sebagai ikon usahawan untuk Edisi Majalah Niaga. Saya memulakan penglibatan dalam pelaburan saham ini pada usia 21 ta-hun, yakni ketika saya mengikuti pro-gram Diploma di UiTM Segamat. Dalam masa sama , ketika itu saya menjalankan praktikal di bursa saham atau dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur ketika itu (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia). Namun bu-kan rezeki saya, pelaburan saya ke-tika itu tidak mendatangkan sebarang keuntungan. Malah, tidak keterlaluan saya katakan pelaburan itu rugi dan hangus. Apa yang saya buat, saya me-minjam duit dari emak saya untuk membayar balik kerugian yang saya alami. Dari kejadian itu, amatan saya jelas itu merupakan faktor utama bur-sa saham dimonopoli oleh bukan bu-miputera kerana golongan bumiputera cetek ilmu pelaburan saham. Saya dapati juga pelaburan saham salah satu aktivti yang kita sendiri perlu ter-libat kerana ia salah satu lubuk untuk kita menjana kekayaan atau pendapa-tan.

    Boleh tuan terangkan secara

    ringkas pengenalan pelaburan saham di Bursa Malaysia kepada usahawan dan bakal usahawan, yakni lebih tepat kepada Majalah Niaga.

    Pasaran saham Bursa Malay-sia ini sudah lama diwujudkan, hatta sejak Malaysia belum mencapai ke-merdekaan lagi. Di mana pelaburan ini boleh digiatkan secara selamat dan kita boleh terlibat secara tidak langsung dalam perniagaan berskala besar, sebagai contohnya perniagaan telekomunikasi, utiliti tanpa kita men-gendalikan perniagaan tersebut se-cara langsung. Atau dalam bahasa tepat, kita membuat pelaburan kepada syarikat-syarikat yang dikaji berpotensi untuk memberi keuntungan. Jadi dalam situasi ini, kita diiktiraf sebagai peme-gang atau pemilik saham tersebut.

    Sebelum memulakan pela-buran saham oleh bakal pelabur yang masih lagi tiada pengalaman, apakah persediaan rapi yang perlu dilakukan mereka?

    Mengikut kajian badan yang sahih, 90% golongan bumiputera ti-dak tahu bagaimana mahu melibatkan diri dalam pelaburan saham. Ini re-aliti. Yang lebih menyedihkan, mereka sangat takut untuk menceburi bidang pelaburan saham kerana sering dimo-mokkan dengan pelbagai tanggapan negative tentang pelaburan saham seperti jika melabur pasti rugi, mela-bur saham perlu modal yang banyak, pelaburan saham untuk si kaya sahaja dan sebagainya. Sedangkan proses untuk membuka akaun pelaburan saham ini sangatlah mudah. Apa yang berlaku pada hari ini, saya percaya mereka tidak tahu malah tidak mahu bergiat dalam pelaburan saham akibat tang-gapan negatif tentang pelaburan sa-ham yang telah berakar umbi di dalam minda mereka semenjak beberapa generasi lagi. Jadi yang pertama, mereka perlu mendapatkan ilmu. Apa sahaja bentuk pelaburan, termasuk

    pelaburan saham, jika kita mendapat ilmu yang betul, dengan izin Allah kita akan mendapat keuntungan yang lu-mayan. Cara mudah, cari individu-individu yang terlibat langsung dalam pelaburan ini, belajarlah dengan mer-eka yang telah alami kerugian atau ke-jayaan. Saya percaya dari situlah tapak permulaan untuk menjadi pelabur sa-ham yang bijak.

    Kami mendapat maklumat dari carian internet, iaitu 90% pelabur saham mengalami kerugian. Apakah faktor utama mereka gagal serta fac-tor utama mereka juga berjaya dalam pelaburan saham ini?

    Faktor utama adalah emosi. Di mana saya amati individu-individu yang mengalami kerugian membeli atau membuat pelaburan tanpa ka-jian yang terperinci. Maksud emosi di sini merujuk kepada mendengar, atau mengikuti tip-tip dalam pasaran se-cara semborono tanpa membuat ka-jian. Kedua, faktor utama mer-eka yang berjaya adalah mereka yang menganggap pelaburan saham ini bu-kan skim cepat kaya yang seringkali digempar gempurkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Malah mer-eka menganggap pelaburan ini salah satu inisiatif untuk terlibat dalam per-niagaan iaitu dengan membuat pela-buran terhadap syarikat-syarikat yang dikaji mempunyai rekod yang baik. Mereka tidak mengikut tip-tip dalam pasaran atau spekulasi yang diheboh-kan dalam pasaran saham tanpa usul periksa.

    Apabila menjadi pelabur sa-ham yang sah, apakah Standard Op-erating Procedure (SOP) yang perlu dipatuhi sebelum membuat keputu-san membeli saham? Adakah pelabur itu sendiri perlu menetap pelan pela-buran?

    Semua ini berbalik kepada asas pelaburan. Isu utama dalam soal ini, ramai yang tidak menetapkan

    4 Majalah Niaga Edisi 26

  • maka akan mendapat RM800 setahun. ROInya masih sama iaitu 8%. Sebab itu saya tidak memberi penekanan pada jumlah modal, kerana yang lebih penting dalam saham adalah matlamat pulangannya. Kesimpulannya, ada tiga soalan yang perlu dilon-tarkan kepada diri sendiri sebagai seorang pelabur. Per-tama, jumlah modal yang sanggup dikeluarkan untuk melabur. Sekiranya lebur, adakah ini menyebabkan anda akan terjun bangunan atau anda ok? Kedua, tahap risiko yang perlu diambil. Bersedia dengan risiko yang tinggi atau sederhana? Sejurus selesai menetapkan jawapan untuk kedua-dua soalan ini, barulah berbalik kepada soalan ke-tiga matlamat pulangan yang ingin dicapai.

    Apakah perbezaan diantara analisis teknikal dan funda-mental analysis dalam pelaburan saham. Dan adakah ada jenis analisis lain dalam pelaburan ini?

    Dalam pelaburan saham, dua jenis analisa analisis teknikal dan fundamental yang terkenal dan digunapakai sejak beratus-ratus tahun oleh pelabur saham. Tiada kekurangan diantara kedua-dua analisis ini kerana ada fa-haman yang menyatakan analisis teknikal lebih baik dari fundamental dan sebaliknya. Sebenarnya ia bergantung kepada kesesuaian kepada setiap individu. Bagi saya pula, analisis teknikal lebih sesuai untuk mengkaji pergerakan harga saham. Manakala fundamental analysis lebih sesuai untuk mengkaji kestabilan kewangan sesuatu syarikat, kedudukan dalam industri, faktor faktor ekonomi dan lain-lain.

    matlamat kadar Return Of Investment (ROI) yang mereka mahukan. Maksud lebih jelas, apabila mereka melabur, mereka tidak menetapkan matlamat iaitu kadar pulangan yang ingin dicapai. Apabila ia tidak dibuat, apa-apa kaedah yang digunakan akan menjurus kepada kegagalan. Bagi saya mudah, jika kita mahu terlibat dalam apa jua pelaburan, lebih-lebih lagi pelaburan saham, yang penting adalah ROI dan risiko-risiko yang perlu dihadapi selepas membuat pelaburan tersebut. Apabila kita ingin membuat pelaburan yang tinggi dan sanggup menerima risiko tinggi, maka kita akan mendapat pulangan yang tinggi. Berbeza apabila anda membuat keputusan untuk membuat pelaburan rendah dan kurang bersedia menerima risiko tinggi, maka kita akan mendapat pulangan rendah. Modal adalah isu kedua. Bagi saya, tiada beza modal RM100 dengan modal RM1,000. Jika anda mengharapkan pulangan 10% dan anda

    Sama juga seperti Amanah Saham Berhad (ASB), jika ada RM100,000 dalam ASB, maka anda akan dapat RM8,000 setahun. Sesiapa yang ada RM10,000 dalam ASB,

    membuat pelaburan sebanyak RM1,000, pulangan yang bakal diterima adalah RM100. Manakala jika anda melabur RM100 dan meng-harapkan 10%, maka anda mener-ima pulangan RM10. Bagi saya dua situasi ini sama, iaitu ROInya masih lagi sama walaupun modal berbeza. Jangan mengikut selera orang tetapi ukurlah baju di badan sendiri. Tepuk dada tanyalah poket!

    5 Majalah Niaga Edisi 26

  • Analisis teknikal 100% mengk-aji pergerakan harga, tanpa mengambil kira faktor luaran iaitu faktor ekonomi, politik dan syarikat. Manakala funda-mental analysis pula untuk mengkaji segala perkara yang berkait rapat den-gan syarikat tersebut termasuk pen-gurusan, kewangan, industri, ekonomi, scenario politik negara tersebut. Bagi saya, gabungan dua analisa ini adalah sangat baik. Sebab itu saya berpegang, sebelum pelaburan di-hasilkan, kajian perlu dilaksanakan dan belajar strategi membeli saham den-gan baik. Mentaliti pelabur saham yang sukses adalah mereka menggunakan kedua-duanya. Cuma dalam keadaan sekarang, teknik yang terkenal adalah dari Warren Buffet, seorang pelabur sukses terkenal dan beliau menggu-nakan kaedah fundamental analysis atau lebih dikenali sebagai value in-vesting. Teknik membeli saham den-gan mengkaji keupayaan dan potensi syarikat. Terpulang kepada individu dan saya masih berpegang kedua-dua je-nis analisis ini masih boleh digunapakai dan tiada salahnya.

    Apakah jenis-jenis faktor lu-aran yang memberi kesan kepada tu-run dan naiknya pelaburan saham yang perlu diketahui oleh seorang pelabur?

    Faktor luaran sangat banyak terutamanya pasaran Malaysia yang amat sensitif pada situasi yang ber-laku di persekitaran negara. Dan kita juga perlu memerhati perkembangan pasaran saham dunia terutamanya di Amerika Syarikat, Jepun dan negara-negara maju yang lain. Segala faktor termasuk faktor ekonomi , politik sesebuah negara yang besar akan mempengaruhi behavior atau keadaan semasa pasaran saham negara. Dan yang pasti, faktor ekonomi, politik dalam negara sendiri memang memberi kesan besar dalam pasaran saham. Maknanya, faktor luaran dan faktor dalaman juga perlu diambil kira. Sebab itu baru-baru ini berlaku kejadi-an yang digembar- gemburkan media,

    6 Majalah Niaga Edisi 26

    iaitu pembelian bond secara besar- besaran di Amerika Syarikat menye-babkan pasaran saham dunia berada dalam keadaan kurang stabil. Dan akhirnya, Pengerusi Fed-eral Reserve iaitu Ben Bernanke men-gumumkan dimana Amerika Syarikat tidak akan membuat sebarang penari-kan semula pembelian bon bernilai $85 billion setiap bulan, maka pasa-ran saham kembali pulih dan kita bo-leh lihat hari ini, hampir keseluruhan pasaran saham dunia kembali stabil. Isu yang dipolitikkan di Amerika Syari-kat nun jauh beribu batu namun kes-annya amat ketara di Bursa Malaysia. Oleh itu, amatlah penting bagi seorang pelabur yang bijak untuk rajin mem-baca dan peka dengan situasi disekel-ilingnya.

    Di dalam satu masa, berapak-ah kaunter yang sesuai untuk dida-gangkan. Adakah ada masa-masa tertentu untuk para pelabur saham menyemak harga-harga saham?

    Agak mudah untuk kita ter-libat dalam pelaburan saham kerana rata-rata broker di dalam negara kita telah bertukar kepada kaedah trading secara dalam talian atau online. Di mana pelabur-pelabur saham boleh menyemak harga saham secara real data dan live melalui platform yang disediakan. Terpulang kepada mereka yang mahu memeriksa harga saham secara harian, mingguan atau bula-nan. Jika mereka merupakan pelabur jangka masa panjang, mereka tidak

  • perlu memeriksa setiap hari, mungkin sebulan sekali. Jika mereka merupak-an pelabur saham tegar, iaitu individu yang terlibat dalam proses jual beli dalam tempoh masa singkat, maka mereka seharusnya melihat harga-harga saham tersebut dari semasa ke semasa. Berapa banyak kaunter sa-ham yang harus dipegang padasatu-satu masa bergantung kepada profil risiko pelaburtersebut dan ROI yang ingin dicapainya.

    Adakah pelabur saham boleh memilih untuk melabur saham untuk tempoh masa singkat atau lama?

    Pandangan saya, terdapat 3 jenis pelabur saham dalam pasaran masa kini. Pertama, pelabur, iaitu in-dividu yang membeli dan menyimpan untuk jangka masa panjang. Membeli saham di sebuah syarikat yang berpotensi dan meny-impan dalam tempoh masa lama bagi meraih keuntungan. Bagi saya, 1 ta-hun hingga 3 tahun boleh dikategori-kan sebagai pelaburan jangka masa panjang. Pelabur sebegini selalu-nya akan mendapat pulangan dividen berkala dan keuntungan jangka masa panjang. Kedua, pelabur jangka masa pendek atau dikenali sebagai trader. Trader akan membeli dan menjual saham untuk jangka masa pendek, mungkin dalam tempoh 1 jam 1 hari. Ketiga, speculator, iaitu in-dividu yang mengambil kesempatan pada perubahan mendadak harga sa-ham di dalam sesuatu masa. Di mana mereka hanya membeli dan menjual saham dalam jangka masa yang san-gat pendek. Mungkin beberapa minit dan beberapa jam sahaja.

    Apakah itu IPO? Bagaimana pelabur saham ingin menjana keun-tungan melalui IPO. Jika tidak ke-beratan, boleh tuan kongsikan pela-buran IPO yang pernah memberi keuntungan kepada tuan?

    IPO adalah terbitan saham yang baru.

    Dimana syarikat-syarikat Sendirian Berhad ingin diapungkan dalam Bur-sa, mereka boleh menawarkan saham syarikat mereka kepada orang awam. Jika kita terlibat dalam IPO syarikat-syarikat yang mempunyai modus operandinya yang baik, maka ini satu peluang yang menarik buat pelabur untuk melabur dalam saham IPO. Sepanjang penglibatan saya dalam industri saham, terutamanya pada tahun 2011-2013, saya dapati ke-banyakan IPO menawarkan keuntun-gan 10% dengan mudah dan tempoh masa singkat. Kerana hampir kes-eluruhan syarikat yang menawarkan IPO mempunyai rekod saham semasa yang baik. IPO melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) adalah juga dikeluarkan bagi mem-bantu golongan bumiputera terlibat dalam pasaran saham atau dikenali sebagai saham khas bumiputera. Di mana ini salah satu pendekatan bagi memastikan 30% syarat peruntukan atau kuota bumi-putera dalam sektor korporat terca-pai, iaitu melalui pegangan ekuiti oleh golongan bumiputera dalam syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Ma-laysia. Ramai dikalangan kita yang ti-dak tahu tentang kelebihan mendapat IPO melalui saham khas bumiputera oleh MITI yang membolehkan bumi-putera yang berjaya memperolehinya akan layak mendapatkan kemudahan pembiayaan sehingga 90%.

    Apakah maksud Risk Reward Ratio di dalam pasaran saham? Apak-ah kepentingan dan cara mengenal-pasti Risk Reward Ratio yang sesuai?

    Secara umumnya, tiada perkara yang boleh ditentukan dan bergantung kepada si pelabur. Secara peribadi, saya menggunakan bench-mark ASB sebagai satu pulangan baik dalam pasaran iaitu 8% setahun. Jika anda terlibat dalam pasa-ran saham, saya percaya untuk men-capai lebih 8% itu sangat mudah, jika

    anda mempunyai ilmu yang betul. Jadi, Risk Reward Ratio ini bergantung kepada invididu kerana ia berbalik ke-pada jumlah modal, bentuk risiko yang perlu diambil dan ROI yang ingin dica-pai. Mohon tuan kongsikan ruju-kan seperti bahan bacaan, seminar-seminar, kursus kursus berkaitan pelaburan saham untuk disarankan kepada pembaca setia Majalah Niaga.

    Pertama, saya sendiri terper-anjat oleh kerana buku-buku berba-hasa Melayu sangat kurang dijual di pasaran, berbanding lambakan buku-buku saham berbahasa Inggeris. Berdasarkan pengalaman, agak sukar untuk memilih buku sa-ham berbahasa Inggeris sebagai ru-jukan utama kerana banyak contoh pelaburan saham yang diambil dari negara-negara maju dan semestinya kekangan memahami Bahasa Ing-geris bagi sesetengah golongan bumi-putera. Jadi saya amat menggalakkan mengikuti petua-petua pelabur saham yang berjaya yakni mengikuti perkem-bangan semasa melalui buku, surat khabar dan ikuti seminar-seminar anjuran Bursa Malaysia atau mentor-mentor pelaburan. Antara bahan bacaan yang menjadi rujukan harian saya adalah The Star, New Straits Times, majalah The Edge dan majalah Focus. Majalah Focus dan The Edge merupakan bahan bacaan mingguan saya yang tidak per-nah dilupakan. Saya meletakkan satu kewajipan untuk memiliki 2 majalah ini untuk mengetahui perkembangan semasa dan persekitaran. Saya juga mendapati surat khabar Bahasa Inggeris lebih ban-yak berkongsi hal-hal berita semasa pelaburan saham berbanding akhbar-akhbar Bahasa Melayu. Rujukan online juga boleh dirujuk setiap hari, termasuk thestar.com.my, theedgemalaysia.com. Sega-la berita semasa bursa saham Malay-sia juga kita boleh dapati di laman web rasmi Bursa Malaysia, www.bursama-laysia.com.

    7 Majalah Niaga Edisi 26

  • Dengan ilmu, kita akan menjadi seorang usaha-wan dan seorang pelabur yang tidak mudah ditipu serta kebarangkalian untuk gagal itu rendah. Dengan ilmu yang betul ditambah dengan tindakan yang betul, dengan izin Al-lah kita bakal meraih kejayaan luar biasa. Untuk mencapai kejayaan dalam tempoh masa singkat, dapatkan mentor yang sudi berkongsi pengala-man jatuh bangun serta resepi kejayaan mereka. Secara ti-dak langsung, ia memudahkan proses pembelajaran anda. Belajar daripada kesilapan orang lain dan jangan belajar daripada kesilapan sendiri. Itu sahaja nasihat saya.

    Akhir sekali, tuan boleh kongsikan nasihat-nasihat kepada bakal pelabur, para pelabur serta pembaca Majalah Niaga yang mengikuti temubual ini?

    Saya seorang usahawan, dan saya juga seorang pelabur. Nasihat saya, untuk menjadi usahawan berjaya serta men-jadi seorang pelabur yang bijak, perkara pertama adalah ilmu. Pembelajaran ilmu tiada titik noktahnya dan ia dibuk-tikan oleh sabda Rasulullah S.A.W Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China.

    8 Majalah Niaga Edisi 26

  • Nama saya Adibah Musa dan berasal dari KL. Mempunyai kerjaya sebagai akauntan memberi sedikit kelebihan kepada saya dalam pelaburan saham kerana ia banyak bersangkut paut den-gan kewangan syarikat.

    10 tahun lepas, saya mula melabur walaupun masih kekurangan ilmu. Apabila pasaran saham menurun, saya buntu dan terpaku tak menahu hala tuju. Saya hampir pasrah dan mem-buat andaian rezeki saya bukan dalam pelaburan saham.

    Alhamdulillah, Allah pertunjukkan jalan dengan mempertemukan saya dengan Haji Asri pada Februari 2013, dengan mengikuti kelasnya dari asas, hingga ke kelas coaching.

    Saya bina keyakinan saya semula yang pernah jatuh dengan kembali dalam pelaburan saham. Namun beza kali ini, saya membawa bekalan ilmu yang cu-kup serta mentor untuk dirujuk kerana saya tahu panduan atas kertas tidak boleh dijadikan ukuran.

    Alhamdulillah, sekarang saya sudah mempunyai kemahiran dalam meng-kaji dan mengenalpasti pasaran saham yang berpotensi serta syarikat-syarikat yang teguh. Jika dahulu, rugi itu perka-ra biasa namun sekarang pelaburan saham menjadi mesin pendapatan sampingan saya.

    Nama saya Fatin Fariza dari Shah Alam. Saya boleh dikatakan masih baru dalam pelaburan saham ini kerana mula aktif pada bulan April 2013. Terdetiknya hati saya untuk mempelajari secara serius dalam pelaburan saham ini kerana saya tahu ia merupakan satu pelaburan yang sangat mudah dilakukan.

    Sebelum ini, suara sumbang yang saya terima mengatakan banyak rekod kegagalan malah situasi bankap berlaku kepada pelabur saham. Namun saya menyangkal andaian ini kerana apabila saya mempelajari ilmu betul, terbukti ia mudah untuk mengaut keuntungan lumayan serta pulangan (ROI) yang lebih tinggi berbanding pelaburan-pelaburan lain.

    Pada saya, selain berbekalkan ilmu yang betul, kami juga mempun-yai satu kumpulan sokongan yang kuat untuk bertukar-tukar maklumat dan membuat perbincangan. Sekarang, saya mempunyai minat cukup utuh dalam pelaburan saham dan saya akan teruskan. Terima kasih tuan Haji Asri atas bimbingan yang hebat.

    Nama saya Azhar bin Mokhtar, asal dari Johor. Saya mula berkecim-pung dalam pelaburan saham ini sejak April 2013. Ya, saya bermula dari kosong. Alhamdulillah, pada saat ini saya membuat pelaburan dalam pasaran saham hampir setiap hari, dan sudah serius melalui MITI dan IPO.

    Proses kejayaan mula tercipta dimana pada peringkat awal, saya per-nah mencapai keuntungan RM300 sehari. Keuntungan ini meningkat selari dengan modal dan keyakinan saya sehinggalah pernah mencapai keuntungan RM30,000 sehari.

    Bagi saya, pelaburan ini sangat berisiko, jika tiada ilmu dan mentor dan sistem yang betul. Atas dasar kepercayaan kepada tuan Haji Asri yang telah membantu ramai pelabur lain, saya turut serta dalam program coaching beliau.

    Hasilnya tidak mengecewakan malah tiada dalam jangkaan saya. Tuan Haji Asri memang perlu diangkat sebagai mentor no. 1 dalam pelaburan saham kerana beliau punyai ilmu dan sistem yang betul.

    TestimoniPROGRAM HJ ASRI

    9 Majalah Niaga Edisi 26

  • Tim Majalah Niaga

    BERITA BISNES

    10 CEO2013

    TERKAYA DI DUNIA

    Kepimpinan merupakan satu kapasiti untukmenukarkan visi kepada satu realiti...

    -Warren G.Bennis-

    Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO, merupakan satu jawatan yang sangat dimahukan oleh semua orang khususnya yang terlibat dalam dunia korporat. Ini kerana selain menjadi orang penting, anda juga akan dikenali ramai serta berpotensi untuk dibayar dengan gaji yang tinggi. Namun begitu disebalik kemegahan jawatan CEO ini, tergalas sebuah tanggungjawab yang besar kerana CEO merupakan tunjang kepada sesebuah syarikat. Ini bermakna CEO mampu menjadi penyumbang kepada kejayaan ataupun menjadi penyebab kepada kegagalan sesebuah perni-agaan. CEO yang berjaya merupakan individu yang mempunyai kepimpinan dan visi yang cemerlang.

    10 Majalah Niaga Edisi 26

  • WarrenBuffet

    LawrenceLarry Page

    LarryEllison

    MukeshAmbani

    BernardArnault

    LakshmiMittal

    SheldonAdelson

    AlikoDangote

    JeffBezos

    LeonidMikhelson

    Berumur 82 tahun dari Amerika Syarikat.Merupakan Pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway. Berada pada kedudukan ke-4 terkaya di dunia. Jumlah kekayaan $53.5 Billion.

    Berumur 39 tahun dari Amerika Syarikat.Merupakan CEO Google Inc. Berada pada kedudukan ke-20 terkaya di dunia. Jumlah kekayaan $23 Billion.

    Berumur 68 tahun dari Amerika Syarikat.Merupakan Pengasas Bersama dan CEO Oracle. Berada pada kedudukan ke-5terkaya di dunia. Jumlah kekayaan $43 Billion.

    Berumur 55 tahun dari India. Merupakan Pengerusi dan CEO Reliance Industries. Berada pada kedudu-kan ke-22 terkaya di dunia. Jumlah kekay-aan $21.5 Billion.

    Berumur 63 tahun dari Perancis. Meru-pakan Pengerusi dan CEO Louis Vuitton Moet Hennessy (LMVH). Berada pada kedudukan ke-10 ter-kaya di dunia. Jumlah kekayaan $29 Billion.

    Berumur 63 tahun dari India. Merupakan Pengerusi dan CEO ArcelorMittal. Berada pada kedudukan ke-41 terkaya di du-nia. Jumlah Kekay-aan:$16.5 Billion

    Berumur 79 tahun dari Amerika Syarikat. Merupakan Pengerusi dan CEO Las Vegas Sands. Berada pada kedudukan ke-15 ter-kaya di dunia. Jum-lah kekayaan $26.5 Billion.

    Berumur 55 tahun dari Nigeria. Meru-pakan Pengerusi dan CEO Dangote Group. Berada pada kedudu-kan ke-43 terkaya di dunia. Jumlah kekay-aan $16.5 Billion.

    Berumur 49 tahun dari Amerika Syarikat. Merupakan Pengerusi dan CEO Amazon.com. Berada pada kedudukan ke-19 ter-kaya di dunia. Jum-lah kekayaan $25.2 Billion.

    Berumur 57 dari Rusia. Merupakan CEO dan pemegang saham terbesar syari-kat Novatek. Berada pada kedudukan ke-47 terkaya di dunia. Jumlah kekayaan $15.4 Billion.

    1 2 3 4 5

    6 7 8 9 10

    11 Majalah Niaga Edisi 26

  • TIP PEMASARANHasbul Aqill CEO Majalah Niaga & Komik Niaga

    RAHSIA PUBLISITI BISNES PERCUMA ALAM MAYA

    Setiap bisnes perlukan publisiti. Publisiti dapat menyebarkan virus-virus maklumat kepada orang ramai tentang bisnes kita. Publisiti juga adalah satu daripada teknik pemasaran efektif. Ia bukan untuk menjual, namun ia berkesan supaya orang kenal bisnes kita. Lebih ramai orang kenal bisnes kita, lebih tinggi peluang kita untuk mendominasi dua elemen ini iaitu penjenamaan dan pemasaran.

    Apakah teknik yang terbaik untuk membantu kita memikat golongan blogger ini supaya mereka menjadi pusat publisiti percuma bisnes? Berikut adalah 3 teknik yang dapat mening-katkan kebarangkalian untuk berjaya. 3 teknik itu adalah:

    Hadir Ke Majlis BloggerDapatkan maklumat dari pelbagai sumber untuk hadir ke majlis yang mempunyai himpunan blogger-blogger di kawasan tertentu. Kos untuk hadir ke majlis ini biasanya percuma kerana kebanyakan masa ia di-taja oleh organisasi tertentu.

    Kenalkan Diri dan Perniagaan KitaSetiap blogger adalah aset publisiti bisnes.Sediakan kad bisnes, sediakan mesej untuk perkenalkan diri kita ke-pada majoriti blogger yang hadir ke majlis itu. Anggap mereka sebagai rakan karib kita. Beritahu mereka perniagaan apa yang kita lakukan dan sebagainya.

    Berikan Sampel Produk PercumaBerikan mereka berita baik. Berikan mereka barangan secara per-cuma sebagai tanda penghargaan. Dengan memberikan produk per-cuma ini, secara tidak langsung kita mencipta satu pendekatan emosi bersama pemilik blog. Secara tidak langsung, mereka akan menghe-bahkan bisnes kita menerusi artikel-artikel terbitan di blog. Bayang-kan, 1 blog mempunyai 1,000 pelawat. Jika 10 blog, maka bisnes kita sudah mempunyai publisiti percuma seramai 10,000 orang.

    BERKENALAN DENGAN JURUHEBAH MAYA

    3 TEKNIK BERKESAN PIKATJURUHEBAH MAYA

    Juruhebah maya bermaksud pemilik-pemilik se-cara perseorangan yang memiliki medium heba-han. Dalam bahasa mudahnya, mereka ini adalah golongan blogger. Ramai blogger di Malaysia boleh memberikan publisiti secara percuma kepada kita. Bagaimana impaknya pada bisnes? Sebagai contoh, jika memiliki perniagaan yang menjual tudung. Bay-angkan jika 1 blog mempunyai 1,000 orang pemb-aca.Apabila kita berjaya melakukan hubungan ker-jasama yang baik dengan mereka, kita sebenarnya sudah memperoleh nilai hebahan bisnes sebanyak 1,000 orang. Modal dari sudut wang ringgit? Tiada.

    12 Majalah Niaga Edisi 26

  • TIP BLOGGINGAqif Azizan Central Intelligence Agency(CIA) Write To Wealth

    Apple dan Dunia Blog-3 ELEMENMENJADIKAN BLOG BERPENGARUH

    Entri kali ini akan menggunakan syarikat teknologi yang berjaya menjadi revolusi dalam dunia teknologi hari ini. Dalam ar-tikel yang diperoleh di laman Wired.com, sehingga bulan Mac 2011, syarikat Apple ini telah memperoleh keuntungan seban-yak USD24.67 bilion. Ketua eksekutifnya pula, Steve Jobs cukup dikenali sebagai seorang inventor dan memiliki daya fikir kreatif yang tinggi.

    1

    2 3

    KUASA SIMPLICITY

    IMEJ KONSISTENSI

    Jika kita lihat produk-produk keluaran syarikat Apple, semuanya mempunyai elemen simplicity. Sebagai contoh, iPod 4th Generation yang hanya mempu-nyai imej paparan dan sebuah butang di bawahnya. Penggunaan warna bagi kebanyakan produk Apple juga kelihatan ringan dan menarik perhatian. Con-tohnya, iPod Shuffle menggunakan dua jenis paparan warna sahaja, iaitu:Biru dan putih.Oren dan putih.Merah jambu dan putih.Hijau dan putih.

    Dalam dunia blog, kita boleh aplikasikan konsep ini pada themes blog. Kesila-pan yang seringkali pemilik blog lakukan, adalah memilih themes yang terlalu banyak warna, dan reka bentuk desain yang terlalu kompleks. Jika kita amati konsep simplicity yang diamalkan oleh syarikat Apple ini, maka blog kita harus mempunyai elemen-elemen ini:Menggunakan dua kolum (Content dan sidebar).Logo pemilik blog yang jelas dan menarik.Paparan tulisan di blog mudah untuk dibaca.

    Apple sangat mementingkan kualiti imej yang dibawakan, dalam setiap ruang pengiklanan yang telah ditempah. Paparan imej yang ringkas, memudahkan navigasi penonton untuk memahami mesej yang cuba disampaikan. Dalam video di atas, kita dapat mengetahui fungsi iPod Touch secara keseluruhan. Neil Patel, pemilik blog Quicksprout menyatakan, penggunaan imej yang baik dapat membantu para pembaca blog mengetahui maklumat yang mahu kita sampaikan, menerusi paparan visual. Contohnya, daripada kita menulis pa-paran statistik berbentuk teks, adalah lebih menarik jika kita menggunakan imej. Seperti paparan graf, carta dan sebagainya. Ia dapat membuatkan pela-wat kita lebih memahami maklumat yang ingin disampaikan. Dalam dunia blog, kuasa konsisten

    dapat membantu kita mencapai kejayaan dengan lebih pantas. Ter-dapat beberapa elemen yang perlu diberikan kuasa konsisten, anta-ranya adalah konsisten dengan persembahan blog (themes, reka letak dan sebagainya), konsisten dengan penerbitan entri, konsisten mempromosikan blog di ruang-ruang promosi sedia ada dan on-sisten berkomunikasi dengan pela-wat blog.

    13 Majalah Niaga Edisi 26

  • DEKORASI BISNESHazlam Anuar Perunding Reka Bentuk Hiasan Dalaman

    5 PENAMBAH PERISADEKORASI RUANG LOBI PEJABAT Ruang lobi pejabat ibarat ruang tamu kediaman. Ruang pertama yang dijejak tetamu dan bakal pelanggan. Seeloknya, ruang lobi (waiting area/ reception area) ini perlulah selesa agar pelanggan tidak terasa bosan menung-gu dan juga dihias ringkas supaya kelihatan profesional. Cuma tip yang dikongsikan ini, bagi pemilik pejabat yang mahukan ruang lobinya tidak terlalu berimej korporat danmahu kelihatan lebih cozy. Selain dengan mengecat war-na atau perabot yang agak memakan kos dan masa, saya sarankan dahulu lima perisa tambahan yang ringkas dan segera dalam menghias ruang lobi pejabat.

    LEMBUTKAN SOFA KERAS DENGAN KUSYENBerikan keselesaan maksimum

    kepada tetamu dengan meleng-

    kapkan sofa dengan kusyen. Con-

    toh, sofa tiga tempat duduk den-

    gan dua, tiga atau empat kusyen.

    Sofa satu tempat duduk dengan

    satu kusyen sahaja. Pilih kusyen

    bercorak untuk dipadankan den-

    gan sofa warna polos.

    CENTERPIECESCenterpieces seperti namanya merupakan hiasan yang digubah

    dan diletakkan di tengah-tengah

    meja kopi, meja konsol atau di

    sudut ruang lobi dan atas meja

    reception counter. Centerpiece terdiri daripada bunga, lilin, arca,

    koleksi seperti cengkerang atau

    barang hiasan lain.

    MAJALAH ATAU COFFEE TABLE BOOKMajalah berkenaan industri kita lebih baik. Contohnya, Industri pakaian

    muslimah majalah fesyen (contoh: Hijabista, Nur, Dara.com), Industri

    kewangan majalah bisnes (contoh : Money Compass, Business Today,

    SME), Industri pelancongan majalah travel (contoh: Santai Travel, LI-

    BUR). Majalah perlu dijaga rapi dan up to date. Disarankan melanggan dan lupus atau jual majalah tahun-tahun yang lepas. Coffee table book merupakan buku berkulit tebal dan isinya lebih kepada gambar dan

    sedikit teks penerangan. Nama diberi kerana buku yang diletakkan di

    atas meja kopi. Fungsinya dijadikan sebagai bahan bacaan tetamu atau

    pemulaan membuka topik bicara antara tetamu dan pemilik.

    BERBAU MINYAK WANGIHarumkan ruang lobi dengan bau-bauan yang

    tidak terlalu kuat. Seperti potpourri atau freshener dispenser yang boleh disetkan secara automatik.

    PAPARKAN KREDIBILITI DENGAN GAMBAR DINDINGSelain menggantungkan lukisan (idea dekorasi segera juga) yang hanya bertindak sebagai

    penyeri semata-mata. Gunakan dinding lobi yang ada, untuk menambah nilai kepercayaan

    tetamu dengan memaparkan kredibiliti bagi dilihat pelanggan yang pertama kali berurusan

    dengan perkhidmatan kita. Contohnya Sijil (perniagaan, halal, ISO, NLP, professional make-up certificate), Anugerah, Projek berjaya, projek semasa atau yang bakal berjalan (gambar bangunan yang bakal dibina, Bengkel/ seminar yang dianjurkan, Paparan media (keratan

    majalah, surat khabar, skrinshot di TV). Selain itu, piala atau plak juga boleh dipaparkan.

    Contoh piala Malaysia Tourism Award , Malaysia CEO of the Year atau Enterprise 50 Award. Selain mengantungkan di dinding secara normal, kita boleh menyusun seperti dalam gam-

    bar yang dipaparkan dengan menyediakan para.

    14 Majalah Niaga Edisi 26

  • MOTIVASI BISNESTim Majalah Niaga

    6 SENJATA KEJAYAAN DARI STEVE KAUFER-Ceo Trip Advisor

    Dalam setiap masalah yang dihadapi itu pasti ada peluang tersembunyi.. Memandang masalah yang dihadapi sebagai suatu peluang terbaik memulakan perniagaan, merupakan satu prinsip keusahawanan yang telah menjadikan sesuatu perniagaan itu berjaya. Ramai usahawan telah membuk-tikannya termasuklah pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif sebuah laman web perlancongan TripAdvisor.com, Steve Kaufer. Steve Kaufer yang juga merupakan CEO TripAdvisor.com telah mendapat ilham untuk mengas-askan laman web ini setelah mengalami kesukaran untuk mendapatkan maklumat sebenar dari pengguna lain di internet mengenai tempat-tempat perlancongan yang terbaik semasa mahu pergi melancong bersama isterinya 11 tahun yang lalu. TripAdvisor.com merupakan sebuah laman web perlancongan yang membantu para pengguna men-gumpulkan maklumat perlancongan, memberikan review serta pendangan mengenai perlancongan tersebut dan berkomunikasi secara interaktif melalui forum perlancongan yang disediakan. Dengan menyelesaikan masalah para pengguna untuk mengetahui tempat yang benar-benar terbaik semasa melancong, TripAdvisor.com yang diasaskan pada Februari 2000 ini mempunyai lebih 75 juta review pengguna (menerima lebih 25 review dalam 60 saat) dan telah berjaya mencatat rekod lebih 50 juta pelawat dalam masa sebulan.

    BERANI MENGHADAPI KRITIKANTripAdvisor merupakan antara website review ter-awal yang menggunakan konsep user-generated content, di mana pengguna boleh memasukkan review secara percuma di website TripAdvisor.com.

    Pada awal pelancarannya, TripAdvisor dikritik kera-na membenarkan orang yang tidak dikenali (anon-ymous) membuat review mengenai hotel, restoran dan sebagainya. Ini mendorong kepada pelbagai penipuan terma-suklah sesetengah hotel yang bertindak memberi ganjaran kepada pengguna yang membuat ulasan positif mengenai hotel dan servis mereka. TripAdvisor pernah dipaksa untuk menukar slo-gan kepada reviews from our community di UK, pernah disaman beberapa kali termasuk $80,000 pada tahun lalu serta pernah digelar sebagai laman web yang mempunyai ulasan yang tidak jujur. Teta-pi mereka mengambilnya secara positif dan cuba bangunkan TripAdvisor dengan lebih baik agar dapat meyakinkan para pengguna.

    MENGUASAI PEMASARAN MELALUI MEDIA SOSAILFenomena kebangkitan media sosial benar-benar telah berjaya mengubah situasi serta pendekatan banyak perniagaan di seluruh dunia termasuklah syarikat-syarikat besar. Kehadiran Facebook, Twit-ter serta media sosial lain benar-benar mengubah masa depan hampir kesemua perniagaan.

    Di TripAdvisor.com, mereka juga amat mementing-kan media sosial dalam perniagaan mereka dan menggunakannya untuk mengembangkan lagi sayap mereka ke peringkat lebih tinggi. Buktinya, TripAdvisor memudahkan pengguna membuat review dengan menggunakan akaun Facebook masing-masing. Ini terbukti kerana ham-pir 35% daripada review datangnya dari pengguna Facebook.

    BEKERJASAMA DENGAN SYARIKAT BESARMerupakan sebuah laman web fokus untuk mem-bantu pengguna yang mahu melancong, maka secara tidak langsung laman web ini juga meru-pakan antara laman web terpenting bagi menjana pendapatan kepada setiap syarikat yang terlibat dalam industri perlancongan ini.

    TripAdvisor telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat besar serta agensi perlancongan untuk sa-ma-sama berjaya dalam bidang ini. Antara syarikat yang terlibat ialah syarikat perlancongan online ter-besar, Expedia.com dan syarikat yang menawarkan tempahan hotel secara online, Agoda.com.

    1 2

    3

    15 Majalah Niaga Edisi 26

  • MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MASA KINIPada hari ini, penggunaan telefon pintar serta tablet semakin meluas dikalangan pengguna se-luruh dunia. Boleh dikatakan hampir setiap indi-vidu mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon pintar atau tablet untuk mengakses internet dan bekerja dengan lebih mudah.

    Dalam setiap gajet masa kini, mempunyai aplikasi mobile yang dibangunkan khas untuk membantu kehidupan seharian mereka. Banyak syarikat be-sar seperti Google, EBay, Groupon dan sebagainya menghasilkan aplikasi mobile untuk memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan mereka.

    TripAdvisor juga tidak ketinggalan untuk mela-burkan wang mereka bagi menghasilkan aplikasi mobile untuk memudahkan pengguna membaca dan memberikan review serta berinteraksi di laman web mereka. Pada suku keempat 2012, TripAdvisor mencatat-kan peningkatan sebanyak 190% dan menerima lebih 45 juta pelawat sebulan melalui aplikasi mo-bile mereka.

    AMAT MEMENTINGKAN PENGGUNAMengikut statistik terkini, TripAdvisor menerima lebih 25 review dalam satu minit serta mempun-yai lebih 75 juta review pengguna dan lebih 8 juta gambar yang menarik daripada pengguna. Tanpa pengguna, tiadalah TripAdvisor.com, jadi mereka sememangnya amat mementing setiap pengguna TripAdvisor. Selain memudahkan pengguna memberikan re-view dengan menggunakan akaun Facebook mer-eka, TripAdvisor juga telah membangunkan satu sistem dari semasa ke semasa di mana mereka mampu untuk mengetahui dan menapis sebarang ulasan yang palsu agar pengguna-pengguna mer-eka tidak tertipu bila membacanya.

    MENAKLUKI PASARAN GLOBAL

    TripAdvisor merupakan laman web perlancongan yang boleh diakses dan digunakan oleh semua orang di serata dunia. Ia dapat membantu penggu-na untuk melancong ke satu-satu negara itu tanpa sebarang masalah walaupun pengguna tersebut tidak pernah ke negara itu. Jadi secara berpering-kat, TripAdvisor memulakan strategi untuk menak-luki pengguna dari satu-satu negara dengan lebih dekat lagi. Di Malaysia, anda boleh mengakses TripAdvisor di TripAdvisor.com.my, sama juga seperti negara-negara yang lain. Ini bertujuan untuk memudah-kan pengguna tempatan melancong dengan lebih yakin dan selamat.

    4 5

    6

    Untuk berjaya dalam apa juga perniagaan melalui internet seperti TripAdvisor.com ini, anda perlulah sentiasa mementingkan peng-guna serta sentiasa menggunakan teknologi terkini dalam perniagaan anda selain mem-punyai team yang mantap. Dengan strategi yang mantap, tidak mustahil satu hari nanti terlahir satu aplikasi web daripada syarikat tempatan yang mampu pergi jauh sehebat TripAdvisor.com pada masa depan.

    16 Majalah Niaga Edisi 26

  • TIP JUALANZahrul Azua Copywriter dan Pemasar Informasi

    PENYALAHGUNAAN SENJATA JUALAN, SATU PENGANIAYAAN TERHADAP PENGGUNA

    Pada awal pembabitan saya dalam bidang penulisan surat jualan dan pemasaran informasi, saya

    amat teruja dengan kuasa penulisan surat jualan yang mampu dijadikan sebagai senjata yang paling am-

    puh untuk menjual sesuatu produk atau servis. Apa tidaknya, saya mampu menjual tanpa perlu berjumpa

    orang. Saya juga mampu menjual walaupun mereka tidak pernah melihat produk lagi dan saya mampu

    menjual tanpa perlu banyak bergerak. Begitulah antara kuasa senjata jualan yang mampu mengubah

    pembaca kepada pembeli dalam sekelip mata.

    Satu perkara yang membuatkan saya teruja dengan penulisan surat jualan ini ialah bagaimana kua-

    sa penulisan surat jualan ini mampu mengawal serta menyentuh emosi pembaca untuk terus membeli.

    Saya juga pernah menjual produk-produk informasi orang lain (produk yang diberi hak jual semula) dan

    menulis sendiri surat-surat jualan secara offline. Dengan menulis tulisan surat jualan yang menjual harapan

    tinggi kepada pembaca, saya berjaya menghasilkan jualan.

    Saya melakukannya kerana inilah yang saya pelajari daripada produk-produk informasi yang telah

    saya perolehi dari surat-surat jualan yang saya terima. KUNCI nya ialah menjual TAJUK yang mampu mem-

    beri harapan tinggi kepada pembaca sasaran dan turut mengajar pembeli untuk lakukan perkara yang

    sama.

    Oleh sebab itulah, walaupun dalam masa tidak sampai setahun saya menjalankannya secara sam-

    bilan, saya telah mengambil keputusan untuk berhenti dan mendiamkan diri dari pasaran offline. Dari situ

    saya mula berjinak-jinak dalam mempelajari bagaimana untuk menulis buku bagi menghasilkan sesuatu

    yang berguna untuk orang ramai.

    17 Majalah Niaga Edisi 26

  • MEMANIPULASIKAN EMOSI PENGGUNAEmosi dimanipulasi tanpa memberi kesempatan atau hak kepada pembaca surat jualan untuk mengetahui atau melihat apakah produk atau perkhidmatan yang dimaksudkan. Dari mula surat jualan hingga ke akh-irnya hanya menyampaikan mesej berbentuk harapan yang tinggi, keuntungan yang bakal diterima serta ke-mewahan yang bakal diterima. Informasi realiti ke atas produk mahupun perkhidmatan tersebut disembun-yikan.

    PENGGUNAAN URGENCY SEBAGAI PERANGKAPPenggunaan tawaran stok terhad atau tawaran masa terhad bagi mempercepatkan tindakan pembaca su-rat jualan kita tidaklah salah sebenarnya. Ini kerana sebagai peniaga kita kena wujudkan suasana pembe-lian yang lebih menarik. Namun yang menjadi kesala-han di sini ialah tuan punya surat jualan tidak mengi-kut apa yang telah dinyatakan. Dalam surat jualan dinyatakan bahawa selepas 100 tempahan pertama jualan akan dihentikan. Adakah penjual tersebut bet-ul-betul menghentikan jualan atau jualan masih terus berlangsung?

    JEMINAN PENGEMBALIAN WANGMENYAKINKANTidak salah untuk meletakkan jaminan eksklusif se-begini, malah ianya sangat dialu-alukan. Yang men-jadi satu kesalahan ialah apabila berlaku permintaan pemulangan wang dari pelanggan yang tidak ber-puashati penjual akan melambat-lambatkan proses pengembalian wang, malahan ada juga yang buat ti-dak tahu dan terus berdiam diri.

    TANGGUNGJAWAB & ETIKA KETIKAMENJUAL PRODUKWalaupun saya tidak pernah menerima satu pun rungutan mengenai produk yang saya jual namun saya mula rasa bersalah kerana ilmu yang saya amalkan itu bukanlah sesuatu yang beretika bagi saya.

    Saya sendiri pernah kecewa apabila memperolehi produk-produk in-formasi yang tidak serupa bikin seperti apa yang telah diwar-war serta dijanjikan dalam surat jualan. Saya mula berfikir jika saya tak puas hati dengan senario tersebut kenapa saya harus melakukan perkara yang sama kepada bakal pembeli produk saya. Dari situ saya mula membuat kajian bagaimana saya boleh menulis surat jualan yang mampu menyentuh emosi pembaca tanpa melaku-kan sebarang jenis penipuan serta mampu mengelak konsep penulisan yang hanya menjual harapan tinggi kepada pembaca. Tidak salah untuk memberi pengharapan yang tinggi kepada pem-baca TAPI adakah produk kita mampu menanggung janji seperti yang telah kita katakan. Seekor tikus tidak mampu untuk mengaum seperti seekor singa. Dan janganlah kita mengaum dalam surat jualan kita jika kita sendiri seperti tikus yang tidak mampu untuk menghasilkan bunyi ngauman seekor singa.

    3 CIRI SENJATA JUALAN YANG SERING DISALAHGUNAKANKini, kita telah sedar bahawa penulisan surat jualan merupakan satu senjata yang ampuh dalam melakukan jualan namun dalam sedar atau-pun tidak senjata ampuh ini juga boleh disalahgunakan. Antara 3 ciri yang sering disalahgunakan dalam surat jualan ialah:

    18 Majalah Niaga Edisi 26

  • TIP PEMASARAN ONLINEHasbul Ariff Pengarah Urusan VAG Network

    CHICIFY- BAGAIMANA SEDUT 1000 PELANGGAN BERDUIT DARI FACEBOOK

    Namanya berjaya menarik perhatian. Perkara pertama yang bermain di minda adalah Chicify ini seperti sebuah syarikat yang menjual ayam. Namun begitu, ayam ini luar biasa. Chicify adalah syarikat perniagaan yang menjual barangan seperti baju, kasut dan aksesori-aksesori wanita. Syarikat yang berasal dari Filipina ini mempunyai satu kajian kes pemasaran yang menarik. Dalam ruangan Facebook for Business, Chicify merupakan satu daripada contoh perniagaan yang berjaya mengaut lebih banyak keuntungan, serta memperoleh lebih banyak pelanggan menerusi medium Facebook.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Chicify, Sultan Joson,Facebook adalah medium yang kami akan gunakan berkali-kali kerana ia memberikan peluang untuk Chicify berinteraksi dengan pelanggan, dan melakukan kempen pemasaran dengan kos yang

    lebih rendah tetapi efektif.

    5 CARA BAWA MASUK 1000 PELANGAN BARUKelima-lima strategi pemasaran yang digunakan oleh Chicify ini adalah strate-gi yang boleh ditiru dan diadaptasi oleh mana-mana pemilik perniagaan, yang mencari-cari sumber untuk menarik lebih banyak pelanggan dengan kos yang rendah. Antara strategi pemasaran Facebook berkesan yang digunakan mereka adalah seperti berikut:

    Malu-malu kucing Keluaran akan datang. Tanpa perlu mempamerkan imej secara keseluruhan. Tujuannya supaya mencipta kejutan kepada pelanggan. Buatkan pelanggan tertanya-tanya tentang produk kelu-aran terbaru kita. Seperti mana Apple lakukan terhadap iPhone 4 sehingga iPhone 4S, di mana ia membuatkan para pelanggan teruja untuk mengambil tahu tentang bisnes kita. Beritahu mereka di Facebook Pages bisne kita.

    Barang Panas Cara Chicify melakukan jualan daripada Facebook adalah menerusi paparan barang-barang panas, atau barangan yang popular. Di mana pengguna Facebook akan melayari laman web utama mereka untuk melakukan pembelian. Sekiranya perni-agaan kita mempunyai pelbagai jenis produk atau servis, pilih barang yang popular untuk dihebahkan menerusi Facebook. Ia dapat menjemput duit dari poket pelang-gan yang sedang melayari Facebook pages kita.

    Faham Kehendak Kaum Hawa Sasar-kan semua, punah segalanya. Dalam bisnes yang penuh dengan persaingan, pentingnya untuk kita mempunyai sasaran pelanggan yang spesifik. Ini memudahkan kita untuk mencipta mesej pemasaran yang tepat, serta membangunkan kempen pengiklanan yang berkesan. Di Chicify, sasaran mereka adalah golongan wanita yang mempunyai obsesi terhadap fesyen. Golongan ini sahaja telah memberikan ribuan ringgit ke dalam akaun bank syarikat mereka.

    Jangan Sekadar Promosi, Interaksi Untuk menghasilkan banyak jualan di Facebook, promosi Facebook Pages semata-mata tidak akan memberikan hasil. Pentingnya kita untuk mengawal profil social media bisnes supaya dapat berinteraksi dengan prospek. Apa-bila mereka bertanya di ruangan komen atau mesej, di-siplinkan diri kita supaya membalas dalam masa kurang 45 minit. Anggap setiap seorang prospek adalah lubuk emas yang besar.

    Pikat Duit Dengan Produk Spesifik Chicify memberikan ruang dan peluang kepada peng-gunanya untuk merasai diri mereka istimewa. Syarikat ini menjual produk yang spesifik mengikut kemahuan peng-guna menerusi Facebook Page tab yang berbeza-beza.

    BAGAIMANA KESANNYAKEPADA ANDAKajian kes perniagaan yang berjaya menerusi pemasaran Facebook ini bo-leh dijadikan sumber rujukan untuk kita mengambil maklumat yang berman-faat, supaya ia dapat dipraktikkan dalam bisnes sendiri.

    3 LAUK LUMAYAN CHICIFYSetiap hari laman Facebook semakin berkembang pesat dari pelbagai sudut seperti teknologi, reka bentuk dan navigasi pengguna. Namun hanya segelintir sahaja daripada pemilik perniagaan di seluruh dunia, termasuk Malaysia yang mengambil peluang ini. Hasil daripada pemasaran Facebook, Chicify berjaya menuai hasil-hasil lumayan seperti berikut:

    1,000 pelanggan baru yang membeli terus di laman Chicify dari Facebook.

    Peningkatan keuntungan yang drastik selepas melakukan kempen pemasa-ran Facebook 667%.

    13 kali ganda peningkatan jumlah pengguna yang mendaftar di Chicify dalam masa 6 bulan.

    19 Majalah Niaga Edisi 26

  • TIP PERNIAGAAN ONLINEHasbul Ariff Pengarah Urusan VAG Network

    5 SIFAT PRODUKTIFUSAHAWAN FACEBOOK

    Facebook bukan sekadar laman sosial. Ia lebih daripada itu. Dari sudut pandang seorang pemilik bisnes atau usaha-wan, Facebook adalah satu lagi lubuk galian duit yang mempunyai potensi besar. Terdapat beberapa peniaga yang hanya menjalankan bisnes mereka di Facebook dan berjaya mencapai keuntungan sehingga 5 angka. Bagaimana untuk usahawan baru mencipta kejayaan yang sama di Facebook?

    Rakan di sekeliling kita menggunakan Facebook sebagai tem-pat untuk mengumpat, bercerita kosong, jampi serapah orang lain dan melakukan aktiviti yang buang masa dan rosakkan minda. Jadikan aktiviti kita di Facebook berbeza dengan mer-eka. Fikirkan setiap masa kita sebaik sahaja login di Facebook adalah emas. Terapkan disiplin supaya kita tidak menggunak-an Facebook untuk berbual kosong. Kita mahu gunakan Face-book untuk jemput lebih banyak duit ke dalam akaun bank sendiri.

    Apabila menaip e-mel dan kata laluan untuk memasuki laman sosial Facebook, kita mempunyai dua pilihan yang jelas iaitu jadi orang yang rugi ataupun jadi orang yang untung. Untuk menjadi orang yang rugi, kita gunakan Facebook sebagai alat untuk bertanyakan khabar kepada para gadis dan jejaka yang sedang online. Manakala pilihan kedua pula adalah memaksi-mumkan gaya fikir keuntungan setiap kali login ke Facebook. Gaya fikir ini akan mendorong kita untuk mencari pelanggan, berhubung dengan mereka dan membawa lebih banyak duit ke akaun bank.

    Bagi yang menjalankan perniagaan di Facebook secara total, maklumat ini penting. Wujudkan grup Facebook eksklusif yang disertai oleh pelanggan-pelanggan kita sahaja. Grup ini boleh dijadikan pusat untuk kita berhubung dan mengeratkan diri dengan pelanggan. Lebih aktif kita di grup sendiri, lebih ban-yak duit yang berpotensi masuk ke dalam akaun bank. Sekali pelanggan cinta, duit poket mereka milik kita.

    Dalam bahasa mudahnya, golongan ini bukan pelanggan kita. Mereka tidak akan mempunyai kemahuan untuk membeli produk yang kita jual di Facebook. Dalam situasi ini, kita ket-epikan kawan-kawan yang tidak berduit ini. Setiap hari, fokus-kan untuk menambah rakan-rakan Facebook yang berpotensi. Yakni mereka yang boleh dibantu dan mempunyai kemam-puan untuk membayar kita selepas dibantu.

    Melibatkan diri dalam grup Facebook tertentu tidak bermakna kita mempunyai kebebasan untuk mempromosikan produk secara membabi buta. Ini adalah kesilapan kritikal yang ber-laku dalam komuniti. Ibarat berada dalam rumah orang lain, kita bertanggungjawab untuk meminta kebenaran sebelum melakukan sesuatu. Di Facebook, kita boleh mulakan den-gan berkongsi maklumat yang bermanfaat berkaitan dengan produk. Jangan biarkan Abang Kawasan grup Facebook me-nyampah dengan kita. Sekali menyampah, selama-lamanya dianggap sampah.

    MASA SAYA ADALAH EMAS

    GAYA FIKIR UNTUNG SENTIASA

    JAGA KOMUNITI DUIT SENDIRI

    KATAKAN TIDAK KENAPA KAWAN TIDAK BERDUIT

    BERJAGA-JAGA DENGAN ABANG KAWASAN LAIN

    20 Majalah Niaga Edisi 26

  • PELABURAN HARTANAHSaufi Karim Pengulas dan Pelabur Hartanah Di Malaysia

    3 DOSA BESAR PELABURAN HARTANAH-RUGI, LEBUR, KECEWA

    Anda mesti cuba elakkan daripada ke-adaan macam ini. Sebab ada kemung-kinan, kita tidak akan duduk lama dan akan mencari rumah lain. Kalau kena dengan lokasi, rumah kita akan naik nilai tetapi kalau tidak kena cara, kita yang akan mengalami kerugian. Jangan buat keputusan ketika kita sedang kecewa dan berputus asa. Kadang-kadang keputusan yang kita buat ketika itu kurang bijak. Jadi ketiga-tiga kesilapan ini mesti dielakkan setiap kali kita nak beli rumah. Ini kerana kita akan banyak membazirkan wang dan masa jika kita seringkali membuat kesi-lapan demi kesilapan.

    9 CARA CEGAH DOSA BESAR PELABURAN HARTANAH

    Melalui tiga kesilapan ini saya juga ingin berkongsi saranan dan tip bagaimana hendak mengatasinya, Maka saya ingin berikan pem-baca Majalah Niaga 9 tip untuk anda mengubah kesalahan kepa-da perkara yang lebih baik untuk masa dan wang anda.

    1) SIMPAN DAN GANDAKAN WANG ANDA.2) BELI RUMAH DENGAN HARGA YANG MURAH.3) ANDA MESTI PERUNTUKKAN SATU PEREMPAT DARIPADA GAJI UNTUK MEMBAYAR PINJAMAN RUMAH ANDA.4) KAWAL EMOSI DAN PERASAAN KITA.5) MESTI ADA PROJEK BARU YANG LEB-IH BAIK UNTUK KITA.6) PERUNTUKKAN MASA MEMBACA DAN MENAMBAH ILMU TENTANG HARTANAH.7) JANGAN CEPAT PURUS ASA KAWAN! CARI LAGI RUMAH IDAMAN ANDA.8) ELAK BELI RUMAH WAKTU PUTUS ASA. BERIKAN MASA DAN TEMPOH UN-TUK ANDA BERTENANG.9) GUNAKAN WANG ANDA SEBAIK-BAI-KNYA DARIPADA MEMBELI RUMAH YANG KURANG MEMUASKAN.

    3 DOSA BESAR PELABURAN HARTANAHCEPAT JATUH CINTA - TANPA MENILAI KE-MAMPUAN Apabila dilamun cinta memang susah hendak melupakannya. Kita akan membayangkan betapa syoknya dapat duduk rumah baru dengan perabot-per-abot dan hiasan dalaman yang cantik. Kita akan membayangkan ses-uatu yang tidak pasti di luar kemampuan kita. Seelok-eloknya lebih baik kita terus mencari rumah yang mampu kita miliki mengikut kemampuan kita. Sebaik-bai-knya cari rumah yang paling murah dan kalau kita tak puas hati, kita naikkan sikit harga rumah yang kita cari tersebut. Dengan ini, kita akan lebih ber-hati-hati dalam mencari harga rumah yang sesuai dengan keadaan ekonomi kita wak-tu itu. Kemudian, jika sudah mampu bo-lehlah berangan lagi dan pada masa itu kita dah bersedia dan mampu memiliki rumah idaman mengikut kehendak kita.

    IKOT PERASAAN SYOK SENDIRI Kita sering mengikut perasaan dan beranggapan itu-lah rumah yang kita idam-idamkan selama ini. Kita berpendapat yang selepas ini tiada lagi rumah yang lebih baik akan kita jumpa

    untuk dijadikan milik kita. Jangan terjebak dengan perasaan tersebut kerana tidak semua rumah yang kita temui dan lihat sempurna sepenuhnya. Ada lagi rumah yang lain kat luar sana yang mungkin lebih baik pada masa akan datang. Ketika ini mungkin itu sahaja projek atau rumah yang cantik dari segi kaca mata anda. Saya be-lajar daripada pengalaman ayah saya yang membeli rumah, dan pada ketika itu tidak banyak pilihan. Kemudian ayah saya mahu atau tidak mesti juga beli atas faktor umur (dari segi pinjaman dan tahun meminjam). Se-tahun selepas itu banyak projek baru yang lebih baik. Jadi berhati-hati dalam memilih rumah dan sebaik-baiknya elakkan dari-pada tergesa-gesa mencari rumah impian anda.

    CEPAT ANGKARA BENDERA PUTIH Kita su-dah menghabiskan banyak waktu men-cari dan melihat rumah contoh yang ingin kita miliki. Namun, harga rumah yang kita impikan dan suka tersebut sangat mahal. Keadaan kewangan kita pula tidak mengiz-inkan.Jadi kita patah semangat untuk mencari dan berusaha lagi. Waktu kita patah se-mangat itulah kadang-kadang kita beli rumah yang mungkin kita tidak suka.

    21 Majalah Niaga Edisi 26

  • TIP PELABURANPakdi Islamic Financial Planner (IFP) tm

    ORANG TAMAKPASTI KENA TIPUSelain riba dan judi, urusniaga yang haram dalam Islam adalah urusniaga yang mempunyai unsur gharar. Gharar ini adalah satu perkara yang tidak pasti, justeru membolehkan salah satu pihak dalam urusniaga untuk menipu dan ditipu. Pengerusi Majlis Penasi-hat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia, Sheikh Dr Mohd Daud Ba-kar ada menyatakan: Riba adalah sesuatu yang tetap dan tidak akan berubah mengikut zaman sehingga hari akhirat, manakala gharar berubah mengikut zaman.

    GHARAR BERUBAH MENGIKUT TEMPAT DAN ZAMANMaksudnya bentuk gharar ini bo-leh berubah-ubah mengikut tem-pat dan zaman. Misalnya urusnia-ga yang mana barang jualan tidak dapat dilihat oleh pembeli, atau pun barang yang belum ada.

    Sebelum wujudnya pelbagai teknologi moden seperti telefon, mesin fax dan internet, barang-kali urusniaga antara negara dan benua adalah sesuatu yang sukar untuk kita jamin ia adalah satu urusniaga yang jujur.

    Namun hari ini internet membo-lehkan kita berjual beli walaupun kita duduk di Malaysia, dan pen-jual pula duduk beribu kilometer

    GHARAR BERUBAH MENGIKUT SUASANA TEMPATIni juga adalah asas prinsip dalam urusniaga hartanah yang masih dalam pembinaan. Pihak pemaju menyatakan mereka akan membina untuk kita apartment 1,000 kaki persegi, dan spesifikasi lain dalam tempoh 2 tahun. Maka adalah satu kewajipan bagi pihak pemaju untuk menyiapkan apartment itu mengikut spefikasi yang ditetapkan.

    Walaupun urusniaga ini dibenarkan Islam namun satu hari sekiranya para pemaju dalam in-dustri hartanah tidak lagi bertanggungjawab, iaitu apabila kes-kes rumah terbengkalai terlalu banyak, maka pihak berkuasa perlu campur tangan untuk menghentikan penjualan hartanah yang masih belum siap. Seterusnya menguatkuasakan polisi yang hanya membenarkan pen-jualan hartanah yang telah siap dibina sahaja.

    DOKUMEN SEBAGAI PENGHAPUS GHARARSelain itu, jika kita perhatikan, penjualan saham dan saham amanah mewajibkan satu dokumen yang dinamakan sebagai prospektus dan juga laporan tahunan diterbitkan.

    Prospektus dan laporan tahunan misalnya mewa-jibkan pihak syarikat awam, serta pengurus dana mendedahkan maklumat-maklumat penting yang mesti diketahui oleh para pelabur.

    Justeru, dokumen ini berperanan menghapuskan gharar dalam urusniaga berkaitan saham. Jika un-dang-undang ini tidak wujud maka ramai pelabur bakal ditipu. Begitulah yang berlaku dalam kes-kes skim cepat kaya seperti skim Pak Man Telo, skim Labu Per-am, Swisscash, skim login Facebook dapat duit dan pelbagai lagi skim cepat kaya yang wujud dari zaman dahulu sampai sekarang. Apabila kita selalu tidak ambil peduli untuk bertan-yakan dokumen yang mengandungi maklumat-maklumat asas yang penting, kita akan menjadi sasaran mudah musang-musang tamak yang menganjurkan skim cepat kaya ini.

    jauhnya seperti di London. Isu gharar dapat diatasi dengan kita menyediakan gambar, spesifikasi barang yang jelas dan penjual yang dapat dikenal pasti. Walaupun unsur tidak pasti itu ma-sih wujud namun setelah risikonya dikurangkan sehingga ke tahap yang sedikit, maka Islam membenarkan jual beli sebegitu.

    22 Majalah Niaga Edisi 26

  • SIASAT SEBELUM MELABURKita cuma memikirkan mahu jadi orang awal dan bermimpi mengenai pulangan kewangan yang bakal kita dapat, tanpa meneliti dengan baik sama ada skim pelaburan itu bersifat pe-nipuan atau pun tidak. Nabi S.A.W ada menyebut dalam satu hadis yang direkodkan oleh Imam Tarmizi:

    Sesiapa yang menipu bukanlah dari kalangan kami.

    Maka kita wajib menjauhi urusniaga gharar seperti terlibat dalam skim cepat kaya, dan menyebarkan kepada orang lain juga. Nabi S.A.W tidak mahu menerima para penipu sebegini sebagai umat Baginda. Maka ini merupakan satu amaran yang berat kepada kita semua.

    Jangan sampai harta kekayaan yang sepatutnya dapat mem-bantu kita di akhirat untuk masuk syurga, bertukar menjadi saksi kepada maksiat kita buat di dunia. Jadi adalah satu kewajipan kepada kita semua untuk mengenal pasti semua rukun-rukun dalam sebarang urusniaga untuk mengelakkan urusniaga gharar yang diharamkan iaitu penjual dan pembeli yang jelas, barang jualan / servis yang jelas, harga / upah yang jelas dan penawaran dan penerimaan yang sempurna. Jika kita tidak tahu maka kita kena ambil tahu.

    BERLAKU JUJUR DALAM BISNESSekiranya kita orang bisnes, pastikan kita sentiasa berlaku ju-jur dan tidak menipu para pembeli kita. Jangan menyorokkan maklumat-maklumat penting yang pembeli mesti tahu. Kalau kereta yang hendak dijual pernah mengalami kemalangan, jan-gan kata kereta itu 100% tip-top, accident free.

    Selaku pelabur pula, jangan terpersona dengan janji manis mana-mana pihak tanpa meneliti dokumen-dokumen penting. Orang tamak memang selalu kena tipu. Sudahlah kena tipu, kita pun menipu orang lain sama.

    Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan

    jalan yang salah(al-Baqarah: 188)

    23 Majalah Niaga Edisi 26

  • TIP PENJENAMAANNazri Kadir Jururunding Bidang Kewangan

    10 RUKUN PENJENAMAANDONALD TRUMP

    10 Rukun Penjenamaan Trump ini sebahagian dari apa yang telah dipratikkan oleh Trump, un-tuk semua produk dan servis The Trump Organization. Don Sexton, salah seorang pegawai kanan Trump University dalam satu penerbitan istimewa untuk para pelajar Trump University di seluruh dunia yang ber-tajuk Trumps 10 Commandments of Branding menyenaraikan 10 rukun penjenamaan. Melalui dunia perniagaan yang semakin mencabar, pengeta-huan berkenaan pengurusan dan pembangunan penjenamaan akan menjadi kunci kepada perjalanan perniagaan kita yang seterusnya. Maka tidak hairanlah jika Trump sanggup berbelanja besar dalam membina jenama seawal kakinya me-langkah ke Manhattan, New York ker-ana ia tahu jenama adalah pulangan pelaburan (ROI-Return On Invest-ment) yang amat menguntungkan un-tuk jangka masa panjang.

    PENJENAMAAN BISNES WAJIB DI PERINGKAT AWAL PEMBANGUNAN

    Rumusan eksekutif ke atas keseluruhan artikel dapat disimpulkan dengan catatan artikel dari Matias Wigozki, Pengarah Ber-sekutu Peruncitan dan juga perunding kanan di iProspect. Beliau mencatatkan di dalam artikelnya bertajuk Why Brand Trump ROI: 3 Tips To Build Your Brand Online seperti berikut:

    Pada hari ini, dalam kajian landskap per-

    saingan, didapati cara terbaik untuk memacu ROI (Return of Invest-ment) adalah dengan melakukan pelaburan

    penjenamaan anda pada peringkat awal. Kemudian, anda akan berada dalam kedudu-

    kan terbaik untuk mendapatkan kembali keuntungan dari per-

    mintaan (pasaran) yang berjaya wujud-

    kan.

    KUKUHKAN IDENTITIJENAMA ANDA

    BANGUNKAN JENAMA ANDAATAS MANFAAT EMOSI

    BINA JENAMA ANDASEAWAL YANG MUNGKIN

    KONSISTEN SEPANJANGMASA DAN DALAM PASARAN

    PASTIKAN SEMUA PEKERJA ANDA MENGETAHUI JENAMA ANDA

    PASTIKAN SEMUA PRODUKDAN SERVIS ANDA

    MENJIWAI JENAMA ANDA

    PASTIKAN SEMUAPELANGGAN MENGETAHUI

    KEDUDUKAN JENAMA ANDA

    HADKAN JENAMA ANDA DALAM LINKUNGAN TERTENTU

    MEMANTAU SELALUJENAMA ANDA

    KEKALKAN NAMA ANDA SEBAGAI ORGANISASI YANGPALING BERHARGA

    Rukun 1

    Rukun 2

    Rukun 3

    Rukun 4

    Rukun 5

    Rukun 6

    Rukun 7

    Rukun 8

    Rukun 9

    Rukun 10

    24 Majalah Niaga Edisi 26

  • TIP PERNIAGAANAqif Azizan Central Intelligence Agency(CIA) Write To Wealth

    17 TIP JUTAWAN CEO KARANGKRAFKONVENSYEN JUTAWAN MUSLIM

    DARI HOBI MENJADIUSAHAWAN MUSLIMJUTAWAN

    Dato Hussamuddin bermula dengan sebuah hobi yang sudah ditanam sejak kecil oleh ayahnya. Hobi ini yang menjadikan beliau sebagai seorang usaha-wan dan pemikir kreatif dalam menjalankan perni-agaan berasaskan penerbitan dan penulisan. Soalnya, apakah hobi yang dimaksudkan?Satu aktiviti mulia. Iaitu membaca. Konvensyen Jutawan Muslim adalah tempat beliau meluahkan obsesinya terhadap aktiviti membaca. Menurutnya, setiap bacaan boleh mengubah diri kita menjadi lebih baik setiap hari. Dato Hussamuddin turut menegaskan, membaca itu adalah antara ayat keramat yang di-turunkan dalam kitab al-Quran menerusi surah al-Alaq, ayat 1:

    Bacalah (wahai Muhammad),dengan nama Tuhanmu yang

    menciptakan (sekalian makhluk). Formula ini yang beliau gunakan untuk menjadi usahawan jutawan dalam bisnes pener-bitan. Bukan itu sahaja, terdapat 17 lagi tip yang beliau kongsikan sepanjang dirinya berada di atas pentas Konvensyen Jutawan Muslim.

    DATO HUSSAMUDDINYAACOB

    beliau seringkali menyebut bahawa tubuh badannya yang kecil tidak

    menghalang dirinya untuk berfikiran besar. Malah beliau turut berkata:

    Kebiasannya, orang-orang kecil yang

    berjaya menguasai dunia.

    25 Majalah Niaga Edisi 26

  • KAWAN KITAPENENTU KEJAYAAN

    Dengan siapa kita berkawan, itu adalah

    penentu kejayaan. Oleh sebab itu,

    berhati-hati ketika memilih rakan-rakan sekeliling. Pilih rakan

    yang menyokong usaha dan impian, dan jalan kejayaan sentiasa wujud di

    hadapan mata.

    SENTIASA ADAMENTOR

    Setiap apa yang kita lakukan, jalan pintas untuk berjaya adalah

    menerusi sistem mentor. Dato Hussa-muddin menyarankan agar setiap peserta konvensyen beru-

    saha untuk mencari seorang mentor yang berjaya dalam bidang

    perniagaan yang ingin diceburi.

    FOKUS PADAORGANIC GROWTH

    Apa yang penting dalam perniagaan adalah keuntun-

    gan yang konsisten dan pembangunan

    bisnses yang organik. Ramai usahawan Melayu muslim

    yang tergila-gilakan pendapatan pantas dalam perniagaan. Secara tidak lang-sung ia membunuh

    bisnes sendiri.

    LENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU

    Sehingga hari ini, setiap aktiviti yang kita lakukan adalah berdasarkan ilmu yang wujud dalam

    diri sendiri. Justeru itu, sentiasa men-cari peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu. Untuk berjaya dalam per-

    niagaan, lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu

    perniagaan.

    JAGA ALIRAN WANGMenurut Dato Hus-samuddin, pemilik bisnes hanya boleh

    membelanjakan 10% daripada keuntungan perniagaan mereka.

    Ini bagi menjaga aliran tunai syarikat supaya tidak mudah

    tenggelam dalam masa yang singkat.

    BUAT PERKARA YANG KITA SUKASinergi di antara

    membangunkan bis-nes dengan perkara yang kita suka dan

    melakukannya den-gan sepenuh jiwa,

    adalah sinergi yang menjamin kekayaan dan kepuasan dalam

    perniagaan.

    BUAT DENGAN SEPENUH JIWA

    Beliau ibarat Steve Jobs (pengasas Ap-

    ple). Melakukan sesuatu dengan

    sepenuh jiwa. Den-gan itu baru muncul

    satu kepuasan dalam perjuangan.

    BANYAKKANMEMBACA

    Apabila membaca, kita menambah nilai

    dalam kehidupan sendiri. Ia secara

    tidak langsung men-dorong kita berfikir

    seperti apa yang kita baca. Sebab itu Dato Hussamuddin seh-ingga hari ini masih

    mengamalkan aktiviti membaca. Walaupun beliau sibuk mengu-ruskan perniagaan,

    membaca tetap men-jadi satu keutamaan.

    MULA DARI BAWAHKebanyakan masa,

    kejayaan itu bermula dari bawah. Ia ibarat

    ketulan salji yang membesar hasil

    daripada gumpalan kecil-kecilan sepan-

    jang perjalanan.

    BERSAING SECARA SIHAT

    Jangan takut pada pesaing. Kerana mereka adalah golongan yang

    akan mencetuskan lebih banyak kreativiti

    dalam perniagaan kita. Pemilik pernia-gaan yang takut ber-saing adalah mereka

    yang tidak akan berjaya dalam bisnes

    yang diceburi.

    KAREKTER ADALAH RAHSIA POTENSI

    DIRILabur masa, tenaga

    dan wang untuk men-dalami karakter dan

    fungsi diri sendiri bagi menjadi khali-fah di muka bumi.

    Kemudian gunakan ia sebagai kekuatan

    utama dalam pernia-gaan.

    SETIAP MASALAH ADA PELUANG

    BESARJangan lihat masalah

    sebagai satu penghalang. Tetapi lihat dari dinding yang berasingan

    iaitu peluang besar yang akan membawa

    keuntungan yang berkali-kali ganda

    banyaknya.

    SEDEKAH DANTOLONG RAMAI

    ORANGJika berkemampuan, bersedekah sebanyak yang mungkin untuk

    membantu orang ramai.

    BERNIAGA DENGAN HATI YANG IKHLAS

    Hati yang ikhlas dalam berniaga akan membuatkan usaha-wan muslim jutawan itu lebih tenang, dan

    diberkati Tuhan.

    UNTUNG DAN LABURUsahawan jutawan yang bijak adalah

    mereka yang meng-gunakan keuntungan

    untuk dilaburkan. Ini kerana ia dapat

    menggandakan wang kita tanpa perlu beru-saha keras. Cara ini diberi nama money makes money (duit

    buat duit).

    HARGAI PEKERJAKukuhnya sesebuah

    syarikat milik usaha-wan muslim jutawan

    itu bukan sahaja kerana pengasasnya.

    Tetapi kesetiaan dan usaha daripada

    golongan pekerjanya. Oleh yang demikian,

    sebagai pemilik perniagaan, tugas kita adalah men-

    jaga sebaik mungkin pekerja-pekerja syarikat. Berikan

    yang terbaik untuk mereka supaya para pekerja rasa dihargai dan bermotivasi un-tuk membangunkan

    syarikat.

    KUASA MEMBERI KEPADA

    PELANGGANRata-rata usahawan yang baru bermula

    seringkali ragu-ragu apabila ingin mahu memberikan

    yang terbaik kepada pelanggan pertama

    mereka. Ini yang menjadikan pernia-

    gaan itu hidup segan, mati tak mahu.

    Amalkan konsep berikan yang terbaik untuk setiap pelang-gan. Setiap kali kita

    memberi, Allah akan permudahkan per-

    jalanan rezeki kepada hambaNya.

    26 Majalah Niaga Edisi 26

  • Boleh

    Bagus!nampak

    Bermakna iklan di sini berkesan!Untuk tempah iklan, hubungi eksekutif pemasaran,

    Hasbul Aqill di 016 2025437 atau layari www.MajalahNiaga.com

    saya ke?

    INOVATTIC SOLUTION(PART OF FLAREBIZ NETWORK SDN BHD)

    http://www.facebook.com/MajalahNiagahttp://twitter.com/majalahniaga

  • E-majalah ini diberikan PERCUMA!Hak cipta terpelihara oleh MajalahNiaga.com, dilarang

    sama-sekali menerbit semula dalam lain-lain bentukatau mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan

    keuntungan kecuali dengan kebenaran bertulis dari pihakMajalahNiaga.com. Namun begitu anda dibenarkan, bahkan

    digalakkan menyebar e-majalah ini untuktujuan kebaikan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya

    tanpa sebarang ubahan.

    MAJALAH NIAGAwww.majalahniaga.com

    INOVATTIC SOLUTION(PART OF FLAREBIZ NETWORK SDN BHD)