pengaruh ruangan kuiz matematik moden majalah …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang...

26

Upload: nguyenhuong

Post on 29-Aug-2019

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel
Page 2: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel
Page 3: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN

MAJALAH WEB DUNIA MATEMATIK TERHADAP MOTIVASI

PELAJAR TINGKATAN EMPAT

NORANIZA BTE MUHAMMAD SHAH

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Januari 2012

Page 4: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel
Page 5: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

iii

DEDIKASI

Dengan bacaan basmallah….

Alhamdulillah,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya

dan kekuatan yang diberikan kepada diri ini, kajian dapat dijalankan dengan

sempurna.

Buat ayah, Muhammad Shah bin Ngarif & emak, Ruminah bte Bosro

Serta suamiku yang tercinta, Wan Abdul Rahman bin Wan Hamzah, dan

adik-adikku yang disayangi,

Ucapan terima kasih diucapkan diatas sokongan yang berterusan,

Buat pensyarah yang dihormati dan disegani,

PM Dr. Zaleha binti Ismail,

Terima kasih diatas segala ilmu dan tunjuk ajar

yang diberikan..

Semoga Allah membalas segala kebaikanmu..

Ucapan terima kasih juga buat sahabat-sahabatku

Ziha, Jaya, Ima, Nisa, Yati, Ama, Ina

Dan rakan seperjuangan

yang sentiasa memberi

sokongan dan dorongan,

Pahit manis yang diharungi bersama

menjadi kenangan kita…

Semoga kejayaan milik kita. bersama..insyaAllah

Page 6: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdullilah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan

keizinan-Nya saya dapat menyiapkan tesis ini. Setinggi-tinggi penghargaan saya

tujukan khas kepada Prof. Madya Dr Zaleha Ismail diatas segala tunjuk ajar, nasihat dan

cadangan-cadangan yang diberikan sepanjang kajian ini sehingga saya dapat

menyiapkan tesis ini mengikut garis panduan yang betul.

Ucapan terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada sekolah di

daerah Johor Bahru yang sudi memberi peluang kepada saya untuk menjalankan kajian

dan mengedarkan soal selidik di sekolah tersebut. Jutaan terima kasih juga kepada

pelajar-pelajar Tingkatan 4 di sekolah ini yang sudi memberikan kerjasama yang baik

semasa kajian dijalankan. Tanpa jasa baik daripada mereka, kajian ini tidak akan dapat

dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang turut memberikan sumbangan

dalam menyiapkan tesis ini. Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih

kepada ibu bapa saya, buat suami yang tercinta dan ahli keluarga mertua saya yang

banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang pengajian saya. Dan

terima kasih juga kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam membantu saya

menyiapkan tesis ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah sahaja

yang dapat membalas jasa kalian semua. Sekian.Terima kasih Wassalam.

Page 7: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

v

ABSTRAK

Motivasi berhubungan dengan kekuatan atau dorongan yang berada di dalam

diri manusia. Motivasi dapat menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu

tingkahlaku ke arah pencapaian suatu tujuan. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai

rangsangan untuk kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri

daripada kegagalan. Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi intrinsik dan

motivasi ekstrinsik. Dalam kajian ini, ia memberi fokus kepada pengaruh ruangan

“Kuiz Matematik Moden” dalam Majalah Web Dunia Matematik terhadap motivasi

pelajar Tingkatan 4. Majalah Web Dunia Matematik yang telah dibangunkan lebih 3

tahun ini menjadi platform untuk membantu pelajar dalam pembelajaran matematik

secara berkesan. Pembangunan Majalah Web Dunia Matematik adalah berteraskan

Model Motivasi ARCS iaitu Attention (Perhatian), Relevance (Relevan), Confidence

(Keyakinan) dan Satisfaction (Kepuasan). Ruangan Kuiz Matematik Moden pula

lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka.

Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel dan aktiviti-aktiviti

matematik yang menarik, pelajar dapat didedahkan kepada aplikasi matematik yang

menjangkau sehingga luar bilik darjah. Kajian ini melibatkan seramai 37 orang

pelajar Tingkatan 4 dari sebuah sekolah menengah di Johor Bahru. Kajian ini

dijalankan selama 2 jam dengan menggunakan Edisi Ogos 2010 bertemakan

„Matematik Bola‟. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesemua komponen

Model Motivasi ARCS dapat mempengaruhi motivasi pelajar terhadap pembelajaran

matematik. Namun, komponen Keyakinan adalah komponen dominan yang paling

mempengaruhi motivasi pelajar dalam ruangan Kuiz Matematik Moden.

Page 8: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

vi

ABSTRACT

Motivation is related with the strength and encouragement that was already

have in human. Motivation can move people to show behaviour towards the

achievement of a goal. Motivation can also be said to be the stimulus for the success

or stimulus to avoid failure. There are two types of motivation that is intrinsic

motivation and extrinsic motivation. In this study, it focuses on the influence of the

„Modern Mathematics Quiz‟ in Dunia Matematik Web Magazine towards the

motivation of Form 4 students. Dunia Matematik Web Magazine that had been

developed more than three years ago has become a platform to help student to

achieve effective mathematics learning process. The development of Dunia

Matematik Web Magazine is based on the ARCS motivation model which is consists

of Attention (A), Relevance (R), Confidence (C), and Satisfaction (S). For

Mathematics Modern Quiz section, it will focus more on questioning technique in

order to check students‟ understanding. Through the information that has been

included in each articles and mathematical activity, students are exposed to the

application of mathematics beyond the classroom. This study involved 37 students

Form 4 from a secondary school in Johor Bahru. This research was conducted for 2

hours using one of the editions that have been published in Dunia Matematik Web

Magazine which is Edisi Ogos 2010 with the theme of ‘Matematik Bola’. The

findings of this study show that all the components of ARCS motivation model can

influence students‟ motivation towards learning. However, the dominant component

is confidence that the most influencing students motivation in the field of Modern

Mathematics Quiz.

Page 9: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kerangka Teori 10

1.7 Skop Kajian 13

Page 10: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

viii

1.8 Batasan Kajian 13

1.9 Kepentingan Kajian 14

1.9.1 Pelajar 14

1.9.2 Guru 15

1.9.3 Sekolah 16

1.9.4 Ibu Bapa dan Masyarakat 16

1.9.5 Majalah Web Dunia Matematik 17

1.10 Definisi dan Istilah 17

1.10.1 Pengaruh 17

1.10.2 Motivasi 18

1.10.3 Majalah Web 18

1.10.4 Ruangan Kuiz Matematik Moden 18

1.10.5 Pembelajaran Matematik 19

1.11 Penutup 20

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 21

2.2 Motivasi Pelajar Terhadap Matematik 22

2.3 Hubungan Antara Motivasi Dan Pencapaian 23

Pelajar Dalam Matematik

2.4 Perubahan Motivasi Pelajar Terhadap 25

Matematik Menggunakan Kepelbagaian

Pengajaran Dan Komputer

2.5 Penutup 29

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka Bentuk Kajian 31

3.3 Persampelan 31

3.4 Instrumen Kajian 32

Page 11: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

ix

3.4.1 Data Kuantitatif 32

3.4.2 Data Sokongan 36

3.5 Prosedur Kajian 36

3.6 Kajian Rintis 38

3.6.1 Analisis Data 38

3.7 Penutup 41

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Taburan Maklumat Diri Responden 43

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Keputusan 44

Subjek Matematik Pertengahan Tahun

4.3 Analisis Ruangan Kuiz Matematik Moden 46

Dalam Majalah Web Dunia Matematik

Berdasarkan Model Motivasi ARCS

4.3.1 Pengaruh Ruangan Kuiz Matematik 46

Moden Ke Atas Motivasi Pelajar

Dari Aspek Attention (Perhatian)

4.3.2 Pengaruh Ruangan Kuiz Matematik 50

Moden Ke Atas Motivasi Pelajar

Dari Aspek Relevance (Releven)

4.3.3 Pengaruh Ruangan Kuiz Matematik 53

Moden Ke Atas Motivasi Pelajar

Dari Aspek Confidence (Keyakinan)

4.3.4 Pengaruh Ruangan Kuiz Matematik 56

Moden Ke Atas Motivasi Pelajar

Dari Aspek Satisfaction (Kepuasan)

4.4 Aspek Paling Dominan Berdasarkan Model 60

Motivasi ARCS

4.4.1 Aspek Paling Dominan Berdasarkan

Model Motivasi ARCS Bagi

Page 12: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

x

Ruangan Kuiz Matematik Moden 61

4.5 Komen Pengguna Majalah Web 62

Dunia Matematik

4.5.1 Komen Pengguna Dalam 62

Ruangan Kuiz Matematik Moden

4.6 Penutup 64

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Perbincangan Analisis Data

5.2.1 Motivasi Pelajar Dalam Ruangan Kuiz 66

Matematik Moden Berdasarkan Model

Motivasi ARCS

5.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa 71

Menjalankan Kajian

5.3.1 Capaian Internet 71

5.3.2 Kekangan Masa 71

5.4 Cadangan Penambahbaikan 72

5.4.1 Menambah Baik Capaian Internet 72

5.4.2 Pengurusan Masa Yang Teliti 73

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 73

5.6 Kesimpulan 74

RUJUKAN 76-80

LAMPIRAN 81

Page 13: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Pecahan Item-Item Pada Bahagian B Mengikut

Model ARCS

34

3.3 Indeks Kebolehpercayaan Dan Pengkelasan Ujian 39

3.4 Nilai Kebolehpercayaan Ruangan Kuiz

Matematik Moden

39

3.5 Nilai Kebolehpercayaan Berdasarkan Model

Motivasi ARCS

40

4.1 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 1 46

4.2 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 2 47

4.3 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 3 48

4.4 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 4 48

4.5 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 5 49

4.6 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 6 50

4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 7 50

4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 8 51

4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 9 52

4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 10 52

4.11 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 11 53

4.12 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 12 54

4.13 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 13 54

4.14 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 14 55

4.15 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 15 56

Page 14: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

xii

4.16 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 16 56

4.17 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 17 57

4.18 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 18 58

4.19 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 19 58

4.20 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 20 59

4.21 Tahap Purata Skor Min 60

4.22 Taburan Purata Min Skor Ruangan Kuiz

Matematik Moden

61

Page 15: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

xiii

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK MUKA

SURAT

1.1 Kerangka Teori Kajian 12

3.2 Carta Aliran Prosedur Kajian 37

4.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 43

4.2 Peratusan Responden Mengikut Jantina 44

4.3 Bilangan Responden Mengikut Keputusan Subjek

Matematik Pertengahan Tahun

45

4.4 Peratusan Responden Mengikut Keputusan Subjek

Matematik Pertengahan Tahun

45

4.5 Komen-komen Responden Dalam Kuiz Matematik

Moden

63

Page 16: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

xiv

SENARAI SINGKATAN

P & P Pembelajaran dan Pengajaran

ICT Information of Communication & Technology

ARCS Attention, Relevance, Confidence, Satisfaction

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN Jabatan Pelajaran Johor

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Page 17: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

xv

SENARAI LAMPIRAN

A Data Analisis

B Statistik Diskriptif

C Borang Soal Selidik

D Ruangan Kuiz Matematik Moden

E Surat Kebenaran daripada KPM

F Surat Kebenaran daripada JPN

G Surat Kebenaran daripada Fakulti Pendidikan, UTM

Page 18: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan di negara kita telah melalui perubahan yang sangat

pantas selari dengan falsafah pendidikan Malaysia dan mengakibatkan

penstrukturan semula kurikulum yang sedia ada. Perubahan yang pesat ini adalah

impak penglobalisian di dalam bidang teknologi maklumat serta menjadi pemangkin

kepada penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

dijalankan di sekolah di seluruh negara. Oleh itu, pengintegrasian elemen-elemen

multimedia dapat memberi satu sesi pembelajaran dan pengajaran yang lebih

menarik, kreatif, inovatif serta memberi pengalaman belajar dengan lebih berkesan

kepada para pelajar.

Menurut Moh. Surya (1997), belajar adalah sebagai satu usaha seseorang

individu untuk mengalami perubahan tingkahlaku secara keseluruhan, baik aspek

Page 19: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

2

kognitif, afektif dan psikomotor. Namun hingga saat ini, proses pembelajaran di

sekolah lebih cenderung kepada perubahan pencapaian kognitif iaitu intelektual

yang dilaksanakan dalam pelbagai bentuk pendekatan, strategi, dan model

pembelajaran tertentu.

Dalam era teknologi maklumat masa kini, para pelajar mempunyai pelbagai

alternatif untuk mereka menggunakan kaedah lain dan cara tersendiri dalam

memahamkan sesuatu subjek yang mereka pelajari di sekolah terutamanya

menggunakan teknologi. Kajian yang dilakukan oleh Baharuddin (2001) mengenai

penggunaan ICT ataupun teknologi maklumat ini menunjukkan bahawa pelajar

mampu mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang

berkenaan. Di samping itu, ia juga dapat membantu para pelajar dalam

meningkatkan motivasi mereka terhadap penggunaan teknologi ini.

Seperti yang kita sedia maklum, pada tahun 2010 kerajaan telah memberi

sejumlah besar komputer riba mini 1Malaysia kepada semua sekolah terpilih di

Malaysia. Usaha kerajaan ini sangat baik kerana memberi peluang kepada pelajar

yang kurang berkemampuan untuk merasai nikmat menggunakan komputer riba

secara percuma. Mereka juga turut diberikan kursus cara-cara menggunakan

komputer riba mini ini seperti cara penggunaan Microsoft Office dan sebagainya.

Selain itu juga, mereka turut diberikan peluang melayari internet di rumah. Dengan

adanya kemudahan seperti ini, ia memudahkan pelajar dalam proses pembelajaran

mereka kerana tidak perlu ke pusat komputer untuk mencari maklumat atau

menyiapkan tugasan.

Dalam pada itu, pembelajaran secara kognitif merujuk kepada aktiviti-

aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep,

menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan kognitif merupakan pendekatan

Page 20: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

3

yang memberi perhatian kursus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori

oleh ahli psikologi seperti Gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.

Motivasi sangat mempengaruhi sukses atau tidaknya seseorang dalam

melakukan sesuatu. Motivasi juga berfungsi sebagai pendorong kepada individu

untuk memulakan mahupun meneruskan kegiatannya. E-pembelajaran sebagai suatu

aktiviti yang menuntut para pelajar untuk memiliki motivasi yang kuat apabila ingin

sukses dalam proses pembelajaran yang diikutinya. Sistem e-pembelajaran juga

sistem yang menuntut usaha daripada individu dan motivasi diri haruslah kuat dan

datang daripada individu tersebut.

Motivasi intrinsik dikaitkan dengan faktor dalaman diri seperti keperluan,

minat, rasa ingin tahu, dan rasa kepuasan diri. Jenis motivasi ini dikenali sebagai

motivasi dalaman (intrinsik). Ia juga merupakan ciri semulajadi manusia, atau tabii

manusia, untuk cuba mengatasi segala cabaran dalam proses mendapatkan sesuatu

yang diingininya (Reeve, 1996). Mengikut Raffini (1996), motivasi intrinsik

merupakan ‘…what motivates us to do something when we don’t have to do

anything (p.3).’

Dalam kajian (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992;

Chazan, 1988; Mc Coy, 1991) didapati bahawa penggunaan komputer dalam bidang

pendidikan memberikan beberapa kesan kepada pelajar antaranya pelajar lebih

positif dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks serta

perisian yang digunakan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip

matematik dengan lebih berkesan.

Page 21: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

4

Menurut Gross (1992), mendefinisi motivasi adalah sama sukar seperti

mendefinisi psikologi. Ini adalah disebabkan kajian motivasi melibatkan faktor

pendorong dan faktor penghalang dari segi biologi, sosial, ataupun psikologi dalam

usaha mengatasi kemalasan dan mendorong kita secara diingini. Kajian terkini

terhadap kesan teknologi maklumat dan komunikasi telah menunjukkan peningkatan

minat dan komitmen pelajar terhadap pembelajaran, di samping peningkatan

keseronokan untuk belajar, keyakinan diri, keberdikarian dan konsep kendiri (Cox,

1997; 1999).

Penyelidik tersebut mendapati bahawa majoriti guru melaporkan tahap

motivasi pelajar telah meningkat dan pelajar telah memperoleh sikap yang lebih

positif untuk belajar apabila komputer riba digunakan. Menurut Semiawan, 1986

(dalam kajian Loh Li E, 2006), motivasi dalaman ialah suatu keinginan bertindak

yang terjadi tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor dari persekitaran manakala

motivasi luaran pula ialah tingkahlaku terjadi kerana dipengaruhi oleh rangsangan

dari luar. Mark Lepper, 1985 (dalam kajian Loh Li E, 2006) menunjukkan bahawa

motivasi adalah berkesan dengan penggunaan komputer sebagai bahan bantu

mengajar dalam bilik darjah. Menurut teori kesusasteraan untuk motivasi intrinsik,

penggunaan komputer dalam pembelajaran adalah salah satu cara yang boleh

meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran.

Menurut Norasmawati (2011), penggunaan internet menyediakan peluang

unik dan cabaran baru berbanding pengajaran di bilik darjah yang dilakukan secara

tradisional. Pelajar tidak hanya tertumpu kepada buku teks sahaja, tetapi mampu

mendapatkan pelbagai maklumat melepasi dari luar bilik darjah di sekolah. Melalui

internet juga, ianya dapat membantu menyelesaikan masalah kesuntukan masa dan

rintangan lokasi, serta mengakses maklumat secara berkesan mengikut tahap

sendiri.

Page 22: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

5

Oleh itu, ruangan kuiz Matematik Moden di dalam Majalah Web Matematik

dibangunkan untuk melihat sejauhmana pengaruh ruangan ini terhadap motivasi

pelajar tingkatan empat. Ruangan kuiz Matematik Moden ini mengandungi pelbagai

bentuk kuiz seperti aneka pilihan, jawapan pendek dan soalan betul atau salah serta

artikel-artikel yang membincangkan isu-isu mengenai matematik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkataan motivasi adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu

‘Motivation’. Perkataan asalnya ialah ‘Motive’ yang juga telah dipinjam oleh bahasa

melayu kepada motif, yang bermaksud tujuan. Jadi ringkasnya, oleh kerana

perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan

seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras

mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau

positif.

Menurut Norasmawati (2011), kebanyakan pelajar menganggap

matapelajaran matematik sebagai satu matapelajaran yang sukar, rumit dan

mengelirukan kerana matematik melibatkan rumus dan proses pengiraan yang

panjang. Tanggapan negatif terhadap matematik seperti susah dan keliru

menyebabkan motivasi dalam diri pelajar menurun (Noor Azlan Ahmad Zanzali,

2003). Menurut Muhammad Suhaimi Ramly (2009), matematik sebenarnya

memerlukan pelajar sentiasa ligat berfikir mencari jalan penyelesaian bagi setiap

soalan atau permasalahan dan perlu kritis serta kreatif.

Page 23: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

6

Menurut Zanzali (2003), ‘The relationship of Mathematics to the real world

is the basic theme used in all the topics of the syllabus. KBSM (Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah), in general, is mainly based on the constructive view

of learning’. Berdasarkan kenyataan ini juga, KBSM menekankan serta

menanamkan penggunaan konstruktivisme di kalangan pelajar agar dapat membina

idea baru berdasarkan apa yang berada di sekeliling kita. Ini adalah kerana dengan

mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam kehidupan seharian, penjelasan

matematik itu mudah difahami oleh pelajar.

Oleh itu, di dalam subjek Matematik sendiri penggunaan cd-pembelajaran

ataupun courseware kadangkala membantu pelajar untuk memahami sesuatu tajuk.

Ini adalah kerana pelajar boleh melihat dengan jelas sama ada dalam bentuk animasi

mahupun sebagainya. Tidaklah hanya bergantung kepada buku semata-mata dan

penghafalan rumus tanpa diaplikasikan dengan kehidupan seharian. Menurut Nik

Aziz Nik Pa (1995), guru bukan sahaja berperanan sebagai penyampai maklumat

yang terdapat di dalam buku teks tetapi berperanan untuk mewujudkan komunikasi

pelajar. Justeru itu, guru seharusnya mengubah cara pengajaran agar kesannya dapat

dirasai oleh pelajar.

Penyelesaian masalah adalah salah satu kaedah pengajaran yang amat

sesuai bagi menguji penguasaan pelajar di dalam kemahiran yang telah mereka

pelajari di mana latihan atau tutorial boleh dilakukan secara berbantukan komputer.

Dengan menggunakan komputer ia memudahkan lagi kerja guru semasa mengajar di

dalam kelas kerana terdapat sesetengah guru yang agak sibuk sehingga kadang kala

tidak sempat memberikan latihan kepada pelajar. Di samping kesuntukan masa

dalam mengejar silibus.

Page 24: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

7

Kita sedia maklum bahawa, penilaian atau pengujian sangat penting bagi

guru untuk menilai tahap kefahaman dan juga kecekapan pelajar dalam subjek yang

telah diajar. Ujian dan peperiksaan merupakan cara atau contoh terbaik yang kerap

kali digunakan dari dulu hinggalah sekarang dalam menguji tahap pemahaman

pelajar dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Namun, disebabkan negara sedang

mengalami proses kemajuan terutama sekali dalam bidang teknologi maklumat ini

banyak pendekatan yang dilakukan oleh para guru untuk menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan pantas. Antaranya, pelajar tidak

perlu menggunakan kertas dan pen untuk menjawab soalan tapi hanya menggunakan

komputer.

Menurut Skemp (1989), pembentukan konsep harus wujud dalam

pemikiran pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh melakukan untuknya. Tetapi guru

haruslah membantu dalam proses pembentukan kefahaman pelajar. Ruangan kuiz

Matematik Moden yang terdapat di dalam Majalah Web Matematik ini mempunyai

pelbagai kelebihan kepada pelajar. Antaranya, pelajar boleh mengetahui kesalahan

yang telah dilakukan kerana respon jawapan disertakan. Maklumbalas yang

diberikan akan dapat memotivasikan pelajar agar tidak mengulangi kesalahan yang

sama dan mencubanya untuk kali yang kedua sehingga mereka berjaya menjawab

jawapan yang betul.

1.3 Pernyataan Masalah

Guru selalu mengajar mengikut buku teks dan ini akan menyebabkan

fikiran pelajar mudah menjadi beku dan tidak kreatif. Pernyataan ini disokong oleh

Fauziah Hashim (2002), bahawa pelajar didedahkan kepada penghafalan rumus

tanpa mengetahui konsep sebenarnya. Matapelajaran Matematik Moden merupakan

Page 25: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

8

matapelajaran yang banyak melibatkan penggunaan rumus dan kaitannya dengan

kehidupan seharian. Berdasarkan perbincangan di atas jelas menunjukkan bahawa

penggunaan perisian multimedia menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

lebih efektif.

Pihak KBSM juga turut mementingkan pembelajaran matematik haruslah

dapat membentuk pelajar yang menghargai dan dapat melihat kepentingan

matematik dalam kehidupan. Maka, Majalah Web Dunia Matematik dibangunkan

untuk menyahut cabaran dan juga saranan dari KBSM yang ingin melahirkan

pelajar seperti yang diinginkan. Seperti yang sedia maklum, majalah web ini telah

dibangunkan oleh ramai pihak. Maka, banyaklah idea dan juga ilmu-ilmu baru yang

dikongsikan bersama kepada pengguna majalah web ini terutama sekali ruangan

kuiz yang menyajikan latihan latih tubi khusus kepada golongan pelajar.

Menurut Anis Hayati (2011), Majalah Web Dunia Matematik dibangunkan

untuk menunjukkan matematik luar daripada bilik darjah dengan menyajikan

pelbagai info-info yang menarik khususnya bagi 13 ruangan yang terdapat dalam

majalah web ini. Antaranya, ruangan Isu Semasa, Statistik, Sejarah, Kesenian,

Aplikasi, Kerjaya, Tokoh, Tahukah Anda, Pelajari Matematik, Perisian Matematik,

Permainan, Uji Minda, dan Kuiz.

Kajian lepas juga telah dilakukan oleh Norulhuda (2010), ia menunjukkan

bahawa penyertaan pelajar dalam majalah web ini telah dapat meningkatkan

motivasi pelajar sekolah menengah. Oleh itu, kajian seterusnya telah dijalankan bagi

mengkaji pula ruangan manakah yang paling mempengaruhi motivasi pelajar. Maka

dalam kajian ini, ruangan kuiz dikaji samada ia mempengaruhi motivasi pelajar

dalam pembelajaran matematik berdasarkan model motivasi ARCS.

Page 26: PENGARUH RUANGAN KUIZ MATEMATIK MODEN MAJALAH …€¦ · lebih menjurus kepada soalan-soalan yang menguji tahap kefahaman mereka. Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap artikel

9

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan motivasi pelajar sekolah

menengah yang mengalami pembelajaran dalam Majalah Web Dunia Matematik

melalui ruangan kuiz Matematik Moden dari aspek:

i. Perhatian (Attention)

ii. Relevan (Relevance)

iii. Keyakinan (Confidence)

iv. Kepuasan (Satisfaction)

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menentukan motivasi pelajar setelah melayari

ruangan Kuiz Matematik Moden Majalah Web Dunia Matematik mengikut model

motivasi ARCS. Antara persoalan kajian yang timbul adalah:

i. Adakah ruangan kuiz Matematik Moden mempengaruhi motivasi pelajar

dari aspek perhatian (Attention)?

ii. Adakah ruangan kuiz Matematik Moden mempengaruhi motivasi pelajar

dari aspek relevan (Relevance)?

iii. Adakah ruangan kuiz Matematik Moden mempengaruhi motivasi pelajar

dari aspek keyakinan (Confidence)?

iv. Adakah ruangan kuiz Matematik Moden mempengaruhi motivasi pelajar

dari aspek kepuasan (Satisfaction)?