majalah ilmiah.docx

21
BBM 3203 [PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU PENGETAHUAN] PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU PENGETAHUAN 1. PENGENALAN Dalam karya PROF. DR. AWANG SARIYAN yang berjudul Memartabatkan bahasa Melayu, beliau telah memetik kata Sarjana Belanda Francois Valentijn yang telah mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut: “Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa lingua franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehinggan kepulauan Filipina.'' Kebitaraan bahasa Melayu pada abad 16 dan 17 dapat dirumuskan dengan kenyataan bahawa bahasa tersebut telah mencapai taraf bahasa antarabangsa, terutama dengan kedudukannya sebagai bahasa diplomatik, lingua franca, bahasa perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama besar dunia dan bahasa sastera. 1

Upload: nur-samsiah

Post on 21-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

penggunaan bahasa dalam majalah ilmu pengetahuan

BBM 3203[penggunaan bahasa dalam majalah ilmu pengetahuan]

PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH ILMU PENGETAHUAN

1. PENGENALANDalam karya PROF. DR. AWANG SARIYAN yang berjudul Memartabatkan bahasa Melayu, beliau telah memetik kata Sarjana Belanda Francois Valentijn yang telah mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut: Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa lingua franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehinggan kepulauan Filipina.'' Kebitaraan bahasa Melayu pada abad 16 dan 17 dapat dirumuskan dengan kenyataan bahawa bahasa tersebut telah mencapai taraf bahasa antarabangsa, terutama dengan kedudukannya sebagai bahasa diplomatik, lingua franca, bahasa perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama besar dunia dan bahasa sastera.

2.1 DEFINISI BAHASAAhli sarjan Jerman Wilhelm Von Humboldt, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi. Manakala Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat. Menurut Charles F. Hockett pula, beliau memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit. John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi. Dan Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi. Manakala Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka terbitan keempat menjelaskan bahasa sebagai kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, dll, takrif: sebahagian besar perkataan dlm kamus ini diberi ~ dan dituruti oleh kata seerti; berdefinisi mempunyai definisi, bertakrif; mendefinisikan memberikan definisi, men-takrifkan: ~ istilah; pendefinisian perihal (perbuatan dsb) mendefinisikan, pemberian definisi, pentakrifan.

2.2 DEFINISI MAJALAH Menurut takrifan Dewan Bahasa dan Pustaka, majalah bersinonim dengan jurnal komik, risalah, brosur, akhbar, surat khabar, terbitan berkala, mingguan, bulanan dan suku tahunan. Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka terbitan keempat juga mentakrifkan ia sebagai majalah ilmiah yang mengandungi makalah yang bersifat ilmiah.

2.3 SENARAI MAJALAH ILMIAH DI MALAYSIATerdapat pelbagai jenis majalah ilmiah yang diterbitkan dalam pasaran Malaysia berdasarkan beberapa bidang antaranya adalah seperti berikut :2.3.1Majalah Kebahasaan dan Kesusasteraan Jurnal Bahasa Dewan Bahasa Pelita Bahasa Dewan Sastera Tunas Cipta2.3.2Majalah Komputer, Sains dan Teknologi Dewan Kosmik Majalah PC CHIP2.3.3Majalah Kerjaya Majalah Pendidik2.3.4Majalah Keislaman Majalah At-Taqwa Majalah JOM! Majalah Al-Islam Majalah Dewan Agama dan Falsafah Majalah-i Majalah Solusi Majalah Tamaddun Majalah VIC Majalah Visi Majalah Sinergi Majalah Gen-Q2.3.5Majalah Kanak-Kanak dan Pelajar Majalah Ana Muslim Majalah Sayang Muslim Majalah Adik Muslim Majalah Asuh Majalah Bintang Kecil Majalah e-baca Majalah Fokus Majalah Fokus SPM Majalah Kawan Majalah Kuntum Dewan Pelajar Majalah AQILAH Dewan Siswa2.3.6Majalah Umum Dewan Budaya Majalah Massa Dewan Masyarakat Majalah Minda Majalah Pemikir2.3.7Majalah Ekonomi Dewan Ekonomi2.3.8Majalah Keusahawanan Majalah Usahawan Sukses Majalah Buletin Perdasama Majalah YourLivestock.com Majalah SUKSES

3PENGGUNAAN BAHASADalam bidang penyiaran dan media massa, bahasa merupakan elemen penting dalam penyampain maklumat secara berkesan. Pemantauan berterusan terhadap bidang penyiaran dan media massa dalam penggunaan bahasa amat penting dilaksanakan. Usaha ini perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa media massa melaksanakan tanggungjawab sebagai ejen pemantapan bahasa yang baik dan santun dalam penyiaran dan penerbitan program atau bahan. Tindakan perlu dilaksanakan dalam bentuk tindakan pentadbiran dan juga tindakan undang-undang. Dalam membicarakan hal ini, majalah ilmu pengetahuan akan dipilih sebagai bahan analisis dalam mengkaji penggunaan bahasa dalam bidang tersebut. Dalam melaksanakan usaha ini, adalah lebih baik untuk mengetahui jelas peranan bahasa dalam majalah ilmu pengetahuan.Dalam mengenal pasti peranan bahasa melayu dalam media massa seperti majalah pengetahuan seperti Dewan Bahasa, Kosmik, Dewan Pelajar, Dewan Siswa dan sebagainya, Bahasa Melayu, didapati terlalu banyak pengaruh beberapa bahasa asing dalam mana-mana media massa. Bahasa Melayu juga adalah merupakan medium utama yang digunakan dalam media massa untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai di Malaysia.Contohnya penggunaan Bahasa Melayu dalam media cetak seperti surat khabar,majalah,artikel,buku rujukan dan sebagainya.Terdapat artikel-artikel atau buku rujukan serta buku ilmiah yang dikeluarkan dalam pelbagai bahasa.Oleh itu,ianya diterjemahkan kepada bahasa melayu supaya masyarakat Malaysia dapat memahami isi kandungan yang ingin disampaikan oleh pihak yang mengeluarkan artikel tersebut.

Sebagai media massa cetak yang paling digemari oleh masyarakat Malaysia iaitu majalah ilmiah juga merupakan salah satu media yang sudah wujud berpuluh-puluh tahun dahulu. Memang tidak dapat disangkalkan, majalah juga masih memainkan peranan yang penting,walaupun kita sudah menjejaki abad yang ke20 yang berteknologi canggih ini, berbanding akhbar . Tidak dinafikan majalah juga merupakan wadah yang paling cepat untuk menyampaikan maklumat terkini kepada orang ramai.

Sesungguhnya,majalah juga berperanan sebagai medium menyebarkan maklumat yang berkesan dalam pentadbiran negara. Kerajaan dan rakyat dapat berhubung melalui penerbitan makalah-makalah polisi kerajaan.Rakyat dapat mengetahui segala proses yang dijalankan dalam mesyuarat cabinet dan urusan politik kerajan.Secara tidak langsung segala corak pemerintahan kerajaan dapat difahami oleh rakyat. Sebagai contoh,dalam majalah Pendidik, dasar-dasar kementerian diperincikan penjelasannya oleh pihak berkenaan bagi rujukan guru memahami polisi dan dasar kerajaan.Perhatian media massa terhadap pengembangan Bahasa Malaysia cukup besar. Walaupun masih terdapat pelbagai kesulitan,itu adalah disebabkan para wartawan hanyalah befungsi sebagai tape recorder dari apa yang dikatakan sumber berita yang dikeluarkan oleh pihak pihak tertentu umumnya daripada pihak pejabat. Jelaslah, sebenarnya kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di dalam bilik darjah, pengajaran bahasa kini telah berkembang kepada kaedah pengajaran yang baru, iaitu pengajaran bahasa di alam siber. Dengan kaedah baru ini, para pendidik bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan modem dan perisian komunikasi. Pengajaran yang menggunakan kaedah baru ini dapat membantu mengembangkan penggunaan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa. Dalam usaha tersebut tidak dilupakan juga penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta sesuai untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif.Sebuah penulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan ini. Biasanya penulisan dan penggunaan bahasa dalam majalah ilmiah adalah daripada penggunaan bahasa yang digunakan untuk penerbitan artikel ilmiah.

3.1RAGAM BAHASA ILMIAHDalam penulisan majalah ilmu pengetahuan, penggunaan ragam bahasa ilmiah merupakan aspek penting yang menunjukkan tahap penggunaan bahasa yang bertujuan menyebarkan ilmu seharusnya ditepati. Mengikut Nik Safiah Karim (1986: 14), yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi, iaitu bahasa terhad (restricted code) dan bahasa terbina (elaborated code). Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu bahasa ilmu tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan dalam suasana yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa terbina, pengguna BM perlu menguasai ragam bahasa dan laras bahasa. Mengikut Asraf (1986: 69-73), ciri bahasa Melayu yang menjadi asas bahasa ilmu mestilah: Bukan loghat Bukan bahasa pasar Bukan bahasa orang yang baharu belajar bahasa Melayu Bukan bahasa budak Bukan bahasa orang yang mengalami gangguan jiwa.

3.2CIRI KHUSUS BAHASA ILMIAH Dalam penulisan atau penuturan bahasa ilmiah terdapat beberapa ciri yang dikenal pasti dalam mengkatogerikan ciri khusus ilmiah ini, antaranya ialah : Tingkat bahasa rasmi Nada formal dan objektif Sudut pandangan orang ketiga Ragam pasif Istilah khusus Wacana pemaparan Nada bersahaja Kata membazir Ayat majmuk Bantuan ilustrasi

Berdasarkan aspek-aspek yang telah dinyatakan diatas adalah penting bagi penulis majalah ilmiah mematuhi perkara diatas bagi menghasilkan penulisan ilmiah yang berkesan dan menarik.

4LARAS BAHASAMengikut Dell Hymes (1966), faktor yang mewujudkan sesuatu laras bahasa ialah pemula, penerima, bentuk mesej, cara penyampaian, jenis bahasa, tajuk/judul dan latar. Menurut Abdullah Hassan pula menyatakan beliau menyatakan laras ialah ciri gaya penceritaan yang istimewa digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri istimewa itulah yang membolehkan kita segera dapat menjangka apa-apa yang menjadi topik atau tajuk utama sesuatu teks sebaik-baik sahaja kita membaca ayat pertama. Manakala Hymes dan Gumperz (1980:216) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai gaya percakapan dalam situasi tertentu. Jika laras berbeza, maka situasi pun turut berbeza, begitulah sebaliknya. Pandangan kedua sarjana ini menjelaskan bahawa laras bahasa adalah penggunaan bahasa yang ditandai oleh ciri-ciri khusus dan setiap laras berbeza mengikut bidang penggunaannya. Seperti penerbitan beberapa majalah ilmiah di Malaysia adalah berdasarkan bidang-bidang yang dipilih umpamnya majalah Dewan Sastera, laras bahasa yang ditonjolkan dalam penulisan ilmiah majalah tersebut adalah berdasarkan laras bahasa yang sesuai dengan bidang sastera.Umpamanya majalah Pendidik, laras bahasa yang dirasakan sesuai dalam menghuraikan isu persekitaran dunia pendidikan adalah berdasarkan laras bahasa yang sesuai dengan jiwa pendidik dan mudah difahami terbitan ilmiahnya oleh kalangan pembacanya khususnya para pendidik. Untuk memahami lebih jelas tentang laras bahasa yang sesuai adalah dengan merujuk perbezaan laras bahasa dalam dua makalah yang berbeza. Umpamanya perbezaan antara perbezaan laras bahasa majalah akedemi dan majalah ekonomi. Laras bahasa akademik dan laras bahasa perniagaan merupakan laras yang mengungkap ilmu. Ia merupakan kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa. Laras akademik berusaha menghasilkan bentuk yang tepat dan mencerminkan kejelasanpemikiran yang mengutamakan konsep serta urutan pemikiran secara logik. Manakala laras bahasa perniagaan pula merupakan laras yang lebih merujuk kepada bidang ekonomi. Kajian laras bahasa perniagaan dalam bahasa melayu amat penting, khususnya dalam aspek komunikasi memandangkan ekonomi negara menjelang abad ke-21 akan berasaskanperindustrian dan perusahaan.Perbezaan yang wujud dalam laras akademik dan laras perniagaan dapat membezakan antara kedua-dua laras tersebut. Berdasarkan perbezaan dan persamaan yang wujud dapat menyerlahkan lagi ciri bagi kedua-dua laras tersebut. Dari aspek ini, jelas melihatkan tentang kepentingan penggunaan laras bahasa adalah penting dalam menampilkan gaya penulisan dalam sesebuah majalah.Penggunaan bahasa yang baik dari segi tatabahasa dengan laras bahasa yang sesuai serta gaya yang berkesan amat penting dalam sebarang penulisan sama ada dalam buku, majalah mahupun surat khabar. Peri pentingnya penggunaan bahasa yang betul dalam penulisan penulisan di akhbar telah mendapat perhatian daripada tokoh tokoh bahasa dan ramai yang bersetuju bahawa akhbar bukan sahaja penyampai berita dan maklumat semata-mata malahan merangkumi aspek aspek bahasa. Hal ini ditegaskan oleh Awang Sariyan (1984) yang mengatakan bahawa: Oleh sebab demikian pentingnya akhbar kepada manusia, maka kaedah penulisannya turut manjadi penting juga. Sehubungan dengan itu, bahasa memainkan peranan yang penting sekali untuk menjamin mutu berita yang baik.

Apabila membaca sudah dijadikan amalan, timbul pula keinginan susulan kita untuk berkongsi ilmu dan pengalaman daripada pembacaan itu. Justeru, kita cenderung pula untuk menulis. Gambaran ini tampaknya mudah untuk dinyatakan, tetapi untuk memahami dan melaksanakannya sehingga menjadi kenyataan tidak semudah yang dijangka. Banyak cabaran yang perlu dilalui dalam usaha ini.

5 ISU BAHASA DALAM MAJALAH ILMU PENGETAHUAN

Dalam penerbitan majalah, bahasa merupakan isu lapuk dan bukan bersifat baru. Dalam apa jua penerbitan, isu ini sering diutarakan. Konsep isu bahasa bermaksud segala masalah yang berpunca daripada pengabaian terhadap tuntutan ke arah berbahasa dengan betul. Natijah daripada timbulnya isu bahasa yang sering kita lihat dan baca dalam media cetak termasuk majalah tahunan ialah berlakunya masalah pencemaran atau kerancuan bahasa dalam makalah yang diterbitkan. Punca terjadinya kerancuan ini mungkin kerana pengetahuan dan pengalaman pengendali majalah (sidang redaksi) yang secara relatifnya bersifat kurang dan belum matang. Berasaskan keadaan iniadalah lebih baik edito atau penulis berusaha menyerlahkan sifat mesra bahasa. Ke arah itu, satu mekanisme bagi meningkatkan pengetahuan bahasa dalam kalangan pengendali majalah perlu dibina. Mekanisme ini perlu digerakkan oleh tenaga penggerak yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam arena penerbitan, dengan berfokuskan aspek bahasa yang murni atau sebagai mesra bahasa.

Sidang redaksi sebagai pengendali majalah perlu disusun dengan mengambil kira keperluan untuk menghasilkan majalah yang sesuai dengan citra dan taraf pembaca. Susunan sidang redaksi majalah yang mesra bahasa harus bermula dengan jawatan ketua pengarang selaku editor, diikuti penolong-penolong pengarang selaku penolong-penolong editor (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris). Pasukan pengarang ini berperanan memimpin redaksi untuk menghasilkan majalah yang mesra bahasa. Maksud mesra bahasa dalam konteks ini ialah bahan-bahan yang diterbitkan mestilah melalui proses penentuan reka bentuk (dummy), persembahan kulit dan isi, penyuntingan makalah, pembacaan pruf pracetak, penjadualan kerja, penyediaan naskhah pracetak, dan pengedaran. Sidang redaksi bukanlah dibentuk dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira merit kecemerlangan seseorang. Demikian juga penasihat kepada sidang redaksi, mereka ini perlu diberikan perincian tugas yang dapat membantu sidang redaksi, bukan menjadi penjawat tanpa tugas. Tegasnya, kesemua proses penerbitan perlu mengutamakan kepentingan untuk menjaga piawaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Justeru, aura majalah secara keseluruhannya mencerminkan petunjuk kecemerlangan itu, antaranyaketiadaan ada penggunaan bahasa yang menyalahi tatabahasa, penggunaan ragam dan laras bahasa yang sesuai. Tidak dapat dinafikan bahawa kesilapan penggunaan bahasa Melayu dalam hasil penulisan juga mungkin dilakukan secara tidak sengaja atau tanpa disedari. Namun begitu, kesilapan yang tidak disengajakan inilah yang akan mempengaruhi pemantapan bahasa Melayu dan tahap penguasaan bahasa di kalangan pembaca khasnya dan kalangan masyarakat amnya. Maka dengan itu, seharusnyalah individu yang terlibat secara langsung dalam hasil penulisan di akhbar ini termasuklah pengarang, penolong pengarang dan penyunting peka serta mengambil kira penggunaan bahasa yang betul dari perspektif pemikiran dan juga kesempurnaan dalam hasil penulisan mereka secara keseluruhan. Pemikiran yang dimaksudkan oleh pengkaji di sini ialah melibatkan idea atau konsep atau objektif penerbitan majalh yang hendak disampaikan dan diketengahkan oleh penulis manakala kesempurnaan pula merangkumi penggunaan bahasa yang betul serta sempurna dari semua aspek penghasilan karya.Sesungguhnya kesalahan penggunaan bahasa dalam akhbar tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan perhatian serta pembacaan dari segenap lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, bentuk bahasa yang digunakan secara tidak langsung akan menjadi ikutan kepada pembaca. Kesan yang jelas yang mungkin berlaku adalah gangguan bahasa serta tahap penguasaan bahasa di kalangan pembacaSeterusnya, keutuhan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara akan turut tergugat dan digugat dengan adanya permasalahan seperti ini. Justeru itu, masalah ini perlu dibendung dan diatasi dengan segera agar tidak berterusan sekaligus menjejaskan imej bahasa Melayu itu sendiri. Saranan-saranan yang dikemukakan oleh pengkaji diharapkan dapat membantu dan memberi manfaat khususnya yang berkaitan dengan penggunaan bahasa.

Selain itu, keadaan ini juga berlaku disebabkan kemahiran yang tidak seimbang dalam penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seseorang penutur bahasa. Pada pandangan pengkaji, kemahiran bahasa Melayu penutur tersebut masih lemah dalam bidang tertentu dan ini digantikan dengan penggunaan bahasa Inggeris. Namun begitu, pengkaji juga tidak menafikan bahawa adakalanya penggunaan bahasa Inggeris dalam iklan-iklan yang dipaparkan tersebut memang disengajakan sebagai gimik dan bertujuan untuk menarik perhatian pengguna. Hal ini diperkukuhdengan pendapat yang dikemukakan oleh Abdullah Hassan (1989) yang menjelaskan bahawa hal utama menyebabkan berlakunya keadaan ini ialah kemahiran bahasa yang tidak seimbang dalam kedua-dua bahasa tersebut iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Secara ringkasnya, kemahiran bahasa seseorang individu dalam bahasa pertamanya iaitu bahasa Melayu hanya meliputi bidang-bidang tertentu sahaja khususnya pertuturan.

6 KESIMPULAN

Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasanya dihasilkan berdasarkan sesuatu kaedah dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil dan pandangan pelbagai pihak tentak penulisan ilmiah dengan yang lain. Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta sesuai untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif. Sebuah penulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan

15