majalah skdi

Upload: mohd-aznie-mohamad-nor

Post on 16-Jul-2015

381 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. SEKAPUR SIRIH GURU BESAR 2. SEKAPUR SIRIH YDP PIBG 3. SEKAPUR SIRIH KETUA EDITOR 4. SEKAPUR SIRIH KETUA PENGAWAS 5. SEJARAH SEKOLAH 6. VISI, MISI DAN PIAGAM SEKOLAH 7. GAMBAR GURU SKDI 8. GAMBAR STAFF SOKONGAN, AJK PIBG, KELAB GURU DAN PENGAWAS/PENGAWAS PUSAT SUMBER 9. TAKWIN SEKOLAH 10. PERATUSAN KEPUTUSAN UPSR 11. LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI PIBG/KURIKULUM/HEM DAN KOKURIKULUM/SUKAN/OLAHRAGA 12. GAMBAR PERSATUAN/UNIT UNIFORM/KELAB/RUMAH SUKAN 13. HASIL KARYA GURU DAN MURID 14. GAMBAR KELAS 15. GAMBAR MURID TAHUN 6 16. PENGHARGAAN 17. IKLAN

SEKAPUR SIRIH GURU BESAR KATA-KATA ALUAN GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN DATO IDRIS 71500 TANJONG IPOH, NEGERI SEMBILAN

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Alhamdulillah, saya panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya kita diberi kekuatan untuk menerbitkan majalah sekolah kita ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada sidang redaksi majalah sekolah 2011 kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi sehingga terhasilnya majalah ini. Sesungguhnya majalah sekolah kita ini merupakan satu dokumentasi yang amat berharga dan sebagai satu langkah permulaan untuk menggarap potensi murid khususnya dalam bidang penulisan karya. Selain itu, dengan adanya majalah kita ini, segala aktiviti kecemerlangan murid yang dilaksanakan telah dapat diterjemahkan dalam bentuk gambar kenangan yang sangat bererti untuk dikenang apabila mereka dewasa kelak. Dalam mengharungi gelombang Transformasi Pendidikan Negara yang kian mencabar ini, guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyebar perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah juga sebagai agen perubahan..Dalam melaksanakan proses ini, guru dan murid perlu bertindak seiring bagi melahirkan generasi masa depan yang mempunyai intelek yang tinggi, berdaya saing, jati diri yang kukuh serta berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat. Justeru itu, marilah kita sama-sama berdoa agar semua warga sekolah ini terus berganding bahu dan melangkah seiring dalam mengharungi cabaran-cabaran baru dalam dunia pendidikan ini. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang menggembleng tenaga dan usaha dalam menjayakan penerbitan majalah ini.

Terima kasih daripada saya,

HJH NOOR FADILAH HJ MOHD YASIN Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Dato Idris, 71500 Tanjung Ipoh, N.Sembilan .

SEKAPUR SIRIH YANG DIPERTUA PIBG

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Taala kerana memberi kesempatan kepada saya selaku wakil ibu bapa dan penjaga untuk menyampaikan ucapan di dalam majalah SKDI buat ulung kalinya. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah berjaya merealisasikan perancangan untuk menerbitkan majalah sekolah ini. Idea asal penerbitan majalah ini timbul di dalam Mesyuarat Agung PIBG. Daripada idea yang dicadangkan itu, saya nampak kesungguhan guru-guru terutamanya sidang redaksi yang menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi. Mudah-mudahan usaha murni yang dijalankan oleh guru-guru tersebut dibalas oleh Allah Taala. Bagi pihak PIBG, menyokong penuh dengan segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Terutamanya aktiviti yang banyak membantu anak-anak kami untuk terus berjaya sama ada di dalam bidang akademik mahupun bidang kokurikulum. Diharap pada masa akan datang, kerjasama antara ibu bapa / penjaga dan juga pihak sekolah akan bertambah erat demi kejayaan anak-anak. Setiap ibu bapa inginkan anak-anak mereka berjaya. Pendidikan itu bukan sahaja diserahkan kepada guru di sekolah, malahan pendidikan awal itu bermula dari rumah. Oleh itu, marilah sama-sama kita berusaha dengan penuh keikhlasan demi kejayaan anak-anak yang tercinta. Saya menyeru kepada semua ibu bapa dan penjaga agar kita sama-sama berganding bahu bersama-sama guru untuk memikul amanat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada kita. Akhir kata, terimalah serangkap pantun sebagai penutup kalam. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

MOHD JASMI BIN ABAS YDP PIBG SESI 2011

SEKAPUR SIRIH KETUA EDITOR

Assalamualaikum w.b.t Salam 1 Malaysia.

Julung kalinya penerbitan majalah sekolah menemui anda. Pada tahun ini kita melakar sejarah yang tersendiri kerana berjaya menerbitkan majalah sekolah. Ianya menjadi satu wadah untuk semua warga SKDI menyumbang bakat dan menyematkan memori yang tersendiri untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang. Usaha menerbitkan majalah ini adalah satu tanggungjawab yang sangat berat dipikul oleh Sidang Redaksi. Namun jelas menunjukkan bahawa dengan adanya kerjasama diantara ahli kumpulan semua yang sukar akan menjadi mudah. Bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Kandungan majalah ini lebih berfokuskan kepada mendokumentasikan gambar-gambar aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2011. Selain daripada itu, murid SKDI dapat mengembangkan potensi dan bakat menulis menerusi penulisan karya murid. Karya boleh dihasilkan di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Ianya merangkumi bahasa penghantar dan bahasa-bahasa lain yang menunjukkan kebolehan murid. Akhir kata, saya mewakili sidang redaksi mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam pembikinan majalah ini. Kami juga menyusun jari dan memohon maaf andai ada kekurangan dan kelemahan yang terdapat majalah ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah Taala, dan yang buruk itu adalah kelemahan kami. Sekian, terima kasih

(PUAN NOORFARIZAN BINTI MUHAMMAD DI) KETUA EDITOR

SEKAPUR SIRIH KETUA PENGAWAS

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia,

Terlebih dahulu kami bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnianya kami berkesempatan untuk menuliskan sepatah dua kata di dalam majalah sekolah ini. Kami ingin merakamkan terima kasih Kesempatan ini juga kami ingin melahirkan perasaan yang amat berbangga dan kagum atas semangat dan kesungguhan sidang redaksi dan semua warga SKDI dalam menjayakan majalah sekolah ini dan diharap majalah ini dapat memberikan maklumat yang berguna kepada warga sekolah. Sebagai ketua pengawas sessi 2011, kami sangat gembira dengan pencapaian sekolah sepanjang tahun ini. Oleh itu, semua pelajar haruslah memberi kerjasama kepada guru-guru dan pengawas supaya peraturan dan arahan dapat dilaksanakan dengan berkesan seterusnya meningkatkan pencapaian dan nama baik SK Dato Idris. Kami juga berharap agar pelajar bukan sahaja berjaya di dalam bidang akademik dan kokurikulum, tetapi juga mempunyai peribadi mulia dan disiplin yang tinggi. Akhir kata kami mengucapkan sekali lagi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga SKDI serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha mereka menjayakan majalah sekolah ini. Semoga usaha ini dapat diteruskan dimasa akan datang dan semoga SKDI terus cemerlang pada masa hadapan

Sekian, terima kasih

LUQMAN NURHAKIM B. RAIMIHISHAMKetua Pengawas Lelaki

AINA MARDHIAH BT.SHAMSUL BAHARIKetua Pengawas Perempuan

SEJARAH SEKOLAH Nama asal sekolah ialah Sek Tanjong Ipoh Ditubuhkan awal tahun 1896 dan pengasasnya En Abdullah b Md Nor Tahun 1897/98, sebuah bangunan baru dibina di tapak rumah guru sekarang tetapi telah terbakar pada tahun 1902. Kayu-kayu yang dapat diselamatkan digunakan semula untuk memperbaiki bangunan dan siap pada tahun 1903. Pelajar terdiri dari murid lelaki sahaja sehingga tahun 1925. Hj Talib b Badat seorang tokoh tempatan telah membenarkan bangunan sekolah perempuan ini didirikan di atas tanahnya di kawasan padang SMK Dato Abd Samad sekarang . Sekolah ini digunakan sehingga 1936. Pada tahun 1918 1927, semasa pentadbiran Guru Besar En Omar b Kaya, sekolah ini telah mendapat pangkat terlalu baik di antara seluruh NS selama 4 tahun. Tahun 1936, Sekolah Melayu Tg Ipoh bangunan kayu 2 tingkat dibina dan masih kekal hingga sekarang. Sekolah ini telah kerana kejayaannya di bidang akademik. Bangunan ini telah diresmikan pembukaannya oleh DYMM Yang Dipertuan Besar NS, Tuanku Abd Rahman Ibni Al Marhum Tuanku Muhammad pada Januari 1937. Sekolah ini satu-satunya mempunyai pasukan Band Scout yang alat muziknya disumbangkan oleh Jabatan Pelajaran N.Sembilan. Sekolah ini juga mempunyai kelas bertenun kain, pertukangan dan menggunting rambut. Semasa pendudukan Jepun, sekolah ini ditadbir oleh kerajaan tentera Jepun dan pelajaran bahasa Jepun menjadi matapelajaran utama. Mulai 1 Jan 1954, sekolah 2 aliran diwujudkan di mana guru besar Sekolah Inggeris adalah En T.Malvahanan dan Sekolah Melayu adalah Tn Hj Mahat b Sepan. Tahun 1956, bangunan Sekolah Inggeris siap dibina di Tapak SMK Dato Abd Samad yang kini telah dijadikan bangunan pentadbiran sekolah berkenaan. Pada 1 Januari 1977, bangunan baru 4 tingkat telah dibina bersebelahan bangunan kayu 2 tingkat. Bangunan dan kawasan Sekolah Rendah Idris telah diserahkan kepada SMK Dato Samad. Sek Ren Inggeris dan Sek Keb Tg Ipoh telah disatukan dan dinamakan Sekolah Rendah Kebangsaan Dato Idris Tg Ipoh. Kini sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Dato Idris, Tg Ipoh. mendapat perhatian kerajaan NS sekolah-sekolah

VISI SEKOLAH Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang MISI SEKOLAH Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti PIAGAM SEKOLAH KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN DATO IDRIS DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK: Memberi pendidikan berkualiti kepada semua murid bagi memenuhi hasrat dan tuntutan Sistem Pendidikan Negara. Memberi peluang dan hak yang sama rata kepada semua murid bagi mendapat pendidikan yang sempurna. Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih,

berdisiplin,bertanggungjawab dan produktif. Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan perkhidmatan penyayang. Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan selamat. Mengadakan program-program kesihatan murid dengan kerjasama Kementerian Kesihatan. Mengadakan aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan , badan beruniform serta kelab dan persatuan. Meningkatkan permuafakatan dan penglibatan Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Ibubapa, PIBG dan masyarakat bersama warga sekolah dalam urusan pendidikan. yang selesa, lengkap dan

mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengamalan

STAF SOKONGAN

AJK KELAB GURU

AJK PIBG

BADAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN

TAKWIM PROGRAM SEKOLAH BIL 1 2 3 4 5 6 7 TARIKH 17 JAN 22 JAN 18 FEB 12 FEB 4 MAC 14-17 MAC 21-25 MAC AKTIVITI PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PERJUMPAAN 3 PENJURU UPSR PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 (MENGGILAP KECEMERLANGAN) SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PROGRAM GANYANG AEDES BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS POSTER SEMPENA HARI ANTI DADAH KEBANGSAAN MESYUARAT AGUNG PIBG PROGRAM BIMBINGAN AWAL REMAJA PELANCARAN PROGRAM MENTORMENTEE PROGRAM MOTIVASI TAHUN 2 PERJUMPAAN 3 PENJURU IBU BAPA/PENJAGA TAHUN 5 PROGRAM JARINGAN KECEMERLANGAN SKDI-SMSTJ KURSUS KEPIMPINAN SAMBUTAN HARI GURU PROGRAM 3 PENJURU (JALINAN KASIH) PROGRAM SEKOLAH SELAMAT BENCANA ALAM (JEREBU) BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR (FASA II) PERKHEMAHAN IBADAT (TAHUN 5&6) BIDANG HEM KURIKULUM KURIKULUM SEKOLAH HEM KURIKULUM HEM KERJASAMA AGENSI LUAR DUN SRI MENANTI GURU PAKAR -

8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

24 MAC 24 MAC 8 APRIL 9 APRIL 26 APRIL APRILOGOS 30 APRIL 16 MEI 20 MEI 22 MEI 30 MEI-2JUN 17-18 JUN 2011 2 JULAI 9 JULAI 11 JULAI 18 JULAI 15 OGOS 15-17 OGOS 18 OGOS 8 SEPT 20 SEPT 30 SEPT 5-6 OKT 12 NOV 13 NOV 17 NOV

PIBG HEM KURIKULUM KURIKULUM KURIKULUM KURIKULUM HEM PIBG KURIKULUM HEM KURIKULUM KURIKULUM

LPPKN -

SMSTJ

-

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUALA PILAH

20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA SAMBUTAN BULAN KECERGASAN KEMPEN BUDI BAHASA (MEMBERI SALAM) KUIZ ANTI DADAH SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PENGGAMBARAN MAJALAH SEKOLAH PERTANDINGAN SUDUT/LORONG PPDa PERINGKAT DAERAH SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN SAMBUTAN HARI RAYA HARI GRADUASI TAHUN 6 DAN PRA SEKOLAH PERKHEMAHAN UNIT KOKURIKULUM MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 6 TEMASYA SUKAN SEKOLAH HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

KOKURIKULUM KOKURIKULUM HEM HEM KURIKULUM HEM HEM PIBG SEKOLAH SEKOLAH KOKURIKULUM HEM KOKURIKULUM SEKOLAH

-

KEPUTUSAN UPSR 2007-2010 TAHUN 2007 2008 2009 2010 TARGET 2011

JUMLAH CALON

64

65

75

51

62

BILANGAN PELAJAR YANG MENDAPAT 5A 8 12 13 5 15

PELAJAR CEMERLANG 2010

LAPORAN BERGAMBAR PIBG BARISAN AJK PIBG PENASIHAT YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA BENDAHARI AJK IBU BAPA/PENJAGA

: HAJAH NOOR FADILAH BINTI MOHD YASIN : ENCIK MOHD JASMI BIN ABAS : PUAN JELINA BINTI ATIN ; CIKGU RAHMAT BIN IBRAHIM ; CIKGU NORAZIZAH BINTI ABDUL AZIZ : ENCIK ISMADI BIN ISMAIL PUAN KARTINA BINTI ABDULLAH PUAN JULIANA BINTI RAMLI PUAN SITI HAJAT BINTI MOHAMAD PUAN ROHANA BINTI ABDUL AZIZ : CIKGU MOHD TAUFIK BIN MOHD BAHARUDIN CIKGU MUSTAFA BIN HARUN CIKGU NOORFARIZAN BINTI MUHAMMAD DI CIKGU NURUL AZREEN BINTI HAMZAH USTAZAH NORAZIZAN BINTI MOHD JUDI MESYUARAT AGUNG PIBG 2011

AJK GURU

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Page 14 of 52 PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN

LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI KURIKULUM BIL TARIKH AKTIVITI 2 3 6 10 11 12 13 16 18 19 22 JAN 18 FEB 14-17 MAC 8 APRIL 9 APRIL 26 APRIL APRILOGOS 20 MEI 30 MEI-2JUN 17-18 JUN 2011 15 OGOS PERJUMPAAN 3 PENJURU UPSR PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 (MENGGILAP KECEMERLANGAN) BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PELANCARAN PROGRAM MENTORMENTEE PROGRAM MOTIVASI TAHUN 2 PERJUMPAAN 3 PENJURU IBU BAPA/PENJAGA TAHUN 5 PROGRAM JARINGAN KECEMERLANGAN SKDI-SMSTJ PROGRAM 3 PENJURU (JALINAN KASIH) BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR (FASA II) PERKHEMAHAN IBADAT (TAHUN 5&6)

KERJASAMA AGENSI LUAR GURU PAKAR -

SMSTJ -

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUALA PILAH

24

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

ALBUM KENANGAN

Perjumpaan 3 Penjuru Tahun 6

Program Mentor Protege

Page 15 of 52

Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 5

Perkhemahan Ibadat

Program Motivasi Tahap 2

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR

Program Jaringan Kecemerlangan SMSTJ-SKDI

Page 16 of 52

LAPORAN BERGAMBAR HAL EHWAL MURID BIL 1 2 3 TARIKH 17 JAN 4 MAC 21-25 MAC 24 MAC 30 APRIL 22 MEI 11 JULAI 18 JULAI 15-17 OGOS 18 OGOS AKTIVITI PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PROGRAM GANYANG AEDES PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS POSTER SEMPENA HARI ANTI DADAH KEBANGSAAN PROGRAM BIMBINGAN AWAL REMAJA KURSUS KEPIMPINAN PROGRAM SEKOLAH SELAMAT BENCANA ALAM (JEREBU) KEMPEN BUDI BAHASA (MEMBERI SALAM) KUIZ ANTI DADAH PENGGAMBARAN MAJALAH SEKOLAH PERTANDINGAN SUDUT/LORONG PPDa PERINGKAT DAERAH MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 6 KERJASAMA AGENSI LUAR -

4 5 6 7 8 9 10

LPPKN

-

11

12 NOV

-

ALBUM KENANGAN

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SESI 2011 Page 17 of 52

PROGRAM GANYANG AEDES

PERTANDINGAN SUDUT PPDa

Page 18 of 52

LAPORAN BERGAMBAR UNIT KOKURIKULUM LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

SEBELUM MEMULAKAN LARIAN

KETIKA LARIAN BERLANSUNG

KETIKA LARIAN TAMAT

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER DAN MEWARNA 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA Page 19 of 52

PELANCARAN BULAN KECERGASAN

BERKUMPUL DI DATARAN PERHIMPUNAN, BACAAN DOA

ACARA SENAMROBIK DI KANTIN

GURU, IBUBAPA DAN MURID SAMA-SAMA BERSENAM

PAMERAN DAN CERAMAH PENGCEGAHAN AEDES

Page 20 of 52

Page 21 of 52

PENGAKAP

PUTERI ISLAM Page 22 of 52

PANDU PUTERI

TUNAS KADER REMAJA SEKOLAH Page 23 of 52

PERSATUAN BAHASA MELAYU

PERSATUAN BAHASA INGGERIS Page 24 of 52

PERSATUAN AGAMA ISLAM

PERSATUAN MATEMATIK DAN SAINS Page 25 of 52

PERSATUAN SPBT

PERSATUAN BUMI HIJAU Page 26 of 52

KELAB SENI BUAYA DAN WARISAN

KELAB PERPUSTAKAAN Page 27 of 52

KELAB KRIKET/SOLFBALL

KELAB CATUR Page 28 of 52

KELAB BOLA JARING

KELAB BADMINTON Page 29 of 52

KELAB BOLA SEPAK DAN FUTSAL

Page 30 of 52

RUMAH MERAH

RUMAH BIRU Page 31 of 52

RUMAH HIIJAU

RUMAH KUNING Page 32 of 52

Page 33 of 52

PANTUN Ikan tenggiri di masak kari, Hidangan lazat cukup rasa, Hadirah nama empunya diri, Orangnya baik berbudi bahasa Pagi-pagi pergi bekerja, Petang-petang duduk bersembang, Tidaklah cantik, tidaklah lawa, Tetapi tetap dipandang manis. Hari ini pergi mengaji, Pergi mengaji di rumah Tok Aki, Cita-citanya tinggi sekali, Pensyarah merupakan pilihan hati. Bermain di padang bersama rakan, Pergi bermain beramai-ramai, Nampak garang dari luaran. Tetapi tetap disenangi ramai. Hadiran binti Mohd Sanusi 6Arif

Sajak Guru, Kau bak pelita menyinari kegelapan Menyinari masa depan anak muridmu Mencurahkan segala ilmu Kau lakukan apa sahaja demi anak muridmu. Guru, Lautan bergelora kau rentasi Gunung ganang sanggup kau daki Mencurah bakti kepada kami Untuk melihat kami berjaya Di masa hadapan Guru, Terima Kasih kami ucapkan kepadamu Segala penat lelahmu kami hargai Tanpamu kami tidak akan sampai Ke puncak kejayaan.. TERIMA KASIH GURU!! Rosyafadil

Page 34 of 52

SELOKA 6 ARIF Awal Bismillah ucapan bersama, Assalamualaikum pembuka bicara, Marilah sini dengar cerita, Pelajar yang gempak lagi gila-gila. 6 Arif banyak kerenahnya, Asyik bercakap dan bergurau sahaja, Kisah 6 Arif empunya angkara, Gila-gila sampai tak ingat dunia. Mengajar English setiap pagi, Kerja tak siap dirotan mari, Walaupun marah muka tetap berseri, Itulah Pn. Napsiah ibunda kami. Nama sahaja kapten kelas kami, Berlawak jenaka setiap hari, Kerja tak siap goyang kaki, Haiqal nama diberi. Badannya kurus bagaikan lidi, Masa angin kuat takut dibawa lari, Menjadi penolong setia kapten kami, Siapa lagi kalau bukan Syafinaz Ab. Ghani. Zulakha bendahari kelas kami, Orangnya cantik menawan lagi, Appointed menjadi lanun, Semua duit habis dikebas. Orangnya aktif dalam sukan, Lari ke sana ke sini tak tentu hala, Gelaran pelesit special made for him, Siapa lagi kalau bukan Iman. Lemah lembut menjadi perwatakan, Aina Mardhiah diberi gelaran, Aina Sofia menjadi teman, Sentiasa bersama setiap masa. Orangnya pendiam cun lagi, Nurfiqa empunya diri, Otaknya blur sangat disukai Itulah Nurul Syahirah yang sukar difahami. Ketua pengganas gelaran diberi, Masa bertugas serius sekali, Luqman Nurhakim nama diberi, Ketua pengawas sekolah kami, Tiga sekawan lawak sekali, Duduk dibelakang menjadi hobi, Suka melawak menggelikan hati, Mimi, Farra, Nana kawan sejati. Orangnya cun, cantik sekali, Menjadi penolong prefect kami, Seorang yang lucu dan baik hati, Siapa lagi kalau bukan Hadirah Sanusi. Nur Arfah gerlaran diberi, Bercermin mata bertambah seri, Shahira Dayana menambat hati Montel dan cute lagi. Tinggi lampai mengalah Abisheek Bachan, Ahmad Zuhnun empunya gelaran, Ikhwan Nurhakim menjadi teman, Duduk pun bersebelahan. Aiman Syafiq nama diberi, Seorang pendiam dan baik hati, Otak geliga pintar sekali, Dialah Big Brother kami. Gadis ayu menjadi tagline dirinya, Adira Idayu gelaran namanya, Sangat peramah dan baik hati, Alissa Amirah nama diberi. Tiba masa hamba perkenalkan diri, Rosyafadhilah tidak syak lagi, Fanatic muzik korea sekali, Tetapi UPSR tetap dihati. Bukan mengutuk bukan mengata, Hanya untuk bergurau sahaja, Supaya ia kekal sentiasa, Ala.... korang cam tak biasa aja. Walau kami sedemikian rupa, Namun kami tetap berusaha, hasrat kami ingin berjaya, Doakan UPSR 5A tercapai hendaknya. Sekola ini penghibur hati, Jangan ada terasa hati Tiba masa mengundur diri, Ampun maaf seikhlas hati.

Arzaffrul Syuaib suka menyanyi, Menyanyi adalah hobi, Nur Arif nama diberi, Buat lawak selalu tak menjadi.

Rosyafadhilah binti Rosli 6 Arif

Page 35 of 52

OH! YEAR 6

Page 36 of 52

UPSR! UPSR! UPSR! Year 6 rusher on Work grows harder And the days grow longer Time really rushes But our friend help us all the way So do the teachers En Rahmat master in Bahasa Melayu Our English teacher Pn Napsiah and Pn Hafidah Both strict but kind, too En Mustafa our Science teacher Rich in formular and experiments Not forgetting Cik Haflida and Cik Ruzanawati Good in solving Maths problems. Together they build us up Teaching, guiding, advicing And of coure Homework! Homework! Homework! But its really challenging We gain knowledge and experience We strive our way We fight and never loose For were sure To have on way To success! Thank You to all beloved teacher of SKDI From Muhd Faiz bin Zainal Abidin 6 Arif 2011

Page 37 of 52

Page 38 of 52

ENCIK MOHD TAUFIK BIN MOHD BAHARUDIN - PPKI

PN RUZINA FIRDAUS BT ABD AZIZ - PRA ARIF

Page 39 of 52

PN NURUL AZREEN BT HAMZAH - PRA BESTARI

PN HARLINA BT HASHIM-1 ARIF

Page 40 of 52

PN SAONAH BT MOHD YUNUS - 1 BESTARI

PN NORHANA BT ANTARI 2 ARIF

Page 41 of 52

3 ARIF ENCIK MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDULLAH

3 BESTARI PUAN NORAZIZAH BINTI ABDUL AZIZ

Page 42 of 52

4 ARIF CIK HASLIZA BINTI MT ISA

4 BESTARI ENCIK MOHD FAZRUL BIN SULAIMAN Page 43 of 52

5 ARIF CIK NORHAFLIDA BINTI ABDUL HAMID

Page 44 of 52

5 BESTARI PUAN NORHAKIMAH BINTI MOHD@MAT ISA

6 ARIF PUAN NAPSIAH BINTI MOHD YASIN

Page 45 of 52

6 BESTARI PUAN HAFIDAH BINTI AHMAD

Page 46 of 52

AHMAD ZUHNUN Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya

AIMAN SYAFIQ Setiap permulaan ada pengakhirannya

AMIRUL RASYID Every mission, has a way to suceed

MUHAMMAD HAIQAL Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya

LUQMAN NURHAKIM Berusaha dan doa untuk mencapai kejayaan

IKHWAN NURHAKIM Usaha dan banyaklah berdoa kepada Allah untuk berjaya

IMAN KHALISYAH Usaha + Doa + Latihan = Kejayaan 5A

MUHAMMAD AIMAN Selalu berusaha dan selalu berdoa

MUHAMMAD AFIQ Kalau berusaha pasti ada jalannya

ARZAFFRUL SYUAIB Usaha, doa, tawakal adalah satu kunci mencapai kejayaan

KHAIRI HAMIDI Belajar dari kesilapan yang dilakukan

MUHAMMAD NUR ARIF Semoga pelajar SKDI berjaya

AINA SOFIA Setiap usaha yang dilakukan pasti ada kejayaan

NORSYAZRIN Usaha tangga kejayaan

NUR FIQA Kejayaan datang dari Page 47 of 52 kesungguhan

NURUL ANISHA Jadikan hari ini lebih baik dari semalam

LILI SURAYA Lakukan yang terbaik untuk hidup

LIAYANA SHAMIMI Usaha tangga kejayaan dan berusaha kepada Allah

HADIRAH Kejayaan adalah kunci masa depan

AINA MARDHIAH Doa seseorang akan termakbul dengan izin Allah S.W.T

NURUL SYAHIRAH Setiap usaha pasti ada kejayaan

NUR AZIZAH HANA Ilmu itu pelita hidup

NUR SYAFINAZ Setiap usaha pasti berjaya

NUR ARFAH 5 A pasti dalam tangan kita semua

NUR SYAHIRA DAYANA Keluarga dan guru adalah cahaya hidup kita

NUR FARRA FARHANA Buku adalah universiti yang boleh dibawa kemana-mana

NOR HANAIZZATI Kalau usaha pasti pinti kejayaan akan terbuka

NUR ALISSA AMIRAH Semua manusia inginkan kejayaan

NUR ZULAIKHA Impian dan cita-cita menjadi kunci kepada kejayaan

ROSYAFADHILAH Fight for succesful, more an effort and don t give up

NUR ADIRA IDAYU UPSR bakal ditempuhi, 5A target dihati

NINA WAHIDA Jika kita berusaha pasti kita berjaya

6 ARIF

Page 48 of 52

MUHAMMAD FIKRI FAUZAN Agama tiang kejayaan

TENGKU ALIF ZULHILMI Pelajar rajin mencari jalan, pelajar malas mencar alasan

AHMAD FAIZUDDIN Usaha tangga kejayaan

ZUL EHSAN Ilmu pelita kejayaan

MUHAMMAD SHAHREL ANWAR Ilmu suluh kehidupan

MUHAMAD HAFIZ Rajin berusaha pasti berjaya

MUHAMMAD MUZAMIL Maju diri, maju kejayaan

ABIB NOR BAZLI Always think positive

MOHAMAD ZULFAQAR Saya pasti mendapat 5A

MUHAMAD DAUD Ilmu tangga kejayaan

MUHAMAD FUAD Kalau banyak baca buku banyak dapat ilmu

ABDUL ANIQ WAFI Ilmu tiang negara

SYAFIQ Buku adalah universiti bagi saya

MUHAMAD NOOR ASYRAF Jika banyak ulangkaji pasti berjaya

FAKKRIE Berjaya dunia dan akhiran

HAFIZUL HAKEEM Rajin berusaha dan belajar untuk kejayaan

Page 49 of 52

MUHAMMAD IZHAM Usaha tangga kejayaan

MUHAMMAD IZZUL FIRDAUS Saya akan berusaha untuk mendapat 5A

MUHAMMAD SYAHMI Cemerlang dunia, gemilang akhirat

MUHAMMAD RIDZUAN Kalau usaha pasti berjaya

NAZAITUL NAJIQAH Saya akan berusaha bersungguh-sungguh

NUR AIN 5A yang terbaik

NURUL ALIA Berusaha untuk mendapat 5A, Insyaallah

NUR HUSNA SYAZWANI Mengharung cabaran untuk mendapat 5A

NUR AZLYNDA Setiap kesungguhan pasti ada kejayaan, Insyaallah

NUR HIQMAH Berjaya dunia dan akhirat, Insyaallah

BALQIS Rajin adalah penawar kejayaan yang paling mujarab

6 BESTARI

Page 50 of 52

PENGHARGAAN

CIK HAJAH NOORFADILAH BINTI MOHD YASIN (GURU BESAR) ENCIK MOHD KHIDZARI BIN MOHD ALI (GPK KURIKULUM) PUAN NORMAMISAH BINTI ABDUL RAHMAN (GPK HEM) ENCIK SAID RAMLAN BIN ISHAK (GPK KOKURIKULUM GURU-GURU SKDI STAF SOKONGAN MURID-MURID

Page 51 of 52

IKLAN

Page 52 of 52