pembangunan portal interaktif pendidikan sivik · pdf filependidikan sivik dan kewarganegaraan...

21
PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN (PSK) SERTA KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN DAN KEBERKESANANNYA SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR NG BEE LING Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia DISEMBER, 2010

Upload: trandan

Post on 06-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK DAN

KEWARGANEGARAAN (PSK) SERTA KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN

DAN KEBERKESANANNYA SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR

NG BEE LING

Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

DISEMBER, 2010

Page 2: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN (PSK) SERTA KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN DAN KEBERKESANANNYA SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya NG BEE LING

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERRHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: EN. JOHARI BIN HASSAN DH 297, NAMA PENYELIA 81500, PEKAN NANAS, PONTIAN, JOHOR.

Tarikh: 16 DISEMBER 2010 Tarikh: 16 DISEMBER 2010

Page 3: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

iii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penulis : NG BEE LING

Tarikh : 16 DISEMBER 2010

Page 4: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

iv

PENGESAHAN

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan).”

Tandatangan : …………………………….

Nama Penyelia : EN. JOHARI BIN HASSAN

Tarikh : …………………………….

Page 5: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke

hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya selesaikan kajian ini dengan

jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Johari Hassan iaitu

penyelia saya di atas jasa dan kesudian beliau memberi bimbingan dan tunjuk ajar

sepanjang proses menyiapkan kajian penyelidikan ini.

Sekalung ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua insan yang

disayangi, ibu dan bapa saya yang sentiasa mengiringi setiap jejak saya dengan doa

yang berterusan tanpa mengenal erti jemu. Walaupun ayahanda dan bonda berada

jauh di mata, namun doa dan harapan kalian tetap menjadi panduan, pedoman dan

semangat sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah yang

telah mencurahkan ilmu dan bakti sepanjang pengajian. Tidak ketinggalan juga

kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu saya secara langsung dan

tidak langsung sepanjang proses merealisasikan kajian penyelidikan ini. Pelbagai

ilmu, idea dan pandangan yang bernas dapat saya rungkai sepanjang saya menjalani

kajian penyelidikan ini.

Kemaafan juga saya pinta sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan

kekurangan dalam projek penyelidikan ini. Akhir kata, saya berharap penyelidikan

ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Sekian.

Page 6: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

vi

ABSTRAK

Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah portal interaktif bagi

mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang boleh dijadikan sebagai

alat bantu mengajar di sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti

persepsi guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan terhadap

kebolehlaksanaan dan keberkesanan portal yang telah dibangunkan sebagai alat

bantu mengajar, dan mengenal pasti persepsi murid Tahun 5 terhadap keberkesanan

portal ini dalam pembelajaran akses kendiri. Kajian ini dijalankan secara kualitatif

dengan menggunakan persampelan bertujuan melibatkan 4 orang guru mata pelajaran

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah

sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal menunjukkan bahawa portal

interaktif yang dibangunkan menepati keperluan pengguna sasaran. Dapatan kajian

persepsi menunjukkan guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

bersetuju bahawa portal interaktif Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang

dibangunkan sesuai, boleh dilaksanaankan dan berkesan sebagai alat bantu mengajar.

Kajian juga mendapati persepsi murid Tahun 5 menunjukkan bahawa portal

interaktif Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan berkesan dalam pembelajaran

akses kendiri.

Page 7: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

vii

ABSTRACT

The purpose of this study is to develop an interactive educational portal for

PSK to become a good educational aids in teaching and learning process that

enhance the efficiency and effectiveness of teaching and learning process in school.

The specific objectives of this study are to determine the perceptions of teachers

toward the usability and effectiveness of the PSK interactive educational portal as an

educational aids and the perceptions of Year 5 pupils toward the effectiveness of the

PSK interactive educational portal in enhancing self-assess learning. This study was

conducted qualitatively with purposive sampling involving 4 teachers and 4 pupils

from 2 primary schools in Johor. The product developed had fulfilled the users’

requirements. The finding showed that teachers agreed and satisfied toward the

usability and effectiveness of the PSK interactive educational portal as an

educational aids. The study also showed that pupils agreed toward the effectiveness

of the PSK interactive educational portal in enhancing self-assess learning.

Page 8: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SIMBOL / SINGKATAN /

TATANAMA / ISTILAH

xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Rasional Kajian 7

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Kepentingan Kajian 8

1.8.1 Murid Tahun 5 8

1.8.2 Guru mata pelajaran PSK 9

Page 9: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

ix

1.9 Definisi Istilah Operasional 9

1.9.1 Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan

9

1.9.2 Portal 10

1.9.3 Interaktif 10

1.9.4 Persepsi 11

1.9.5 Kebolehlaksanaan 11

1.9.6 Keberkesanan 12

1.9.7 Pembelajaran Akses Kendiri 12

1.10 Kesimpulan 12

1.11 Penutup 13

2 SOROTAN PENULISAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Definisi Pendidikan 14

2.2.1 KBSR 15

2.2.2 Inovasi Pendidikan 16

2.3 Perkembangan Teknologi dalam Pendidikan 17

2.3.1 Perbezaan Persekitaran Pembelajaran

Tradisional dengan Pembelajaran

menggunakan Teknologi

2.3.2 Kerangka Kerja TPACK dalam

Pendidikan

19

20

2.3.3 Penggunaan Elemen Multimedia

dalam Pendidikan

21

2.4 Teknologi Internet dalam Pendidikan 27

2.4.1 Portal Pendidikan 27

2.5 Kajian Keberkesanan Multimedia dalam

Pendidikan

28

2.6 Kelebihan Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) berbanding dengan

medium lain

29

2.7 Masalah Pembelajaran mata pelajaran PSK 29

Page 10: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

x

2.8 Penutup 31

3 METODOLOGI 32

3.1 Pengenalan 32

3.2 Pembangunan Portal Interaktif PSK 32

3.2.1 Teori Pembelajaran

3.2.2 Model Reka Bentuk Instruksi

3.2.3 Proses Model ADDIE

33

35

36

3.3 Kajian Kebolehlaksanaan dan Keberkesanan

Portal Interaktif PSK

45

3.3.1 Kaedah Kajian 46

3.3.2 Persampelan

3.3.3 Instrumentasi

3.3.4 Model Analisis Data Kualitatif

48

48

49

3.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan Data 50

3.5 Jangkaan Hasil Kajian 51

3.6 Penutup 52

4 HASIL KAJIAN 53

4.1 Pengenalan 53

4.2 Hasil Pembangunan Portal Interaktif PSK 53

4.3 Penilaian Portal Interaktif PSK 58

4.4 Penerapan Strategi Pembelajaran Akses

Kendiri

63

4.5 Analisis Data Kajian Kebolehlaksanaan dan

Keberkesanan Portal

67

4.5.1 Analisis Data Pemerhatian

4.5.2 Analisis Data Temu Bual

67

68

4.6 Kesimpulan 73

4.7 Penutup 74

Page 11: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

xi

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

76

5.1 Pengenalan 76

5.2 Perbincangan 76

5.2.1 Pembangunan Portal Interaktif PSK

sebagai ABM

5.2.2 Kajian Persepsi Guru terhadap

Kebolehlaksanaan dan Keberkesanan

Portal Interaktif PSK sebagai ABM

5.2.3 Kajian Persepsi Murid terhadap

Keberkesanan Portal Interaktif PSK

dalam Pembelajaran Akses Kendiri

76

81

82

5.3 Rumusan 83

5.4 Cadangan 83

5.5 Penutup 84

BIBLIOGRAFI 86

LAMPIRAN A – F 91-125

Page 12: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Asas pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan “Falsafah Pendidikan

Negara”. Falsafah Pendidikan Negara mula diistiharkan pada tahun 1988 dan

berhasrat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari pelbagai

aspek yang mulia. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara (Falsafah Pendidikan Negara, 1988).

Berpandukan hasrat mulia kerajaan dalam bidang pendidikan, pelbagai usaha

murni ke arah memantapkan lagi sistem pendidikan hari ini adalah sangat diharapkan.

Perkembangan teknologi multimedia yang drastik menjadi batu lonjatan dan

membuka jalan baru untuk penyelidikan dalam bidang pendidikan. Menurut

Jamalludin dan Zaidatun (2000), multimedia merupakan suatu revolusi terbesar

dalam bidang pendidikan dan komunikasi selepas penemuan mesin percetakan.

Page 13: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

2

Impak perkembangan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

bukan sahaja dirasai dalam bidang perindustrian, malahan bidang pendidikan juga

telah mendapat banyak faedah daripadanya dan membuktikan keberkesanan dari segi

hasil pembelajaran sejak ianya mula diperkenalkan.

Menurut Hizral Tazzif Hisham (Berita Harian, 14 April 2004), penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dapat merangsang minda kreatif pelajar dan pelajar bebas daripada

kongkongan pembelajaran tradisional yang terlalu bergantung kepada hafalan.

Kaedah dan pendekatan pengajaran juga sentiasa dimantapkan mengikut

peredaran dan keperluan zaman. Teknologi multimedia merupakan lanjutan daripada

maklumat tradisi yang dahulunya hanya berasaskan teks semata-mata kepada suatu

sistem penyampaian dan perkongsian maklumat yang lebih bersifat dinamik dan

menarik (Jamalludin dan Zaidatun, 2005). Ini menunjukkan peranan teknologi

sentiasa dialu-alukan dalam usaha membangunkan bidang pendidikan supaya seiring

dengan kehendak dan kepentingan semasa.

Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu

mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005 di sekolah rendah dan sekolah

menengah. Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di

sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu

dengan negaranya.

Pada masa dahulu, pendidikan sivik bertumpu pada struktur dan jenis

kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa

masyarakat serta keperluan masa depannya. Berdasarkan keadaan semasa yang

melanda golongan remaja, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme dan

pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.

Page 14: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

3

Kurikulum ini mempunyai hasrat yang murni iaitu membantu murid

menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi

warganegara yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain,

mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik

tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar, bertanggungjawab dan

menyumbang ke arah pembangunan negara melalui kurikulum ini.

Dalam pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan, guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dan kesedaran murid

tentang hak dan tanggungjawab sebagai warganegara dengan mengambil kira aspek

pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik. Aktiviti pengajaran dan

pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan

kepada penglibatan murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan

menggembirakan.

Kesimpulannya, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) memainkan

peranan yang penting dalam bidang pendidikan khasnya dari segi keberkesanan

penyebaran maklumat. Pendidikan masa kini patut mengintegrasikan dan menyelami

potensi teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran rutin di sekolah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran bukan

teras yang diajar dari Tahun 4 hingga Tahun 6 di peringkat sekolah rendah.

Disebabkan mata pelajaran ini bukan mata pelajaran teras, ianya tidak begitu dititik

berat atau diberi penekanan yang ketara seperti mata pelajaran teras yang lain di

kalangan murid maka tidak hairanlah ada sebahagian murid tidak berminat untuk

mempelajarinya.

Page 15: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

4

Dari aspek pengajar pula, masih ramai guru mengamalkan teknik pengajaran

tradisional. Walaupun dalam huraian sukatan pelajaran mata pelajaran Pendidikan

Sivik dan Kewarganegaraan ada menekankan penerapan unsur-unsur bernilai tambah

seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam melakukan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Guru diharapkan dapat memberi penekanan kepada

unsur bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar,

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, teori pelbagai kecerdasan,

pembelajaran masteri, pembelajaran secara kontruktivisme dan pembelajaran akses

kendiri. Di samping itu, nilai murni seperti semangat patriotik dan kewarganegaraan

tetap diutamakan (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan, 2005).

Di samping itu, masih wujud masalah kekurangan guru di sekolah. Hal ini

juga menyumbang kepada masalah pengajar yang kurang pakar dan kurang

berpengalaman dalam usaha menyampaikan hasil pembelajaran yang berkesan

kepada murid-murid.

Selain masalah pengajar dan murid, terdapat satu masalah lagi yang tidak

boleh diabaikan iaitu masalah kepelbagaian bahan pengajaran dan rujukan yang

lengkap. Bagi tajuk “Kenali Budaya Kita”, strategi atau kaedah pembelajaran yang

terbaik ialah menerusi hayatan persembahan kebudayaan atau melawat ke muzium

kebudayaan kerana konsep budaya berbentuk abstrak dan tidak mudah difahami

secara teori atau lisan, ianya memerlukan penerangan yang lebih terperinci menerusi

objek konkrit seperti gambar (grafik), suara (audio), rakaman video (video) agar

murid dapat mengenalinya dengan berkesan dan tepat. Namun begitu, strategi atau

kaedah yang baik ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan masa yang panjang

dalam proses perancangan aktiviti.

Tambahan pula, purata waktu pengajaran dan pembelajaran bagi mata

pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah rendah hanya sejam

dalam seminggu memandangkan ianya mata pelajaran bukan teras. Hal ini juga

menjadi kekangan kepada para pengajar untuk membuat perancangan yang efektif

Page 16: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

5

bagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan.

1.3 Pernyataan Masalah

Merujuk kepada latar belakang masalah yang dibincangkan sebelum ini,

sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa faktor dominan yang

menyumbang kepada masalah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah rendah. Hasilnya pengajaran dan

pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menjadi

tidak efektif dan kurang berkesan.

Antara faktor yang menyumbang kepada masalah pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah:

(a) Kewujudan masalah kurang motivasi, bosan dan tidak berminat dalam

mempelajari mata pelajaran ini di dalam diri murid itu sendiri atau pengaruh

yang negatif yang datangnya daripada tanggapan ibu bapa, masyarakat yang

berpendapat bahawa mata pelajaran ini tidak penting kerana ianya bukan

mata pelajaran teras maka tidak perlu diberi perhatian atau penekanan yang

sewajarnya.

(b) Kekurangan ciri-ciri kreativiti dan inovatif di kalangan guru dalam

menyampaikan maklumat kepada murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

(c) Kesuntukan masa dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran

yang efektif.

Page 17: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

6

(d) Ketidaklengkapan dari segi bahan-bahan pengajaran dan sumber rujukan

yang bernas.

(e) Perancangan strategi atau kaedah pengajaran berkesan seperti lawatan dan

persembahan kebudayaan memerlukan kos yang amat tinggi dan proses

perancangan amat rumit serta mengambil masa yang panjang.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan

bahan rujukan pengajaran agar ianya menjurus kepada pengajaran dan pembelajaran

yang lebih berkesan dan efektif.

Objektif kajian adalah seperti berikut.

i) Membangunkan portal pendidikan sebagai alat bantu mengajar bagi mata

pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

ii) Mengenal pasti persepsi guru mata pelajaran PSK terhadap kebolehlaksanaan

dan keberkesanan portal yang dibangunkan sebagai alat bantu mengajar.

iii) Mengenal pasti persepsi murid Tahun 5 terhadap keberkesanan portal dalam

menerapkan strategi pembelajaran akses kendiri.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang akan dijawab dalam kajian ini

adalah seperti berikut:

Page 18: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

7

i) Apakah persepsi guru terhadap kebolehlaksanaan dan keberkesanan portal

interaktif PSK sebagai ABM?

ii) Apakah persepsi murid terhadap keberkesanan portal interaktif PSK dalam

pembelajaran akses kendiri?

1.6 Rasional Kajian

Seperti yang telah dibincangkan di dalam pernyataan masalah, jelasnya

terdapat banyak masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di peringkat sekolah rendah. Justeru

pembangunan laman web dalam kajian ini diharapkan dapat mengatasi beberapa

kekurangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tradisional yang kurang

mendatangkan hasil pembelajaran yang memberangsangkan.

Pembangunan laman web ini juga diharapkan dapat membetulkan tanggapan

negatif dalam diri murid bahawa mata pelajaran ini membosankan dan tidak penting.

Murid-murid dan juga guru-guru juga kemungkinan besar tidak dapat menghayati

apa yang sepatutnya dipelajari dalam tajuk ini.

Selain itu, kefahaman murid-murid dapat dipertingkatkan dengan menguasai

istilah baru menerusi penerangan berbentuk grafik, audio atau video yang tentunya

merangsang minda murid-murid untuk mengukuhkan ilmu yang dipelajarinya. Ia

juga dapat meminimumkan kekeliruan atau prasangka yang mungkin wujud

sekiranya murid-murid tidak memahami dan menghayati konsep-konsep tertentu.

Tambahan pula, elemen-elemen multimedia yang digunakan dalam laman

web ini dapat menyampaikan informasi atau maklumat dengan menarik dan

menyeronokkan. Menurut Baharuddin Aris et al. (2002), gabungan grafik, animasi,

Page 19: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

8

bunyi dan video memberangsangkan dan tidak menjemukan selain dapat memberi

maklum balas serta merta.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau kebolehlaksanaan dan keberkesanan

portal interaktif PSK yang dibangunkan sebagai ABM. Kajian hanya dijalankan

berdasarkan maklumat yang diperolehi sepanjang masa melaksanakan kajian ini.

Skop kajian ini adalah tertumpu kepada kumpulan sasaran iaitu 4 orang guru

mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid tahun 5

dari sekolah SJK (C) Yu Ming (1) dan SK Taman Universiti 4.

1.8 Kepentingan Kajian

Orientasi kajian yang berpaksikan sumber intelek sudah pasti mempunyai

kepentingan kepada pelbagai golongan terutamanya kepada golongan pendidik dan

penggubal agenda pendidikan masa hadapan. Antara kepentingan kajian ini adalah

seperti yang berikut:

1.8.1 Murid Tahun 5

Pembangunan laman web ini dapat membentuk pengetahuan asas ataupun

konsep murid tentang seni tari dan muzik serta alat muzik tradisional. Apabila murid

melayari laman web sendiri, mereka akan lebih menghayati kesenian dan

kebudayaan yang sebelum ini tidak dapat dijalankan dalam pembelajaran tradisional.

Page 20: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

9

Selain itu, pembangunan portal interaktif PSK ini dapat menerapkan strategi

pembelajaran akses kendiri dalam kalangan murid.

1.8.2 Guru mata pelajaran PSK

Hasil kajian ini juga turut membantu guru melihat kembali adakah mereka

telah menjadikan murid sentiasa berfikir aktif dengan mempelbagaikan strategi

pengajaran. Ia juga dapat memberi sumber alternatif kepada guru dalam

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran selain turut melengkapkan diri

dengan pengetahuan selaras dengan perkembangan semasa terutama dalam bidang

teknologi maklumat.

1.9 Definisi Istilah Operasional

Bahagian ini menjelaskan istilah dan konsep yang menjadi asas yang

menyokong tema kajian yang diusahakan. Definisi istilah dan konsep yang

diterangkan dalam bahagian ini hanya bersesuaian dengan konteks kajian ini sahaja.

1.9.1 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Sivik ialah kajian hak dan tanggungjawab yang perlu ada pada seseorang

warganegara. Sivik dipengaruhi oleh teori-teori Confucius dari China dan Plato pada

zaman Yunani purba.

Kewarganegaraan pula ialah kajian tentang tanggungjawab seseorang

individu dengan negaranya.

Page 21: PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK · PDF filePendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal

10

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan untuk mendidik

warganegara supaya mereka lebih beretika dalam kehidupan awam khasnya

masyarakat majmuk.

1.9.2 Portal

Portal bermaksud laman web yang mempunyai hubungan dengan pelbagai

laman web yang lain, biasanya boleh dicapai melalui Internet. Dalam kajian ini,

portal merujuk kepada hasil pembangunan laman web atau produk teknologi yang

mengintegrasikan kebanyakan elemen multimedia seperti teks, grafik, video dan

interaktiviti yang relevan bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan.

1.9.3 Interaktif

Interaktif sering dikaitkan dengan ciri-ciri antara muka (interaksi) pengguna

dengan sistem komputer. Ia boleh dijadikan sebagai satu metafora di mana "melihat"

merujuk kepada reka bentuk luaran sistem, manakala "berasa" merujuk kepada

interaktivitinya. Secara tidak langsung ini boleh dianggap sebagai suatu takrif tidak

rasmi interaktiviti.

Dalam bidang Sains Komputer, interaktif merujuk kepada perisian yang

menerima dan menjawab input daripada manusia, misalannya data atau perintah-

perintah (command). Di samping itu, interaktif terbahagi kepada tiga kategori iaitu:

i) Tidak interaktif (Noninteractive) sekiranya sesuatu mesej itu tidak berkaitan

dengan mesej sebelumnya