pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

149
PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI WEB BAGI TAJUK TOPOLOGI RANGKAIAN DALAM PENDIDIKAN NORASHIKIN BT SAHADAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuongngoc

Post on 19-Dec-2016

250 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM PEMBELAJARAN

BERASASKAN SITUASI MENERUSI WEB BAGI TAJUK TOPOLOGI RANGKAIAN

DALAM PENDIDIKAN

NORASHIKIN BT SAHADAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

untuk Ayahnda Sahadan Abdullah dan Bonda Zainab Mohd Yusop

yang di kasihi dan di sayangi

serta semua yang dekat di hati ini,

juga yang teristimewa buat Tunangku, Mohd Shafie Taib,

tidak lupa buat adik-adikku

Norhayati, Siti Aisyah, Siti Zubaidah dan Muhammad,

Terima kasih di atas segala sokongan, pengorbanan

dan kasih sayang.....

Page 3: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah

kurniaan-Nya dapat saya menyiapkan kajian ini dalam masa yang ditetapkan.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan dan

terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Jamalludin Bin Harun selaku penyelia

yang telah banyak memberi bimbingan dan bantuan di sepanjang proses pelaksanaan

kajian ini di jalankan serta tidak lupa juga buat Dr Zaidatun Tasir. Sesungguhnya segala

tunjuk ajar yang diberi amat berguna dan hanya Tuhan sahajalah yang akan

membalasnya. Ucapan terima kasih juga saya tujukan buat responden di atas kerjasama

yang telah diberikan di dalam menjayakan kajian ini.

Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan ditujukan buat rakan-rakan

seperjuangan Zura, Ju. Diana, Kak Rozi, Kak Fid, Kak Anie, Sarina, Nurul dan Kak Umi

semoga segala usaha, bantuan serta sokongan kalian akan diberkati Allah SWT di atas

kesudian untuk berkongsi ilmu yang bermanfaat. Akhir sekali saya sudahi dengan salam

takzim penuh penghormatan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.

Sekian. Terima Kasih.

Page 4: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem pembelajaran

berasaskan situasi menerusi web mengikut ciri-ciri seperti yang dicadangkan oleh

Herrington et al., (2000). Topik yang dipilih bagi tujuan kajian ini ialah Topologi

Rangkaian dalam Pendidikan bagi kegunaan kumpulan pelajar Sarjana Muda

Pendidikan. Proses penilaian dilakukan bagi mendapatkan pandangan pelajar terhadap

tiga aspek reka bentuk iaitu reka bentuk informasi, reka bentuk interaksi dan reka bentuk

antara muka sistem pembelajaran yang dibangunkan. Sampel kajian projek ini terdiri

daripada 10 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan yang mengambil mata pelajaran

SPM 2012: Telekomunikasi dan Rangkaian Komputer di Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik

dan temu bual. Hasil analisis terhadap ketiga-tiga aspek reka bentuk yang dinilai

mendapati reka bentuk antara muka yang digunakan mendapat nilai min yang tertinggi

iaitu (min=4.38) diikuti oleh reka bentuk interaksi (min=4.3) dan reka bentuk informasi

atau strategi pembelajaran berasaskan situasi (min=4.13). Bagi bahagian cadangan dan

komen dan juga proses temu bual yang telah dijalankan, kaedah analisis isi kandungan

menerusi teknik pembentukan tema telah digunakan. Berdasarkan data yang dianalisis dan

perbincangan yang telah dijalankan, pengkaji telah membuat rumusan dan

mengemukakan beberapa cadangan serta memberi huraian mengenai sistem

pembelajaran berasaskan situasi menerusi sistem PBSnet yang dibangunkan.

Page 5: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to design and develop a web-based learning system that

utilized situated based learning strategies based on the criterion suggested by Herrington

et al., (2000). The topic selected for this study is Network Topology in Education for

undergraduate students. The evaluation process was done in order to get students

opinion in three aspects of design namely information design, interaction design and

interface design of the learning system. The study’s sample consisted of 10

undergraduate students from the Educational Degree Program who had taken SPM 2012:

Networking and Telecommunication subject in Faculty of Education, Universiti

Teknologi Malaysia. Data were gathered using questionnaires and interviews. The

analysis done on those three design aspects showed that the interface design got the

highest mean value (mean=4.38) followed by the interaction design (mean=4.3) and

information design or situated based learning strategy that had been used, (mean=4.13).

A content analysis was performed to identify common themes for open ended question

and interview process. Based on data analysis and discussion, the researcher then comes

out with conclusion and several recommendations as well as explanations regarding

situated based learning through web learning system (PBSnet) which had been

developed.

Page 6: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JUDUL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 9

Page 7: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

viii

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Rasional Kajian 10

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Skop Projek dan Batasan Kajian 13

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Pembelajaran Berasaskan Situasi (PBS) 13

1.9.2 Objek Pembelajaran Digital (OPD) 14

1.9.3 Pembelajaran Aktif 14

1.9.4 Reka Bentuk Informasi 15

1.9.5 Reka Bentuk Antara Muka 15

1.9.6 Reka Bentuk Interaksi 16

1.9.7 Topik Topologi Rangkaian 16

1.10 Penutup 16

2 SOROTAN KAJIAN 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Matapelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian dalam

Pendidikan 19

2.2.1 Matapelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian 20

2.2.2 Topik Topologi Rangkaian 21

2.2.3 Kajian berkaitan dengan Masalah

Pembelajaran Matapelajaran 21

2.3 Perkembangan Penggunaan Internet dalam

Pengajaran dan Pembelajaran 22

2.4 Laman Web Sebagai Medium Pengajaran

dan Pembelajaran 23

2.4.1 Keberkesanan Laman Web dalam

Proses Pengajaran dan Pembelajaran 24

2.5 Objek Pembelajaran Digital (OPD) 26

Page 8: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

ix

2.5.1 Konsep Asas Objek Pembelajaran Digital 26

2.5.2 Kajian berkaitan OPD dalam Proses Pengajaran

dan Pembelajaran 27

2.6 Teori Pembelajaran 29

2.6.1 Teori Behaviorisme 30

2.6.2 Teori Kognitif 31

2.6.3 Teori Konstruktivisme 32

2.7 Pembelajaran Aktif 35

2.8 Pembelajaran Berasaskan Situasi (PBS) 37

2.8.1 Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Situasi (PBS) 37

2.8.2 Kajian tentang Kelebihan dan Pengaplikasian

Pembelajaran Berasaskan Situasi (PBS) 39

2.9 Model Reka Bentuk Pengajaran 40

2.9.1 Kelebihan Model Rapid Protoyping 40

2.10 Penutup 43

3 METODOLOGI KAJIAN 45

3.1 Pengenalan 45

3.2 Model Rekabentuk Pengajaran 46

3.2.1 Fasa Pertama : Analisis Keperluan 48

3.2.2 Fasa Kedua : Reka bentuk dan Pembangunan

Sistem Pembelajaran 49

3.2.3 Fasa Ketiga : Penilaian Formatif 51

3.2.4 Fasa Ke-empat : Pelaksanaan dan

Penilaian Sumatif 51

3.3 Carta Alir Sistem Pembelajaran 52

3.4 Reka Bentuk Sistem Pembelajaran Berasaskan Web 53

3.4.1 Reka Bentuk Informasi / Strategi Pembelajaran 54

3.4.2 Reka Bentuk Interaksi 56

Page 9: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

x

3.4.3 Reka Bentuk Antara Muka 58

3.5 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan

Sistem Pembelajaran 60

3.6 Pembangunan Sistem Pembelajaran (PBSnet) 61

3.7 Penyebaran Aplikasi Yang Dihasilkan 62

3.8 Lokasi dan Populasi Kajian 62

3.9 Instrumen Kajian 63

3.9.1 Soal Selidik Analisis Pengguna 64

3.9.2 Temubual 65

3.10 Analisis Data 66

3.11 Penutup 67

4 DAPATAN KAJIAN 68

4.1 Pengenalan 68

4.2 Objektif dan Isi Pelajaran 69

4.3 Aliran Sistem Pembelajaran 69

4.4 Reka bentuk Antara Muka dan

Reka bentuk Interaksi Sistem Pembelajaran 75

4.4.1 Reka bentuk Antara Muka 75

4.4.2 Reka bentuk Interaksi 77

4.5 Strategi Penyampaian Maklumat atau Sumber dalam

Persekitaran Sistem PBSnet 79

4.5.1 Bahan Rujukan Elektronik 79

4.5.2 Simulasi Pembelajaran 80

4.6 Reka bentuk atau Strategi Pembelajaran PBSnet 84

4.6.1 Gambaran konteks sebenar atau autentik

yang menggambarkan situasi di mana pengetahuan

akan digunakan 84

4.6.2 Aktiviti yang autentik 84

Page 10: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

xi

4.6.3 Capaian kepada pakar 85

4.6.4 Pelbagai peranan dan perspektif 85

4.6.5 Pengetahuan yang dikonstruk secara kolaborasi 86

4.6.6 Refleksi 86

4.6.7 Articulation 87

4.6.8 Coaching & Scaffolding 88

4.6.9 Penilaian yang autentik 88

4.7 Analisis Dapatan Soal Selidik 88

4.7.1 Analisis Bahagian A : Maklumat Asas 89

4.7.1.1 Jantina 90

4.7.1.2 Keturunan 90

4.7.2 Analisis Bahagian B : Reka Bentuk Pembelajaran 91

4.7.2.1 Reka bentuk Infromasi /

Strategi Pembelajaran 91

4.7.2.2 Reka bentuk Antara Muka / Persembahan 93

4.7.2.3 Reka Bentuk Interaksi 95

4.7.3 Analisis Bahagian C : Cadangan dan Komen 97

4.8 Penilaian Sumatif 98

4.9 Penilaian Pakar 101

4.10 Pengujian Sistem 102

4.11 Penutup 103

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN 105

5.1 Pengenalan 105

5.2 Ciri Reka Bentuk Sistem Pembelajaran

Berasaskan Masalah Menerusi Web

Berdasarkan 3 Aspek Reka Bentuk Iaitu

Reka Bentuk Informasi Atau Strategi Pembelajaran,

Reka Bentuk Antara Muka Dan Reka Bentuk Interaksi 106

Page 11: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

xii

5.2.1 Pandangan Pengguna Mengenai Reka bentuk

Informasi atau Strategi Pembelajaran 106

5.2.2 Pandangan Pengguna Mengenai Reka Bentuk

Antara Muka Atau Persembahan 109

5.2.3 Pandangan Pengguna Mengenai Reka bentuk

Interaksi 111

5.3 Cadangan dan Komen Pengguna 113

5.3.1 Komen Mengenai Warna Teks dan Fon 113

5.3.2 Komen Mengenai Sistem Pembelajaran

dan Interaksi 114

5.4 Komen Pengguna Melalui Temubual 114

5.5 Komen Pakar Melalui Borang Pengesahan Pakar 117

5.6 Kesimpulan 118

5.7 Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan 119

5.8 Penutup 120

RUJUKAN 121

LAMPIRAN A-D 126-133

`

Page 12: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Format Skala Likert 65

3.2 Kaedah Penganalisaan Data Berdasarkan

Kepada Bahagian Soalan Bagi Instrumen

Soal Selidik 67

4.1 Penerangan Mengenai Ikon atau Pautan

Utama Yang Digunakan Di Dalam Sistem

Pembelajaran Menerusi Web 70

4.2 Pentafsiran Skor Min 89

4.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 90

4.4 Taburan Responden Mengikut Keturunan 91

4.5 Analisis Data Bagi Reka Bentuk

Informasi Atau Strategi Pembelajaran 92

4.6 Analisis Data Bagi Reka Bentuk Antara Muka 94

4.7 Analisis Data Bagi Reka Bentuk Interaksi 96

4.8 Komen Responden Mengenai Isi Pelajaran Yang

Terkandung Di Dalam Sistem Pembelajaran

Yang Di Bangunkan 97

4.9 Penilaian Sumatif : Maklum Balas Pengguna 98

4.10 Pandangan dan Komen Pakar 102

4.11 Pengujian Sistem Pembelajaran Menerusi Perisian

Pengimbas Dan Resolusi Yang Berbeza. 103

Page 13: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Metafora LEGO 28

2.2 Model Rapid Prototyping 41

2.3 Model R2D2 43

3.1 Model Reka Bentuk Rapid Prototyping

diadaptasi daripada Model

Tripp dan Bichelmeyer, 1990 47

3.2 Elemen – Elemen dalam Pembelajaran Berasaskan

Situasi dalam Persekitaran Multimedia

( Herrington et al., 1997) 56

3.3 Struktur Komposit (Jamalludin & Zaidatun, (2003) 57

4.1 Paparan Montaj Pengenalan Sistem Pembelajaran 72

4.2 Paparan Laman Utama Sistem Pembelajaran 72

4.3 Paparan Antara Muka Utama Situasi 73

4.4 Paparan Antara Muka Situasi 1 74

4.5 Paparan Antara Muka Situasi 2 74

4.6 Paparan Antara Perbualan Telefon 76

4.7 Paparan Antara Muka Enjian Carian 77

4.8 Paparan Antara Muka Metafora Skrin Komputer 78

4.9 Paparan Antara Muka Metafora CD dan Komputer 80

4.10 Paparan Simulasi E-Mail 82

4.11 Paparan Simulasi Yahoo Messanger 82

4.12 Paparan Simulasi OPD yang terkumpul 83

4.13 Paparan Simulasi OPD yang boleh dibesarkan 83

Page 14: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

xv

4.14 Paparan Forum 86

4.15 Paparan Refleksi Email 87

Page 15: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

xvi

SENARAI SINGKATAN

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

PBM - Pembelajaran Berasaskan Masalah

PBS - Pembelajaran Berasaskan Situasi

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta Alir Sistem Pembelajaran 126

B Borang Soal Selidik (Pengguna) 127

C Soalan Temubual 132

D Borang Pengesahan Pakar 133

Page 17: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan dunia yang menuju kepada pengaplikasian secara menyeluruh

bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) semakin menampakkan impak yang

besar dalam kehidupan manusia dan juga bidang pendidikan. Sebagaimana yang diramal

oleh Mohd Yusof dalam penulisan Nin (2005), masa hadapan pembangunan sesebuah

negara banyak didominasikan perkembangan sains dan teknologi dan teknologi yang

banyak mendominasi kehidupan kini pula adalah ICT. Ia bukan satu perkara baru, tetapi

ia merupakan satu revolusi komunikasi yang menguasai dunia.

Tidak ketinggalan juga, dunia pendidikan yang selama ini hanya berasaskan

“chalk and talk” atau penerangan dengan dibantu oleh papan kapur turut mengalami

perubahan digital tersebut. Akibatnya, konsep pengajaran dan pembelajaran (P&P) kini

banyak dipengaruhi oleh penggunaan teknologi maklumat (IT) yang boleh dilihat

melalui perkembangan pendidikan yang berasaskan atas talian (online) atau kelas maya

(virtual class). Dengan ini, pelajar dan pendidik perlu bersedia dan menguasai

kemahiran menggunakan ICT dalam proses p&p.

Page 18: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

2

Salah satu daripada pendekatan pembelajaran menggunakan ICT ialah

pembelajaran melalui web. Persekitaran pembelajaran melalui web adalah berasaskan

pendekatan hipermedia, di mana pelbagai maklumat dalam bentuk teks, grafik dan

animasi, audio dan video boleh dirangkaikan dalam pelbagai bentuk (Muhamad Kasim,

2002). Menurut Hashim et al., (2002), keberkesanan pembelajaran berasaskan web

merujuk kepada kebolehan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan.

Keadaan ini membolehkan pelajar mendapatkan maklumat dengan mudah kerana

persekitaran pembelajaran berasaskan web ini kaya dengan pelbagai maklumat dan

sesuai dengan semua tahap pengetahuan pengguna dan mengandungi berbagai aktiviti

pembelajaran (Liaw, 2001). Aktiviti pembelajaran ini bukan sahaja boleh diaplikasikan

kepada matapelajaran-matapelajaran tertentu malah matapelajaran yang berkaitan

dengan ICT ataupun teknologi rangkaian yang semakin penting dalam pendidikan.

Penggunaan ICT dalam pendidikan semakin berkembang disebabkan terdapat

banyak maklumat yang mampu dicapai oleh golongan yang terlibat dalam dunia

pendidikan iaitu pelajar dan pendidik. Ini selaras dengan subjek teknologi maklumat dan

rangkaian yang ditawarkan dalam pendidikan guru yang memerlukan golongan ini

mengetahui akan konsep pengaplikasian dalam dunia sebenar. Apabila memperkatakan

tentang matapelajaran berkaitan rangkaian pula , kita akan mula memikirkan internet. Ini

adalah pemahaman asas dan pemikiran yang telah terbentuk dalam minda manusia.

Namun, mereka tidak akan membayangkan bagaimana proses dalam rangkaian itu

terbentuk atau berlaku. Ini kerana, agak sukar membayangkan bagaimana proses –

proses dalam rangkaian berlaku. Oleh itu, untuk memanfaatkan penggunaan web dalam

pendidikan, penggunaan teori dan strategi amat penting dalam merekabentuk dan

menghasilkan satu p&p yang berkesan. Terdapat pelbagai teori dan strategi

pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam merekabentuk dan menghasilkan bahan

p&p ini.

Transformasi teori dalam pelaksanaan sistem p&p bermula dari teori tingkah

laku kepada teori kognitif dan seterusnya kini teori konstruktivisme. Kaedah pengajaran

Page 19: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

3

dan rekabentuk pengajaran juga turut mengalami revolusi di mana perlaksanaan aktiviti-

aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif dan berpusatkan pelajar semakin diambil

kira dalam pembangunan rekabentuk sesuatu bahan pengajaran. Teori pembelajaran

secara amnya merupakan satu teori yang memfokuskan kepada penerangan dan

penjelasan bagaimana proses pembelajaran itu berlaku dalam diri seseorang (Jamalludin

Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). Manakala strategi pengajaran pula adalah pendekatan

yang digunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran agar matlamat dan objektif

pengajaran boleh dicapai (Hazimah, 2001). Antara strategi pembelajaran yang boleh

diaplikasikan dalam merekabentuk bahan pembelajaran ialah strategi pembelajaran

koperatif, kolaboratif, anjal (fleksibel), aktif, refleksi, penemuan bersepadu dan banyak

lagi. Menurut Dick (1989), proses membangunkan dan merekabentuk bahan p&p

banyak dipengaruhi oleh teori dan strategi pembelajaran kerana dua bidang ini saling

mempunyai hubungan yang rapat di antara satu sama lain.

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggunaan ICT dalam pendidikan semakin mendapat tempat di kalangan

pendidik terutamanya pada peringkat pengajian tinggi. Ini dapat dilihat melalui kajian-

kajian lepas serta dapatan-dapatan kajian yang memberi maklum balas positif terhadap

pendekatan pengajaran berasaskan ICT. Di Malaysia, khasnya di Universiti Teknologi

Malaysia (UTM), kajian berkaitan ICT dalam pendidikan telah menjadi semakin

popular kebelakangan ini. Sebagai contoh, kajian oleh Jamalludin Harun (2003),

Baharuddin Aris et al. (2005), Ibrahim Ahmad (2005), Shaharuddin Md Salleh (2005)

dan Juliyana Baharudin ( 2006).

Juliyana Baharudin (2006) sebagai contoh, telah menjalankan kajian tentang

pembangunan dan penilaian pembelajaran berasaskan masalah menerusi web yang

disokong dengan menguji elemen-elemen rekabentuk interaksi, rekabentuk antara muka

dan rekabentuk informasi, meyakinkan bahawa pembelajaran aktif dapat diwujudkan

Page 20: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

4

dalam persekitaran web. Ini menunjukkan peningkatan minat pelajar terhadap sesi

pembelajaran aktif semakin memberangsangkan dan ini menyokong kepada

pembentukan minat belajar di kalangan pelajar. Jika dilihat dalam silibus pendidikan

guru, terdapat matapelajaran-matapelajaran yang berkaitan dengan teknologi maklumat

dan rangkaian telah ditawarkan. Ini dilihat sebagai satu kepentingan dalam

meningkatkan minat terhadap sesi pembelajaran matapelajaran-matapelajaran berikut.

Matapelajaran yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan rangkaian,

merupakan satu matapelajaran yang menekankan aspek pemahaman yang mendalam

tentang konsep rangkaian dalam persekitaran sebenar. Di Fakulti Pendidikan UTM,

terdapat matapelajaran yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan rangkaian

ditawarkan kepada pelajar-pelajarnya iaitu matapelajaran Telekomunikasi dan

Rangkaian yang diambil oleh pelajar-pelajar peringkat sarjana muda. Jika dilihat pada

keseluruhan sukatan matapelajaran tersebut, ia merupakan satu matapelajaran di mana

pelajar sukar membayangkan bagaimana sesebuah rangkaian itu diselenggara mengikut

keperluan dan kepentingan pada persekitaran sebenar. Ini kerana ia melibatkan tahap

pemikiran dan logikal yang tinggi untuk memahami konsep - konsep abstrak. Konsep

abstrak menyukarkan konsep pembelajaran. Kegagalan dalam pemahaman teori bagi

konsep dalam sesuatu matapelajaran akan menyukarkan proses pembelajaran para

pelajar.

Menurut Chang, R. (2004), dalam kajiannya yang juga merujuk kepada

matapelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian menyatakan terdapat beberapa isu dalam

pembelajaran matapelajaran rangkaian komputer iaitu prinsip-prinsip yang terkandung

dalam pembelajaran matapelajaran ini adalah kompleks dan sukar untuk difahami. Oleh

itu, strategi pembelajaran yang besesuaian perlu digunakan kerana konsep pembelajaran

konvensional secara keseluruhan tidak sesuai dalam mempersembahkan satu

matapelajaran yang abstrak dan sukar dalam membantu kepada membina pemahaman

pelajar.

Page 21: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

5

Dalam hal ini, gabungan pembelajaran berasaskan ICT mestilah menitikberatkan

aspek pedagogi yang mengambilkira strategi dan gaya pembelajaran pelajar. Menurut

Rio Sumarni et al., (2002), stail pembelajaran pelajar dan strategi pengajaran guru atau

pensyarah seharusnya sepadan untuk membolehkan pembelajaran berkesan pelajar. Bagi

memastikan sesuatu pengetahuan itu mampu menjadi maklumat yang berguna dan boleh

digunakan dalam kehidupan, suasana atau persekitaran pembelajaran yang disediakan

haruslah lebih kepada pengaplikasian kepada dunia sebenar dan berkonsepkan autentik.

Anatara pendekatan yang menyokong kepada suasana pembelajaran ini ialah

pembelajaran berasaskan situasi. Pembelajaran berasaskan situasi dilihat sebagai satu

alternatif dalam menggantikan pembelajaran tradisional yang lebih menumpukan kepada

pengetahuan sahaja. Manakala pembelajaran berasaskan situasi pula, lebih

menitikberatkan kepada kemahiran dan peningkatan prestasi pelajar.

Selain daripada strategi pembelajaran, terdapat juga teori pembelajaran yang

perlu diambil kira dalam proses p&p. Teori konstrukvisme yang di pelopori oleh Jerome

Brunner pada tahun 1966 merupakan teori pembelajaran yang dikatakan menyokong

pembentukan pemikiran pelajar pada peringkat tinggi Tema utama teori ini

mengutarakan bahawa pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif di mana pelajar

akan menerima pengetahuan dan konsep baru berasaskan pengalaman, Baharuddin et

al.(2002). Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2005) pula, pembelajaran secara

konstruktivisme menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia

menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan

membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran

dalam pembelajaran. Lebih-lebih lagi dalam matapelajaran berkaitan telekomunikasi dan

rangkaian yang konsepnya agak abstrak untuk difahami.

Dalam kehidupan seharian sebenarnya, kita tidak sedar yang secara tidak

langsung kita juga menggunakan prinsip telekomunikasi dan rangkaian, contoh yang

terdekat adalah penggunaan internet seharian. Internet merupakan salah satu contoh

pengintegrasian telakomunikasi dan rangkaian. Dalam hal ini, untuk menjadi pelajar

yang berkemahiran dalam bidang teknologi, mereka patut didedahkan dengan konsep

Page 22: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

6

asas dan pengaplikasian sebenar topologi dalam rangkaian. Tanpa pengetahuan dan

pemahaman yang jelas para pelajar tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang

berkaitan dalam dunia sebenar mereka sekaligus memberikan kekangan dalam

meningkatkan kemahiran dalam diri mereka. Oleh itu, bagi memastikan kesemua pelajar

yang mempunyai pelbagai latar belakang ini menguasai matapelajaran ini, satu bahan

pengajaran menggalakkan pembelajaran aktif diperlukan. Antara perkara yang perlu

diambil kira adalah bagaimana pelajar dapat menguasai pembelajaran tersebut. Bagi

memastikan pelajar aktif berfikir dan menguasai pembelajaran, faktor suasana

pembelajaran perlu autentik dan menunjukkan situasi sebenar. Ini disaran oleh Brown et

al.,(1989) dan Reeves & Reeves (1997) yang menyatakan konteks situasi autentik yang

memberi refleksi kepada pengetahuan yang boleh digunakan dalam dunia sebenar adalah

penting. Dengan adanya konteks situasi yang autentik, pelajar dapat mengaitkan

pengalaman pembelajaran dalam dunia sebenar. Pembelajaran berasaskan situasi

merupakan salah satu pendekatan yang memenuhi ciri-ciri pembelajaran tersebut.

Apabila pelajar dapat menguasai pembelajaran yang menyerupai dunia sebenar, mereka

akan cuba menyerapkan apa yang dipelajari apabila mereka menghadapi perkara yang

sama dalam situasi sebenar dan terutamanya apabila mereka bekerja.

Dalam aspek penguasaan pembelajaran pula, menurut Shaharom Noordin (1996)

kewujudan perbezaan individu di kalangan pelajar merupakan salah satu faktor

penyebab kepada kesulitan pelajar menerima sesuatu pembelajaran. Perbezaan individu

diertikan sebagai ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental,

emosi dan sosial di kalangan individu (Mok Soon Sang, 2002). Sehubungan dengan itu

guru atau pensyarah harus menggunakan pendekatan dan strategi yang sesuai seperti

aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya untuk melayan pelajar yang

berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial (Mok Soon Sang, 2002).

Dalam penghasilan bahan pembelajaran yang berkonsepkan teori

konstruktivisme, antara elemen yang boleh diambil kira adalah dari segi bagaimana

bahan pembelajaran itu dibangunkan. Untuk membangunkan satu sistem pembelajaran

yang lengkap, satu kumpulan pembangun yang pakar dalam bidang masing-masing

Page 23: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

7

perlu diambilkira. Ini melibatkan kos yang tinggi, saiz yang besar dan boleh

melambatkan proses p&p. Oleh itu, satu bahan yang agak kecil, fleksibel serta boleh

diguna semula diperlukan dalam penghasilan bahan pembelajaran yang lebih mudah dan

cepat. Objek Pembelajaran Digital (OPD), merupakan satu alternatif dan penyelesaian

kepada pembangunan bahan pembelajaran tersebut. Wiley (2000), menyatakan OPD

dapat menjadikan masa merekabentuk dan membangunkan bahan pembelajaran lebih

singkat dan OPD tersebut boleh diguna semula tanpa perlu merekabentuk dari peringkat

awal. Ini akan dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan seterusnya memenuhi

kehendak orang perseorangan atau kumpulan – kumpulan kecil pengguna.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam melahirkan graduan yang celik IT dan mahir dalam menggunakan

elemen-elemen pembelajaran berasaskan ICT, peranan pendidik penting dalam

menyesuaikan suasana pembelajaran dengan topik yang ingin diajar. Ini bagi

memastikan kesesuaian pendekatan dan strategi pembelajaran yang boleh menarik minat

pelajar terhadap topik yang diajar. Jika dilihat pada program pendidikan perguruan,

matapelajaran berkaitan rangkaian komputer telah diwujudkan bertujuan melahirkan

bakal-bakal guru yang cenderung kepada penggunaan ICT dan seterusnya berkemahiran

dalam mengendalikan peralatan atau perisian atau membuat pemilihan peralatan untuk

tujuan membangunkan aplikasi seperti web atau pembinaan rangkaian (Suryanti Awang

et al., 2005) Universiti Teknologi Malaysia khususnya merupakan antara salah sebuah

pusat pengajian tinggi di Malaysia yang mempunyai pelajar yang mengambil pelbagai

bidang pengkhususan. Oleh itu, untuk melahirkan pelajar yang cenderung dan

berkemahiran dalam aspek teknologi, penggubalan kurikulum yang menjurus kepada

pengaplikasian teknologi pendidikan adalah amat penting yang bakal memberi impak

yang besar kepada pelajar.

Page 24: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

8

Justeru itu, kurikulum yang bersesuaian ini akan dapat memberi ruang dalam

meningkatkan kemahiran generik pelajar. Jika dilihat pada kurikulum kementerian

pelajaran sendiri terdapat matapelajaran berkaitan telekomunikasi dan rangkaian telah

ditawarkan di sekolah-sekolah. Ini menunjukkan kepentingan terhadap kurikulum

berkaitan. Manakala di Fakulti Pendidikan UTM sendiri ada menawarkan matapelajaran

berkaitan telekomunikasi dn rangkaian. Pelajar Sarjana Muda Pendidikan yang terdiri

daripada pelbagai bidang pengkhususan diwajibkan untuk mengambil matapelajaran

Telekomunikasi dan Rangkaian.

Dalam usaha meningkatkan perlaksanaan pembelajaran aktif khususnya bagi

matapelajaran berkaitan telekomunikasi dan rangkaian, satu sistem pembelajaran

berasaskan web yang berasaskan situasi yang mengambil kira ciri-ciri kritikal yang

disarankan oleh Herrington et al.; (1997) sesuai dibangunkan. Ianya menekankan aspek-

aspek autentik dalam isi pembelajaran dan situasi. Di samping itu, proses pembelajaran

ini juga melibatkan pengintegrasian OPD yang boleh diguna semula, bersifat generatif,

boleh sisesuaikan dalam dalam pelbagai cara dan fleksibel (Wiley, 2000) diharap

memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, pengkaji membangunkan dan seterusnya membuat penilaian terhadap

satu sistem pembelajaran menerusi web yang berasaskan situasi yang diberi nama

PBSnet bagi melihat penerimaan pelajar dalam aspek rekabentuk interaksi, rekabentuk

informasi dan rekabentuk antaramuka. Ini bagi memastikan penghasilan bahan

pembelajaran ini memberi makna kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Pelaksanaan strategi pembelajaran berasaskan situasi bagi matapelajaran

telekomunikasi dan rangkaian ini sesuai di bangunkan kerana situasi yang diberi adalah

tidak berkaitan dengan dunia sebenar dan melibatkan aktiviti autentik yang mengambil

kira penglibatan pelajar yang mempunyai lebih daripada satu penyelesaian dan proses

pembelajaran yang di lalui akan membina kemahiran generik dan pengetahuan baru

kepada pelajar. Pelajar mempunyai peluang sepenuhnya untuk merancang, mereka

bentuk dan melaksanakan sendiri pembelajaran mereka. Akhirnya kemahiran dan

Page 25: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

9

pengetahuan yang di perolehi ini akan membantu pelajar menyelesaikan masalah

didalam kehidupan seharian kelak.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilaksanakan dengan objektif :

i. Membangunkan Objek Pembelajaran Digital (OPD) yang melibatkan simulasi

bagi menerangkan konsep Topologi Rangkaian dalam matapelajaran

Telekomunikasi dan Rangkaian.

ii. Membangunkan sistem pembelajaran menerusi web dengan menggunakan

strategi Pembelajaran berasaskan Situasi (PBS).

iii. Mengintegrasikan OPD dalam sistem pembelajaran PBSnet ini.

iv. Menilai sistem PBSnet dari 3 aspek berikut :

a. Rekabentuk Informasi

b. Rekabentuk Interaksi

c. Rekabentuk AntaraMuka

1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah penerimaan pelajar dari aspek rekabentuk informasi sistem PBSnet ini?

ii. Apakah penerimaan pelajar dari aspek rekabentuk interaksi sistem PBSnet ini ?

iii. Apakah penerimaan pelajar dari aspek rekabentuk antara muka sistem PBSnet

ini ?

Page 26: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

10

1.6 Rasional Kajian

Keperluan terhadap penggunan ICT dalam pembelajaran semakin mendapat

tempat dalam bidang pendidikan. Proses P&P berasaskan laman web juga menjadi

tumpuan pendidik dan pelajar sebagai sumber rujukan dan maklumat. Pelajar juga

semakin yakin dengan penggunaan bahan pengajaran yang melibatkan mereka secara

aktif.

Matapelajaran yang berkaitan dengan Telekomunikasi dan Rangkaian

merupakan matapelajaran yang memerlukan gambaran dan penerangan secara visual

bagi menerangkan aspek-aspek dan jenis- jenis rangkaian yang beroperasi dalam sistem

telekomunikasi semasa. Dengan pendekatan pembelajaran berasaskan web yang

melibatkan OPD dan strategi pembelajaran yang berasaskan situasi, dapat meningkatkan

kemahiran dan tahap kognitif pelajar terhadap bahan pembelajaran yang

dipersembahkan. Ini kerana teori kognitif merujuk kepada proses dalaman yang berlaku

pada seseorang ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku ( Saifullizam

et al., 2005). Keadaan ini menunjukkan pembelajaran melalui komputer boleh

meningkatkan keupayaan pelajar dalam penyelesaian masalah dan meningkatkan

pemikiran tahap tinggi. Pembelajaran berasaskan situasi juga membantu pelajar

mengaitkan pembelajaran dengan situasi sebenar dengan adanya ciri-ciri autentik dan

berkaitan dengan dunia sebenar. Ini membantu pelajar mengaplikasikan apa yang

dipelajari dan seterusnya menyelesaikan masalah di dalam kehidupan sebenar. Ini

seterusnya menyediakan pelajar yang bukan sahaja mengusai konsep atau pengetahuan

yang di sampaikan tetapi juga mencapai kognitif pada aras yang lebih tinggi

sebagaimana yang di perlukan dalam dunia pekerjaan (Jamalludin, 2003)

Page 27: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

11

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian dan projek ini dibangunkan dengan beberapa kepentingan kepada pihak-

pihak yang terlibat di dalam bidang pendidikan khususnya. Antara kepentingan yang

boleh dilihat adalah kepada pihak – pihak berikut :

1.7.1 Pengguna

Menurut Loncke dalam penulisan Ahmad Muhaimin (2004) , proses P&P yang

dibantu oleh elemen multimedia dapat memaksimumkan keupayaan deria untuk

menerima maklumat. Ini ditambah pula dengan elemen interaktif yang menggabungkan

Objek Pembelajaran Digital dengan pembelajaran berasaskan situasi akan lebih

mengukuhkan keberkesanan pembangunan laman web ini. Ini kerana pembelajaran

berasaskan situasi menggabungkan elemen pengalaman sebenar dengan persekitaran

sebenar yang dapat meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran

berkaitan telekomunikasi dan rangkaian.

1.7.2 Masyarakat

Masyarakat terutamanya golongan guru yang meminati dan ingin mendalami

bidang telekomunikasi akan mendapat gambaran dan maklumat melalui web

terutamanya tentang Topologi Rangkaian . Ini bagi memastikan mereka berpengetahuan

dan mahir dalam mengendalikan masalah yang melibatkan aspek teknologi maklumat

dan telekomunikasi dalam kehidupan sebenar yang disokong dalam kajian Suryanti

Awang et al., 2005 . Beliau menyatakan cabaran yang perlu diambil kira oleh tenaga

pengajar antaranya ialah berpengetahuan dalam pengendalian peralatan dan perisian

Page 28: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

12

untuk membangunkan aplikasi atau sistem pembelajaran serta membuat

penambahbaikan terhadap sistem dan berupaya untuk membuat pemilihan peralatan dan

perisian yang ingin digunakan untuk membangunkan aplikasi atau sistem.

1.7.3 Pendidik

Para pendidik akan dapat menggunakan bahan pengajaran ini sebagai satu

sumber rujukan kepada pelajar – pelajar. Selain itu, pendekatan elemen pembelajaran

aktif dan unsur Objek Pembelajaran Digital akan dapat membantu pendidik mewujudkan

satu sesi pembelajaran yang interaktif dan bermotivasi tinggi. Dengan adanya ciri-ciri

OPD yang boleh diguna semula, bersaiz kecil, boleh digunakan mengikut keperluan dan

lebih fleksibel bersesuaian dalam pembangunan sistem pembelajaran berasaskan web.

1.7.4 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM)

Boleh memberi rujukan kepada KPTM dan KPM untuk memperbaiki serta

menambahbaik sukatan kurikulum terkini agar memenuhi keperluan semasa bidang

pendidikan. Kajian ini juga memberi panduan kepada pihak KPTM dan KPM dalam

proses pembangunan bahan pembelajaran digital yang bercirikan pembelajaran aktif

yang melibatkan persekitaran pembelajaran konstruktivis.

Page 29: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

13

1.8 Skop Projek dan Batasan Kajian

Skop kajian ini hanya melibatkan pelajar Sarjana Muda Pendidikan yang

mengambil matapelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian mengikut kurikulum Fakulti

Pendidikan UTM. Skop kajian ini hanya berfokuskan kepada satu sub-topik dalam

matapelajaran tersebut iaitu Topologi Rangkaian. Kajian ini juga menjurus kepada

saranan ciri-ciri kritikal pembelajaran berasaskan situasi oleh Herrington et al., (1997)

dan mengambil kira ciri-ciri OPD yang dinyatakan oleh Wiley (2000) iaitu boleh diguna

semula, bersifat generatif, boleh disesuaikan dalam dalam pelbagai cara dan fleksibel.

Kajian ini tidak melibatkan proses penilaian yang menyeluruh tetapi sebaliknya

hanya menilai penerimaan pelajar terhadap strategi pembelajaran atau rekabentuk

informasi yang digunakan iaitu pembelajaran berasaskan situasi yang digabungkan

dalam OPD. Selain dari itu, penilaian juga dilakukan dari aspek reka bentuk bahan

pembelajaran yang dibangunkan iaitu reka bentuk interaksi dan reka bentuk antaramuka.

1.9 Definisi Istilah

Berikut merupakan definisi istilah yang digunakan sepanjang kajian ini

dijalankan

1.9.1 Pembelajaran Berasaskan Situasi ( PBS )

Pendekatan pembelajaran berasaskan situasi (PBS) telah diasaskan oleh Jean

Lave pada sekitar akhir 80an. Beliau menyatakan bahawa pembelajaran sebenarnya

merupakan aktiviti, konteks dan budaya di mana ia berlaku. Ini bertentangan dengan

Page 30: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

14

kebanyakan aktiviti pembelajaran di dalam kelas yang hanya menitikberatkan

pengetahuan yang terlalu abstrak dan tidak bertepatan kepada konteks sebenar. Interaksi

sosial dinyatakan sebagai salah satu komponen kritikal di dalam PBS, di mana pelajar

menyertai “latihan dalam komuniti “ di mana ia diperlukan dalam kehidupan sebenar.

Lave dan Wanger (1991), menyatakan proses tersebut merupakan “legitimate peripheral

participation”. Terdapat juga ciri-ciri yang dinyatakan oleh Jan Herrington et al.,(2000)

di mana PBS dapat mewujudkan persekitaran yang autentik, yang mana menitikberatkan

pengalaman sebenar, selain daripada membolehkan refleksi berlaku dan pembelajaran

yang melibatkan kolaborasi dan penyertaan berkumpulan.

1.9.2 Objek Pembelajaran Digital (OPD)

Objek pembelajaran digital merupakan kumpulan – kumpulan kecil maklumat

yang boleh diakses secara bersendiri atau gabungan dan dirangkum bersama untuk

menghasilkan bahan pengajaran (Zielinski,2000). Manakala LOM (2000),

mendefinisikan OPD sebagai satu entiti sama ada digital atau bukan digital yang mana

boleh diguna semula dan dirujuk melalui bahan pembelajaran.

Wiley (2000) pula menyatakan OPD yang mempunyai ciri-ciri yang boleh

diguna semula, bersifat generatif, boleh disesuaikan dalam pelbagai cara dan fleksibel

merupakan satu generasi baru dalam teknologi pendidikan masa kini.

1.9.3 Pembelajaran Aktif

Pembelajaran aktif merujuk kepada satu proses pembelajaran yang memerlukan

pelajar aktif dalam proses pengumpulan maklumat atau isi pelajaran. Mereka tidak lagi

pasif dan hanya menerima input daripada guru atau pensyarah. Pelajar akan terlibat

Page 31: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

15

dengan pemikiran aras tinggi, menganalisa tugasan, sintesis dan menilai. Oleh itu

pembelajaran aktif adalah satu bentuk aktiviti pengajaran yang melibatkan pelajar

melakukan tugasan dan memikir tentang apa yang mereka lakukan. Terdapat pelbagai

teknik pembelajaran aktif yang boleh diaplikasikan contohnya pembelajaran berasaskan

situasi, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran diskoveri dan sebagainya..

Kindley (2002) telah membuat beberapa perbandingan antara pendekatan pembelajaran

secara tradisional dengan pembelajaran menggunakan pendekatan pemebelajaran

berasaskan situasi dan mendapati pembelajaran tradisional lebih menumpukan kepada

pengetahuan manakala pembelajaran berasaskan situasi lebih mementingkan prestasi

dan interaktiviti yang tinggi dalam proses p&p.

1.9.4 Reka Bentuk Informasi / Strategi Pembelajaran

Reka bentuk informasi merujuk proses menjelaskan matlamat sesuatu perisian

serta menyusun isi kandungan perisian kepada satu reka bentuk yang dapat membantu

ke arah pencapaian matlamat tersebut (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). Ia

juga merangkumi pemilihan strategi pembelajaran yang digunakan bagi memastikan isi

pelajaran yang hendak disampaikan tercapai.

1.9.5 Reka Bentuk Antara Muka

Antara muka (interface) adalah penghubung atau orang tengah di antara manusia

sebagai pengguna dengan komputer sebagai alat. Skrin komputer bertindak sebagai

penghubung dengan memaparkan maklumat yang ingin dicapai. Ia memudahkan

pengguna dan mewujudkan rasa ingin tahu melalui cara dan bentuk yang merangsang

pengguna untuk meneroka maklumat (Baharuddin et al., 2001). Sebagai panduan, reka

Page 32: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

16

bentuk sesuatu skrin atau muka surat laman web perlulah bersesuaian sama ada dari segi

teks, penggunaan warna yang konsisten dan grafik yang mudah di fahami (Sally, 1999).

1.9.6 Reka Bentuk Interaksi

Reka bentuk interaksi merujuk kepada satu proses bagaimana untuk mewujudkan

interaktiviti antara pelajar sebagai pengguna dengan perisian mengikut keperluan dan

kehendak mereka. Rekabentuk interaksi ini penting bagi membenarkan pengguna

menjelajah sesebuah perisian multimedia mengikut cita rasa dan kehendak hati mereka

sendiri (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2000).

1.9.7 Topik Topologi Rangkaian

Topik Topologi Rangkaian merupakan subtopik yang ditawarkan di dalam

matapelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian di Fakulti Pendidikan UTM. Semua

pelajar Sarjana Muda Pendidikan perlu mengambil matapelajaran ini sebagai

matapelajaran teras. Penguasaan konsep yang tinggi diperlukan bagi mengelakkan

pelajar keliru dengan setiap bentuk pengaplikasian dalam persekitaran rangkaian

komputer.

1.10 Penutup

Pendekatan pembelajaran berasaskan situasi melalui web yang diintegrasikan

dengan OPD yang dibangunkan merupakan satu alat bantu mengajar yang berasaskan

komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Dengan pembangunan sistem

Page 33: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

17

pembelajaran yang dinamakan PBSnet ini diharapkan dapat membantu dalam proses

pengajaran dan pembelajaran matapelajaran berkaitan rangkaian komputer. Penilaian

yang mengambil kira tiga aspek iaitu reka bentuk informasi, reka bentuk interaksi dan

reka bentuk antara muka ynag mengambil kira perspektif pelajar diharap menjadi

panduan dalam pembangunan-pembangunan bahan pengajaran berbantu komputer

(PBK) pada masa akan datang.

Page 34: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

18

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan sorotan penulisan yang berkaitan dengan aspek-

aspek penting dan utama dalam menjalankan kajian ini. Ia menyentuh secara ringkas

mengenai beberapa aspek yang berkaitan dengan perkembangan penggunaan komputer

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kajian terdahulu yang telah

dilaksanakan di dalam mahupun di luar negara akan dijadikan panduan dalam

menjayakan kajian ini.

Bagi mereka bentuk sistem pembelajaran berasaskan web melalui pendekatan

pembelajaran berasaskan situasi yang diintegrasikan dengan pembelajaran aktif dan

simulasi yang efektif dan berkesan beberapa perkara perlu di beri perhatian dan di kaji.

Perkembangan penggunaan internet dalam p&p juga perlu di kaji. Penggunaan teori,

pendekatan dan strategi pembelajaran yang digunakan juga perlu di beri perhatian dalam

membangunkan sesebuah bahan pengajaran kerana ia akan menentukan keberkesanan

sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pengkaji juga ingin melihat

Page 35: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

19

keberkesanan laman web dalam proses p&p dan bagaimana laman web menjadi medium

p&p.

Disebabkan pembangunan web ini dikaitkan dengan OPD, maka pengkaji juga

mengenalpasti kajian-kajian terkini dan ciri – ciri OPD yang boleh membantu kepada

pembangunan OPD berasaskan web yang memenuhi keperluan p&p terkini serta kajian

berkaitan OPD dalam pendidikan.

Bab ini juga akan membincangkan secara ringkas mengenai model reka bentuk

pengajaran Rapid Prototyping yang akan digunakan dalam membangunkan sistem

pembelajaran menerusi web ini.

2.2 Matapelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian dalam Pendidikan

Jika dilihat dalam silibus dan kurikukulum Pendidikan Perguruan masa kini,

terdapat banyak subjek berkaitan ICT yang telah dimasukkan sebagai matapelajaran

teras atau elektif. Ini dilihat sebagai satu kepentingan dalam bidang pendidikan. Salah

satu matapelajaran yang berkaitan dengan ICT adalah yang berkaitan dengan rangkaian

komputer. Di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan khususnya UTM terdapat

matapelajaran berkaitan rangkaian komputer antaranya ialah matapelajaran

Telekomunikasi dan Rangkaian.

Telekomunikasi dan Rangkaian merupakan satu matapelajaran teras yang perlu

diambil oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan di UTM. Matapelajaran ini secara

umumnya untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan asas di dalam bidang

rangkaian komputer dan telekomunikasi sama ada secara teori mahupun praktikal. Ini

juga dilihat sebagai satu cabaran dan keperluan kepada bakal-bakal pengajar atau guru

yang perlu tahu untuk mengendalikan peralatan dan perisian untuk membangunkan

aplikasi satu sistem pembelajaran serta membuat penambahbaikan terhadap sistem serta

Page 36: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

20

berupaya untuk membuat pemilihan peralatan dan perisian yang ingin digunakan untuk

membangunkan aplikasi atau sistem.(Suryanti Awang et al., 2005).

2.2.1 Matapelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian

Secara khususnya pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan Fakulti Pendidikan,

UTM yang merupakan bakal guru dan pengajar sekolah diwajibkan mengambil

matapelajaran ini untuk memenuhi keperluan Sarjana Muda Pendidikan mereka. Di

antara sinopsis perancangan pengajaran yang telah disediakan adalah kursus atau

matapelajaran ini mendedahkan pelajar kepada teknologi dan rekabentuk rangkaian.

Komponen yang disentuh melibatkan aspek asas komunikasi data, perkakasan dan

perisian rangkaian. Pelajar juga didedahkan dengan teknologi internet dan aplikasinya

seperti email, pemindahan dan perkongsian fail, Telnet, enjin pencarian dan World Wide

Web (WWW). Selain itu pelajar juga didedahkan dengan beberapa model aplikasi

telekomunikasi dan rangkaian. Manakala, antara kemahiran generik yang ingin diterap

berdasarkan kepada hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh pihak fakulti adalah

kemahiran komunikasi, kerja dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah,

menngadaptasikan pembelajaran dengan situasi semasa serta keyakinan dan etika diri.

Setiap matapelajaran di UTM mementingkan kepada konsep learning outome dan

softskil sebagaimana yang dibincangkan tadi, ini adalah diperlukan bagi mewujudkan

kemahiran generik kepada pelajar-pelajarnya.

Jika dilihat pada perancangan mingguan pula, antara subtopik yang dibincangkan

adalah pengenalan kepada telekomunikasi, pengimbas web, pemindahan data menerusi

web, perisian dan perkakasan rangkaian komputer serta teknologi, topologi dan

pendawaian dalam rangkaian. Ini bagi memastikan bakal-bakal guru ini bersedia dalam

menghadapi cabaran selepas mereka keluar bekerja dan mempunyai pengetahuan dalam

mengadaptasikan pengetahuan sedia ada dengan situasi telekomunikasi dan rangkaian

dalam kehidupan sebenar (Suryanti Awang et al., 2005).

Page 37: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

21

.

2.2.2 Topik Topologi Rangkaian

Jika dilihat pada kupasan isu matapelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian,

dapat diperhatikan bahawa terdapat subtopik Topologi Rangkaian yang didedahkan

kepada pelajar. Pengetahuan tentang Topologi diperlukan bagi memastikan pelajar

faham akan konsep dan pengaplikasian Topologi dalam rangkaian dan sistem

telekomunikasi. Topologi merupakan satu cara rangkaian diatur atau disusun dalam

bangunan sama ada secara fizikal atau logikal. Terdapat beberapa topologi dalam

rangkaian di antaranya ialah ring topology, star topology, mesh toplogy, bus topology,

tree topology dan wireless. Kesemua topologi ini digunakan dalam rangkaian mengikut

keperluan dan kesesuaian pada rangkaian sesebuah bangunan.

2.2.3 Kajian berkaitan dengan Masalah Pembelajaran Matapelajaran

Jika dilihat pada kajian masalah matapelajaran berkaitan telekomunikasi dan

rangkaian, perkara yang selalunya menjadi masalah adalah ia dikatakan satu

matapelajaran yang agak sukar dan kompleks. Berdasarkan kajian-kajian berkaitan

matapelajaran berkaitan rangkaian komputer yang telah dijalankan, dikenalpasti terdapat

dua kategori masalah pembelajaran iaitu berkaitan dengan kesukaran untuk memahami

konsep dan juga masalah kemudahan dan kelengkapan peralatan. Menurut Nazlina

(2005), pelajar tidak dapat melihat dan menggambarkan perkakasan rangkaian, konsep

paket dan juga protokol semasa pensyarah mengajar. Sebagai contoh bagi topik

Perkakasan Antara Rangkaian, penerangan berkenaan dengan suis LAN tanpa

menunjukkan pada pelajar dan pelajar tidak dapat melihatnya adalah merupakan satu

halangan dalam pembelajaran pelajar (Chang, R., 2004).

Manakala, penyediaan kemudahan juga merupakan masalah dalam pengajaran

matapelajaran ini. Walaupun kemudahan makmal komputer telah disediakan dengan

Page 38: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

22

kelengkapan rangkaian, namun ia tidak dapat menampung jumlah yang banyak (Chang,

R., 2004). Manakala menurut Akhtar et. al (1999), beberapa isu yang berkaitan dengan

pembelajaran dan pengajaran ialah mengatasi limitasi isu keselamatan dan juga kos

peralatan yang tinggi yang menghalang pelajar untuk melakukan eksperimen serta

seterusnya masalah pemilihan dan penyelenggaraan perkakasan dan perisian untuk

proses pengajaran. Penyediaan makmal berangkaian adalah mahal dan ia merupakan

kekangan sumber yang tidak mampu ditanggung oleh sesebuah jabatan.

Segala masalah ini dilihat sebagai kekangan dalam mewujudkan satu

persekitaran pembelajaran yang sesuai dan fleksibel. Walaupun penggunaan makmal

masih tidak praktikal, namun projek dan aktiviti merupakan keperluan dan penting untuk

mempelajari topik rangkaian (Surma, D., 2005) masih perlu diintegrasikan ke dalam

pembelajaran. Maka, satu pendekatan dalam menggantikan suasana makmal dan

mewujudkan satu sesi aktiviti dan projek yang dapat menggantikan keperluan sedia ada

adalah perlu. Jika dilihat pada perkembangan teknologi terkini yang berkaitan dengan

ICT dan Internet, ianya mampu menggantikan suasana pembelajaran tersebut. Pelajar

juga menggunakan internet secara meluas dalam pembelajaran mereka bertujuan untuk

mendapatkan maklumat tambahan selain daripada apa yang didapati daripada kelas

(Suryanti Awang et al., 2005). Ini mengukuhkan lagi keperluan teknologi Internet

dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dapat menyelesaikan masalah

berkaitan dengan matapelajaran telekomunikasi dan rangkaian. Lebih- lebih lagi

wujudnya teknologi terkini seperti web dan Objek pembelajaran digital (OPD) yang

mampu digabungkan dalam persekitaran Internet.

2.3 Perkembangan Penggunaan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sistem pendidikan negara kini berada di dalam era teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT). Teknologi maklumat dan komunikasi adalah berkaitan dengan

Page 39: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

23

penggunaan komputer dan bagaimana maklumat boleh dihantar dan diterima dengan

cepat. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan pada masa kini telah menjadi

satu keperluan dalam usaha memantapkan bidang pendidikan selaras dengan arus

semasa di alaf yang mencabar ini (Noor Azliza dan Lilia, 2002). Menurut Suryanti

Awang et al.,( 2005), penggunaan internet dalam pendidikan semakin berkembang

disebabkan terdapat banyak maklumat yang mampu dicapai oleh golongan yang terlibat

dalam dunia pendidikan iaitu pelajar dan pendidik. Pelajar menggunakan internet secara

meluas untuk mencari sumber rujukan tambahan manakala pendidik menggunakan

internet untuk mencari bahan tambahan untuk pengajaran mereka.

Kelebihan utama internet pula ialah dapat menyediakan pelbagai maklumat dan

sumber yang boleh diakses oleh semua pihak (Forsyth, 1996). Pengguna boleh mencapai

maklumat dengan cepat, murah dan mudah tetapi tidak menjanjikan maklumat yang sah.

Manakala dalam memperkatakan persekitaran internet, penggunaan konsep hipermedia

dan hiperteks dalam laman web memudahkan pengguna memilih maklumat yang

diperlukan sahaja sekaligus menjimatkan masa proses p&p. Fungsi internet dan laman

web boleh dilihat dari pelbagai segi iaitu dari segi penyediaan sumber bahan

pembelajaran, sebagai medium perantara pendidik dan pelajar dan ini merupakan satu

revolusi dalam proses komunikasi dalam bidang pendidikan(Sherry dan Wilson,1997).

2.4 Laman Web Sebagai Medium Pengajaran dan Pembelajaran

Pembangunan sistem pembelajaran berasaskan web dirasakan begitu penting

pada masa kini kerana keperluannya dalam proses p&p semakin diakui oleh semua

pihak yang terlibat termasuklah guru dan pensyarah. Dalam kajian mendapati semakin

ramai pensyarah yang melihat akan kepentingan pembelajaran melalui web ini tetapi

mereka menghadapi kekangan masa dari segi beban kerja untuk dan mempelajari

perisian dan membangunkan sistem pembelajaran mereka (Betts, 1998; Dillon & Walsh,

Page 40: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

24

1992; Eisenburg, 1998). Ini juga disebabkan tidak semua pensyarah mempunyai

kemahiran yang sama dalam kebolehan membangunkan sistem pembelajaran berasaskan

web mereka sendiri.

Terdapat pelbagai definisi yang diberikan kepada pengajaran berasaskan web

(web based instructional,WBI). Ini bergantung kepada keperluan dan fungsi laman web

dalam proses p&p. Kini, laman web digunakan secara meluas dalam pendidikan serta

mewujudkan persekitaran pembelajaran fleksibel dalam proses p&p. Fleksibel yang

dimaksudkan merangkumi dari aspek penggunaan masa yang optimum, kepelbagaian

sumber, proses pembelajaran berasaskan individu (Rohayah dan Faizah ,2003),

keserasian pedagogi serta penggunaan pelbagai strategi pengajaran (Nune,1996 ;

Juha,1997; Kasim, 2003), yang memungkinkan penggunaan laman web serta aplikasi

hipermedia yang lain dapat diterima sebagai pendekatan pendidikan yang baru. Ini

memberikan lebih manfaat kepada pendidik dalam penghasilan bahan pengajaran yang

efektif dan berkesan (Roslan, 2003).

2.4.1 Keberkesanan Laman Web dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Noraffandy Yahaya & Wan Salihin Wong Abdullah (1999), pengajaran

melalui laman web menerusi medium internet telah lama diamalkan dan memberi kesan

kepada bidang komunikasi dan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya di

universiti. Sejak pengenalan dan penggunaan Internet diperluaskan ke dunia pendidikan,

ramai pihak mengakui internet khususnya melalui laman web mempunyai ciri yang unik

sekali gus memberi kesan yang besar terhadap kemajuan bidang pendidikan (Qian, Yu

Feng 2004). Penggunaan elemen hipermedia dan interaktif seperti sokongan e-mel,

hiperteks, perbincangan maya dan perkongsian sumber (bookmark) mampu menjadikan

pengajaran melalui laman web lebih berkesan lantaran interaksi antara pelajar dengan

guru dan guru dengan pelajar dapat dipertingkatkan Menurut Noraffandy Yahaya &

Wan Salihin Wong Abdullah (1999) lagi, melalui medium Internet khususnya laman

Page 41: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

25

web, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa terikat kepada

faktor geografi, masa dan sempadan budaya.

Manakala Baharuddin Aris & Mohamad Bilal Ali (2003), telah mengkaji

perkembangan sekolah bestari dan penggunaan laman web dalam pengajaran dan

pembelajaran di mana mereka untuk melihat perubahan prestasi pelajar setelah

pengajaran menggunakan laman web dilaksanakan. Kajian dijalankan berdasarkan

subjek sains dengan perisian elektrostatik berasaskan web digunakan. Dapatan dari skor

ujian pra dan pasca mendapati wujud peningkatan positif hasil kaedah pengajaran yang

dikenakan. Selain itu, kaedah ini didapati sesuai digunakan untuk meningkatkan prestasi

pelajaran dalam pembinaan konsep sains.

Antara kesimpulan pernyataan Ellington & Earl (1999); Baharuddin, et. al

(2000) adalah peranan teknologi dalam pendidikan secara amnya dapat

mempertingkatkan keberkesanan dari segi kualiti, masa, kos, bilangan pelajar dan

mengurangkan kebergantungan pelajar kepada guru. Oleh itu, penggunaan laman web

dilihat sebagai sesuatu yang dapat meningkatkan keberkesanan atau kualiti bidang

pendidikan secara amnya.

Dalam membangunkan sesebuah sistem pembelajaran yang lengkap pula, ia

memerlukan kos dan kepakaran yang tinggi. Oleh itu, satu pengintegrasian yang

menjurus kepada bahan pembelajaran yang berskala kecil, boleh diguna semula dan

fleksibel diperlukan. Menurut Stacey (2000), pembelajaran atau latihan tradisional

adalah terlalu besar, melibatkan kos yang tinggi, terlalu umum dan agak kurang efektif

untuk memenuhi keperluan masa kini. Maka, satu bahan yang dipanggil Objek

Pembelajaran Digital (OPD), yang berskala kecil, boleh diguna semula dan fleksibel

dalam penggunaanya (Wiley, 2000) memenuhi keperluan p&p tersebut.

Page 42: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

26

2.5 Objek Pembelajaran Digital (OPD)

Bagi memenuhi keperluan p&p yang semakin berkembang dalam era teknologi

ICT, keperluan bahan pembelajaran berskala kecil, boleh diguna semula, berupaya untuk

diadaptasikan dalam pelbagai kurikulum dan mudah adalah amat penting. Ini bukan

sahaja bertujuan untuk mempercepatkan dan melicinkan lagi proses p&p tetapi

memenuhi keperluan terkini menggunakan teknologi terkini. Ini digabungkan pula

dengan strategi pembelajaran yang sesuai dan memenuhi persekitaran pembelajaran

yang efektif.

Objek pembelajaran digital dinayatakan sebagai kumpulan – kumpulan kecil

maklumat yang boleh diakses secara bersendiri atau gabungan dan dirangkum bersama

untuk menghasilkan bahan pengajaran (Zielinski,2000). Manakala LOM(2000),

mendefinisikan OPD sebagai satu entiti sama ada digital atau bukan digital yang mana

boleh diguna semula dan dirujuk melalui bahan pembelajaran. Manakala Wiley (2000),

menyatakan OPD adalah bahan yang boleh diguna semula, bersifat generatif, mampu

diadaptasikan dan berskala kecil serta fleksibel.

Objek pembelajaran yang boleh diguna semula ini boleh disusun semula bagi

membentuk satu kursus baru atau hampir sama untuk menjadikannya sebagai cara

individu belajar (English, 2001 ).

2.5.1 Konsep Asas Objek Pembelajaran Digital (OPD)

Menurut Wiley (2000), potensi OPD sebagai bahan yang boleh diguna semula,

mudah diadaptasi dalam pelbagai cara, bersifat generatif dan fleksibel merupakan satu

pilihan teknologi generasi terbaru dalam rekabentuk pengajaran, pembangunan bahan

pengajaran dan juga bahan untuk menyampaikan bahan pengajaran.

Page 43: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

27

Dalam memastikan sesuatu bahan pembelajaran boleh diguna semula selain

daripada isi kandungan yang mantap dan berkesan, teknologi OPD yang dibangunkan

juga berupaya untuk digunakan dalam pelbagai platform. Contoh yang boleh dilihat di

sini ialah jika sesuatu bahan itu dibangunkan untuk digunakan dalam matapelajaran

sains komputer, ia juga berguna untuk digunakan dalam matapelajaran lain berkaitan

seperti telekomunikasi dan rangkaian, teknologi maklumat dalam kehidupan dan

matapelajaran lain yang masih lagi menggunakan asas isi kandungan yang sama. Malah

dengan adanya OPD bahan pembelajaran yang bersaiz kecil ini mampu digunakan

berkali-kali dengan hanya membuat pengubahsuaian yang sedikit. Ini menjimatkan masa

pembangunan dan kos merekabentuk bahan pengajaran tersebut.

Wayne Hodgins (2000) yang merujuk kepada analogi Baby Bear menjawab

persoalan tentang objek pembelajaran yang dikatakan sangat bermakna ini sepatutnya

tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil, tidak terlalu mampat dan tidak terlalu biasa dari

segi kapasitinya dan kandungannya. Ini bagi memenuhi keperluan sebaran OPD yang

boleh disebarkan melalui kertas, DVD, atas talian, menerusi skrin atau secara langsung

atau tidak langsung. Manakala jika ia bukan bersifat digital, dari segi lokasi sebaran ia

patut memenuhi kemampuan untuk diletakkan sama ada di atas meja, di dalam rumah, di

atas tapak tangan dan sebagainya. Ada juga yang berpendapat semakin kecil sesuatu

OPD itu, semakin fleksibel ia boleh diguna semula. Ini dilihat sebagai memenuhi

keperluan p&p terkini yang mengikut perubahan teknologi serta adaptasi teknologi

supaya ia lebih bermakna dan berkesan.

2.5.2 Kajian berkaitan OPD dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam konteks pengintegrasian OPD dalam proses p&p, ia masih dilihat sebagai

satu terminologi baru. Tetapi jika dikaji dari sudut pengaplikasian dan contoh

penggunaan bahan pembelajaran serupa OPD, penggunaan persembahan slaid power

Page 44: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

28

point contohnya merupakan satu contoh OPD yang terhampir. Jika bahan itu memenuhi

ciri-ciri boleh diguna semula, berskala kecil dan mudah diadaptasi dengan pelbagai

situasi, maka ia boleh dikatakan sebagai OPD. Satu metafora yang baik telah disarankan

oleh David Wiley yang menyatakan OPD sebagai atom-atom yang boleh dibezakan.

Atom-atom adalah kecil, unitnya terdiri daripada proton-proton, neutron-neutron dan

elektron-elektron. Kesemuanya boleh digabungkan untuk dijadikan sebagai molekul.

Wiley juga menyarankan metafora atom ini dibentuk berdasarkan pembentukan

metafora Lego (Rujuk Rajah 2.1).

Rajah 2.1 : Metafora Lego

Dalam persekitaran web pula, konsep pengadaptasian merupakan isu yang

penting dalam kajian sesebuah sistem pembelajaran. Sistem yang membenarkan

pengguna untuk mengubah beberapa parameter dan mengadaptasikan ciri-ciri yang sama

dikatakan mampu diadaptasi (adaptable). Pengadaptasian dalam web atau sistem

hipermedia merupakan satu konsep baru dan Brusilovsky (2001) menyatakan tiga jenis

adaptasi di dalam hipermedia web atau persekitaran web adalah isi kandungan, navigasi

dan susunan. Maka dengan adanya OPD, ciri pengadaptasian merupakan satu perkara

penting dan diperlukan dalam membangunkan bahan pembelajaran yang bersesuaian

dalam proses p&p.

Oleh itu, dalam memastikan OPD ini lebih efektif dalam proses p&p, teori dan

srategi pengajaran yang sesuai patut digabungkan bagi mengenalpasti keberkesanannya.

Tanpa pengintegrasian teori dan strategi yang sesuai, akan membuatkan OPD kurang

berkesan dan tidak mencapai objektif pembelajaran.

Page 45: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

29

2.6 Teori Pembelajaran

Menurut Mok Soon Sang (2002), teori pembelajaran merujuk kepada prinsip dan

hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan.

Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar belajar

dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik

mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Pendekatan teori

pembelajaran yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran memainkan

peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran

dalam pendidikan. Terdapat pelbagai teori pembelajaran yang boleh diaplikasikan dan

dijadikan panduan dalam merekabentuk perisian pembelajaran berasaskan web.

Pendekatan dan strategi pembelajaran yang diaplikasikan dalam merekabentuk perisian

pembelajaran berasaskan web hendaklah bersesuaian dengan pelbagai gaya

pembelajaran pelajar di samping menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

(KBKK).

Menurut Bruner (dalam Mok Soon Sang, 2002), teori pengajaran harus

mengandungi empat ciri utama seperti berikut :-

i. Teori pengajaran harus menentukan butir-butir pengetahuan sedia ada yang

digunakan sebagai motivasi pelajar.

ii. Bahan-bahan pembelajaran harus distrukturkan secara sistematik supaya mudah

dipelajari.

iii. Teori pengajaran harus menentukan cara yang paling berkesan untuk

mengorganisasikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan

mudah dipelajari.

Page 46: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

30

iv. Teori pengajaran harus menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian aktiviti

pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajarannya.

Antara teori pembelajaran yang utama dan dijadikan panduan dalam mereka

bentuk bahan pembelajaran ialah teori Behaviorisme (Tingkah laku), teori Kognitif dan

teori Konstruktivisme.

2.6.1 Teori Behaviorisme

Teori tingkahlaku ini diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris yang di

pelopori oleh Pavlov, Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat bahawa

pembelajaran ialah perubahan tingkahlaku iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu

situasi. Teori ini berlandaskan kepada anggapan bahawa pelajar akan mengekalkan

sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Manakala,

menurut Forrester (1998), Teori Behaviorisme atau Teori Tingkahlaku lebih

menekankan pengaruh luaran atau peneguhan sebagai penyebab kepada perubahan

tingkah laku yang boleh dilihat akibat dari proses pengajaran.

Menurut Skinner (1968), pelajar boleh belajar tanpa berpandukan panduan akan

tetapi panduan memberikan kemungkinan yang istimewa bagi mempercepatkan

pembelajaran. Kemungkinan merupakan situasi dan akibat yang mempengaruhi

tingkahlaku seseorang individu. Proses yang dipanggil pembentukan itu boleh

menolong pelajar belajar tingkahlaku yang lebih kompleks. Bagi membentuk

tingkahlaku, guru secara perlahan-lahan dan berhati-hati menyesuaikan kemungkinan-

kemungkinan bagi menarik pelajar berkelakuan dengan cara yang akhirnya menjurus ke

arah matlamat yang hendak dicapai.

Page 47: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

31

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK),

objektif penggunaan teori ini ialah hanya pada peringkat kefahaman dan pengetahuan.

Dalam proses p&p guru perlu memahami tingkahlaku pelajar yang dapat meningkatkan

pembelajaran pelajar semasa kegiatan pembelajaran

2.6.2 Teori Kognitif

Menurut Mok Soon Sang (2002), ahli – ahli psikologi kognitif seperti Kohler,

Bruner, Gagne dan Ausubel menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses

dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung

daripada tingkah laku manusia. Menurut teori Gestalt, manusia mempunyai struktur

kognitif dan dalam proses pembelajaran, otak manusia akan menyusun segala maklumat

dalam ingatannya.

Teori pembelajaran kognitif ini berkaitan dengan ingatan jangka panjang dan

ingatan jangka pendek. Maklumat yang baru di terima akan disimpan dalam ingatan

jangka pendek sebelum diproses dan disimpan ke ingatan jangka panjang. Teori ini

lebih menekankan kepada pengetahuan kini dan pengetahuan lepas. Teori ini juga

menyediakan pempelajaran secara aktif dimana pelajar bertindak secara aktif

memperoleh, menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya

bermakna. Perkembangan kognitif seseorang dapat ditingkatkan dengan cara mengatur

bahan yang akan dipelajari mengikut tingkat perkembangannya.

Perisian Pengajaran dan Pembelajaran berbantukan Komputer (PPBK) perlu

mencipta situasi yang dapat menolong pelajar menumpu perhatian, mengkod dan

mendapatkan kembali maklumat. Alessi & Trollip (1991), mempercayai bahawa

beberapa bidang kognitif sangat penting dalam merekabentuk perisian PPBK. Oleh itu

perisian PPBK ini perlulah mempunyai ciri seperti berikut :-

Page 48: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

32

(i) Mengurus maklumat baru dan jadikan skema pengurusan tersebut jelas kepada

pelajar. Contohnya apabila hendak menyampaikan konsep jadual hubungan,

grafik yang membantu menerangkan konsep tersebut sesuai digunakan dan teks

dikurangkan kerana ayat yang kurang jelas memungkinkan pelajar membuat

tanggapan yang salah. Begitu juga dengan penggunaan animasi dapat

menunjukkan langkah-langkah yang betul dalam menghubungkan jadual. Pelajar

didedahkan dengan cara menstrukturkan jadual mengikut kategori maklumat

terlebih dahulu dan diikuti dengan langkah-langkah mencipta jadual. Ke semua

ini disediakan dengan kemudahan pengulangan untuk mengukuhkan ingatan

pelajar berkaitan dengan kemahiran psikomotor.

(ii) Menghubungkaitkan maklumat baru kepada pengetahuan sedia secara berhati-

hati. Maklumat baru yang dihubungkaitkan kepada pengetahuan sedia akan

menjadi lebih bermakna dan pelajar akan menjadi lebih mudah dan berkesan

mempelajarinya. Oleh itu, langkah-langkah mencipta jadual, borang dan jadual

hubungan ditunjukkan dengan mengaitkan antara satu sama lain kerana terdapat

persamaan dalam langkah-langkahnya.

(iii) Menggunakan teknik memandu dan menyokong pelajar dalam proses

pembelajaran pelajar dalam menumpukan perhatian, mengkod dan mendapatkan

kembali maklumat. Teknik-teknik seperti soalan berfokus, menyerlahkan

(highlight) dan analogi digunakan bagi memandu pelajar memahami setiap

langkah yang dijalankan semasa mencipta hubungan antara jadual-jadual.

2.6.3 Teori Konstruktivisme

Teori pembelajaran konstruktivisme memberikan penekanan kepada pembinaan

pengetahuan oleh pelajar itu sendiri. Pelajar perlu membina pengetahuan mengikut

pengalaman masing-masing. Teori ini juga berkait dengan proses pembelajaran yang

Page 49: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

33

datang dari diri pelajar hasil daripada perbezaan pengalaman lama dan baru.

Konstruktivisme berasal daripada perkataan bahasa Inggeris ‘Constructivism’ yang

membawa maksud falsafah membina. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil

kajian ahli psikologi, ahli falsafah dan penyelidik pendidikan terhadap proses

pembelajaran individu. Mengikut teori konstruktivisme, pelajar membina ilmu

pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan membandingkan maklumat

baru dengan pengalaman sedia ada dan pelajar mencari makna untuk mencapai

keberkesanan pembelajaran. Pelajar juga perlu merancang strategi pembelajaran,

berfikir mengenai cara pembelajaran yang berkesan untuk dirinya secara aktif. Teori ini

juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis

dan mempersembahkan maklumat.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1997), salah satu implikasi utama

pendekatan konstruktivism yang paling utama ialah pengajaran dan pembelajaran adalah

berpusatkan pelajar. Manakala motivasi merupakan kunci kepada pembelajaran di mana

ia menggalakkan penemuan inkuiri, perasaan ingin tahu dan inisiatif pelajar. Di

samping itu pengalaman dari segi kepercayaan, sikap sedia ada dan pengetahuan sedia

ada memainkan peranan yang kritikal dalam pembelajaran. Secara ringkasnya, ilmu

pengetahuan tidak digunakan untuk menjelaskan kebenaran tetapi ia digunakan sebagai

rasionalisasi tindakan dan pengalaman yang dialami oleh seseorang individu (Mok Soon

Sang, 2002).

Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (1997), pendekatan pembelajaran

secara konstruktivisme dapat dibahagikan kepada lima iaitu:-

i. Penglibatan : Simulasi perasaan ingin tahu pelajar melalui pemberian suatu

tugasan, topik atau konsep, memupuk minat dan membangkitkan persoalan.

ii. Penjelajahan : Bertujuan untuk memuaskan perasaan ingin tahu melalui

penggunaan pendekatan inkuiri untuk menjelajah dan menyiasat, melalui

eksperimen, menggalakkan pelajar untuk bekerjasama dan menyoal.

Page 50: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

34

iii. Penerangan : Pendekatan yang melibatkan definisi konsep dan pernyataan.

Pernyataan tentang penerangan orang lain dan membuat pertimbangan serta

penjelasan.

iv. Penghuraian : Memperdalamkan lagi konsep ke dalam sudut kandungan yang

lain. Pelajar akan menghubungkaitkan dan melihat perhubungan sesuatu konsep

atau topik dalam sudut kandungan yang lain dan membuat perkaitan dengan

konsep atau topik ke dalam situasi dunianya.

v. Penilaian : Pemahaman pelajar melalui demonstrasi pemahaman dan kemahiran

atau konsep pengetahuan. Mengakses pengetahuan pelajar, kemahiran dan

konsep serta mengemukakan soalan terbuka.

Beberapa prinsip teori konstruktivisme yang boleh di aplikasikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (Mook Soon Sang, 2002) :-

i. Guru berperanan sebagai penolong, pemudah cara dan perancang, manakala

pelajar pula memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran.

ii. Model pengajaran yang sesuai digunakan ialah pembelajaran secara koperatif

dan kolaboratif. Kaedah dan teknik mengajar secara tradisi seperti syarahan,

menghafal dan mengingat adalah tidak sesuai digunakan untuk membentuk ilmu

lagi.

iii. Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi

proses pembentukkan ilmu.

iv. Keutamaan pembelajaran adalah ditumpukan kepada hasil perolehan di dalam

bidang konstruktivisme.

Page 51: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

35

v. Penilaian secara tradisi tidak lagi sesuai digunakan. Bentuk dan alat penilaian

terhadap pembentukan ilmu hendaklah dibentukkan oleh guru dan murid

bersama-sama.

.

2.7 Pembelajaran Aktif

Terdapat pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mereka bentuk

pembelajaran berasaskan web. Strategi pengajaran yang digunakan dalam sesebuah

proses pengajaran amat penting untuk memastikan keberkesanan pengajaran yang di

sampaikan. Salah satu daripada strategi pembelajaran yang menyokong teori

konstruktivisme ialah pembelajaran aktif. Pendekatan pembelajaran melalui

konstruktivisme menekankan pembinaan pengetahuan berasaskan pengalaman dan

kolaborasi. Oleh itu pelajar memerlukan sokongan orang lain dan persekitaran yang

kaya dengan maklumat untuk membolehkan mereka membina pengetahuan melalui

pelbagai strategi pembelajaran aktif.

Proses pembelajaran juga melibatkan masalah bermakna (meaningful problem),

memerlukan kerjasama kumpulan (collaboration) dan membuat refleksi (reflection).

Pelajar juga boleh mencari maklumat samada secara online, melalui eksperimen atau

sumber lain, memanipulasikan data dan membuat refleksi untuk membuat penyelesaian.

Dalam persekitaran pembelajaran konstruktivisme, komputer dinamakan sebagai alat

kognitif kerana komputer berupaya menggalakkan pemprosesan dan perkembangan

kognitif (Wan Salihin dan Mohd. Yusof, 1996). Ianya dapat membantu pelajar

mengembangkan proses pemikiran, menginterpretasi sesuatu maklumat baru,

memanipulasikan maklumat baru dalam pemikiran pelajar dan menyusun semula

maklumat untuk menerangkan pengetahuan baru (Mohini dan Tang Howe Eng, 2002).

Page 52: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

36

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masalah yang disediakan oleh guru

perlulah sesuatu yang menarik, relevan, perlu melibatkan pelajar serta kurang

berstruktur (Jonassen, 1991). Di akhir pembelajaran, pelajar akan melibatkan dengan

aktiviti-aktiviti berfikir mengenai apa yang telah mereka belajar serta mengintegrasikan

dalam pengetahuan mereka (Albion,2000).

Secara ringkasnya, pembelajaran aktif merujuk kepada satu proses pembelajaran

yang memerlukan pelajar aktif dalam proses pengumpulan maklumat atau isi pelajaran.

Mereka tidak lagi pasif dan hanya menerima input daripada guru atau pensyarah.

Pelajar akan terlibat dengan pemikiran aras tinggi, menganalisa tugasan, sintesis dan

menilai. Contoh pembelajaran aktif yang melibatkan pelajar berfikir dan melibatkan diri

secara aktif adalah seperti one minute paper di mana pelajar dikehendaki mencatatkan

apa yang didapati daripada hasil pembelajaran secara ringkas, ini dapat menguji

kefahaman pelajar dalam masa yang singkat, begitu juga dengan think pair share di

mana pelajar dalam kumpulan berpasangan sama-sama berbincang dan memberi respon

terhadap pembelajaran. Ini melibatkan pelajar aktif berbincang dan mencari

penyelesaian dalam kumpulan dan menggerakkan pemikiran aras tinggi pelajar. Oleh itu

pembelajaran aktif adalah satu bentuk aktiviti pengajaran yang melibatkan pelajar

melakukan tugasan dan memikir tentang apa yang mereka lakukan. Pembelajaran aktif

juga boleh dibentuk dengan menggunkaan strategi yang sesuai untuk mendapatkan satu

set pembelajaran yang lebih autentik dan menghampiri kepada pengalaman sebenar

pelajar. Terdapat beberapa strategi yang sesuai dalam pembentukan pembelajaran yang

meningkatkan tahap kefahaman pelajar. Antara strategi pembelajaran yang memenuhi

dan menghampiri keperluan pembelajaran ini adalah pembelajaran berasaskan masalah

(PBM), pembelajaran berasaskan projek, penggunaan simulasi dan pembelajaran

berasaskan situasi (PBS) dimana setiap satunya menawarkan ciri-ciri yang

menggalakkkan kepada penglibatan pelajar secara aktif.

Page 53: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

37

2.8 Pembelajaran Berasaskan Situasi (PBS)

Pendekatan pembelajaran berasaskan situasi (PBS) telah diasaskan oleh Jean

Lave pada sekitar akhir 80an. Beliau menyatakan bahawa pembelajaran sebenarnya

merupakan aktiviti, konteks dan budaya di mana ia berlaku. Ini bertentangan dengan

kebanyakan aktiviti pembelajaran di dalam kelas yang hanya menitikberatkan

pengetahuan yang terlalu abstrak dan tidak bertepatan kepada konteks sebenar. Interaksi

sosial dinyatakan sebagai salah satu komponen kritikal di dalam PBS, di mana pelajar

menyertai “latihan dalam komuniti “ di mana ia diperlukan dalam kehidupan sebenar.

Lave dan Wanger (1991), menyatakan proses tersebut merupakan “legitimate peripheral

participation”. Terdapat juga ciri-ciri yang dinyatakan oleh Jan Herrington et al.,(1997)

di mana PBS dapat mewujudkan persekitaran yang autentik, yang mana menitikberatkan

pengalaman sebenar, selain daripada membolehkan refleksi berlaku dan pembelajaran

yang melibatkan kolaborasi dan penyertaan berkumpulan. Ini bergantung kepada model

yang disaran dan digunakan dalam membangunkan bahan pembelajaran yang berasaskan

PBS.

Terdapat model-model PBS yang telah diketengahkan beberapa pihak yang pada

asalnya diasaskan oleh Jean Lave dan Wanger. Antara model yang menepati kepada

rekabentuk pembangunan multimedia adalah oleh Herrington dan Oliver (1997). Mereka

telah mengenalpasti ciri-ciri serta elemen yang menjadi kunci utama kepada PBS.

2.8.1 Ciri – ciri pembelajaran berasaskan situasi ( PBS )

Melalui kajian yang dijalankan oleh Herrington et. al (2000), terdapat

sembilan ciri kritikal yang boleh dijadikan panduan dalam membangunkan persekitaran

pembelajaran web atau atas talian. Antara elemen-elemen yang diambil kira adalah

seperti berikut :

Page 54: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

38

i. Gambaran konteks sebenar atau autentik yang menggambarkan situasi di mana

pengetahuan akan digunakan

ii. Aktiviti yang autentik : di mana aktiviti yang ill-define yang menggambarkan

aktiviti sebenar di dunia nyata.

iii. Capaian kepada pakar : capaian kepada pakar dalam pelbagai peringkat melalui

saluran komunikasi seperti emel dan sebagainya.

iv. Pelbagai peranan dan perspektif : pelajar boleh mengakses bahan pembelajaran

dari pelbagai perspektif serta boleh menggunakan pengetahuan dalam pelbagai

cara.

v. Pengetahuan yang dikonstruk secara kolaborasi : kolaborasi boleh digalakkan

dengan mewujudkan tugas yang bersesuaian melalui teknologi komunikasi

(Brown et al., 1989).

vi. Refleksi : refleksi yang digunakan haruslah menggunakan contoh ataupun

tugasan sebenar yang dapat dikaitkan dengan dunia nyata.

vii. Articulation : untuk mewujudkan peluang ini tugas yang diberi hendaklah

bersifat semulajadi (Collins et al., 1989; Lave & Wenger, 1991).

viii. Coaching & Scaffolding : dalam mewujudkan elemen coaching dan scaffolding,

persekitaran pembelajaran hendaklah mempunyai elemen pembelajaran

kolaboratif yang mana membenarkan lebih ramai kumpulan yang membantu

dalam membimbing pengguna.

Page 55: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

39

ix. Penilaian yang autentik : bagi mewujudkan penilaian yang autentik, persekitaran

pembelajaran hendaklah memberi peluang kepada pengguna untuk menampilkan

kebolehan diri dengan lebih efektif dengan pengetahuan yang diperolehi.

Dengan adanya panduan tentang ciri-ciri tersebut, pengintegrasian teknologi dan

strategi dapat diwujudkan dengan lebih mudah. Ini bagi memastikan bahan pembelajaran

yang dibangunkan tidak lari daripada objektif asal p&p. Ini juga bagi menentukan setiap

bahan pembelajaran yang dibangunkan meningkatkan tahap persekitaran pembelajaran

yang lebih baik dan terjamin. Dalam menentukan hasil strategi ini, kesan pembelajaran

berasaskan situasi ini perlulah dikaji bagi melihat tahap penghasilan ke arah PBS ini.

2.8.2 Kajian Tentang Kelebihan dan Pengaplikasian Pembelajaran berasaskan

Situasi (PBS)

Terdapat banyak literatur dan kajian yang telah dibuat yang menyokong kepada

pendekatan berasaskan situasi ini mampu dijadikan sebagai model pengajaran (e.g.,

Griffin, 1995;Bransford, Sherwood, Hasselbring, Kinzer, and Williams, 1990;

Bransford, Vye, Kinzer and Risko,1990; Cognition and Technology Group at Vanderbilt

[CTGV], 1990, 1993a, 1993b; Young, 1993).

Manakala, banyak penerbitan model pembelajaran berasaskan situasi pula yang

memenuhi keperluan dan diterima contohnya Farnham-Diggory (1992) telah menulis

bahawa model ini akan diterima sebagai satu model baru dalam pendidikan. Terdapat

juga pernyataan beliau yang dipetik sebagai “... I believe it is where contemporary

scientific principles lead us’, yang mendapat tentangan dan perdebatan dari pihak lain.

Beberapa kritikan mempersoalkan bahawa pembelajaran berasaskan situasi meletakkan

pelajar uintuk menjadi pakar kepada bidang yang dipelajarinya dan ini adalah tidak

bersesuaian untuk dipindahkan di dalam kelas (Tripp, 1993; Wineburg, 1989).

Page 56: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

40

Walaubagaimanapun, terdapat ramai pengkaji dan guru yang menilai model

pembelajaran situasi ini dan menyatakan bahawa pendekatan menggunakan komputer

mampu menyokong kepada mewujudkan persekitaran yang sebenar dan teknologi

seperti ini juga boleh digunakan tanpa perlu menyediakan kontek yang autentik di mana

ia merupakan elemen penting dalam model tersebut. Menurut Lave & Wanger (1991),

prinsipal utama dalam pembelajaran berasaskan situasi ini ialah di mana pembelajaran

memerlukan interaksi sosial contohnya forum dan melibatkan kolaborasi dengan pihak

lain contohnya pakar dan rakan-rakan yang mengetahui akan intipati pembelajaran

tersebut. Ini boleh dilakukan dengan mewujudkan persekitaran di mana pelajar

berhubung dengan rakan-rakan atau merujuk kepada pakar melalui email, telefon,

perbincangan melalui forum dan sebagainya. PBS juga telah digunakan dalam konteks

aktiviti pembelajaran berasaskan teknologi di sekolah yang menjurus kepada kemahiran

menyelesaikan masalah (Cognition & Technology Group at Vanderbilt, 1993).

Dengan sokongan dan kajian yang dibuat menyatakan akan penerimaan

pembelajaran berasaskan situasi ini bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini.

Ini dapat dilaksanakan dengan pengintergrasian model rekabentuk pengajaran yang

sesuai.

2.9 Model Reka Bentuk Pengajaran

Menurut Heinich et al., (1999), pengajaran yang efektif memerlukan reka bentuk

dan perancangan yang teliti supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

bermakna. Menurut Jamalludin, et al., (2001), model rekabentuk instruksi bersistem dan

pembangunan perisian multimedia menyediakan suatu kerangka kerja yang dapat

membantu seseorang pengaturcara atau pembangun dalam melaksanakan tugas dalam

merekabentuk dan membangunkan perisian multimedia secara lebih sistemik. Terdapat

pelbagai model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan dalam mereka bentuk

Page 57: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

41

pengajaran. Antara model yang sering digunakan untuk mereka bentuk pengajaran

berasaskan web ialah Rapid Prototyping (Tripp dan Bichelmeyer, 1990), ”The

Recursive, Reflective Design and Development (R2D2) (Willis, 1995)” dan Model Reka

Bentuk Hipermedia (Spiro,1991).

Salah satu model yang biasa digunakan ialah model rapid prototyping seperti

yang ditunjukkan di dalam Rajah 2. Ia merupakan kaedah reka bentuk pengajaran yang

praktikal dan sesuai di dalam persekitaran pembangunan sistem pembelajaran

berasaskan teknologi masa kini (Tripp dan Bichelmeyer, 1990).

Rajah 2.2 : Model Rapid Prototyping (sumber : Tripp dan Bichelmeyer, 1990)

Proses rekabentuk pengajaran berasaskan Model rapid prototyping ini bermula

dengan menilai keperluan dan analisis isi kandungan topik yang bersesuaian serta

penentuan objektif bahan pengajaran. Proses seterusnya adalah melibatkan kerja-kerja

merekabentuk dan membangunkan laman web. Di dalam peringkat ini, penentuan teori

dan strategi pembelajaran yang akan diintegrasikan di dalam sistem pembelajaran

menerusi web dijalankan. Di samping itu, sokongan dan sumber pembelajaran

Menilai Keperluan Dan Analisis Isi Kandungan

Tentukan Objektif

Reka Bentuk Dan Bangunkan Laman Web

Gunakan Prototaip (Pengujian dan Penilaian Formatif)

Implementasikan Sistem (Penilaian Sumatif)

Page 58: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

42

dikenalpasti bagi menyokong proses pembelajaran pelajar. Di dalam konteks

rekabentuk pengajaran, aspek seperti reka bentuk informasi, antaramuka pengguna dan

interaksi yang bersesuaian dengan keperluan pelajar di rancang dan disusun dengan

teliti. Penilaian formatif akan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa bagi

mempertingkatkan rekabentuk antaramuka pengguna, rekabentuk skrin dan isi pelajaran.

Penilaian sumatif akan dijalankan apabila keseluruhan bahan pengajaran menerusi web

siap dibina dan di ‘upload’ melalui internet. Penilaian sumatif ini dijalankan bagi

mengenalpasti implikasi (keberkesanan) sistem pembelajaran di dalam membina

pengetahuan dan kemahiran pelajar.

Model Rapid Prototyping adalah sangat berguna bagi situasi di mana keperluan

pengguna sukar untuk dikenalpasti dengan tepat. Sebagai contoh Tripp and Bichelmeyer

(1990) mencadangkan penggunaan Model Rapid Prototyping dalam pembinaan

multimedia interaktif.

Satu lagi model yang biasa digunakan dalam persekitaran pembangunan web

adalah model Recursive, Reflective Design and Development (R2D2) (Willis, J. 1995).

Di dalam model ini, terdapat tiga perkara utama yang terlibat iaitu mengenalpasti

(Define), mereka bentuk dan membangun (Design and Develop) dan menyebarkan

(Disseminate) (rujuk Rajah 2.3). Dalam model R2D2, proses reka bentuk pengajaran

merupakan proses pembelajaran di mana pembelajaran merupakan aspek penting yang

perlu dibaiki dan dipertingkatkan dalam pembangunan bahan pengajaran (Willis, J.

1995). Refleksi merupakan proses kitaran dalam pembelajaran di mana melibatkan

pengalaman, pemerhatian dan refleksi, mengkonsepkan semula sesuatu yang abstrak dan

ekperimentasi (Ostermen & Kottkamp,1993). Manakala dalam peringkat mereka bentuk

dan pembangunan pula, seperti kebiasaan ia akan dilaksanakan sebelum pembangunan

dimulakan. Pada peringkat mereka bentuk, adalah di mana sekumpulan pakar atau

pereka akan merancang papan cerita dan carta alir keseluruhan sistem. Selepas daripada

persetujuan dibuat oleh semua pihak terhadap reka bentuk yang telah dibuat, proses

pembangunan prototaip awal akan direkabentuk dan di sini akan berlakunya proses

penilaian formatif dan ia akan merujuk kepada perubahan dan penambahbaikan yang

Page 59: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

43

akan dibuat pada sistem sebenar. Selepas itu, penilaian sumatif akan dilakukan dengan

segera selepas penambahbaikan dibuat bagi memastikan keseluruhan sistem berjalan

lancar (Willis, J. 1995).

Rajah 2.3 : Model R2D2

2.9.1 Kelebihan Model Rapid Prototyping

Tripp dan Bichelmeyer (1990) telah menyenaraikan kelebihan model rapid

prototyping di dalam pembangunan sistem pembelajaran seperti berikut :

i. Menggalakkan dan memerlukan penglibatkan aktif kumpulan sasaran di dalam

proses mereka bentuk

ii. Pengulangan dan perubahan merupakan sesuatu yang sangat signifikan di dalam

pembangunan sistem pembelajaran

iii. Pengguna tidak dapat mengenal pasti keperluan mereka sehingga sistem

pembelajaran diimplementasikan

iv. Prototaip yang telah lulus ujian adalah sama dengan spesifikasi laporan, dengan

syarat segala ralat telah dapat dikenal pasti di peringkat awal

v. Pembinaan prototaip dapat meningkatkan kreativiti melalui maklum balas segera

daripada pengguna

Page 60: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

44

vi. Pembinaan prototaip dapat mempercepatkan kitaran pembangunan sistem

pembelajaran.

2.10 Penutup

Pembelajaran yang disokong oleh teori pembelajaran konstruktivisme dan

strategi pembelajaran berasaskan situasi ini perlu didedahkan secara meluas kepada para

pendidik dan pembangun sistem pembelajaran agar ianya boleh digunakan sebagai

rujukan dan menjadi salah satu strategi pembelajaran yang berkesan. Pendekatan

pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer ini perlu digunakan untuk

memastikan pelajar dengan kebolehan dan minat yang berbeza dapat menggunakan

teknologi komputer sebagai alat pembelajaran untuk menyelesaikan masalah

pembelajaran mereka. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi

dan teknologi dalam pengajarannya. Penggunaan komputer dan internet diyakini akan

dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga

unsur penting iaitu, self access, self paced dan self directed (Mohd Arif dan Norsiati,

2004).

Page 61: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

45

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab metodologi dalam kajian ini akan membincangkan beberapa perkara secara

jelas meliputi proses reka bentuk pengajaran dan model rekabentuk pengajaran yang

digunakan untuk membangunkan sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web

yang diintegrasikan dengan Objek Pembelajaran Digital (OPD) serta disokong oleh ciri-

ciri pembelajaran aktif. Penekanan terhadap rekabentuk dalam p&p ini meliputi semua

aspek termasuk rekabentuk pengajaran, antara muka, teknikal dan kandungan pelajaran.

Menurut Baharudin et al., (2002), proses ini melibatkan aturan langkah – langkah

mereka bentuk pengajaran yang bersistem iaitu bermula dengan proses analisis, reka

bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian pengajaran.

Selain itu, bab ini juga menyentuh tentang populasi dan instrumen kajian yang

digunakan serta kaedah analisis data kajian yang akan dilakukan. Manakala instrumen

kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temubual kerana kajian ini ingin melihat

dari segi kuantitatif dan kualitatif dapatan.

Page 62: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

46

3.2 Model Rekabentuk Pengajaran

Model rekabentuk pengajaran merupakan satu keperluan penting dalam proses

pembangunan sesebuah sistem pembelajaran. Dalam proses pembangunan aplikasi

multimedia atau laman web, apa jua model reka bentuk yang dipilih boleh dijadikan

panduan bagi proses pembangunan yang lebih terancang dan sistematik (Jamalludin

Harun dan Zaidatun Tasir, 2001).

Ringkasnya, proses kerja di dalam kajian ini adalah berasaskan empat peringkat

atau fasa kerja yang dicadangkan oleh Model Rapid Prototyping seperti yang berikut:

i. Fasa Pertama : Analisis Keperluan

ii. Fasa Kedua : Reka bentuk dan pembangunan sistem

pembelajaran.

iii. Fasa Ketiga : Penilaian Formatif

iv Fasa Keempat : Perlaksanaan dan Penilaian Sumatif

Page 63: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

47

Rajah 3.1 : Model Rekabentuk ‘Rapid Prototyping’ adaptasi dari model ‘Rapid

Prototyping’(Tripp dan Bichelmeyer, 1990).

FASA 1 : Analisis Keperluan

Tentukan Objektif +

i. Analisis pemilihan tajuk ii. Mengenalpasti objektif dan

isi pelajaran. iii. Pemilihan teori dan strategi

pembelajaran.

FASA 2 :

Rekabentuk & Pembangunan Sistem Pembelajaran

i. Pembinaan situasi dan OPD pembelajaran.

ii. Pembinaan Carta Alir. iii. Penetapan rekabentuk

pembelajaran :- a. Reka bentuk informasi b. Reka bentuk interaksi c. Reka bentuk antara muka

FASA 3 :

Penilaian Formatif

FASA 4 :

Perlaksanaan Sistem & Penilaian Sumatif

Penilaian Sumatif : dijalankan apabila

keseluruhan sistem pembelajaran menerusi web

siap dibina dan di ‘upload’ melalui internet.

Page 64: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

48

3.2.1 Fasa pertama : Analisis Keperluan

Dalam fasa analisis ini, beberapa aspek yang perlu dianalisis oleh pengkaji ialah

dari aspek keperluan sistem pembelajaran ini dibangunkan. Pada fasa ini juga bakal

pengguna dikaji bagi memastikan keperluan mereka menepati kepada tujuan

pembangunan sistem pemebelajaran berasaskan situasi ini dibangunkan. Antara proses

awal yang dilakukan ialah mengenalpasti isi kandungan matapelajaran telekomunikasi

rangkaian ini. Dengan itu didapati, antara subtopik kritikal yang agak sukar dikuasai

oleh pelajar ialah subtopik Topologi Rangkaian. Ini dikukuhkan dengan pendapat

segelintir pelajar bahawa mereka kurang jelas dengan pengaplikasian sebenar topologi

rangkaian dalam situasi sebenar. Maka objektif pembelajaran bagi sistem pembelajaran

projek ini di kenal pasti iaitu untuk membantu pelajar memahami tentang konsep dan

jenis – jenis topologi rangkaian, ciri – ciri serta pengaplikasiannya dalam dunia semasa.

Penentuan objektif pembelajaran ini penting bagi menentukan keberkesanan bahan

pengajaran ini dibina.

Seterusnya analisis mengenai pemilihan teori dan strategi pembelajaran

dilakukan bagi memudahkan proses reka bentuk sistem pembelajaran dilaksanakan.

Pendekatan pembelajaran melalui teori konstruktivisme dipilih kerana ia menekankan

pembinaan pengetahuan berasaskan pengalaman dan kolaborasi. Manakala pemilihan

strategi pembelajaran yang digunakan dalam membangunkan sistem pembelajaran

menerusi web ini ialah pembelajaran berasaskan situasi (PBS). Ini adalah kerana proses

PBS melibatkan pelajar dengan masalah autentik (sebenar) yang boleh digunapakai

dalam situasi dunia sebenar (Herrington et al., 2000) dan ianya juga menyokong

pembelajaran aktif.

Page 65: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

49

3.2.2 Fasa Kedua : Rekabentuk dan Pembangunan Sistem Pembelajaran

Reka bentuk sistem pembelajaran ini meliputi reka bentuk informasi, interaksi

dan antara muka. Bagi rekabentuk informasi, pembangun akan menggunakan dua

situasi yang merujuk kepada ciri pembelajaran berasaskan situasi yang dicadangkan

oleh Herrington et al., (2000). Pencarian penyelesaian terhadap situasi autentik ini akan

mengakibatkan pelajar aktif di dalam pencarian maklumat dengan melibatkan diri secara

tidak langsung, menjelajah atau menyusuri bahan pengajaran, melibatkan proses

penerangan, penghuraian dan penilaian. Walaubagaimanapun, dalam strategi

pembelajaran berasaskan situasi ini, pelajar dianggap telah mempunyai pengetahuan

sedia ada terhadap apa yang dimaksudkan dengan topologi rangkaian. Pada sistem

pembelajaran, pelajar dibenarkan mengakses bahan dan nota ringkas berkaitan topologi

rangkaian serta membenarkan pelajar membuat refleksi pada setiap situasi.

Dengan sokongan OPD pelajar akan dapat mengakses bahan pembelajaran

dengan melihat simulasi-simulasi tertentu seperti simulasi berkaitan pergerakan data dan

ralat yang akan terhasil apabila satu-satu topologi dalam rangkaian dilaksanakan.

Dengan adanya simulasi yang menunjukkan penghantaran data dan ralat yang berlaku

semasa penghantaran data tersebut, pelajar akan dapat melihat perbezaan yang berlaku

dan membuat kesimpulan terhadap perbezaaan itu. Contohnya, pelajar akan diberikan

satu situasi di mana memerlukan pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan jenis-

jenis dan ciri-ciri topologi rangkaian, maka apabila pelajar sampai kepada sumber bahan

yang diterima akan terdapat simulasi-simulasi pergerakan data dalam rangkaian dan di

sini pelajar akan dibenarkan untuk membuat pilihan jenis topologi dan setiap topologi

bersama ciri-cirinya akan didedahkan kepada pelajar melalui pembentukan simulasi

dalam OPD. OPD yang dibina menggunakan saiz paparan 550 x 400 pixel ini akan

diintegrasikan dalam laman web pembelajaran berasaskan situasi ini. Penggunaan OPD

yang berskala kecil dan fleksibel (Wiley, 2000) membenarkan pelajar memaparkan pop

up window tanpa menutup paparan web dibelakangnya.

Page 66: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

50

Reka bentuk interaksi sistem pembelajaran ini adalah berbentuk struktur

komposit di mana pengguna menentukan sendiri laluan penerokaan mereka. Pengguna

juga bebas menyusuri sistem pembelajaran untuk mencari maklumat melalui pautan-

pautan yang disediakan. Ini juga selari dengan apa yang dicadangkan oleh teori

pembelajaran konstruktivisme dan strategi pembelajaran berasaskan situasi yang

menggalakkan pelajar membina kefahaman sendiri menerusi proses pencarian

maklumat.

Bagi rekabentuk antaramuka pula, pembangun menggunakan “splash screen”

untuk menarik perhatian pelajar menggunakan bahan pembelajaran ini. Bagi konsep

warna pula pembangun memilih warna dengan tulisan yang terang daripada latar

belakang untuk bagi memudahkan dan meningkatkan keupayaan pembacaan pengguna.

Warna teks dan latar yang kontra tetapi agak lembut digunakan bagi memastikan bahan

pembelajaran lebih kemas dan teratur. Dari segi rekabentuk keseluruhan, pembangun

menggunakan konsep rekabentuk ringkas yang menitikberatkan grafik ringkas dan

bersih. Penggunaan teks dari jenis Sans Serif digunakan bagi memudahkan penyampaian

maklumat yang hendak di sampaikan. Selain itu hiperteks turut digunakan sebagai

pautan ke halaman-halaman lain. Menurut penulisan Hashim et al., (2002), reka bentuk

antara muka yang berkesan mempunyai empat sifat iaitu:

i. Bahan pengajaran mudah diakses

ii. Bahan pengajaran mudah digunakan kerana kurang memerlukan kemahiran

teknikal.

iii. Bahan pengajaran berfungsi dengan baik

iv. Bahan pengajaran dapat menjelaskan sesuatu konsep atau idea.

Dari segi pembangunan sitem pembelajaran ini, pembangun membangunkan

sistem pembelajaran ini berasaskan pembangunan web dan diintergrasikan dengan

Page 67: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

51

elemen OPD untuk memudahkan pautan yang dipilih oleh pelajar pada simulasi-simulasi

atau sumber bahan tertentu tidak menutup paparan laman web asal pembelajaran ini.

3.2.3 Fasa Ketiga : Penilaian Formatif

Penilaian merupakan suatu aktiviti yang berlaku secara berterusan di sepanjang

proses pembangunan sesebuah perisian multimedia dan ianya merupakan antara aktiviti

yang penting dalam memastikan perkembangan sesebuah projek (Jamalludin Harun dan

Zaidatun Tasir, 2001). Tujuan lain ialah agar bahan pengajaran yang disediakan mampu

meningkatkan kemudahan suasana pembelajaran kepada pelajaran (Malachowski, 2003).

Bagi memastikan pembangunan bahan pembelajaran ini berjalan dengan lancar,

penilaian formatif diperlukan sepanjang proses pembangunan. Penilaian akan dilakukan

oleh pensyarah penilai kajian dan dalam masa yang sama rakan-rakan yang mengambil

kursus berkaitan dengan teknologi maklumat dan sains komputer juga membantu

pengkaji membuat penilaian awal. Dengan adanya penilaian formatif ini, sebarang

kekurangan atau kesilapan dapat dikesan lebih awal dan pembetulan atau penambahan

akan dilakukan dengan serta merta. Antara perkara yang dinilai dan dilihat adalah

perjalanan keseluruhan sistem PBSnet ini, antara muka dan reka bentuk keseluruhan,

aturcara di dalam sistem sama ada berjalan lancar atau tidak tanpa sebarang ralat dan

melalui penilaian formatif juga dapat dlihat gambaran keseluruhan sistem akhir kelak.

3.2.4 Fasa Ke empat : Perlaksanaan dan Penilaian Sumatif

Perlaksanaan dan penilaian sumatif akan dijalankan apabila keseluruhan sistem

pembelajaran menerusi web siap dibina dan di ‘upload’ melalui internet. Penilaian

sumatif ini dijalankan bagi mengenal pasti penerimaan pelajar dari segi rekabentuk

Page 68: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

52

informasi, interaksi dan antaramuka terhadap sistem pembelajaran yang di bangunkan di

dalam membina pengetahuan dan kemahiran pelajar. Penilaian ini juga bertujuan untuk

mendapatkan maklum balas dari pengguna dan pakar (pensyarah) mengenai keseluruhan

projek ini. Bagi pensyarah mereka di minta memberi pendapat dari segi kesesuaian dan

reka bentuk yang dibangunkan. Hasil penilaian ini akan digunakan untuk proses kemas

kini laman web dan pembangunan di masa akan datang.

3.3 Carta Alir Sistem Pembelajaran

“Splash screen” yang juga dipanggil montaj akan digunakan di awal

persembahan bahan pembelajaran untuk menarik perhatian pelajar menggunakan bahan

pembelajaran ini. Selain itu, audio yang bersesuaian juga dimasukkan bagi menarik

perhatian pelajar untuk menggunakan sistem PBSnet ini. Ini boleh menjadi satu

komponen perhatian dalam persembahan perisian. Bagi pengguna yang pernah

menggunakan bahan pembelajaran ini, mereka boleh terus mengakses bahan

pembelajaran dengan mengakses butang “masuk“.

Bagi mewujudkan elemen autentik pelajar akan dipaparkan dengan paparan

situasi yang memberi gambaran contoh situasi sebenar yang mungkin dialami oleh

pelajar. Antara contoh situasi yang yang diberikan kepada pelajar adalah pelajar akan

diberikan tugas sebagai seorang guru dan situasi persekitaran membawa pelajar kepada

gambaran kepada seorang guru. Pelajar diberi peluang untuk mengadaptasikan sumber-

sumber bahan yang disediakan melalui pautan-pautan yang menunjukkan situasi autentik

seperti mendapatkan maklumat menggunakan telefon dengan hanya memilih gambar

telefon dan menyesuaikan maklumat yang diterima dengan situasi yang diberi.

Manakala dalam setiap situasi pula, terdapat kuiz dan refleksi yang

membenarkan pelajar untuk bertindak balas dengan persekitaran pembelajaran.

Manakala setiap pautan sumber bahan yang mengandungi elemen simulasi akan

Page 69: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

53

dipaparkan secara pop up window bagi memudahkan pelajar untuk mengakses bahan

pembelajaran tanpa perlu menutup paparan web asas sistem pembelajaran tersebut.

Terdapat situasi yang dialami oleh pelajar bertujuan untuk memberi kefahaman kepada

pelajar tentang konsep asas dalam topologi rangkaian. Ini meliputi bagaimana dan

dimana topologi rangkaian sesuai digunakan sekaligus mengetahui ciri-ciri lengkap

setiap topologi Dengan adanya elemen situasi ini, pelajar akan juga diberi bimbingan

(scaffolding) dan coaching bagi memastikan pembelajaran aktif berlaku dan perayauan

pelajar adalah berbentuk non - linear. Ini akan dapat dilihat pada pautan-pautan dan

sumber bahan yang melibatkan aktiviti autentik seperti menelefon rakan, melihat CD

tentang topologi rangkaian dan berkomunikasi dengan kawan di dalam ruang

perbincangan seperti Yahoo Messanger.(rujuk Lampiran A untuk carta alir).

3.4 Rekabentuk Sistem Pembelajaran berasaskan Web

Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003), proses mereka bentuk

aplikasi multimedia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu :

i. Reka bentuk Informasi

ii. Reka bentuk Interaksi

iii. Reka bentuk Antara muka atau Persembahan

Setiap proses kerja dalam reka bentuk ini saling berhubungan di antara satu sama

lain dan diperlukan bagi memastikan perisian yang dihasilkan menepati ciri-ciri serta

kualiti yang dikehendaki (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). Proses kerja

yang sama juga boleh dimanfaatkan dalam proses pembangunan laman web. Berikut

dijelaskan ketiga-tiga reka bentuk yang dinyatakan dan bagaimana ianya diaplikasikan

dalam proses reka bentuk sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web di dalam

projek ini.

Page 70: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

54

3.4.1 Rekabentuk Informasi / Strategi Pembelajaran

Bagi mereka bentuk informasi sistem pembelajaran projek ini, pendekatan

pembelajaran berasaskan situasi berdasarkan ciri – ciri yang dicadangkan oleh

Herrington et al (2000) telah digunakan . Ini kerana ciri- ciri yang diusulkan oleh beliau

meliputi elemen – elemen multimedia yang merangkumi aspek pembangunan yang

menjurus kepada konsep ICT.

Ciri –ciri yang disarankan oleh beliau dalam mengatur maklumat dan isi

kandungan pembelajaran yang ingin disampaikan ialah :

i. Konteks yang autentik : Gambaran konteks sebenar yang

menggambarkan situasi di mana pengetahuan akan digunakan.

ii. Aktiviti yang autentik : aktiviti yang ill-define yang menggambarkan

aktiviti sebenar di dunia nyata..

iii. Capaian kepada pakar : di mana capaian kepada pakar dalam pelbagai

peringkat melalui saluran komunikasi seperti email dan sebagainya.

iv. Pelbagai peranan dan dan perspektif : pelajar boleh mengakses bahan

pembelajaran dari pelbagai perspektif. Boleh menggunakan pengetahuan

dalam pelbagai cara.

v. Pembinaan pengetahuan secara kolaboratif

vi. Refleksi terhadap bahan pembelajaran

vii. Articulation

viii. Coaching and Scaffolding

ix. Penilaian yang autentik.

Disebabkan strategi pembelajaran berasaskan situasi (PBS) telah dipilih dalam

perlaksanaan sistem pembelajaran PBSnet ini, maka sistem pembelajaran ini akan

melibatkan situasi dalam persekitaran yang autentik yang membawa pelajar kepada

situasi yang sama dan kemungkinan berlaku pada dunia sebenar. Terdapat dua situasi

Page 71: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

55

yang melambangkan penggunaan topologi dalam rangkaian pada keadaan sebenar. Ini

dapat dilihat pada situasi-situasi berikut :

i. Situasi 1 : mendedahkan pelajar dengan situasi di mana mereka telah

bertugas sebagai Urusetia Hari Sukan dan ingin mewujudkan rangkaian

di antara komputer bagi pengumpulan sebaran data dan maklumat pada

bangunan yang berbeza.

ii. Situasi 2 : mendedahkan pelajar dengan situasi di mana mereka

merupakan pengurus Kafe Siber yang ingin menambah bilangan

komputer di kedainya dan melibatkan struktur rangkaian yang mungkin

perlu diubah atau tidak.

Situasi yang disediakan ini akan melibatkan pelajar aktif dan mereka diletakkan

dalam situasi seolah-oleh mereka benar-benar berada di situ. Pelajar dipandu dengan

arahan pada setiap skrin dan capaian kepada sumber-sumber bahan yang juga

melibatkan aktiviti-aktiviti autentik. Antara contoh aktiviti autentik yang diwujudkan

dalam sistem pembelajaran ini adalah mendapatkan maklumat menerusi web di mana

pelajar seolah-olah mencari maklumat di dalam enjin pencarian dan ruang perbincangan

seperti Yahoo Messanger. Pelajar akan mendapati mereka juga boleh menghubungi

rakan melalui telefon dan mengikuti perbualan telefon tersebut melalui perbualan audio

yang disediakan dan paparan teks perbualan. Capaian-capaian kepada sumber bahan ini

juga akan membentuk kepada capaian nota berkaitan topologi dalam rangkaian sama ada

pautan kepada nota atau simulasi-simulasi OPD yang mengambarkan penghantaran data

dalam setiap topologi rangkaian.

Jika dilihat pada situasi yang digunakan dalam sistem pembelajaran ini, ia

melibatkan penyesuaian dan berpandukan kepada elemen-elemen yang terkandung

dalam pembelajaran berasaskan situasi dalam persekitaran multimedia oleh Herrington

et al.,(1997). Ini dapat dilihat pada Rajah 3.2 di mana ciri-ciri yang disarankan dibentuk

dalam keseluruhan bahan pembelajaran yang berunsur multimedia dibangunkan. Pada

Page 72: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

56

elemen IMM iaitu Interactive Multimedia Program terdapat empat ciri diintegrasikan

iaitu konteks autentik, aktiviti yang autentik, capaian kepada pakar dan daripada

pelbagai sudut dan persepektif dan mungkin juga pelbagai peranan. Manakala pada

Learner terdapat aktiviti refleksi, kolaborasi dan artikulasi dan pada keseluruhan

pelaksanaan sistem pembelajaran pula konsep scaffolding, modelling dan coaching telah

dimasukkan. Ini akan dapat dilihat pada proses pembentukan situasi dan aliran sistem

pembelajaran ini yang akan diterangkan dengan lebih lanjut di bab 4.

Rajah 3.2 : Elemen – Elemen dalam Pembelajaran Berasaskan Situasi dalam

Persekitaran Multimedia ( Herrington et al., 1997)

3.4.2 Rekabentuk Interaksi

Reka bentuk interaksi sistem pembelajaran menerusi web ini adalah berbentuk

struktur komposit (Rujuk Rajah 3.3). Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2003), struktur

komposit ini sering digunakan dalam aplikasi multimedia pendidikan. Ia juga bagi

memastikan maklumat yang ingin disampaikan dapat dicapai dengan lebih mudah

mengikut keperluan pengguna dan juga keperluan semasa.

Page 73: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

57

Rajah 3.3 : Struktur Komposit (Jamalludin & Zaidatun, (2003)

Reka bentuk interaksi sistem pembelajaran ini juga memberi kuasa kawalan

kepada pengguna bagi membolehkan pengguna berkomunikasi atau berinteraksi dengan

sistem selain menentukan sendiri laluan penerokaan (di bawah kawalan pengguna) yang

ingin digunakan. Menurut William (1996), kawalan pengguna merujuk kepada suatu

rekabentuk pengajaran di mana pelajar mempunyai kebebasan membuat keputusan

semasa proses pembelajaran seperti kawalan aliran, laluan dan peristiwa Ini boleh

dilihat dalam situasi yang diberikan dalam sistem pembelajaran ini di mana pelajar

berhak membuat pilihan sama ada ingin menggunakan nota ringkas yang telah

disediakan atau menggunakan situasi dalam sistem pembelajaran ini dalam

memahamkan konsep topologi dalam rangkaian. Dalam situasi yang diberikan pula

pelajar berhak menggunakan pautan sumber bahan yang diwujudkan seperti telefon,

ruangan sembang Yahoo Messanger dan komputer untuk mendapatkan sumber bahan

bagi pembelajaran topologi rangkaian. Oleh itu, dapat dilihat pelajar tidak perlu

mengikut aturan dalam mencari maklumat berkaitan pembelajaran topologi rangkaian

ini. Mereka juga bebas membuat pilihan sama ada akan memperolehi bahan secara

mudah atau perlu melalui beberapa peringkat dalam situasi untuk mendapatkan bahan

akhir pembelajaran. Di sini akan dapat dilihat aktiviti autentik di mana pelajar

melibatkan diri sepenuhnya dalam pencarian maklumat.

Page 74: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

58

Dalam sistem pembelajaran ini dapat dilihat terdapat metafora yang digunakan

bagi memudahkan pelajar membuat perkaitan di antara benda atau alat pada dunia nyata

dengan gambaran situasi yang diberikan. Ini dapat dilihat pada gambaran situasi yang

diberikan di mana pelajar akan dapat merasakan mereka berada pada situasi yang

digambarkan di dalam sistem pembelajaran ini.

Manakala pada butang navigasi yang berbentuk pautan teks yang telah

diintegrasikan dengan elemen mouse over membenarkan pelajar mengetahui bahawa

terdapat pautan pada setiap butang navigasi yang akan diklik. Pada pautan sumber bahan

yang melibatkan simulasi pula, pelajar akan dapat melihat OPD dalam paparan pop up

window, di mana elemen seperti ini yang berskala kecil dan konsep pengadaptasian yang

fleksibel mengekalkan paparan web dibelakang bahan tersebut. Ini akan membantu

pelajar dalam mengaitkan nota dengan simulasi yang diperolehi dalam sistem

pembelajaran ini.

3.4.3 Rekabentuk Antara Muka

Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, penggunaan montaj di awal

persembahan adalah untuk menarik perhatian pelajar menggunakan bahan pembelajaran

ini. Penggunaan elemen audio yang ringkas dan ringan akan digunakan supaya

menampakkan permulaan persembahan yang segar dan bertenaga. Penggunaan montaj

digunakan oleh pembangun di awal sistem pembelajaran ini bagi menarik perhatian

pengguna dan bagi merangsang pengguna untuk menerokai maklumat yang terkandung

di dalam sistem pembelajaran ini. Penggunaan audio di awal persembahan sistem

pembelajaran sebagai montaj akan menjadikan reka bentuk antara muka kelihatan nyata

pada deria pendengar pengguna dan mampu menghidupkan keadaan semasa pengguna

menggunakan sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web ini. Penggunaan

skema warna biru bagi warna latar belakang dan warna putih mewakili warna teks

Page 75: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

59

memudahkan pengguna menggunakannya kerana terdapat kontra di antara warna latar

belakang dan teks yang akan membuatkan penglihatan pengguna lebih jelas. Teks jenis

Verdana dari jenis Sans Serif digunakan bagi menarik perhatian pengguna pada

maklumat yang hendak di sampaikan dan meningkatkan ke boleh bacaan pengguna.

Susun atur menu pilihan pengguna bagi antara muka sistem pembelajaran ini

akan di letakkan di bahagian tengah skrin komputer kerana menurut Baharuddin et al.,

(2002) lazimnya pergerakan mata seseorang pengguna itu akan pergi ke bahagian kiri

tengah skrin komputer, kemudian akan ke bahagian kiri-atas skrin komputer. Kemudian

ke bahagian kanan skrin komputer akan menurun secara melintang ke bahagian bawah–

kiri skrin komputer dan akhir sekalu bergerak mendatar ke sebelah kanan skrin

komputer.

Secara keseluruhannya reka bentuk antara muka yang dibina akan kelihatan

konsisten bagi memudahkan pengguna menyusuri isi kandungan yang terdapat dalam

aplikasi sistem pembelajaran ini. Reka bentuk skrin yang ringkas dengan penggunaan

butang sebagai ikon dan anak panah akan memberitahu pengguna terdapat pautan ke

halaman-halaman web yang berkaitan dan mendorong pengguna untuk mengetahui

dengan lebih lanjut lagi. Selain itu reka bentuk skrin yang ringkas ini juga akan

mempercepatkan kadar muat turun sistem pembelajaran ini dan mengurangkan masa

paparan keseluruhan sistem pembelajaran ini.

Untuk paparan skrin yang baik, saiz skrin sistem pembelajaran yang digunakan

adalah 800 x 600 piksel. Spesifikasi reka bentuk paparan sistem pembelajaran ini

ditetapkan dengan mengambil kira faktor tidak semua komputer pengguna berkeupayaan

tinggi apabila mengakses sistem pembelajaran ini. Bagi paparan imej pula, penggunaan

imej bitmap adalah bersesuaian dalam menunjukkan gambar foto sebenar. Ini kerana

pengaplikasian situasi ditunjukkan dalam gambar foto yang bersaiz 550 x 400 piksel.

Untuk paparan simulasi ringkas dalam OPD, animasi 2D telah digunakan bagi

menunjukkan konsep ringkas dan mudah difahami. Terdapat juga pautan – pautan teks

di sepanjang proses pembelajaran yang akan diletakkan kepada nota, situasi dan paparan

Page 76: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

60

ayat-ayat bagi memudahkan pelajar mendapatkan maklumat terus dari mana-mana

sumber yang didapati.

Reka bentuk antara muka yang dibangunkan ini membolehkan pelajar mengakses

keseluruhan bahan pengajaran sepenuhnya dan pelajar boleh mengkonstruk

pembelajaran sendiri selain paparan teks yang ringkas dan bernas, maklumat yang

pelbagai dan penggunaan grafik yang digunakan dapat mendorong pelajar terus

membuat penjelajahan terhadap setiap ruang di dalam sistem pembelajaran berasaskan

situasi menerusi web ini dan meningkatkan minat serta motivasi pelajar.

3.5 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan Sistem Pembelajaran

Bagi membangunkan sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web ini,

beberapa jenis perisian telah digunakan dalam proses pembangunan. Kombinasi

beberapa jenis perisian ini saling melengkapkan di antara satu sama lain. Antara

perisian utama yang digunakan ialah:

i. Perisian pengarangan Web : Macromedia Dreamweaver MX

ii. Perisian penyuntingan grafik : Adobe Photoshop CS

iii. Perisian animasi : Macromedia Flash MX 2004

Perisian pengarangan iaitu Macromedia Dreamweaver MX adalah perisian yang

digunakan sepenuhnya dalam pembangunan sistem pembelajaran ini. Macromedia

Dreamweaver MX adalah perisian pengarangan yang berasaskan konsep WYSIWYG

(what you see is what you get). Perisian ini menggabungkan pendekatan dari perisian

editor tag bersama-sama dengan pendekatan dari perisian pemproses perkataan yang

biasa. Ia juga boleh diintegrasikan bersama dengan bahasa pengaturcaraan atau bahasa

skrip. Selain dari itu, salah satu kelebihan utama Macromedia Dreamweaver MX ialah

keupayaannya mengintegrasikan elemen skrip berasaskan server yang membolehkan

Page 77: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

61

sesebuah halaman web lebih bersifat interaktif dan dinamik serta menghubungkan laman

web dengan pangkalan data.

Bagi penyuntingan grafik, perisian yang digunakan ialah Adobe Photoshop CS.

Perisian ini diakui mempunyai kemampuan penyuntingan grafik digital secara

profesional serta banyak kelebihan yang boleh di manipulasi bagi tujuan komersial

(Troy Dreier, 2002). Perisian ini juga menyediakan kemudahan menyimpan grafik

secara terus kepada format yang sering di gunakan dalam laman web iaitu *.jpeg, *.png,

dan *gif.

Bagi menambah kesan animasi dan simulasi di bahagian pengenalan atau montaj

serta OPD , perisian Macromedia Flash telah digunakan. Kelebihan penggunaan Action

Script dalam perisian Macromedia Flash ini membenarkan kesan interaktiviti bagi

membolehkan kawalan pengguna dilakukan semasa meneroka perisian yang

dibangunkan merupakan antara kelebihan perisian ini.

3.6 Pembangunan Aplikasi Yang Dihasilkan

Pembangunan reka bentuk laman web ini turut menitikberatkan keperluan

perkakasan komputer bagi menjamin kelancaran proses pembangunan dan proses main

balik. Bagi menghasilkan sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web ini

spesifikasi keperluan komputer multimedia yang digunakan oleh pembangun adalah

seperti berikut :

i. Unit pemprosesan pusat (CPU) : Pentium IV 2.6 GHz

ii. Ingatan capaian rawak (RAM) : 256 MB DDR

iii. Cakera keras (HDD) : 60GB

iv. Pemacu luaran : Pemacu CD R/RW

v. Perkakasan input : Papan kekunci, tetikus

Page 78: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

62

vi. Capaian Internet : Modem 56Kbps

vii. Sistem Pengoperasian (OS) : Microsoft Windows XP Professional.

3.7 Penyebaran Aplikasi Yang Dihasilkan

Dalam menyebarkan sistem PBSnet ini sesebuah sistem komputer diperlukan

ialah :

i. Unit pemprosesan pusat (CPU) : > 850 MHz

ii. Ingatan capaian rawak (RAM) : 256 MB DDR

iii. Cakera keras (HDD) : 60GB

iv. Pemacu luaran : Pemacu CD R/RW

v. Perkakasan input : Papan kekunci, tetikus

vi. Capaian Internet : Modem 56Kbps

vii. Sistem Pengoperasian (OS) : Microsoft Windows XP Professional.

3.8 Lokasi dan Populasi Kajian

Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Ia

melibatkan 10 orang pelajar tahun 2 Sarjana Muda Pendidikan yang sedang mengambil

matapelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian. Persampelan yang digunakan dalam

kajian ini ialah persampelan tidak rawak jenis bertujuan. Pemilihan sampel ini dibuat

secara khusus dan memenuhi kehendak kajian (Mohd Najib, 2003). Bagi Schumacher

dan McMillan (1993) pula, sampel bertujuan digunakan bagi meningkatkan penggunaan

maklumat yang diperolehi daripada jumlah sampel yang kecil dan jumlah sampel yang

bertujuan boleh berada dalam lingkungan 1 hingga 40 atau lebih daripada itu. Oleh itu

pengkaji telah mengambil 10 orang pelajar sebagai sampel dalam kajian ini.

Page 79: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

63

Antara rasional pemilihan lokasi dan kumpulan pelajar ini adalah kerana :

i. Sebahagian besar daripada pelajar ini telah didedahkan dengan pengetahuan

teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ).

ii. Matapelajaran yang mempunyai unsur ICT telah ditawarkan ( malahan ada

matapelajaran yang berstatus teras ) kepada semua pelajar ini.

iii. Pengetahuan sedia ada pelajar akan dapat disesuaikan dengan pembangunan

berasaskan web yang meliputi pendekatan pembelajaran aktif ini.

iv. Populasi kajian ini adalah merupakan 10 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan

yang sedang mengambil matapelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian. Ini bagi

memastikan pelajar – pelajar ini mempunyai pengetahuan asas tentang rangkaian

komputer.

3.9 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik dan temubual.

Menurut Mohamad Najib (2003), soal selidik dijadikan instrumen kajian kerana ia

mudah ditadbir dan data juga senang di perolehi untuk diproses dan dianalisis. Soal

selidik dibina berasaskan kepada reka bentuk strategi pembelajaran, reka bentuk antara

muka, reka bentuk interaksi dan cadangan serta komen.

Page 80: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

64

3.9.1 Soal Selidik Analisis Pengguna

Borang soal selidik untuk pengguna ini memuatkan 3 bahagian yang utama iaitu

Bahagian A, B dan C. Soal selidik ini disediakan untuk mendapatkan maklumat

mengenai reka bentuk strategi pembelajaran, reka bentuk antara muka, reka bentuk

interaksi dan cadangan serta komen terhadap bahan pengajaran berasaskan web yang di

bina.

Borang soal selidik yang digunakan oleh pengkaji adalah merujuk kepada borang

soal selidik Penilaian Sistem Pembelajaran Menerusi Web yang dihasilkan oleh

Jamalludin Harun (2003) melalui kajiannya yang bertajuk Pembangunan dan Penilaian

Keberkesanan Sistem Pembelajaran Berasaskan Masalah Menerusi Web yang

mempunyai kesahan nilai alfa 0.91 (Sila Rujuk Lampiran B). Soal selidik ini

mengandungi 33 item soalan yang di bahagikan kepada :-

i. Bahagian A – Maklumat Asas Pengguna

Mengandungi maklumat umum mengenai responden. Tujuan ialah untuk

mengenal pasti responden secara ringkas. Terdapat lima item soalan yang

dikemukakan.

ii. Bahagian B - Mengandungi soalan-soalan untuk mendapatkan maklumat

berkaitan dengan :-

a. Reka Bentuk Strategi Pembelajaran (10 item soalan)

b. Reka Bentuk Antara muka (10 item soalan)

c. Reka Bentuk Interaksi (10 item soalan)

Setiap soalan pada bahagian B ini mempunyai pilihan secara ‘Likert’ seperti

yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1. Kaedah skala ‘Likert’ mengehendaki responden

Page 81: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

65

menandakan jawapan mereka berdasarkan kenyataan yang diberikan (Mohd Najib,

2003).

Jadual 3.1 : Format Skala Likert

Kenyataan Ringkasan Markat

Amat Tidak Setuju ATS 1

Tidak Setuju TS 2

Sederhana Setuju SS 3

Setuju S 4

Amat Setuju AS 5

iii. Bahagian C – Penilaian Umum terdiri daripada soalan berbentuk cadangan dan

komen daripada responden.

3.9.2 Temubual

Temu bual secara tidak berstruktur dan soalan jenis terbuka akan dijalankan

terhadap responden. Sebanyak 5 soalan dibina dan pengkaji bebas menyoal berdasarkan

situasi sampel pengguna. (Sila Rujuk Lampiran C).

Tujuan temu bual ini di jalankan adalah untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian

serta mendapatkan maklumat tambahan mengenai reka bentuk pembelajaran bagi sistem

pembelajaran menerusi web yang telah dibangunkan ini. Melalui temu bual ini

pengguna bebas memberi pendapat mereka mengenai sistem pembelajaran yang

dibangunkan berpandukan pada soalan yang diberi. Hasil temu bual ini akan membantu

Page 82: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

66

pembangun di dalam mengenal pasti kekurangan dan kelemahan sistem pembelajaran

yang dibangunkan untuk dijadikan cadangan dalam pembangunan lanjutan. Berikut

merupakan beberapa soalan temu bual seperti dalam Lampiran C :-

i. Apakah pengetahuan yang anda dapat selepas melayari laman web ini?

ii. Adakah pendekatan yang digunakan menarik minat anda sebagai pengguna?

Komen anda.

iii. Apakah anda rasa apabila situasi yang diberi merupakan watak-watak yang

berbeza? Komen anda.

iv. Adakah metafora dalam situasi yang digunakan berkesan pada anda? Cth:

Telefon, komputer

v. Apakah aktiviti pencarian maklumat melalui pelbagai alternatif, membantu anda

memahami perjalanan sistem pembelajaran ini?

3.10 Analisis Data

Menurut Neuman (2000) dan Jamalludin (2003), pendekatan holistik yang

menggabungkan penggunaan kajian kuantitatif dan kualitatif dalam rekabentuk kajian

dapat melengkapkan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kelemahan yang

terdapat di dalam kajian kuantitatif akan dapat dilengkapkan oleh kelebihan yang

terdapat pada kajian kualitatif dan sebaliknya Memandangkan kajian yang dijalankan

ini berbentuk gabungan kajian kuantitatif maka analisis data yang dijalankan adalah

berbentuk skor min dan peratus bagi dapatan kajian yang diperolehi. Manakala untuk

data kualitatif, pembentukan tema akan diberikan bagi menganalisis maklumat yang

diperolehi. Jadual 3.2 menunjukkan kaedah analisis yang digunakan bagi setiap bahagian

soal selidik.

Page 83: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

67

Jadual 3.2 : Kaedah Penganalisaan Data Berdasarkan Kepada Bahagian Soalan

Bagi Instrumen Soal Selidik

Bahagian Soalan Kaedah Analisis data

A : Makumat Asas Peratus

B: Bahagian Reka Bentuk Pembelajaran

i. Reka bentuk Strategi Pembelajaran

ii. Reka bentuk Antara muka

iii. Reka bentuk Interaksi

Skor Min

Skor Min

Skor Min

Manakala bagi Bahagian C iaitu penilaian umum, pembentukan tema akan di

buat berdasarkan pada cadangan dan komen yang diberikan. Keadaan ini bagi

memudahkan pengkaji membuat analisis data yang diperoleh melalui pembentukan tema

yang di buat.

3.11 Penutup

Perlaksanaan kajian yang dilakukan secara sistematik adalah sangat penting

bagi menghasilkan dapatan yang sah dan diterima umum. Kepentingan dalam

menganalisa dan mengatur perjalanan proses pembangunan dapat menentukan akan

kesempurnaan sesuatu projek pembangunan. Oleh yang demikian, pengkaji telah cuba

sedaya upaya mengikuti semua prosedur yang telah ditetapkan dalam kajian

penyelidikan pendidikan termasuk penelitian pada prosedur pembangunan bahan

pembelajaran berasaskan situasi menerusi web ini. Dengan ini, diharapkan amalan

membudayakan perlaksanaan kerja secara berstruktur dan teratur akan menjamin

kesahan kajian.

Page 84: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

68

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan memaparkan hasil reka bentuk sistem pembelajaran berasaskan web

yang telah dibangunkan berpandukan pada tiga jenis reka bentuk pembangunan

pembelajaran iaitu reka bentuk strategi pembelajaran, reka bentuk interaksi dan reka

bentuk antara muka. Bab ini juga menghuraikan dapatan kajian dan mendapatkan

pandangan pelajar dari aspek reka bentuk informasi, interaksi dan antara muka sistem

pembelajaran yang di bangunkan. Reka bentuk strategi pembelajaran pembangunan sistem

pembelajaran menerusi web ini adalah merujuk kepada ciri-ciri pembelajaran berasaskan

situasi (PBS) yang di cadangkan oleh Herrington et al., (2000).

Penganalisaan data di buat berdasarkan borang soal selidik yang diterima

daripada responden kajian dan temu bual yang di jalankan. Contoh rakaman skrin (screen

capture) juga dipaparkan berserta keterangan skrin bagi memudahkan rujukan laporan

kajian ini.

Page 85: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

69

4.2 Objektif dan Isi Pelajaran

Prinsipal utama dalam pembelajaran berasaskan situasi (PBS) ialah pengetahuan

hendaklah disampaikan dalam konteks yang autentik contohnya seperti aplikasi yang

kebiasaannya melibatkan pengetahuan tersebut dan berkaitan dan PBS juga memerlukan

interaksi sosial dan kolaborasi (Lave & Wanger, 1991). Oleh itu, sistem PBSnet ini ingin

mendedahkan pelajar kepada situasi-situasi berkaitan topologi rangkaian dalam

kehidupan semasa yang berkaitan dengan dunia sebenar yang realistik dan autentik.

PBSnet meletakkan objektif yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar kepada

persekitaran dan masalah sebenar yang mungkin timbul bagi topologi rangkaian. Selain

itu, dengan situasi dan nota yang diberi sepanjang sistem PBSnet ini mendedahkan

pelajar untuk memahami definisi topologi rangkaian sama ada logikal atau fizikal, jenis-

jenis topologi dan ciri-ciri topologi yang sesuai. Berikut merupakan isi pelajaran yang

terkandung di salam sistem PBSnet ini :-

i. Pengenalan Topologi Rangkaian

Ia merangkumi definisi asas topologi rangkaian dan merangkumi nota

topologi logikal atau fizikal.

ii. Jenis – Jenis Topologi Rangkaian

Ia berkaitan dengan jenis-jenis topologi rangkaian dan ciri-ciri yang sesuai

pada setiap struktur rangkaian.

4.3 Aliran Sistem Pembelajaran

Aliran sistem pembelajaran menerusi web yang dibangunkan ini akan dimulakan

dengan montaj sebagai pengenalan kepada sistem pembelajaran yang dibangunkan ini.

Kemudian paparan seterusnya ialah paparan maklumat yang mengandungi maklumat

mengenai sistem pembelajaran yang dibangunkan. Seperti yang dijelaskan di Bab 3,

Page 86: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

70

sistem pembelajaran ini mengandungi dua situasi pembelajaran. Pengguna boleh

memilih sama ada hendak mengikuti situasi yang pertama atau situasi kedua yang

mengandungi maklumat pembelajaran mengenai pengenalan topologi rangkaian, jenis-

jenis dan ciri-ciri topologi rangkaian. Seterusnya, ikon-ikon hiperteks lain akan

dipautkan kepada paparan-paparan pembelajaran yang berkaitan dengan topologi

rangkaian.

Jadual 4.1 menunjukkan ikon atau pautan utama yang ada pada setiap paparan

sistem pembelajaran yang dibangunkan :-

Jadual 4.1 : Penerangan Mengenai Ikon atau Pautan Utama Yang Digunakan Di

Dalam Sistem Pembelajaran Menerusi Web

No

Ikon

Keterangan

1

Skrin Utama

Pautan hiperteks skrin utama akan membawa

pengguna kembali kepada montaj di awal

persembahan sistem pembelajran.

2

Maklumat Am

Pautan hiperteks maklumat am ini akan

memaparkan maklumat atau butir-butir ringkas

mengenai sistem pembelajaran menerusi web

yang dibangunkan.

Page 87: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

71

No

Ikon

Keterangan

3

Pembelajaran

Pautan hiperteks pembelajaran ini mengandungi

maklumat isi kandungan pembelajaran topologi

rangkaian yang merangkumi nota ringkas dan

juga memberi pautan kepada OPD bagi topologi

rangkaian

4

Situasi

Pautan hiperteks ini akan pergi kepada paparan

utama pembelajaran Situasi. Terdapat dua

situasi yang boleh dipilih oleh pengguna.

Dimana kedua-dua situasi ini akan

membenarkan pelajar merasai situasi sebenar

yang berkaitan dengan pengaplikasian topologi

rangkaian.

5

Objek Pembelajaran

Digital (OPD)

Pautan hiperteks ini berbentuk simulasi

menerusi OPD yang boleh dimainakan dan

dimuat turun oleh pelajar dalam bentuk simulasi

flash yang bersaiz kecil setiap satunya.

6

Forum

Pautan hiperteks ini akan memaparkan komen,

pendapat serta perbincangan dari pengguna

mengenai sistem pembelajaran menerusi web

ini.

7

Kuiz

Pautan hiperteks ini akan memaparkan kuiz

untuk pelajar menguji pengetahuan mereka

tentang topologi rangkaian.

8

Sitemap

Pautan hiperteks ini akan memaparkan

perjalanan atau struktur keseluruhan sistem

pembelajaran ini.

Page 88: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

72

Rajah 4.1 menggambarkan antara muka montaj pengenalan yang

dipersembahkan di awal sistem PBSnet ini sebagai pengenalan dan untuk menarik

perhatian pelajar. Rajah 4.2 pula merupakan paparan antara muka Maklumat Am yang

memaparkan maklumat ringkas mengenai sistem PBSnet yang dibangunkan ini.

Rajah 4.1 : Paparan Montaj Pengenalan Sistem Pembelajaran

Rajah 4.2 : Paparan Laman Utama Sistem Pembelajaran

Page 89: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

73

Rajah 4.3 berikut merupakan paparan antara muka utama situasi yang

mengandungi maklumat mengenai situasi pembelajaran yang ingin dibentuk. Pada

paparan ini, pengguna berhak membuat pilihan sama ada ingin memulakan pembelajaran

dengan memilih ikon hiperteks “Situasi 1” dan “Situasi 2”. Rajah 4.4 dan 4.5 pula

merujuk kepada paparan antara muka situasi dan situasi 2.

Rajah 4.3: Paparan Antara Muka Utama Situasi

Page 90: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

74

Rajah 4.4: Paparan Antara Muka Situasi 1

Rajah 4.5: Paparan Antara Muka Situasi 2

Page 91: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

75

4.4 Reka bentuk Antara Muka dan Reka bentuk Interaksi Sistem Pembelajaran

Dalam membangunkan sesebuah laman web, aspek reka bentuk antara muka dan

interaksi memainkan peranan penting kerana reka bentuk antara muka akan menentukan

rupa bentuk bahan pembelajaran yang dihasilkan (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir,

2003). Manakala reka bentuk interaksi pula akan menentukan bagaimana bahan

pembelajaran yang dibangunkan berfungsi dan beroperasi (Jamalludin Harun &

Zaidatun Tasir, 2003).

4.4.1 Reka bentuk Antara Muka

Dalam sistem PBSnet ini, warna biru yang berton dan mempunyai kesan corak

ringkas merupakan warna latar belakang skrin antara muka. Manakala, warna teks yang

digunakan ialah warna hitam yang merupakan fon jenis Verdana bersaiz antara 10

hingga 14. Bagi paparan maklumat biasa, warna teks fon yang digunakan ialah berwarna

hitam, manakala untuk paparan teks yang berwarna merah merupakan isi kandungan

penting bagi sesebuah maklumat yang ingin disampaikan. Pemilihan warna yang kontra

di antara teks warna latar belakang menjamin kebolehbacaan pengguna terhadap teks

yang dipaparkan. Keadaan ini di sokong oleh pernyataan Baharudin Aris et al., (2002)

yang menyatakan bahawa kontra di antara warna teks dan warna latar belakang skrin

persembahan juga memainkan peranan penting di dalam menentukan kejelasan sesuatu

perkataan (Baharudin Aris et al., 2002).

Sistem PBSnet ini juga menggunakan elemen grafik bagi mewakilkan situasi

supaya nampak lebih bersifat realistik. Penggunaan imej sebenar dan grafik ikon anak

panah juga digunakan supaya proses penyampaian situasi dan sistem pembelajaran

PBSnet ini mudah difahami dan jelas.

Page 92: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

76

Dalam elemen grafik tersebut, pelajar diberikan bimbingan ke arah bahan yang

ingin didapatkan. Contohnya pada rajah 4.4, pelajar disediakan dengan satu gambar foto

yang menggambarkan pelajar adalah seorang guru dan mereka dipandu mencari

maklumat dengan membuat pilihan sama ada ingin klik pada paparan sumber bahan

yang boleh didapati melalui telefon atau melalui pencarian google.(rujuk Rajah 4.6 dan

4.7)

Rajah 4.6 Paparan Antara Perbualan Telefon

Page 93: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

77

Rajah 4.7 Paparan Antara Muka Enjian Carian

4.4.2 Reka bentuk Interaksi

Reka bentuk interaksi merujuk kepada bagaimana sistem pembelajaran yang

dibangunkan berfungsi dan beroperasi. Ia juga melibatkan interaksi di antara pengguna

dengan sistem pembelajaran yang dibangunkan. Bagi sistem pembelajaran yang

dibangunkan ini, interaksi antara pengguna dengan sistem pembelajaran melibatkan

penggunaan ikon butang dan metafora sebagai pilihan menu untuk membolehkan

pengguna mencapai maklumat yang berkaitan dengan isi pembelajaran.

Sistem PBSnet ini menggunakan elemen metafora seperti skrin komputer, logo

Enjian Carian Google, metafora telefon, CD dan sebagainya. Elemen ini adalah bagi

mewujudkan satu keadaa atau situasi yang jelas serta menyerupai konteks dunia sebenar

yang autentik. Ini memenuhi kepada ciri-ciri pembelajaran berasaskan situasi iaitu

Page 94: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

78

elemen konteks sebenar dan autentik. Ini juga membenarkan kepada aktiviti yang dirasai

oleh pelajar seolah-olah aktiviti sebenar dan realistik.(rujuk Rajah 4.8).

Rajah 4.8 Paparan Antara Muka Metafora Skrin Komputer

Selain elemen metafora, pautan hiperteks juga digunakan untuk memudahkan

capaian pengguna kepada halaman-halaman yang berkaitan. Penggunaan ikon anak

panah juga turut digunakan untuk memudahkan interaksi dan pencapaian maklumat

mengikut arahan yang telah diberikan.

Page 95: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

79

4.5 Strategi Penyampaian Maklumat atau Sumber dalam Persekitaran Sistem

PBSnet

Sistem PBSnet ini menyediakan pelbagai pautan maklumat yang boleh dicapai

atau didapati sepanjang pembelajaran. Pengguna akan melayari maklumat dan proses

pembelajaran dan pada masa yang sama akan membolehkan mereka sampai kepada

pautan pakar, rakan-rakan dan sumber-sumber elektronik. Ini bersesuaian dengan ciri-

ciri PBS oleh Herrington et al.,(2000) yang membenarkan capaian kepada pakar dan

pengguna diberi pelbagai peranan dan perspektif melalui situasi yang diberikan.

4.5.1 Bahan Rujukan Elektronik

Bahan rujukan ini merujuk kepada sumber rujukan elektronik dalam bentuk nota.

Pembangun telah menyediakan pautan kepada nota kuliah contohnya apabila pengguna

klik pada situasi 2, pada metafora CD (rujuk Rajah 4.9).

Page 96: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

80

Rajah 4.9 Paparan Antara Muka Metafora CD dan Komputer

4.5.2 Simulasi Pembelajaran

Simulasi pembelajaran merujuk kepada proses pengumpulan maklumat

menerusi aktiviti yang meletakkan pelajar seakan mengalami atau merasai keadaan

sebenar yang benar-benar berlaku pada dunia sebenar. Dalam PBSnet ini juga terdapat

simulasi yang menunjukkan demonstrasi aliran data dalam topologi rangkaian pada

pautan Objek Pembelajaran Digital.

Page 97: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

81

Antara simulasi pembelajaran yang diaplikasikan ke dalam sistem PBSnet ini

ialah :

i. Simulasi Perbualan Telefon dengan Pakar : pengguna akan merasakan

mereka sedang bertanya pada seseorang yang pakar mengenai masalah

yang dihadapi. Sila Rujuk Rajah 4.6 untuk melihat simulasi pakar dengan

lebih jelas lagi.

ii. Simulasi Enjin carian Google : Persekitaran pembelajaran ini akan membawa

pengguna seolah-olah mereka sedang mencari maklumat menerusi

penggunaan enjin carian Google ( rujuk Rajah 4.7).

iii. Simulasi Simulasi E-mail : Ia digunakan untuk mewujudkan persekitaran

yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan Pengetua Sekolah

menerusi e-mel dan dalam masa yang sama juga pengguna akan membalas

dengan memberikan refleksi melalui balasan email.(rujuk Rajah 4.10)

iv. Simulasi Yahoo Messanger :Ia mewujudkan satu persekitaran di mana

pengguna akan merasa seolah-olah mereka sedang berbual bersama rakan

mereka dan bertanyakan masalah yang di hadapi melalui Yahoo Messenger

(rujuk rajah 4.11).

v. Simulasi OPD : Manakala bagi simulasi OPD pula, pengguna boleh

mendapatkan pautan ini terus daripada pautan hiperteks OPD atau melalui

nota pembelajaran yang disediakan.(rujuk Rajah 4.12). OPD ini juga boleh

dimuat turun dan diguna sebagai satu sumber pembelajaran yang fleksibel.

Page 98: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

82

Rajah 4.10 Paparan Simulasi E-Mail

Rajah 4.11 Paparan Simulasi Yahoo Messanger

Page 99: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

83

Rajah 4.12 Paparan Simulasi OPD yang terkumpul

Rajah 4.13 Paparan Simulasi OPD yang boleh dibesarkan

Page 100: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

84

4.6 Reka bentuk atau Strategi Pembelajaran PBSnet

Reka bentuk informasi merujuk kepada bagaimana susunan isi kandungan

pelajaran di susun dan di sampaikan kepada pengguna mengikut ciri-ciri pembelajaran

berasaskan situasi yang telah di bincangkan sebelum ini. Berikut di bincangkan

bagaimana setiap ciri-ciri PBS tersebut di laksanakan dalam persekitaran sistem

pembelajaran menerusi web PBSnet yang telah dibangunkan iaitu:-

4.6.1 Gambaran konteks sebenar atau autentik yang menggambarkan situasi di

mana pengetahuan akan digunakan

Proses pembelajaran melalui PBSnet ini akan membenarkan pelajar belajar

menggunakan situasi yang autentik dan gambaran suasana sebenar di mana pengetahuan

berkaitan topologi rangkaian sememangnya akan berlaku. Ini dapat dilihat seperti rajah

4.4 dan 4.5, di mana pengguna diberikan situasi yang realistik yang mana boleh

membuatkan pengguna merasai situasi tersebut. Walaupun pengguna berhak memilih

sama ada ingin memulakan pembelajaran dengan situasi atau tida, tetapi dengan

pendekatan yang memberikan pilihan kepada pengguna, memberikan kebebasan untuk

mereka membuat keputusan terhadap pembelajaran mereka.

4.6.2 Aktiviti yang autentik : di mana aktiviti yang ill-define yang

menggambarkan aktiviti sebenar di dunia nyata.

Jika dilihat pada konteks aktiviti yang autentik pula, yang mana melibatkan

aktiviti sebenar pada dunia nyata, dapat dilihat contohnya pada paparan simulasi telefon

dan email (rujuk Rajah 4.6 dan 4.10) yang melibatkan pengguna dengan aktiviti

pencarian maklumat dalam dunia sebenar yang realistik. Pada dunia sebenar, maklumat

Page 101: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

85

sering dicapai dengan pelbagai cara antaranya melalui enjian carian, email, menelefon

pakar dan sebagainya. Oleh itu, merujuk kepada ciri-ciri ini, aktiviti yang menyerupai

dunia sebenar ini wujud dalam persekitaran sistem PBSnet ini.

4.6.3 Capaian kepada pakar : capaian kepada pakar dalam pelbagai peringkat

melalui saluran komunikasi seperti emel dan sebagainya

Jika dilihat pada capaian pakar, sistem PBSnet menghubungkan pengguna

dengan saluran-saluran kepada pakar seperti Juruteknik, rakan-rakan dan refleksi seperti

email dan sebagainya.

4.6.4 Pelbagai peranan dan perspektif : pelajar boleh mengakses bahan

pembelajaran dari pelbagai perspektif serta boleh menggunakan

pengetahuan dalam pelbagai cara.

Bagi memastikan pengguna merasai situasi sebenar dalam persekitaran PBSnet,

dua situasi yang membawa watak berbeza telah diwujudkan. Ini bagi memastikan

pengguna membuat pilihan watak yang ingin digunakan oleh mereka. Dengan adanya

kepelbagaian watak dan perspektif situasi, mereka secara tidak langsung dapat

memanipulasikan pengetahuan mereka dalam pelbagai peranan dan perspektif masalah

atau keadaan pada dunia sebenar.

Page 102: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

86

4.6.5 Pengetahuan yang dikonstruk secara kolaborasi : kolaborasi boleh

digalakkan dengan mewujudkan tugas yang bersesuaian melalui teknologi

komunikasi

Kolaborasi boleh diwujdukan dengan alat yang mewujudkan interaksi sosial

contohnya ruangan forum. Di sini pengguna boleh berhubung dengan pengguna lain

menggunakan perbincangan pada ruangan forum. Ini menggalakkan kepada

pembentukan kolaborasi di antara pengguna. (rujuk Rajah 4.14)

Rajah 4.14 Paparan Forum

4.6.6 Refleksi : refleksi yang digunakan haruslah menggunakan contoh ataupun

tugasan sebenar yang dapat dikaitkan dengan dunia nyata

Apabila memperkatakan tentang refleksi, PBSnet membenarkan pengguna

membuat refleksi secara terus. Ini menggambarkan kepada kesinambungan pencarian

maklumat yang membawa kepada refleksi dalam dunia nyata. Contohnya pada situasi

1(rujuk Rajah ), setelah mendapatkan maklumat daripada pakar atau juruteknik, dan

mencari bahan pada enjian pencarian Google, pengguna akan dihubungkan dengan

Page 103: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

87

paparan refleksi sebenar di mana pengguna perlu membalas email tersebut dan dalam

masa yang sama pengguna perlu menandakan jawapan kepada persoalan pada ruangan

penghantaran email. Pengguna boleh membuat refleksi secara terus tanpa perlu

menunggu hingga kepada akhir pembelajaran.

Rajah 4.15 Paparan Refleksi Email

4.6.7 Articulation : untuk mewujudkan peluang ini tugas yang diberi hendaklah

bersifat semulajadi

Sepertimana yang dilihat pada aspek kolaborasi melalui forum, aktiviti melalui

email dan menelefon pakar yang dibincangkan sebelum ini, aspek articulation secara

tidak langsung telah wujud dalam persekitaran PBSnet ini.

Page 104: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

88

4.6.8 Coaching & Scaffolding

Coaching & Scaffolding merupakan ciri-ciri yang membimbing dan memandu

pengguna sepanjang proses pembelajaran. Jika dilihat pada PBSnet ini, proses

pembelajaran pengguna dalam sistem pembelajaran ini akan di pandu oleh satu fungsi

“Arahan” untuk memandu pengguna melayari dan menjelajah sistem pembelajaran yang

dibangunkan supaya pengguna tidak sesat semasa melayari laman web ini. Pengguna

akan memilih sumber maklumat mana yang diperlukan dalam proses menyelesaikan

masalah pembelajaran mereka. Terdapat juga panduan lain yang memandu pengguna

contohnya arahan butang seterusnya dan sebelumya yang memastikan pengguna tidak

sesat sepanjang melayari sistem PBSnet ini.

4.6.9 Penilaian yang autentik

Dalam aspek penilaian autentik, PBSnet mewujudkan persekitaran di mana

pengguna boleh membuat penilaian kepada diri sendiri melalui aktiviti refleksi. Contoh

yang telah dibincangkan ialah melalui refleksi email yang menilai pengguna secara

autentik pada situasi sebenar dan masa nyata.

4.7 Analisis Dapatan Soal Selidik

Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar Sarjana Muda Pendidikan

yang telah mengambil kursus SPM 2012 iaitu Telekomunikasi dan Rangkaian.

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Bab 3, item – item soal selidik akan

dianalisis menggunakan kaedah kekerapan dan peratusan bagi soalan bahagian A iaitu

Maklumat Umum mengenai responden. Manakala soalan bagi bahagian B yang

menggunakan skala “Likert”, analisis dilakukan dengan menggunakan skor min.

Page 105: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

89

Dapatan kajian bahagian ini akan dipersembahkan dalam bentuk jadual.

Pengiraan dilakukan secara manual dengan bantuan Micosoft Excel. Untuk menganalisis

item bagi soalan yang menggunakan kaedah skor min, tafsiran nilai skor min yang

diadaptasikan oleh Nin Hayati (2005) daripada Wiesrma, 1995 melalui kajiannya yang

bertajuk Keperluan Pembelajaran Berbantu Multimedia Bagi Subjek Sistem Elektronik 1

di Politeknik Malaysia akan digunakan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2

Jadual 4.2: Pentafsiran Skor Min

Julat Skor Tafsiran Tahap

1.00 – 2.49 Tidak Bersetuju Rendah

2.50 – 3.49 Kurang Setuju Sederhana

3.50 – 5.00 Amat Bersetuju Tinggi

4.7.1 Analisis Bahagian A : Maklumat Asas

Bahagian ini terdiri daripada dua item soalan iaitu jantina dan keturunan.

Pengkaji akan menganalisis item soalan bagi keturunan dan jantina kerana item-item

soalan tersebut boleh memberi kesan kepada kajian pembelajaran berasaskan situasi

(PBSnet) bagi tajuk topologi dalam rangkaian.

Page 106: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

90

4.7.1.1 Jantina

Berdasarkan pada dapatan kajian, didapati majoriti responden adalah perempuan

iaitu seramai 9 orang yang mewakili 90 peratus (90%) daripada keseluruhan responden

seperti yang ditunjukkan di jadual 4.3.

Jadual 4.3 : Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina

Kekerapan

Peratus

Lelaki

1

10%

Perempuan

9

90%

Jumlah

10

100%

4.7.1.2 Keturunan

Berdasarkan pada analisis dapatan, didapati juga responden berketurunan

Melayu adalah seramai 5 orang yang mewakili 50 peratus (50%) daripada keseluruhan

responden. Manakala 5 orang responden lagi merupakan keturunan India yang mewakili

50 peratus (50%) responden seperti yang ditunjukkan di jadual 4.4.

Page 107: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

91

Jadual 4.4 : Taburan Responden Mengikut Keturunan

Keturunan

Kekerapan

Peratus

Melayu 5 50%

Cina 0 0

India 5 50%

Jumlah 10 100%

4.7.2 Analisis Bahagian B : Reka Bentuk Pembelajaran

Bahagian B ini akan menentukan sama ada objektif kajian yang keempat iaitu

menilai dan mendapatkan pandangan pengguna mengenai reka bentuk informasi, reka

bentuk interaksi dan reka bentuk antara muka sistem pembelajaran yang dibangunkan

tercapai atau tidak. Analisis bahagian ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu Reka

bentuk Informasi atau Strategi Pembelajaran, Reka bentuk Antara muka atau

Persembahan dan Reka bentuk Interaksi. Berikut di bincangkan dengan lebih lanjut lagi

dapatan yang diperoleh dari proses penilaian yang telah di lakukan.

4.7.2.1 Reka bentuk Infromasi / Strategi Pembelajaran

Dalam proses menilai dan mendapatkan pandangan pengguna mengenai

rekabentuk informasi, sebanyak 10 item soalan telah dikemukakan. Berdasarkan Jadual

4.5, dapatan purata skor min bagi reka bentuk informasi atau strategi pembelajaran yang

di gunakan dalam sistem pembelajaran berasaskan masalah ini ialah 4.13 dan ia berada

pada tahap Tinggi iaitu rata-rata responden bersetuju dengan penggunaan strategi

pembelajaran yang digunakan di dalam sistem pembelajaran menerusi web yang di

bangunkan ini.

Page 108: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

92

Jadual 4.5 : Analisis Data Bagi Reka Bentuk Informasi Atau Strategi

Pembelajaran

No

Strategi Pembelajaran

Min

10 Tugasan bagi menyelesaikan masalah membolehkan saya

membangunkan pengetahuan sedia ada bagi setiap tajuk yang

dihadapi

4.5

7 Strategi pembelajaran yang digunakan mampu meningkatkan

motivasi saya untuk terus belajar.

4.4

2 Strategi pembelajaran yang digunakan mampu meningkatkan

keyakinan diri saya bagi menghadapi kerjaya sebagai seorang

guru.

4.3

5 Situasi yang relevan dengan masalah sebenar melaksanakan projek

menarik perhatian saya untuk mendalami subjek ini.

4.2

3 Strategi pembelajaran yang digunakan di dalam sistem

pembelajaran ini membantu saya dalam menguasai isi pelajaran

dengan lebih berkesan.

4.1

4 Strategi pembelajaran yang digunakan mampu menarik perhatian

saya untuk terus belajar.

4.1

6 Saya memahami sesuatu isu dengan lebih mendalam menerusi

aktiviti pembelajaran yang disediakan.

4.1

9 Situasi yang mengandungi masalah yang perlu diselesaikan

mampu mencabar kebolehan saya sebagai seorang bakal guru.

4.1

8 Strategi pembelajaran yang digunakan mampu membantu saya

untuk berfikir pada aras yang lebih tinggi.

4

1 Saya pernah mengalami situasi pembelajaran yang sama

sepertimana di dalam sistem pembelajaran ini.

3.5

Min keseluruhan 4.13

*N=10 orang

Page 109: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

93

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tugasan yang di gunakan di dalam bahan

pengajaran yang dapat membangunkan pengetahuan sedia ada pelajar bagi tajuk kerana

nilai skor min untuk item soalan tersebut menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu 4.5.

Seterusnya item soalan 7 merupakan item yang mempunyai nilai skor min kedua

tertinggi iaitu 4.4 manakala item 2 pula mempunyai nilai skor min ketiga tertinggi iaitu

4.3. Bagi item soalan 5 pula mencatatkan nilai skor min 4.2. Item soalan 3, 4, 6 dan 9

pula merupakan item yang mencatat nilai skor min 4.1 dan item soalan 8 mencatat skor

min 4. Item soalan 1 pula mencatatkan skor min 3.5 di mana merupakan skor min

terendah dalam set – set item bahagian rekabentuk informasi/strategi pembelajaran ini.

4.7.2.2 Reka bentuk Antara Muka / Persembahan

Berdasarkan Jadual 4.6, sebanyak 10 item soalan juga di kemukakan kepada

pengguna untuk mendapatkan pandangan dan penilaian terhadap reka bentuk antara

muka yang telah di bangunkan. Kesemua item soalan adalah mengenai reka bentuk

skrin, warna, tulisan (fon) dan penggunaan elemen multimedia yang digunakan di dalam

sistem pembelajaran berasaskan masalah yang dibangunkan.

Page 110: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

94

Jadual 4.6 : Analisis Data Bagi Reka Bentuk Antara Muka

No Reka bentuk Antara muka / Persembahan Min

7 Sistem navigasi yang disediakan mudah dikenal pasti fungsinya 4.6

8 Sistem pembelajaran tidak mengandungi kesilapan dari sudut ejaan. 4.6

10 Saiz paparan sesuai dengan paparan komputer yang digunakan 4.6

3 Demonstrasi yang digunakan meningkatkan pemahaman saya. 4.5

9 Penggunaan warna keseluruhan sesuai 4.5

4 Reka bentuk skrin sistem pembelajaran bersesuaian sebagai media

pembelajaran. 4.3

1 Simulasi yang digunakan bersesuaian dalam membantu proses

pembelajaran 4.2

5 Pemilihan warna yang digunakan di dalam sistem pembelajaran ini

adalah bersesuaian. 4.2

6 Sistem pembelajaran menggunakan fon (jenis tulisan) yang mudah

dibaca 4.2

2 Grafik yang digunakan dalam sistem pembelajaran ini menarik

perhatian saya untuk belajar. 4.1

Min keseluruhan 4.38 *N=10 orang

Jadual 4.6 menunjukkan bahawa skor min untuk item soalan 7,8 dan10 adalah

tinggi iaitu 4.6 dan ini menunjukkan bahawa sistem pembelajaran yang dibangunkan

mempunyai sistem navigasi yang mudah dikenalpasti, tidak mempunyai kesalahan ejaan

berada pada tahap tinggi dan saiz paparan juga sesuai dengan paparan komputer yang

digunakan oleh pengguna. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa

pengguna gemar penggunaan warna dan kombinasi warna keseluruhan sistem

pembelajaran yang dibangunkan kerana pada item 9, skor min mencatatkan purata skor

Page 111: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

95

sebanyak 4.5. Pada item soalan 3 juga mencatat skor min yang tinggi di mana pengguna

bersetuju bahawa demonstrasi yang digunakan dalam sistem pembelajaran

meningkatkan pemahaman mereka. Pengguna juga bersetuju dengan rekabentuk skrin

kerana pada item soalan 4, skor min mencatatkan 4.3 dimana ia merupakan catatan skor

min ketiga tertinggi. Manakala item soalan 1,5 dan 6 masing- masing mencatatkan skor

min 4.2 yang masih berada pada tahap tinggi dan setuju. Walaupun item soalan 2 yang

berkaitan dengan grafik berada pada skor min terendah iaitu 4.1, tetapi ia masih berada

pada tahap tinggi dan mampu menarik pengguna.

4.7.2.3 Reka Bentuk Interaksi

Berdasarkan Jadual 4.7, didapati keseluruhan item memperolehi tahap tafsiran

min tinggi. Ini menunjukkan pengguna gemar menggunakan program komputer yang

mempunyai interaktiviti atau lebih dikenali sebagai mesra pengguna. Selain itu, ia juga

menunjukkan rekabentuk interaksi sistem pembelajaran ini berada pada tahap

memuaskan pengguna.

Page 112: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

96

Jadual 4.7 : Analisis Data Bagi Reka Bentuk Interaksi

No Reka bentuk Interaksi Min

1 Terdapat lebih dari satu bentuk capaian maklumat yang

disediakan oleh sistem pembelajaran ini. 4.5

2 Perjalanan persembahan maklumat di dalam sistem pembelajaran

ini senang diikuti. 4.4

4 Sistem pembelajaran ini menyediakan pautan (link) ke laman

web lain yang berkaitan 4.4

10 Sistem pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk

membuat refleksi. 4.4

3 Pelajar mudah untuk mencapai maklumat yang diperlukan. 4.3

9 Sistem pembelajaran ini menyediakan peluang pelajar untuk

berinteraksi. 4.3

5 Struktur sistem pembelajaran ini membolehkan pelajar memberi

tumpuan terhadap apa yang ingin dicapai dalam proses

pembelajaran.

4.2

6 Pengguna boleh mencapai maklumat yang diperlukan dengan

mudah. 4.2

7 Struktur sistem pembelajaran ini tidak menyebabkan pelajar sesat

semasa menerokainya. 4.2

8 Kemudahan komunikasi secara elektronik (seperti ruang

memberi pendapat, mel elektronik dan sebagainya) ada

disediakan di laman web ini.

4.1

Min Keseluruhan 4.3 *N=10 orang

Jadual 4.7 menunjukkan bahawa skor min keseluruhan item berada pada tahap

tinggi di mana item soalan 1 mencatat skor min tertinggi iaitu 4.5. Ini menunjukkan

Page 113: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

97

pengguna sedar akan kewujudan pautan-pautan dan pelbagain capaian maklumat di

dalam sistem pembelajaran ini.

4.7.3 Analisis Bahagian C : Cadangan dan Komen

Jadual 4.8, menunjukkan cadangan dan komen yang diberikan oleh responden

mengenai sistem pembelajaran yang dibangunkan, dan beberapa tema dibina

berdasarkan pada komen yang diberikan

Jadual 4.8 : Komen Responden Mengenai Isi Pelajaran Yang Terkandung Di

Dalam Sistem Pembelajaran Yang Di Bangunkan

Pengguna

Pembentukan Tema

Maklum balas

P1 Warna teks atau fon yang digunakan Besarkan saiz fon. Warna

fon hiperteks pada

“background” merah

kurang jelas.

P2

P3

P4

P5

Sistem pembelajaran dan Interaksi Sistem pembelajaran yang

membantu pelajar.

Sistem ini dapat menarik

perhatian pelajar dalam

pembelajaran.

Web ini tak “complicated”.

Senang nak bergerak dari

satu page ke page yang

lain. Tak mudah sesat.

Tugasan yang baik,

teruskan usaha.

Page 114: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

98

Secara kesimpulannya komen dan pendapat yang diberikan oleh pengguna

adalah positif terutamanya dari segi rekabentuk strategi pembelajaran dan rekabentuk

interaksi. Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa sistem pembelajaran ini secara tidak

langsung dapat menambahkan pengetahuan dan strategi yang berkesan. Sistem

pembelajaran ini juga sangat menarik Mereka juga, secara keseluruhan amat

berpuashati terhadap sistem pembelajaran menerusi web ini. Namun terdapat perkara

yang perlu diperbaiki seperti penggunaan saiz dan warna fon dalam sistem pembelajaran

ini.

4.8 Penilaian Sumatif : Maklum Balas Pengguna

Setelah penilaian dilakukan oleh pengguna, pengkaji telah menjalankan temu

bual secara terbuka dengan 2 orang pengguna dari kumpulan sampel yang sama yang

dipilih secara rawak. Temu bual dijalankan dalam bentuk kualitatif bertujuan untuk

mendapatkan maklum balas pengguna semasa mereka menilai sistem pembelajaran yang

dibangunkan. Soalan temu bual yang diajukan adalah berkisar kepada pandangan

mereka terhadap sistem pembelajaran yang telah di nilai dan soalan temu bual adalah

dari jenis tidak berstruktur. Terdapat 5 soalan yang disediakan untuk sesi temu bual

tersebut (Sila Rujuk Lampiran C).

Jadual 4.9, menunjukkan jawapan yang diberikan oleh responden dan beberapa

pembentukan tema telah dibuat terhadap jawapan yang diberikan oleh responden.

Page 115: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

99

Jadual 4.9 : Maklum Balas Pengguna Terhadap Temu Bual Yang Di Lakukan.

No

Soalan

Pembentukan Tema

Maklum balas

1

Apakah pengetahuan

yang anda dapat selepas

melayari laman web ini?

Isi pelajaran yang di

perolehi

P1: Melalui situasi yang

diberikan, saya mula jelas

akan kepentingan

mempelajari subjek

telekomunikasi dan

rangkaian.

P2: Saya mula memahami

topologi rangkaian bila

melihat situasi yang diberi

pada bahan pembelajaran

ini.

2

Adakah pendekatan

yang digunakan menarik

minat anda sebagai

pengguna? Komen anda.

Pendekatan

pembelajaran PBS

yang digunakan.

P1: Saya berpendapat,

pendekatan PBS mampu

memberi penjelasan dalam

situasi sebenar. Dengan

bantuan gambar, situasi

yang diberi tampak lebih

realistik

P2: Saya tertarik dengan

situasi yang diberi, tetapi

agak keliru dengan penamat

kepada situasi yang diberi.

Page 116: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

100

3

Apakah anda rasa

apabila situasi yang

diberi merupakan watak-

watak yang berbeza?

Komen anda.

Senario pembelajaran /

strategi pembelajaran

yang digunakan.

P1: Dua watak yang telah

diberikan, memberikan

gambaran pengaplikasian

dalam dunia sebenar. Saya

mula memahami

kepentingan pembelajaran

rangkaian ini.

P2: Watak yang diberikan

tidak berapa berat, tapi agak

menarik. Watak sebagai

guru agak relevan dengan

profesion saya yang akan

datang.

4

Adakah metafora dalam

situasi yang digunakan

berkesan pada anda?

Cth: Telefon, komputer

Reka bentuk interaksi

sistem pembelajaran

P1: Ya. Agak jelas dan

menarik.

P2: Sedikit keliru kerana

metafora berada pada

gambar tanpa label.

5

Apakah aktiviti

pencarian maklumat

melalui pelbagai

alternatif, membantu

anda memahami

perjalanan sistem

pembelajaran ini?

Gabungan strategi dan

interaksi

P1: Agak ringkas dengan

navigasi butang dan

perkataan sebelum dan

seterusnya. Mengurangkan

kekeliruan semasa melayari

sistem ini.

P2: Pendapat saya, aktiviti

yang saya rasakan

membantu seperti nota

apabila klik pada CD dapat

Page 117: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

101

slaid power point. Dengan

aktiviti yang lebih interaktif

contohnya seperti meminta

pelajar memasukkan satu

kata kunci, adalah lebih

melibatkan pelajar.

*P = Pengguna

Kesimpulan yang boleh dibuat hasil daripada temu bual bersama 2 orang

responden mendapati isi pelajaran yang ingin di sampaikan tercapai kerana responden

memberikan maklum balas yang positif. Selain itu sistem pembelajaran yang

dibangunkan ini juga membantu pengguna menghubungkaitkan situasi dalam sistem

pembelajaran dengan situasi dunia sebenar. Dari segi metafora yang digunakan di dalam

gambar foto pada situasi, pengguna agak keliru tanpa sebarang label yang menunjukkan

metafora tersebut mempunyai pautan. Tetapi jika dilihat pada sistem PBSnet ini,

pembangun menyediakan bantuan arahan yang membimbing pengguna untuk

mengetahui pautan yang terdapat pada gambar foto. Dari segi aktiviti pula, pengguna

dapat merasakan aktiviti tersebut tetapi berpendapat bahawa dengan aktiviti yang lebih

dinamik seperti pengguna memasukkan kata kunci, adalah lebih berkesan dan

meningkatkan pemahaman.

4.9 Penilaian Pakar

Sistem pembelajaran yang dibangunkan ini juga turut di nilai oleh seorang

pensyarah dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia sebagai pakar bagi

menilai sistem pembelajaran yang dibangunkan ini. Data diperolehi dari borang

penilaian pakar yang disediakan, sila rujuk Lampiran D. Jadual 4.10 memaparkan

komen daripada pensyarah terhadap reka bentuk sistem pembelajaran secara

keseluruhan.

Page 118: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

102

Jadual 4.10 : Pandangan dan Komen Pakar

Pembentukan Tema

Komen

Isi kandungan pelajaran

“Perincikan kenyataan pada Maklumat Am

untuk menerangkan apa itu situated based

learning dan bagaimana proses pembelajaran

berlaku.

“Tarik perhatian pelajar supaya gunakan situasi

yang disediakan”

“Cadangan : Apply OPD dalam situasi”

*P= Pakar

4.10 Pengujian Sistem

Untuk melihat sejauh mana keberkesanan capaian laman web ini boleh di capai,

beberapa pengujian melalui beberapa perisian pengimbas yang berbeza dengan

menggunakan resolusi skrin yang berbeza telah dilakukan oleh pengkaji. Hasil

pengujian yang dijalankan, mendapati bahawa sistem pembelajaran yang dibangunkan

dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver MX 2004 tidak mengalami

sebarang masalah atau ralat apabila ia di capai dengan menggunakan resolusi dan

perisian pengimbas yang berbeza-beza (Sila Rujuk Jadual 4.10). Pengguna masih boleh

dan dapat mengikuti proses pembelajaran seperti biasa.

Page 119: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

103

Jadual 4.11 : Pengujian Sistem Pembelajaran Menerusi Perisian Pengimbas Dan

Resolusi Yang Berbeza.

Platform

Pengimbas Internet

Resolusi

Catatan

Windows XP

Mozilla

1280 x 800 piksel

1024 x 768 piksel

800 x 600 piksel

OK

OK

OK

Windows XP

Internet

Explorer

1280 x 800 piksel

1024 x 768 piksel

800 x 600 piksel

OK

OK

OK

Windows XP

Netscape

1280 x 800 piksel

1024 x 768 piksel

800 x 600 piksel

OK

OK

OK

4.11 Penutup

Proses mereka bentuk pembangunan sistem pembelajaran menerusi web ini telah

mengambil kira prinsip-prinsip pembelajaran teori konstruktivisme dan ciri-ciri

pembelajaran berasaskan situasi yang dicadangkan oleh Herrington et al., (2000). Sistem

pembelajaran yang dibentuk ini secara tidak langsung dapat membantu pengguna di

dalam menambahkan pengetahuan dan membentuk satu proses pembelajaran bermakna.

Paparan antara muka sistem pembelajaran ini turut di sertakan bagi menggambarkan

secara keseluruhan sistem pembelajaran menerusi web yang di bangunkan ini. Hasil

keputusan dan analisis data juga telah dibincangkan di bab ini. Melalui data yang telah

dikumpulkan melalui instrumen soal selidik dan temu bual, pengkaji dapat merumuskan

bahawa secara keseluruhannya sistem pembelajaran yang dibangunkan ini memenuhi

Page 120: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

104

ciri-ciri pembelajaran berasaskan situasi. Setiap perolehan data yang telah di perolehi

akan di teliti dan dibincangkan serta di rumuskan dengan lebih lanjut pada bab 5.

Page 121: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

105

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dengan lebih terperinci hasil dapatan kajian yang

diperolehi dalam Bab 4. Seterusnya akan mengaitkan dapatan kajian dengan sorotan

kajian yang telah dibuat seperti mana dalam Bab 2. Penilaian juga dibuat berdasarkan

kelebihan dan kelemahan sistem pembelajaran setelah proses pembangunan dan

implementasi dijalankan. Berdasarkan perbincangan yang dibuat pengkaji akan membuat

rumusan dan mengemukakan cadangan dan memberi huraian mengenai sistem

pembelajaran yang dibangunkan.

Page 122: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

106

5.2 Ciri Reka Bentuk Sistem Pembelajaran Berasaskan Masalah Menerusi

Web Berdasarkan 3 Aspek Reka Bentuk Iaitu Reka Bentuk Informasi

Atau Strategi Pembelajaran, Reka Bentuk Antara Muka Dan Reka Bentuk

Interaksi

Reka bentuk sistem pembelajaran berasaskan situasi (PBS) menerusi web ini

atau PBSnet dibincangkan berdasarkan pendapat pelajar dan pakar dari tiga aspek iaitu

reka bentuk informasi atau strategi pembelajaran, reka bentuk antara muka dan reka

bentuk interaksi. Berikut merupakan perbincangan mengenai dapatan kajian dan analisis

yang dilakukan melalui soal selidik dan temu bual yang dijalankan.

5.2.1 Pandangan Pengguna Mengenai Reka bentuk Informasi atau Strategi

Pembelajaran

Hasil analisis soal selidik mengenai reka bentuk informasi ini dapat dilihat dari

Jadual 4.5 (dalam bab 4). Secara keseluruhannya nilai min yang diperoleh untuk item

soalan mengenai reka bentuk informasi berada pada nilai min yang tinggi. Berikut

merupakan item-item soalan yang mempunyai nilai skor min tinggi dimana kesemua

item mencatatkan skor min tinggi :-

i. Tugasan bagi menyelesaikan masalah membolehkan saya membangunkan

pengetahuan sedia ada bagi setiap tajuk yang dihadapi (nilai min = 4.5)

ii. Strategi pembelajaran yang digunakan mampu meningkatkan motivasi saya

untuk terus belajar. (nilai min = 4.4)

iii. Strategi pembelajaran yang digunakan mampu meningkatkan keyakinan diri saya

bagi menghadapi kerjaya sebagai seorang guru. (nilai min = 4.3)

Page 123: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

107

iv. Situasi yang relevan dengan masalah sebenar melaksanakan projek menarik

perhatian saya untuk mendalami subjek ini. (nilai min = 4.2)

v. Strategi pembelajaran yang digunakan di dalam sistem pembelajaran ini

membantu saya dalam menguasai isi pelajaran dengan lebih berkesan. (nilai min

= 4.1 )

vi. Strategi pembelajaran yang digunakan mampu menarik perhatian saya untuk

terus belajar. (nilai min = 4.1)

vii. Saya memahami sesuatu isu dengan lebih mendalam menerusi aktiviti

pembelajaran yang disediakan. (nilai min = 4.1)

viii. Situasi yang mengandungi masalah yang perlu diselesaikan mampu mencabar

kebolehan saya sebagai seorang bakal guru . (nilai min = 4.1)

ix. Strategi pembelajaran yang digunakan mampu membantu saya untuk berfikir

pada aras yang lebih tinggi . (nilai min = 4.0)

x. Saya pernah mengalami situasi pembelajaran yang sama sepertimana di dalam

sistem pembelajaran ini. (nilai min = 3.5)

Berdasarkan nilai min yang diperolehi dan seperti yang di nyatakan, maka

dapatlah dikatakan bahawa strategi pembelajaran yang di aplikasikan ke dalam sistem

pembelajaran yang dibangunkan memenuhi ciri-ciri pembelajaran berasaskan situasi

seperti yang di nyatakan pada objektif kajian di bab 1. Bagi item soalan “Situasi yang

relevan dengan masalah sebenar melaksanakan projek menarik perhatian saya untuk

mendalami subjek ini” mempunyai nilai skor min yang tinggi iaitu 4.2 menunjukkan

bahawa situasi pembelajaran yang digunakan di dalam bahan pembelajaran menerusi

web ini menggunakan masalah dunia sebenar atau autentik. Nilai min ini menunjukkan

bahawa pelajar secara majoriti bersetuju akan situasi yang relevan dengan masalah

dalam melaksanakan projek. Ini disokong dengan ciri-ciri PBS yang di tekankan oleh

Herrington et. al., (2000), iaitu situasi bersifat autentik yang digunakan dalam aktiviti

PBSnet melibatkan pelajar secara langsung dengan memegang watak tertentu dan

Page 124: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

108

melibatkan diri dalam pencarian sumber bahan dan maklumat.. Ini juga bertepatan

dengan ciri-ciri PBM yang di tekankan oleh Stepien et. al., (1993), Doris (2002) dan

Charlin et al., (1998) iaitu masalah yang digunakan dalam aktiviti PBM merupakan

masalah dunia sebenar yang tidak mempunyai struktur yang tersusun dan pelajar dapat

mengaitkannya dengan kehidupan mereka.

Menurut Stepien et al., (1993), masalah merupakan faktor utama yang

menentukan hala tuju kurikulum. Pernyataan ini bertepatan dengan item soalan “Situasi

yang mengandungi masalah yang perlu diselesaikan mampu mencabar kebolehan saya

sebagai seorang bakal guru” yang mempunyai nilai min 4.1. Keadaan ini juga

merupakan ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme seperti yang dinyatakan oleh Hazimah

(2003) di mana pelajar tidak lagi dianggap belajar dengan apa yang diberikan oleh

pensyarah tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama

mengubah suai realiti tersebut.

Pembelajaran berasaskan situasi juga membolehkan pelajar bertindakbalas

dengan pengetahuan sedia ada dengan membuat perkaitan di mana pengetahuan ini akan

digunakan pada keadaan dunia sebenar (Herrington et al., 1997). Ini menyokong akan

item soalan :-

i. Strategi pembelajaran yang digunakan mampu meningkatkan motivasi saya

untuk terus belajar yang mempunyai nilai min 4.4

ii. Strategi pembelajaran yang digunakan mampu meningkatkan keyakinan diri saya

bagi menghadapi kerjaya sebagai seorang guru yang mempunyai nilai min 4.3.

iii. Situasi yang relevan dengan masalah sebenar melaksanakan projek menarik

perhatian saya untuk mendalami subjek ini yang mempunyai nilai min 4.2

iv. Strategi pembelajaran yang digunakan di dalam sistem pembelajaran ini

membantu saya dalam menguasai isi pelajaran dengan lebih berkesan yang

mempunyai nilai min 4.1

Page 125: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

109

v. Strategi pembelajaran yang digunakan mampu menarik perhatian saya untuk

terus belajar yang mempunyai nilai min 4.1.

Secara keseluruhannya, reka bentuk informasi atau strategi pembelajaran yang

digunakan di dalam sistem pembelajaran ini berjaya membantu pengguna memperolehi

dan mengorganisasikan pengetahuan pengguna kerana hasil dapatan menunjukkan

bahawa pengguna memahami akan isi pelajaran yang ingin di sampaikan. Keadaan ini

juga menyokong pelajar di dalam mewujudkan situasi pembelajaran aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, kerana menurut Jonassen (1991) masalah yang disediakan

oleh guru perlulah sesuatu yang menarik, relevan, perlu melibatkan pelajar serta kurang

berstruktur.

Mmenurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1997), salah satu implikasi utama

pendekatan konstruktivisme yang paling utama ialah pengajaran dan pembelajaran

adalah berpusatkan pelajar. Pelajar sendiri yang akan mencari bahan untuk proses

pembelajaran mereka. Keadaan ini akan membentuk satu kemahiran generik iaitu

kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis maklumat yang merangkumi

kebolehan untuk mengenal pasti dan memilih informasi, menilai informasi, sumber

informasi dan cara mendapatkan informasi serta menggunakan informasi secara efektif.

Keadaan ini menunjukkan bahawa sistem pembelajaran menerusi web yang

dibangunkan ini tergolong dalam bahan pembelajaran yang interaktif.

5.2.2 Pandangan Pengguna Mengenai Reka Bentuk Antara Muka Atau

Persembahan

Dapatan kajian bagi reka bentuk antara muka sistem pembelajaran yang

dibangunkan ini menunjukkan min skor yang diperolehi untuk item soalan sistem

Page 126: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

110

navigasi mudah dikenalpasti, sistem pembelajaran tidak mengandungi kesilapan ejaan

dan saiz paparan sesuai dengan komputer yang digunakan memperolehi min tertinggi

iaitu 4.6. Ini menunjukkan bahawa sistem pembelajaran yang dibangunkan boleh

dikatakan mempunyai sistem navigasi yang jelas, kurang mengandungi kesilapan dari

sudut ejaan dan mempunyai saiz paparan yang bersesuaian. Pada item soalan 6 iaitu

“Sistem pembelajaran menggunakan fon (jenis tulisan) yang mudah dibaca”

mencatatkan skor tinggi iaitu 4.2. Dapatan analisis ini juga di sokong oleh dapatan

kajian Zaidatun Tasir (2002) dan Jamalludin Harun (2003) yang mendapati pelajar

bersetuju bentuk tulisan yang sesuai digunakan dalam bahan pembelajaran adalah

bentuk tulisan yang ringkas dan mudah dibaca.

Berikut merupakan item-item soalan yang terdapat pada jadual 4.6 dan

kesemuanya mencatat nilai skor min tinggi antara 4.1 – 4.6:-

i. Sistem navigasi yang disediakan mudah dikenal pasti fungsinya (nilai min = 4.6)

ii. Sistem pembelajaran tidak mengandungi kesilapan dari sudut ejaan.(nilai min =

4.6)

iii. Saiz paparan sesuai dengan paparan komputer yang digunakan (nilai min= 4.6)

iv. Demonstrasi yang digunakan meningkatkan pemahaman saya (nilai min = 4.5)

v. Penggunaan warna keseluruhan sesuai (nilai min = 4.5)

vi. Reka bentuk skrin sistem pembelajaran bersesuaian sebagai media pembelajaran

( nilai min = 4.3)

vii. Simulasi yang digunakan bersesuaian dalam membantu proses pembelajaran

(nilai min = 4.2)

viii. Pemilihan warna yang digunakan di dalam sistem pembelajaran ini adalah

bersesuaian.(nilai min=4.2)

ix. Sistem pembelajaran menggunakan fon (jenis tulisan) yang mudah dibaca (nilai

min= 4.2)

x. Grafik yang digunakan dalam sistem pembelajaran ini menarik perhatian saya

untuk belajar.(nilai min = 4.1)

Page 127: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

111

Jika dilihat pada min tertinggi iaitu 4.6, sistem navigasi yang mudah

dikenalpasti, sistem pembelajaran yang tidak mengandungi kesilapan ejaan dan saiz

paparan yang sesuai merupakan elemen penting dalam memastikan pembangunan

PBSnet ini konsisten untuk pembelajaran.

Warna ton biru dengan corak ringkas yang digunakan sebagai warna latar

belakang memperoleh nilai min 4.5, ini menunjukkan bahawa rata-rata responden

bersetuju akan penggunaan warna tersebut sebagai warna latar belakang. Menurut

Massita Mohd Yusof dan Tiza Lytha Rimaya Musly Thahar dalam kajian Jamalludin

Harun (2003) mengenai kajian yang melibatkan responden di pusat pengajian tinggi

(IPT) mendapati bahawa pelajar bersetuju warna latar belakang yang sesuai untuk

sesuatu sistem pembelajaran berkomputer ialah warna yang latar belakangnya lembut

dan harmoni berbanding warna terang dan agressif.

Penggunaan grafik ini juga mampu menerangkan sesuatu konsep yang tidak

dapat atau sukar di terangkan melalui penggunaan teks semata-mata (Jamalludin Harun

dan Zaidatun Tasir, 2000). Dalam ciri PBS oleh Herrington et al., (1997) juga ada

menyenaraikan kepentingan elemen atau konteks realistik dalam sesebuah sistem

pembelajaran multimedia. Secara keseluruhannya, penggunaan elemen multimedia

sebagai medium untuk menyampaikan maklumat pada sistem pembelajaran yang

dibangunkan ini adalah amat penting di dalam mempengaruhi ciri-ciri reka bentuk antara

muka yang menarik dan memenuhi kehendak dan keperluan pelajar.

5.2.3 Pandangan Pengguna Mengenai Reka bentuk Interaksi

Dapatan kajian bagi reka bentuk interaksi sistem pembelajaran yang

dibangunkan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.7 menunjukkan bahawa responden

berkecenderungan menggunakan konsep pembelajaran yang interaktif. Ini dapat dilihat

dari penilaian yang diperolehi menunjukkan majoriti skor min bagi item soalan untuk

Page 128: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

112

reka bentuk interaksi berada pada tahap tinggi iaitu antara nilai 4.1 – 4.5. Berikut

merupakan kesemua item soalan yang menunjukkan nilai skor min yang berada pada

tahap yang tinggi.

i. Terdapat lebih dari satu bentuk capaian maklumat yang disediakan oleh sistem

pembelajaran ini.(nilai min = 4.5)

ii. Perjalanan persembahan maklumat di dalam sistem pembelajaran ini senang

diikuti (nilai min = 4.4)

iii. Sistem pembelajaran ini menyediakan pautan (link) ke laman web lain yang

berkaitan (nilai min = 4.4)

iv. Sistem pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk membuat

refleksi (nilai min = 4.4)

v. Pelajar mudah untuk mencapai maklumat yang diperlukan.(nilai min=4.3)

vi. Sistem pembelajaran ini menyediakan peluang pelajar untuk berinteraksi.(nilai

min = 4.3)

vii. Struktur sistem pembelajaran ini membolehkan pelajar memberi tumpuan

terhadap apa yang ingin dicapai dalam proses pembelajaran (nilai min = 4.2)

viii. Pengguna boleh mencapai maklumat yang diperlukan dengan mudah (nilai min=

4.2)

ix. Struktur sistem pembelajaran ini tidak menyebabkan pelajar sesat semasa

menerokainya.(nilai min= 4.2)

x. Kemudahan komunikasi secara elektronik (seperti ruang memberi pendapat, mel

elektronik dan sebagainya) ada disediakan di laman web ini.(nilai min= 4.1)

Item-item soalan yang berada pada tahap nilai skor min tinggi ini merupakan

antara beberapa ciri pembelajaran yang menyokong pembelajaran konstruktivisme

kerana menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1997), salah satu implikasi utama

pendekatan konstruktivisme yang paling utama ialah pengajaran dan pembelajaran

adalah berpusatkan pelajar. Pelajar sendiri yang akan mencari bahan untuk proses

Page 129: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

113

pembelajaran mereka. Keadaan ini akan membentuk satu kemahiran generik iaitu

kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis maklumat yang merangkumi

kebolehan untuk mengenal pasti dan memilih informasi, menilai informasi, sumber

informasi dan cara mendapatkan informasi serta menggunakan informasi secara efektif.

Keadaan ini menunjukkan bahawa sistem pembelajaran PBSnet menerusi web

yang dibangunkan ini tergolong dalam bahan pembelajaran yang interaktif dan

memenuhi ciri –ciri pembelajaran berasaskan situasi oleh Herrington et al.,(2000).

5.3 Cadangan dan Komen Pengguna

Perbincangan ini meliputi pandangan dan komen pengguna pada jadual 4.8

melalui soal selidik yang diedarkan. Berikut di bincangkan pandangan dan komen

daripada pengguna mengikut pembentukan tema iaitu warna teks dan fon serta sistem

pembelajaran dan interaksi:

5.3.1 Komen Mengenai Warna Teks dan Fon

Melalui edaran borang soal selidik didapati bahawa seorang responden telah

menyatakan bahawa saiz fon hendaklah dibesarkan sedikit dan warna fon hiperteks

yang digunakan pada latar belakang merah pada arahan dikatakan kurang jelas. Ini

bertepatan dengan kajian Zaidatun Tasir (2002) dan Jamalludin Harun (2003) yang

mendapati pelajar bersetuju bentuk tulisan yang sesuai digunakan dalam bahan

pembelajaran adalah bentuk tulisan yang ringkas dan mudah dibaca.

Page 130: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

114

5.3.2 Komen Mengenai Sistem Pembelajaran dan Interaksi

Secara keseluruhannya komen responden mengenai reka bentuk sistem

pembelajaran dan interaksi yang dibangunkan mendapat komen yang positif seperti

pengguna menyatakan bahawa sistem pembelajaran ini membantu pelajar, sistem

pembelajaran web ini juga dikatakan tidak “complicated” dan mudah untuk bergerak

dari satu “page” ke satu “page” yang lain. Pengguna juga berpendapat pembangunan

sistem pembelajaran ini merupakan satu usaha yang baik dan patut diteruskan.Menurut

kajian oleh Saharani (2006), menunjukkan bahawa responden berkecenderungan

menggunakan konsep pembelajaran yang interaktif. Ini menunjukkan sistem

pembelajaran yang membenarkan pelajar untuk lebih berinteraksi dengan sistem adalah

lebih mudah diterima dan dipersetujui oleh pelajar.

5.4 Komen Pengguna Melalui Temu bual

Satu sesi temu bual telah dijalankan selepas pengguna menilai sistem

pembelajaran bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan yang berkaitan dengan

tiga aspek reka bentuk pembelajaran. Beberapa tema telah dihasilkan menerusi data yang

diperolehi melalui temu bual tersebut (Sila rujuk Jadual 4.9). Berikut merupakan maklum

balas yang diberikan oleh responden mengikut soalan yang di kemukakan:-

Soalan 1:-

Apakah yang anda dapat selepas melayari laman web ini?

Maklum balas yang diperolehi menunjukkan bahawa responden memahami dan

dapat merasai situasi yang diberikan di dalam sistem pembelajaran PBSnet ini. Mereka

mula merasakan kepentingan mempelajarai rangkaian komputer dan subjek berkaitan.

Page 131: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

115

P1: “Melalui situasi yang diberikan, saya mula jelas akan kepentingan mempelajari

subjek telekomunikasi dan rangkaian..”

P2: “Saya mula memahami topologi rangkaian bila melihat situasi yang diberi pada

bahan pembelajaran ini.”

Soalan 2:-

Adakah pendekatan yang digunakan menarik minat anda sebagai pengguna? Komen

anda.

Maklum balas yang diperoleh adalah positif di mana responden menyatakan

bahawa pendekatan yang digunakan bagus dan menarik kerana sistem pembelajaran

yang dibangunkan menyediakan beberapa aktiviti pencarian maklumat melalui situasi

yang diberikan yang agak realistik dan teratur. Walaubagaimanapun, ada pengguna yang

agak keliru dengan penamat kepada dapatan bahan yang diterima.

P1: “Saya berpendapat, pendekatan PBS mampu memberi penjelasan dalam situasi

sebenar. Dengan bantuan gambar, situasi yang diberi tampak lebih realistik”

P2: Saya tertarik dengan situasi yang diberi, tetapi agak keliru dengan penamat kepada

situasi yang diberi.”

Soalan 3:-

Apakah anda rasa apabila situasi yang diberi merupakan watak-watak yang berbeza?

Komen anda.

Responden menunjukkan watak yang diberikan adalah menghampiri kepada

dunia sebenar dan ia membantu dalam memahami kepentingan pembelajaran rangkaian

komputer ini.

Page 132: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

116

P1: Dua watak yang telah diberikan, memberikan gambaran pengaplikasian dalam

dunia sebenar. Saya mula memahami kepentingan pembelajaran rangkaian ini.”

P2:” Watak yang diberikan tidak berapa berat, tapi agak menarik. Watak sebagai guru

agak relevan dengan profesion saya yang akan datang”.

Soalan 4:-

Adakah metafora dalam situasi yang digunakan berkesan pada anda? Cth: Telefon,

komputer.

Hasil temu bual mendapati kesemua metafora adalah jelas tetapi ada juga

responden menyatakan walaupun metafora itu mudah dikenali tetapi pada foto

bergambar ia tidak berapa jelas tanpa sebarang label.

P1: “Ya. Agak jelas dan menarik..”

P2: “Sedikit keliru kerana metafora berada pada gambar tanpa labe..”

Soalan 5:-

Apakah aktiviti pencarian maklumat melalui pelbagai alternatif, membantu anda

memahami perjalanan sistem pembelajaran ini?

Responden berpendapat aktiviti pencarian agak ringkas dan tidak mengelirukan,

namun begitu terdapat juga responden menyatakan aktiviti yang diberikan akan lebih

interaktif dan melibatkan pelajar secara lebih aktif dengan adanya ruangan memasukkan

kata kunci atau input berbentuk teks.

P1: “Agak ringkas dengan navigasi butang dan perkataan sebelum dan seterusnya.

Mengurangkan kekeliruan semasa melayari sistem ini.”

Page 133: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

117

P2: “Pendapat saya, aktiviti yang saya rasakan membantu seperti nota apabila klik

pada CD dapat slaid power point. Dengan aktiviti yang lebih interaktif contohnya

seperti meminta pelajar memasukkan satu kata kunci, adalah lebih melibatkan

pelajar..”

Hasil daripada data yang diperolehi melalui temu bual bersama responden,

sistem pembelajaran menerusi web yang dibangunkan ini dapat dijadikan sebagai

medium pembelajaran yang memenuhi corak (trend) pembelajaran pendidikan tinggi

masa kini selain penggunaan teori konstruktivisme sebagai tulang belakang strategi

pembelajaran.

Sistem pembelajaran PBSnet ini juga memenuhi ciri-ciri pembelajaran

konstruktivisme seperti yang di sarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1997) di

mana ia mengandungi kelima-lima pendekatan pembelajaran konstruktivisme iaitu

penglibatan, penjelajahan, penerangan, penghuraian dan penilaian. Ia juga secara

langsung menekankan aspek dan ciri –ciri kritikal pembelajaran berasaskan situasi yang

disarankan oleh oleh Herrington et al., (2000).

5.5 Komen Pakar Melalui Borang Pengesahan Pakar

Melalui borang pengesahan pakar yang telah di edarkan, didapati bawah pakar

lebih menjurus kepada isi pelajaran topologi rangkaian ini (rujuk Jadual 4.10). Antara isi

penting ulasan oleh pakar ialah perincikan kenyataan pada Maklumat Am untuk

menerangkan apa itu situated based learning dan bagaimana proses pembelajaran

berlaku.Tarik perhatian pelajar supaya gunakan situasi yang disediakan dan cadangan

yang telah diberikan ialah pakar meminta pembangun untuk mengintegrasikan OPD

Page 134: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

118

dalam situasi selain daripada OPD sedia ada yang diintergrasi ke dalam laman web

PBSnet pada paparan khas OPD sahaja dan nota.

5.6 Kesimpulan

Berdasarkan kepada objektif kajian ini, bolehlah di ringkaskan bahawa sistem

pembelajaran yang dibangunkan ini memenuhi ciri-ciri pembelajaran berasaskan situasi

yang di cadangkan oleh oleh Herrington et al., (2000). Ini di buktikan dengan dapatan

analisis kajian dan pendapat pelajar bagi ke tiga-tiga ciri reka bentuk pelajaran yang

telah di bincangkan.

Secara keseluruhannya reka bentuk informasi atau strategi pembelajaran yang

digunakan menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu di antara 3.5 hingga 4.5. Ini

menunjukkan bahawa strategi pembelajaran yang digunakan berjaya mempengaruhi

pembelajaran responden dan membentuk pembelajaran aktif. Di samping itu juga

penggunaan situasi pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri realistik dan autentik dapat

membantu responden dalam menguasai isi pelajaran dengan lebih berkesan.

Dari segi reka bentuk antara muka pula, majoriti responden bersetuju dengan

reka bentuk antara muka yang dibina. Penggunaan imej realistik dan metafora

membuatkan reka bentuk antara muka bahan pembelajaran ini tampak lebih menarik dan

menyerupai situasi dunia sebenar. Selain penggunaan warna biru yang mempunyai

corak ringkas sebagai warna latar belakang yang digemari oleh kebanyakan responden,

teks yang digunakan juga mudah dibaca walaupun terdapat komen dari responden

bahawa teks yang digunakan agak kecil.

Reka bentuk interaksi sistem pembelajaran menerusi web ini secara

keseluruhannya berada pada tahap min tinggi. Sistem navigasi juga dikatakan

Page 135: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

119

mempunyai fungsi yang jelas dan boleh diterima oleh pengguna. Responden juga

bersetuju situasi yang digunakan membantu mereka dalam pembelajaran.

Secara amnya, sistem pembelajaran menerusi web ini telah berjaya di bangunkan

dan di nilai walaupun mengalami beberapa kelemahan. Pandangan dan komen yang

diberikan oleh responden dan pakar akan dijadikan panduan oleh pembangun untuk

cadangan kajian dan pembangunan lanjutan di masa akan datang.

5.7 Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan

Berdasarkan dapatan kajian serta cadangan dan pendapat dari pakar dan

pengguna yang terlibat dalam kajian ini, beberapa cadangan kajian dan pembangunan

lanjutan diperoleh bagi memperbaiki kelemahan sistem pembelajaran yang di bangunkan

ini iaitu:-

i. Objek Pembelajaran Digital (OPD) perlu diperbanyakkan lagi bagi

mewujudkan lebih banyak elemen perkongsian bahan pengajaran dan

fleksibiliti bahan tersebut.

ii. OPD juga perlu diintegrasikan dengan lebih menarik di dalam PBS.

iii. Mempelbagaikan lagi situasi agar konteks auntentik dan realistik akan dapat

dimanipulasi dengan baik

iv. Menyediakan lebih banyak refleksi pada setiap topik agar pengguna dapat

menguji kefahaman dengan lebih kerap.

v. Mencari alternatif kepada pelbagai penyelesaian bagi sesebuah topik

pembelajaran bagi menghasilkan sebuah sistem pembelajaran yang mantap dan

menarik.

Page 136: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

120

5.8 Penutup

Berdasarkan dapatan dan kesimpulan yang telah dilakukan, sistem pembelajaran

menerusi web atau PBSnet yang dibangunkan ini dapat memberi impak kepada institusi

pendidikan tinggi negara kerana pendekatan pembelajaran berasaskan situasi (PBS) yang

digunakan ini mampu meningkatkan motivasi pengguna atau pelajar terhadap input yang

ingin di sampaikan.

Diharapkan bahawa sistem pembelajaran yang dibangunkan ini mampu memberi

sumbangan dan boleh di manfaatkan dalam usaha mempelbagaikan lagi corak

pembelajaran semasa bagi memastikan dunia pendidikan negara lebih inovatif dan

berdaya saing.

Page 137: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

121

BIBLIOGRAFI Adnan bin Ahmad dan Mohd Faisal Ibrahim (2004).”Interactive and Animated Web

Based Course Development”. Persidangan e Pembelajaran Kebangsaan 2004.

Ahmad Muhaimin Mohamad (2004 ). “Pembinaan dan Penilaian Laman Web Interaktif Berasaskan Teori Kecerdasan Pelbagai. Tesis Sarjana : Universiti Teknologi Malaysia ( UTM).

Albion, P.R. (2000). “Developing Interactive Multimedia Using A Problem Based Learning FrameWork”. Kertas Kerja di bentangkan di ASET / HERDSA Conference, Toowoomba. Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir. (2001) Sistem Komputer dan Aplikasinya. Venton Publishing Baharudin Aris, Mohd Salleh Abu, Mohammad Bilal Ali & Noraffandy Yahaya (2002). “Pembangunan dan Penilaian Perisian Alat Will (Web-Based Integrated Learning Tool): Kajian Pola Interaksi Pelajar dalam Persekitaran Pembelajaran melalui Web. Vote No : VOT 71604. Universiti Teknologi Malaysia. Bransford, J. D., Sherwood, R. D., Hasselbring, T. S., Kinzer, C. K. and Williams, S. M.

(1990).Anchored instruction: Why we need it and how technology can help. In D. Nix and R. Spiro (Eds.),Cognition, education and multimedia: Exploring ideas in high technology, Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum, pp. 115-141.

Bransford, J. D., Vye, N., Kinzer, C. and Risko, V. (1990). Teaching thinking and content

knowledge: Toward an integrated approach. In B.F. Jones and L. Idol (Eds.), Dimensions of thinking and cognitive instruction, Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates, pp. 381-413.

Brown, J.S., Collins, A., Duguid, P. (1989). Situated Cognition and The Culture of

Learning. Educational Researcher Chang, R.K.C ( 2004 ). Teaching computer networking with the help of personal

computer networks. Proceeding of the 9th Annual SIGCSE conference on Innovation and technology in computer science education ITiCSE ’04 June 2004 United Kingdom ACM Press, 208-212

Cognition and Technology Group at Vanderbilt (1990). Anchored instruction and its relationship to situated cognition. Educational Researcher, Vol. 19, No. 6, pp. 2-10.

Cognition and Technology Group at Vanderbilt (1993). Anchored instruction and

situated cognition revisited. Educational Technology, Vol. 33, No. 3, pp. 52-70.

Page 138: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

122

Cognition and Technology Group at Vanderbilt (1993b). Designing learning environments that support thinking: The Jasper Series as a case study. In T. M. Duffy, J. Lowyck and D. H. Jonassen (Eds.), Designing environments for constructive learning, Berlin: Springer-Verlag, pp. 9-36.

Cognition and Technology Group at Vanderbilt (1993c). Toward integrated curricula:

Possibilities from anchored instruction. In M. Rabinowitz (Ed.), Cognitive science foundations of instruction, Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates, pp. 33-55.

Dick ,W., Dan Reiser, R.A. (1989). “Planning Efective Instruction.” Prentice-Hall. Griffin, M. M. (1995). You can’t get there from here: Situated learning, transfer and map skills.Contemporary Educational Psychology, Vol. 20, pp. 65-87.

Hashim Asman, Azizah Aziz, Mohd. Hidzir Abdul Rashid. Samudin Kassan (2002). “Educational Learning Management System (ELMaS) : Model Generik Sistem Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Web Untuk Latihan Perguruan”. Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, Maktab Perguruan Batu Lintang, Sarawak.

Hazimah Hj Samin (2001). Teknologi Komunikasi Dan Maklumat: Teori Dan Realiti. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. [Atas Talian] : http://planet.time.net.my/KLCC/azm01/ge6433/ge6433_tugasan4_1.html

Hazimah Hj Samin, 2001. “Teori Dan Strategi Pengajaran Pembelajaran Dalam Merekabentuk Perisian Kursus PPBK”. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. [Atas Talian] : http://planet.time.net.my/KLCC/azm01/ge6663/ge6663_tugasan4_1.html

Heinich, R., Molenda, M., Russel, J. D. dan Smaldino, S. E. (1999). Instructional Media and Technology for Learning, 6th ed., Upper Saddle River, NJ : Prentice Hall. Herrington, J.,Oliver, R., Herrington, T., & Sparrow, H(2000). Towards a new transition

of online instruction: using situated learning theory to design web-based units. Paper presented at the ASCILITE 2000 CONFERENCE, December 9-14 2000, Coffs Harbour, Australia

Herrington, J.,Oliver, R.,(1997). Critical Characteristics of Situated Learning:

Implications for the Instructional Design of Multimedia. Ibrahim Ahmad (2005).”Pembangunan Prototaip Perisian Multimedia Interaktif Sistem

Komputer dan Aplikasinya Berasaskan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah”. Tesis Sarjana, UTM.

Page 139: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

123

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2000). “Pengenalan Kepada Multimedia.” Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir (2001). “Pembangunan Perisian

Multimedia : Satu Pendekatan Sistematik”. Venton Publishing (M) Sdn Bhd. Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003). “Multimedia dalam Pendidikan.” PTS

Publications and Distributors Sdn Bhd. Jamalludin Harun (2003). “Pembinaan Dan Penilaian Keberkesanan Sistem Pembelajaran

Berasaskan Masalah Menerusi Web Bagi Program Perguruan”. Tesis PhD UTM

Jonassen, D.H. (1991). “Objectivism versus Constructivism : Do We Need a New Philosophical Paradigm? Educational Technology Research and Development

Juliyana Baharudin (2006).“Pembangunan dan Penilaian Sistem Pembelajaran Berasaskan Masalah Menerusi Web bagi Tajuk Grafik Digital Dalam Pendidikan. Tesis Sarjana : Universiti Teknologi Malaysia ( UTM).

Lave, J. and Wenger, E. (1991). Situated learning: Legitimate peripheral participation. Cambridge:Cambridge University Press.

Liaw, S.S. (2001). “Designing The Hypermedia-Based Learning Environment.” Strategising Teaching and Learning in the 21st Century. Universiti Teknologi Malaysia.

LOM (2000). LOM working draft v4.1 [On-line]. Available: http://ltsc.ieee.org/doc/wg12/LOMv4.1.htm

Mohini Mohamed dan Tang Home Eng (2002). “Pembinaan dan Penilaian Satu Perisian Prototaip Dalam Tajuk Kalkulus Perbezaan”. Universiti Teknologi Malaysia.

Mok Soon Sang, 2002. Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Semester 1 & 2. Edisi Ke 2. Kuala Lumpur.

Muhamad Kasim Basir (2002). “Pembelajaran Konsep Sains Menggunakan Perisian Web Dalam Konteks Sekolah Bestari”. Tesis PhD, Universiti Teknologi Malaysia.

Nin Hayati Mohd Yusoff (2005 ). “Keperluan Pembelajaran Berbantu Multimedia Bagi Subjek Sistem Elektronik I di Politeknik Malaysia. Tesis Sarjana : Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn ( KUiTTHO)

Pusat Pekembangan Kurikulum (2002). “Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Grafik Berkomputer” Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 140: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

124

Pusat Perkembangan Kurikulum (2005). ”ICT Dalam Pendidikan, Satu Tanda Tanya”.

Edisi Khas. Kementerian Pendidikan Malaysia Rio Sumarni Shariffuddin, Widad Othman dan Tang Howe Eng (2002).”Iventori Proses

Kognitif (IPK) Berasaskan Web Untuk Menguji Kemahiran Berfikir Secara Kritis (KBK) Dan Penilaian Stail Pembelajaran Pelajar”. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan, Fakulti Pendidikan, UTM

Saifullizam Puteh, Ahmad Rizal Madar dan Mohd Zairulniza Jaludi(2005).”Pembelajaran Melalui Simulasi Komputer Dalam Membangunkan Proses Kognitif”. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan ICT Dalam Pendidikan 2005.

Sally, H. (1999) alih bahasa oleh K.Y. Chong. (1999). Seni Reka & Tipografi Cara Mudah. Kuala Lumpur:Federal Publication Shaharom Noordin (1996). “ Pengajaran Individu Menggunakan Modul Pengajaran

Kendiri di Sekolah Menengah.” Jurnal Akademik

Suryanti Awang, Tuty Asmawaty Abdul Kadir, Azma Abdullah, Aziman Abdullah dan Mohd Fairuz Ramli (2005). “ICT : Senario dan Cabaran dalam Pendidikan”. Seminar Kebangsaan ICT Dalam Pendidikan 2005.

Tripp, D. S. dan Bichelmeyer, B. (1990). Rapid Prototyping : An Alternative Instructional Design Strategy, Educational Technology Research and Development, 38 (1), ms. 31-44. Wan Salihin Abdullah dan Mohd. Yusof Arshad (1996). “Penggunaan Teknologi

Maklumat Sebagai Alat Kognitif Dalam Pendidikan Sains”. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Wiley, David A. (2000). The Instructional Use of Learning Objects. Bloomington, IN AECT.[atas talian] http://reusability.org/read/ Zielinski, Dave. (2000, September). Objects of Desire, Training, 126-134. INTERNET Zarina Abdul Malek (2004). KEMAMPUAN MENGAJAR GURU TAHUN 2004: Teori , Strategi dan Perkaedahan Dalam Pendidikan Komputer http://pendidikan.tv/guruinternet.html

Page 141: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

125

Rosliwati Salleh & Siti Jamilah Jamaluddin (2002).Teori Dan Strategi Pengajaran Pembelajaran Dalam Merekabentuk Perisian Kursus PPBK. http://www.geocities.com/siti_ros/5.htm

Page 142: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

LAMPIRAN A

CARTA ALIR SISTEM PEMBELAJARAN (PBSnet) `

Mula

Skrin Utama Maklumat Am Pembelajaran Situasi OPD Forum Kuiz

Sitemap

Situasi 1 Situasi 2

Telefon Pakar

Enjin Carian

Yahoo Messanger

Nota CD Refleksi E Mail

Refleksi SMS

Page 143: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

127

LAMPIRAN B

BORANG SOAL SELIDIK

1. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada 3 bahagian:

BAHAGIAN A: Data Peribadi Responden

BAHAGIAN B: Kajian Rekabentuk

B1 Rekabentuk Informasi / Strategi Pembelajaran

B2 Rekabentuk Antaramuka

B3 Rekabentuk Interaksi

BAHAGIAN C: Cadangan dan Komen

2. Saudara/i diharapkan dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan berdasarkan

kepada jawapan yang paling sesuai.

3. Semua maklumat adalah sulit dan rahsia dan hanya untuk tujuan akademik sahaja.

Bagi segala kerjasama dan masa yang diberikan bagi soalan ini, saya mengucapkan

terima kasih.

Arahan: Sila lengkapkan maklumat-maklumat berikut dengan menandakan ( / ) pada

ruang petak yang disediakan.

1. Jantina

2. Keturunan

BAHAGIAN A: PROFIL RESPONDEN

1. Lelaki 2. Perempuan

1. Melayu / Bumiputera 3. India 4. Lain-lain (Nyatakan _____________)

Page 144: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

128

Arahan: Sila lengkapkan maklumat-maklumat berikut dengan menandakan ( / ) pada

ruang yang disediakan. (1) Amat Tidak Setuju (2) Tidak Setuju (3) Kurang Setuju

(4) Setuju (5) Sangat Setuju

No Reka bentuk Informasi / Strategi Pembelajaran 1 2 3 4 5

1 Saya pernah mengalami situasi pembelajaran yang sama

sepertimana di dalam sistem pembelajaran ini.

2 Strategi pembelajaran yang digunakan mampu

meningkatkan keyakinan diri saya bagi menghadapi

kerjaya sebagai seorang guru.

3 Strategi pembelajaran yang digunakan di dalam sistem

pembelajaran ini membantu saya dalam menguasai isi

pelajaran dengan lebih berkesan.

4 Strategi pembelajaran yang digunakan mampu menarik

perhatian saya untuk terus belajar.

5 Situasi yang relevan dengan masalah sebenar

melaksanakan projek menarik perhatian saya untuk

mendalami subjek ini.

6 Saya memahami sesuatu isu dengan lebih mendalam

menerusi aktiviti pembelajaran yang disediakan.

7 Strategi pembelajaran yang digunakan mampu

meningkatkan motivasi saya untuk terus belajar.

8 Strategi pembelajaran yang digunakan mampu

membantu saya untuk berfikir pada aras yang lebih

tinggi..

BAHAGIAN B: KAJIAN REKABENTUK

Page 145: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

129

9 Situasi yang mengandungi masalah yang perlu

diselesaikan mampu mencabar kebolehan saya sebagai

seorang bakal guru.

10 Tugasan bagi menyelesaikan masalah membolehkan

saya membangunkan pengetahuan sedia ada bagi setiap

tajuk yang dihadapi

No Reka bentuk Antara Muka/ Persembahan 1 2 3 4 5

1 Simulasi yang digunakan bersesuaian dalam membantu

proses pembelajaran

2 Grafik yang digunakan dalam sistem pembelajaran ini

menarik perhatian saya untuk belajar.

3 Demonstrasi yang digunakan meningkatkan pemahaman

saya.

4 Reka bentuk skrin sistem pembelajaran bersesuaian

sebagai media pembelajaran.

5 Pemilihan warna yang digunakan di dalam sistem

pembelajaran ini adalah bersesuaian.

6 Sistem pembelajaran menggunakan fon (jenis tulisan)

yang mudah dibaca

7 Sistem navigasi yang disediakan mudah dikenal pasti

fungsinya

8 Sistem pembelajaran tidak mengandungi kesilapan dari

sudut ejaan.

9 Penggunaan warna keseluruhan sesuai

10 Saiz paparan sesuai dengan paparan komputer yang

digunakan

Page 146: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

130

No Reka bentuk Antara Interaksi 1 2 3 4 5

1 Terdapat lebih dari satu bentuk capaian maklumat yang

disediakan oleh sistem pembelajaran ini.

2 Perjalanan persembahan maklumat di dalam sistem

pembelajaran ini senang diikuti.

3 Pelajar mudah untuk mencapai maklumat yang

diperlukan.

4 Sistem pembelajaran ini menyediakan pautan (link) ke

laman web lain yang berkaitan

5 Struktur sistem pembelajaran ini membolehkan pelajar

memberi tumpuan terhadap apa yang ingin dicapai

dalam proses pembelajaran.

6 Pengguna boleh mencapai maklumat yang diperlukan

dengan mudah.

7 Struktur sistem pembelajaran ini tidak menyebabkan

pelajar sesat semasa menerokainya.

8 Kemudahan komunikasi secara elektronik (seperti ruang

memberi pendapat, mel elektronik dan sebagainya) ada

disediakan di laman web ini.

9 Sistem pembelajaran ini menyediakan peluang pelajar

untuk berinteraksi.

10 Sistem pembelajaran ini memberi peluang kepada

pelajar untuk membuat refleksi.

.............................................................................................................................................

.............................................................................................................................................

.............................................................................................................................................

BAHAGIAN C: CADANGAN DAN KOMEN

Page 147: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

131

.............................................................................................................................................

.............................................................................................................................................

******Segala kerjasama anda dalam membantu kajian ini amat dihargai******

Page 148: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

132

LAMPIRAN C

SOALAN TEMUBUAL

1. Apakah pengetahuan yang anda dapat selepas melayari laman web ini?

2. Adakah pendekatan yang digunakan menarik minat anda sebagai

pengguna? Komen anda.

3. Apakah anda rasa apabila situasi yang diberi merupakan watak-watak yang

berbeza? Komen anda.

4. Adakah metafora dalam situasi yang digunakan berkesan pada anda? Cth:

Telefon, computer

5. Apakah aktiviti pencarian maklumat melalui pelbagai alternatif, membantu

anda memahami perjalanan sistem pembelajaran ini?

Page 149: pembangunan dan penilaian sistem pembelajaran berasaskan

133

LAMPIRAN D

PENGESAHAN PAKAR BIDANG

Adalah disahkan bahawa isi kandungan laman web ini untuk tajuk Topologi Rangkaian

menerusi web bagi mata pelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian yang dihasilkan oleh

saudari Norashikin Binti Sahadan dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai adalah sesuai untuk digunakan oleh pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda

dan telah memenuhi sukatan pelajaran di Jabatan Pendidikan Multimedia, Fakulti

Pendidikan.

Ulasan Am

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Sekian, terima kasih.

Tanda Tangan : ______________________________________

Nama Penuh : ______________________________________

Pengalaman Mengajar : ______________________________________

Kelayakan : ______________________________________

Nama dan Alamat Institusi : ______________________________________

______________________________________

______________________________________

______________________________________

Cop institusi: ______________________ Tarikh : _________________