pelaksanaan penilaian berasaskan sekolah

28
- UTUSAN, 14 Disember 2011 2. Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru? Jawapan : Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan. 4. Bila PBS mula dilaksanakan? Jawapan : PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014. 5. Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada? Jawapan : • PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning.

Upload: puspah5

Post on 22-Dec-2015

58 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

hbkj

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

- UTUSAN, 14 Disember 2011

2. Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?

Jawapan :

Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan.

4. Bila PBS mula dilaksanakan?

Jawapan :

PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.

5. Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada?

Jawapan :

• PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning.

• Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang

Page 2: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.

• PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:

- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan

- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid

- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid

- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.

6. Apakah standard prestasi?

Jawapan :

Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.

7. Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?

Jawapan :

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:

Page 3: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

• Pementoran

• Penyelarasan

• Pemantauan

• Pengesanan

• Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan.

• Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

• Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.

• Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

8. Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka?

Jawapan :

Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila-bila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base).

9. Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?

Jawapan :

Page 4: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

10. Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS?

Jawapan :

PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

11. Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?

Jawapan :

Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:

- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan

- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid

- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid

- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

12. Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS?

Jawapan :

Page 5: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian. 

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru,  Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan  Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

Page 6: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

1 APAKAH PBS?

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi: Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Pusat Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.

Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum danaktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi  murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.

2. APAKAH OBJEKTIF PBS?

Page 7: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

.

3 SUBJEK APAKAH YANG DINILAI MELALUI PBS?

Semua subjek yang diajar di sekolah rendah dan menengah akan dinilai melalui PBS.

4 BAGAIMANAKAH GURU MELAKSANAKAN PBS?

Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya menggunakan Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid.

Guru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit pembelajaran atau pun di akhir tahun.

Untuk mentaksir guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran yang hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah. PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya lebih mengenali murid mereka.

5 APAKAH KELEBIHAN PBS?

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard.

Page 8: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

6 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAND?

Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor mentah seperti  81% atau pun gred A,B,C,D.

BAND STANDARD

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

2 Tahu dan Faham

1 Tahu

Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid di Band 1 mampu mengenal angka 1,2,3 ....

Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan faham nilai angka seperti 24 lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg.

Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah menguasai operasi mudah tambah, tolak, darab dan bahagi.

Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam subjek tersebut.

Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti menyelesaikan operasi tolak dengan mendahulukan rumah ’sa’.

Page 9: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Bagi matematik murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti Berapa biji telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji telur berharga 20 sen?

Dan akhir sekali, di Band 6,  murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Di Band 6 murid boleh membuat keputusan dalam masalah seperti membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga RM30.00 tetapi diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best buy) yang sama kualiti dengan harga RM20.00.

Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3.

PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid.

Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain. Sebaliknya kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap pembelajaran. Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan dengan baik dan terancang PBS bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan individu.

7 ADAKAH PBS AKAN MENAMBAH BEBAN TUGAS GURU?

Sekiranya diurus dan dilaksanakan dengan bijak, guru akan mendapati bahawa PBS memberi banyak manfaat dan mampu mengurangkan beban tugas guru.

Bagi membantu guru melaksanakan PBS, dua aplikasi ICT telah dibangunkan untuk memastikan guru tidak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian. SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasakan Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan melapor

Page 10: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

perkembangan murid. Data yang disimpan boleh dicetak sebagai laporan apabila diperlukan.

8 BOLEHKAH GURU DIPERCAYAI UNTUK MENILAI MURID SENDIRI?

Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui penjaminan kualiti. Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai bukti yang menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar.

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:a.            Pementoranb.            Penyelarasanc.            Pemantauand.            Pengesanan

Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dan boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal.

Penyelarasan adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah sah dan boleh dipercayai.

Pemantauan pula ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi dan mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau Dalaman yang dilantik di peringkat sekolah dan Pemantau Luaran yang terdiri daripada pegawai PPD, JPN dan KPM terlibat dalam proses ini.

Pengesanan pula adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang digunakan bagi meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan guru dan pegawai KPM.

Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua Bidang, Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan PBS dilaksanakan dengan baik seperti dirancang. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. 

Page 11: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

9 ADAKAH PBS SATU KONSEP BARU?

PBS bukan konsep baru. Soalan, kuiz, latihan dalam kelas, kerja rumah dan projek adalah kaedah yang sering diguna pakai oleh guru untuk mengukur penguasaan murid dalam setiap kemahiran yang diajar.

10 PENUTUP

Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat  tentang prestasi muridbagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran. Lebih dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksirannya dilakukan daripada peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang .

Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran

Page 12: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

Perbezaan KBSR dengan KSSR

PENGENALANSistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan selaras dengan perubahan yang telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir. Manakala pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikkan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara – FPN (1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikkan, lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berorientasi berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dilaksanakan pada tahun 2011 hinggalah sekarang.

LATAR BELAKANG : KBSRKBSR merupakan singkatan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang diperkenalkan ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. KBSR diperkenalkan pada tahun 1982 menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan pada tahun 1983, pelaksanaan penuh pun bermula di semua sekolah rendah seluruh negara.

KBSR pada asasnya berpegang pada konsep bahawa murid-murid perlu memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman.KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi menjadi bidang utama dengan menekankan kemahiran asas iaitu kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) yang diterapkan melalui 2 matapelajaran : Bahasa (Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris) dan Matematik. Bidang ini selaras dengan perakuan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

“Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira”

          ~ Perakuan 2a, Laporan Jawatankuasa Kabinet.

Page 13: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

Dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, memfokuskan tentang nilai-nilai kemanusiaan dan persekitan serta komponen kerohanian, nilai dan sikap yang diajar melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Manakala, dalam bidang perkembangan diri individu pula meliputi semua aspek iaitu intelek, rohani, jasmani, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Aspek ini diterapkan kepada murid melalui pembelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik.

Walaubagaimana pun, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1993 selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu. Ini berlaku setelah penyemakan semula kurikulum dibuat dengan alasan bagi mengenalpasti kerelavanannya dalam merentas masa. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah melalui perlaksanaan KBSR.

Konsep bersepadu yang dikandung dalam KBSR adalah meliputi unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan. Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep bersepadu tadi diserapkan melalui :

      I.          Penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran selain daripada penyerapan ilmu pengetahuan.

    II.          Nilai-nilai pula dititikberatkan dan mesti diserapkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

  III.          Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu berlaku secara harmonism menyeluruh dan sepadu. Perkembangan ini tidak boleh dilakukan secara berasingan.

  IV.          Kesepaduan antara teori dan praktik.Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-

murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dalam pergaulan dan memupuk semangat kerja antara satu sama lain.

    LATARBELAKANG : KSSR     Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah merupakan pengukuhan dan penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga Jun 2009. KSSR dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah bermula pada 2011.

Page 14: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

          KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.“KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan”

Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM(2011)          Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSRJadual di bawah menunjukkan banding beza antara KBSR dengan KSSR secara ringkas.

sumber : laman sesawang KPM

1.PERSAMAAN KBSR dengan KSSR

Page 15: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

Sepertimana yang telah kita ketahui, kewujudan KSSR ini adalah merupakan satu proses transformasi daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Ini menjadikan KSSR mempunyai sedikit persamaan dengan KBSR.Antara persamaan KBSR dengan KSSR ialah

      I.          Kedua-dua kurikulum ini diolah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana prinsip KSSR masih lagi berpegang teguh kepada 4 prinsip yang didukung oleh KBSR iaitu pendekatan bersepadu di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan si pelajaran diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur-unsur  intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid. Prinsip lain yang sama-sama dipegang KBSR dan KSSR ialah perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan yang sama serta pendidikan seumur hidup.

    II.          KBSR dan KSSR juga mempunyai persamaan dalam organisasi kurikulum.Kedua-dua kurikulum ini diorganisasikan mengikut tahap iaitu, Tahap 1 dan Tahap 2. Walaubagaimana pun, pengkategorian dalam organisasinya pula telah berbeza(akan dihuraikan di bawah tajuk perbezaan KBSR dan KSSR). KBSR dan KSSR juga turut memberikan penekanan dalam bidang kokurikulum dan pembangunan insaniah.

2.PERBEZAAN ANTARA KBSR dengan KSSRPerbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut ; reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, pembahagian masa, bahan kurikulum, fokus kurikulum dan penilaian.

       I.          Reka bentuk kurikulum.

KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam KSSR.

Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka untuk menjalani ‘independent learning’ .

Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil

Page 16: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan dengan KSSR di mana dibentuk secara modularyang merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan sebagai modul.

    II.          Bahan Kurikulum

Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga membawa perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan. Pembelajaran murid berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu. Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan standard maka dengan itu, bahan yang dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran. Segala perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk membuat perubahan dalam pengajaran masing-masing sama ada daripada segi kaedah, strategi serta teknik mengajar.

  III.          Organisasi Kurikulum

KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3 dan tahap 2 untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam penstrukturan mata pelajaran.          Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah menggunakan bahan-bahan pembelajaran  yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on.

  IV.          Fokus Kurikulum.

Page 17: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap kurikulum . Ini dapat dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid.

KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira, manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas. Kemahiran asas yang telah ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran Menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap 2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.

    V.          Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. EMK diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana hanya menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam perlaksanaan KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Elemen ini diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini diharapkan dapat memenuhi keperkuan murid dalam membangunkan modal insane yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta berkeperibadian mulia.

  VI.          Kaedah Penilaian.

Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan kaedah penilaian          Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding pernilaian formatif.          Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini adalah penilaian  yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan.

Page 18: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

KESIMPULAN

KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing. Namun  perubahan-perubahan yang berlaku disebabkan rasional-rasional atau alasan yang kukuh serta mengikut kehendak perubahan waktu dan selaras dengan cabaran semasa, maka transformasi perlu dilakukan. Segala penambahbaikkan dalam kurikulum ini perlu dilakukan bagi menyediakan warga negara kita untuk menghadapi arus kemodenan dalam menentang cabaran abad ke-21.          Ini jelas dapat dilihat dalam objektif KSSR yang lebih berfokuskan ke arah kemahiran-kemahiran seperti mengira, berfikir, belajar, saintifik dan teknikal. Kemahiran-kemahiran ini meliputi skop yang lebih luas seperti kemahiran dalam teknologi dan maklumat. Kemahiran-kemahiran dalam KSSR juga diperlukan bagi menyiapkan diri menghadapi cabaran masa hadapan dan mempertingkatkan lagi jati diri daripada peringkat akar lagi.

Tugasan 1 ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah)Assalamualaikum dan salam sejahtera..di sini kami ada memuat naik tugasan 1 kami. Tajuk tugasan 1 kami ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS )

1.0  Definisi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang bersifat

holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan

psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

Page 19: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS dioptimumkan untuk mentaksir

bidang akademik dan bukan akademik.

2.0  Mengapakah Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan di Sekolah

3.0  Kelebihan dan Kekurangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

3.1  Kelebihan Penilaian Berasaskan Sekolah

Pentaksiran Rujukan Standard

Pentaksiran Rujukan Stardard diperkenalkan dan merupakan kelebihan kepada

Penilaian Berasaskan Sekolah. Pentaksiran Rujukan Standard menggunakan

Stardard Prestasi demi untuk menambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia

ada. Melalui kaedah ini, guru dapat melihat kemajuan dan pertumbuhan

pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses

mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat

atau telah menguasai sesuatu yang telah dipelajari berdasarkan pernyataan

standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang

dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama

Selain itu, kelebihan penilaian berasaskan sekolah ialah murid-murid dinilai secara

adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,

kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang

lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk

data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri

seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali,

memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insane

yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada

pembangunan Negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-

masing.

Mendidik guru berintegriti

Disamping itu juga, kelebihan penilaian berasaskan sekolah adalah mendidik guru

berintegriti. Merujuk kepada maksud integriti dalam Kamus Dwibahasa DBP, 1985,

integrity ialah kejujuran, ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Oleh itu, integrity

Page 20: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

adalah merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang individu. Guru sebagai

penjawat awam perlulah melaksanakan amanah dan kuasa yang

dipertanggunjawabkan mengikut kepentingan profesionnya. Oleh hal demikian,

dengan melakukan tugas penilaian berasaskan sekolah ini terhadap murid-murid

dengan penuh ikhlas dan jujur maka terdidiklah sifat integrity seseorang guru

tersebut. Penilaian berasaskan sekolah ini memerlukan kejujuran, keutuhan mental

dan fizikal, kesempurnaan dalam melakukan tanggungjawab dan tulus adalah

penting bagi melancarkan lagi proses tersebut. Maka, tanggungjawab seseorang

guru amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran

untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan Negara kita.

Mudah merujuk pencapaian murid

Seterusnya ialah mudah untuk merujuk pencapaian murid dalam sesebuah kelas

mahupun sekolah. Sistem penilaian berasaskan sekolah berkait rapat dengan

penggunaan ICT. Semua data-data tentang murid-murid akan disimpan rapi. Oleh

itu, jika ingin membuat perbandingan pencapaian yang lepas dengan yang terbaru

guru hanya perlu membuka data-data tersebut dan sudah mendapat maklumatnya.

Dengan ini, terlalu mudah untuk guru membuat laporan dan tidak perlu membelek-

belek dan mencari fail yang tersimpan data-data murid-murid. Selain itu, guru juga

dapat mengetahui dengan cepat pelajar yang cemerlang dan lemah. Dari situ, guru-

guru berkenaan dapat memperbaiki prestasi murid yang lemah kearah cemerlang

dan meningkat dalam pencapaian pembelajaran mereka.

Menunjukkan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan pengajaran

Kelebihan penilaian berasaskan sekolah juga adalah dapat menunjukkan

pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Melalui proses

penilaian berasaskan sekolah ini, akan berlaku pertumbuhan dan perkembangan

terhadap murid-murid. Pertumbuhan menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah

perihal atau proses tumbuh (tentang manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang),

tumbesaran. Oleh itu boleh dirumuskan pertumbuhan ialah merujuk kepada

perubahan fizikal dan struktur badan secara kuantitatif. Ianya akan terhenti atau

mengalami sedikit peruhan pada tahap kematangan. Manakala, perkembangan pula

mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perihgal atau proses berkembang

menjadi maju atau tersebar dan membiak. Daripada maksud ini, boleh dirumuskan

perkembangan adalah proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan

persekitaran secara kualitatif. Ianya berlaku secara berterusan hasil daripada

pengalaman dan pembelajaran. Oleh itu, murid-murid akan bertambah

pengetahuan am dan semakin bijak menilai sesuatu. Hal ini kerana guru lebih

Page 21: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

banyak mendedahkan murid-murid dengan soalan-soalan yang menguji minda

mereka. Sekiranya mereka tidak tahu sesuatu maksud mereka akna berusaha untuk

menerokai ataupun menanyakan guru. Oleh itu, perkembangan dan pertumbuhan

murid-murid semakin cemerlang.

3.2  Kelemahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Membebankan guru

Setiap sesuatu perkara atau benda mesti terdapat kelebihan dan kelemahan. Hal

yang sama juga berlaku dalam pentaksiran berasaskan sekolah. Pertama sekali

kelemahan pentaksiran berasaskan sekolah ialah membebankan guru-guru

disekolah. Hal ini demikian kerana terdapat kelemahan dalam sistem yang

ditubuhkan. Antara kelemahannya ialah guru perlu mengekod band murid-murid.

Jika setiap guru mengajar dalam 120 orang murid dalam satu sekolah, maka hal ini

akan membebankan. Kenapa saya menyatakan begitu kerana guru bukan sahaja

memfokuskan untuk menyiapkan kerja ini sahaja malah tanggungjawab lain yang

ditanggung lagi terlalu banyak. Masa yang diberikan juga amat terhad. Selain itu,

hal ini juga pernah dinyatakan dalam dada-dada akhar tentang perungutan guru-

guru tentang beban ini. Disamping itu juga, sekiranya pentaksiran ini tidak dapat

disiapkan di sekolah, guru akan membawa pulang kerja ini kerumah dan ini akan

mengganggu masa guru tersebut bersama keluarga. Maka, jelaslah bahawa

pentaksiran berasaskan sekolah ini amat membebankan guru-guru.

Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan PBS

Pentaksiran berasaskan sekolah ini berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua

guru perlu ada jalur lebar atau dalam kata lain “broadband” untuk menyiapkan

program ini. Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan pentaksiran berasaskan

sekolah berlaku apabila jika seseorang guru melakukan aktiviti mengekod band-

band murid kedalam data, dan berhenti seketika untuk melakukan tugas lain.

Kemudian guru tersebut ingin menyambung kembali tugas itu, beliau perlu bermula

dari awal dan menekan butang “next” sehinggalah sampai rekod yang terakhir. Hal

ini amat menyukarkan guru dan telah mengambil masa yang lama, tambahan lagi

jika jalur lebar yang ada adalah lembab. Masalah ini juga pernah dinyatakan oleh

guru dalam blog dan akhbar-akhbar yang lepas dan mengharapkan pihak

berkenaan ubah proses ini kearah yang lebih cepat dan maju.

Ibu bapa tidak mengetahui tahap IQ anak-anak

Sistem yang digunakan oleh pentaksiran berasaskan sekolah adalah band iaitu

dari band 1 hingga band 6. Berbeza dengan sebelum ini yang menggunkan gred

Page 22: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

iaitu gred A, B, C dan seterusnya. Pengggunaan band ini tidak disukai oleh para ibu

bapa kerana mereka tidak dapat mengetahui lebih terperinci tentang tahap

kecerdasan anak-anak. Sesetengah ibu bapa yang kurang pandai pula tidak tahu

apa itu band?, anak-anak lemah dimana? Dan sebagainya persoalan yang timbul

dalam fikiran ibu bapa. Selain itu, melalui penggunaan pentaksiran berasaskan

sekolah ini juga menyebabkan ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka ke

pusat tuisyen. Hal ini berlaku kerana takut anak-anak akan gagal pada masa

peperiksaan sebenar.  Disamping itu juga, ibu bapa tidak dapat tahu terperinci

tentang tahap kecerdasan anak-anak kerana guru sahaja yang menyimpan

maklumat murid-murid yang sebenar dan ibu bapa hanya dapat maklumat yang

umum sahaja. Tuntasnya, kelemahan ini amat dikesali oleh ibu bapa kerana mereka

menginginkan yang terbaik untuk anak-anak tetapi sebaliknya berlaku iaitu ibu

bapa tidak dapat mengukur tahap kecerdasan anak-anak mereka.

4.0  Aktiviti dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti Membaca

Guru-guru di sekolah mempunyai pengaruh yang besar kepada murid-

murid. Murid  yang terdedah kepada pembelajaran ke arah pembacaan yang aktif

akan lebih bersifat survival, berdikari dan lebih bijak dalam proses berfikir dan

penyelesaian masalah (Raja Abdullah Yaacob : 2008).  

 Guru-guru boleh merancang P&P yang menjurus kepada pembacaan aktif dalam

bentuk kerja kursus, tugasan pembentangan, gerak kerja berkumpulan, berkongsi

artikel,  majalah atau akhbar dalam kelas, bicara buku, pertandingan bercerita,

aktiviti drama atau persembahan boneka. Dengan pelaksanaan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS), aktiviti pengayaan pembacaan aktif  seperti lakonan,

bercerita, forum, debat, sketsa dan pembentangan sewajarnya  disuburkan semula

di sekolah-sekolah.

Sebagai contoh, dalam subjek Bahasa Melayu, guru boleh menggunakan pelbagai

kaedah untuk menarik minat murid untuk membaca. Contoh aktiviti membaca yang

boleh dianjurkan ialah:

Membaca beramai-ramai dalam perhimpunan khas.

Membaca secara korus di hadapan kelas.

Membaca secara individu di hadapan kelas.

Membaca dalam kumpulan.

Sesi bercerita berpandukan bahan bacaan dari Pusat Sumber Sekolah

Contoh aktiviti :

Kelas : 2 Mawar

Page 23: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

Kemahiran : Membaca

Standart   :  Band 1  (Tahu)

Pernyataan Standart: Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan

ditulis.

Tindakan GuruSebelum• Guru menyediakan RPH.• Menyediakan Alat Bantu Mengajar.• Memaklumkan kepada pelajar terlebih dahulu mengenai aktiviti yang bakal dijalankan.• Meminta murid untuk membawa buku teks Bahasa Melayu tingkatan 2 ketika kelas diadakan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

Semasa• Meminta murid untuk membuka buku teks pada halaman 3:“BERTANDANG KE RUMAH SABRINA”• Memberi masa kepada murid untuk membaca teks ‘Bertandang ke rumah Sabrina’.• Guru dan murid akan bersoal jawab.• Kemudian guru akan meminta murid untuk menuturkan dialog dengan intonasi yang sesuai.• Guru mendengar tuturan murid di dalam kelas. 

Selepas• Guru akan membuat penilaian dengan teliti. • Kemudian guru akan mengelaskan pelajar kepada baik, sederhana dan lemah.• Markah penilaian murid akan direkodkan oleh guru.

Tindakan MuridSebelum• Membuat persediaan sebelum memulakan aktiviti.• Membawa buku teks seperti yang diminta oleh guru.Semasa• Murid membuka buku teks pada halaman 3 seperti yang diarahkan oleh guru di dalam kelas.• Murid menggunakan masa yang diberikan dengan sebaik mungkin untuk membaca teks yang terdapat di dalam buku teks Bahasa Melayu tingkatan 2.• Murid akan mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.• Seorang demi seorang murid akan menuturkan dialog dengan intonasi yang sesuai. Selepas• Murid akan dinilai oleh guru.• Selepas itu, murid akan diberitahu pencapaian mereka dalam aktiviti membaca.• Murid yang lemah akan mengulang band. Manakala murid yang baik akan meneruskan ke band 2.

• Murid yang lemah akan dinilai sehingga melepasi band dan layak untuk pergi ke band seterusnya. 

5.0  Kesimpulan

Page 24: PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah

Sebagai kesimpulannya, PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan. Anjakan

paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina Umar al-Khatab

yang menegaskan supaya reka bentuk pendidikan anak-anak wajib berdasarkan

keperluan masa hadapan mereka. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna

sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan, manakala

segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan

dalam persekitaran terkini.

Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa.

Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk

pelaksanaan PBS kembali lemah. Murid, guru dan masyarakat berhak untuk

memberikan sumbangan terbaik demi masa hadapan bangsa dan negara.https://www.academia.edu/attachments/35760342/download_file?s=regpath