pembelajaran berasaskan masalah (pbl)

85
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Upload: khaliladalisya

Post on 24-Oct-2015

200 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Page 2: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Objektif Kursus

• Guru dapat memahami konsep PBL dan pelaksanaannya dalam bilik darjah.

• Guru dapat merancang pengajaran berasaskan PBL.

• Guru dapat memahami dan menerapkan proses PBL dalam pembelajaran murid.

• Guru dapat memahami dan menerapkan aspek penilaian dalam PBL.

Page 3: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Sesi 1

• Konsep PBL

• Apa itu PBL?

• Mengapa gunakan PBL dalam kelas?

Page 4: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Aktiviti 1

• Dalam kumpulan masing-masing, senaraikan kaedah-kaedah pengajaran yang Cikgu sering gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

• Isikan maklumat tersebut dalam borang Aktiviti 1 di bahagian Lampiran.

Page 5: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Penyampaian Kumpulan

• Kaedah-kaedah pengajaran yang kami gunakan ...

• Kaedah yang kerap kami gunakan ...

• Kami kerap gunakan kaedah ini sebab ...

Page 6: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Konsep PBL

dipetik dan diubahsuai dari http://www.thecasefiles.org/PBCS-Overview.htm

Page 7: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

PBL

• Pendidikan melibatkan penyelesaian masalah atau persediaan untuk menyelesaikan masalah. Daripada perkiraan matematik, analisis sastera, kajian sains kepada penyelidikan sejarah, guru membimbing pelajar cara menjawab soalan dan menyelesaikan masalah.

Page 8: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

PBL

• Apabila guru tidak menunjukkan proses menimbul masalah atau persoalan – hanya memberi fakta dan peraturan kepada murid tanpa memberi mereka peluang untuk membina soalan sendiri dan membuat penyelidikan – murid akan menghafal bahan tetapi tidak memahaminya atau tahu menggunakannya.

Page 9: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

PBL

• Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) menyediakan struktur untuk penerokaan yang membantu murid menghayati pembelajaran dan meningkat pemahaman.

Page 10: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Aktiviti 2

• Apa itu PBL?

• Sila tonton video yang berikut dan isikan borang yang terdapat di bahagian Lampiran.

Page 11: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

PBL

“PBL tidak menampilkan kurikulum baharu tetapi sebenarnya kurikulum yang sama melalui kaedah pengajaran yang berlainan."

Fincham et al. (1997)

Page 12: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

PBL

• Terdapat pelbagai model PBL yang digunakan oleh universiti, politeknik, institusi pendidikan dan sekolah-sekolah.

• Model yang digunakan dalam kursus ini ialah model PBL yang disarankan oleh Robert Delisle (1997) dalam buku beliau yang bertajuk How to use problem-based learning in the classroom.

Page 13: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Sejarah PBL

• Awal 1960an.

• Digunakan di sekolah perubatan Mc Master University.

• Untuk menghasilkan doktor yang berupaya menguruskan masalah kesihatan para pesakit dengan cekap dan berperikemanusiaan, doktor mesti punya pengetahuan dan kebolehan menggunakan ilmu tersebut.

Page 14: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

PBL di Sekolah

• Digunakan untuk meningkatkan pencapaian murid.

• Murid harus punya kemahiran berfikir, dibimbing membuat penyelidikan mudah dan menyelesaikan masalah.

• PBL memerlukan murid mendemonstrasikan pemahaman sesuatu bahan atau subjek, bukan sekadar mengulang maklumat sahaja.

Page 15: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

PBL di Singapura

• Digunakan secara menyeluruh di Republic Polytechnic dan Singapore Polytechnic.

• Satu hari satu masalah.

• 3 mesyuarat untuk membincangkan masalah.

• Pembahagian tugas pada mesyuarat pertama.

• Penyelidikan dan perbincangan pada mesyuarat kedua.

• Penyampaian pada mesyuarat yang ketiga.

Page 16: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Kelebihan PBL

• Kaedah berstruktur untuk membantu murid membina kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

• Murid menguasai pengetahuan subjek.

• Murid mempunyai lebih banyak kebebasan.

• Terdapat proses bagi guru membimbing dan memimpin murid.

Page 17: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Kelebihan PBL

• PBL membolehkan murid memainkan peranan yang aktif melalui proses menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan dan mengikuti peraturan yang memerlukan mereka mencari maklumat, berfikir, menyelesaikan masalah dan akhirnya membuat penyampaian.

Page 18: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Aktiviti 3

• Kelebihan PBL.

• Sila tonton video yang berikut dan isikan borang yang terdapat di bahagian lampiran.

Page 19: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Mengapa gunakan PBL?

• Membina kemahiran berfikir.

• Murid perlu membina kemahiran menyelesaikan masalah.

• Mempelajari ilmu untuk menggunakan kemahiran-kemahiran tersebut.

• Murid belajar secara kendiri dan menggunakan maklumat dan ilmu yang mereka perolehi.

Page 20: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Mengapa gunakan PBL?

• Sesuai untuk semua murid dengan bimbingan guru.

• Murid dengan pelbagai kebolehan boleh menggunakan bakat mereka secara berkumpulan untuk menghasilkan penyelesaian.

• Membenarkan murid merancang aktiviti dan memberi mereka tanggungjawab yang lebih. Guru membimbing mereka cara mencabar diri mereka sendiri dan belajar secara kendiri.

Page 21: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Mengapa gunakan PBL?

• Kemahiran Abad ke-21 (literasi sivik, kesedaran global, silang budaya, pemikiran kritikal, maklumat dan komunikasi).

• Hasil pendidikan yang diingini

– Pelajar yakin diri

– Pelajar belajar secara kendiri

– Penyumbang aktif

– Rakyat yang prihatin.

Page 22: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Mengapa gunakan PBL?

• Membina pengguna bahasa yang cekap dan boleh berkomunikasi dengan efektif menggunakan bahasa dalam konteks kehidupan sebenar dan mengaplikasikannya dalam komunikasi interpersonal, mendengar dan membaca untuk memahami, dan melakukan penyampaian dalam bentuk lisan dan penulisan.

Page 23: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

PBL

• PBL amat berkait dengan kehidupan nyata.

• Murid akan berusaha untuk memahami dan mengingat maklumat apabila mereka dapat melihat kaitan antara bahan yang mereka pelajari dengan kehidupan nyata.

• PBL menggunakan masalah yang mirip dengan kehidupan nyata.

Page 24: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

PBL

PBL dan Penglibatan Aktif

• Dalam kebanyakan bilik darjah, pembelajaran adalah suatu aktiviti pasif. Murid menyalin nota dan mengulang maklumat yang sama semasa ujian.

• PBL menggalakkan murid terlibat dalam pembelajaran secara aktif. Menyelesaikan masalah memerlukan penyertaan mereka.

Page 25: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

PBL

PBL dan Pembelajaran Antar Disiplin

• Murid telah terbiasa dengan anggapan setiap subjek terasing daripada subjek lain.

• Dalam dunia nyata, banyak perkara yang memerlukan pengetahuan pelbagai subjek.

• PBL menggalakkan pendekatan antar disiplin. Murid perlu membaca, menulis, menyelidik, menganalisis dan membuat penyampaian.

Page 26: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

PBL

PBL dan Pilihan Murid.

• Dengan ledakan maklumat dan perubahan teknologi yang pesat, sekolah tidak berupaya memberi murid semua maklumat yang diperlukan.

• Murid harus dibimbing pembelajaran kendiri.

• PBL memerlukan murid membuat pilihan tentang cara dan perkara yang dipelajari.

Page 27: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

PBL PBL dan Pembelajaran Berkumpulan

• PBL menggalakkan pembelajaran secara kumpulan.

• Murid menggunakan PBL untuk membina kemahiran bekerja secara kumpulan, belajar sesama sendiri dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah.

• PBL sesuai untuk kelas yang mempunyai perbagai kebolehan akademik.

Page 28: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

PBL

PBL dan Mutu Pendidikan.

• PBL membantu meningkatkan mutu pendidikan.

• Dengan strategi PBL, guru menetapkan standard dan kelakonan yang lebih baik.

• PBL memerlukan murid lebih berfikir dan berusaha berbanding tugasan yang memerlukan hafalan sahaja.

Page 29: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

PBL

• Pembelajaran yang sebenar berlaku melalui proses menyelesaikan masalah – pemikiran tentang pelbagai langkah, membuat penyelidikan dan membina sesuatu projek.

Page 30: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Sesi 2

• Peranan Guru dalam PBL

• Membina Masalah

Page 31: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Peranan Guru dalam PBL

• Guru memainkan peranan yang berbeza daripada pembelajaran tradisional.

• Melalui PBL, guru menentukan kandungan pengetahuan dan kemahiran yang harus murid bina semasa menyelesaikan masalah.

• Guru membimbing murid melalui proses menjawab soalan PBL. Guru tidak perlu memberi jawapan untuk semua perkara.

Page 32: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Guru PBL sebagai Pembina Kurikulum

• Guru perlu tentukan sama ada PBL akan digunakan sepanjang tahun, semester atau penggal.

• Guru boleh tentukan PBL digunakan pada masa atau peringkat tertentu sesuatu kursus.

• Guru membina masalah berdasarkan keperluan murid, nilai, minat, pengalaman, budaya dan latar belakang murid.

Page 33: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Guru PBL sebagai Pemandu

• Tahap kedua PBL, guru memainkan peranan sebagai pemandu atau pemudah cara.

• Guru tentukan suasana pembelajaran, membantu murid membuat kaitan dengan masalah, membina struktur tugasan, membincangkan masalah, mengulang perbincangan, memudahcarakan penghasilan cara menyelesaikan masalah dan menggalakkan penilaian kendiri.

Page 34: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Soalan yang guru boleh ajukan

• Apa yang sedang berlaku di sini?

• Apakah yang sedang dibincangkan?

• Maklumat tambahan apakah yang perlu kita tahu?

• Apakah bukti anda?

• Masa menunggu perlu untuk membolehkan murid memproses maklumat dan menjana idea - mereka tidak harus digesa.

Page 35: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Guru PBL sebagai Penilai

• Sepanjang proses PBL, guru juga berperanan sebagai penilai.

• Guru memantau keberkesanan penyelesaian masalah, mutu kerja murid dan kejayaan guru membina dan memudahcarakan proses penyelesaian masalah.

Page 36: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Membina Masalah

• Peristiwa atau kejadian di dalam atau di luar sekolah boleh mencetuskan masalah PBL yang ada kaitan dengan kehidupan murid.

• Isu atau masalah yang menjadi perhatian murid atau berkaitan secara peribadi pada diri murid, boleh menjadi unit PBL yang berkesan.

• Tiada had bagi kepelbagaian pemilihan dan fokus masalah bagi PBL.

Page 37: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Membina Masalah

• Sesuai dengan perkembangan murid

• Berdasarkan pengalaman murid

• Berdasarkan kurikulum

• Boleh menggunakan pelbagai strategi

• Menggalakkan pemerolehan ilmu

• Membangun kemahiran bahasa dan kognitif

• Masalah bersifat tidak terstruktur

Page 38: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Membina Masalah

• Sila rujuk Lampiran 1 yang mengandungi senarai semak bagi membina masalah yang tidak terstruktur.

Page 39: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Membina Masalah

• Memilih kandungan dan kemahiran.

• Untuk memilih objektif kandungan, guru harus merujuk kepada sukatan pelajaran yang dibina oleh Kementerian Pendidikan.

Page 40: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Membina Masalah

• Menentukan sumber yang sedia ada.

• Guru tidak harus membiarkan murid melakukan projek tanpa maklumat yang mencukupi.

• Guru harus memastikan murid boleh mencari maklumat yang diperlukan untuk membantu mereka menyelesaikan masalah.

Page 41: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Membina Masalah

• Menulis kenyataan masalah.

• Setelah guru menetapkan kandungan dan objektif kemahiran serta mengumpulkan sumber-sumber yang diperlukan, langkah seterusnya ialah menulis kenyataan masalah.

Page 42: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Membina Masalah

• Kenyataan masalah harus sesuai dengan perkembangan murid.

• Pemilihan masalah harus mengambil kira perkembangan intelektual dan keperluan sosial serta emosi murid.

Page 43: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Membina Masalah

• Kenyataan masalah haruslah berdasarkan pengalaman murid.

• Pengalaman ini mungkin dari rumah murid, budaya murid dan rakan sebaya mereka.

• Pengalaman tidak langsung juga termasuk perkara yang didapati dari siaran televisyen, radio, filem atau pengalaman di sekolah.

Page 44: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Membina Masalah • Kenyataan masalah haruslah selaras dengan

matlamat dan kandungan kurikulum.

• Masalah harus menjadi wahana bagi murid memperolehi pengetahuan daripada pelbagai disiplin.

• Masalah harus menggalakkan penguasaan kemahiran yang sesuai dan kandungan pengetahuan yang terdapat dalam sukatan pelajaran.

Page 45: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Membina Masalah

• Kenyataan masalah membolehkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai.

• Masalah tidak harus bersifat tegar – yang ada hanya satu penyelesaian, satu cara mencapai penyelesaian atau satu cara memberi arahan.

• Masalah harus menggalakkan pelbagai aktiviti yang membolehkan murid menyumbang kepada pencarian penyelesaian masalah.

Page 46: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Membina Masalah

• Kenyataan masalah haruslah tidak terstruktur.

• Masalah PBL haruslah dibentuk supaya pelajar perlu melakukan penyelidikan untuk mengumpulkan maklumat bagi pelbagai penyelesaian.

Page 47: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Membina Masalah

• Memilih aktiviti motivasi.

• Setelah memilih masalah, guru harus memikirkan cara untuk menunjukkan kaitan dengan kehidupan murid.

• Secara umum, guru memilih masalah yang relevan pada diri dan pengalaman murid.

Page 48: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Membina Masalah

• Membina soalan berfokus.

• Setelah menulis kenyataan masalah, guru harus membina soalan yang akan membantu murid memberi fokus kepada tugasan.

Page 49: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Membina Masalah

• Menentukan strategi penilaian.

• Penguasaan kandungan boleh dinilai dengan menggunakan ujian sebelum dan sesudah pengajaran.

• Penilaian juga boleh berbentuk perbahasan yang mana guru menggunakan senarai semak yang mengandungi item yang perlu dinilai.

Page 50: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Saya sudah ...

Ya

Tidak

1

Memilih kandungan yang sesuai.

2

Menentukan sumber yang sedia ada untuk rujukan murid.

3

Menulis kenyataan masalah yang

sesuai dengan perkembangan murid.

sesuai dengan pengalaman murid.

selaras dengan keperluan kurikulum.

membolehkan penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.

tidak terstruktur.

4

Memilih aktiviti yang memberi motivasi kepada murid.

5

Membina soalan yang berfokus.

6

Menetapkan strategi penilaian.

Lampran 1

Senarai Semak Bagi Guru Membina Masalah

Page 51: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Aktiviti

• Dalam kumpulan masing-masing, bina satu kenyataan masalah untuk PBL yang sesuai untuk murid.

Page 52: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Sesi 3

• Proses PBL

• Penilaian PBL dalam kelas

Page 53: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Proses PBL

• Membuat kaitan kepada masalah

• Menubuhkan struktur

• Membincangkan masalah

• Membincangkan semula masalah

• Menghasilkan produk atau penyampaian

• Menilai penyampaian dan masalah

Page 54: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Proses PBL

Membuat Kaitan Kepada Masalah

• Murid harus berasa masalah PBL tersebut relevan dan memerlukan masa dan perhatian mereka.

• Guru harus memilih atau membina soalan yang berkaitan dengan perkara yang murid hargai dalam hidup mereka; pengalaman peribadi, keluarga, rakan, filem, muzik dsbnya.

Page 55: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Proses PBL

Membina Struktur Penyelesaian Masalah

• Struktur menyediakan kerangka kerja yang murid boleh gunakan untuk membina usaha penyelesaian masalah.

• Memastikan tugasan murid mempunyai asas yang betul dan tiada elemen-elemen penting yang diabaikan.

Page 56: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Idea Fakta Isu Pembelajaran Pelan Tindakan

Lampiran 2

Tajuk Kolum dalam Carta untuk Proses PBL

Page 57: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Peraturan Perbincangan

• Melantik ketua kumpulan, pencatat dan penjaga masa.

• Menghormati idea setiap murid.

• Tiada idea yang tidak baik.

• Jangan mencelah semasa ahli kumpulan bertutur.

• Setiap murid harus diberi peluang menyumbang idea atau pendapat.

Page 58: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Proses PBL

Membincangkan Masalah

• Membaca semula kenyataan masalah.

• Beri tumpuan kepada cara murid menjana idea untuk menyelesaikan masalah.

• Kemudian tumpuan kepada penjanaan fakta dan senarai item yang perlu penjelasan.

• Murid memilih satu idea dan menentukan cara mereka akan jalankan penyelidikan.

Page 59: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Proses PBL

Membincangkan Semula Masalah

• Setelah membuat kerja individu, murid berkumpul semula dan membincangkan semula masalah secara kumpulan.

• Setiap kumpulan melaporkan tugasan mereka.

• Meneliti setiap idea, fakta, isu pembelajaran dan pelan tindakan.

• Mempertahankan idea.

Page 60: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Proses PBL

Menghasilkan Produk atau Penyampaian

• Setiap masalah berakhir dengan penghasilan produk atau penyampaian.

• Produk boleh berbentuk surat, poster dsb.

• Penyampaian boleh dilakukan di dalam kelas, dewan sekolah atau khalayak umum.

• Guru boleh menggunakan produk atau penyampaian untuk menilai kelakonan murid.

Page 61: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Proses PBL

Menilai Penyampaian dan Masalah

• Guru menggalakkan murid menilai kelakonan mereka, kumpulan mereka dan mutu penyelesaian masalah tersebut.

Page 62: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Menilai PBL dalam Kelas

• Penilaian murid

• Penilaian guru

• Penilaian masalah

Page 63: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Menilai PBL dalam Kelas

Penilaian Murid

• Penilaian kelakonan murid bermula pada pada hari pertama PBL diperkenalkan dan selesai apabila produk terakhir dinilai.

• Guru memantau pencapaian dan pemahaman murid, mengubahsuai pelajaran dan pengajaran mengikut keperluan murid.

• Guru boleh menggunakan borang di lampiran.

Page 64: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Nama Murid: Kelas: Tarikh:

Aktiviti Cemerlang Baik Sederhana

Saya menyumbangkan idea / fakta

Saya mengemukakan beberapa isu

pembelajaran.

Saya menggunakan pelbagai sumber semasa

membuat penyelidikan.

Saya membantu memikirkan tentang masalah

tersebut..

Saya menyumbangkan maklumat baharu.

Saya membantu kumpulan saya membuat

tugasan.

Lampiran 3

Borang Penilaian Kendiri Pelajar

Page 65: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Menetapkan Suasana Pembelajaran

Apakah respon pelajar kepada peranan saya yang lebih kecil?

Bagaimanakah reaksi pelajar pada syarat yang saya tetapkan?

Membuat Kaitan Dengan Masalah

Adakah pelajar respon kepada masalah? Bagaimanakah respon mereka?

Adakah mereka berkongsi pengalaman peribadi?

Adakah mereka membuat kaitan melalui televisyen, filem, radio atau pengalaman rakan sebaya?

Adakah mereka terlibat secara langsung dalam topik perbincangan?

Menubuhkan Struktur

Adakah pelajar, secara sukarela, menjadi pencatat, sama ada di hadapan bilik atau di tempat duduk mereka?

Membincangkan Masalah

Adakah mereka menjana idea?

Adakah mereka menggunakan maklumat daripada masalah dan daripada kursus sebelumnya?

Adakah mereka menjana isu pembelajaran berdasarkan idea dan fakta?

Adakah mereka memikirkan pelbagai sumber?

Membincangkan Semula Masalah

Adakah mereka mengaitkan maklumat kepada masalah?

Adakah mereka menilai semula idea atau hipotesis yang mereka janakan?

Adakah mereka menjana isu tambahan?

Menghasilkan Produk atau Penyampaian

Adakah semua pelajar mengambil bahagian?

Adakah mereka menggunakan maklumat dalam produk dengan betul?

Adakah mereka menghasilkan produk berkualiti tinggi dengan menggunakan usaha sepenuhnya?

Menilai Penyampaian dan Masalah

Bagaimanakah pelajar menilai diri mereka sebagai ahli kumpulan dan sebagai individu?

Lampiran 4

Menilai Penglibatan Murid dan Kelas dalam Proses PBL

Page 66: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Murid/Kelas: Masalah: Peringkat: Tarikh:

PENILAIAN

Kadaran

1

(Cemerlang)

2

(Baik)

3

(Sederhana)

Menetapkan Suasana Pembelajaran

Membuat Kaitan Dengan Masalah

Menubuhkan Struktur

Membincangkan Masalah

Menjana idea / hipotesis

Mengingat semula fakta / maklumat

Merumuskan isu pembelajaran

Membina pelan tindakan

Membincangkan Semula Masalah

Menilai sumber

Meneliti semula idea / hipotesis

Mengaitkan maklumat kepada masalah

Menghasilkan Produk atau Penyampaian

Menerapkan maklumat dalam produk

Penglibatan dalam penghasilan produk

Perkara-perkara lain

Menilai Penyampaian dan Masalah

Komen:

Lampiran 5

Rekod Murid atau Kelas yang menunjukkan sistem kadaran

Page 67: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Menilai PBL dalam Kelas

Penilaian Guru

• Semasa menilai kelakonan murid, guru juga harus menilai kemahiran mereka membimbing murid. Mereka harus bertanyakan soalan seperti di lampiran.

Page 68: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Menetapkan Suasana Pembelajaran

Adakah saya mewujudkan persekitaran yang tidak berisiko? Apakah risiko baharu yang mereka sanggup ambil?

Adakah saya menjadi contoh kepada pelajar saya?

Adakah saya mempunyai sumber yang sesuai?

Membuat Kaitan Dengan Masalah

Adakah saya membuat masalah tersebut menarik untuk pelajar saya?

Berapa banyak cara pelajar mengaitkan diri dengan masalah?

Adakah mereka mengaitkan diri melalui pengalaman peribadi, media, perbincangan atau pembacaan?

Menubuhkan Struktur

Adakah saya memastikan pelajar memahami masalah dan proses?

Adakah saya mengundurkan diri secara beransur-ansur daripada proses?

Adakah saya membenarkan pelajar mengarah proses akhirnya?

Adakah saya bertindak pada tahap yang tinggi?

Adakah saya memastikan pemikiran diutamakan?

Membincangkan Masalah

Adakah saya membenarkan pelajar menggunakan sumber mereka sendiri?

Adakah saya meneliti dengan secukupnya?

Adakah saya menggalakkan sikap berdikari pelajar?

Adakah saya memudahcarakan pemikiran di tahap yang lebih tinggi?

Adakah saya menggalakkan muhasabah?

Adakah saya menggerakkan kumpulan pada kadar yang sesuai?

Adakah saya memastikan setiap pelajar akan berjaya?

Menghasilkan Produk atau Penyampaian

Adakah saya memastikan semua pelajar saya memberikan sumbangan?

Adakah saya memastikan usaha mereka disahkan?

Adakah saya memberi panduan tanpa mengawal mereka?

Menilai Penyampaian dan Masalah

Adakah saya menwujudkan suasana yang boleh dipercayai yang mana pelajar berasa selesa menilai diri sendiri dan rakan-rakan secara adil dan jujur?

Lampiran 6

Penilaian Kendiri Kelakonan Guru dalam Proses PBL

Page 69: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Pelajar/Kelas: Masalah: Peringkat: Tarikh:

PENILAIAN

Kadaran

1

(Cemerlang)

2

(Baik)

3

(Sederhana)

Menetapkan Suasana Pembelajaran

Arahan dan penjelasan membolehkan kelas berasa selesa dengan peranan mereka sebagai pelajar

PBL.

Membuat Kaitan Dengan Masalah

Aktiviti awal membawa kepada penglibatan peribadi dalam menyelesaikan masalah. Perlu kurang

mempertahankan kerelevanan kepada kehidupan mereka.

Menubuhkan Struktur

Meminta pelajar semasa menerangkan proses kepada pelajar baharu amat sesuai kerana mereka

telah melalui PBL terlebih dahulu.

Membincangkan Masalah

Membina carta berjalan dengan lancar tetapi menghadapi sedikit masalah ketika membantu pelajar

menjana isu pembelajaran. Perlu menerangkan perbezaan antara maklumat berdasarkan

pengalaman dan maklumat berdasarkan data.

Membincangkan Semula Masalah

Pelajar menghadapi sedikit masalah menilai sumber dan mengkaji semula idea berdasarkan

maklumat yang dikumpulkan. Perlukan pengajaran tentang penilaian sumber.

Menghasilkan Produk atau Penyampaian

Perlu berdiri jauh sedikit and beri pelajar peluang untuk lebih berdikari. Bersedia membantu pelajar

tetapi menggalakkan pelajar mencuba idea mereka dahulu.

Menilai Penyampaian dan Masalah

Pelajar masih memerlukan bantuan untuk melakukan penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya.

Mungkin benarkan pelajar lakukan penilaian tanpa diketahui. Tahap kepayahan telah dirumitkan lagi

dengan isu pengembangan.

Lampiran 7

Contoh Borang Penilaian Kendiri Guru

Page 70: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Menilai PBL dalam Kelas

Penilaian Masalah

• Semasa menilai kelakonan murid dan diri mereka sendiri, guru juga harus menilai keberkesanan masalah yang digunakan.

• Adakah masalah menepati matlamat dan kandungan kurikulum?

• Adakah masalah membina kemahiran berfikir dan bahasa murid?

Page 71: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Murid: Masalah: Tarikh:

PENILAIAN

Kadaran

1

(Cemerlang)

2

(Baik)

3

(Sederhana)

Adakah masalah tersebut

Menepati matlamat utama kurikular?

Memudahcarakan perkembangan kemahiran?

Membina kemahiran pertimbangan?

Membenarkan murid mengaitkan diri dengan masalah?

Menggalak penggunaan pelbagai sumber?

Bolehkah masalah tersebut digunakan di peringkat ini?

Lampiran 8

Senarai Semak Penilaian Masalah

Page 72: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Sesi 4

Aktiviti Berkumpulan

• Setiap kumpulan akan diberikan suatu kenyataan masalah dan kumpulan tersebut harus mencari penyelesaiannya.

Page 73: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Contoh Kenyataan Masalah 1 Murid Darjah 5/6 mendapati pembelajaran bahasa Melayu kurang menarik. Bantulah guru kamu untuk menyediakan satu permainan bahasa yang dapat menarik minat murid untuk mempelajari bahasa Melayu.

Tugasan anda:

Anda dikehendaki membantu guru anda merancang dan membina satu permainan bahasa Melayu yang menarik.

Dalam cadangan anda, sertakan alasan-alasan mengapa anda memilih permainan tersebut

Pastikan murid-murid lain terlibat dalam permainan bahasa yang dibina.

Page 74: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Contoh Kenyataan Masalah 2

Murid Darjah 4/5 didapati kurang membaca buku cerita. Bantulah guru kamu untuk memikirkan cara-cara yang menarik untuk memikat dan menarik minat murid agar gemar membaca.

Tugasan anda:

Anda dikehendaki membantu guru anda merancang dan membina aktiviti yang dapat menarik minat murid membaca buku cerita.

Dalam cadangan anda, sertakan alasan-alasan mengapa anda memilih aktiviti tersebut

Pastikan murid-murid lain terlibat dan mahu membaca buku.

Page 75: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Contoh Kenyataan Masalah 3 Michael, rakan anda, dengan lima orang anggota keluarganya bercadang untuk bercuti di Singapura. Mereka belum pernah ke Singapura. Mereka bercadang untuk menghabiskan masa cuti 6 hari di Singapura. Ayahnya telah pun menempah tiket dan bilik hotel semasa berada di sini. Michael meminta bantuan anda untuk menyarankan tempat-tempat menarik di Singapura yang dapat mereka kunjungi semasa mereka berkunjung ke Singapura. Masalah yang dihadapi Micheal, dia tidak tahu akan tempat-tempat menarik yang terdapat di Singapura.

•Tugasan anda:

Anda dikehendaki membantu Michael merancang percutian selama 6 hari di Singapura.

Dalam cadangan anda, sertakan alasan-alasan mengapa anda memilih tempat-tempat tersebut.

Pastikan Michael sekeluarga berasa seronok berada di Singapura.

Page 76: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Contoh Kenyataan Masalah 4 Seorang rakan baharu anda yang berasal dari Sweden telah mengirim e-mel kepada anda. Dia berasa keliru setelah menonton sebuah video tentang Singapura. Dalam video tersebut, dia berasa hairan melihat ada rakyat Singapura yang makan dengan menggunakan tangan dan alat penyepit ketika makan. Ada yang makan meletakkan makanan di pinggan dan ada juga yang makan dengan beralaskan daun pisang.

Tugasan anda:

Bantu rakan anda menghuraikan rasa keliru dan hairan yang dia alami.

Anda juga dikehendaki menjelaskan mengapa keadaan itu berlaku di Singapura.

Pastikan setiap penjelasan disokong dengan alasan-alasan tertentu.

Page 77: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Contoh Kenyataan Masalah 5 Pengetua sekolah anda mahu mengadakan satu lawatan sambil belajar untuk murid-murid Darjah 3 atau 4 ke luar negara untuk mempelajari tentang kehidupan di kampung. Pengetua mahu anda dan rakan-rakan mencadangkan sebuah tempat di luar negara yang menarik. Lawatan tersebut akan berlangsung selama lima hari. Tempat itu juga perlu mempunyai suasana kampung yang sesuai.

Tugasan anda:

Anda ditugaskan memberikan cadangan tempat yang menarik di luar negara yang baik untuk murid Darjah 3 atau 4 mempelajari tentang kehidupan kampung.

Anda juga perlu menyatakan apakah yang ada di sana dan aktiviti yang dapat dilakukan murid-murid di sana.

Cadangkan program lawatan ke luar negara selama lima hari kepada pengetua.

Page 78: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Contoh Kenyataan Masalah 6 Siti, rakan baik anda, mahu mengadakan majlis hari lahir adiknya yang berada di Darjah 2. Siti mahu menjemput seramai 20 orang rakan adiknya. Walau bagaimanapun, Siti tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Majlis itu akan berlangsung dari jam dua petang hingga lima petang.

Tugasan anda:

Anda perlu merancangkan aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan selama tiga jam untuk menyambut hari ulang tahun adik Siti.

Anda juga perlu mencadangkan kepada Siti beberapa jenis makanan yang akan dihidangkan pada hari itu.

Anda juga perlu memberitahu Siti, apakah perlu hadiah-hadiah disediakan untuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Page 79: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Contoh Kenyataan Masalah 7

Keadaan tandas di sekolah anda semakin bertambah buruk. Anda dan rakan-rakan anda berasa prihatin terhadap keadaan tersebut.

Tugasan anda:

Cadangkan bagaimana tandas di sekolah anda boleh menjadi bersih.

Nyatakan perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk terus meningkatkan kebersihan tandas sekolah anda.

Berikan cadangan tersebut kepada pengetua sekolah anda.

Page 80: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Sesi 5

• Setiap kumpulan membuat penyampaian.

• Setiap kumpulan membuat penilaian berdasarkan senarai semak di bahagian lampiran.

Page 81: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Sesi 6

• Melaksanakan PBL dalam kelas

• Membina Rancangan Pengajaran

• Perbincangan - Cabaran yang mungkin dihadapi

• Borang Maklum Balas

• Penyampaian Sijil Penyertaan

Page 82: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Melaksanakan PBL

• Ruang untuk Pembelajaran Aktif

• Sumber untuk penyelidikan

• Masa untuk menyelesaikan masalah

• Contoh masalah dan sumber rujukan

• Elemen masalah PBL

Page 83: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Rujukan

• Robert Delisle (1997), How to use problem-based learning in the classroom, ASCD.

• Oon-Seng Tan (2007), Problem-based learning in e-learning breakthroughs, Thomson Learning.

• Robin Fogarty (1998), Problem-based learning: A collection of Articles, Skylight Training and Publishing Inc

Page 84: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Rujukan

• Linda Torp & Sara Sage (1998), Problems as possibilities: Problem-Based Learning for K-12 Education, ASCD.

• David Boud & Grahame Feletti (2008), The Challenge of Problem-Based Learning, Routledge.

• Oon-Seng Tan (2003), Problem-based Learning Innovation.

• Wee Keng Neo (2004), Jump Start Authentic Problem-Based Learning, Prentice Hall

Page 85: Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Terima kasih