pembelajaran berasaskan projek mr0207

14
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) Bagi Pembangunan Produk Mesin Racik : MR02/07 Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman JKM, Politeknik Kota Bharu, Km 24, Pangkal Kalong,16450 Ketereh, Kelantan, Malaysia Email: [email protected], Tel: +6019-9021484 Hairul Nizam Ismail Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, 11800 USM,Pulau Penang, Malaysia. Email: [email protected], Tel:+6012-4122539 Abstrak Artikal ini diolah bagi menerangkan pengenalan kepada konsep Pembangunan Produk Mesin Racik MR02/07 yang mana amat signifikan dengan pembangunan projek pelajar kejuruteraan yang menjurus ke arah pembangunan sosio konstruktisma para pelajar. Sila rujuk , Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) yang dibangunkan dalam meningkatkan pembangunan pelajar Kejuruteraan dalam penghasilan produk kejuruteraan: sila layari www.pkb.edu.com.my ( PjBL:eSOLMS) Abstract This article provides a short introduction to Project based Learning (PjBL) that are significant in the mechanical engineering student project MR02/07 development and typical of socio-constructivist of student approaches. Please, see project- based learning (PjBL) that develop for engineering product and student development please explore www.pkb.edu.com.my ( PjBL:eSOLMS) 1.0 Pengenalan 1

Upload: mbaharuddin6851

Post on 29-Jun-2015

191 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pembangunan Produk melalui konsep PBP@PjBL

TRANSCRIPT

Page 1: Pembelajaran Berasaskan Projek MR0207

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) BagiPembangunan Produk Mesin Racik : MR02/07

Md. Baharuddin Bin Haji Abdul RahmanJKM, Politeknik Kota Bharu,

Km 24, Pangkal Kalong,16450 Ketereh, Kelantan, Malaysia

Email: [email protected], Tel: +6019-9021484

Hairul Nizam Ismail Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,

11800 USM,Pulau Penang, Malaysia.Email: [email protected], Tel:+6012-4122539

AbstrakArtikal ini diolah bagi menerangkan pengenalan kepada konsep Pembangunan Produk Mesin Racik MR02/07 yang mana amat signifikan dengan pembangunan projek pelajar kejuruteraan yang menjurus ke arah pembangunan sosio konstruktisma para pelajar. Sila rujuk , Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) yang dibangunkan dalam meningkatkan pembangunan pelajar Kejuruteraan dalam penghasilan produk kejuruteraan: sila layari www.pkb.edu.com.my ( PjBL:eSOLMS)

Abstract This article provides a short introduction to Project based Learning (PjBL) that are significant in the mechanical engineering student project MR02/07 development and typical of socio-constructivist of student approaches. Please, see project-based learning (PjBL) that develop for engineering product and student development please explore www.pkb.edu.com.my ( PjBL:eSOLMS)

1.0 Pengenalan

Bersandarkan kepada pembangunan projek kejuruteraan sebenar yang berlandaskan sosio konstruktisme, Pembelajaran Berasaskan Projek (PjBL) dilihat amat berhubung kait dengan asas pembangunan aktiviti-aktiviti kerja yang selaras serta piawai. Pembinaan projek seringkali melibatkan pengguna dalam metaksir, mentelaah dan menfomulasi penyelesaian kepada pemasalahan yang timbul(Synteta, P. ,2001,2002,2003).. Matlamat utama dan objektif setiap dapatan serta hasil kerja projek semasa perlaksanaannya melalui konsep PjBL menjadikan para pelajar lebih fleksi dan terarah dalam membentuk penyelesaian baru yang lebih komprehensif (Md. Baharuddin Abdul Rahman et al, 2009). Ia berlaku melalui arahan dan gerak kerja yang sistematik yang terwujud di dalam modul PBP @ PjBL. Yang dibangunkan untuk kegunaan Pengurusan Projek (J5012) pelajar Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (Md. Baharuddin Abdul Rahman, 2011b).

1

Page 2: Pembelajaran Berasaskan Projek MR0207

MEMBUAT CASING UNTUK PELINDUNG ,

PULLY , BEARING DAN SHAFT

MEMBUAT TAPAK MOTOR

MEMBUAT TAPAK BEARING DAN

SHAFT

MEMBUAT KERANGKA

MEMBUAT CASING UNTUK MATA

MEMBUAT CORONG MASUK

DAN CORONG KELUAR

TERHASIL MR 02 / 07

MODUL PBP@PjBL MELALUI TEKNIOLOGI e-SOLMS

2.0 Ringkasan Sorotan

Project Based Learning (PjBL) adalah merupakan model terkini bagi proses pengajaran dan pembelajaran (pembangunan kurikulum dan pendekatan kepada proses pengarahan gerak kerja projek) yang mana ia berpusatkan pelajar dalam meguasai sesuatu objektif pembinaan projek-projek kejuruteraan secara individu dan berkumpulan (Kementerian Pelajaran Malaysia. , 2007). Ia memancu para pelajar dalam mentaksir, mengembangkan olahan ilmu dan kemahiran yang telah diperolehi atau dipelajari dalam menbentuk ilmu baru yang lebih komprehensif (Kamaruzaman Jusoff et al., 2010). ia juga menjana para pelajar dalam berkerja secara sistematik megikut matlamat yang sebenar serta mengikut piawaian gerak kerja kejuruteraan yang global. Pelajar, melaluinya akan dapat membina pemahaman ilmu pembinaan projek yang maju baru mengikut gaya pembelajaran tersendiri yang piawai (Ministry of Education, Malaysia., 2006).Model PjBL ini merupakan komponen utama dalam menghasilkan pelajar yang dapat menguasai ilmu baru, berkerja secara realiti piawai, pembanguan produk yang inovatif serta global (Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman et al., 2011a).

3.0 Metodologi Pembangunan Produk MR02/07

2

Page 3: Pembelajaran Berasaskan Projek MR0207

3.1 Proses PjBL dalam Pembuatan Produk melalui konsep PBP@PjBL

(Md. Baharuddin Abdul Rahman et al., 2009)

3.2 Proses Pembangunan Produk melalui konsep PBP@ PjBL

Kaedah kerja yang akan dijelaskan merangkumi seluruh tindakan yang kumpulan kerja perlu ambil dari permulaan hingga ke akhir kerja penyiapkan projek mellui proses PBP (Markham, Thom et al., 2003),. Segala masalah yang timbul perlu hadapi dan diselesaikan secara bersama (Synteta, P., 2001).. Melaui proses PBP maka segala penyelesaian tugas semasa menyiapkan projek ini akan berjalan dengan lancar melalui pemantauan yang berterusan penyelia projek (Thomas et al., 1999). Dalam proses menyiapkan produk, terdapat beberapa langkah yang perlu di fikirkan perlu di ambil tindakan segera agar segala bebanan kerja diatasai secepat mungkin (Synteta, P., 2002). Dengan itu, kerja pembanguan produk dapat berjalan dengan teratur dan lancar mengikut susunan borang-borang gerak kerja PBP@PjBL yang dibangunkan penyelidik. Ia di lakukan mengikut Frasa dan Proses PjBL Berikut:-

3.3 Proses Perancangan Kerja PBP@ PjBL

Sebelum melakukan sesuatu perkara dimana perancangan awal dilakukan melalui penggunaan PBP P005, ia amatlah penting bagi memastikan projek yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar dan beroperasi dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Ini bertujuan agar masa yang digunakan dapat dipenuhi. Malahan perancang sistematik akan mengurangkan pelbagai pemasalahan yang akan timbul. Selain itu, ia amat membantu dalam menepati menjadikan produk keluaran memenuhi piawaian pembangunan projek sebenar.

3

PENILAIAN & PEMANTAUAN MENGGUNAKAN MODUL PBP@PjBL

P001 : Proposal & PengesahanP002 : Lakaran ProjekP003 : Penyemakkan & kelulusanP004 : Lakaran Akhir ProjekP005 : Jadual PerancanganP006 : Lakaran Komponen ProjekP007 : Gerak kerja ProjekP008 : Pemilihan BengkelP009 : Pembuatan & penambahanP010 : Pemasangan & Ujilari/TestP011 : Tambahan Komponen/Test P012 : Draft PembentanganMELALUI KEMUDAHAN e-SOLMS

Page 4: Pembelajaran Berasaskan Projek MR0207

3.4 Membuat Lakaran Projek MR02/07

Lakaran projek perlu dibuat mengunapakai format khas PBP. Setiap lakaran rekabentuk komponen projek akan dinilai oleh penyelia terbabit. Ia bagi mengenalpasti kelemahan dan kekurangan sebelum pembinaan projek dilakukan sepenuhnya (Synteta, P., 2003). Ia juga bertujuan untuk menentukan saiz dan ukuran yang diperlukan. (rujuk lampiran)

3.5 Membuat Rujukkan dan Tinjauan

Setiap ahli kumpulan perlu membuat kajian melalui sumber-sumber bacaan dan teori yang telah dipelajari bagi mendalami keperluan produk dengan merujuk produk-produk sebelumya. Mereka jga digalakkan menjalankan beberapa kutipan dapatan data dan eksperimemtasi daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang kejuruteraan seperti dalam penggunaan mesin, langkah kerja dan sebagainya.

3.6 Penambahbaikan lukisan kerja projek

Proses ini dibuat sebagai lakaran terakhir untuk memperbaiki dan mengatasi setiap kelemahan yang ada pada lakaran sebelumnya. Lakaran yang telah dibaik pulih akan dijadikan panduan utama untuk menghasilkan kerja produk yang berkualiti dan memenuhi kehendak piawaian sebenar..

3.7 Langkah-langkah Keselamatan

Aspek keselamatan adalah perkara yang amat penting dalam melakukan sesuatu kerja. Ini adalah unuk menggelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku kepada setiap ahli kumpulan.

3.8 Hasil Produk MR02/07

4

Page 5: Pembelajaran Berasaskan Projek MR0207

4.0 Analisa & Hasil Ujilari Produk

Projek ini dihasilkan daripada analisa yang di lakukan terhadap produk keluaran luar negara dan ia dilihat dapat membantu memudahkan lagi penghasilan produk MR02/07 dalam meningkatkan hasil ternak di negara Malaysia. Memandangkan projek ciptaan ini masih diperingkat percubaan, maka terdapat beberapa keperluan analisa dapatan yang perlu di lakukan. Aanalisa dilakukan dengan membuat perbandingan penggunaan di antara Mesin Racik Rumput dengan Mesin Perajang Batang Jagung, Perajang Rumput Gajah, dan Tanaman Sejenis dengannya di pasaran.

Selain daripada itu, beberapa analisa produk MR02/07 telah dilakukan merangkumi perkara berikut :

1. Pengujian terhadap litar elekrik2. Pengujian terhadap mata pemotong dan pelarasan plat3. Pengujian terhadap kendalian projek4. Pengujian terhadap permotongan rumput

4.1 Pengujian Terhadap Litar Elektrik

Pengujian Litar elektrik dilakukan dengan memastikan ia selamat digunapakai dan tahan lama. MR02/07 hanya menggunakan motor elektrik yang di sambungkan pada bekalan kuasa untuk membolehkan mata pemotong berfungsi. Tiada masalah yang timbul dalam pengujian litar elektrik.

4.2 Pengujian Terhadap Mata Pemotong dan Pelarasan Plat

Pengujian tehadap mata pemotongan dan pelarasan plat adalah untuk menentukan hasil yang akan di perolehi setelah produk MR02/07 siap dibangunkan . Ia diuji dengan membuat pelarasan bagi memdapatkan saiz potongan batang rumput gajah/napier yang berlainan. Pengujian menunjukkan bahawa semakin jauh jarak di antara pelarasan dengan mata pemotong, semakin panjang saiz potongan. Terdapat beberapa jenis saiz pemotongan iaitu 1,2,3 cm dengan lebar bukaan 0.5 cm, 1.0 cm dan 6 cm.

4.3 Pengujian Terhadap Kendalian Projek

Pengujian ini adalah pengujian yang terakhir di mana semua komponen dan sistem Produk MR02./07 siap di pasang menjadi satu mesin racik. Pengujian ini dijalankan dengan cara menghidupkan suis utama dan ‘pulley’ akan berputar dan mengoperasikan mata pemotongan. Mata pemotongan dilihat dapat berfungsi dengan baik dan tiada masalah yang timbul. Ujian di lakukan beberapa kali bagi mendapatkan perbezaan jarak plat dengan mata pemotong untuk mendapatkan saiz potongan.

5

Page 6: Pembelajaran Berasaskan Projek MR0207

4.4 Ujilari diantara Pihak Pengguna dan Penternak

Penerangan kepada Pihak Penternak kegunaan mesin MR01/07

4.4.1 Kendalian Produk:-

i. Motor akan menggerakkan tali sawat untuk memusingkan ‘pulley’ bagi menggerakkan mata pemotong melalui shaft.

ii. Mata pemotong pula akan berpusing dan memotong rumput yang di suapkan ke dalamnya. Di antara mata pemotong dan tapat penyuapan terdapat kelegaan untuk membolehkan mata pemotong dapat memotong rumput semasa proses pemotongan.

iii. Apabila rumput di potong, hasilnya akan turun ke bawah melalui corong keluar dan terus masuk ke dalam guni tau bekas.

4.5 Ulasan komen & pendapat pengguna

Bagi melakukan sesuatu kerja, perancangan yang teliti dan terperinci amat penting dalam memastikan kerja tersebut dapa di laksanakan dengan baik dan berkesan. Dalam sesuatu perancangan, proses PBP bukan sahaja menitikberatkan tentang soal masa yang di berikan untuk menyiapkan kerja malah ianya juga harus memastikan kualiti dan hasil kerja Produk MR02/07 berada pada tahap optimum.

4.6 Kelebihan produk

Setelah ujilari dijalankan terhadap produk Mr02/07, di dapati bahawa terdapat beberapa kelebihan yang kami perolehi. Di antaranya ialah :-

i. Ia dapat menjimatkan penggunaan tenaga manusia apabila menggunakan alat ini kerana tidak perlu menggunakan banyak tenaga semasa proses pemotongan rumput (makanan ternakan).

6

Page 7: Pembelajaran Berasaskan Projek MR0207

ii. Ia dapat menjimatkan masa dan juga kerja yang di lakukan lebih mudah.

iii. Walaupun menggunakan motor yang berkuasa kecil, tetapi dengan adanya ‘pulley’ ia mampu untuk menghasilkan daya yang tinggi untuk menggantikan atau memusingkan mata pemotong semasa kerja pemotongan di jalankan.

iv. ‘Pulley’ memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan daya kilas yang tinggi.

v. Tidak memerlukan penggunaan motor yang besar untuk menggerakkan mata pemotong kerana saiz mesin yang kecil.

Taklimat kepada Penternak dan Usahawan Agroternak

Penternak dan Pengguna yang Hadir untuk menilai Hasil Produk PjBL

Mesin Racik MR02/07

Hasil Ujilari Produk : Rumput racik yang memenuhi kehendak penternak

7

Page 8: Pembelajaran Berasaskan Projek MR0207

4.7 Hasil Ujilari Produk MR02/07 : Pengujian Terhadap Pemotongan Rumput Gajah (Napier)

pengujian ini dilakukan apabila selesai pengujian komponen produk selesai. Pengujian seterusnya ialah melibatkan saiz batang rumput yang akan terpotong. Saiz bukaan plat, masa yang diambil serta jenis rumput yang digunakan.

Input (kg) Masa (minit) Bukaan (cm) Hasil Saiz

5 kg 5 min 25 saat

2.5 cm 3 kg – kiri

2 kg – kanan

3.5cm pjg – kanan

2cm pdk – kanan

1.2cm pjg – kiri

0.6cm pdk - kiri

3 kg 3 min 48 saat

1.8 cm 2 kg – kiri

1 kg – kanan

3.2cm pjg –kanan

1.6cm pdk -kanan

1.2cm pjg –kiri

0.9cm pdk -kiri

Analisa Suapan & Pelarasan Produk

Mesin / kajian yang dilakukan

Operasi penyuapan Cara pelarasan

MR 02/07

-Operasi penyuapannya lebih dikenali sebagai pemotongan rumput supaya menjadi 2 bentuk iaitu bentuk halus dan bentuk kasar.

- mesin ini boleh dilaraskan melalui pelaras motor untuk membetulkan tali sawat dari kendur dan tegang. Mesin ini juga boleh dilaraskan di bahagian corong masuk samada membesar atau mengecilkan saiz ruang penyuapan semasa memotong rumput.

Mesin Perajang, Mesin Pengiris Bawang

Operasi mesin ini adalah untuk mengiris atau merajang bawang dengan ukuran yang serasi.

Mesin ini boleh dilaraskan melalui motor dinamo untuk menggerakkan mesin tersebut. Mesin menggunakan 2 buah mata pemotong untuk memotong bawang.

8

Page 9: Pembelajaran Berasaskan Projek MR0207

4.8 Data Hasil Temuramah Ke atas Para Pelajar Terhadap Kesan Penggunaan Modul PBP @ PjBL yang dibangunkan : Pilot Test Kumpulan 2

Mengikut responden (pelajar kumpulan kerja MR02/07), mereka telah boleh menguasai dalam membuat lakaran lukisan kejuruteraan, menggunakan alatan perkakasan ketukangan bengkel serta mesin –mesin kejuruteraan. Beliau juga tidak menjadi masalah dalam memahami penggunaan modul PjBL, malahan melalui konsep pembelajaran terarah dan kendiri ini, baginya merupakan salah satu modul yang amat mudah dikendali oleh pelajar kejuruteraan. Beberapa aspek pembangunan diri dan pengembangan disiplin dalam pengurusan diperolehi melalui teknik PjBl ini. Berikut antara kata responden dalam temubual dan catatannya;

Aspek Motivasi;

”Motivasi diri saya meningkat setelah setiap gerak kerja yang dibuat memenuhi kehendak penyelia dengan penggunaan modul Pembelajaran sebegini. Ia juga menjadkan saya seorang yang lebih keyakinan dalam melakukan gerak kerja projek walaupun saya terdiri dari kaum wanita ”

Aspek pembangunan Kendiri;

”Pada pandangan saya melalui penggunaan modul ini, pembahagian kerja dan pengurusan kerja lebih terarah dan ia dilakukan secara teratur melalui konsep PjBL ini”

Aspek PengembanganMeta-kognitif;

”Asahan minda sentiasa digunakan melalui teknik PjBL ini, segala pengalaman lampau sering digunakan melalui konsep ini. Dan yang paling penting banyak ilmu baru dalam menyedia dan menghasilkan projek telah saya perolehi melalui konsep PjBL ini.”

5.0 Rumusan Dan Cadangan

PBP @PjBL dilihat menggalakkan pelajar berfikiran ‘outside of the box’ – kreatif dan inovatif, ia juga menggalakkan pembelajaran kolaboratif, memantapkan Gaya Pembelajaran Bestari iaitu self-directed, self-access, self-paced, memberi peluang kepada pelajar bekerja dalam isu dan amalan dunia sebenar, memberi peluang kepada pelajar memahirkan diri dalam aspek pengurusan kendiri seperti pengurusan masa, perancangan, pengurusan sumber, dan pengurusan tekanan., menggalakkan pelajar memantapkan kemahiran abad ke-21.

9

Page 10: Pembelajaran Berasaskan Projek MR0207

Rujukkan

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Laporan Pelaksanaan Projek Rintis : Project-Based Learning- Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah 2007. Kuala Lumpur : Bahagian Teknologi Pendidikan.

Kamaruzaman Jusoff, Baharuddin Haji Abdul Rahman, Khairul Azhar Mat Daud, & Nik Azida Abd Ghani. (2010). Motivating Stdents Using Project Based Learning (PjBL) via e-SOLMS Technology. Word Applied Sciences Journal 8(9):1086-1092, 2010. IDOSI Publication2010.

Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman, Khairul Azhar Mt Daud, Kamaruzaman Jusoff, & Nik Azida Abd Ghani. (2009). Project Based Learning (PjBL) Practices at Politeknik Kota Bharu, Malaysia. International Education Studies, 2(4),140-148. Retrieved from http://www.ccsenet.org/journal.html

Ministry of Education, Malaysia. (2006). Project-Based Learning :Educating the Millennial Learner. Kuala Lumpur: Educational Technology Division.

Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman, Hairul Nizam Ismail, & Khairul Azhar Mat Daud,. (2011a). e-Library and Learning Object System (eL-LoS): An Alternative Online Library and Learning Tools at Politeknik Kota Bharu, Malaysia. International Journal of Business and Social Science, Vol. 2, No. 2: February 2011. Retrieved from http:/www.ijbssnet.com/current.html

Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman, Hairul Nizam Ismail, Khairul Azhar Mat Daud, & Mohd Fadzil Jaafar., (2011b). Competency Based Assessment (CBA) of Engineering Studrnts’ Product Development via Project-Based Learning (PjBL) Process. International Journal of Business and Social Science, Vol. 2, No. 4: March 2011. Retrieved from http:/www.ijbssnet.com/current.html

Markham, Thom et al. (2003), Project Based Learning Handbook, Buck Institute for Education, ISBN 0974034304

Synteta, P. (2001). EVA_pm: Design and Development of a Scaffolding Environment For Students Projects. Unpublished Master thesis, University of Geneva, Geneva, Switzerland.

Synteta, P.(2002). Project-Based e-Learning: The model and the mehod, the practice and the portal. Unpublished PhD proposal (Accepted oct, 2002), University of Geneva, Geneva, Switzerland.

Synteta, P. (2003). Project-Based e-Learning in higher education: The model and the method, the practice and the portal. Studies in Communication, New Media in Education. pp. 263-269.

10

Page 11: Pembelajaran Berasaskan Projek MR0207

Thomas, J. W., Mergendoller, J.R., & Michaelson, A. (1999). Project-based learning: A handbook for middle and high school teachers. Novato, CA: The Buck Institute for Education.

Http://Www Yahoo.Com. My / image/ Mesin rachik rumput.

Http://Www . Tokomesin. Com.

Http://www .google.com.my / Mesin rachik rumput.

11