pelan pengajaran & refleksi makro pengajaran.pdf

9
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh / Hari : Isnin Masa : 11.45-12.45 Kelas : 6 Bijak Bil. Pelajar : 20 orang M / Pel : Bahasa Melayu Tajuk : Penjodoh Bilangan Objektif : Pada akhir pelajaran murid akan dapat : 1. memadankan penjodoh bilangan dengan bahan maujud 2. menyatakan penggunaan penjodoh bilangan secara lisan 3. menulis ayat yang menunjukkan penggunaan penjodoh bilangan Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari beberapa penjodoh bilangan pada isi pelajaran yang lalu. Konsep : Murid dapat memadankan beberapa penjodoh bilangan untuk satu benda yang sama tetapi berlainan bentuk atau saiz. Bahan : 1. Benda maujud : epal, pisang, pisau, kayu, kain batik dan lain-lain. 2. Sampul surat ( Sampul Misteri ) 3. Kad perkataan : Penjodoh bilangan Kemahiran : 1. Menyatakan padanan penjodoh bilangan dengan benda. 2. Menulis ayat-ayat berdasarkan penjodoh bilangan yang diberi. 1

Upload: adle-fahsha

Post on 04-Aug-2015

101 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Topik Penjodoh Bilangan

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Pengajaran & Refleksi Makro pengajaran.pdf

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh / Hari : Isnin Masa : 11.45-12.45

Kelas : 6 Bijak Bil. Pelajar : 20 orang

M / Pel : Bahasa Melayu

Tajuk : Penjodoh Bilangan

Objektif : Pada akhir pelajaran murid akan dapat :

1. memadankan penjodoh bilangan dengan bahan maujud

2. menyatakan penggunaan penjodoh bilangan secara lisan

3. menulis ayat yang menunjukkan penggunaan penjodoh bilangan

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari beberapa penjodoh bilangan pada

isi pelajaran yang lalu.

Konsep : Murid dapat memadankan beberapa penjodoh bilangan untuk satu benda

yang sama tetapi berlainan bentuk atau saiz.

Bahan : 1. Benda maujud : epal, pisang, pisau, kayu, kain batik dan lain-lain.

2. Sampul surat ( Sampul Misteri )

3. Kad perkataan : Penjodoh bilangan

Kemahiran : 1. Menyatakan padanan penjodoh bilangan dengan benda.

2. Menulis ayat-ayat berdasarkan penjodoh bilangan yang diberi.

1

Page 2: Pelan Pengajaran & Refleksi Makro pengajaran.pdf

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Set Induksi

( 5 minit )

Bahan Maujud :

1. epal

2. pisang

3. pisau

4. kayu

5. kain batik

Penjodoh

Bilangan :

sebiji

sesisir

sebilah

sebatang

sehelai

1. Guru

mempamerkan

beberapa benda.

2. Guru meminta

murid

menyatakan

penjodoh

bilangan yang

boleh

dipadankan

dengan benda

yang telah

dipamerkan.

3. Guru

mengaitkan

aktiviti dengan isi

pelajaran hari ini.

1. Murid

menyebut nama

benda-benda

yang telah

dipamerkan.

2. Murid

menyatakan

penjodoh

bilangan yang

boleh

dipadankan

dengan benda

yang telah

dipamerkan.

3. Murid

memberi

perhatian

terhadap

penerangan

guru.

Strategi :

Penyoalan

secara

menyeluruh

Kemahiran:

Menguji

pengetahuan

sedia ada murid

berdasarkan isi

pelajaran yang

lalu

Nilai :

1. Berani

mencuba

2. Hormati

pendapat rakan

sebaya

2

Page 3: Pelan Pengajaran & Refleksi Makro pengajaran.pdf

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Perkembangan

1

( 10 minit )

Bahan Bantu

Mengajar :

1. Sampul Surat

2. Kad Penjodoh

Bilangan

Padanan

Penjodoh

Bilangan :

Contoh;

bungkus - nasi

lemak

laras - senapang

kuntum - bunga

1. Guru

mengedarkan

sampul surat

kepada ketua

kumpulan.

2. Guru meminta

murid merujuk

penjodoh

bilangan yang

terdapat di

dalam sampul

surat.

3. Guru

merangsang

murid untuk

menyatakan

penggunaan

beberapa

penjodoh

bilangan.

4. Guru

merangsang

wakil kumpulan

untuk

bertanyakan

soalan.

1. Ketua

kumpulan

mengambil

sampul surat .

2. Murid

menyemak

penjodoh

bilangan yang

terdapat di

dalam sampul

surat.

3. Murid

memberi respon

untuk

menyatakan

penggunaan

beberapa

penjodoh

bilangan.

4. Wakil

kumpulan

mengemukakan

soalan untuk

penerangan

lanjut.

Strategi :

Mencungkil idea

1. Merangsang

kemahiran

berfikir murid

untuk

menyatakan

penggunaan

penjodoh

bilangan

terhadap objek

tertentu.

2. Membaca,

memahami dan

menyatakan

penggunaan

penjodoh

bilangan.

Nilai :

Berhemah

Kerjasama

3

Page 4: Pelan Pengajaran & Refleksi Makro pengajaran.pdf

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Perkembangan

2

( 10 minit )

Bahan Bantu

Mengajar :

1. Sampul Surat

2. Kad Penjodoh

Bilangan

Menulis 5 ayat

berdasarkan

penjodoh

bilangan

( Setiap sampul

surat ada 5

penjodoh

bilangan )

1. Guru meminta

murid menulis

ayat-ayat

berdasarkan

penjodoh

bilangan yang

diedarkan.

2. Guru

membimbing

kumpulan dan

menerangkan

kaedah menulis

ayat.

3. Guru

menyemak gerak

kerja murid dan

memberi teguran

terhadap aspek

tatabahasa

seperti ejaan,

bentuk tulisan

dan ragam ayat.

1. Murid menulis

ayat-ayat

berdasarkan

penjodoh

bilangan yang

diedarkan.

2. Murid menulis

ayat dengan

bimbingan guru.

3. Murid

memberi respon

terhadap teguran

yang diberi oleh

guru.

Strategi :

Bimbingan guru

terhadap

kumpulan murid

4

Page 5: Pelan Pengajaran & Refleksi Makro pengajaran.pdf

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Penutup

( 5 minit )

Ayat Penyata

Ayat yang

menyatakan

maklumat atau

keterangan

1. Guru meminta

wakil kumpulan

membaca

beberapa ayat

yang telah siap

ditulis.

2. Guru memberi

beberapa

teguran terhadap

hasil penulisan

murid.

3. Guru

membuat

rumusan dan

peneguhan

terhadap

beberapa hasil

penulisan ayat.

1. Wakil

kumpulan

membaca

beberapa ayat

yang telah siap

ditulis.

2. Murid

mendengar

teguran dan

penerangan

guru.

3. Murid

mendengar

penerangan

rumusan guru.

Strategi :

Rumusan hasil

penulisan ayat

5

Page 6: Pelan Pengajaran & Refleksi Makro pengajaran.pdf

Refleksi Makro Pengajaran:

Sekiranya saya diberi peluang mengajar tajuk yang sama pada hari lain, terdapat beberapa

aspek pengajaran yang perlu diperbaiki untuk memperbaiki keberkesanan proses pengajaran

saya. Di antaranya , cara pengendalian saya terhadap melaksanakan aktiviti dalam kumpulan-

kumpulan kecil.

Dalam langkah Perkembangan 1, saya meminta murid bergerak dan mengubah

kedudukan masing-masing untuk menyertai kumpulan-kumpulan kecil. Hasilnya, suasana

menjadi bising kerana hampir semua murid mengheret kerusi kayu mereka untuk berada masuk

ke dalam kumpulan-kumpulan kecil. Sepatutnya, saya telah meletakkan murid dalam kumpulan

sebelum sesi pengajaran bermula. Selain itu, saya ada memberi penerangan ketika murid

sedang sibuk mengalihkan kedudukan mereka. Maka, murid-murid tidak memberikan tumpuan

terhadap penerangan saya kerana gangguan bunyi kerusi yang dialihkan.

Semasa mengedarkan sampul surat yang mengandungi beberapa penjodoh bilangan,

sebaik-baiknya saya mempamerkan terlebih dahulu beberapa contoh ayat yang mengandungi

beberapa penjodoh bilangan selain yang diedarkan. Contoh-contoh ayat berkenaan boleh

dipamerkan menggunakan lembaran contoh ayat, kad manila atau kad imbasan yang dilekatkan

pada papan tulis. Saya juga boleh memberikan gambaran tentang bentuk-bentuk ayat yang

boleh ditulis agar murid dapat membina ayat-ayat yang baik. Ini kerana, sebahagian besar

murid di dalam kelas berkenaan berada di tahap berkemahiran sederhana dan memerlukan

bimbingan.

Apa yang dapat saya perhatikan, hasil penulisan mereka sebelum ini menunjukkan

ramai yang hanya mampu membina ayat selapis atau berbentuk tunggal. Mereka kurang

menguasai pengolahan ayat yang mempunyai lebih dari pada satu subjek dan prediket. Ramai

yanh masih kurang mahir mengembangkan isi dalam ayat-ayat agar sekurang-kurangnya

terdapat 6 sehingga 8 patah perkataan dalam satu ayat. Oleh itu, saya telah banyak memantau

kumpulan murid untuk memberi bimbingan dan peneguhan dalam proses membina ayat.

Manakala, saya sepatutnya menambah jumlah kad perkataan yang mengandungi

penjodoh bilangan iaitu sebanyak 8 penjodoh bilangan. Ini kerana, ada kumpulan yang mampu

6

Page 7: Pelan Pengajaran & Refleksi Makro pengajaran.pdf

menyelesaikan aktiviti menulis ayat lebih awal berbanding kumpulan yang lain. Kumpulan yang

berada di tahap yang baik sepatutnya mampu membina lebih daripada 5 ayat. Manakala,

berkemungkinan bagi kumpulan yang berada di tahap penguasaan sederhana, boleh ransang

untuk membina hanya 5 ayat sahaja.

Semasa langkah Perkembangan 1, saya sepatutnya peka terhadap kebolehan

kumpulan boleh menyiapkan tugas menulis dengan lebih awal. Kumpulan seperti ini, boleh

diransang dengan memasukkan aktiviti pengayaan berbentuk lembaran kerja yang berasingan.

Ini akan mampu mencungkil kemahiran berfikir murid yang mana kemahiran mereka lebih

mendahului kumpulan lain. Perkara-perkara sebegini kerap kali terlepas pandang dari

pemerhatian dan pemantauan saya. Mungkin kerana saya terlalu cerewet dengan perkara-

perkara yang sepatutnya boleh disemak kemudian seperti kesilapan ejaan, bentuk tulisan, saiz

tulisan dan pemulangan sampul surat berisi penjodoh bilangan itu.

Seperkara lagi, saya juga boleh menjadikan suasana pengajaran lebih menarik dengan

menjalankan aktiviti padanan perkataan penjodoh bilangan dengan gambar objek yang betul.

Seelok-eloknya, cara ini dilaksanakan sebelum memulakan langkah dalam Perkembangan 1.

iaitu sebelum mengedarkan sampul surat. Kaedahnya ialah dengan menyediakan beberapa kad

imbasan dan kad gambar. Beberapa orang murid boleh diberi galakan untuk mewakili

kumpulan masing-masing untuk memadankan beberapa kad yang disediakan. Selepas itu pula,

ahli daripada kumpulan lain boleh memberikan pendapat atau rumusan ringkas tentang

padanan yang dibuat. Situasi ini, akan meransang kemahiran berfikir murid untuk menjana idea

berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Guru berfungsi sebagai pemudahcara untuk

meransang murid mengemukakan pendapat sebelum membuat rumusan dan jawapan yang

sesuai. Prinsip ini memerlukan guru membuat perkaitan untuk membanding dan membezakan

antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang akan diajar. Malahan, guru dapat

menghubungkaitkan pengalaman murid atau kejadian semasa yang releven dengn topik yang

akan diajar.

Dalam kebanyakan situasi dalam proses pengajaran, saya lebih banyak menggunakan

kemahiran mencungkil idea secara soal jawab keseluruhan kelas. Ramai guru beranggapan

teknik ini merupakan teknik paling mudah dilakukan guru boleh terus bertanya soalan yang

difikirkan sesuai tanpa banyak persediaan. Namun, hakikatnya ianya kurang menarik perhatian

7

Page 8: Pelan Pengajaran & Refleksi Makro pengajaran.pdf

murid. Ini kerana, sebahagian besar murid akan berasa bimbang untuk menyumbangkan idea

atau jawapan disebabkan khuatir jawapan mereka salah dan berasa malu atau rendah diri.

Saya berpendapat, cara penyoalan atau arahan aktiviti sepatutnya dapat merangsang

reaksi/idea murid. Contohnya :

1. Guru menyebut/menulis/menunjukkan perkataan “pisang”

Soalan : Pada pendapat awak, cuba padankan beberapa penjodoh bilangan

dengan “pisang”? ( Contoh : sebiji, sesikat, sesisir, setandan, sebakul,

seguni, selonggok dan sebagainya).

2. Guru menunjukkan gambar atau buah “durian”. ( bahan maujud lebih menarik )

Soalan : Tulis seberapa banyak penjodoh bilangan yang awak rasa sesuai

untuk “durian”. ( Contoh : seulas, sepangsa, sebiji, sebakul, selonggok,

selori dan sebagainya).

3. Guru meminta murid mengumpul seberapa banyak benda-benda yang ada di dalam bilik

darjah dan tuliskan penjodoh bilangan untuk benda tersebut. Kumpulan yang dapat

mengumpul benda paling banyak dengan penjodoh bilangan yang betul akan dikira

sebagai pemenang. Bagi aktiviti seperti ini, guru perlu menyediakan sedikit hadiah

seperti pensel, pemadam, gula-gula atau yang difikirkan sesuai untuk menggalakkan

murid terlibat secara aktif. Hasilnya, ramai murid akan terlinat secara aktif.

Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa guru perlu peka dengan reaksi dan

penglibatan murid dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Mungkin guru akan

menganggap semua murid faham apabila sebahagian murid boleh menjawab soalan guru

dengan betul. Namun, masih ada sebilangan murid yang lain hanya mendiamkan diri sahaja

dengan membiarkan rakan-rakan yang lebih pandai menjawab soalan guru. Oleh itu, saya

berharap agar dapat memperbaiki teknik pengajaran dengan memastikan sebahagiann besar

murid dapat terlibat secara aktif memberi idea, pendapat dan diberi peluang untuk mencuba

tanpa takut untuk berasa bersalah jika jawapan mereka salah. Apa yang penting, saya perlu

memperbaiki olahan penggunaan bahan bantu mengajar, mempelbagaikan cara mencungkil

idea murid dan menyediakan lembaran kerja yang bersesuaian.

8

Page 9: Pelan Pengajaran & Refleksi Makro pengajaran.pdf