makro teaching

30
5.2 PARAMESWARA SEBAGAI PENGASAS KESULTANAN MELAYU

Upload: sitti-khadeeja

Post on 12-Nov-2015

252 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Makro Teaching

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

5.2 PARAMESWARA SEBAGAI PENGASAS KESULTANAN MELAYU

PENGEMBARAAN PARAMESWARAPeTAperjalanan parameswara

Peristiwa perjalanan parameswara1-Palembang Palembang ialah negeri di bawah naungan kerajaan Majapahit.Parameswara ialah putera raja Palembang yang telah berusaha membebaskan Palembang daripada kerajaan MajapahitNamun, usaha Parameswara itu gagal dan beliau terpaksa berundur ke Temasik.

Kerajaan Majapahit yang telah berkuasa selama lebih dua ratus tahan mula berpecah kerana semakin lemah. Parameswara mengambil kesempatan mengisytiharkan kemerdekaan kerana tidak mahu tunduk lagi di bawah kekuasaan Majapahit. Berikutan pengisytiharan itu Majapahit menyerang Palembang.

Parameswara terpaksa melarikan diri ke Temasik. Kemudian ke Muar. Sehinggalah Parameswara menjumpai Melaka. Di situlah Parameswara dan pengikutnya menetap2 - TEMASIKKedatangan Parameswara dan pengikutnya disambut baik oleh Temagi, iaitu pemerintah Temasik. Parameswara menjangkakan Temasik akan berkembang maju.Parameswara tertarik dengan kedudukan Temasik yang strategik.Parameswara telah membunuh Temagi untuk menguasai Temasik.Ini menimbulkan kemarahan Siam kerana Temasik berada di bawah kekuasaan Siam.Parameswara takut akan serangan Siam lalu berundur ke Muar.

3 - muarParameswara tinggal di Muar tidak lama kerana keadaan alam sekitarnya kurang baik.Antaranya kerana terdapat biawak dan serangga yang mengganggu kota yang dibinanya.Akhirnya, Parameswara dan pengikutnya telah meneruskan perjalanan ke utara.

4 - MELAKA Parameswara dan pengikutnya menuju ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam.Mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan.Kawasan ini dipenuhi dengan bukit-bukau yang boleh dijadikan petunjuk bagi pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.Pokok bakau dan api-api yang boleh menjadi benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi.Muara sungainya terlindung daripada angin monsun.Kedudukan yang berhampiran laut menjadi laluan kapal perdagangan.Mudah memperoleh bekalan air bersih.Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampong tersebut dan mendirikan kota.

FAKTOR-FAKTOR MELAKA MENJADI KERAJAAN

Bekalan air bersih mudah diperolehi. Banyak pokok bakau dan api-api yang boleh menjadi benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi.

Bentuk muka bumi berbukit-bukau boleh dijadikan petunjuk bagi pelayar dan memudahkan urusan mengawal selat Melaka. Terlindung daripada tiupan angin monsun. Tempat yang selamat untuk peniaga.FAKTOR-FAKTOR MELAKA MENJADI KERAJAANPeristiwa pembukaan melakaParameswara dan pengikut-pengikutnya pergi berburu di muara Sungai Bertam.Ketika Parameswara sedang berehat di bawah pokok Melaka, tiba-tiba anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk kecil.

Parameswara menganggap peristiwa tersebut luar biasa kerana keberanian pelanduk kecil tersebut.

Tempat itu pula didapati amat sesuai untuk dijadikan negeri.

Peristiwa pembukaan melakaParameswara mengambil keputusan untuk mendirikan kerajaan di situ.Parameswara menamakan tempat itu sebagai Melaka sempena pokok tempat beliau berehat itu.Parameswara melakukan pelbagai langkah untuk membina dan membangunkan kerajaan Melaka.Parameswara menyusun satu system pentadbiran yang lebih teratur.

Keistimewaan melakaPokok bakau dan api-api boleh menjadi menjadi benteng pertahanan dan perlindungan. Ia juga boleh dijadikan sumber kayu api dan boleh dibuat tiang rumah.Muara sungainya terlindung daripada angin monsun. Oleh itu, ia sesuai dijadikan pusat persinggahan kapal dan juga pelabuhan.Bekalan air bersih senang diperolehi kerana ia terletak di pinggir laut.Bentuk muka bumi berbukit-bukau telah menjadi panduan bagi pelayar. Oleh itu, kawasan selat lebih mudah dikawal. Bukit ini juga boleh dijadikan tempat mengawal kapal yang keluar dan masuk dari Melaka.

Asal usul nama Melaka berdasarkan pelbagai sumberSumber: Sejarah Melayu

Asal usul nama Melaka berkait rapat dengan pelanduk dan pokok Melaka.Menurut Sejarah Melayu, semasa Parameswara sedang berehat di bawah pokok Melaka, Parameswara telah melihat peristiwa pelanduk menendang anjing perburuannya.Peristiwa itu dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing.Oleh itu, Parameswara memilih tempat tersebut untuk mendirikan kerajaan.Parameswara menamakan tem[at tersebut sebagai Melaka sempena nama pokok Melaka tempat beliau berehat.

Asal usul nama Melaka berdasarkan pelbagai sumber(2) Sumber: Istilah Arab

Melaka telah lama menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab.Pedagang-pedagang Arab telah memanggil Melak dengan beberapa istilah:Mulaqah bermaksud pertemuan.Malakat bermaksud Perhimpunan segala dagangIstilah-istilah tersebut sememangnya sesuai memandangkan kemajuan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang dikunjungi oleh saudagar daripada pelbagai negara.

Asal usul nama Melaka berdasarkan pelbagai sumber(3) Sumber: Mitos Hindu

Dalam karya Skanda Purana (Bahagian yang berjudul Vaishnava Khanda terdapat rujukan mengenai pokok Amalaka).Pokok Amalaka dianggap pokok yang pertama tumbuh di alam semesta.Pokok Amalaka dikaitkan dengan tempat kediaman tuhan Hindu iaitu Brahmin, Vishnu dan Shiva.Buah Pokok Amalaka dikatakan mempunyai kuasa ajaib.Pokoknya pula dikaitkan dengan kekayaan, kesihatan dan kekuatan.Pedagang-pedagang Hindu yang dating Melaka mendapati pelabuhan Melaka amat pesat perkembangannya.Kemajuan, kekayaan dan kekuatan Melaka ketika itulah yang mendorong mereka mengaitkan Melaka dengan Pokok Amalaka.

Buah Pokok Amalaka

Tun perak sebagai bendahara melakaSULTAN MELAKA SEMASA TUN PERAK MENJADI BENDAHARA MELAKA

Peranan Bendahara Tun Perak semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah

Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, kerajaan Melaka mula memperluas kuasanya.Kawasan yang Berjaya dikuasai adalah Pahang, Inderagiri dan Kampar.Tindakan bijak Sultan Muzaffar Shah telah membolehkan kerajaan Melaka memperluaskan kuasanya.

Sultan Muzaffar ShahPeranan Bendahara Tun Perak semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah

Antara tindakan bijak Sultan Muzaffar Shah ialah

Tun Perak dihantar untuk menghadapi serangan Siam terhadap Melaka. Hubungan diplomatic dijalankan dengan China. Kesannya, Melaka diiktifar sebagai sebuah kuasa yang besar oleh kerajaan-kerajaan lain di rantau Asia Tenggara. Kebijaksanaan baginda menyelesaikan perbalahan Antara orang Melayu dengan orang India-Muslim di istana. Kesannya, ujud keamanan dalam negeri yang membolehkan baginda menumpukan usaha kepada perluasan kuasa.

Peranan Bendahara Tun Perak semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah

Sultan Mansor Shah meneruskan dasar perluasan kuasa dengan menguasai: Bernam dan Perak di Semenanjung Tanah Melayu.Siak di pantai timur Sumatera.

Cubaan Pahang, Kampar dan Inderagiri untuk membebaskan diri daripada penguasaan Melaka dapat dihalang oleh baginda.

Sultan Mansor ShahjawapanSoalan (1)ParameswaraSultan Muzaffar ShahSultan Mansor ShahSultan Alauddin Riayat ShahBendahara Tun Perak

Soalan (2)Parameswara

Soalan (3)Bekalan air bersih mudah diperolehiBanyak pokok bakau dan api-api yang boleh menjadi benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi.Bentuk muka bumi berbukit-bukau boleh dijadikan petunjuk bagi pelayar dan memudahkan urusan mengawal selat Melaka.Terlindung daripada tiupan angin monsun. Tempat yang selamat untuk peniaga.

Soalan-soalanParameswara mengetahui potensi Melaka dan telah memajukan Melaka sebuah pusat perdagangan antarabangsa. Apakah keistimewaan yang ada pada Parameswara dalam situasi ini?

A. Berpandangan jauh B. BertanggungjawabC. BijaksanaD. AmanahSoalan-soalanBerikut merupakan ciri-ciri kepimpinan yang ada pada pengasas Melaka, Parameswara, kecuali_____.

A. Bijak B. berputus asaC. bercita-cita tinggiD. berpandangan jauhSoalan-soalanGelaran_____telah digunakan dalam pentabiran Melaka setelah pemerintah memeluk agama Islam.

Raja SultanMaharaja MaharaniSoalan-soalanSiapakah Sultan yang melantik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka?

Sultan Mansur Shah Sultan Muzaffar ShahSultan Mahmud Shah Sultan Alauddin Riayat ShahSoalan-soalanKe negeri manakah anak Sultan Mansur Shah, Raja Muhammad dibatalkan menjadi Sultan?

Perak KedahPahang SelangorSoalan-soalanSiapakah sahabat Hang Tuah yang menderhaka kepada Sultan kerana ingin menuntut bela atas kematian beliau?

Hang Jebat Hang LekiuHang NadimSekianterima kasih