pelajaran ss 3 qtr 3 2015 misionari yang tidak mungkin

13
MISSIONARI YANG TIDAK MUNGKIN ajaran 3 utk 18hb Julai 2015 Adaptasi Dari : fustero Diedit Oleh : Haisle

Upload: haisler-vasco-layup

Post on 09-Aug-2015

94 views

Category:

Spiritual


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelajaran ss 3 qtr 3 2015 misionari yang tidak mungkin

MISSIONARI YANG TIDAK MUNGKIN

Pelajaran 3 utk 18hb Julai 2015Adaptasi Dari : fustero.es

Diedit Oleh : HaislerVL

Page 2: Pelajaran ss 3 qtr 3 2015 misionari yang tidak mungkin

Pada minggu ini, kita akan belajar bagaimana seorang lelaki yang tidak percaya seperti Naaman telah berubah dan menerima kebenaran. Kita akan mendengar bagaimana Tuhan menggunakan umatNya di dalam proses demikian.

SEORANG GADIS

MISIONARI

ELISA

HAMBA

PERUBAHAN

Page 3: Pelajaran ss 3 qtr 3 2015 misionari yang tidak mungkin

NAAMAN

“Naaman, panglima raja Aram, adalah seorang terpandang di hadapan tuannya dan sangat disayangi, sebab oleh dia TUHAN telah memberikan kemenangan kepada orang Aram. Tetapi orang itu, seorang pahlawan tentara, sakit kusta.” (2 Raja-Raja 5:1)

Naaman memiliki segala yang dia perlukan dari segi fizikal dan sosial.Dia :

Seorang jeneral di dalam tentera Syria.

Seorang yang disegani dan amat kaya (“seorang lelaki yang agung”).

Dia dipandang tinggi oleh raja.Digunakan oleh Tuhan.Sangat berani.

Page 4: Pelajaran ss 3 qtr 3 2015 misionari yang tidak mungkin

NAAMANTetapi, dia ada masalah yang “kecil” : dia mempunyai sakit kusta.Tuhan menggunakan keperluan Naaman untuk sembuh sebagai suatu pendorong baginya untuk menemukan orang yang boleh memimpin dia menuju kehidupan yang kekal. Yesus mengikut cara yang sama dengan orang-orang yang sakit pada zaman pelayananNya.

Page 5: Pelajaran ss 3 qtr 3 2015 misionari yang tidak mungkin

Gadis tawanan itu tidak dikalahkan oleh kesusahan yang menimpanya. Sebaliknya, dia bersaksi bagi Tuhan walau ke mana sahaja dia dipimpinNya.

SEORANG GADIS MISIONARI“Orang Aram pernah keluar bergerombolan dan membawa tertawan seorang anak perempuan dari negeri Israel. Ia menjadi pelayan pada isteri Naaman. Berkatalah gadis itu kepada nyonyanya: "Sekiranya tuanku menghadap nabi yang di Samaria itu, maka tentulah nabi itu akan menyembuhkan dia dari penyakitnya.” (2 Raja-Raja 5:2-3)

Page 6: Pelajaran ss 3 qtr 3 2015 misionari yang tidak mungkin

Dia tidak lupa kepada Tuhan.Dia tidak berfikiran buruk terhadap

mereka yang memaksanya menjadi hamba.

Dia dipenuhi oleh kasih Tuhan, oleh itu dia sangat bersimpati dengan tuannya yang sedang sakit.

Dia percaya bahawa nabi itu boleh menyembuhkan Naaman, walaupun dia seorang asing.

Ibu bapanya mengajarkan bahawa tidak ada sesuatu yang mustahil bagi Tuhan.

SEORANG GADIS MISIONARI

Page 7: Pelajaran ss 3 qtr 3 2015 misionari yang tidak mungkin

“Ibubapanya telah menjalankan kewajipan mereka dengan baik, hasilnya ialah kesaksian yang amat indah bagi Tuhan Israel di dalam negeri yang tidak mengenal Dia.

Naaman mempelajari suatu kuasa yang melebihi kuasa manusia oleh kerana sepasang ibu dan bapa yang setia di kalangan bangsa Israel yang telah membesarkan anak mereka untuk mengasihi dan mempercayai Tuhan.”

SDA Bible Commentary, on 2 Kings 5:3

Page 8: Pelajaran ss 3 qtr 3 2015 misionari yang tidak mungkin

ELISA

“Segera sesudah didengar Elisa, abdi Allah itu, bahwa raja Israel mengoyakkan pakaiannya, dikirimnyalah pesan kepada raja, bunyinya: "Mengapa engkau mengoyakkan pakaianmu? Biarlah ia datang kepadaku, supaya ia tahu bahwa ada seorang nabi di Israel.” (2 Raja-Raja 5:8)Elisa telah dipanggil oleh Elijah kepada pelayanan kenabian, seperti yang telah diperintahkan oleh Tuhan(1 Raja-Raja 19:16).Elisa telah menerima suatu berkat yang amat istimewa pada masa dia menyaksikan Elijah pergi: “dua bagian dari rohmu” (2 Raja-Raja 2:9).

Page 9: Pelajaran ss 3 qtr 3 2015 misionari yang tidak mungkin

ELISADia melakukan mukzizat dengan bantuan kuasa Roh Suci. Sesetengah mukzizat berkenaan adalah sama dengan yang Yesus lakukan : kebangkitan, makanan yang berlimpah, penyembuhan…).Elisa tidak bertemu dengan Naaman yang datang dengan kemegahan, keindahan dan kekayaan. Sebaliknya, dia menghantarkan khabar keselamatan.Kemuliaan keajaiban itu bukan ada pada nabi, tetapi ada pada Tuhan.

Page 10: Pelajaran ss 3 qtr 3 2015 misionari yang tidak mungkin

HAMBA“Tetapi pegawai-pegawainya datang mendekat serta berkata kepadanya: "Bapak, seandainya nabi itu menyuruh perkara yang sukar kepadamu, bukankah bapak akan melakukannya? Apalagi sekarang, ia hanya berkata kepadamu: Mandilah dan engkau akan menjadi tahir." (2 Raja-Raja 5:13) Kebanggaan Naaman berkurangan

selepas setiap langkah yang dia telah ambil.

1. Dia menerima nasihat daripada seorang hamba asing.

2. Dia telah disalah ertikan oleh raja Israel.3. Nabi itu tidak bertemu dengannya.4. Dia diperintahkan untuk mandi di dalam

sungai yang kotor.

Page 11: Pelajaran ss 3 qtr 3 2015 misionari yang tidak mungkin

HAMBA

Apabila nabi itu tidak menemui Naaman dan memintanya untuk mandi di Sungai Jordan berbanding dengan melakukan perbuatan ajaib bagi menyembuhkannya, kemarahannya membara.Pada ketika itu, Tuhan menggunakan salah seorang daripada hambanya (seorang kafir seperti dia) untuk mengalahkan rasa sombongnya.

Page 12: Pelajaran ss 3 qtr 3 2015 misionari yang tidak mungkin

PERUBAHAN

“Kemudian kembalilah ia dengan seluruh pasukannya kepada abdi Allah itu. Setelah

sampai, tampillah ia ke depan Elisa dan berkata: "Sekarang aku tahu, bahwa di

seluruh bumi tidak ada Allah kecuali di Israel. Karena itu terimalah kiranya suatu pemberian

dari hambamu ini!“Akhirnya berkatalah Naaman: "Jikalau demikian, biarlah diberikan kepada hambamu ini tanah sebanyak muatan sepasang bagal, sebab hambamu ini tidak lagi akan mempersembahkan korban bakaran atau korban sembelihan kepada allah lain kecuali

kepada TUHAN.” (2 Raja-Raja 5:15, 17)

Page 13: Pelajaran ss 3 qtr 3 2015 misionari yang tidak mungkin

PERUBAHANNaaman telah berubah sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada kenangan dari kepercayaan lamanya kekal (2 Raja-Raja 5:17-18).Naaman telah mempelajari dua pelajaran yang sangat penting:memiliki iman dan mentaati Tuhan.

Naaman belajar pelajaran ketiga apabila Elisa menolak hadiahnya : keselamatan adalah melalui kasih karunia.