pelajaran sekolah sabat ke 6 qtr 3 2015 ester dan mordekhai

13
ESTER AND MORDEKHAI Pelajaran 6 Utk 8hb Ogos 2015 Adaptasi dari : fustero.es Diedit Oleh : HaislerVL

Upload: haisler-vasco-layup

Post on 15-Aug-2015

210 views

Category:

Spiritual


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelajaran sekolah sabat ke 6 qtr 3 2015 ester dan mordekhai

ESTER AND MORDEKHAI

Pelajaran 6 Utk 8hb Ogos 2015Adaptasi dari : fustero.es

Diedit Oleh : HaislerVL

Page 2: Pelajaran sekolah sabat ke 6 qtr 3 2015 ester dan mordekhai

“Sebab sekalipun engkau pada saat ini berdiam diri saja, bagi orang Yahudi akan timbul juga pertolongan dan kelepasan dari pihak lain, dan engkau dengan kaum keluargamu akan binasa. Siapa tahu, mungkin justru

untuk saat yang seperti ini engkau beroleh kedudukan sebagai ratu.”

Ayat Hafalan :Ester 4:14

Page 3: Pelajaran sekolah sabat ke 6 qtr 3 2015 ester dan mordekhai

A H A S Y W E R O S

“pada tahun yang ketiga dalam pemerintahannya, diadakanlah oleh baginda perjamuan bagi semua pembesar dan pegawainya; tentara Persia dan Media, kaum bangsawan dan pembesar daerah hadir di hadapan baginda.” (Ester 1:3)Ahasyweros (Xerxes) adalah raja bagi Empayar Persia dari tahun 485 to 465 SM. Baginda cuba untuk memenangi keyakinan seluruh empayarnya melalui sebuah majlis sebelum berangkat ke Yunani.Ahasyweros telah mabuk dan memerintahkan supaya Ratu Wasti melakukan sesuatu yang tidak senonoh. Dia menolak untuk menghadap menurut titah raja.Tuhan menggunakan keadaan itu untuk meletakkan Ester di kedudukan yang betul supaya Dia boleh menyelamatkan umatNya.Kita mesti belajar untuk mentaati rancangan Tuhan walaupun kita tidak memahaminya (Yesaya 55:8-11)

Page 4: Pelajaran sekolah sabat ke 6 qtr 3 2015 ester dan mordekhai

ESTER

“Maka gadis itu sangat baik pada pemandangannya dan menimbulkan kasih sayangnya, sehingga Hegai segera memberikan

wangi-wangian dan pelabur kepadanya, dan juga tujuh orang dayang-dayang yang terpilih dari isi istana raja, kemudian

memindahkan dia dengan dayang-dayangnya ke bagian yang terbaik di dalam balai perempuan. Ester tidak memberitahukan kebangsaan

dan asal usulnya, karena dilarang oleh Mordekhai.” (Ester 2:9-10)

Mari kita pelajari bagaimana Hadasa menjadi ratu Ester. Ada dua perkara yang sangat penting : Dia telah menemui kasih karunia dan menyembunyikan kepercayaannya.Ester menemukan kasih karunia di hadapan Hegai dan Ahasyweros (Ester 2:9, 17). Ini bermaksud dia adalah seorang umat percaya yang setia sama seperti karakter alkitabiah lain yang telah menemukan kasih karunia: Nuh (Kejadian 6:8), Yusuf (Kejadian 39:4), para umat Tuhan yang melalui padang gurun (Yeremia 31:2) dan Daud (Kisah Para Rasul 7:46).

Page 5: Pelajaran sekolah sabat ke 6 qtr 3 2015 ester dan mordekhai

ESTER

“Maka gadis itu sangat baik pada pemandangannya dan menimbulkan kasih sayangnya, sehingga Hegai segera memberikan

wangi-wangian dan pelabur kepadanya, dan juga tujuh orang dayang-dayang yang terpilih dari isi istana raja, kemudian

memindahkan dia dengan dayang-dayangnya ke bagian yang terbaik di dalam balai perempuan. Ester tidak memberitahukan kebangsaan

dan asal usulnya, karena dilarang oleh Mordekhai.” (Ester 2:9-10)

Mengapa dia menyembunyikan kebenaran tentang dirinya dan kepercayaannya?Yesus telah menyembunyikan “kemesiasanNya” di hadapan orang Yahudi tetapi tidak di hadapan seorang wanita Samaria. Adakah Ester juga memiliki sebab yang sama (Yohanes 4:1-26)?

Page 6: Pelajaran sekolah sabat ke 6 qtr 3 2015 ester dan mordekhai

KRISIS“Sebab sekalipun engkau pada saat ini berdiam diri saja, bagi orang Yahudi akan timbul juga pertolongan dan kelepasan dari pihak lain, dan engkau dengan kaum keluargamu akan binasa. Siapa tahu, mungkin justru untuk saat yang seperti ini engkau beroleh kedudukan sebagai ratu.” (Ester 4:14)

Page 7: Pelajaran sekolah sabat ke 6 qtr 3 2015 ester dan mordekhai

Krisis itu bermula apabila Mordekhai enggan untuk berlutut di hadapan Haman untuk memuja dia seperti para hamba yang lain.Oleh kerana keengganan Mordekhai adalah berasas kepada kepercayaannya, Haman memutuskan untuk membalas dendam dengan menghapuskan semua orang Yahudi (tanpa mengetahui bahawa Ratu Ester ialah orang Yahudi). Ester melawan ketakutannya (setelah

berdoa dan berpuasa sekian lama) dan mengambil keputusan untuk mempertaruhkan nyawanya bagi menyelamatkan bangsanya.Tuhan sememangnya telah mempersiapkan umatNya untuk memberikan bantuan pada waktu krisis melanda. Adakah anda merupakan salah seorang daripada golongan ini?

KRISIS

Page 8: Pelajaran sekolah sabat ke 6 qtr 3 2015 ester dan mordekhai

“Lalu Haman mengambil pakaian dan kuda itu, dan dikenakannya pakaian itu kepada Mordekhai, kemudian diaraknya Mordekhai melalui lapangan kota itu, sedang ia menyerukan di depannya: "Beginilah dilakukan kepada orang yang raja berkenan menghormatinya." (Ester 6:11)Tuhan telah mempersiapkan jalan dengan menggunakan umatNya yang terpilih pada masa yang sesuai:

Dua orang pekerja raja merancang untuk

membunuh raja. Mordekhai

melaporkannya melalui Ester (Ester

2:21-23).

Ester menjemput Ahasyweros dan Haman datang ke satu majlis (Ester

5:1-5).

Isteri dan anak Haman mengusulkan

supaya dia mendirikan tiang gantungan bagi

Mordekhai pada malam itu juga (Ester

5:14).

MORDEKHAI

Page 9: Pelajaran sekolah sabat ke 6 qtr 3 2015 ester dan mordekhai

Laporan aduan Mordekhai dibacakan kepada Ahasyweros

pada waktu yang singkat. Raja

mengambil keputusan untuk

menganugerahkannya (Ester 6:1-3).

Haman bangun awal. Dia berniat untuk

menyulakan Mordekhai, tetapi

sebaliknya dia perlu menghormatinya (Ester

6:4-12).

Pada akhirnya, Haman kehilangan nyawannya sendiri

pada tiang gantungan yang telah dibuatnya

(Ester 7:9).

Tuhan telah mempersiapkan jalan dengan menggunakan umatNya yang terpilih pada masa yang sesuai:

Page 10: Pelajaran sekolah sabat ke 6 qtr 3 2015 ester dan mordekhai

ORANG KAFIR BERTAUBAT“Demikian juga di tiap-tiap daerah dan di tiap-tiap kota, di tempat manapun titah dan undang-undang raja telah sampai, ada sukacita dan kegirangan di antara orang Yahudi, dan perjamuan serta hari gembira; dan lagi banyak dari antara rakyat negeri itu masuk Yahudi, karena mereka ditimpa ketakutan kepada orang Yahudi.” (Ester 8:17)Ramai orang telah tergerak untuk percaya kepada kuasa Tuhan dan menjadi orang Yahudi kerana peristiwa-peristiwa yang telah mereka saksikan.Iman berkenaan telah diperkuatkan dengan peristiwa bagaimana orang-orang Yahudi bertindak di Purim ketika ketetapan perintah diraja dikeluarkan bagi menetapkan tindakan mereka terhadap musuh-musuh mereka.

Page 11: Pelajaran sekolah sabat ke 6 qtr 3 2015 ester dan mordekhai

ORANG KAFIR BERTAUBATKetetapan pertama menyatakan bahawa musuh-musuh mereka dibenarkan untuk menyimpan harta mereka. Orang Yahudi hanya mempertahankan diri mereka; mereka tidak merampas harta musuh mereka (Ester 9:10, 15, 16).

Orang-orang itu bertaubat oleh kerana perbuatan dan tindakan orang Yahudi dan bagaimana mereka bersaksi bagi kepercayaan mereka dengan berani.

Page 12: Pelajaran sekolah sabat ke 6 qtr 3 2015 ester dan mordekhai

“Ketetapan yang akhirnya terhadap umat sisa Tuhan serupa dengan yang dikeluarkan oleh Ahasyweros terhadap orang Yahudi. Kini, para seteru gereja yang benar sedang menyaksikan seorang Mordekhai di hadapan jemaatnya. Ketaatan umat Tuhan pada hukumNya merupakan peringatan yang berterusan kepada sesiapa yang telah hilang rasa takut terhadap Tuhan dan menginjak Hari SabatNya.Syaitan akan membangkitkan amarahnya terhadap golongan minoriti yang enggan menerima budaya dan tradisi yang popular… Melalui pertaubatan yang palsu dan rayuan kemarahan, manusia akan membangkitkan nafsu sesamanya… Untuk mendapatkan populariti dan pertambahan anggota, penggubal undang-undang akan tunduk kepada permintaan Hukum Hari Ahad.”

E.G.W. (Prophets and Kings, cp. 49, pg. 444)

Page 13: Pelajaran sekolah sabat ke 6 qtr 3 2015 ester dan mordekhai

“Tetapi barangsiapa yang takut akan Tuhan, tidak akan dapat menerima pengisytiharan yang bertentangan dengan kehendak Ilahi. Di medan peperangan inilah peperangan konflik besar terakhir yang menjadi kontroversi di antara kebenaran dan kesesatan. Kita tidak akan dibiarkan di dalam keraguan. Pada hari ini, seperti mana pada zaman Ester dan Mordekhai, Tuhan akan mempertahankan kebenaranNya dan umatNya.”

E.G.W. (Prophets and Kings, cp. 49, pg. 444)