ss pengurusan kokurikulum 2 2010

Upload: azalliabrazak

Post on 11-Jul-2015

123 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 5/11/2018 SS Pengurusan Kokurikulum 2 2010

    1/12

    PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA , c1 jOffice of Director-General of Education Malaysia ( j f f JARAS 8, BLOK E8 ILevel 8 , Block E8, I , 'KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E \Government Complex Parcel E, -PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel: 03-88846077Federal Government Administrative Centre Fax: 03-8889 454862604 PUTRAJAYA Laman web: http: www.moe.gov.my.

    "1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"KP(BSSK-KOKO)305/S :1'd :;}.,L,)9 Februari 2010

    Semua Pengarah PelajaranJabatan Pelajaran NegeriY. Bhg. Dato'/Datuk/DatinlTuan/Puan,SURAT SIARAN PENGURUSAN KOKURIKULUM BIL. 211010:GARIS PADUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN(KOKURIKULUM) TAJAAN AGENSI LUARKementerian Pelajaran Malaysia sebagai menyambut saranan Kerajaansupaya elemen kreativiti dan inovasi diberi penekanan dalam sistempendidikan negara, maka penekanan kepada aspek sukan dan kokurikulumturut diberikan perhatian utama sebagai landasan untuk pembangunan modalinsan. Ke arah itu Kementerian berpandangan peranan ini boleh sama-samadimainkan oleh agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, badan-badankorporat dan lain-lain pihak yang berminat.2. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan"GARIS PADUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN(KOKURIKULUM) TAJAAN AGENSI LUAR" seperti di Lampiran A untukdijadikan panduan oleh semua pihak bagi mernastikan kerjasarna denganaqensi luar dapat menepati matlamat yang dihasratkan oleh Kerajaan. Dalammasa yang sarna semua pihak juga hendaklah merujuk kepada Surat-SuratPekeliling Ikhtisas (SPI), Lampiran B, sebagai panduan dalamprogram/aktiviti kurikulum dan kokurikulum di semua peringkat.

    TAN SRI DATO' HAKetua Pengarah PelKementerian Pelajar

    Sekian, terima kasih."BERKHIDMAT U TUK NEGARA"

    ~HJHRUHA~~Ketua SeklOr pell~~ r ~IJ Ma 'D S~Lf!~

    Jabatan Pela;ar . UpriI 'Q W. e r Sen%i lA

    http://www.moe.gov.my./http://www.moe.gov.my./
  • 5/11/2018 SS Pengurusan Kokurikulum 2 2010

    2/12

    s.k1. YAS Tan Sri Data' Haji Muhyiddin b. Mahd YassinTimbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia2. YS Datuk Dr. Ir.Wee Ka SiangTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia3. YS Dr. Mahd Puad bin ZarkashiTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia4. Ketua SetiasahaKementerian Pelajaran Malaysia5. Timbalan-Timbalan Ketua SetiasahaKementerian Pelajaran Malaysia6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

    Kementerian Pelajaran Malaysia7. Ketua-Ketua SahagianKementerian Pelajaran Malaysia8. Ketua NazirJemaah Nazir dan Jaminan KualitiKementerian Pelajaran Malaysia9. Penasihat Undang-UndangKementerian Pelajaran Malaysia10. Pegawai Perhubungan AwamKementerian Pelajaran Malaysia

  • 5/11/2018 SS Pengurusan Kokurikulum 2 2010

    3/12

    LAMPI RAN A

    GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEND!DIKAN (KOKURIKULUM)TAJAAN AGENSI LUAR

    Latar Belakang1. Mengikut Seksyen 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (KurikulumKebangsaan) 1997 : PU(A) 531/97, Kurikulum Kebangsaan ialah suatu programpendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yangmerangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dankepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnyadari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam clanmempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.2. Seksyen 2(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulumn Kebangsaan)1997: PU(A) 531/9 pula telah memberikan takrifan Kegiatan Kokurikulum ertinyaapa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran clanpembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dipelajari dibilik darjah.3. Sebagaimana yang diwartakan di dalam Seksyen 3(3) Peraturan-PeraturanPendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 : PU(A) 531/97 Kegiatan Kokurikulumdi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:

    3.1 penyertaan dalam sukan dan permainan;3.2 penyertaan dalam persatuan dan kelab;3.3 penyertaan dalam badan beruniform; dan3.4 lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri

    4. Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secarabertulis,hendaklah menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut(Seksyen 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Seko/ah) 1998: PU(A)196/98):4.1 mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakandalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;4.2 hobi dan rekreasi;4.3 sukan dan permainan;4.4 badan beruniform; atau4.5 apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

    -3 -

  • 5/11/2018 SS Pengurusan Kokurikulum 2 2010

    4/12

    Kaedah Pelaksanaan

    5. Selain daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), berbagai-bagaiagensi di luar KPM seperti Kementerian-kementerian lain, syarikat, badan korporat,agensi bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan juga telah menjadi aktivitipendidikan secara am, dan aktiviti kokurikulum secara khususnya sebagai salahsatu daripada program di dalam pelaksanaan tanggungjawab sosial mereka(corporate/agency social responsibility). Penglibatan pelbagai agensi di luar KPMuntuk melaksanakan program/aktiviti pendidikan adalah pendekatan yang baik danmembantu KPM usaha untuk membangun modal insan berdaya saing tinggi (highlycompetitive human capital). Sumbangan agensi-agensi ini adalah selaras dengandasar kerajaan dan selari dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama agensi luar KPM dalam melaksanakanprogram/aktiviti pendidikan. KPM mengarnbil pendekatan untuk melaksanakanprogram-program anjuran agensi luar KPM sebagai satu usaha sama perkongsianpintar (smart partnership).6. Sebagai panduan kepada semua agensi KPM, berikut adalah panduan dalammeluluskan permohonan agensi luar untuk menaja/melaksanakan program/aktivitipendidikan (kokurikulum) secara perkongsian pintar (smart partnership) denganKPM:

    6.1 Penganjur6.1.1 Agensi bukan kerajaan (NGO), syarikat, badan korporat danpersatuan yang berhasrat dan memohon untuk melaksanakanatau menganjurkan program pendidikan (kokurikulum)

    hendaklah merupakan sebuah organisasi yang berdaftar dibawah bidang masing-masing.6.1.2 Penganjur hendaklah merupakan sebuah organisasi yangberwibawa.6.1.3 Penganjur mempunyai kemampuan kewangan yang kukuhsejajar dengan program yang hendak dilaksanakan.6.1.4 Penganjur berkemampuan dan sanggup untuk melaksanakanprogram yang dicadangkan secara tajaan penuh di mana

    penganjur perlu menanggung sepenuhnya kos pelaksanaanprogram yang merangkumi pengurusan program, perjalanan,makan, minum, penginapan, insuran berkelompok dankecemasan untuk murid serta guru/pegawai pengiring. Inidisebabkan program tajaan agensi luar adalah berdasarkanpermohonan dari semasa ke semasa dalam tahun semasa danKPM tidak memasukkannya di dalam bidaan untuk Anggaran8elanja Mengurus (ABM) tahunan.

    -4 -

  • 5/11/2018 SS Pengurusan Kokurikulum 2 2010

    5/12

    6.2 Program6.2.1 Program yang hendak dilaksanakan hendaklah tidak bertentangandengan semua dasar kerajaan dan dasar KPM.6.2.2 Program yang dicadangkan juga hendaklah tidak bertindih denganprogram sedia ada.6.2.3 KPM hanya akan mempertimbangkan cadangan yang telahmempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi.6.2.4 Usaha mencari penaja adalah tanggungjawab penganjur. KPMhendaklah tidak dilibatkan dalam sebarang usaha pihak penganjuruntuk memperoleh tajaan.6.2.5 Program dilaksanakan berdasarkan penyertaan sukarela di manatidak ada unsur paksaan dikenakan ke atas pihak sekolah, murid,guru, Pejabat Pelajaran Oaerah (PPO), Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) dan KPM untuk melaksana atau menyertai program/aktivitiberkenaan.

    6.3 Penggunaan Logo KPM6.3.1 Logo KPM hanya boleh digunakan pada sijil, kad jemputan,cenderamata, buku program, backdrop dan bunting.6.3.2 Logo KPM tidak boleh digunakan untuk tujuan memperoleh tajaanatau tujuan komersil yang lain.

    7. KPM sentiasa menekankan aspek keselamatan dan kebajikan dalam setiapprogram/aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang melibatkan murid, guru dan pegawaipengiring sama ada yang dianjurkan oleh KPM sendiri ataupun oleh agensi luar.Sehubungan itu, langkah-Iangkah seperti berikut hendaklah dipatuhi dalam setiapprogram/aktiviti yang melibatkan murid dan guru:

    7.1 Pelaksanaan ProgramProgram yang dicadangkan hendaklah tidak menganggu pelaksanaanpengajaran dan pembelajaran serta lain-lain program yang telahdirancang oleh sekolah, PPO, JPN dan KPM.

    7.2 Kebenaran Pengarah JPNKebenaran daripada Pengarah JPN dan Pengetua/Guru Besarhendaklah diperoleh terlebih dahulu sebelum melaksanakan ataumengadakan program tersebut di sekolah atau di negeri berkenaan.

    -5 -

  • 5/11/2018 SS Pengurusan Kokurikulum 2 2010

    6/12

    7.3 Kebenaran Ibubapa/PenjagaSemua murid yang mengambil bahagian hendaklah mempunyaikebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga;

    7.4 Keselamatan7.4.1 Program/aktiviti hendaklah dilaksanakan di tempat (venue) danpremis yang telah disahkan selamat oleh pihak berkuasa yangberkenaan.7.4.2 Pihak-pihak berkuasa yang berkenaan seperti Polis Oi RajaMalaysia (PORM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, JabatanPertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Laut, JabatanHutan, Shahbandar, PERHILITAN dan Pihak BerkuasaTempatan (PBT) hendaklah dimaklumkan secara rasmimengenai keseluruhan program/aktiviti ya'ng hendak dijalankan.7.4.3 Semua langkah-Iangkah dan arahan-arahan keselamatan amdan khusus yang telah dimaklumkan oleh semua pihak-pihak

    yang berkenaan hendaklah dipatuhi sepanjang masaprogram/aktiviti.7.4.4 Bagi aktiviti di luar bilik darjah, semua guru, pegawai pengiring,jurulatih dan pegawai penganjur hendaklah terdiri daripadamereka yang bertauliah dan terlatih dalam bidang berkenaan;

    7.5 Guru atau Pegawai Pengiring7.5.1 Untuk setiap aktiviti 1 (satu) orang Guru/Pegawai Pengiringadalah diperlukan untuk seramai 1 (satu) orang hingga 10(sepuluh) orang murid.7.5.2 Nisbah maksimum adalah 1 (satu) orang Guru/PegawaiPengiring bagi setiap 10 (sepuluh) orang murid.7.5.3 Mesti ada Guru/Pegawai Pengiring perempuan jika programmelibatkan murid perempuan, dan mesti ada Guru/PegawaiPengiring lelaki jika program melibatkan murid lelaki.

    7.6 Masa Perjalanan7.6.1 Bagi program harian, masa perjalanan ke tempat aktiviti danpulang dari tempat aktiviti hendaklah dilakukan pada waktu

    pejabat sahaja.7.6.2 Bagi perjalanan yang mengambil mas a melebihi 9 jam,perjalanan hendaklah tidak melebihi daripada jam 10.30 malam.Pengecualian adalah kepada perjalanan yang melibatkanpenerbangan sama ada terus, atau transit, domestik danantarabangsa, atau perjalanan yang telah dibenarkan olehPengarah JPN.

    -6 -

  • 5/11/2018 SS Pengurusan Kokurikulum 2 2010

    7/12

    7.7 Masa Aktiviti7.7.1 Sekiranya tempat bermalam tidak disediakan, program/aktivitiharian hendaklah ditamatkan tidak lebih daripada 4.30 petang dinegeri-negeri Sabah, Sarawak dan WP Labuan dan 5.00 petangdi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.7.7.2 Sagi program yang melibatkan bermalam dan tempat bermalam

    disediakan, aktiviti yang dilaksanakan hendaklah tidak lebihdaripada 10.30 malam, atau sebagaimana yang dinyatakan didalam permohonan dan telah diluluskan.

    7.8 Pakaian7.8.1 Peraturan pakaian juga perlu diberi perhatian supaya pakaianmurid tidak menj.ejaskan keselamatan mereka semasamengikuti aktiviti.7.8.2 Pakaian ketika majlis rasmi semasa program/aktiviti hendaklah

    bersesuaian. Pakaian yang disarankan adalah:i. pakaian rasmi program/aktiviti yang telah disediakan olehpenganjur dan dipersetujui oleh KPM;ii. uniform kelab/persatuan yang berkenaan;iii. pakaian rasmi sekolah/pejabat; atauiv. pakaian lain yang telah dipersetujui oleh pihak penganjurdan KPM.

    7.9 Kecemasan -7.9.1 SiliklTempat Rawatan/Kecemasan (Sick Bay) berserta denganPegawai yang bertugas dan pengangkutan yang relevanhendaklah disediakan sepanjang masa di premis atau tempat dimana murid sedang mengikuti aktiviti.7.9.2 Pihak penganjur hendaklah memaklumkan kepada KPM, JPN,ppo, Pengetua, Guru Sesar dan ibubapa/penjaga, pegawaipenganjur yang boleh dihubungi sepanjang masa program.

    7.10 Laporan7.10.1 Pihak penganjur hendaklah mengemukakan Laporan PenuhProgram kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (u.pPengarah Sahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, SSSK)dalam tempoh satu (1) bulan selepas tamat program.

    -7 -

  • 5/11/2018 SS Pengurusan Kokurikulum 2 2010

    8/12

    7.11 Hak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)7.11.1 KPM dan semua agensinya serta murid, guru dan pihak sekolah

    adalah tidak bertanggungjawab dan tidak akan dilibatkan (withoutobligation) dalam sebarang kes atau tuntutan mahkamah atausebarang pertelingkahan yang dirujukkan kepada mahkamah yangmelibatkan program atau pihak penganjur dengan pihak-pihak lain.

    7.11.2 KPM bagi pihak kerajaan Malaysia adalah berhak menarik baliksebarang kebenaran, kelulusan atau sokongan yang telahdikeluarkan tanpa terlebih dahulu merujuk kepada penganjur danpenganjur hendaklah. mematuhi keputusan ini.

    7.11.3 Penganjur hendaklah mematuhi arahan-arahan KPM yang dikeluarkan dari masa ke semasa sebagai tambahan kepada syarat-syarat di atas.

    7.11.4 KPM juga berhak untuk mengenakan lain-lain syarat yang tidakterkandung di dalam panduan ini dari semasa ke semasamengikut keperluan.

    7.11.5 Kegagalan pihak penganjur mematuhi semua dasar, peraturandan syarat KPM, membolehkan KPM membatalkan kebenarandan kelulusan yang telah diberikan.

    7.12 Surat Setuju Terima7.12.1 Penganjur hendaklah mengesahkan persetujuan untuk

    melaksana/menaja program yang dimohon berdasarkan Termadan Syarat PelaksanaanllTajaan Program/Aktiviti Pendidikan(Kokurikulum) seperti yang dinyatakan dalam para 7.1 hingga7.11 melalui Surat Setuju Terima (SST).

    7.12.2 Surat Setuju Terima ini hendaklah dikemukakan kepada KPMdalam masa dua (2) minggu selepas menerima SuratKebenaran/Sokongan daripada KPM.

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 8, BLOK E8KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL EPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62604 PUTRAJA YA

    -8 -

  • 5/11/2018 SS Pengurusan Kokurikulum 2 2010

    9/12

    LAMPIRAN B

    SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA YANG BERKAITANDENGAN AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH DAN PAKAIAN MURID

    A: KESELAMA TAN

    Peraturan Mengenai Masuk Ke Kawasan Sekolah UntukMembuat Tinjauan/Pemerhatian/Siasatan/TemudugaSPI Bil. 1/1984 6 Apr 1984 Dengan Guru-Guru Dan Murid-Murid Di Sekolah SertaMendapat Maklumat-Maklumat Sekolah OlehOrganisasi/lndividu Luar

    2 SPI Bil. 8/1988 1 Mac 1988 Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah3 SPI Bil. 4/1991 16 Mei .1991 Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah4 SPI Bil. 3/1993 15 Feb 1993 Lapor Kepada Polis Salahlaku yang Berbentuk Jenayah

    Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan5 SPI Bil. 1/1995 6 Apr 1995 Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum danSukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

    6 SPI Bil. 6/1998 31 Mac 1998 Menjaga Kesihatan Pelajar di SekolahGaris Panduan dan Syarat-Syarat Penggambaran Di

    7 SPI Bil. 8/1998 9 Apr 1998 Kawasan Sekolah, Maktab Perguruan dan Politeknik OlehPihak Luar8 SPI Bil. 17/1998 14 Ogos 1998 Memasukkan Elemen Mencegah Rasuah DalamKurikulum Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi9 SPI Bil. 21/1998 11 Sept 1998 Persediaan Menghadapi Bencana Alam Perkhidmatan10 SPI Bil. 8/1999 10 Jun 1999 Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi dan BalikSekolah11 SPI Bil. 6/2000 14 Mac 2000 Menangani Masalah Keselamatan, Dadah dan Gengster

    Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran12 SPI su 9/2000 30 Mac 2000 Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta KegiatanKokurikulum dan Sukan di Dalam Dan di Luar KawasanTambahan Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 912000

    13 SPI Bil. 9/2000 10 Mei 2000 Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa PengajaranPendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta KegiatanKokurikulum dan Sukan di Dalam Dan di Luar Kawasan

    14 SPI au 8/2009 17 Nov 2009 Langkah-Langkah Keselamatan Semasa MengikutiAktivitil Program Lawatan Di Luar Waktu15 SPI Bil.10/2009 17 Nov 2009 Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan JalanRaya (PKJR) dalam Bahasa Malaysia di Sekolah Rendah

    B: KEBAKARAN

    Garis Panduan Dan Segi Pencegahan Kebakaran Baginan Dormitori Dan Asrama

    -9 -

  • 5/11/2018 SS Pengurusan Kokurikulum 2 2010

    10/12

    SURAT PEKELIUNG IKHTISAS (SPI) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA YANG BERKAITANDENGAN AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH DAN PAKAIAN MURIDc. DADAH

    SPI Bil. 2/1979 26 Mac 1979 Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan RisikoPenyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan2 SPI su 3/1988 3 Feb 1988 Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan BerpakaianSeragam Sekolah Menengah (SLAD)3 SPI Bil. 4/1997 22 Mei 1997 Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok4 SPI Bil. 5/1997 22 Mei 1997 Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

    D: GANGSTERISM

    1 SPI Bil. 3/1993 15 Feb 1993 Lapor Kepada Polis Salahlaku Yang Berbentuk Jenayah2 SPI au 6/1995 5 Sept 1995 Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah3 SPI Bil. 7/1995 11 Okt 1995 Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman TerhadapPelajar-Pelajar Sekolah4 SPI Bil. 4/1996 3 Sept 1996 Perlaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman Di Sekolah5 SPI Bil. 16/1998 6 Ogos 1998 Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah6 SPI Bil. 7/1999 10Jun1999 Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di SekolahMenengah

    E: AGENSI LUAR

    1 SPI Bil. 9/1988 17 Jun 1988 Permohonan Kursus Melalui Kedutaan-Kedutaan Asing2 SPI Bil. 12/1988 29 Jun 1988 Larangan Menjalankan Jualan Terus Di Sekolah-Sekolah

    Taklimat Oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat3 SPI Bil. 4/1993 19 Feb 1993 Pendidikan Daerah/Bahagian Dan Sekolah KepadaAgensi-Agensi Kerajaan atau SwastaGaris Panduan Dan Syarat-syarat Penggambaran Di4 SPI Bil. 12/1998 19 Mei 1998 Sekitar Kawasan Jabatan Dan Bahagian KementerianPendidikan Malaysia Oleh Pihak LuarPenglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan5 SPI Bil. 24/1998 10 Okt 1998 Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan DanPertubuhan Bukan KerajaanPanduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan

    6 SPI Bil. 19/2000 9 Dis 2000 Pihak Luar Dalam Program Teknologi Maklumat DanKomunikasi Di SekolahPanduan Penglibatan Murid-murid Sekolah Dalam

    7 SPI Bil. 9/2004 16 Sept 2004 Program Atau Aktiviti Anjuran Agensi-agensi SelainDaripada Agensi Di Bawah Kementerian PelajaranMalaysiaMengundang Orang-orang Kenamaan Ke Upacara8 SPI Bil. 3/2008 31 Mac 2008 Sekolah Dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh PihakLuar

    -10-

  • 5/11/2018 SS Pengurusan Kokurikulum 2 2010

    11/12

    SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA YANG BERKAITANDENGAN AKTIVITI LUAR BILlK DARJAH DAN PAKAIAN MURIDF: LAWATAN

    Garis Panduan Lawatan Murid

    SPI Bil. 12/2000 28 Jul2000 Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan

    2 SPI Bil. 15/2000 25 Sept 2000Peraturan Secara Pentadbiran Supaya Ibu/Bapa/PenjagaDibenar Menandatangani Borang Rasmi

    3 SPI Bil. 5/2002 1 Ogos 2002 Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan4 SPI Bil. 5/2007 6 Jun 2007

    G: TAJAAN/PENYERTAAN PERTANDINGA~J

    SPI Bil. 6/1988 1 Mac 1988 Panduan Tajaan Oleh SyarikatiBadan Perniagaan OiSekolah2 SPI su 7/1988 10 Mac 1988 Penyertaan Pelajar Oalam Pertandingan Atau KejohananSukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan3 SPI Bil. 1/1989 3 Jan 1989 Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Oi Sekolah4 SPI Bil. 8/1995 11 Okt 1995 Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan KejohananSukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk

    H: PENUBUHAN KELAB/PERSATUAN/PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

    1 SPI Bil. 4/1992 10 Feb 1992 Panduan Penubuhan dan Pengurusan Persatuan SilatSekolah2 SPI Bil. 2/1997 2 Apr 1997 Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai PasukanPakaian Seragam Sekolah3 SPI Bil. -7/1999 10 Jun 1999 Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di SekolahMenengah4 SPI Bil. 13/2000 3 Ogos 2000 Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Oi Sekolah-Sekolah5 SPI au 17/2000 16 Nov 2000 Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah6 SPI Bil. 20/2000 16 Dis 2000 Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam DiSekolah-Sekolah

    Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Semua7 SPI Bil. 5/2006 30 Mei 2006 Sekolah Rendah Dan Menengah Kerajaan Dan BantuanKerajaanI: AKTIVITI '_ ' ' , I ' ' ' '1 i ~ , ' ' ' '' & ' ' '1 . :,., __ :. - , _ , "." .. , ,,,1 SPI a n . 3/1984 1 Jun 1984 Garis Panduan Mengenai Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan DiSekolah-Sekolah2 SPI su 18/2000 4 Dis 2000 Penggalakan Aktiviti Fotografi Di Kalangan MuridSekolah3 SPI su 10/2005 23 Dis 2005 Rancangan Integrasi Murid-murid Untuk Perpaduan(RIMUP)4 SPI Bil. 7/2006 28 Ogos 2006 Panduan Perbelanjaan Peruntukan Kokurikulum Sekolah5 SPI Bil. 6/2008 27 Nov 2008 Panduan Pengurusan Dan Pelaksanaan Program BumiHijau Sekolah

    - 11 -

  • 5/11/2018 SS Pengurusan Kokurikulum 2 2010

    12/12

    SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA YANG BERKAITANDENGAN AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH DAN PAKAIAN MURID

    J: LAPORAN

    SPI Bil. 2/1986 15 Jan 1986 Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Ko-Kurikulum PelajarK. PAKAIAN MURID

    1 SPI Bil. 3/1971 4 Jan 1971 Pakaian Seragam Sekolah-Sekolah2 SPI Bil. 3/1976 11 Feb 1976 Pakaian Seragam Sekolah Untuk Murid-Murid SekolahRendah - Pindaan3 SPI Bil. 4/1976 10 Mac 1976 Pakaian Seragam Sekolah Untuk Murid-Murid SekolahMenengah - Pindaan4 SPI Bil. 2/1977 28 Jan 1977 Pakaian Murid-Murid Perempuan Di Sekolah-sekolahMenengah Bantuan Penuh 1 Kerajaan5 SPI Bil. 12/1978 30 Dis 1978 Pakaian Seragam Sekolah-Sekolah6 SPI Bil. 6/1983 9 Mac 1983 Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah7 SPI Bil. 8/1985 22 Jan 1985 Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah (Pindaan)8 SPI Bil. 3/1992 14 Mac 1992 Pemakain Tudung/Mini Telekung Bagi Pelajar-pelajarPerempuan9 SPI Bil. 6/1993 3 Jun 1993 Pakaian Seragam Sekolah10 SPI Bil. 8/2007 10Jul2007 Garis Panduan Pakaian Kokurikulum Di HariPersekolahan Dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum

    L. LAIN-LAIN

    SPI Bil. 17/1998 14 Ogos 1998 Memasukkan Elemen Mencegah Rasuah DalamKurikulum Sekolah dan Institusi Pengajian TinggiPemantapan Pelaksanaan Skim Takaful Pelajar Sekolah

    2 SPI Bil. 6/2006 30 Mei 2006 Malaysia (TPSM) Bagi Semua Murid Pra Sekolah,Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah di Sekolah-Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 8, BLOK E8KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL EPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62604 PUTRAJAYA

    -12 -