pedagogi

5
KEMAHIRAN MENYOAL Lazimnya, dalam bidang pendidikan, soalan yang dibina mengaplikasikan aras domain kognitif oleh Bloom ( 1956 ) yang dihasilkan semasa membina objektif pendidikan domain kognitif (soalan aras rendah dan soalan aras tinggi yang dapat menunjukkan kemahiran berfikir seseorang). Peringkat aras kemahiran menyoal adalah seperti berikut 1. Soalan aras pengetahuan 2. Soalan aras kefahaman 3. Soalan aras aplikasi 4. Soalan aras analisis 5. Soalan aras sintesis

Upload: norsimah-yaacob

Post on 16-Sep-2015

19 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

kemahiran menyoal dan kemahiran menerima jawapan

TRANSCRIPT

Slide 1

KEMAHIRAN MENYOALLazimnya, dalam bidang pendidikan, soalan yang dibina mengaplikasikan aras domain kognitif oleh Bloom ( 1956 ) yang dihasilkan semasa membina objektif pendidikan domain kognitif (soalan aras rendah dan soalan aras tinggi yang dapat menunjukkan kemahiran berfikir seseorang). Peringkat aras kemahiran menyoal adalah seperti berikut

Soalan aras pengetahuanSoalan aras kefahamanSoalan aras aplikasiSoalan aras analisisSoalan aras sintesis

Soalan aras pengetahuanBerbentuk mudahSeseorang hanya mengingat semula jawapan yang tepat bagi soalan berkenaan. Minda atau pemikiran seseorang yang dikemukakan dengan soalan aras pengetahuan tidak perlu bekerja keras mencari jawapan. 2. Soalan aras kefahamanLebih sukar untuk menjawab berbanding soalan aras pengetahuan Soalan aras kefahaman memerlukan pelajar mengetahui jawapan melalui ingatan dan kemudian menerangkan jawapan secara jelas dengan menggunakan perkataan sendiri.

3. Soalan aras aplikasi-Memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan kefahaman tentang sesuatu perkara untuk menyelesaikan suatu masalah dalam situasi yang lain4. Soalan aras analisis-Memerlukan pelajar mengenal pasti motif /sebab tentang masalah /perkara yang dinyatakan dan mencari bukti, meneliti serta menginterprestasi data (membuat rumusan atau kesimpulan tentang perkara yang dinyatakan )

5.Soalan aras sintesis-lebih sukar daripada soalan aras analisis-bukan sahaja memerlukan pelajar menganalisis bukti dan menginterprestasi data tetapi berkehendakkan pelajar membuat ramalan.-Soalan aras ini juga memerlukan pelajar menyatakan idea dan cadangan.

KEMAHIRAN MENERIMA JAWAPANMerupakan proses yang dilakukan oleh guru untuk memperoleh jawapan daripada murid. Bagi tujuan ini, guru hendaklah melaksanakan pelbagai strategi yang dapat mencabar pelajar serta memberi peluang kepada mereka untuk berfikir secara aktif.Contoh soalan daripada guru -Berikan contoh- contoh haiwan reptilia yang ada di sekeliling kitaJawapan dripada murid -Selalunya para pelajar akan memberikan jawapan kepada nama- nama haiwan .Kemahiran menerima jawapan daripada guru oleh murid-sebarang jawapan yang diberikan oleh pelajar perlu diterima dengan memberikan pujian / galakkan terhadap jawapan tersebut. - elakkan daripada menyinggung perasaan pelajar semasa menerima jawapan daripada soalan yang diberikan. Contohnya , salah jawapan awak itu. Sila cuba lagi.