pck-1-3093

3
SCE 3109 TENAGA DALAM KIMIA PCK 1: Menyiasat pemindahan tenaga a!an"an a"ti#iti$a"ti#iti %e&i"'t: a) Buka lampu meja b) Nyalakan lilin c) Buka kalkolator yang menggunakan tenaga solar d) Masukkan bateri dalam kereta mainan dan buka suis e) Regangkan gelung getah f) Memerhati telefon yang berbunyi Pe&%in(angan: Setelah menjalankan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan, saya dapat membuktikan uku !ertama "ermodinamik# ukum !ertama "ermodinamik menyatakan baha$a tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh ditukarkan daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain# %pabila lampu meja dinyalakan, perubahan tenaga yang berlaku ialah tenaga elektrik berpindah kepada tenaga cahaya yang menyebabkan lampu menyala dan seterusnya berpindah kepada tenaga haba apabila lampu panas setelah menyala beberapa minit# "enaga haba yang dihasilkan ini tidak dimusnahkan tetapi ianya hilang ke persekitaran# %pabila dinyalankan, tenaga cahaya bertukar kepada tenaga haba dan tenaga haba dibebaske persekitaran# %pabila kalkolator yang menggunakan tenaga solar dibuka, perubahan tenaga yang berlaku adalah daripada tenaga solar kepada tenaga kimia kepada tenaga elektrik dan seterusnya kepada tenaga bunyi# %pabila gelung getah diregangkan, perubahan tenaga yang berlaku adalah tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik# Peme&hatian: A"ti#iti Pe&'%ahan tenaga Pene&angan a) &ampu meja dipasangkan "enaga elektrik tenaga cahaya ' tenaga haba "enaga elektrik telah bertukar kepada tenaga cahaya dan pada masa yang sama tenaga haba dihasilkan# %pabila lampu diberikan tenaga elektrik, tenaga elektrik akan bertukar kepada tenaga cahaya, lampu itu akan menyala dan tenaga haba akan dihasilkan# "enaga haba tidak dimansuhkan tetapi dibebaskan ke persekitaran#

Upload: lau-yong-king

Post on 06-Oct-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

3093 sce

TRANSCRIPT

SCE 3109 TENAGA DALAM KIMIAPCK 1: Menyiasat pemindahan tenagaJalankan aktiviti-aktiviti berikut:a) Buka lampu mejab) Nyalakan lilinc) Buka kalkolator yang menggunakan tenaga solard) Masukkan bateri dalam kereta mainan dan buka suise) Regangkan gelung getahf) Memerhati telefon yang berbunyiPerbincangan: Setelah menjalankan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan, saya dapat membuktikan Hukum Pertama Termodinamik. Hukum Pertama Termodinamik menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh ditukarkan daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain. Apabila lampu meja dinyalakan, perubahan tenaga yang berlaku ialah tenaga elektrik berpindah kepada tenaga cahaya yang menyebabkan lampu menyala dan seterusnya berpindah kepada tenaga haba apabila lampu panas setelah menyala beberapa minit. Tenaga haba yang dihasilkan ini tidak dimusnahkan tetapi ianya hilang ke persekitaran. Apabila lilin dinyalankan, tenaga cahaya bertukar kepada tenaga haba dan tenaga haba dibebaske persekitaran. Apabila kalkolator yang menggunakan tenaga solar dibuka, perubahan tenaga yang berlaku adalah daripada tenaga solar kepada tenaga kimia kepada tenaga elektrik dan seterusnya kepada tenaga bunyi. Apabila gelung getah diregangkan, perubahan tenaga yang berlaku adalah tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik.Pemerhatian:AktivitiPerubahan tenagaPenerangan

a) Lampu meja dipasangkanTenaga elektrik tenaga cahaya + tenaga habaTenaga elektrik telah bertukar kepada tenaga cahaya dan pada masa yang sama tenaga haba dihasilkan. Apabila lampu diberikan tenaga elektrik, tenaga elektrik akan bertukar kepada tenaga cahaya, lampu itu akan menyala dan tenaga haba akan dihasilkan. Tenaga haba tidak dimansuhkan tetapi dibebaskan ke persekitaran.

b) Lilin dinyalakanTenaga kimia tenaga haba + tenaga cahayaTenaga kimia telah bertukar kepada tenaga haba dan tenaga cahaya dihasilkan. Apabila lilin dinyalakan, bahan kimia di dalam lilin telah menukar tenaga kimia kepada tenaga haba, lilin melepaskan tenaga haba dan tenaga haba akan dihasilkan.

c) Kalkulator kuasa solar dihidupkanTenaga solar tenaga elektrik tenaga cahayaTenaga solar telah bertukar kepada tenaga elektrik dan tenaga cahaya dihasilkan. Apabila kalkulator kuasa solar dihidupkan, tenaga solar telah bertukar kepada tenaga elektrik kepada tenaga cahaya dan kalkulator berfungsi.

d) Dua bateri dimasukkan ke dalam kereta permainan dan dihidupkanTenaga elektrik tenaga kinetik Tenaga elektrik telah bertukar kepada tenaga kinetik. Apabila bateri digunakan, bahan kimia yang terdapat dalam sel bateri telah berubah kepada tenaga elektrik kepada tenaga kinetik dan kereta permainan digerakkan.

e) Gelang getah diregangkanTenaga kinetik tenaga keupayaanTenaga kinetik telah bertukar kepada tenaga keupayaan. Apabila gelung getah diregangkan, tenaga kinetik menyebabkan gelang getah ditarik sampai ke had elastisitinya dan tenaga keupayaan dihasilkan.

f) Telefon berbunyi diperhatikan

Tenaga elektrik tenaga bunyi + tenaga kinetikTenaga elektrik telah bertukar kepada tenaga bunyi dan tenaga kinetik dihasilkan. Apabila tenaga elektrik ke tenaga bunyi telefon tersebut akan bordering dan menghasilkan tenaga kinetik yang disebabkan oleh getaran.

Soalan:1) Apa yang telah anda pelajari daripada aktiviti ini?Dalam aktiviti ini saya telah mempelajari bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh ditukarkan daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain. Melalui aktiviti ini, saya juga boleh mengesan beberapa miskonsepsi yang mungkin terjadi di kalangan murid dan pertanyaan-pertanyaan yang mungkin akan ditanya oleh murid apabila saya mengajar tajuk ini kelak seperti murid akan salah faham bahawa tenaga itu akan hilang tetapi padahalnya ia hanya menukar bentuknya.

2) Dimanakah tajuk ini berada dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah?Tahun 5 dibawah tajuk Menyiasat Daya dan Tenaga. Sub-tajuk ialah memahami bahawa tenaga boleh berubah bentuk.

3) Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti seperti ini dalam pengajaran dan pembelajaran?Aktiviti seperti ini boleh digunakan dalam eksperimen untuk membuktikan bahawa tenaga itu boleh berubah bentuk. Guru juga boleh menggunakan aktiviti ini untuk demonstrasikan teori yang diterangkan supaya murid boleh mendapat gambaran sebenar terhadap aktiviti yang dijalankan, aktiviti seperti ini juga boleh memperbetulkan miskonsepsi yang mungkin berlaku. Aktiviti ini juga boleh digunakan di bahagian set induksi kerana aktivit seperti ini dapat menarik minat murid dan mencungkil perasaan ingin tahu tentang apa isi pelajaran yang akan disampaikan. Oleh yang demikian, pengajaran akan lebih terkawal kerana murid akan memberi perhatian kepada apa yang akan disampaikan guru.

4) Apakah peranan guru dalam aktiviti seperti ini?Peranan dalam aktiviti seperti ini ialah sebagai fasilitator. Guru akan menunjukkan cara menjalankan eksperimen dengan betul dalam aktiviti dan murid akan merujuk kepada guru. Semasa murid menjalankan eksperimen guru bertindak membimbing murid agar murid dapat melaksanakan eksperimen ini dengan baik. Guru juga membimbing murid dengan menjawab persoalan-persoalan yang ditanya dan memberi penerangan dengan baik agar tidak berlaku miskonsepsi dan murid dapat memahami tajuk yang diajar dengan baik. Akhir sekali, jika ingin melaksanakan demostrasi, guru bertindak sebagai penunjuk cara dan penyampai maklujmat dengan melakukan dan menunjukkan kepada semua murid bagaimana aktiviti ini dijalankan serta teori yang berkaitan dengan eksperimen ini.