teknik mengarang menggunakan formula pck

Click here to load reader

Download Teknik Mengarang Menggunakan Formula PCK

Post on 29-Jan-2016

251 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

  • *

    Teknik Mengarang BM Kertas 012(Bahagian B)Pilihan soalan 1,2 atau 3UPSRMenggunakan Formula/Konsep{Pekara>Contoh>Kesan}(PCK)\Oleh: JOHN BIN DILAHSK AGAMA (MIS) SARIKEIJALAN RENTAP 96100 SARIKEI SARAWAK.

  • *Memahami Konsep PCK [Pekara, Contoh, Kesan]

  • *Cara-Cara Mengatasi Kemalangandi Jalan Raya

    3.1 Pelajar Pertama (Lemah)Perkara/Isi 1: Kemalangan sering berlaku di jalan raya di negara kita.Contoh: Oleh itu, pemandu janganlah memandu laju.Kesan:kelajuan yang berlebihan menyebabkan berlakunya kemalangan.

  • *

    3.2. Pelajar Kedua (Sederhana)Perkara/Isi 1: Ketika memandu,kita hendaklah memandu mengikut had laju yang ditetapkan.Contoh:Jika kita melanggar peraturan yang ditetapkan,mudah berlaku kemalangan.Kesan: Apabila berlaku kemalangan menyebabkan berlakunya kesesakan di jalan. raya.

  • *

    3.3 Pelajar Ketiga (Baik)Perkara/Isi 1: Ketika memandu, pemandu perlulah mematuhi had kelajuan yang ditetapkan.Contoh: Ketika di lebuh raya, bagi pengguna kereta, kita perlu memandu tidak melebihi 110 kilometer sejam.Kesan: Apabila mematuhi had laju yangditetapkan, sekiranya berlakunya kecemasan seperti tayar pancit, kita masih sempat membrek dengan tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

  • *Karangan Aras UPSRSekurang-kurangnya 3 Perkara (Isi) Hanya Menggunakan PCKSetiap Perenggan 3 Ayat Sahaja

  • *Faedah-faedah Menyertai Acara Sukan Tahunan [Pendahuluan] Saban tahun sekolah kita akan menganjurkan pesta sukan. Pesta sukan biasanya diadakan pada hari Sabtu atau hari Ahad untuk memberi peluang ibu bapa hadir. Aktiviti tersebut memang ditunggu-tunggu oleh setiap murid.

  • * [Perkara 1] Menerusi penyertaan dalam apa sahaja jenis sukan, badan kita akan sihat.[Contoh] Oleh kerana apabila kita bersukan,badan kita akan mengeluarkan peluh. [Kesan] Kita akan memperoleh ketenangan yang menyebabkan mudah untuk kita memberi tumpuan dalam pelajaran.

  • *[Perkara 2] Aktiviti sukan juga boleh menambahkan rakan kita. [Contoh] Melalui penyertaan kita dalam sukan antara rumah atau mewakili sekolah pada peringkat daerah,bahagian,negeri dan kebangsaan. [Kesan] Secara tidak langsung boleh memupuk perpaduan kaum.

  • * [Perkara 3] Penyertaan dalam sukan dapat menaikkan nama sekolah. [Contoh] Hal ini demikian kerana apabila kita terpilih mewakili sekolah dan menjadi juara, nama sekolah kita akan harum. [Kesan] Dalam jangka panjang, apabila kita sudah dewasa, kita akan berusaha untuk mengharumkan nama negara.

  • * [Perkara 4] Penyertaan dalam sukan bermakna kita dapat memanfaatkan masa lapang kita. [Contoh] Jika tidak bersukan, mungkin kita bercampur gaul dengan budak-budak nakal yang menyebabkan kita menjadi kacang hantu dan muka tembok. [Kesan] Maka dengan itu,diri kita bebas daripada gejala yang tidak sihat, sekali gus tidak berfikiran jumud bagai katak di bawah tempurung.

  • * [Penutup] Sesungguhnya sukan merupakan aktiviti yang berfaedah yang perlu disertai oleh setiap murid. Dalam usaha menjadi murid yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, kita janganlah sekadar menjadi ulat buku. Oleh itu, kita jangan melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti sukan yang dianjurkan oleh sekolah.

  • *

    Salam Kecemerlangan Selamat Maju Jaya Dalam UPSR 2009Daripada Saya:CIKGU JOHN BIN DILAHSK AGAMA (MIS) SARIKEI